You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT STAF AKHIR TAHUN 2014

Tarikh: 19 November 2014


Hari : Rabu
Masa: 10.00 - 11.30 pagi
Tempat : Bilik Guru
KEHADIRAN
1. En. Hairani bin Jeman
2. En. Clement Datu
3. En. Jurem Merang
4. En. George Joseph
5. En. Nelson Bili
6. En. Bobby Malenbang
7. En. Ali Abdu
8. En. Sylwyn Melvyn
9. En. Larry Tandang
10. Cik Siti Azaria
11. Cik Nurul Solehah
12. En. Hendryson Gumbang
13. En Peter Balai
14. Cik Let Bengau
15. Pn Sawai Reba
16. En Jakin
17. En Siban Sunok

Guru Besar
Penolong Kanan 1
Penolong Kanan HEM
Ketua Panitia BI
Ketua Panitia Muzik
Ketua Panitia Matematik
Ketua Panitia BM
Ketua Panitia KH
Guru Prasekolah
Ketua Panitia Pendidikan Jasmani
Ketua Panitia Sains
PPM Asrama
PPM Asrama
PPM Prasekolah
Pembantu Tadbir
Pembantu Am Pejabat
Pembantu Am Pejabat

TIDAK HADIR BERSEBAB


1. En Jalak Undus Berkursus di Kapit
2. Pn. Kristy Alan CRK
3. Pn Liah CRK
I.

PERUTUSAN PENGERUSI

1. Ucapan salam dan terima kasih daripada Guru Besar kepada semua
staf yang menghadiri mesyuarat.
2. Mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kerjasama semua
staf yang telah menjayakan semua aktiviti sepanjang tahun 2014.
Untuk Makluman
II.
MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT
1. Setiausaha membentangkan minit mesyuarat staf yang lepas.

2. En Bobby Malenbang mencadangkan minit mesyuarat staf yang


lepas disahkan. Disokong oleh En. Ali Abdu.
Untuk Makluman
III.

PERKARA BERBANGKIT
1. Tiada perkara yang dibangkitkan.
Untuk Makluman

IV.

STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA (SKPM)


1. Merupakan pelan komperehensif yang melibatkan semua guru, AKP,
Ibubapa dan murid.
2. Disalurkan peruntukan oleh Kerajaan bagi menjayakan program ini.
3. Semua warga sekolah mestilah bekerjasama dalam melonjakkan
SKPLM sekolah dari band 2 kepada band 1.
4. Melibatkan pengurusan kelas, dapur, asrama, bilik guru dan lainlain.
5. Sebelum bermulanya tahun 2015, pihak PPD Kapit mahu
perancangan SKPM setiap sekolah dibuat dengan baik sebelum
dilaksanakan.
Tindakan Semua Staf

V.

PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN


1. Penilaian akan dibuat bukan sahaja di peringkat sekolah tetapi juga
akan dibuat di peringkat daerah.
Tindakan Semua Staf

VI.

JAGA SEKOLAH HUJUNG TAHUN 2014


1. Pihak PPD Kapit akan melawat beberapa buah sekolah secara rawak
sepanjang cuti hujung tahun 2014.
2. Pastikan semua guru dan AKP berada di sekolah mengikut jadual
menjaga sekolah yang telah diagihkan.
3. Pn. Sawai (Pembantu Tadbir) mesti berada di sekolah pada 26 Nov
2014 untuk membuat rumusan keseluruhan UPSR Tahun 2014.
Tindakan Semua Staf

VII.

MURID-MURID TAHUN 6

1. Pn. Sawai bersama dengan semua guru mata pelajaran Tahun 6


melengkapkan maklumat dan disimpan dalam sampul untuk
diserahkan kepada semua murid tahun 6.
2. Borang 001, dihantar ke sekolah menengah yang telah dipohon oleh
murid sebelum minggu terakhir persekolahan 2014.
Tindakan guru m/p tahun 6
VIII.

RUMUSAN KESELURUHAN TAHUN 2014


1. Penilaian aktiviti sepanjang tahun berada pada tahap sangat
memuaskan.
2. Prestasi semua staf berada pada tahap yang baik. Layak untuk
kenaikan pangkat.
3. Prestasi ini harus ditingkatkan pada masa-masa yang akan dating.
4. Sekiranya ada mana-mana staf yang mempunyai masalah, sila
maklumkan kepada pihak pentadbir untuk diselesaikan bersama.
Untuk makluman

IX.

HAL-HAL LAIN
1. Guru Besar mengingatkan semua staf untuk mengemaskini semua
maklumat online sebelum sesi persekolahan 2014 berakhir.
2. PK Hem meminta semua guru kelas untuk memakluman kepada
semua murid bahawa sekolah akan dibuka semula pada 4 Januari
2015.
Tindakan Semua staf

X.

PENANGGUHAN MESYUARAT
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi, mesyuarat awal tahun
2015 dijangka akan diadakan pada 23 Disember 2014.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:


(LARRY ANAK TANDANG)
Guru Prasekolah
SK Nanga Ibun, Kapit.

(HAIRANI BIN JEMAN)


Guru Besar
SK Nanga Ibun, Kapit.

You might also like