You are on page 1of 2

Nama : Siti Wahida Wahab

REFLEKSI INDIVIDU
Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Encik Mat Zin sebagai penyarah subjek Ilmu Pendidikan
bagi kelas saya. Beliau banyak membantu saya dan ahli-ahli kumpulan saya sepanjang
proses menyiapkan kerja kursus ini. Beliau tidak jemu-jemu untuk memberi
penerangan, bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami agar kami dapat menyiapkan kerja
kursus ini dengan lebih baik dan mudah. Selain itu, sekalung penghargaan juga kepada
rakan-rakan saya yang turut berkongsi maklumat dan sama-sama berbincang bagi
menyelesaikan masalah sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini.
Begitu banyak kelebihan dan manfaat yang saya dapat perolehi setelah
menyiapkan kerja kursus ini. Pemahaman yang lebih mendalam terhadap aplikasi teori
psikologi, teori pembelajaran, teori dan prinsip grafik, teori media pengajaran, teknik
penyoalan, kemahiran berfikir dan sebagainya dalam penyediaan pakej TPP.Sesi
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas tidak mencukupi bagi saya untuk memahami
sukatan pelajaran pada semester ini. Oleh itu, tugasan ini telah banyak membantu saya
menerokai segala perkara atau topik yang dipelajari dalam sepanjang semester ini..
Malah, saya berpeluang untuk mengaplikasi beberapa teknik fotografi, video, perisian
persembahan elektronik dan sebagainya. Hal ini adalah penting kerana sesi pengajaran
dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan menarik dan berkesan di samping
mencapai objektif dan hasil pembelajaran. Guru juga dapat menarik perhatian dan
minat murid terhadap pembelajaran melalui kecanggihan teknologi alat bantu mengajar
yang disediakan. Di samping itu, nilai-nilai kerjasama dan saling bantu-membantu juga
dipraktikkan semasa menghasilkan tugasan ini secara berkumpulan, kami telah
bekerjasama berbincang dan mencari maklumat bagi topik yang berkaitan jika
menghadapi masalah atau kekangan. Jadi, walaupun masa yang diberi singkat, tetapi
tugasan yang dihasilkan benar-benar memuaskan hati saya.
Antara masalah yang saya hadapi ialah kesukaran untuk menghasilkan video
klip yang menarik dan berkualiti. Hal ini kerana kami kurang berpengalaman dalam
menggunakan perakam video digital dan teknik menggambar yang sesuai. Namun,
nota dan bimbingan daripada Encik Mat Zin amat saya hargai kerana telah berjaya

Nama : Siti Wahida Wahab

membantu saya menyelesaikan masalah tersebut. Melalui pencarian maklumat dan


pengolahan kerja kursus ini, saya berjaya meningkatkan pemahaman saya dalam topik
ini dengan bantuan Encik Mat Zin dan rakan-rakan saya. Oleh itu, saya ingin
mengucapkan terima kasih lagi kepada Encik Mat Zin kerana menyediakan soalan kerja
kursus yang sedemikian rupa kerana ia banyak menolong meningkatkan kemahiran dan
pemahaman saya dalam topik yang dipelajari.
Jika saya diberi peluang untuk memperbaiki lagi mutu kerja kursus ini pada masa
hadapan, saya akan menghasilkan video klip yang lebih menarik dan berkualiti. Saya
akan memahirkan diri saya dengan teknik fotografi, penggambaran, perisian komputer
dan sebagainya supaya dapat menghasilkan hasil kerja yang memuaskan. Selain itu,
saya juga akan cuba untuk menggunakan reka bentuk dan grafik yang lebih menarik
yang dapat menarik perhatian murid-murid.
Akhir kata, banyak manfaat yang saya perolehi daripada kerja kursus pendek ini.
Saya berasa bersyukur dan berpuas hati kerana dapat menyiapkan tugasan ini
mengikut masa yang ditetapkan. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya
sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sekian terima kasih.

You might also like