You are on page 1of 39

SNR Bumiputera Air Cond Services and Accessories

No. 3, Susur Jalan Kluang, Pusat Perniagaan Parit Raja,


Parit Raja, Batu Pahat, Johor
07-4546122
(Air Cond Services and Accessories)

TAJUK :LAPORAN PENYAMANAN UDARA KENDERAAN


(TOYOTA WISH)

DISEDIAKAN OLEH:

MOHAMAD NABIL BIN MOHAMAD NORDIN


MOHD BIRKHAZIN BIN BAKAR
MUHAMMAD SHAFEQ IKMAL BIN SHUIB
YOGATHAVAN A/L JAGANDREN

JANUARI 2015

PENGHARGAAN
Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat
kami menyiapkan kerja kursus dengan jayanya. Pertama sekali kami
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu EN.AZHAR
SAIFULIZAN BIN MOHD ABIDIN kerana memberi peluang kepada kami
menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti
perpustakaan bagi memudahkan kami mendapatkan bahan rujukan yang
berkaitan dengan tajuk tugasan kami.Kami juga mengucapkan terima kasih
kepada pensyarah kami Encik azahar saifulizan yang telah banyak memberi
tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi
sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan laporan
ini .Selain itu juga, kami mengucapkan terima kasihkepada tuan kerana
memberi kepercayaan kepada kami dalam menjalankan tugasan ini sehingga
jayanya.Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi
sokongan serta dorongandan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja
kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat kami
menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti rakan-rakan yang
lain.Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan- rakan seperjuangan yang
sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukartukar idea dalam membantu kami menyiapkankerja kursus ini.Akhir sekali,
harapan kami agar segala laporan yang kami hasilkan dapat menambahkan
ilmu pengetahuan kami disamping dapat menjadi pelajar yang

bertanggungjawab. Selain itu juga, harapan kami agar dapat memberi


manfaat kepada diri kami sendiri terutamanya serta kepada pembaca agar
kita sama-sama menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dalam
menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah
dalam kepada masyarakat setempat .

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

M/S

RINGKASAN
PENDAHULUAN

II
1

BAB 1
SISTEM PENYAMANAN UDARA

2-3

1.0 Ringkasan Sistem Penyamanan Udara


1.1 Prinsip Penyamanan Udara
1.2 Kawalan penyamanan udara kenderaan

BAB 2
PERBEZAAN SISTEM PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA
2.1 Penyamanan udara
2.2 Sistem penyejukan

BAB 3
MATLAMAT

3.1 Sebab apa penyamanan udara kenderaan perlu diservis


3.2 Jika sistem penyamanan udara kenderaan tidak diservis

BAB 4
BAHAN PENDINGIN

4.1 SIFAT-SIFAT BAHAN PENDINGIN

BAB 5
KITARAN KAWALAN PENYAMANAN UDARA KENDERAAN
Proses kawalan penyamanan udara kenderaan.
5.1 Pemampat
5.2 Condensor
5.3 Thermostatik expansion valve
5.4 Evaporator
5.5 Sistem penghawa dingin
5.6 Gambar rajah Kawalan elektrikal Penyamanan Udara kenderaan

BAB 6

7-11

Sistem Penghawa Dingin Kereta (AirCond)

12-14

6.1 Fungsi sistem penghawa dingin kenderaan


6.2 penyelengaraan sistem penghawa dingin kereta .
6.3 Selengaraan sistem aircond kereta (Servis Aircond Kereta)

.BAB

Tanda kerosakan dan panduan pemeriksaan.

15-17

7.1 Angin panas atau aircond tidak sejuk.


7.2 Aircond tak cukup sejuk.
7.3 Dalam perjalanan jarak jauh, selepas beberapa ketika, aircond tidak sejuk.
7.4 Angin aircond berbau busuk.
7.5 Asap putih keluar
7.6 Corong keluar angin aircon berminyak.

BAB 8
Sistem Kawalan penyamanan udara kenderaan
22
8.1 Kawalan penyamanan udara kenderaan

18-

8.2 Antara kawalan penyamanan udara kenderaan


8.2.1 Cooler.
8.2.2 Heater.
8.2.3 Pembersih udara.
8.2.4 Vantilator.
8.2.5 Pemampat.
8.2.5 Penyejat.
8.2.6 Termostatik expansion valve.
8.2.7 Pemeluwap.
8.2.7 Receiver drier.
8.2.8 Amplifier.
8.2.8 Relay.
8.2.9 Thermostat.
8.2.10 Vacum switching valve.
8.2.11 Suis tekanan.
8.2.12 Blower motor.
8.2.13 Kipas.

BAB 9
Servis Aircond

23-24

9.1 Apa yang perlu dibuat semasa servis aircond kereta .


9.2 tanda-tanda aircond kereta perlu diperiksa / diservis.

Bab 10
10.1 Kos servis

25

BAB 11
CADANGAN

RUJUKAN

26 -27

28

LAMPIRAN

29

RINGKASAN

Sistem penyejukan dan penyamanan udara adalah satu sistem yang sangat penting kepada
manusia pada masa kini. Terdapat berbagai-bagai jenis dan model direka untuk memenuhi
permintaan pengguna.seawal kehidupan manusia,manusia mengenali bahawa bahan sejuk adalah
suatu medium yang sesuai digunakan untuk memindahan haba.
Tujuan sistem penyamanan udara kenderaan diperkenalkan ialah memberi keselesaan kepada
pemandu dan penumpang.sistem aircond perlu diservis satu tahun setengah atau dua tahun
setengah bagi mencuci habuk habuk didalam sistem aircond.
Tujuan sistem aircond diservis untuk memanjangkan komponen komponen aircond.ia perlu
diservis

kerana

penyamanan

udara

kenderaan

adalah

pengawal

suhu,pengawalan

udara,kelembapan dan kebersihan udara untuk keselesaan dengan mendapatkan kesegaran udara
yang bersih.

PENDAHULUAN
Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara ialah satu daripada mata pelajaran
elektif vokasional .Murid yang mengikuti mata pelajaran ini menguasai kemahiran menservis
peralatan penyejukan dan penyamanan udara domestik dan kereta. Menservis Peralatan
Penyejukan dan Penyamanan Udara adalah untuk menyediakan bidang latihan,
memperkembangkan asas-asas kemahiran vokasional dan kemahiran hidup pelajar bagi tujuan
pekerjaan. Penggubalan mata pelajaran ini merupakan usaha Kementerian Pendidikan ke arah
mempertingkatkan kemahiran praktis dan menanam minat keusahawanan di kalangan murid
dalam industri perkhidmatan. Dalam Mata pelajaran ini, murid menservis empat jenis peralatan
penyejukan dan penyamanan udara iaitu peti sejuk domestik, penyaman udara tingkap,
penyaman udara jenis pisah dan penyaman udara kereta. Mereka mempelajari cara penggunaan
peralatan ujian, komponen peralatan penyejukan dan penyamanan udara, litar pendawaiannya
serta sistem kawalan manual dan automatik. Murid menguasai kemahiran mengesan kerosakan,
membaikpulih, menyenggara dan memasang peralatan ini. Penekanan juga diberi kepada amalan

keselamatan dan etika kerja semasa bekerja. Mata pelajaran ini dirancang khas untuk murid yang
mempunyai kecenderungan dan minat menceburkan diri dalam menservis peralatan penyejukan
dan penyamanan udara. Dengan kemahiran dan pengalaman yang diperolehi, murid boleh
menjalankan perniagaan sendiri, bekerja sebagai mekanik menservis peralatan penyejukan dan
penyamanan udara.

BAB 1
SISTEM PENYAMNAN UDARA
1.0 Sistem penyamanan udara kenderaan merupakan satu keperluan kepada pengguna. Boleh
dikatakan semua kenderaan samaada domestik atau komersial akan dipasang dengan sistem
penyaman udara.
Tujuan penyaman udara untuk mengekalkan suasana selesa dalam kehidupan manusia.
Mengikut sejarah, penyamanan udara bermula lebih dari 12 ribu tahun dahulu. Penyamanan
udara kenderaan yang pertama ialah pada tahun 1927. Kebanyakan kenderaan pada masa itu
hanya dipasang sistem pemanas, pengagih udara dan penapis angin bersama motor kipas sahaja.
Sehinggalah pada tahun 1940, heater and defrosters standard equipment dipasang pada kereta.
Sistem penyaman udara kenderaan yang moden dan lengkap telah diperkenalkan oleh syarikat
cadillac.

Tahun-tahun seterusnya mula perlabagai syarikat mencipta dan memasang sistem penyaman
udara kenderaan tidak hanya terhad pada kenderaan domestik tetapi telah berkembang pada
kenderaan komersial, dan perkapalan. Maka bermulalah era yang bukan lagi sebagai barang
mewah tetapi satu keperluan pada pengguna. Dengan ini penyamanan udara menjadi satu sumber
pendapatan yang sentiasa memperbaharui ciptaan dan keluaran.

PRINSIP PENYAMANAN UDARA


1.1 Penyamanan udara yang lengkap melibatkan proses pemanasan,
penyejukan, pelembapan, pengeringan, kitaran, dan pembersihan udara.
Memandangkan Malaysia adalah sebuah Negara yang mengalami musim
panas sepanjang tahun, maka pemprosesan pemanasan dan pengeringan
tidak perlu dipertimbangkan. Penyamanan udara merupakan proses
parawatan dan pengawalan udara pada sesuatu ruang tertentu (ruang
tertutup). Rawatan yang dimaksudkan adalah dari segi mekanikal yang mana
berkaitan dengan aktiviti pengawalan suhu, kelembapan, kebersihan
pengagihan udara dan permbaharuan udara.

Penyamanan udara kenderaan adalah pengawalan suhu, pengawalan udara,


kelembapan dan kebersihan udara untuk keselesaan dengan mendapatkan
kesegaran dan udara yang bersih.

1.2 Kawalan penyamanan udara kenderaan:


Sistem ini perlu mengandungi pemampat, penyejat, pemeluwap, injap
pengembang dan penapis penggering. Sistem ini menggunakan bahan
pendingin sebagai medium pengejukkan bersama komponen tersebut untuk
mendinginkan udara dalam kenderaan.

BAB 2
PERBEZAAN SISTEM PENYEJUKAN DAN
PENYAMAN UDARA

2.1 Penyaman udara


Merupakan aplikasi bagi sistem penyejukan iaitu sebagai sebuah kawalan
bagi sistem pergerakan udara, kadar kelembapan perubahan suhu dan
kebersihan pada sebuah ruang yang tertentu.

2.2 Sistem penyejukan


Asas pemampatan wap dibentuk untuk menyejuk persekitaran melalui
pendedahannya kepada satu cecair didih yang sejuk.Ianya jugaMerupakan
sistem yang diperlukan bagi menghasilkan suhu bagi sesuatu ruang.

BAB 3
MATLAMAT
3.1 Penyamanan udara ialah memastikan sistem Penyamanan udara
kenderaan pelanggan berada dalam keadaan konsisten.Jika penyamanan
udara kenderaan selalu diservis,ia juga akan dapat memanjangkan jangka
hayat komponen penyamanan udara kenderaan.

3.2 Jika system penyamanan udara kenderaan tidak diservis,ia akan


mengakibatkan kerosakkan yang diluar jangkaan.Antaranya ialah:

Pemampat akan rosak (compressor)


Kebocoran pada pemeluap (cooling coil)
Kebocoran pada system paip
Kebocoran pada condenser
Minyak hitam (mengakibatkan semua komponen perlu ditukar)
Expansion valve akan tersumbat

BAB 4
4.1 SIFAT-SIFAT BAHAN PENDINGIN
Cecair yang digunakan untuk bahan pendingin mestilah mempunyai

sifst-sifat seperti yang berikut:


Tidak beracun
Tidak meletup
Tidak berkarat atau menghakis
Tidak mudah terbakar
Mudah mengesan sesuatu kebocoran
Boleh beroperasi pada tekanan yang rendah
Merupakan gas yang stabil

Bahagian- bahagian yang dilalui oleh bahan pendingin mestilah mudah

dilincirkan.
Tidak berbau tengik.
Mempunyai isipadu cecair yang tinggi.
Mempunyai haba pendam yang tinggi untuk menyerap haba.
Mempunyai isipadu gas yang rendah untuk mengurangkan sesaran

pemampat.
Perbezaan tekanan tinggi dan rendah mestilah kecil untuk
meningggikan keupayaan
mampatan.
Sifat-sifat di atas hendaklah diambil kira untuk memilih bahan
pendingin yang baik bagi sistem penyejukan dan penyamanan udara.

BAB 5
KITARAN KAWALAN PENYAMANAN
UDARA KENDERAAN

Gambarajah 1

Proses kawalan penyamanan udara kenderaan.


5.1 Pemampat : pemampat akan berfungsi mengepam bahan pendingin
dari tekanan rendah kepada bertekanan tinggi.

5.2 Condensor : gas dari pemampat akan memasuki condensor untuk


memasuki gas bahan pendingin dalam bertekanan tinggi serta dalam bentuk
gas. Selepas itu, gas akan bertukar kepada bentuk cecair untuk memasuki
injap pengembang(thermostatik expansion valve). Condensor akan
melakukan proses menyingkirkan haba dari haba evaporator.

5.3 Thermostatik expansion valve : thermostatik expansion valve akan


mengawal pengaliran cecair bahan pendingin memasuki saluran evaporator.

5.4 Evaporator : cecair bahan pendingin akan memasuki evaporator dalam


bertekanan rendah. Selepas melalui saluran evaporator cecair akan bertukar
kepada bentuk gas untuk memasuki saluran pemampat untuk dimampatkan
semula. Tugas evaporator adalah untuk menyerap haba sekeliling tempat
dalam suatu bilik yang dikehendaki.

5.5 Sistem penghawa dingin: adalah himpunan komponen-komponen individu seperti


diatas yang disambungkan oleh hos dan tiub fleksibel untuk membentuk litar tertutup.
Dalam litar tertutup ini, penyejuk diedarkan oleh tekanan gas yang dimampatkan
oleh kompresor.

Bahagian di antara pemampat dan injap pengembangan dipanggil sektor tekanan tinggi dan
bahagian antara injap pengembangan dan pemampat adalah sektor tekanan rendah. Gas penyejuk
yang dimampat di dalam pemampat akan mengalami pemanasan melampau.

Gas tersebut kemudiannya disalurkan ke dalam pemeluwap di bawah tekanan dan suhu yang
tinggi. Gas penyejuk yang dalam tekanan tinggi dan panas ini kemudiannya mengeluarkan haba
yang menyebabkan pemeluwapan terhasil, dan gas penyejuk tersebut berubah daripada bentuk
gas

kepada

cecair.

Penapis/penumpuk

kering

kemudiannya akan

membersihkan

dan

mengeringkan bahan penyejuk yang kini dalam bentuk cecair.

Dari penapis/penumpuk kering, cecair tersebut bergerak ke injap pengembangan dan


akan bertukar menjadi cecair sejuk tekanan rendah yang kemudiannya disalurkan ke penyejat.

Selepas melepasi penyejat, penyejuk akan kehilangan haba lagi sehingga akhirnya menjadi gas
tekanan rendah yang sangat sejuk. Penyejat yang sangat sejuk itu akan ditolak oleh motor blower
ke kawasan dalaman penumpang kereta untuk menghasilkan suhu yang menyejukkan dan
nyaman di bahagian dalam kereta.

Akhir sekali bahan pendingin yang kini dalam bentuk gas tekanan rendah dan sejuk kini kembali
ke pemampat untuk memulakan kitaran tersebut sekali lagi. Proses yang berulang ini
memastikan suhu sejuk dan nyaman mengiringi perjalanan anda. Kerosakan kepada mana-mana
komponen yang disebutkan diatas akibat kehausan, tidak diselenggara dengan baik ataupun
kekurangan gas bahan penyejuk adalah punca aircon kereta anda tidak berfungsi ataupun tidak
sejuk.

Pemandu pintar memastikan aircon kereta mereka senantiasa dalam keadaan sempurna pada
setiap masa dengan melakukan servis berkala keatas sistem aircon kereta mereka.

5.6 KAWALAN ELEKTRIKAL PENYAMAN UDARA KENDERAAN

GAMBAR RAJAH 2

BAB 6
Sistem Penghawa Dingin Kereta (AirCond)
6.1 Sistem Penghawa Dingin Kereta (AirCond Kereta) berfungsi untuk menyejukkan suhu
dalaman kereta. Sistem operasinya adalah menggunakan sejenis gas yang diluluskan oleh Jabatan
Alam Sekitar ialah R134 / R134A yang dimampatkan oleh compressor.

Gas tersebut akan dialirkan melalui cooling coil yang berada di dalam kabin kereta. Blower yang
ditugaskan untuk menyejukkan akan meniup angin melalui cooling coil ini dan mengeluarkan
angin yang sejuk.

Selepas itu gas tersebut perlu disejukkan kembali dan melalui radiator kondenser yang akan
menyejukkan gas tersebut.

6.2 Bilakah dan Apakah yang mekanik lakukan untuk penyelengaraan sistem penghawa
dingin kereta anda.
Sistem aircond atau penyaman udara kereta anda perlu diperiksa dan diservis setiap 2 hingga 3
tahun sekali ataupun sekurang-kurangnya 5 tahun sekali. Selain faktor jangkamasa sistem
penghawa dingin kereta anda perlu diselengara sekiranya terdapat tanda-tanda seperti berikut :-

Enjin kereta terasa terlalu berat apabila suis aircond dihidupkan


Suhu aircond tidak stabil (ada masa sejuk dan ada masa panas)
Terasa angin panas keluar dari corong aircond
Apabila aircond dihidupkan kipas radiator tidak berpusing atau berpusing dengan
perlahan (tidak laju).

6.3 Apakah yang dilakukan mekanik untuk proses selengaraan sistem aircond kereta
(Servis Aircond Kereta)-

Memeriksa kandungan gas aircond. Sekiranya berkurangan ianya perlu ditambah. Dua jenis gas
yang digunakan iaitu jenis R134 atau R134A. Kedua-dua jenis gas tersebut adalah diluluskan
oleh Jab Alam Sekitar Malaysia.

Cucian atau membersihkan kekotoran dan habuk-habuk yang terdapat pada bahagian-bahagian
sistem aircond seperti cooling coil , condenser dan sebagainya.

Memeriksa tahap pencapaian aircond compressor, tabung gas aircond (receiver dryer) Samaada
masih baik atau terdapat sebarang kerosakan atau kekotoran.
Pemeriksaan motor kipas aircond (aircond fan radiator) - masih berfungsi dengan baik ataupun
sudah tidak berfungsi dengan baik (berputar secara perlahan)

Mekanik akan menasihat anda untuk menukar barangan-barangan yang dirasakan tidak sesuai
digunakan lagi kerana kualiti barangan tersebut. Jadi periksa betul-betul dan minta penjelasan
mengenai barangan yang dikatakan tidak sesuai atau tidak boleh digunakan lagi.

Kebiasaannya selepas aircond anda diservis, kereta anda akan lebih selesa dengan udara segar
dan enjin kereta anda akan terasa ringan dari sebelumnya (Semasa aircond dihidupkan)

Bab 7
Tanda kerosakan dan panduan pemeriksaan.
7.1 Angin panas atau aircond tidak sejuk.
Perkara ini terjadi kerana beberapa kerosakan.
Periksa kandungan gas aircond dengan melihat tingkap di atas penapis gas aircond (botol
berwarna perak yang mempunyai bahagian kaca di atas) Sekiranya buih kelihatan, bermaksud
gas masih ada. Maka kerosakan bukan disebabkan kebocoran.

Hidupkan enjin dan aircond kereta anda. Perhatikan kipas di depan radiator kondenser. Sekiranya
kipas ini tidak bergerak atau bergerak dengan perlahan ini membawa maksud kipas itu rosak dan
perlu di tukar. Angaran Kos moto kipas tersebut adalah RM100 RM130 bagi kenderaan jenis
proton (Wira,Satria). Sebaik-baiknya anda membeli dan memasangnya sendiri bagi
mengurangkan kos kerana pemsangan motor tersebut adalah mudah dilakukan.

Sekiranya kipas bergerak laju dan aircond masih terasa tidak sejuk, biarkan aircond terpasang
dan perhatikan salah satu paip yang menyalurkan gas aircond. Sekiranya ternampak, bintikbintik air mula kelihatan maka aliran gas daripada kompressor ke cooling coil elok. Tapi airond
masih tidak sejuk, besar kemungkinan, injap yang mengawal kemasukkan gas ke dalam cooling
coil tersumbat atau rosak. Untuk menukar injap ini cooling coil perlu di buka dan gas perlu
dibuang dan dicadangkan buat service aircond sekaligus.

7.2 Aircon tak cukup sejuk.


Perkara sebegini biasanya berlaku kepada kereta-kereta yang diimport sepenuhnya (CBU) atau
selepas aircond diservice. Sebenarnya tiada kerosakan kerana suhu aircond di kawal oleh satu
suis yang menghidupkan dan mematikan aircon kita secara automatik. Minta mekanik laraskan
suis ini supaya aircond lebih lama dihidupkan.

7.3 Dalam perjalanan jarak jauh, selepas beberapa ketika, aircond tidak sejuk.

Perkara ini berlaku kerana suis yang mengawal 'on' dan 'off' aircond tidak dapat berfungsi
dengan baik atau injiap yang mengawal gas masuk ke dalam cooling coil rosak menyebabkan
kemasukkan gas ke dalam cooling coil berlebihan dan menjadikan cooling coil beku atau terjadi
ketulan ais hinggakan menghalang pengaliran gas keluar dan menyebabkan hanya sebahagian
cooling coil yang menyejuk dan sebahagian lagi panas. Sekiranya ini terjadi, berhentikan kereta
anda selama beberapa ketika (sehingga tiada lagi ais di paip gas) dan laraskan thermostat ke suhu
yang paling kurang sejuk. Sekiranya masih berlaku lagi, bermaksud, injap atau suis aircond anda
perlu di tukar.Air menitik. Perkara ini berlaku disebabkan seperti perkara '3' di atas.

7.4 Angin aircond berbau busuk.


Ini berlaku kerana terdapat angin luar yang masuk ke dalam sistem saluran angin aircond kereta
anda atau aircond anda telah terlalu lama tidak diservice hingga menyebabkan semua habuk dan
basah telah berkulat dan mengeluarkan bau busuk.

7.5 Asap putih keluar


Sebenarnya asap putih itu adalah kotoran dan wap air yang terjadi. kerana gas terlalu sejuk.
Sebabnya adalah seperti di '3'.

7.6 Corong keluar angin aircon berminyak.


Jika ini berlaku, maksudnya cooling coil anda telah mengalami kebocoran dan lama kelamaan
gas akan habis dan angin aircon akan panas

Bab 8
Sistem Kawalan penyamanan udara kenderaan
Penyamanan udara kenderaan adalah pengawalan suhu, pengawalan udara,
kelembapan dan kebersihan udara untuk keselesaan dengan mendapatkan
kesegaran dan udara yang bersih.

8.1 Kawalan penyamanan udara kenderaan:


Sistem ini perlu mengandungi pemampat, penyejat, pemeluwap, injap
pengembang dan penapis penggering. Sistem ini menggunakan bahan

pendingin sebagai medium pengejukkan bersama komponen tersebut untuk


mendinginkan udara dalam kenderaan.

8.2 Antara kawalan penyaman udara kenderaan ialah :

8.2.1 Cooler.
Suatu alat digunakan untuk mengejukkan atau menghilangkan lembapan
dalam kenderaan atau udara yang bersih disedut ke dalam kenderaan
8.2.2 Heater.
Suatu alat yang akan memanaskan udara dalam kenderaan semasa musim
sejuk.
Terdapat dua jenis heater digunakan:

Coil heater/Heater core(menggunakan tenaga elektrik)


Tiub bersirip(dari enjin/radiator kenderaan)

8.2.3 Pembersih udara.


Merupakan alat yang bertindak menapis dan membersihkan udara dalam
kenderaan.

8.2.4 Vantilator.
Merupakan alat yang mengalirkan udara luar yang telah bertapis kedalam
kenderaan
Terdapat beberapa jenis vantilator:
Natural flow-through
Forced air
8.2.5 Pemampat.
Merupakan nadi kepada sistem penyejukan kerana ia mengepam bahan
pendingin keseluruh sistem.

8.2.5 Penyejat.
Berfungsi menyerap haba yang berada dalam kereta dan mengunakan
pengejat.

8.2.6 Termostatik expansion valve.


Mengawal pengaliran refrigerent liquid kedalam penyejat berasaskan kepada
pressure reduction.
Terdapat dua jenis expansion valve:

Contastant pressure
Thermal

8.2.7 Pemeluwap.
Menyingkirkan haba iaitu dalam berkeadaan tekanan tinggi serta gas akan
bertukar kepada liquid.
8.2.7 Receiver drier.
Betindak sebagai tangki simpanan liquid freon. Ia juga mengandungi filter
dan desiccant. Bertujuan untuk menyerap kelembapan air yang terdapat
dalam sistem.

8.2.8 Amplifier.
Merupakan alat kawalan yang dibentuk oleh gabungan litar transistor.

8.2.8 Relay.
Mengurangkan kadar arus untuk mengerakkan motor blower dan magnetic
clutch.

8.2.9 Thermostat.
Menyelakkan pelarasan suhu di dalam ruangan dalaman kenderaan kepada
suhu yang dikehendaki.

Terdapat 2 jenis thermostat :


Jenis gas
Jenis thermostat

8.2.10 Vacum switching valve.


Menaikan kelajuan pemampat untuk membolehkan proses yang lebih baik
sewaktu dalam kawasan lalu lintas yang sibuk.

8.2.11 Suis tekanan.


Mengesan kejatuhan tekanan apabila berlaku kebocoran di sistem dan
memutuskan magnetic clucth bagi mengelakkan kerosakan pada pemampat.

8.2.12 Blower motor.


Memberi pengaliran kesejukan udara pada evaporator.

8.2.13 Kipas.

Menghantar udara didalam kenderaan atau udara luar ke sirip evaporator


sebelum dihembus keluar melalui grill ventilator outlet.

Kipas terdiri pada 2 jenis:


Axial flow
Centrifugal flow

Bab 9

Servis Aircond
Tahukah anda bahawa selain bahagian enjin kereta aircond atau penyaman udara kereta anda
perlu diperiksa dan diservis setiap 2 hingga 3 tahun sekali.. Mungkin ada yang tidak tahu atau
tidak pernah langsung menyelenggara aircond kereta kesayangan sejak dibeli 5 tahun lalu.. Tahu
bila start enjin, on aircond & drive..

9.1 Apa yang perlu dibuat semasa servis aircond kereta ?

memeriksa kandungan gas aircond.. kalau sudah kurang perlu ditambah (Jenis gas
aircond kereta yang diluluskan oleh Jab Alam Sekitar ialah R134 / R134A

cuci / bersihkan kekotoran dan habuk-habuk yang terdapat pada bahagian-bahagian


aircond (spt cooling coil dsb)

memeriksa aircond compressor, tabung gas aircond - masih ok atau terdapat sebarang
kebocoran

motor kipas aircond (aircond fan radiator) - masih berfungsi dgn baik atau sudah 'kong'

9.2 tanda-tanda aircond kereta perlu diperiksa / diservis

bila ON aircond enjin kereta terasa 'berat' (bukan berat sikit tetapi berat banyak)
bila ON aircond sekejap sejuk sekejap tak sejuk
bila ON aircond aircond fan radiator sudah berpusing dengan perlahan (tidak laju) atau
kipas itu tidak berpusing langsung

biasanya selepas servis aircond ni kereta anda akan lebih fresh.. enjin pun ringan (masa on
aircond)..

kalau semua bahagian dlm keadaan baik cuma bersihkan habuk-habuk + tambah gas yang sudah
berkurangan = tak sampai seratus pun. Kalau ada part yang perlu ditukar seperti motor aircond
fan radiator, cooling coil atau terdapat kebocoran siap la ratus-ratus. . Kalau part2 semua dah out,
memang kena tukar seketul (pakai aircond denso baru la) - tukar baru dlm 450 ++

Kadang-kadang selepas servis aircond enjin kereta anda menjadi berat (pickup lambat).
Sekiranya keadaan ini berlaku, buat pelarasan timing enjin semula.

Sistem aircon kereta berfungsi menggunakan gas yang dimampatkan oleh compressor. Gas ini
akan mengalir melalui cooling coil yang berada di dalam kabin kereta dan blower akan meniup
angin melalui cooling coil ini dan mengeluarkan angin yang sejuk. Selepas itu gas ini perlu
disejukkan kembali dan akan melalui radiator kondenser yang akan menyejukkan gas tersebut.
Begitulah secara asasnya bagaimana aircon kereta berfungsi.

Bab 10
10.1 Kos servis
Sekiranya perkakasan system aircond berada didalam keadaan baik, cuma pembersihan
habuk-habuk dan tambahan gas yang sudah berkurangan kos nya antara RM 30 RM80.
Bergantung pada sesebuah kedai.
Sekiranya perkakasan (part) rosak caj tambahan dikenakan mengikut jenis kerosakan
antaranya

Reciever Dryer (RM 50 -60)


Expansion valve
Cooling coil
Condenser
Compressor
Moto Kipas aircond radiator RM 140 RM100 (baru)

Sila semak terlebih dahulu harga-harga barangan sebelum pengantian dilakukan bagi
mengelakkan kos yang tinggi. Sebaik-baiknya minta penerangan yang jelas sekiranya
mekanik anda menyatakan sesuatu barang perlu ditukar.

BAB 11
Cadangan

Tuntasnya dari tugasan ini, saya dapat mengetahui tentang pemampat dan
jenis pemampat penyaman udara kenderaan. Selain itu dapat mengetahui
sistem kawalan penyaman udara kenderaan. Proses bagaimana berlakunya
pengejukan didalam kenderaan memerlukan proses di pemampat, condensor
, evaporator, dan thermostatik expansion valve. Selain itu, aksesori
tambahan turut membantu proses kawalan pengejukkan yang selesa dan
sempurna pada kenderaan seperti filter drier, sight glass dan sebagainya.
Maka, setiap kelengkapan yang lengkap akan dapat mengerakkan sistem
dengan pergerakan bahan pendingin pada saluran suction dan saluran
nyahcas(luahan) membentuk tekanan tinggi dan tekanan rendah.
Berdasarkan pengalaman saya, saya cadangkan aircon diservice setiap
setahun setengah atau dua tahun dan untuk perjalanan jauh di highway,
jangan laraskan thermostat pada suhu tersejuk kerana ini akan merosakkan
injap cooling coil. Dan untuk pengguna kereta buatan Malaysia, jangan
terlalu 'bermain' dengan thermostat aircon anda kerana ianya sangat
sensitif. Kos untuk membaikinya agak mahal

Aircond diservis setiap setahun setengah atau dua tahun atau sekurang
kurangnya tiga tahun.untuk perjalanan jauh di higyway,elakan pelarasan
thermostat pada suhu tersejuk kerana ini akan merosakkan injap cooling
coil.Ini juga akan merosakkan pemampat (compressor) kerana ia bergerak
tanpa henti bagi menyejukkan suhu dalam kenderaan.
Tujuan aircond perlu diservis pada masa yang ditetapkan untuk
memanjangkan jangka hayat sesuatu komponen aircond.Jika sistem aircond
tidak diservis ia akan menyebabkan kerosakkan.Antaranya ialah:

Sistem aircond tersumbat ataupun kotor


Minyak hitam pada sistem aircond
Kerosakkan pada pemampat(compressor)
Kerosakkan pada cooling coil

RUJUKAN
I.
II.

https://www.scribd.com/doc/173092558/Kajian-Sistem-Penyamanan
https://www.scribd.com/doc/173091913/Kajian-Sistem-Penyamanan-

III.
IV.

Udara
https://www.scribd.com/search?query=laporan+penyamanan+udara
https://www.google.com/search?
q=penyamanan+udara+kereta&sa=G&es_sm=93&tbm=isch&tbo=u&
source=univ&ei=zhfaVLXlJtCsuQSOh4HwDw&ved=0CB4QsAQ&biw=13

V.

66&bih=667
http://www.blog5zal.com/2013/05/mengenal-asas-sistem-penyamanudara.html

VI.

http://image.slidesharecdn.com/78225733-amali-sistem-penyaman-udara121208231830-phpapp01/95/78225733-amalisistempenyamanudara-11024.jpg?cb=1355030354

VII.

http://mrsmmersing.blogspot.com/2014/07/punca-kerosakan-aircond-

VIII.

kereta.html
http://suteraaircon.blogspot.com/p/sistem-aircon.html

LAMPIRAN

Gambar rajah 1

Gambar

rajah 2
Komponen komponen system aircond kenderaan
system aircond.

Saluran

Gambar rajah 3
Mesin kitar semula gas

Gambar rajah 4
Semasa mengisi gas

aircond

Gambar rajah 5

Gambar

rajah 6
Tolok mengisi gas aircond kenderaan

cooling coil

Gambar rajah 7
Penapis habuk pada cooling coil

You might also like