You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT AJK RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

(RIMUP) KALI 01/2015


Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mansor Tahun 2015
TARIKH
MASA
TEMPAT

: 22 Januari 2015
: 2.00 petang
: Bilik Mesyuarat SMK Datuk Mansor

KEHADIRAN
1. Pn. Hjh Norlida Bt Jantan
2. Pn. Mek Paridah bt Abu Samah
3. Pn. Aini Rozita Bt Ahmad
4. En. Darmalinggam A/L Manickam
5. Pn. Hjh Noor Lela Bt Yahaya
6.Pn. Arbaiyah Bt Yusof

7. En. Md Yusoff B. Yaacob


8. Pn. Nurul Zahira Bt Md Isa
9. En. Muhd. Fadhullah B. Ramadzan
10. Pn. Nor Liyana Bt Che Mat Azam
11. Pn. Nor Fauzai Bt Mohd Zahari

TIDAK HADIR
1. En. Zulkarnain B. Sharif - Bersebab

Bil.
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

Perkara

Tuan Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan syabas dan terima kasih
kerana semua ahli dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat AJK Rancangan
Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
Kali 01/2015 dan selanjutnya
memaklumkan berkenaan perkara-perkara berikut:a. Pengenalan ringkas tentang Program RIMUP iaitu tujuan dan matlamat
program.
b. Mesyuarat ini diadakan adalah untuk merancang aktiviti RIMUP Peringkat
Kelompok Sekolah Menengah yang bakal diadakan pada 16 Feb 2015 di SMJK
Chi Wen,Bahau.
c. Beliau mengulas kertas kerja Program RIMUP Peringkat Kelompok Sekolah
Menengah yang dilampirkan bersama.
Tindakan : Makluman

d. Beliau memohon agar unit Hal Ehwal Murid (HEM) menyediakan peratus murid
Sek.Men. Datuk. Mansor mengikut nisbah kaum.
Tindakan : Guru HEM
d. Beliau menegaskan agar aktiviti RIMUP perlu dijalankan di sekolah supaya
murid-murid dapat disemai semangat perpaduan dalam diri mereka dari
peringkat awal dan beliau menegur sikap sebilangan pelajar yang kurang
menghormati Lagu Kebangsaan ketika lagu itu di mainkan semasa Majlis
Penyampaian Hadiah Kejohanan Merentas Desa yang lepas.
Tindakan : Semua Guru SMKDM
2.0

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


a. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu tidak dapat dilaksanakan dan akan
diambil kira pada mesyuarat yang akan datang.
Tindakan : Setiausaha RIMUP

3.0

PERKARA BERBANGKIT
a. Tiada perkara berbangkit

4.0

RANCANGAN PROGRAM RIMUP PERINGKAT KELOMPOK SEKOLAH


MENENGAH
4.1 Program RIMUP yang dinamakan Pesta Riang Ria Tahun Baru Cina.
4.1.1. Tuan Pengerusi mencadangkan bagi program tersebut, SMK Datuk
Mansor mengadakan persembahan tarian gabungan tiga kaum yang
pernah dipersembahkan semasa Majlis Makan Malam Pengawas pada
tahun lepas.
Cadangan Tuan Pengerusi dipersetujui oleh ahli mesyuarat.
4.1.2. Pn. Nurul Zahira bertanyakan tentang jumlah pelajar yang membuat
persembahan dan yang menyertai beberapa pertandingan yang
diadakan seperti pertandingan Kaligrafi, Melukis Bunga Plum dan
Pertandingan Jian Zi , serta penetapan jumlah guru pengiring.
4.1.3 Tuan Pengerusi membalas dengan menganggarkan jumlah pelajar
yang membuat persembahan adalah seramai 15 orang, pertandingan
Kaligrafi, seramai 3 orang, pertandingan Melukis Bunga Plum, 3 orang
Pertandingan Jian Zi, 4 orang dan jumlah kesemuan pelajar adalah
seramai 25 orang dan guru pengiring yang dicadangkan adalah Pn.
Wong dan guru yang bakal menyertai Pertandingan Kaligrafi pada
program tersebut.
Tindakan : Setiausaha RIMUP

4.1.3 Tuan Pengerusi mencadangkan bahawa pemilihan pelajar yang


menyertai pertandingan tersebut diuruskan oleh Panitia Bahasa Cina
yang menentukan.
Cadangan Tuan Pengerusi dipersetujui oleh ahli mesyuarat.
Tindakan : Panitia Bahasa Cina
4.1.4 Pn. Nurul Zahira bertanyakan tentang sumbangan duit dari pihak sekolah
kepada pihak pengelola iaitu sebanyak RM3 bagi setiap pelajar yang
menyertai program.
Tuan Pengerusi menjawab dengan menyatakan bahawa pihak sekolah
menunggu surat punca kuasa daripada PPD untuk sebarang pengeluaran
kewangan sekolah.
Tindakan : Makluman
5.0

RANCANGAN PROGRAM RIMUP PERINGKAT SEKOLAH SMK DATUK


MANSOR
5.1 Tuan Pengerusi membuka cadangan kepada ahli mesyuarat bagi
membincangkan Program RIMUP Peringkat Sekolah Smk Datuk Mansor.
5.1.1 Pn. Mek Paridah mencadangkan agar setiap program sekolah dijadikan
sebagai program RIMUP sekolah.
5.1.2 Tuan Pengerusi mengulas itu adalah cadangan yang baik dan beliau
menambah terdapat beberapa sukan dan permainan kelihatan
dimonopoli oleh sesebuah kaum sahaja. Beliau mencadangkan agar
setiausaha Ko-kurikulum, En.Md Yusof agar menerapkan pelbagai kaum
dalam sukan dan permainan dengan memasukkan pelajar berbilang
kaum bagi memecakan monopoli sesuatu kaum dalam sesuatu sukan
dan permainan.
5.1.3 En.Md Yusof mencadangkan agar sebarang pertandingan dalaman bagi
sukan dan permainan diwajibkan bercampur berbilang kaum.
Tuan Pengerusi memohon agar En. Md Yusof menyediakan kertas kerja
bagi tujuan tersebut dan beliau turut mengulas yang cadangan tersebut
adalah bagus untuk merangsangpergaulan secara harmoni bagi
berbilang kaum dan juga dijadikan penarik pelajar untuk hadir ke sekolah.
5.1.4 Tuan Pengerusi bertanyakan Ketua Bidang Kemanusiaan, Pn. Fauzai
aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Bidang Kemanusiaan bagi
menerapkan program RIMUP.
Pn. Fauzai membalas, antara aktiviti yang telah dijalankan oleh Bidang
Kemanusiaan bagi menerapkan program RIMUP adalah melantik
pengacara pelbagai jenis kaum bagi setiap majlis yang diadakan,
mengadakan lawatan sivik melibatkan pelbagai kaum dan beliau uturut
mencadangkan agar susunan di dalam kelas agar bercampur antara kaum.

5.1.5 En. Dharma memaklumkan bahawa dalam pelantikan ahli Lembaga


Pengawas adalah terdiri daripada pelbagai kaum selaras dengan
kehendak program RIMUP.
5.1.6 Pn. Noor Lela memaklumkan bahawa bagi guru di Bilik Guru Tingkatan 6,
aktiviti RIMUP yang dilaksanakn adalah kesepakatan para guru untuk
membeli kerusi pejabat yang baru untuk semua guru di situ.
5.1.7 En. Fadhlullahmemaklumkan dari unit asrama aktiviti RIMUP yang
dilaksanakan adalah program Gotong Royong Membersihkan Surau
yang turut disertai pelajar kaum lain seperti kaum Asli.
5.1.8 Pn. Mek Paridah mencadangkan agar menjemput AJK Komuniti dalam
setiap acara dan program sekolah bagi memperlihatkan pelaksanaan
aktiviti RIMUP di sekolah.
Tuan Pengerusi mengulas bahawa selepas ini untuk setiap aktiviti program
RIMUP sekolah, pihak sekolah akan menjemput AJK Komuniti supaya
dapat dijadikan sebagai lawatan penanda aras.
Tindakan : Makluman
6.0

HAL-HAL LAIN
7.1 Pn. Mek Paridah bertanyakan tentang tentang peruntukan yang disediakan
untuk program RIMUP sekolah.
Tuan Pengerusi membalas bahawa tiada peruntukkan yang yang disediakan
untuk program RIMUP sekolah.
Tindakan : Makluman
7.2 Tuan Pengerusi memohon supaya kandungan mesyuarat RIMUP ini
dimasukkan sebagai salah satu isu dalam Dialog Prestasi dan berpesan agar
dibuat jadual Dialog Prestasi bagi setiap bidang.
Tindakan : ______________
7.3 En. Dharmalinggam mengingatkan dan memohon penyelaras tingkatan
bertanggungjawab mengemaskini data pelajar berpindah dan berhenti, dan
menyerahkan kepada beliau.
Tindakan : Penyelaras Tingkatan

8.0

PENUTUP
8.1 Tuan Pengerusi berharap agar mesyuarat RIMUP ini dapat dilaksanakan lagi
di masa hadapan.

8.2 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Rimup Kali 1/2015 ditangguhkan pada jam
3.30 petang.

Disediakan oleh:

..............................................................
(PUAN NURUL ZAHIRA BT MD ISA)
Setiausaha AJK RIMUP
SMK Datuk Mansor

Disemak oleh:

.............................................................
( PN. AINI ROZITA BT AHMAD)
Penolong Kanan Ko-Kurikulum
SMK Datuk Mansor

You might also like