You are on page 1of 3

INSTRUMEN INTERVENSI 2M (II2M)

MENENGAH RENDAH
(TINGKATAN 1,2 DAN 3)
1.0 Pengenalan
Instrumen Intervensi 2M (II2M) bertujuan untuk mengesan tahap
penguasaan Bahasa Melayu murid-murid. Instrumen ini boleh dijadikan
sebagai instrumen saringan yang piawai untuk menentukan sama ada
seseorang murid sudah atau belum menguasai 2M.
2.0 Kandungan
Instrumen yang digunakan terdiri daripada Bahan Penguji dan
Murid, meliputi:

Bahan

2.1 II2M (BACAAN) : Ujian Bacaan Mekanis, mengandungi 9 item.


2.2 II2M (LISAN)
: Ujian Pemahaman Lisan, mengandungi 5 item.
2.3 II2M (TULISAN) : Ujian Pemahaman Bertulis, mengandungi 3 item.
3.0 Rekod Penentu Pencapaian (RPP)
RPP ialah borang yang mesti diisi oleh penguji untuk merekodkan wajaran
bagi
setiap murid. RPP ini dapat menunjukkan tahap penguasaan 2M
murid-murid.
SKOR
1. II2M (BACAAN)
Murid yang menguasai 6 daripada 9 item dianggap sudah menguasai Ujian
Bacaan Mekanis.
2. II2M (LISAN)
Murid yang menguasai 3 daripada 5 item dianggap sudah menguasai Ujian
Pemahaman Lisan.
3. II2M (TULISAN)
Murid yang menguasai 2 daripada 3 item dianggap sudah menguasai Ujian
Pemahaman Bertulis.

CONTOH SKOR
INSTRUMEN
II2M (BACAAN)
II2M (LISAN)
II2M (TULISAN)
Jumlah
Catatan:

JUMLAH
SKOR
9
5
3
17

SKOR
6
3
2
11

SUDAH
MENGUASAI

BELUM
MENGUASAI

Murid yang menguasai II2M (BACAAN), II2M (LISAN) dan II2M


(TULISAN) dianggap sudah menguasai 2M.

PANDUAN UNTUK PENGUJI

II2M (BACAAN) : UJIAN MEKANIS


1. Keluarkan bahan penguji, bahan murid dan Rekod Penentu Pencapaian (RPP).
2. Uji murid secara individu.
3. Berikan teks Set 1, 2 atau 3 daripada bahan guru dan minta murid
membaca dengan terang dan jelas.
4. Berikan masa hanya 4 minit sahaja.
5. Rekodkan pencapaian murid dalam RPP dengan menandakan ( ) pada lajur
yang berkenaan.
6. Murid yang gagal melepasi II2M (BACAAN) tidak perlu meneruskan ujian II2M
(LISAN) dan II2M (TULISAN).
Pemberian Skor
1. Sebutan jelas dan tepat
1.1 Murid yang menyebut perkataan dengan jelas dan tepat dianggap
sudah menguasai.
1.2 Bagi murid yang gagap, pelat atau sengau yang tidak dapat menyebut
perkataan dengan jelas dan tepat, masih boleh dianggap sudah
menguasai. Catatkan butir-butir kelainan murid pada ruang catatan.
2. Lancar
2.1 Murid yang dapat membaca dengan lancar dianggap sudah menguasai.
2.2 Murid yang membaca tersekat-sekat atau teragak-agak dianggap
belum menguasai.
3. Intonasi betul
3.1 Murid hendaklah akur dengan tanda baca.
4. Tidak mengeja
4.1 Murid yang membaca tanpa mengeja dianggap sudah menguasai.
5. Tidak mengulang perkataan dan ayat
5.1 Murid yang tidak mengulang perkataan dan ayat dianggap sudah
menguasai.
6. Tidak menambah perkataan dan ayat
6.1 Murid yang tidak menambah sebarang perkataan dianggap sudah
menguasai.
7. Tidak meninggalkan perkataan dan ayat

7.1 Murid yang tidak mengubah perkataan dan struktur ayat dianggap sudah
menguasai.
8. Tidak mengubah perkataan dan struktur ayat
8.1 Murid yang tidak meninggalkan sebarang perkataan dan struktur ayat
dianggap sudah menguasai.
9. Tidak lebih daripada 4 minit
9.1 Murid yang mengambil masa 4 minit atau kurang dianggap sudah
menguasai.
9.2 Murid yang mengambil masa lebih daripada 4 minit dianggap belum
menguasai.

You might also like