You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA

SK. PASIR PANJANG


BIL 1/2015
TARIKH

: 13 JANUARI 2015

MASA

: 2.30 PETANG

TEMPAT

: BILIK GERAKAN SK PASIR PANJANG.

KEHADIRAN

1. PN.RADISAH BINTI JUSOH - GURU BESAR SK. PASIR PANJANG


2. EN. ZUL KORNAIN BIN HASSAN GPK KURIKULUM
3. EN. KHAIRUL ANNUAR BIN BUDIN GPK HEM
4. PN. AZIAN BINTI MOHD ALI GPK KOKURIKULUM
5. EN. RAZAN BIN RAZALI -SETIAUSAHA
6. PN. ROSMAH BINTI MOHD SAID
7. EN. ZULHASNI BIN RAZALI
8. PN. NORHAYATI BINTI SALIM
9. CIK PON BINTI ABDUL RAHMAN
10.EN.IBRAHIM BIN ISMAIL
11.PN. SALIAH BINTI MOHD RAZALI
12.PN. ZALINA BINTI ZAMZAM
13.EN. ZOOL HILMI BIN OTHMAN
14.PN. NONG CEMARRIA A/P AWANG LAMAT
15.CIK NOOR AZALIAH BINTI MT. AZIZI
16.PN. NUR SAFFIYAH MASON ATIM
17.CIK NURSYAHIDA BINTI MOHAMED
18.PN. ZURAIDAH BINTI MAMAT

1. Agenda Pertama: Ucapan Pengerusi

Ucapan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membincangkan pelaksanaan
dan pengurusan kokurikulum sesi 2015 .Beliau juga berharap agar pencapaian
kokurikulum tahun 2015 akan lebih cemerlang.
Makluman Dan Tindakan Semua Guru.

2. Agenda Kedua: Agihan Tugas Kokurikulum Sesi 2015.


Puan Azian Binti Mohd Ali selaku GPK kokurikulum membentangkan senarai Jawatan
Kuasa Kokurikulum (rujuk lampiran senarai Jawatankuasa Kokurikilum 2015).
Mengharapkan kerjasama semua guru untuk sama-sama melaksanakan aktiviti dengan
lebih efektif. Selain itu beliau juga berharap agar semua guru dapat memberikan lebih
tumpuan kepada beberapa acara sukan dan permainan yang boleh memberikan
pencapaian yang cemerlang kepada pasukan sekolah di antaranya ialah ping pong , catur
dan badminton.
Makluman Dan Tindakan Semua Guru .

3. Agenda Ketiga: Pembentukan Pengurusan Aktiviti Kokurikulum sesi 2015.


Jadual yang telah diagihkan mohon diterima dan akur dengan agihan yang telah
dibuat(rujuk buku pengurusan).Semoga dengan segala usaha dan kerjasama daripada
guru-guru aktiviti kokurikulum dapat dijalankan dengan jayanya.
Makluman Dan Tindakan Semua Guru .

4. Agenda Keempat: Buku Laporan Aktiviti Kokurikulum Dan Buku Penilaian


Murid.
Rekod aktiviti telah disediakan dan harap semua guru penasihat persatuan,unit uniform
dan sukan & permainan merekod aktiviti dari masa ke masa. Minta kerjasama guru
melengkapkan buku laporan aktiviti dan buku penilaian murid . Perjumpaan yang
pertama akan bermula pada 14.01.2015.
Kehadiran murid-murid harap dapat dipertingkatkan dan menepati masa yang telah
ditetapkan.
Makluman Dan Tindakan Semua Guru .

5. Agenda Kelima: Pertandingan Peringkat Kelompok .


Guru-guru penasihat dan jurulatih sukan/permaianan dan panatia-panatia bahasa
disarankan merancang program latihan lebih awal agar individu/pasukan yang mewakili
sekolah lebih mantap dan bersedia.
5.1 Pertandingan sukan dan permainan yang bakal diadakan:
Januari: Merentas desa dan Sepak takraw
Februari Ping pong , Bola Baling dan Catur
Mac

: Balapan dan Padang , Bola Sepak

5.2 Pertandingan kokuria/ko akademik


Februari: Pesta Pantun,Pertandingan Sahiba
Mac

: Perkhemahan pengakap daerah (12-15/3/2015)

April

: Perkhemahan PPIM daerah (16-18/4/2015 ,Karnival Bahasa Melayu

Mei

: Karnival Bahasa Inggeris

Makluman Dan Tindakan Jurulatih

6. Agenda Keenam: Hal-Hal Lain


6.1.Puan Azian Binti Mohd Ali selaku GPK Kokurikulum Sk Pasir Panjang berharap
semoga aktiviti kokurikulum dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk mencari wakil
sekolah dalam acara sukan dan permaianan.
6.2.Selain itu , semua guru hendaklah memastikan agar buku rekod pencapaian kokurikulum murid dilengkapkan dan ditandatangani selepas setiap kali perjumpaan.
6.3.Puan Azian juga menegaskan supaya guru mematuhi peraturan-peraturan penggunaan
stor Pendidikan Jasmani demi keselamatan murid dan memudahkan pengurusan bilik
tersebut.
Sebelum mengakhiri ucapan ,beliau berharap agar semua guru akan memakai baju unit
uniform pada setiap hari Rabu.
Pengerusi mengharapkan agar kejayaan yang cemerlang dalam sebarang pertandingan di
peringkat kelompok.
Makluman Dan Tindakan Semua Guru.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.05 petang.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

..
(MOHD RAZAN BIN RAZALI)
Setiausaha KoKurikulum

(PUAN AZIAN BINTI MOHD ALI)


Guru Penolong Kanan KoKurikulum

SK Pasir Panjang.

SK Pasir Panjang.

You might also like