You are on page 1of 15

PENGENALAN

Kesenian menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun


temurun lagi.Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih terserlah
dan dikenali ramai.Warisan seni tradisional di kalangan orang Melayu disampaikan secara
lisan dari generasi kepada satu generasi.Individu yang menghasilkan kraf ini mempunyai
ruang untuk menggalakan kreativiti dan mempertahankan nilai-nilai estetik karya seni
tersebut.
Kementerian Kebudayaan dan Kesenian telah mengambil pelbagai inisiatif bagi
memantapkan dan memperkembangkan lagi kebudayaan masyarakat Melayu.Kesenian
bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai unik dan menarik.Seni rupa dalam masyarakat
Melayu merupakan ciptaan yang mengandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang
Melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan, seni bina dan sebagainya.
Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan
memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati.Penciptaan
kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas
yang teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses
penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk
yang indah dan menarik.

KRAF TRADISIONAL
Mungkin kita sering kali mendengar istilah kraf dalam kehidupan ini seperti kraf
tangan dan kraf tradisional yang merupakan salah satu bidang dalam matapelajaran dunia seni
visual. Seni kraf, menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, merupakan satu perusahaan hasil kerja
atau hasil seni yang memerlukan daya cipta dan

kemahiran terutamanya kemahiran

menggunakan tangan yang mempunyai pelbagai jenis dan bentuk.


Kraf tangan juga adalah dikategorikan sebagai seni rupa dalam masyarakat Melayu
kerana ia merupakan ciptaan yang mengandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang
Melayu melalui batik, ukiran, anyaman, wau, gasing, tekat, tenunan, seni bina dan lain-lain.
Ramlan b Salihan
771010019255

Page 1

Di Malaysia, kraf sudah menjadi karya seni yang mempunyai nilai komersialnya yang
tersendiri. Hasil seni kraf ini selalunya dijadikan sebagai sumber pendapatan bagi sebilangan
masyarakat di Malaysia. Namun begitu, kraf juga sudah menjadi sebati dalam diri rakyat
Malaysia bukan sahaja di kalangan Melayu malah pelbagai kaum lagi seperti, Cina, India,
Kadazan, Bidayuh dan sebagainya. Semuanya memiliki kelebihan tersendiri dengan hasil kraf
tangan yang dihasilkan yang begitu indah dan menarik. Contohnya kaum Bidayuh di Sarawak
menghasilkan pelbagai perhiasan rumah yang diperbuat daripada buluh, akar dan rotan.
Dalam seni kraf tangan, apa jua hasil seni yang dicipta bagi keperluan manusia akan
digubah indah dengan memasukkan unsur-unsur seni dengan memberi bentuk yang cantik dan
menarik hati. Rekaan kraf tangan itu memerlukan kemahiran dan kecekapan yang tinggi
dalam menggunakan bahan-bahan asas dengan teratur mulai dari proses yang awal
sehinggalah sesuatu hasil seni kraf tangan itu tercipta. Proses penciptaan seni kraf tangan itu
juga memerlukan daya estetika yang tinggi demi untuk menghasilkan reka bentuk yang indah
dan menarik. Selalunya, motif-motif yang dipilih adalah seperti motif flora yang lebih kepada
tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan dedaunan. Motif fauna yang dipilih pula adalah
berkisar kepada serangga seperti rama-rama, kupu-kupu, siput, ayam dan lain-lain.
Bagi kraf yang dihasilkan oleh orang Melayu yang beragama Islam, kebanyakan motif
atau corak yang dipilih lebih berunsurkan tumbuh-tumbuhan, geometri dan arabes yang tidak
bercanggah dengan apa yang dilarang agama.Unsur-unsur figura seperti manusia, haiwan
seperti harimau, singa, gajah dan sebagainya adalah tidak digalakkan dalam seni kraf
Tradisional Islam. Ini berlaku kerana motif benda bernyawa yang dihasilkan dalam kraf
seperti batik dan sebagainya dikhuatiri mewujudkan unsur yang tidak diingini seperti
pemujaan dan sebagainya.

Jenis- Jenis Kraf Tradisional


Kraf tradisional perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi muda
supaya ia tetap kekal dan mati ditelan zaman. Kraf tradisional seperti batik, ukiran,
anyaman,tenunan, tekat, wau, gasing,songket, tembikar dan barang perhiasan mempunyai
nilai estetika dan keistimewaan tersendiri.
Ramlan b Salihan
771010019255

Page 2

Tembikar
Tembikar tradisi Melayu menjadi kesenian yang asli telah wujud di negara ini sejak
beribu tahun dahulu.Ragam, bentuk dan ragam hias yang terdapat pada seni tembikar
melambangkan keunikan penciptaan tukang pandai Melayu.Tembikar adalah sejenis barangan
yang diperbuat daripada tanah liat yang telah diproses, dibentuk dan kemudiannya dibakar
bagi mengekalkan rupa bentuk tembikar tersebut.Tembikar yang telah dibakar di dalam tanur
memiliki kekuatan yang lebih dan kalis air. Selain itu tembikar juga dijadikan alat kegunaan
harian seperti bekas menyimpan air, balang dan sebagainya.
Terdapat pelbagai jenis tembikar yang dihasil secara turun menurun antaranya buyung,
jambangan, geluk, labu dan bekas perasapan.Tembikar yang terkenal ialah labu yakni alat
untuk menyimpan dan menyejukan air minuman.Bentuk labu diilhamkan daripada buah
labu.Bahagian pucuk berbentuk seperti kubah masjid.Corak hias labu bersumberkan alam
sekeliling dan berupa bentuk geometri.Selain itu juga bentuk labu itu juga berbentu seolaholah kubah masjid.Labu yang terkenal dihasilkan oleh kaum wanita di Sayong, Perak.
Ragam hias merupakan aspek penting dalam tembikar tradisional. Motif yang
digunakan terdiri daripada unsur persekitaran tempatan berdasarkan motif geometri dan
organik. Motif ragam hias berunsurkan geometri terdiri daripada garis, titik dan bentukbentuk yang berunsur garis (contohnya susunan garis panjang yang melilit pada seluruh
permukaan tembikar dan bersilang antara satu garis dengan garis yang lain) selalunya
dijadikan motif tembikar.
Motif Geometri seperti garisan bersilang-seli, titik susun kisi-kisi,titik tahi alat, garis
keluh, pucuk rebung,susur kelapa dan sebagainya.Manakala motif Gayaan Organik seperti
sulur kakung, bunga cengkih,bunga ,pecah lapan,tampuk manggis,bunga lawang, bunga
kedudut, bunga tanjung dan sebagainya.

Ramlan b Salihan
771010019255

Page 3

Anyaman
Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat
Melayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan
daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan.
Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan,
mengkuang dan beberapa bahan tumbuhan lain. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan
lembut.
Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung kediaman , hasil kerja menganyam
membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana.Tidak hairanlan kerana
tumbuh-tumbuhan tropika merupakan jenis yang sesuai untuk dijadikan bahan anyaman.
Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa
jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui nyaman
demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji,
bakul dan menganyam tikar untuk mengalas tempat duduk.
Anyaman berkembang sehingga sekarang, kegunaanya agak terbatas dewasa ini
berbanding waktu silam . Ayaman tikar diantaranya, adalah tikar sembahyang dan tikar orang
mati yang memperlihatkan unsur Islam.Tikar sembahyang biasanya dianyam menggunakan
daun pandan kerana bermutu tinggi berbanding mengkuang.Ini jelas menunjukkan bahasa
masyarakat Melayu meletakkan kegunaan tikar sembahyang di kedudukkan teratas sebagai
penghormatan semasa menjalankan ibadat.
Anyaman pada tikar sembahyang ini dihiasi dengan motif berunsurkan Islam.
Bahagian depan menyerupai kubah masjid, dan bahagian pinggirnya menyerupai gigi buaya
sebanyak lima buah yang melambangkan bahwa seorang yang sedang bersembahyang tidak
boleh melakukan kegiatan lain ( misalnya berbicara) akan tetapi harus kusyuk seakan-akan
orang itu (hatinya) berbicara dengan tuhan.

Ramlan b Salihan
771010019255

Page 4

Batik
Batik adalah merupakan salah satu kraf tradisional. Batik merupakan kraf tradisional
yang unik dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan Melayu. Keindahan coraknya
mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi.
Perkataan batik berasal dari Indonesia yang membawa maksud rintik-rintik putih yang
ada pada kain yang berwarna atau bercorak. Seni batik telah wujud 2000 tahun dahulu di
Mesir dan Parsi. Mula digunakan di Jepun dan Chuna dalam abad ke 7. Negeri Kelantan dan
Terengganu adalah merupakan perintis kepada sejarah perkembangan perusahaan batik tanah
air.Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini terhasil
disebabkan kepekaan masyarakat tradisional terhadap persekitaraan. Terdapat beberapa jenis
motif alam sekeliling yang digubah menjadi corak atau ragam hias yang menarik.
Unsur flora yang terdiri daripada motif seperti bunga, kudup, putik,akar menjalar,
daun, ranting dan pucuk digunakan untuk menghias kain batik ela.Setiap Motif ini mempuyai
motif yang tersendiri dihiasi pada kain batik.Contohnya pada kepala kain motif pucuk rebung
digunakan selain itu reka corak digubah bukan secara realistik tetapi campuran gaya organik
dan geometri.
Unsur fauna seperti motif rama-rama, kumbang, burung, ayam dan sebagainya.Tapi
unsur ini kurang digunakan kena berkaitan dengan pegangan agama Islam masyarakat.Unsur
geometri seperti susunan garis-garis halus, kisi-kisi, cengkerang, bentuk bujur, jalur dan
sebagainya.Unsur ini seringkali digabungankan dengan unsur flora dan mendapat permintaan
di kalangan peminat batik.

Ramlan b Salihan
771010019255

Page 5

Ukiran
Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan
masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak
serta masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama
seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya.
Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang
mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan
di negara kita. Di samping itu j, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan
boleh dipelbagaikan kegunaannya.
Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satusatu teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu. Tiga teknik
utama dan gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah tebuk terus, tebuk separuh dan tebuk
timbul. Bentuk ukiran juga ada tiga jenis utama iaitu bujang, lengkap dan pemidang.
Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumahrumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid dan
mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat muzik
tradisi, perabot seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau,
alat-alat senjata, peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti
perahu, kereta kuda dan kereta lembu.

Ramlan b Salihan
771010019255

Page 6

KRAF DAN PENGARUH ISLAM


Dari sudut pandangan Islam juga ada menyebut mengenai seni secara tidak
langsungnya . Ini kerana , Islam amat menyukai kepada keindahan dan kecantikan kerana sifat
agama Islam itu juga sangat indah di mana ia merujuk kepada keindahan yang zahir mahupun
keindahan yang batin. Menurut Sidi Ghazalba,seorang seniman Islam menyatakan bahawa
wujud perkaitan yang nyata antara seni dan Islam. Kata beliau, `motif seni dalam Islam
adalah kerana Allah untuk manusia. Islam menghendaki supaya seni itu dilaksanakan
berlandaskan akhlak Islam (nilai baik dan bebas dari nilai haram).
Islam menyatakan yang indah itu baik dan baik adalah nilai akhlak (etika). Seterusnya
akhlak dibentuk oleh ajaran al-Quran dan Hadith.Selain itu , di dalam Kitab Al- Iman yang
telah dipelopori oleh Imam Muslim ada menyatakan dengan jelas tentang "kesenangan estetik
dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan
terhadap mesej atau objek yang ditemui" . Dalam erti kata yang lain, Imam Muslim
menerangkan bahawa seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang
yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan
manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui
karya-karya seni.
Sudah menjadi lumrah setiap insan sukakan sesuatu yang indah dan cantik. Setiap
insan juga secara tidak disedari mempunyai deria untuk memilih dan tidak pernah pula
Ramlan b Salihan
771010019255

Page 7

sesuatu yang dipilih itu tidak cantik. Sesuatu yang indah itu mempunyai seni yang tersendiri
dan seni yang paling indah ialah hanya yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. dan kita, tanpa
disedari memang diselubungi oleh seni yang indah itu dalam kehidupan seharian kita.
Memang tidak pernah terfikir oleh kita bahawa nenek moyang kita dahulu telah
memahami dan menghayati seni yang dihasilkan oleh mereka ternukil dari deria kreativiti
serta bakat semulajadi yang dianugerahkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Kehalusan dan
keunikan keaslian reka bentuk yang diilhamkan melalui ide dari alam semesta ciptaan Tuhan
merupakan satu hasil kreatif yang akan menjadi khazanah seni yang tidak ternilai.
Kraf tradisional yang amat popular pada masa kini adalah kraf ukiran. Kraf ukiran,
sejak zaman berzaman lagi mempunyai pengaruh Islam di dalam penghasilannya. Ini terbukti
dengan penggunaan ragam hias atau motif keislaman dalam sesuatu penghasilan kraf pada
rumah-rumah, tempat ibadat seperti surau-surau dan masjid-masjid di kampung-kampung.
Setelah kedatangan Islam di Tanah Melayu, unsur kaligarfi Jawi dan ayat al-Quran
mula diukir oleh pengukir-pengukir tempatan. Unsur kaligrafi ini digabungkan dengan unsurunsur tumbuh-tumbuhan. Ukiran khat menunjukkan fungsi keagamaan. Pengaruh keagamaan
Islam yang berkembang pada zaman dahulu mempengaruhi pengukir-pengukir seni ini dan
mengadaptasikannya pada ukiran seperti pintu-pintu, dinding peralatan perabot.
Motif kaligrafi ini dapat dilihat pada tingkap dan pintu masjid. Selain motif kaligrafi
motif fauna juga diselitkan pada ukiran tersebut. Ia juga disandarkan pada subjek-subjek yang
berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-kata bijak
pandai (hukama'). Rasulallah s.a.w menggalakkan penulisan khat. Sabda Rasullah yang
bermaksud : " Hendaklah kamu mengindahkan seni khat keran ianya kunci rezeki".Saidina
Ali pernah berkata : "Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana tulisan merupakan
perkara yang paling mustahak dan menyeronokkan".
Unsur geometri dikenali sebagai tumpal. Unsur ini mempunyai kaitan dengan unsur
geometri Islam. Pola-pola geometri disusun berulang-ulang.Sebahagian susunan motif tiada
permulaan dan akhirnya. Ini melambangkan sifat keesaan Allah AWT yang tiada permulaan
dan tiada akhirnya.

Ramlan b Salihan
771010019255

Page 8

Motif arabes adalah motif yang seringkali dikaitkan dengan seni Islam dan dikatakan
mempunyai pengaruh Arab. Ianya merupakan salah satu seni hias yang terdapat pada yangga
masjid Hadhari,Jertih.Motif ini mempunyai unsur pola geometri dan pola flora. Motif yang
dihasilkan disusun secara berulang-ulang dan mengembang ke semua arah tanpa
penghujungnya sehingga tidak terbatas oleh sesuatu bentuk. Konsep ini dikaitkan dengan sifat
Allah swt yang tidak terbatas serta tiada penghujungnya.

Mimbar merupakan tempat imam duduk ketika khutbah pada hari Jumaat. Motif flora
telah digarap seperti bentuk bunga dan daun. Kerusi berukir ini sangat unik dan sangat cantik.
Ini jelas terpancar unsur-unsur keislaman kerana fungsi kerusi berukir itu sendiri digunakan
oleh Imam Masjid.
Unsur kosmos menggambarkan alam semesta seperti matahari terbit, bintang, bulan
dan gunung-ganang. Ukiran di atas mempunyai unsur-unsur kosmos terutama bahagian
tengahnya sebagai matahari.Manakala ukiran sekelilingnya melambangkan cahaya yang
memancar memberi tumbuhan hidup subur.Ini melambangkan kekuasaan dan kebesaran
pencipta-Nya kepada hambanya di alam semester.
Unsur flora biasanya diambil daripada tumbuhan yang menjalar. Antara tumbuhan
yang paling popular di kalangan pengukir ialah jenis kacang, labu, ketubit, ketam guri, salad,
bunga lawang, bunga raya, bunga cina dan sebagainya. Unsur ini merupakan unsur yang
dominan dalam rekaan seni ukir tradisional. Unsur ini menjadi pilihan utama kebanyakan
pengukir berdasarkan pengamatan dan memerhatian yang telah dibuat.
Dua gambar yang diambil ini menggunakan unsur flora sebagai hiasan
ukirannya.Corak awan larat dipilih yang mengambarkan kesenian yang halus. Halim Nasir
(1986:137) mendefinisikan Awan Larat sebagai satu bentuk ukiran yang berlingkar-lingkar,
berpiuh-piuh, meleret-leret seperti awan putih berarak. Biasanya ukiran ini digabungkan
dengan pola lengkap.Ini jelas membuktikan jenis ukiran pada gambar tersebut.

Ramlan b Salihan
771010019255

Page 9

Pengukir Melayu menerapkan falsafah dan kerohanian orang Melayu sebagai salah
satu budaya di samping mengekalkan nilai-nilai keagamaan.Dalam gubahan ukiran awan
larat, punca permulaannya agak sukar dikesan dan seakan-akan tiada penghujungnya. Ini
melambangkan sifat keesaan Allah swt. yang tiada permulaan dan tiada akhirnya.
Menurut Abdullah Mohamed (1990:13-20) memberikan pandangan bahawa alam
adalah tajalli atau manifestasi daripada sifat-sifat ilmu Allah. Melalui sifat ilmu Allah tersebut
terjadi berbagai bagai organisme baik flora atau fauna dengan segala macam keajaiban dan
keindahan rupanya. Sebagai contoh adalah tentang kejadian pelbagai jenis bungaan dengan
aneka warna, bentuk dan bauan adalah lahir dari satu sumber iaitu ilmu Allah yang Maha
Kaya.

PRINSIP ESTETIKA MELAYU DAN KAITAN DENGAN KRAF


Bentuk estetika seni Islam terbahagi kepada enam bentuk, menurut Al Faruqi (1986).
Iaitu bentuk abstraksi, bentuk strurtur modular, bentuk gabungan berurutan, bentuk
perulangan, bentuk dinamisma dan bentuk kerumitan. Namun begitu keenam-enam bentuk
tersebut dipandu oleh asas estetika Tauhid, yang menjadi strutrtur asas karya seni Islam.
Menurut Zakaria Ali (1989), terdapat enam prinsip estetika Melayu, iaitu prinsip halus,
prinsip berguna, prinsip bersatu, prinsip berlawan, prinsip berlambang dan prinsip bermakna.

Prinsip Berhalus

Ramlan b Salihan
771010019255

Page 10

Prinsip ini menonjolkan daya kreatif orang Melayu. Ia melibatkan konsep di antara kraf atau
kemahiran dengan seni. Kemahiran amat diperlukan untuk mencipta sebarang objek seni
mengikut Sejarah. menunjukkan bahawa kemahiran dan kepakaran amat penting bagi
menghasilkan karya seni yang sempurna. Prinsip ini dapat dilihat dalam penghasilan kraf
anyaman yang terdapat pada tudung saji,tikar dan semua jenis kraf perhiasan yang dihasilkan.

Prinsip Berguna
Setiap karya seni yang terhasil mempunyai fungsi. Objek seni bukan sahaja digunakan secara
individu tetapi digunakan oleh semua golongan masyarakat. Konsep ringan sama dijinjing
dan berat sama dipikul merupakan konsep yang dipegang oleh kebanyakan orang Melayu
dalam menghasilkan karya mereka. Sikap kerjasama dan tolong menolong dapat dilihat
semasa menghasilkan kraf anyaman ini. Ukiran kayu pada pintu, tingkap dan tangga serta
keris adalah di antara perlambangan karya seni yang digunakan oleh masyarakat Melayu.
Prinsip Bersatu
Bererti keharmonian sesuatu karya seni itu.Kebiasaannya prinsip ini dapat dilihat dari
pengunaan warna dan corak yang dihasilkan melalui kraf anyaman oleh orang-orang melayu.
Ia juga memberi maksud tersirat tentang integrasi sesama masyarakat Melayu. Ada perkaitan
dan integrasi yang wujud di dalam sesebuah karya seni. Perkaitan yang terhasil dari bungabunga melingkar memberikan gambaran komposisi yang kukuh. Belitan tangkai bunga melilit
tanpa dibiarkan meliar. Belitan tersebut menggambarkan satu ikatan kukuh yang menyatukan
masyarakat.Ini dapat dilihat dalam teknik penghasilan anyaman oleh orang-orang melayu.

Prinsip Berlawan
Melibatkan permukaan yang kasar atau licin. Setiap permukaan kasar ataupun licin akan
menimbulkan kesan ketegangan yang menjurus kepada kesan penyudahan karya seni yang
menarik. Penyudahan yang baik dan sempurna ini diakibatkan oleh jenis-jenis permukaan
yang berbeza. Prinsip ini dapat dilihat dalam penghasilan kraf anyaman yang berbentuk
perhiasan dinding,bunga pada bakul atau bekas perhiasan yang dihasilkan.
Ramlan b Salihan
771010019255

Page 11

Prinsip Berlambang
Lambang yang dimaksudkan adalah penentu kepada penyatuan antara isi dengan bentuk.
Menurut Zakaria Ali (1989), keris merupakan satu-satunya hasil ciptaan yang membawa
segala unsur lambang yang amat diperlukan bagi mempertahankan maruah orang Melayu.
Tambah Zakaria Ali lagi, keris bermata dua mampu menjadi kawan dan lawan kerana ia indah
tetapi merbahaya. Nilai estetika sesuatu karya seni Melayu juga harus melambangkan budaya.
Contohnya, keris melambangkan sesuatu yang indah tetapi merbahaya dan selalu dikaitkan
dengan kehebatan lelaki Melayu.Begitu juga seni anyaman yang melambangkan budaya dan
hasil seni masyarakat melayu yang diamalkan sejak turun temurun lagi.Kita juga dapat
mengenali suku kaum sesuatu bangsa melalui teknik dan hasil anyaman yang dibuat.

Prinsip Bermakna
Sesuatu objek seni wujud secara intrinsik dan ekstrinsik. Ia menjadi dasar kepada setiap
penghasilan karya seni seperti anyaman,ukiran kayu, pembuatan keris dan pembentukan
huruf-huruf kaligrafi. Jika sesuatu karya seni yang bermakna tidak diambil kira dan tidak
difahami oleh generasi muda maka kesenian itu akan hilang maknanya. setiap karya seni perlu
membawa makna tertentu seperti konsep sirih junjung membawa makna pihak pengantin
lelaki menjunjung keperibadian pengantin perempuan.Motif anyaman yang dihasilkan juga
mempunyai makna-makna tertentu yang dikaitkan dengan unsure-unsur alam Fiona dan flora
yang terdapat di sekeliling kita.

RUMUSAN
Sebagaimana kita ketahui, kraf merupakan satu proses menghasilkan hasil seni yang
memerlukan daya cipta dan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan yang
mempunyai pelbagai jenis dan bentuk. Berdasarkan daripada huraian di atas seni kraf Melayu
Ramlan b Salihan
771010019255

Page 12

mempunyai hubungan yang erat antara masyarakat Melayu dengan kepercayaannya iaitu
Islam. Proses penggarapan idea bagi setiap jenis kraf mempunyai ciri-ciri yang sama. Setiap
daripada kraf mempunyai motif dan corak dari sumber yang hampir sama seperti flora, fauna,
geometri, arabes, abstrak dan sebagainya.
Namun begitu, dalam Islam motif fauna seperti haiwan dan figura berbentuk manusia
dilarang dan tidak digalakkan dalam penghasilan karya berdasarkan hadith dan beberapa
mazhab yang terdapat dalam Islam. Ini kerana, kebanyakan hasilan yang berbentuk figura dan
haiwan boleh mewujudkan satu elemen pemujaan dan tidak sesuai dijadikan perhiasan kerana
ia mirip kepada ciptaan asal. Ini dikira mencabar kuasa Yang Maha Mencipta. Selain itu,
motif-motif yang berunsurkan arabes, flora, dan geometri mempunyai makna yang tersirat
yang memperlihatkan elemen ketuhanan serta rasa rendah diri hamba kepada Penciptanya.
Orang Melayu sememangnya sangat kreatif dan mempunyai daya penglihatan dan pemikiran
yang tajam kerana telah menjadikan alam ciptaan Tuhan dan sekitar kehidupan mereka untuk
mendapat idea. Sumber idea itu digarap dan dijelmakan dengan pelbagai bentuk corak yang
akhirnya setiap satunya diberi nama yang memberi gambaran tentang apa yang difikirkan oleh
mereka.
Oleh yang demikian, penghasilan kraf, pengusaha dan tokoh-tokoh seni ini, bukan
sahaja menghasilkan karya yang indah pada pandangan lahiriah tetapi menyerapkan unsurunsur keagamaan seperti kekaguman dengan ciptaan Allah berdasarkan motif-motif yang
dipilih.
(3141 patah perkataan)

Ramlan b Salihan
771010019255

Page 13

BIBLIOGRAFI

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR
dan KBSM, Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka

Kathleen Chae (2008). Pendidikan Seni Visual. Pelangi Sdn.Bhd.

Siti Zainon Ismail (1986). Rekabentuk Kraftangan MelayuTradisi.Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur

Ramlan b Salihan
771010019255

Page 14

Salawati Hj Abdul Wahab (2008) .Modul OUM HBAE4303.Apresiasi Dan Kritikan Seni:
Open Universiti Malaysia.

Zakaria Ali (1989). Seni dan Seniman; Esei Seni Halus. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala
Lumpur

http://hafizmnordin.blogspot.com/2008_09_01_archive.html
http://media.mmu.edu.my/yes/2003/galeri/galeri13.html

Ramlan b Salihan
771010019255

Page 15

You might also like