You are on page 1of 18

KURSUS PEMBUGARAN TATABAHASA

BAHASA MELAYU
Oleh
NORLIZA BINTI ABU BAKAR
Munsyi Dewan
Institut Perguruan Perempuan Melayu
Melaka
ISI KANDUNG DAN LIPUTAN KURSUS
Fonologi Morfologi Sintaksis Semantik -

Bidang ilmu yang menghuraikan bunyi bahasa dan makna dalam


komunikasi.
Bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk
dan penggolongan kata.
Bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan serta
konstruksi ayat
Bidang ilmu yang mengkaji bidang makna

BAHAGIAN 1

KEKELIRUAN MEMBUNYIKAN SEBUTAN HURUF E


Latihan 1 - Tandakan jawapan yang tepat
e pepet
adegan
bestari
cega
debat
erat
generasi
generator
gembleng
lentera
nenda

e taling
adegan
bestari
cega
debat
erat
generasi
generator
gembleng
lentera
nenda

e pepet
novel
peka
perli
sengketa
strategi
repetisi
tragedi
tekad
transparensi
wisel

e taling
novel
peka
perli
sengketa
strategi
repetisi
tragedi
tekad
transparensi
wisel

* dalam Kamus Dewan, bunyi e taling diberikan keterangan sebutannya dengan lambang e

CONTOH BUNYI E YANG MEMBEZAKAN MAKNA


( e pepet )
( e taling )
1. bela
- pelihara , jaga
- menuntut balas
2. becak
- bintik, rintik, kurik
- lecah , berlumpur
3. dekan
- sejenis tikus
- ketua fakulti di universiti
4. gelang
- cincin besar, perhiasan
- sejenis tumbuhan , gemilang
5. kepak
- sayap
- dukung, patahkan dahan
6. lepak
- terlalu putih
- membuang masa
7. lentang
- bunyi berdentang-dentang
- lemah, lentok, tidak tegak
8. pelekat
- gam, perekat
- kain sarung
9. perang
- perkelahian, pergaduhan
- merah kehitam-hitaman

1
MNA/NAB Munsyi Dewan DBP Johor

10. reda
11. rendang
12. pekak
13. sela
14. selak
15. semak

- mulai berkurangan, hampir habis


- lauk, goreng
- tidak dapat mendengar
- ruang
- kunci
- tumbuhan kecil

- rela, bersedia dengan ikhlas hati


- rendah dan banyak daun
- daun terup
- pelana
- buka, singkap
- periksa

BAHAGIAN 2 - EJAAN
A. Pastikan ejaan yang tepat bagi perkataan-perkataan berikut :
1. analisa
2. ambilalih
3. bandaraya
4. bumiputra
5. cop
6. ciplak
7. celupar
8. hakcipta
9. ansuran
10. juruukur
11. juru latih
12. kobis
13. penguat kuasa
14. tata tertib
15. salahguna
16. mempastikan
17. menyintai
18. lagenda
19. gotong royong
20. komersil
21. definasi
22. urusetia
23. tanahair
24. ibu-bapa
25. urus niaga
26. latar belakang
27. pengayaan
28. selsema
29. skuash
30. tengahari
31. stesyen
32. temubual
33. sayugia
34. rekabentuk
35. hirarki
36. beritahu
37. was-was
38. motorsikal
39. profail

analisis
ambil alih
bandar raya
bumiputera
cap
jiplak
celopar
hak cipta
ansurans
juru ukur
jurulatih
kubis
penguatkuasa
tatatertib
salah guna
memastikan
mencintai
legenda
gotong-royong
komersial
definisi
urus setia
tanah air
ibu bapa
urusniaga
latarbelakang
pengkayaan
selesema
skuasy
tengah hari
stesen
temu bual
seyogia
reka bentuk
hierarki
beri tahu
waswas
motosikal
profil

46. kawad
47. mentua
48. faksimili
49. murtabak
50. sate
51. disel
52. e-mail
53. katrij
54. komedi
55. pendita
56. rebat
57. sandwic
58. sediakala
59. kadang kala
60. selang-seli

kawat
mertua
faksimile
martabak
satay
diesel
e-mel
kartrij
komidi
pendeta
rebet
sanwic
sedia kala
kadangkala
selang seli

2
MNA/NAB Munsyi Dewan DBP Johor

40. stoking
41. kalendar
42. skema
43. mihun
44. siksa
45. mustika

stokin
kelendar
skima
bihun
seksa
mestika

LATIHAN TAMBAHAN KESALAHAN FRASA


ARAHAN:
SOALAN DI BAWAH MENGANDUNGI FRASA YANG SERING DIGUNAKAN DALAM
PENULISAN SURAT RASMI PELBAGAI TUJUAN, LAPORAN DAN MINIT
MESYUARAT. PILIH FRASA YANG BETUL TATABAHASANYA .

1. A. oleh sebab
B. oleh kerana
2. A. selain daripada itu
B. selain itu
3. A. di waktu petang
B. pada waktu petang
4. A. berhampiran bilik
B. berhampiran dengan bilik
5. A. masuk kelas
B. masuk ke kelas
6. A. sehubungan itu
B. sehubungan dengan itu
7. A. sila hadir jam
B. sila hadir pada jam
8. A. pulang dari sekolah
B. pulang daripada sekolah
9. A. balik kampung
B. balik ke kampung
10.A. lebih dari masa
B. lebih daripada masa
11.A. dari masa ke masa
B. dari semasa ke semasa C. Dari masa ke semasa
12.A. dari pihak sekolah
B. daripada pihak sekolah
13.A. merujuk perkara itu
B. merujuk kepada perkara itu
14.A. berkenaan maklumat
B. berkenaan dengan maklumat
15.A. mereka
B. mereka-mereka
16.A. kata-kata aluan
B. kata alu-aluan
17.A. para pelajar
B. para pelajar-pelajar
18.A. tiap-tiap guru
B. setiap orang guru
19.A. setiausaha-setiausaha
B. setia-setiausaha
20.A. beberapa buku
B. berapa buah buku
21.A. rakyat-rakyat
B. rakyat
22.A. semua pekerja
B. semua pekerja-pekerja
23.A. berbagai tugas
B. berbagai-bagai tugas
C. pelbagai tugas
24.A. justeru itu
B. justeru
25.A. dua pekerja
B. dua orang pekerja
C. dua-dua pekerja
26.A. lain-lain hal
B. hal-hal lain
27.A. memperoleh
B. memperolehi
28.A. kawasan pendalaman
B. kawasan pedalaman
29.A. di atas kerjasama tuan
B. atas kerjasama tuan
30.A. dalam hal ini
B. di dalam hal ini
31.A. memperbaiki
B. membaiki
32.A. Dengan ini, saya memperakui bahawa
B. Dengan ini saya memperakukan bahawa
3
MNA/NAB Munsyi Dewan DBP Johor

LATIHAN TAMBAHAN KESALAHAN AYAT


ARAHAN:
AYAT- AYAT YANG BERIKUT SERING DIGUNAKAN DALAM PENULISAN SURAT
RASMI PELBAGAI TUJUAN, LAPORAN DAN MINIT MESYUARAT. KENAL PASTI
KESALAHAN DALAM AYAT-AYAT TERSEBUT DAN BETULKAN.
1. Tuan dinasihatkan agar memberitahu kepada kami perkara itu dengan segera.
2. Berikutan perbualan telefon tempohari adalah dimaklumkan bahawa pihak kami
bersetuju menemui tuan seperti ketetapan berikut:
3. Surat tuan bertarikh 15 Febuari dirujuk.
4. Permohonan tuan telah diterima oleh kami dan akan dipertimbangkan.
5. Diharapkan permohonan kami akan pihak tuan pertimbangkan.
6. Pihak kami akan membuat tindakan yang sewajarnya.
7. En. Abdullah adalah seorang pegawai yang bertanggungjawab dan dedikasi
8. Lanjutan surat tuan bertarikh 17 Mei 2007 saya ingin menyatakan pihak kami...
9. Di atas sebarang kesukaran yang di pihak tuan hadapai adalah dikesalkan.
10. Dengan ini diharapkan agar pertemuan di antara ibu bapa dengan pentadbir
sekolah mampu menyelesaikan masalah tersebut.
11. Di antara peserta yang terpilih mengikuti kursus itu adalah ...
12. Bersama-sama surat ini saya majukan salinan sijil dan lain-lain dokumen
sokongan.
13. Saya sukacita memaklumkan tuan/puan telah terpilih untuk mengisi kekosongan
jawatan tersebut.
14. Adalah dimaklumkan bahawa tarikh tutup permohonan ialah 18 Mei 2006.
15. Matalamat program ini ialah membantu para-para pelajar miskin.
16. Pejabat kami menghadapi masalah gangguan letrik bila hari hujan.
17. Para pelajar-pelajar tidak perlu membayar yuran penyertaan di mana kami akan
mengadakan seminar itu secara percuma.
18. Mereka-mereka yang akan menginap diminta jangan merosakan kemudahan
yang disediakan.
19. Borang ini hendaklah dilengkapkan dengan tandatangan ketua jabatan dan cop
rasmi jabatan.
20. Semuga semua dokumen-dokumen yang telah kami lengkapkan itu akan
diterima oleh pihak yang bertanggung jawab.

4
MNA/NAB Munsyi Dewan DBP Johor

BAHAGIAN 3 - MORFOLOGI ( PENGGOLONGAN KATA )


Definisi morfologi:
Ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata .

Proses morfologi:
Proses yang mengubah bentuk sesuatu morfem dan perubahan ini bertujuan untuk
menambah sesuatu makna kepada morfem tersebut.
1. Pengimbuhan

2. Pemajmukan

3. Penggandaan

4. Pengakroniman

BENTUK KATA
a. Kata asal / tunggal : makan, bestari, manfaat, universiti, cenderamata, sayembara
b. Kata terbitan
i) berawalan : pelari, jurutera, penyapu, ketua, pelajar, mahasiswa, dwibahasa
ii) berakhiran : timbalan, akhiri, nasionalisme, olahragawati, ustazah, hadirin
iii) berapitan : pelaksanaan, pelajaran, kejatuhan, peradaban, pembuatan
iv) bersisipan : telunjuk, kemuncup, kemuning, selerak, sinambung, gemilang
c) Kata majmuk :
bandar raya, tengah hari, ulang kaji, gambar rajah, Ketua Menteri,
garis pusat, lut sinar, kaki ayam, bulan madu, telefon dail terus,
antarabangsa, suruhanjaya, kakitangan, jawatankuasa, setiausaha
d) Kata ganda:

rama-rama, cantik-cantik, makan-makan, pulau-pulau,


lelaki, tetamu, lelayang, tertanya-tanya, berlari-lari, menari-nari,
lauk-pauk, lintang-pukang, simpang-siur, anak-pinak, kuih-muih

KATA TUGAS
a. Guru itu menyatakan muridnya sangat rajin.
b. Oleh kerana dia tidak sihat, dia tidak akan menyertai lawatan itu.
c. Selain daripada berenang, dia juga suka memanah .
d. mereka saling mengunjungi di hari raya.
e. Murid itu membuang sampah di dalam tong sampah.
f. Dia memulakan kerja pembersihan daripada sudut kanan dewan itu.
g. Arahan tersebut datang dari Bahagian Kewangan pejabat tersebut.
h. Layang-layang itu tersangkut di tiang telefon
i. Surat ini dikirimkan pada siapa?
j. Ayah membeli kereta bagi ibu.
k. Ketua pejabat itu sentiasa curiga terhadap kejujuran anak buahnya.
l. Wanita itu amat rindukan anaknya
m. Di dalam hal ini, saya sangat tidak bersetuju.
n. Ada persamaan di antara ilmu sosiologi dengan ilmu antropologi.
o. Pihak kami mengucapkan terima kasih di atas kerjasama tersebut.
p. Harga pen itu dua setengah ringgit.
q. Berguni padi di kilang itu belum diproses.
r. Tiap yang bernyawa pasti akan mati.
s. Setengah orang tidak menggemari masakan yang pedas.

5
MNA/NAB Munsyi Dewan DBP Johor

BAHAGIAN 4 - PERIHAL KATA


1. Cucuk dan cocok
Cucuk = tusuk/ benda seperti cucuk sanggul/ penjodoh bilangan secucuk sate
Cocok = sama benar/ tepat/sesuai/setuju/seimbang
* Tidak tepat pengunaan secocok kerana bermaksud sesuai. Se pada kata sesuai
bukanlah awalan, tetapi sebahagian kata dasar.
2. Boleh dan Dapat
Boleh = ada hubungan dengan keizinan
Dapat = ada hubungan dengan keupayaan atau kemampuan .
* Oleh sebab hari hujan, saya tidak ( dapat / boleh) hadir ke majlis itu.
* Oleh sebab tidak diundang, saya tidak ( dapat / boleh ) menghadiri majlis itu.
* Malaysia Boleh atau Malaysia Dapat ?
3. Jemput dan Undang
Jemput = perbuatan pergi menyambut, menyongsong atau mengambil seseorang
Undang = perbuatan memanggil atau mempersilakan seseorang menghadiri majlis
dll.
* Saya harus ( mengundang / menjemput ) anak saya di sekolah sekarang .
* Jika kita ( mengundang / menjemput ) orang, layanlah mereka dengan ikhlas.
4. Satu dan suatu
Satu = bilangan yang bererti tunggal dan digunakan untuk menunjukkan bilangan.
Manusia ( seorang budak), untuk haiwan ( seekor monyet), untuk benda (sebuah
kotak), untuk hal persetujuan ( satu persetujuan ), untuk masa ( satu tahun )
Suatu = menyatakan benda, tempat, masa dan hal yang tidak tentu atau tidak
dapat dipastikan . Misalnya suatu hari bermaksud satu hari yang tidak tentu atau
yang tidak dapat dipastikan secara tepat.
* Ali tunduk sahaja, seolah-olah sedang berfikir tentang sesuatu.
* Satu daripada sebab keruntuhan umat ialah kelemahan peribadi pemimpin.
5. Mesti dan Pasti
Mesti = wajib, patut dilakukan ( kata bantu )
Pasti = tentu ( kata adjektif )
* Jika tidak ada aral apa-apa, saya ( pasti / mesti ) hadir
* Di pasar raya ( pasti / mesti ) ada dijual barang yang kamu cari itu.
6. Pendingin hawa dan Penghawa dingin
* Dingin tidak memerlukan hawa, dan hawa yang panas perlu didinginkan. Oleh itu,
kita memerlukan ( pendingin hawa / penghawa dingin ) . DBP mencadangkan
penyaman udara
7. Menjolok Mata dan Mencolok Mata
Mencolok mata = mencucuk mata, tampak jelas, kelihatan jelas benar,
membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberikan malu,
membangkitkan rangsangan orang yang melihat kerana terlalu berlebih-lebihan.
Menjolok mata digunakan kerana kesilapan pendengaran atau menjadi pelaziman
sehingga / c / berubah menjadi / j /
Contoh lain ialah ciplak dan jiplak.

6
MNA/NAB Munsyi Dewan DBP Johor

* pakaian peragawati itu ( menjolok / mencolok) mata


8. Kata-kata aluan atau Kata alu-aluan
Kata dasar bagi bentuk alu-aluan atau aluan ialah alu. Alu dijadikan kata terbitan
mengalu-alukan untuk menimbulkan makna menyambut kedatangan tetamu .
* alu ~ proses penggandaan = alu-alu ~ proses pengimbuhan = mengalu-alukan
* tidak betul bentuk kata mengalukan dan kata-kata aluan.
* Yang betul ialah mengalu-alukan dan kata alu-aluan.
9. Kesan dan Akibat
Kesan = tanda atau bekas yang ditinggalkan oleh sesuatu seperti kesan tapak kaki
= sesuatu ( sama ada kebaikan atau keburukan ) yang timbul daripada sesuatu
Kejadian; kesudahan; hasil; akibat.
Akibat = kesan buruk daripada sesuatu peristiwa ( perbuatan dll.) ; kesudahan yang
tidak baik; padah.
* kesan - sesuatu yang baik dan sesuatu yang buruk .
* akibat - terhad kepada sesuatu yang buruk sahaja.
* Kemajuan industri desa mengakibatkan bertambahnya pendapatan penduduk
kampung ( betul / salah )
* Banjir besar yang melanda negeri itu mengakibatkan kerosakan harta benda (betul /
salah )
10. Mengambil perhatian atau Memberi perhatian
Kata mengambil atau ambil digunakan apabila kita akan mendapat sesuatu.
Memberikan perhatian = mengambil berat / menumpukan perhatian tentang
sesuatu.
* Kamu perlu ( mengambil / memberikan ) perhatian semasa saya mengajar
* Pasif = Perhatian perlu kamu ( ambil / berikan ) semasa saya mengajar.
11. Hendak dan Mahu
Hendak = adanya tujuan atau niat untuk berbuat sesuatu; keinginan sendiri
Mahu
= adanya pelawaan atau ajakan ; ada pendorong.
* Saya (mahu / hendak ) melantik saudara sebagai wakil dalam mesyuarat itu .
12. Banyak dan Ramai
Banyak = kata adjektif dan kata bilangan ( manusia, haiwan, benda dll.)
Ramai = kata adjektif ( mempunyai hubungan dengan keadaan riuh-rendah,riang,
gembira, meriah, serba giat, sibuk, tidak sunyi, dan penduduk yang banyak)
*Banyak / Ramai orang yang masih tidak memahami peraturan itu.
13. Adalah atau Ialah
Beliau adalah orang yang pertama tiba di sana ( X )
Anak adalah anugerah Allah ( X )
Perkara ini ialah masalah yang tidak mudah diatasi ( / )
Calon-calon pertandingan memasak peringkat akhir ialah ( / )
Adalah dimaklumkan bahawa ( X )
Salah satu usaha yang dijalankan adalah dengan menerbitkan risalah ( / )
adalah merupakan ( X )
adalah digalakkan ( X )

7
MNA/NAB Munsyi Dewan DBP Johor

14. Tentang dan mengenai


* Perdana Menteri sering bercakap ( tentang / mengenai ) wawasan negara
* Usahlah bercerita ( tentang / mengenai ) keburukan orang lain.
* Anak panah itu ( tentang / mengenai ) sasarannya.
* Kamu tidak perlu bercerita ( mengenaiku / tentangku) kepada sesiapa pun.
= Kata tentang tergolong sebagai kata sendi.
= Kata mengenai pula bebentuk kata kerja . Apitan menN-...-i yang ada padanya
dengan jelas menunjukkan bentuk kata itu sebagai kata kerja .
= Kata mengenai dapat pula beralih golongannya menjadi kata sendi apabila
sesuatu frasa nama yang mengikutinya dinyatakan dalam bentuk singkat seperti
ku, mu dan nya.
15. Perihal kata memperincikan
Tahukah anda bahawa rupa-rupanya kata memperincikan tidak ada kaitannya sama
sekali dengan kata inci, iaitu satu unit ukuran dalam sistem imperial.
= Kata memperincikan sebenarnya terbit daripada kata dasar rinci.
= Menurut kamus makksud rinci ialah memecahkan atau membahagikan sesuatu
kecil-kecil atau menerangkan atau menjelaskan satu per satu.

BAHAGIAN 5 - PERIHAL IMBUHAN


RUMUS AYAT DUA OBJEK (Kata Kerja Dwitransitif)
Jika kata dasar dapat menerima apitan meN--kan dan meN--i
meN--kan (penanda kausatif)
Pak Osman menghadiahkan sebuah
basikal kepada Ahmad.
Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah
basikal.
men--kan = Objek Tidak Bernyawa =
RUMUS
kepada men--i = Objek Bernyawa
Ibu mengirimkan sepucuk surat kepada
CONTOH LAIN
ayah.
Ibu mengirimi ayah sepucuk surat.
Jika kata dasar dapat menerima apitan meN--kan dan meN-
Kakak membuatkan ayah secawan kopi.
meN--kan (penanda benefaktif)
Kakak membuat secawan kopi untuk ayah.
meN-
men--kan = Objek Bernyawa
RUMUS
men-= Objek Tidak Bernyawa = untuk
Ibu menjahitkan ayah sepasang baju.
CONTOH LAIN
Ibu menjahit sepasang baju untuk ayah.

8
MNA/NAB Munsyi Dewan DBP Johor

PANDUAN MENENTUKAN IMBUHAN YANG BETUL


1.

pelantikan atau perlantikan


kata dasar = lantik
kata kerja transitif = melantik
rumus - meN- akan berpadanan dengan peN-
rumus - beR- akan berpadanan dengan peR-
melantik - pelantikan
melucut - pelucutan meletakkan - peletakan
melanggar (pelanggaran) berlanggar (perlanggaran)

2.

memperbesar atau memperbesarkan


kata dasar = besar
golongan kata = kata adjektif
rumus - apitan memper--kan = kata nama, kata kerja
rumus - apitan memper- = kata adjektif
= memperbesar (/) memperbesarkan (X)
= mempertingkatkan (/) mempertingkat (X)
= mempersembahkan (/) mempersembah (X)
perbezaan antara membesarkan dengan memperbesar
- meN--kan = menjadikan sesuatu bersifat dengan adjektif itu
- memper- = menjadikan sesuatu bersifat lebih
= membesarkan - menjadikan sesuatu yang kecil lebih besar
= memperbesar - menjadikan sesuatu yang sedia besar lebih besar

3.

p, t, k, dan s
- kata dasar yang bermula dengan konsonan p, t, k, dan s akan diluluhkan
apabila diimbuhkan dengan imbuhan meN- dan peN-
- pasti
- memastikan
mempastikan (X)
- kagum
- mengagumkan
mengkagumkan (X)
- tari
- menari
- sejahtera
- menyejahterakan
mensejahterakan (X)

4.

awalan beR-
- melalui rumus disimilasi, apabila suku kata pertama kata dasar mempunyai -er-,
maka imbuhan ber akan menjadi be, contohnya kerja akan menjadi bekerja.
- yang lain tidak demikian seperti bercermin, berserta, berserban, dan
berterbangan.
- begitu juga dengan tersergam dan terserlah.

5.

k atau kk
- kata nama terbitan tidak ada yang berakhiran -kan.
- kata kerja terbitan tidak ada yang berakhiran -an.
- galak = Galakan yang diterima daripada gurunya amat dihargai.
= Gurunya menggalakkan dia melibatkan diri dalam kegiatan sukan.
- kebanyakan / kebanyakkan
membanyakan / membanyakkan

6.

g atau gg

9
MNA/NAB Munsyi Dewan DBP Johor

- gali - menggali
gembala - menggembala
- gosok menggosok gubal - menggubal

*mengembala/mengiurkan (X)
gerak - menggerakkan

UJI PEMAHAMAN
1. Majistret itu ( menjatuhkan / menjatuhi ) penjenayah itu hukuman yang berat.
2. Penjenayah itu ( dijatuhkan / dijatuhi ) hukuman yang berat oleh majistret itu.
3. Hukuman yang berat (dijatuhkan / dijatuhi ) oleh majistret itu kepada penjenayah itu.
4. Kakak ( memasakkan / memasak ) sup ekor untuk tetamu yang hadir.
5. Kakak ( memasakkan / memasak ) tetamu yang hadir sup ekor.
6. Dia ( membacakan / membaca ) buku cerita untuk adiknya.
7. Dia ( membacakan / membaca ) adiknya buku cerita.
8. Cikgu Budiman ( menulis / menuliskan ) sebuah karangan untuk Helmi.
9. Cikgu Budiman ( menulis / menuliskan ) Helmi sebuah karangan.
10. Leman ( melukis / melukiskan ) gambar pemandangan yang cantik untuk adiknya.
11. Leman ( melukis / melukiskan ) adiknya gambar pemandangan yang cantik.
12. Sultan Melaka ( mengurniakan / mengurniai ) pingat kebesaran kepada Hang Tuah.
13. Dia ( memberi / memberikan ) pendapat yang bernas kepada saya.
14. Dia ( memberi / memberikan ) saya pendapat yang bernas.
15. Ibu ( membeli / membelikan ) ayah seutas jam tangan berjenama Omega.
1.

dikejar dan dikejarkan


a. Mangsa kemalangan itu . ke hospital oleh orang ramai yang berada
di situ.
b. Peragut itu . oleh orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut.

2.

pendalaman dan pedalaman


a. Kerajaan akan berusaha memajukan kawasan
b. Kerajaan akan memantau projek . sungai itu.

3.

berpandu dan berpandukan


a. Para pendaki Gunung Everest . kepada peta yang dibawa.
b. laporan itu, pihak polis akan memulakan siasatan.

4.

memperisteri dan memperisterikan


a. Datuk Neezam .. Latifah dengan anaknya, Kamal.
b. Datuk Neezam .. Latifah setelah disetujui oleh ahli keluarganya.

5.

menemui dan menemukan


a. Cikgu Elyas sering .. kesalahan ejaan dalam karangan pelajarnya.
b. Cikgu Elyas sering .. Cikgu Tamrin di bilik SPBT.

6.

memberitahu dan memberitahukan


a. Janganlah saya perkara yang tidak baik.
b. Janganlah perkara yang tidak baik kepada saya.

7.

pelanggaran dan perlanggaran


a. Akibat itu, mangsa kemalangan terpaksa dirawat di hospital.
b. . disiplin dalam kalangan murid sekolah semakin serius.

10
MNA/NAB Munsyi Dewan DBP Johor

8.

9.

mengajar dan mengajarkan


a. Guru-guru yang sedang berkursus ini pasti subjek Bahasa Melayu.
b. Sudah pasti guru-guru tersebut anak didik mereka aspek
tatabahasa.
merasa dan berasa
a. Janganlah kecewa sekiranya tidak dapat menjawab soalan ini.
b. Isterinya . kuah laksa yang panas itu.

10.

merujuk dan merujuki


a. .. kepada perkara itu, pihak kami akan melakukan siasatan.
b. Pihak kami akan melakukan siasatan setelah perkara itu.

11.

penempatan dan petempatan


a. Orang Cina dipercayai telah mempunyai . awal di Melaka.
b. Penduduk desa itu perlu melalui .. semula jika ingin mengecap
nikmat pembangunan.
BAHAGIAN 6 - PEMBENTUKAN AYAT (SINTAKSIS)

AYAT - unit pengucapan yang mengandungi makna yang lengkap. Terbentuk daripada
deretan perkataan yang diucapkan dengan intonasi yang sempurna.
Golongan Ayat
1. Ayat Dasar = ayat yang menjadi asas atau sumber pembentukan ayat-ayat lain.
2. Ayat Terbitan = ayat yang telah mengalami perubahan aturannya melalui tiga proses,
iaitu:
a. penyusunan semula - i. Bola itu disepak oleh Azman. ii. Ke sungai orang tua
itu pergi.
b. pengguguran - i. Keluar dari sini! ii. Adik saya cerdik tetapi pemalu.
c. peluasan - i. Orang yang sakit itu telah pulih. ii. Aziz dan Razali pergi ke
sekolah.
Pola Ayat Dasar
Pola 1 - FN + FN
Pola 2 - FN + FK
Pola 3 - FN + FA
Pola 4 - FN + FSN

= Gadis itu kakak saya.


= Kakak saya sedang bertugas.
= Kakak saya sangat ayu.
= Kakak saya ke pejabat.

Ayat Tunggal
Ayat yang mengandungi satu klausa sahaja. (satu konstituen subjek dan satu konstituen
predikat )
perbezaan dengan ayat dasar - i. Tidak semua subjek diikuti dengan predikat, misalnya
dalam ayat songsang. ii.Boleh terdiri daripada ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan dan
ayat penyata.
Ayat Majmuk
1. Gabungan = Dia membaca akhbar sambil mendengar radio.

11
MNA/NAB Munsyi Dewan DBP Johor

2. Pancangan = i. relatif (yang). ii. komplemen ( bahawa, untuk ). iii. keterangan


(musabab, akibat, syarat, waktu, harapan, pertentangan, cara, tujuan dan
perbandingan).
3. Campuran = i. ayat tunggal + ayat majmuk ii. ayat majmuk + ayat majmuk.
Ragam Ayat
1. Ayat aktif = Salman menulis karangan itu.
= Kami membakar lemang itu.
2. Ayat pasif = Karangan itu ditulis oleh Salman.
= Lemang itu kami bakar.
= Bunga itu terpijak oleh Shah.
= Dia kehujanan semalam.
= Perompak itu kena berkas oleh pihak polis.
Susunan Ayat
Susunan Biasa = Orang itu sangat gigih
= Harimau itu ditembak oleh Pak Ali.
Susunan Songsang = Sangat gigih orang itu.
= Ditembak oleh Pak Ali harimau itu.

12
MNA/NAB Munsyi Dewan DBP Johor

ISU-ISU BAHASA MELAYU


1. Perdana Menteri bukanlah kekecualian Hukum D-M . Frasa ini dipinjam daripada
bahasa Sanskrit pradanamantri. Oleh sebab itu, tidak tepatlah pandangan segelintir
ahli bahasa yang menyatakan bahawa frasa yang betul ialah Menteri perdana. Hal ini
tidak sama dengan tayangan perdana. Secara kebetulan, apabila dieja dalam bahasa
Melayu, kata itu dipisahkan menjadi dua patah kata.
2. Dalam mana-mana bahasa sekalipun, konsep kekecualian akan wujud. Oleh sebab
kekecualian ini tidak besar jumlahnya dan tidak pula sampai menolak hukum atau rumus
yang asas, sepatutnya kita menguasai sejumlah kekecualian itu, bukan
mempersoalkannya. Contoh kekecualian yang berkaitan dengan Hukum D-M ialah
dahulu kala, purbakala, purbawara, senjakala dan lain kali.
3. Perkataan bumiputera merupakan bentuk pinjaman daripada bahasa Sanskrit yang
diambil langsung sebagai satu patah kata. Oleh sebab itu, tidak sepatutnya dianggap
sebagai melangar Hukum D-M.
4. Ada sebutan a dalam dialek Riau-Johor tetap diucapkan dengan bunyi a, bukannya
e pepet. Contohnya asrama, astaka, beca, beranda, doa, fenomena, kolera, lawa,
maha, nada , nona, norma, nyonya, orkestra, para, pesta,
pola, prasarana,
propaganda, prosa, sastera, sayembara, swasta, Taala, takwa, tanpa, wanita, wira.
5. Perkataan bahasa dipinjam daripada bahasa Sanskrit .
6. Penjodoh bilangan tidak diperlukan bagi benda-benda yang abstrak. Oleh itu, bangsa,
pandangan, fikiran, masyarakat dan sumbangan tidak memerlukan penjodoh bilangan
seperti sebuah.
7. Frasa di kalangan sebenarnya tidak tepat dari segi hukum bahasa. Yang betul ialah
dalam kalangan.
8. Kata terbitan pembelajaran sebenarnya tidak menepati hukum pembetukan kata
nama tebitan. Yang betul ialah pemelajaran . Sebenarnya, proses penerbitan kata
berimbuhan apitan peN-...-an perlulah berdasarkan kata transitifnya, iaitu mempelajari,
bukan kata tak transitif belajar. Namun begitu kedua-dua bentuk pembelajaran dan
pemelajaran telah diterima.
9. Apabila imbhan awalan menN digabungkan dengan kata dasar yang bermula
dengan konsonan p,t,k dan s, maka konsonan tersebut akan berubah menjadi bentuk
sengau yang sama daerah artikulasinya. Namun begitu, peraturan ini tidak berlaku bagi

13
MNA/NAB Munsyi Dewan DBP Johor

perkataan terbitan menternak, mentertawakan, mempelopori, mempengaruhi,


mempelawa, mempercayai, mempunyai, mempedulikan, dan mengkaji.
10. Hanya ada empat perkataan yang dapat menerima imbuhan memper-...i dan bentuk
pasifnya diper-i, iaitu memperingati ( diperingati ), memperkawani ( diperkawani),
mempersuami ( dipersuami) dan memperisteri ( diperisteri ).

UJI PEMAHAMAN
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti . Kenal pasti ayat-ayat yag mengandungi
kesalahan tatabahasa dan jelaskan apakah jenis kesalahan tersebut.
1. Bapa Hayati ialah seorang guru
2. Abang di suruh oleh ibu membeli goreng pisang
3. Banyak mangsa-mangsa keganasan puak Serb mati kelaparan
4. Dia tidak ke sekolah hari ini di mana dia demam sejak semalam .
5. Bekas Perdana Menteri Pakistan akan dibicarakan tidak lama lagi.
6. Membaca telah menjadi kegemaran saya .
7. Yang Berbahagia Senator Harun Said akan merasmikan majlis itu.
8. Semua batang sungai di sekitar kawasan ternakan babi itu telah tercemar.
9. Kedua-dua abang saya telah melanjutkan pelajaran ke luar negeri .
10. Sebahagian besar penduduk kampung bersetuju dengan cadangan itu.
11. Setengah kelompok pelajar tidak sedar akan keperluan membaca .
12. Yang dituntut hanyalah sebuah keadilan , tidak lebih dari itu.
13. Tiga orang atlet pemenang pingat emas terpilih ke kejohanan sukan itu.
14. Kami sekeluarga makan sepuas-puasnya ayam goreng itu.
15. Kami akan melawat ke tapak projek penanaman semula getah di
kampung itu.
16. Mereka tidak mengetahui tentang berita kematian pemimpin itu.
14
MNA/NAB Munsyi Dewan DBP Johor

17. Menurutnya, kami boleh menetap jika mahu.


18. Soo Yee tidak rela bersuamikan dengan bekas seorang penagih dadah .
19. Dia membuat keputusan itu berlandaskan dengan hukum syarak .
20. Pengetua menghadiahkan pelajar itu sebatang pen
21. Pengetua menghadiahkan sebatang pen kepada pelajar itu.
22. Mereka akan balik kampung beramai-ramai esok .
23. Ibu terlewat ke pejabat hari itu kerana keretanya rosak .
24. Najib menangis dengan kuat .
25. Najib menangis kuat .
26. Arshad berasa sungguh gembira sekali dengan kejayaannya itu.
27. Awak mesti menoleh ke kiri dan kanan semasa melintasi jalan raya.
28. Kami bukan bersedekah untuk menunjuk-nunjuk tetapi untuk beramal .
29. Kami bersedekah bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi beramal.
30. Tolong jangan merokok di sini.
31. Ramasami suka makan ketam.
32. Ketam suka Ramasami makan.
33. Ketam suka dimakan oleh Ramasami.
34. Pekerja-pekerja sedang membesarkan jalan raya di kampung itu.
35. Pekerja-pekerja sedang memperbesarkan jalan raya di kampung itu.
36. Pekerja-pekerja sedang memperbesar jalan raya di kampung itu.
37. Alat penghawa dingin di bilik itu tidak berfungsi kerana rosak.
38. Alat pendingin hawa di bilik itu tidak berfungsi kerana rosak.
39. Sila pakai semula kasut anda.
15
MNA/NAB Munsyi Dewan DBP Johor

40. Saya dijemput untuk menyampaikan ceramah di sekolah ini .


Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti . Kenal pasti ayat-ayat yag mengandungi
kesalahan tatabahasa dan jelaskan apakah jenis kesalahan tersebut.
1. Bapa Ali ialah seorang guru
Pengaruh struktur b. Inggeris ( Bapa Ali guru - ruj. TBD 444) .
2. Abang di suruh oleh ibu membeli goreng pisang
Hukum D ( Pisang goreng - Hukum DM ada kekecualian P. Menteri, Naib
pengerusi , ibu pejabat - ruj. TBD 354 )
3. Banyak mangsa-mangsa keganasan puak Serb mati kelaparan
Kata bilangan - ( banyak mangsa - ruj TBD 272 )
4. Dia tidak ke sekolah hari ini di mana dia demam sejak semalam .
Kata tanya ( di mana ? / kerana / sebab - ruj TBD 243 )
5. Bekas Perdana Menteri Pakistan akan dibicarakan tidak lama lagi
Huruf besar pada pangkal kata untuk ejaan nama khas
6. Membaca telah menjadi kegemaran saya
Tiada ayat berpola : FK + FK ( FN + FN /FN+FK/FN+FS/FN+FA 419/446/510/530)

7. Yang Berbahagia Senator Hajah Sakinah Ramli akan merasmikan majlis itu
Yang Berhormat ( ruj. gelaran penenrima anugerah kehormat )
8. Semua batang sungai di sekitar kawasan ternakan babi itu telah tercemar.
Beberapa ( kata bilangan / penjodoh bilangan . ruj . TBD 272 )
9. Kedua-dua abang saya telah melanjutkan pelajaran ke luar negeri .
Tiada kesalahan (kata bilangan - ruj. TBD 272 )
10. Sebahagian besar penduduk kampung tidak bersetuju dengan cadangan itu.
Sebilangan - ( sebahagian bukan kata bilangan yang boleh dikira - ruj TBD 272 )
11. Setengah kelompok pelajar tidak sedar akan keperluan membaca .

16
MNA/NAB Munsyi Dewan DBP Johor

Sesetengah - ( kata bilangan yang bermaksud pecahan - ruj. TBD 273)

12. Yang dituntut hanyalah sebuah keadilan , tidak lebih dari itu.
Hanyalah keadilan ( K. Nama abstrak tak dapat dibilang ruj . TBD )
13. Tiga orang atlet pemenang pingat emas terpilih ke kejohanan berprestij itu.
atlet / atlit ( keliruan ejaan - ruj KD 72 / )
14. Kami sekeluarga makan sepuas-puasnya ayam goreng itu.
Makan ayam goreng itu sepuas-puasnya ( KK transitif mesti diikuti oleh objek . ruj 143 )

15. Kami akan melawat ke tapak projek penanaman semula getah di kampung itu.
Penanaman semula ggetah ( Knama Terbitan . ruj .TBD 107)
16. Mereka tidak mengetahui tentang berita kematian pemimpin itu.
Gugurkan perkataan tentang ( KK transitif objek . ruj TBD 143)
17. Menurutnya, kami boleh menetap jika mahu.
Menentap di mana ( KK transitif - perlu ada objek / keterangan di mana . ruj TBD 143)

18. Zabedah tidak rela bersuamikan dengan bekas seorang penagih dadah .
Bersuamikan seorang ( apabila menggunakan imbuhan ber kan tidak boleh diikuti
oleh kata sendi nama . ruj TBD 142 )
19. Dia membuat keputusan itu berlandaskan dengan hukum syarak .
Berlandaskan hukum ( apabila menggunakan imbuhan ber kan tidak boleh diikuti
oleh kata sendi nama . ruj TBD 142 )
20. Pengetua menghadiahkan pelajar itu sebatang pen.
Menghadiahi pelajar ( ruju. TBD 194 - /206 )
21. Pengetua menghadiahkan sebatang pen kepada pelajar itu.
Tiada kesalahan ( ruj. TBD 194 - 206 )
22. Mereka akan balik kampung beramai-ramai esok .

17
MNA/NAB Munsyi Dewan DBP Johor

Balik ke kampung ( Kata sendi - bandingnya pulang ke kampung . ruj. TBD 254 )
23. Ibu terlewat ke pejabat hari itu kerana keretanya rosak .
Ke pejabat pada hari itu ( Kata sendi - perlu ada pada . ruj. TBD 261 )
24. Najib menangis dengan kuat .
Menangis dengan kuatnya ( K. Adjektif Keterangan cara - . ruj. TBD 393 / 395 )
25. Najib menagis kuat .
Kesalahan ejaan - menangis ( ruj KD )
26. Ah Seng berasa sungguh gembira sekali dengan kejayaannya itu.
Tiada kesalahan ( sungguh / amat / sangat sekali .Ruj TBD 233 )
27. Awak mesti menoleh ke kiri dan kanan semasa melintasi jalan raya.
Ke kiri dan ke kanan ( kata sendi ke . ruj. TBD 254 )
28. Kami bukan bersedekah untuk menunjuk-nunjuk tetapi untuk beramal .
Bersedekah bukan untuk ( kata naf - bukan . ruj TBD 406 )
29. Kami bersedekah bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi beramal.
Tetapi untuk beramal ( keperluan kata sendi . ruj TBD 406 )
30. Tolong jangan merokok di sini.
Jangan merokok di sini ( gugurkan salah satu Ayat Silaan . ruj TBD 431)
Tanda baca / Ayat tanya TBD 248 / 423/428/459 / Ayat seruan TBD 243

18
MNA/NAB Munsyi Dewan DBP Johor

You might also like