You are on page 1of 25

Kajian Kesediaan Pelajar Melakukan Amali Membantu Kejayaan Sesebuah Amali :

Kajian Kes Amali Kinematik


Oleh :
Ronald Yusri Batahong
Syakima Ilyana Ibrahim KOLEJ
MATRIKULASI LABUAN
ABSTRAK
Satu kajian telah dijalankan di kalangan pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Labuan, Kementerian
Pelajaran Malaysia. Subjek kajian terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Fizikal, Ambilan 2004/ 2005. Satu
kumpulan tutoran terdiri daripada 22 orang pelajar terlibat sebagai subjek. Pemerhatian awal mendapati
pelajar-pelajar ini tidak bersedia untuk menjalankan amali di mana mereka tidak dapat menjalankan amali
tanpa bantuan pensyarah. Hasilnya daripada penilaian penulisan laporan amali didapati pelajar-pelajar gagal
mengintrepretasikan data yang didapati samasa amali. Pelajar-pelajar juga gagal mengaitkan teori yang
diberi dalam buku panduan amali dengan amali yang dijalankan dan seterusnya mencapai objektif amali
sepenuhnya.
Satu sesi pengajaran dan pembelajaran (120 minit) telah digunakan untuk menjalankan penyelidikan
tindakan ini. Dalam menguji pengetahuan sedia ada pelajar serta kesediaan menghadapi amali, satu ujian pra
telah diberikan. Pelajar diberikan data mentah dan diminta menganalisisnya berdasarkan pengetahuan sedia
ada sebagai pra laporan. Seterusnya sebagai pengukuhan, pensyarah memberikan penerangan pengukuhan
teori amali berkaitan. Ujian pos yang kemudiannya dilakukan menunjukkan peningkatan kesediaan pelajar
di mana pelajar lebih memahami teori amali yang bakal dijalankan. Soal-selidik juga diberikan untuk
mendapatkan maklum balas pelajar.
Kejayaan pemahaman teori berdasarkan ujian pos seterusnya dilihat membantu kejayaan amali yang
didapati berdasarkan penilaian laporan amali bertulis di mana rata-rata pelajar berjaya menganalisis data
yang didapati dan seterusnya mencapai objektif amali yang telah dijalankan.

1.0 PENDAHULUAN
Tujuan asas penubuhan kolej matrikulasi adalah untuk menyediakan pendidikan pra universiti
kepada pelajar-pelajar lepasan SPM. Oleh yang demikian, silibus aliran Sains Fizikal diolah merangkumi
teori dan praktikal dalam menyediakan pelajar berketrampilan yang mana dapat mengikuti kursus-kursus
yang berorientasikan sains khususnya aliran kejuruteraan yang banyak mempraktikkan teori dan kerja-kerja
di dalam makmal.
Silibus Fizik SF017 dan SF027 memperuntukkan 10% markah himpunan untuk penilaian
pembelajaran hands-on kepada pelajar di dalam makmal. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan
awal kepada pelajar melakukan kerja-kerja makmal dimana pelajar diharap dapat mempraktikkan teori di
dalam makmal dan seterusnya memberikan lebih kefahaman aplikasi kepada pelajar dalam kehidupan.

2.0 MOTIVASI KAJIAN


2.1

Latar Belakang Kajian


Subjek Fizik SF017 memperuntukkan 2 jam seminggu untuk perlaksanaan P&P secara hands on

melalui slot amali di dalam makmal. Pelajar-pelajar di peruntukkan sebuah Laboratory Manual Book
yang mengandungi 10 tajuk amali dengan pernyataan teori dan langkah-langkah yang perlu dijalankan
dalam setiap amali. Setiap minggu, satu tajuk amali akan dijalankan berdasarkan teori yang telah dipelajari
pelajar di dalam kuliah . Amali dijalankan secara berkumpulan di mana satu kumpulan mengandungi 3-4
orang pelajar. Pensyarah akan membimbing pelajar melalui demonstrasi dalam menjalankan amali untuk
mendapatkan data yang diperlukan berdasarkan panduan yang diberikan. Pelajar-pelajar kemudiannya di
beri masa seminggu untuk menganalisis data dan seterusnya mencapai objektif amali secara laporan bertulis.

2.2

Isu Keprihatinan
Tujuan amali adalah untuk pelajar mempraktikkan teori yang dipelajari di dalam kuliah untuk

kefahaman pelajar. Kelas amali merupakan aktiviti praktikal dalam P&P bertujuan untuk memperkukuhkan
teori dan konsep fizik di samping memupuk amalan sikap saintifik dan nilai murni. Tanpa pengetahuan asas
teori, pelajar pastinya sukar mencapai objektif sesuatu amali
Berdasarkan pemerhatian penyelidik didapati pelajar-pelajar tidak bersedia sebelum kelas amali
dijalankan. Pelajar-pelajar memberi alasan jadual yang padat menyebabkan mereka tidak berkesempatan
membuat persediaan untuk kelas amali. 3 orang daripada pelajar mengaku tidak mengambil berat kelas
amali kerana telah disediakan arahan yang hanya perlu diikuti. 2 orang daripada pelajar yang ditemuramah
menyatakan bahawa kelas amali tidak memerlukan mereka berfikir dan hanya perlu melakukan amali
mengikut demonstrasi yang ditunjukkan pensyarah serta merekodkan data yang telah di arahkan.
Pelajar juga mengakui mereka hanya menghadapi masalah apabila ingin menyediakan laporan
bertulis di mana mereka akan menyalin daripada rakan-rakan. Ini diakui apabila melalui pemerhatian
penyelidik, dendapati rata-rata pemerhatian, keputusan dan perbincangan di dalam laporan adalah hampir
sama antara pelajar di dalam kumpulan yang sama. Daripada pemerhatian terhadap penilaian laporan
bertulis didapati pelajar gagal mengaitkan data amali dengan teori yang dipelajari.
Menyedari bahawa kelas amali bukanlah hanya sekadar memenuhi 10% markah himpunan tetapi
sebagai satu sesi P&P secara hands on bertujuan memantapkan teori yang dipelajari , penyelidik cuba
untuk menerapkan pembelajaran konstruktivisme untuk pelajar mengaitkan amali dengan teori berkaitan.

2.3

Persoalan Kajian

Formatted: Justified

Adaka
h
pemah
aman
teori
amali
yang
dijalan
kan
dapat
memb
antu
pelajar
meran
cang
amali
yang
dijalan
kan?
Adaka
h
pelajar
tahu
apaka
h
konse
p
yang
diguna
pakai
untuk
menda
patkan
data
menta
h
daripa
da
amali?
Adakah
pelajar
dapat
mengolah

data
yang
dipe
role
hi
untu
k
men
capa
i
obje
ktif
amal
i?

Formatted:
Swedish Sweden

i
t
k

Untuk
memastikan
pelajar
mencapai
tujuan
pembelajaran
hands-on ini,
penyelidik
telah
menetapkan dua
objektif di dalam
kajian ini iatu;
1.
Pelajar dapat
menyatakan teori
dan konsep fizik
yang digunapakai
dalam amali yang
dijalankan.
2.

a
n
a
m
a
l
i
d
e
n
g
a
n

P
e

r
d
b

r
j

s
e

e
n

u
n

m
d
i

n
a
p
a
k
a
i
d
a
l
a
m
a
m
a
l
i
y
a
n
g
d
i
j
a
l
a
n
k
a
n
.
D
a
l
a

y
a
t
a
k
a
n
t
e
o
r
i
d
a
n
k
o
n
s
e
p
f
i
z
i
k
,
p
e
l
a
j
a
r
d

3.0

METODOLOGI:
Kajian Tindakan ini menggunakan Model Lingkaran Kajian Tindakan

langkah utama iaitu mengenalpasti masalah, merancang


tindakan dan seterusnya mereflek
3.1

yang melibatkan 5

tindakan, melaksanakan tindakan, menilai

terhadap kajian yang telah dilaksanakan.

Mengenalpasti masalah
Penyelidik telah menggunakan kaedah pemerhatian dan refleksi ke atas sesi

berlaku dalam mengenalpasti masalah. Kaedah temubual juga

P&P yang

dijalankan untuk memastikan masalah

yang wujud di kalangan pelajar semasa sesi P&P hands on yang berlaku di dalam makmal ini. Penilaian
rakan sejawat juga
3.2

membantu dalam mengenalpasti permasalahan yang berlaku di dalam sesi P&P

ini

Merancang
Pengetahuan konsep dan teori sedia ada diuji melalui penilaian pra ujian dan seterusnya
pemikiran kritis dan penaakulan diuji melalui pra laporan . Setelah diberi pengukuhan melalui
demonstrasi dan penerangan ringkas, pelajar diberi semula ujian yang sama (pos ujian) untuk
menilai kembali peningkatan pengetahuan sedia ada mereka. Kejayaan amali diukur melalui
kejayaan penulisan laporan penaakulan data dari amali yang telah dijalankan.
Perancangan tindakan adalah berdasarkan teori konstruktivisme, di mana ilmu pengetahuan

adalah dibina melalui proses saling pengaruh di antara

pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran

terbaru yang berkaitan. Konsep dan teori asas yang dipelajari di dalam kuliah diperlukan dalam
mempengaruhi kesan pembelajaran secara praktikal di dalam makmal.

3.3

Melaksanakan Perancangan
Kajian ini menggunakan pendekatan konstuktivisme di mana pelajar akan dibimbing

mancapai matlamat pembelajaran. Berikut merupakan langkah-

untuk

langkah yang dijalankan di dalam kelas

semasa kajian dilaksanakan:


Pra ujian
o Sebagai langkah pertama, penyelidik ingin melihat sejauh mana pelajar bersedia sebelum
amali dijalankan. Satu ujian pra diberikan kepada semua pelajar, di mana soalan yang
diberikan merupakan teori asas yang akan digunakan dalam amali. Pelajar dikehendaki
menjawab 3 soalan mudah dalam masa yang ditetapkan (15 minit). Kertas Pra Ujian
dikumpul oleh penyelidik dan dinilai berdasarkan skala pemarkahan penuh adalah 3.
Langkah ini bertujuan menguji pengetahuan sedia ada pelajar dan melihat sejauh mana
persediaan pelajar dalam teori dan konsep fizik berkaitan amali.

Pra laporan
o Satu set data mentah berkaitan amali ( 6 nilai teori untuk panjang tali ladung,l dan masa yang
diperlukan untuk ladung melengkapkan 5 ayunan,t ) yang akan dijalankan diberikan oleh
penyelidik Pelajar dikehendaki menyediakan laporan ringkas (Pra Laporan) dengan
menganalisis data mentah yang dibekalkan penyelidik dan mendapatkan objektif amali
dikehendaki.

Pelajar dibenarkan berbincang dan merujuk buku panduan amali bertujuan

melihat sejauh mana pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan sedia ada dalam
mendapatkan objektif amali menggunakan data mentah yang telah diberikan. Langkah ini
bertujuan melihat keupayaan pelajar menganalisis data dan menggunakan teori untuk
mencapai objektif tanpa persediaan dan pemahaman awal berkaitan amali.

Penerangan ringkas
o Langkah ini merupakan satu tindakan untuk membantu pelajar membuat persediaan teori
sebelum menjalankan amali. Penerangan ringkas dalam Bahasa Inggeris yang mudah
difahami diberi oleh pensyarah bertujuan mengukuhkan kembali teori dan konsep yang
dipelajari dalam kuliah.Penerangan ringkas ini juga disertakan dengan membimbing pelajar
untuk mencari kaitan antara teori dan amali yang akan dijalankan. Pelajar-pelajar diharap
lebih memahami apa yang akan dijalankan dan dapat merancang amali mereka.
Pos ujian
o Untuk menilai keberkesanan tindakan melalui penerangan ringkas ini, satu Pos Ujian
diberikan kepada pelajar. Langkah dan soalan yang sama dengan Pra Ujian sebelum ini
diberikan bertujuan menilai peningkatan dalam pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan teori
dan konsep fizik berkaitan amali. Seterusnya penyelidik melakukan analisis untuk melihat
perubahan dalam peningkatan pengetahuan pelajar berkaitan amali sebelum dan selepas
tindakan dijalankan.
Laporan
o Pelajar diberikan tempoh seminggu untuk menulis Laporan secara individu untuk amali yang
dilakukan. Penilaian penyelidik dilakukan hanya berdasarkan bahagian Observation iaitu
merangkumi pemerhatian dan analisis data sahaja. Dalam bahagian ini pelajar dikehendaki
menganalisis data mentah yang mereka perolehi dari amali yang telah dijalankan untuk
mendapatkan hasil bagi menepati objaktif amali. Hasil penilaian Laporan ini akan
dibandingkan dengan hasil penilaian Pra Laporan untuk melihat keberkesanan tindakan dan
kaitan dalam persediaan awal pelajar dapat membantu memberikan keputusan amali yang
lebih baik.

Soal selidik
o

borang soal selidik diedarkan kepada pelajar di awal sesi P&P untuk mendapatkan
maklumbalas merangkumi tiga bahagian iaitu Bahagian A-persediaan pelajar, Bahagian Bsesi pengukuhan dan Bahagian C- faktor-faktor penyumbang kepada kejayaan amali.
Pelajar-pelajar diminta memberikan maklumbalas untuk setiap bahagian berdasarkan aktivitiaktiviti dan pendapat mereka sepanjang kelas dijalankan. Borang soal selidik dikembalikan
kepada penyelidik di akhir kelas. Analisis setiap item dijalankan penyelidik untuk melihat
persediaan dan keberkesanan tindakan dari sudut pandangan pelajar.

Temubual dan pemerhatian


o Penyelidik menjalankan temubual dan pemerhatian sepanjang kelas amali berjalan bersama
pelajar. Temubual dan pemerhatian yang dijalankan direkodkan dalam jurnal dan refleksi
P&P penyelidik.

3.4

Penilaian Kajian
Dijalankan berdasarkan analisis data secara kuantitatif dan juga secara

kualitatif terhadap

tindakan yang telah diambil.

3.5

Refleksi Kajian
Kesan tindakan yang dilaksanakan diberi kesimpulan secara kritis dan beberapa cadangan
bagi pembaikan dalam meningkatkan kualiti P&P diberikan.

4.0

PENILAIAN KAJIAN:

4.1

Ujian Kefahaman Teori Asas Amali Membantu Kejayaan Amali


Daripada Jadual 1 (Lampiran 1)didapati pelajar tidak menguasai sepenuhnya teori dan konsep yang

digunakan dalam amali ini. Keputusan pra ujian menunjukkan 50% pelajar tidak mempunyai pengetahuan
asas yang baik di mana keputusannya adalah kurang daripada 1.5. Pelajar juga merungut tidak bersedia
ketika mengambil ujian pra disebabkan ujian diadakan secara mengejut. Namun begitu, setelah pengukuhan
diberikan dalam bentuk refreshing knowledge dan pos ujian diberikan, 95.5% daripada pelajar
menunjukkan peningkatan secara puratanya sebanyak 48.5 %. Merujuk kepada Graf 1 (Lampiran 1), melalui
ujian pra dan pos yang telah dijalankan menunjukkan pencapaian pelajar adalah tidak konsisten tanpa
persediaan awal di bandingkan dengan penilaian pos ujian yang menunjukkan peningkatan lebih konsisten.
Melalui ini dapat dilihat bahawa ulangkaji atau persediaan awal adalah penting untuk memastikan pelajar
mempunyai pengetahuan teori dan konsep asas yang kukuh.
Seterusnya, kejayaan amali pelajar diukur daripada penilaian penulisan laporan yang merangkumi
pemerhatian dan analisis data untuk mencapai objektif amali. Daripada Jadual 2 (Lampiran 1), penilaian pra
laporan menunjukkan 27.3 % pelajar gagal mengaitkan teori dengan data yang diberi di mana pencapaian
mereka adalah kurang daripada skala 6 berdasarkan skala penuh 12. Sementara itu 72.7 % pelajar melepasi
tahap sederhana di antara skala 6.1 sehingga 10 daripada skala penuh 12, di mana mereka hanya mampu
menyatakan pembolehubah di dalam graf tetapi gagal menganalisis dengan tepat data yang diberikan. Tiada
pelajar yang dapat memberikan perkaitan yang tepat berdasarkan data mentah yang diberikan. Ini
menunjukkan kelemahan pelajar dalam memberikan perkaitan antara teori yang digunapakai dengan amali
yang akan dilaksanakan.
Dalam pra laporan, pelajar diberi data mentah oleh penyelidik dan diminta menganalisisnya
menggunakan konsep dan teori yang dipelajari di dalam kuliah. Pelajar dibenarkan berbincang di dalam
kumpulan bertujuan untuk menjana idea. Penyelidik mendapati walaupun dibenarkan berbincang, tiada
pelajar yang berjaya memberikan analisis yang lengkap. Ini menunjukkan pelajar masih tidak dapt
memberikan perkaitan antara teori dan konsep amali yang akan dilaksanakan. Malah terdapat seorang
pelajar yang bertanyakan bagaimana untuk membezakan antara masa dan tempoh ayunan bandul.

Namunbegitu setelah sesi pengukuhan diberikan

kesemua pelajar mengalami peningkatan purata

sebanyak 26 % dalam laporan sebenar(pos laporan). Ini menunjukkan terdapatnya peningkatan kejayaan
dalam amali. Perbandingan antara kedua-dua penilaian ditunjukkan dalam Graf 2 (Lampiran 1).
Berdasarkan Graf 2 didapati pencapaian pelajar dalam penulisan laporan mengalami peningkatan
setelah pengukuhan teori dan konsep diberikan. Pelajar juga didapati dapat membezakan antara masa dan
tempoh yang perlu direkodkan. Ini menunjukkan pelajar dapat lebih memahami apa yang dilakukan
sekiranya teori dan konsep diperkukuhkan. Ia juga menyokong pernyataan bahawa teori dan konsep
memainkan peranan dalam kefahaman dan kejayaan sesuatu amali.

4.2

Soal selidik
Borang soal selidik telah diedarkan kepada 22 orang pelajar dalam usaha mendapatkan kembali

pandangan dan pendapat pelajar berhubung kajian. Borang soal selidik ( rujuk Lampiran 2) mengandungi 22
item soalan yang dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu kesediaan awal pelajar sebelum amali,
pengukuhan pengetahuan sedia ada dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi kejayaan amali.
Soalan-soalan yang dikemukakan mengikut skala 1-4 iaitu;
Skala
Penilaian

Sangat tidak
setuju

Tidak setuju

Setuju

Sangat setuju

.
Berikut merupakan analisis item mengikut bahagian;
i)

Bahagian A Kesediaan Awal Pelajar Sebelum Amali


Skala

0
0
0
0
0
0
0.0

2
1
1
3
2
9
20.0

7
8
6
5
6
32
71.1

0
0
2
1
1
4
8.9

Item
2
3
4
5
6
Jumlah
Peratusan(%)

Bahagian ini hanya dijawab oleh responden yang telah membuat persediaan awal sebelum amali di
mana hanya 9 orang responden membuat persediaan berbanding jumlah keseluruhan 22 orang.
Daripada 9 orang responden ini, hanya 8.9 % benar-benar faham dengan teori dan konsep asas
sementara 71.1% faham dengan teori dan konsep sementara 20.0% tidak memahami teori dan konsep fizik.
Keadaan ini menunjukkan walaupun pelajar membuat persediaan sebelum amali, mereka masih belum jelas
dengan teori dan konsep yang dipelajari di dalam kuliah dan masih perlu diperkukuhkan.

ii)

Bahagian B- Pengukuhan Pengetahuan Sedia Ada


Skala

0
0
0
0
0
1
1
0.8

0
4
3
4
3
5
19
14.5

13
16
12
15
13
12
81
61.8

9
2
7
3
6
4
31
23.7

Item
7
8
9
10
11
12
Jumlah
Peratusan(%)

Melalui sesi pengukuhan teori dan konsep ini, sebanyak 85.5% daripada 22 orang responden
bersetuju bahawa sesi ini dapat memberikan lebih kefahaman dalam teori dan konsep yang akan
digunapakai dalam amali yang akan dilaksanakan. Pelajar yakin mereka mampu menjalankan amali betul
setelah mampu menghubungkait konsep yang digunakan dalam amali kali ini.
iii)

Bahagian C Faktor-faktor Lain Yang Mempengaruhi Kejayaan Amali

Faktor Instrumen
Skala

0
0
0
0

4
5
9
20.5

12
12
24
54.5

6
5
11
25.0

1
0
0
1
1.8

7
2
1
10
17.9

11
12
7
30
53.6

3
8
4
15
26.8

Item
13
14
Jumlah
Peratusan(%)
Faktor Persekitaran
Skala
Item
15
16
18
Jumlah
Peratusan(%)

Faktor Kekukuhan Teori dan Konsep Asas


Skala

0
0
0
0
0
0

3
1
1
9
14
15.9

13
18
17
12
60
68.2

6
3
4
1
14
15.9

Item
17
20
21
22
Jumlah
Peratusan(%)

Dalam melihat kepada faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan amali, responden tetap bersetuju
bahawa teori dan konsep asas amali merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan sesuatu
amali. Ini kerana 84.1% responden menilaikan teori dan konsep adalah faktor utama kejayaan amali di ikuti
dengan faktor persekitaran yang dipersetujui oleh 80.4% responden dan faktor instrumen yang disetujui oleh
79.5% responden.
Daripada soalan soal selidik item 19, 72.7 % responden daripada keseluruhan bersetuju bahawa
amali yang dijalankan berjaya dan yang selebihnya menyifatkan mereka tidak berjaya mencapai
objektif amali. Daripada pemerhatian dan temubual yang dijalankan, responden berpendapat kejayaan amali
diukur dengan mendapatkan nilai amali yang sama dengan dengan nilai teori sebenar. Namun begitu,
keputusan amali ini adalah bergantung sepenuhnya kepada ralat-ralat yang terlibat sepanjang amali
dilaksanakan.

5.0

REFLEKSI KAJIAN

5.1

Kesimpulan Kajian
Sepanjang kajian ini dijalankan, penyelidik dapat melihat peningkatan dalam pengetahuan
pelajar sebelum amali dijalankan dan selepas amali dijalankan. Sebelum sesi pengukuhan teori
dijalankan, pelajar kelihatan terpinga-pinga dalam menjalankan amali, namun begitu setelah sesi
pengukuhan dilaksanakan pelajar lebih berkeyakinan melaksanakan amali. Melalui pengamatan ketika
kajian berlangsung juga mendapati pelajar lebih berkeyakinan merekodkan data dan menganalisis data
yang diperolehi. Dapat disimpulkan di sini bahawa pengukuhan pengetahuan asas teori dan konsep
amali merupakan faktor yang menyumbang kepada kejayaan amali. Kajian tindakan melalui sesi
pengukuhan teori dan konsep asas ini dilihat berjaya meningkatkan kejayaan dan keyakinan pelajar
dalam perlaksanaan amali.

5.2

Cadangan
Dalam melaksanakan kajian ini, dapat dilihat masih banyak aspek-aspek

P&P yang perlu

diperbaiki. Antara yang dapat dikenalpasti adalah :

Pelajar masih lemah dalam mentadbir amali di mana pelajar masih tidak jelas dengan langkahlangkah yang perlu dilakukan disamping pengurusan data mentah yang masih tidak sistematik.

Pelajar masih lemah dalam menghasilkan laporan bertulis amali yang lebih berkualiti
terutamanya dalam aspek perbincangan yeng memerlukan pelajar menceritakan kembali apa
yang dilakukan dalam amali dalam bahasa tersendiri. Pelajar masih banyak bergantung kepada
nota dan buku rujukan.

Masalah displin pelajar di dalam makmal masih perlu diperbaiki di mana mereka perlu lebih
peka kepada persekitaran dalam makmal yang menekankan aspek keselamatan.
Di harap pada masa akan datang, aspek-aspek ini akan dapat diperbaiki

matlamat Kolej Matrikulasi Labuan untuk menjadi pusat


akan tercapai

agar

hasrat

dan

kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran

6.0

RUJUKAN
1. Mok Song Sang (2002), Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, Kumpulan Budiman, P.J.
2. Poh Swee Hiang (2000), Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK), KBSM, S. Jaya.

LAMPIRAN 1

No.Subjek
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22

Keputusan Pra Ujian/ 3


1.0
0.5
2.0
1.0
2.0
3.0
2.0
1.0
2.0
2.0
2.0
1.0
0.5
0.5
1.0
2.0
0.0
2.0
2.0
2.0
0.5
1.0

Keputusan Pos Ujian / 3


3.0
3.0
3.0
2.5
3.0
3.0
2.5
3.0
2.5
3.0
3.0
1.5
2.5
2.5
3.0
3.0
3.0
3.0
3.0
3.0
3.0
3.0

JADUAL 1 :Penilaian pra ujian, pos ujian dan peningkatan pengetahuan asas
teori dan konsep amali

Peningkatan
2.0
2.5
1.0
1.5
1.0
0.0
0.5
2.0
1.5
1.0
1.0
0.5
2.0
2.0
2.0
1.0
3.0
1.0
1.0
1.0
2.5
2.0

Penilaian Pra Laporan/


No.Subjek
12
Penilaian Laporan/ 12
Peningkatan
1
6.7
9.6
2.9
2
5.1
9.6
4.5
3
7.6
10.2
2.6
4
6.7
9.0
2.3
5
6.6
10.8
4.2
6
6.6
11.5
4.9
7
6.6
10.2
3.6
8
6.7
10.2
3.5
9
7.6
10.2
2.6
10
4.6
7.2
2.6
11
7.6
9.6
2.0
12
7.6
10.0
2.4
13
5.1
10.2
5.1
14
5.1
10.2
5.1
15
7.6
10.2
2.6
16
7.6
11.5
3.9
17
4.6
10.8
6.2
18
7.6
9.6
2.0
19
7.6
10.2
2.6
20
7.6
9.0
1.4
21
4.6
12.0
7.4
22
7.6
9.0
1.4
JADUAL 2 : Penilaian kejayaan amali sebelum( pra laporan) dan selepas pengukuhan
(laporan) dan peningkatan kejayaan.

Keputusan Penilaian Pengetahuan Sedia Ada Pelajar


20
bil
an
ga
n
sa
m
pe

15
pra test

10

pos test

5
0

0.5

1.5

2.5

pra test

10

pos test

16

markah

GRAF 1 : Perbandingan markah penilaian pelajar sebelum (pra test) dan selepas
pengukuhan (pos test)

Perbandingan Penilaian Laporan Sebelum dan


Selepas Pengukuhan Teori dan Konsep
Bi 12
la 10
8
n
6
g
4
a
2
n
0
P
el

Pra laporan
pos laporan

0.0 - 1.0

3.1 - 4.0

1.1 - 2.0

4.1 - 5.0
Se la ng Marka h

9.
1
10
.0

10.1 11.0
11.1 12.0

GRAF 2 : Perbandingan Penilaian Laporan Sebelum dan Selepas Pengukuhan Teori dan Konsep

LAMPIRAN 2

BORANG SOAL SELIDIK

ARAHAN:
Untuk setiap item pilih SATU jawapan sahaja. Sila bulatkan jawapan
mengikut skala yang diberi.
1. Sangat tidak setuju

Tidak dapat diterima. Tidak membantu langsung.

2. Tidak setuju

Berkualiti rendah. Jarang membantu dalam pembelajaran.

3. Setuju

Tahap baik. Sentiasa membantu.

4. Sangat setuju

Berkualiti tinggi. Jelas dan tepat dalam membantu


pembelajaran

Bil
1

PERNYATAAN
Anda tahu tajuk amali kali ini?

SKOR
A. Sebelum Amali
1
2
3

ULASAN
4

ADAKAH ANDA MEMBACA MANUAL AMALI SEBELUM KELAS


AMALI?
(bulatkan jawapan anda)
YA
TIDAK
Jika YA teruskan manjawab. Jika TIDAK terus ke bahagian B
2

Anda jelas dengan objektif amali kali ini.

Anda faham dengan teori ringkas yang


diberikan dalam buku manual amali anda.
Anda jelas dengan langkah-langkah yang
diberikan dalam manual amali anda.
Anda tahu hasil akhir yang akan anda
perolehi di akhir eksperimen yang anda
akan jalankan.
Anda bersedia menjalankan amali kali ini.

4
5
6

B. Selepas penerangan ringkas pensyarah.


7
8
9
10
11
12

Anda jelas dengan penerangan yang


diberikan pensyarah.
Anda dapat mengaitkan pemahaman teori
dan objektif amali yang akan dijalankan..
Adakah anda tahu apa yang perlu dilakukan
dalam amali kali ini.
Adakah anda tahu pemalar-pemalar yang
terlibat dalam amali kali ini.
Anda tahu bagaimana mendapatkan datadata yang diperlukan dalam amali kali ini.
Anda mempunyei perancangan bersama
ahli kumpulan untuk menjalankan amali
kali ini

C. Selepas menjalankan amali


13

Alat radas yang disediakan sesuai.

14

Alat radas yang digunakan berfungsi


dengan baik.
Persekitaran makmal membantu anda
dalam melakukan amali .
Masa yang diberikan mencukupi untuk
menghasilkan amali yang baik.
Anda menggunakan teori yang dipelajari
dalam amali.
Kerjasama ahli kumpulan membantu anda
dalam menjayakan amali.
Anda rasa amali ini berjaya

Anda rasa amali ini releven dengan teori


yang digunapakai.
Anda tahu menggunakan data yang
diperolehi untuk mencapai hasil akhir
(objektif) amali.
Hasil akhir menepati teori yang dipelajari

15
16
17
18
19
20
21
22

You might also like