You are on page 1of 3

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RAHMAT, 84700 LEDANG, JOHOR.


MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN BIL 1 / 2015

Tarikh

: 28 JANUARI 2014

Masa

: 2.00 petang 3.15 petang

Tempat

: Bilik Mesyuarat, SK Bukit Rahmat

Pengerusi

: Puan Adibah binti Mohd Kalid

Kehadiran(Bilangan)

: Hadir
Tidak hadir

Turut Hadir (Jika ada)

: Tiada

- 19 orang
- 2 orang

1 PERUTUSAN PENGERUSI
Puan Adibah binti Mohd Kalid mengucapkan syabas kepada Unit Peperiksaan dan Penilaian kerana
berjaya mengadakan mesyuarat pada petang ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada
semua guru kerana berjaya menghadirkan diri ke mesyuarat Pengurusan Peperiksaan dan
Penilaian buat kali pertama tahun 2015. Beliau berharap segala program yang telah disusun pada
tahun 2015 akan berjalan lancar dan berjalan mengikut tarikh yang telah ditetapkan dalam Buku
Program Sekolah.
2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Dicadang untuk disahkan oleh Encik Hamzah bin Md Basir
Disokong untuk pengesahan oleh Cik Norasikin binti Johar
3 PEMBENTANGAN FOKUS MESYUARAT
3.1 SAPR dan SAPS
3.1.1 Untuk makluman semua guru, Unit Peperiksaan dan Penilaian akan menggunakan
semula Sistem Analisa Peperiksaan (SAPR) untuk mengisi markah di untuk
peperiksaan yang dijalankan di peringkat sekolah. Setiausaha Peperiksaan merangkap
Setiausaha Peperiksaan Dalaman iaitu Puan Roseliana binti Rusli akan memasukkan
dan mendaftar semua nama murid tahun 1 hingga tahun 6 ke dalam SAPR. Manakala
uru-guru mata pelajaran pula bertanggungjawab untuk memasukkan markah murid ke
dalam SAPR. Semua kerja-kerja memasukkan markah boleh dilakukan di komputer
yang terletak di Bilik Operasi Pentaksiran. Guru-guru juga dikehendaki mengisi borang
transit markah untuk diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan Dalaman.
Tindakan: Setiausaha Peperiksaan Dalaman dan semua guru mata pelajaran
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

3.1.2 SAPS masih dalam penyelenggaraan. Setiausaha memaklumkan sebaik sahaja sistem
boleh digunakan beliau akan mengedarkan kata laluan kepada guru-guru. Untuk
pengetahuan semua guru, SAPS hanya digunakan untuk mengisi markah tahun 6
sahaja.
Tindakan : Setiausaha Peperiksaan Dalaman dan guru-guru mata pelajaran teras Tahun 6

3.2 Waktu Peperiksaan


3.2.1 Peperiksaan hanya akan dijalankan sebanyak tiga kali untuk peperiksaan dalaman iaitu
pada bulan Mac, Mei dan Oktober. Cadangan Takwim peperiksaan telah dikeluarkan
oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia yang dimuat turun melalui SAPS. Setiausaha
Peperiksaan akan membina takwim peperiksaan berdasarkan takwim peperiksaan
tersebut.
Tindakan Setiausaha Peperiksaan Dalaman

3.2.2 Jadual Pengawasan Guru akan disediakan oleh Setiausaha Peperiksaan berdasarkan
Jadual Waktu Persendirian Guru. Ini bermakna guru akan mengawasi peperiksaan
mengikut jadual waktu persendirian masing-masing.
Tindakan : Semua guru

3.2.3 Tarikh yang dicadangkan untuk peperiksaan awal tahun ialah pada 1 Mac 2015
4 Mac 2015.
Tindakan Setiausaha Peperiksaan Dalaman

3.3 Penyediaan Kertas Soalan, Pengambilan Kertas Soalan dan Penyerahan Skema
Jawapan
3.3.1 Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun terutamanya untuk mata
pelajaran teras akan disediakan oleh pihak Majlis Guru Besar. Guru-guru perlu
membina sendiri soalan peperiksaan untuk mata pelajaran elektif.
Tindakan : Setiausaha Peperiksaan Dalaman dan semua guru

3.3.2 Guru-guru dikehendaki menyerahkan soalan yang telah dibina kepada Setiausaha
Peperiksaan seminggu sebelum peperiksaan berjalan. Ini adalah untuk memudahkan
Setiausaha Peperiksaan menyemak dan diserahkan kepada Puan Guru Besar untuk
disahkan. Proses ini juga penting memandangkan soalan-soalan yang disediakan perlu
diperbanyakkan.
Tindakan : Setiausaha Peperiksaan Dalaman dan semua guru

3.3.3 Pada hari peperiksaan guru-guru dikehendaki mengambil sendiri soalan di Bilik
Peperiksaan dan menanda buku rekod yang telah disediakan. Guru-guru juga
dikehendaki memulangkan skema jawapan murid-murid ke Bilik Operasi Pentaksiran.
Tindakan : Semua guru

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

3.4 PBS / SBOA / PLBS / PEKA /PAFA


3.4.1 Untuk makluman semua guru PBS akan bermula pada bulan Februari. Surat-surat
perlantikan akan diserahkan sendiri oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan
Rosnah bt Mohd Noh.
Tindakan : Guru Penolong Kanan Pentadbiran

3.4.2 Ketua-ketua Pentaksir adalah seperti berikut :


PBS / SBOA Puan Khairul Adawiyah bt Malik Ridzwan
PLBS Puan Zaliha bt Mohamed
PEKA Puan Roseliana bt Rusli
PAFA Encik Abd Razak b Mohd Darom
Tindakan : Guru Penolong Kanan Pentadbiran

3.5 Rekod Transit KSSR Offline


3.5.1 Semua guru yang terlibat perlu menyediakan rekod tersebut dan diisi serta dimasukkan
ke dalam fail PPPB sebagai bukti.
Tindakan : Semua guru KSSR

PENUTUP
a. Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada petang dengan mengucapkan terima kasih dan
tahniah kerana berjaya mengadakan mesyuarat kali pertama. Mesyuarat kali kedua akan
diadakan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang.

Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

..........................................
(ROSELIANA BT RUSLI )
Setiausaha Peperiksaan Dalaman
Tarikh :1 Februari 2015

................................
(
)
Pengerusi
Tarikh :

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like