You are on page 1of 12

Pengaruh Pengetahuan Pedagogi dan Kandungan Terhadap Efikasi Guru dalam Pengajaran

Ekonomi
Abdul Said Ambotang, Mohd Yusof Abdullah, Baharom Mohamad dan Shukri Zain
Universiti Malaysia Sabah
E-mel : said@ums.edu.my atau baharom@ums.edu.my

Abstrak : Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh pengetahuan pedagogi dan kandungan
terhadap efikasi guru Ekonomi dalam proses pengajaran. Maklum balas diambil dari para dua kumpulan
responden yang terdiri daripada 536 orang pelajar tingkatan enam dan 107 orang guru Ekonomi mewakili
seluruh negeri Sabah yang telah dipilih dengan menggunakan pensampelan rawak mudah. Kajian ini
adalah satu kajian kuantitatif bukan eksperimen dengan menggunakan kaedah tinjauan untuk menjawab
objektif kajian. Dua set soal selidik berlainan telah digunakan dalam kajian ini iaitu set 1 untuk pelajar dan
set 2 adalah untuk guru. Item soal selidik yang digunakan, dibangunkan sendiri oleh penyelidik berasaskan
teori PCK Shulman (1986), teori Bandura (1977) dan beberapa teori pembelajaran yang berkaitan. Analisis
statistik inferensi iaitu ujian-t, ANOVA sehala, Korelasi Pearson dan Regresi Pelbagai digunakan untuk
menguji hipotesis nul pada aras signifikan p<0.05. Program Perisian SPSS versi 16 digunakan untuk
menganalisis data. Keputusan ujian korelasi pearson menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan
signifikan antara variabel yang terlibat. Set ujian regresi berganda turut menunjukkan terdapatnya pengaruh
variabel bebas terhadap variabel bersandar yang difokuskan. Kajian mendapati pengetahuan kandungan (
= .559, p<.05) menyumbang pengaruh yang lebih dominan berbanding dengan pengetahuan pedagogi (
= .196, p<.05) terhadap efikasi kendiri guru. Selaras dengan dapatan ini satu program terancang dengan
tumpuan utama terhadap meningkatkan penguasaan kandungan guru Ekonomi perlu diambil perhatian oleh
pihak yang berkenaan dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar Ekonomi di Sabah. Secara
keseluruhannya dapatan ini amat bertepatan dan menyokong kerangka kajian yang digunakan.
Kata kunci: Pengetahuan Pedagogi, Pengetahuan Kandungan, Effikasi Kendiri Guru
Abstract : The purpose of this study was to identify the contribution of knowledge on pedagogy and
content knowledge towards teachers self efficacy in teaching Economics. The responses were randomly
gathered from two groups of respondents which consisted of 536 students and 107 Economics teachers
representing all the schools in Sabah. The study adopted a survey-based non experimental quantitative
research design. Two sets of questionnaires were used: Set 1 for students and set 2 for teachers. Items of
the questionnaires used in this study were developed by the researcher based on Shulmans PCK theory
(1986), Banduras Theory (1977) and other related teaching theories. Inferential statistics such as t-test,
one way ANOVA, Pearson correlation and multiple regression were applied to test the formulated null
research hypothesis at a significant level of p <.05. The data were analyzed using the SPSS software
version 16 and AMOS version 16. The Pearson correlation (r) result showed that there was a significant
positive correlation among the variables involved. Furthermore, the results of the multiple regression test
showed that the independent variables had an effect on the focused dependent variable. The findings of
multiple regression showed that content knowledge (=.559, p<.05) demonstrated dominant contributions
towards teachers self efficacy as compared to pedagogical knowledge (=.196, p<.05). In line with the
findings of this study, a comprehensive and well planned program focusing on content knowledge should
be developed by the related authority in order to enhance and increase the level of teachers self efficacy as
well as students achievements in Economics. In conclusion, the research findings appear to be accurate
and supported the conceptual framework used in this study.
Keywords: Pedagogical Knowledge, Content Knowledge, Teachers Self Efficacy

PENGENALAN
Mata Pelajaran Ekonomi merupakan salah satu subjek yang mula diajar pada peringkat sekolah menengah
di kebanyakan negara di seluruh dunia. Mata pelajaran ini dikendalikan dalam pelbagai peringkat dan diuji
mengikut keperluan semasa. Kurikulumnya turut mengutamakan nilai pembangunan modal insan dan
kerjaya para pelajar (Jephcote, 2004). Pendedahan kepada mata pelajaran ini sangat penting pada peringkat
sekolah menengah walaupun lanjutan secara mendalam biasanya akan dilaksanakan di peringkat yang lebih
tinggi iaitu di kolej atau universiti kelak. Kenyataan ini disokong oleh kajian (Caropreso dan Haggerty,
2000) yang mendapati masa yang terbaik untuk meningkatkan kefahaman dan memberi pendedahan
kepada pelajar terhadap mata pelajaran Ekonomi adalah pada peringkat sekolah menengah. Walau
bagaimanapun, kejayaan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Ekonomi banyak dipengaruhi
kompetensi guru yang terlibat dari aspek pendidikan dan latihan yang dijalani guru dalam memberikan
input kepada pelajar. Sehubungan dengan itu, kemampuan guru Ekonomi dalam mengendalikan subjek
mereka dari aspek pengetahuan pedagogi, pengetahuan kandungan yang mantap, kaedah dan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang dapat disesuaikan dengan tahap penerimaan pelajar amatlah dituntut.
Justeru, perhatian yang lebih serius juga perlu diberikan terhadap guru Ekonomi supaya kehadiran mereka
dapat dimanfaatkan bukan setakat sebagai guru pelengkap terhadap mata pelajaran yang lain sahaja.
Peranan guru Ekonomi seharusnya lebih jauh daripada setakat berkebolehan menyampaikan maklumat
daripada buku kepada pelajar. Dalam latihan perguruan yang dikuti kebanyakan guru Ekonomi di Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA), pelbagai pengetahuan dan kemahiran berkaitan pengajaran dan
pembelajaran telah didedahkan kepada mereka supaya kualiti pengajaran dan pembelajaran dan profesion
keguruan terjamin. Kenyataan ini turut disokong oleh Shulman dalam kajiannya yang telah
memperkenalkan Pengetahuan Pedagogi sebagai pengetahuan yang kompleks merangkumi pengetahuan isi
kandungan, kepercayaan, dan kemahiran pedagogi iaitu pendekatan menyampaikan pengetahuan isi
kandungan dengan berkesan (Shulman, 1987).

LATAR BELAKANG KAJIAN


Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan, di samping itu mereka adalah kelompok masyarakat yang
dilatih untuk menguasai kemahiran mengajar dan diberi tugas menyampaikan ilmu kepada para pelajarnya.
Oleh itu guru sebagai pengamal ilmu merupakan peranan utama dalam bidang profesionnya. Mengikut
Atan Long (1984), guru turut berperanan sebagai pengurus dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah. Proses pengurusan pengajaran dan pembelajaran ini melibatkan perancangan,
mengoperasi, kepemimpinan, penyelarasan, dan kawalan. Pengajaran dan pembelajaran melibatkan
perancangan harian, mingguan, dan tahunan agar kurikulum dapat diorganisasikan dengan jelas dan lancar
agar dapat diikuti pelajar.
Dalam memenuhi aspirasi seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini haruslah menyedari
tugas dan amanah yang amat penting telah diserahkan kepada mereka untuk mendidik generasi yang akan
dewasa nanti (Sharil, 2003). Perubahan yang dinamik dalam kurikulum dan kokurikulum sistem
pendidikan masa kini yang selaras dengan keperluan semasa menuntut para guru peka dalam mereformasi
diri ke arah pandangan, sikap dan daya usaha berterusan untuk melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan pedagogi dan kemahiran mengajar yang canggih serta pengetahuan dalam dalam bidang ilmu
yang diceburi, demi mempertingkatkan tahap efikasi kendiri sekali gus berkeupayaan dan berprestasi tinggi
dalam mengharungi bidang kerja perguruan yang kian mencabar.
Tahap efikasi kendiri guru yang tinggi dalam melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas sangat penting dalam meningkatkan kefahaman pelajar (Abdul Rahim et al., 2000). Bermula dari set
induksi pengajaran, diikuti dengan bagaimanakah pelajar dapat disediakan untuk memulakan pembelajaran?

Apakah bahan bantu mengajar yang digunakan relevan dengan topik yang dibincangkan? Adakah
kandungan set induksi mengarah ke arah membina pengetahuan yang berkait dengan isi pelajaran yang
dibincangkan? Adakah pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan dengan topik yang disampaikan? Semua
soalan di atas sangat mustahak diambil perhatian oleh pihak guru dalam memulakan proses pengajaran dan
pembelajaran mereka.
Seterusnya fasa yang kedua iaitu peringkat pengembangan isi pelajaran. Fasa ini adalah fasa yang paling
utama dan lazimnya akan memerlukan tempoh yang lebih panjang berbanding fasa lain. Dalam fasa ini
beberapa perkara yang sangat penting diberi perhatian oleh guru khususnya dari aspek tempoh, kuantiti,
dan kualiti maklumat, contoh dan aktiviti yang relevan mencukupi atau tidak, tahap penyertaan pelajar,
penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik dan mencukupi, ketepatan fakta dan konsep yang diajar,
aktiviti pengembangan isi yang sesuai, intonasi suara, teknik penyoalan, disiplin dan kawalan kelas,
penggunaan bahan bantu mengajar, proses penilaian dan peneguhan dan sebagainya. Penguasaan guru pada
fasa ini dapat menggambarkan tahap efikasi kendiri guru dari aspek kekuatan dan kualiti pengajaran
mereka. Tinjauan yang telah dijalankan membuktikan kebanyakan guru agak lemah dan perlu memberi
perhatian dalam fasa ini khususnya untuk membantu dalam meningkatkan kefahaman pelajar. Kenyataan
ini turut disokong oleh Abdullah dan Ainon (2006) yang menyatakan kebanyakan guru menghadapi
masalah untuk menyampaikan pengajaran kepada pelajar dengan berkesan disebabkan penguasaan mereka
yang cetek terhadap subjek yang diajar.
Manakala fasa yang ketiga ialah aktiviti penutupan. Menurut Abdul Rahim et al, (2000) langkah penutupan
pada asasnya merupakan penggulungan kepada keseluruhan pengajaran guru yang dijalankan pada hari
berkenaan. Oleh yang demikian, penutupan haruslah sumatif dan ringkas sifatnya. Berikut adalah beberapa
contoh aktiviti yang boleh dilakukan. Pertama, guru seharusnya bijak membuat penggulungan isi pelajaran
yang telah disampaikan dari mula sesi pengajaran dan pembelajaran sehingga sesi penutupan dalam masa
yang sama guru juga perlu membuat kesimpulan terhadap kandungan pelajaran yang telah disampaikan.
Proses ini sangat membantu pelajar dalam mengenal pasti isi penting pengajaran yang diberikan oleh guru.
Langkah kedua guru seharusnya bijak dalam meringkaskan kandungan pengajaran dengan membuat nota
ringkas, termasuk menulis catatan, minit atau laporan yang mudah difahami oleh pelajar.
Langkah ketiga pula dalam aktiviti penutupan yang baik guru boleh melakukan aktiviti pengukuhan,
pemilihan, dan pengayaan dengan melibatkan pelajar (Rashidi dan Abdul Razak, 1996). Kaedah ini
membantu pelajar menghayati isi pelajaran yang disampaikan oleh guru dengan lebih baik dan berkesan.
Manakala langkah keempat pula, guru boleh meminta pelajar menyempurnakan tugasan yang berkaitan
dengan isi pelajaran yang telah diajar dalam kelas termasuk kerja rumah atau penyempurnaan projek
sambil meminta pelajar mengulang kaji pelajaran yang telah disampaikan dengan mencadangkan buku teks
atau rujukan yang bersesuaian. Langkah seterusnya, untuk pelajar peringkat yang lebih matang, guru
seharusnya bijak mengajak pelajar dalam mengaplikasikan teori atau konsep yang dipelajari dalam
kehidupan seharian mereka termasuklah antaranya menulis esei, membuat model, mencipta, melanjutkan
penghuraian, dan menyelidik fakta yang berkaitan.
Selain itu, dalam sesi penutupan guru juga boleh membimbing pelajar untuk membuat hipotesis termasuk
menulis nota, mencipta topik dan sub-topik yang berkaitan di samping melakukan aktiviti asimilasi dengan
melihat pertalian isi pelajaran semasa yang diajar dengan pelajaran akan datang.
Penguasaan guru terhadap ketiga-tiga fasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk sebarang mata
pelajaran yang diajar seperti yang dinyatakan adalah amat penting dalam menjamin kualiti pengajaran yang
disampaikan kepada pelajar. Namun, kajian ini memberi fokus kepada ketiga fasa dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bagi mata pelajaran Ekonomi khususnya dalam pembinaan item dalam instrumen yang
akan digunakan dalam kajian ini.

Daripada tinjauan literatur yang dijalankan menunjukkan bahawa tidak banyak kajian yang telah dijalankan
dalam meningkatkan mutu pengajaran mata pelajaran Ekonomi pada peringkat sekolah menengah.
Akibatnya kebanyakan guru Ekonomi hari ini masih terikat dengan pendekatan pengajaran yang bersifat
tradisional chalk and talk. (Becker dan Watts, 2001; Benzing dan Christ, 1997; Siegfried et al., 1996).
Selain daripada itu keluhan pihak luar yang terdiri daripada pihak industri, sektor awam, dan swasta
terhadap kualiti pelajar yang keluar daripada sekolah dan pusat pengajian tinggi didapati masih lemah
dalam menguasai bidang yang dipelajari, kurang mahir dalam menjalankan tugas yang diamanahkan dan
tidak mampu berkomunikasi dengan cekap, turut memberi impak yang signifikan dalam usaha guru
menyampaikan kandungan isi pelajaran dalam meningkatkan kefahaman pelajar.

OBJEKTIF KAJIAN
Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk cuba mengenal pasti variabel pengetahuan pedagogi dan
penguasaan kandungan pengaruhnya terhadap tahap efikasi kendiri guru mata pelajaran Ekonomi yang
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan memberi fokus terhadap
mata pelajaran Ekonomi dalam kalangan pelajar tingkatan enam di seluruh negeri Sabah.

SOROTAN KAJIAN
Pelbagai maklumat berkaitan dengan pengetahuan pedagogi dan kandungan para guru khususnya bagi mata
pelajaran Ekonomi digunakan untuk menyokong kajian yang dibuat. Isu yang dikemukakan pada kajian
yang lepas turut dihurai dan diperbincangkan untuk memantapkan lagi output kajian yang dijalankan

Pengetahuan Pedagogi
Pedagogi secara literalnya bermaksud seni dan ilmu pengetahuan tentang mendidik anak-anak dan sering
digunakan sebagai sebuah sinonim untuk suatu pengajaran. Secara lebih tepatnya, pedagogi mewujudkan
pendidikan yang berfokuskan guru. Dalam suatu pendekatan model pedagogi, guru memikul tanggung
jawab untuk membuat keputusan tentang apa yang akan dipelajari, dan bagaimana ia akan dipelajari, dan
bila ia akan dipelajari. Guru yang mengarahkan pembelajaran. Guru yang hebat pada zaman kuno, bermula
dari dekad Confusius hinggalah Plato tidak mendedahkan teknik mengajar yang bersifat autoritarian
tersebut. Perbezaan yang ada antara apa yang diketahui daripada gaya guru yang baik dan hebat, namun
mereka masih memandang pembelajaran sebagai satu proses daripada pencapaian yang aktif dan bukan
suatu penerimaan secara pasif daripada kalangan pelajar. Dengan mempertimbangkan hal ini, didapati
suatu hal yang mengejutkan bahawa pembelajaran yang berfokuskan pada guru menjadi sesuatu yang
mendominasi pendidikan. Walau bagaimanapun, satu penjelasan bagi pendekatan yang berfokuskan guru
mengembalikan kita ke era Calvinist yang percaya bahawa kebijaksanaan adalah sesuatu yang jahat.
Mereka mendampingi atau mendukung para ilmuwan untuk mengarahkan, mengawal dan seterusnya
mengakibatkan pembelajaran anak-anak mereka tetap tidak berkembang (Mackinnon dan Scarff-Seatter,
1997).
Menurut Norhasliza (2008), pengetahuan pedagogi ialah satu jenis pengetahuan yang unik bagi seseorang
guru berdasarkan kepada cara guru mengaitkan pedagogi dengan isi kandungan sesuatu disiplin atau apa
yang perlu diajar. Integrasi kedua-dua jenis pengetahuan tersebut menghasilkan pengetahuan pedagogi
kandungan. Pengetahuan pedagogi guru memainkan peranan yang penting sebab ia menyepadukan isi
kandungan dan pedagogi untuk pembentukan kefahaman tentang bagaimana topik, masalah dan isu
pengajaran diorganisasikan, diwakili, dan diadaptasikan berdasarkan pelbagai minat dan kebolehan pelajar.

Kejayaan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran dipengaruhi oleh pendidikan dan latihan yang dialami
guru. Justeru, perlu diketahui bahawa terdapat perbezaan yang jelas antara guru terlatih dengan guru tidak
terlatih. Peranan guru terlatih haruslah jauh daripada setakat berkebolehan menyampaikan maklumat
daripada buku kepada pelajar. Dalam latihan perguruan, pelbagai pengetahuan dan kemahiran perlu
dikuasai guru pelatih supaya kualiti profesion perguruan mereka terjamin. Pada 1986, Shulman telah
memperkenalkan Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) sebagai pengetahuan yang kompleks
merangkumi pengetahuan isi kandungan, kepercayaan, dan kemahiran pedagogi iaitu pendekatan
menyampaikan pengetahuan isi kandungan dengan berkesan (Shulman, 1987).
Pengetahuan pedagogi guru telah digunakan untuk menilai atau menentukan pengetahuan asas guru yang
membezakan guru daripada seorang pakar bidang pengetahuan yang tidak mengajar (Abdul Rahim et al,
2000). Menurut Shulman, seorang guru mempunyai kebolehan untuk mengubah pengetahuan isi
kandungan yang dimilikinya kepada suatu bentuk yang lebih sesuai untuk pengajaran serta sesuai dengan
latar belakang dan kebolehan pelajarnya. Hal ini menunjukkan bahawa pengetahuan pedagogi kandungan
guru bukan sahaja bergantung kepada pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi sahaja tetapi
juga bergantung kepada pengetahuan guru tentang latar belakang pelajarnya. Dalam erti kata lain, dua
elemen penting dalam pengetahuan pedagogi guru ialah pengetahuan tentang cara bagaimana isi pelajaran
boleh disampaikan kepada pelajar dengan berkesan dan memahami masalah pembelajaran yang dihadapi
oleh pelajar khususnya dalam isi pelajaran tersebut.

Pengetahuan Kandungan
Dalam konteks kajian ini, penguasaan kandungan (content knowledge) boleh dimaksudkan sebagai
pengetahuan kandungan mata pelajaran (subject matter content knowledge) dan pengetahuan kandungan
pedagogi (pedagogical content knowledge) yang seharusnya dimiliki oleh seorang guru yang terlatih dalam
bidang masing-masing. Berbekalkan dengan penguasaan berkenaan, guru tersebut dapat melaksanakan
tugas mereka dengan lebih licin dan berkesan.
Penyelidikan tentang pengetahuan kandungan guru menunjukkan bahawa pengetahuan kandungan mata
pelajaran mempengaruhi amalan pengajaran di bilik darjah (Brophy, 2001). Tanpa asas pengetahuan yang
mencukupi dalam sesuatu bidang mata pelajaran, guru tidak dapat mengajar dengan berkesan (Grossman et
al., 1999). Pengetahuan kandungan mata pelajaran sesungguhnya merupakan syarat yang pertama tetapi
tidak mencukupi untuk pengajaran yang berkesan (Gartner dan Tobin, 2001:12).
Di samping asas pengetahuan kandungan yang mencukupi, pengajaran yang berkesan juga memerlukan
guru menyampaikan pengetahuan tersebut dalam bentuk yang boleh difahami oleh murid. Dengan erti kata
lain, guru seharusnya menguasai pengetahuan kandungan (McDiarmid et al., 2004). Dalam kajian Smith
dan Neale (2003), didapati bahawa bukan semua guru Sains dapat menjelmakan pengetahuan kandungan
mata pelajaran kepada pengetahuan kandungan pedagogi semasa mengajar. Kajian ini juga menunjukkan
bahawa seseorang guru yang berkesan dijangka akan menjelmakan pengetahuan kandungan mata pelajaran
kepada pedagogi semasa mengajar. Kajian ini turut menunjukkan bahawa seseorang guru yang berkesan
dijangka dapat menjelmakan pengetahuan kandungan mata pelajaran kepada pengetahuan kandungan
pedagogi agar beliau dapat membuat keputusan dan tindakan sesuai dengan keperluan kurikulum mata
pelajaran yang diajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan dapatan kajian Howard
(1987), Greeno (1997) dan Leinhardt (2003), seseorang guru seharusnya mempunyai struktur pengetahuan
kandungan yang berkembang dengan baik untuk membolehkan beliau mengajar dengan fleksibiliti dan
maksimum menerusi usaha yang minimum.

Laporan Gee dan Carrie.J (2006), yang bertajuk Preservice Elementary Teachers: Their Science Content
Knowledge , Pedagogical Knowledge and Pedagogical Content Knowledge, mendapati bahawa guru
pelatih mempunyai interpretasi sendiri terhadap sifat interdisciplinary dalam mata pelajaran Sains.
Mereka mengetahui pendekatan inkuiri tanpa selalu mengamalkannya. Guru pelatih yang dikaji juga
mengaku bahawa mereka tidak tahu dan tidak memahami keseluruhan kandungan yang mereka akan ajar di
sekolah rendah kelak. Kajian juga mendapati bahawa hanya segelintir guru yang sering mengamalkan
strategi pengajaran dan pembelajaran yang inovatif dalam mata pelajaran Sains. Salah satu rumusan
penting berkenaan dengan pengetahuan pedagogi yang diperoleh melalui kajian ini ialah penilaian kertas
dan pensel tidak mencukupi untuk menjangka situasi pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik
darjah. Kajian tersebut bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan kandungan, pengetahuan pedagogi
dan pengetahuan kandungan pedagogi dalam kalangan guru pelatih yang berpengkhususan Sains di Indiana
University dan seterusnya menilai keberkesanan program latihan perguruan yang baru diperkenalkan di
universiti tersebut.
Shulman (1986), menegaskan bahawa penyelidikan yang bertujuan untuk mengkaji pengaruh pengetahuan
kandungan mata pelajaran (subject matter content knowledge) terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran merupakan suatu program yang diabaikan (missing program) dalam bidang penyelidikan
pendidikan. Dengan itu, kajian ini akan meninjau kajian yang pernah dijalankan bagi mengkaji pengaruh
pengetahuan kandungan guru Ekonomi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Ekonomi dalam bilik darjah.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Ekonomi, pengetahuan kandungan mata pelajaran merujuk
kepada pengetahuan tentang konsep Ekonomi dan kemahiran saintifik (kemahiran proses sains dan
kemahiran manipulatif) yang terkandung dalam sukatan pelajaran Ekonomi sekolah menengah manakala
pengetahuan kandungan pedagogi pula merujuk kepada pengetahuan dan penghayatan tentang strategi
pengajaran dan pembelajaran Ekonomi yang berasaskan Model yang bersesuaian dengan mata pelajaran
yang dikendalikan.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian deskriptif secara tinjauan yang bertujuan untuk mengenal pasti secara
menyeluruh sumbangan dan korelasi variabel pengetahuan pedagogi dan kandungan serta daya kreativiti
dan inovatif guru terlibat terhadap tahap efikasi kendiri guru dalam pengajaran mata pelajaran Ekonomi di
Sabah. Instrumen kajian ini dibina berasaskan instrumen kajian yang pernah dijalankan dalam bidang
berkenaan dan diubah suai oleh pengkaji berdasarkan objektif dan soalan kajian yang akan ditentukan.
Gay (2003), menyatakan bahawa kajian deskriptif melibatkan pengumpulan data dalam usaha untuk
menguji hipotesis atau menjawab persoalan kajian dengan melihat status semasa terhadap perkara yang
dikaji. Manakala Best dan Kahn (1998), pula mengakui bahawa kajian deskriptif dapat menerang dan
menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku. Penggunaan kajian ini juga boleh menjelaskan keadaan atau
perhubungan, pendapat pada proses yang berlaku, keberkesanan dan corak yang dibangunkan.
Kajian deskriptif menggunakan kaedah tinjauan telah dilakukan kerana kaedah ini merupakan cara yang
berkesan dan praktikal untuk mendapatkan maklumat (Fowler, 2002). Bersesuaian dengan pendapat
Kerlinger (1986), menyatakan bahawa data yang didapati melalui kaedah tinjauan lazimnya tepat, dalam
lingkungan sampling error, jika faktor kebolehpercayaan ke aras .80 ke atas. Manakala Fullan (1991),
pula menyatakan bahawa terdapat banyak kelebihan mengenai penggunaan kaedah tinjauan ini. Antara
kelebihannya ialah ia amat berguna untuk mengukur pendapat, sikap dan tingkah laku. Wiersma (1991),
menyatakan bahawa soal selidik boleh digunakan untuk mengukur sikap atau pendapat dengan apa jua
jumlah variabel dan dalam keadaan yang semula jadi. Data kajian dikumpul dari sekolah terpilih yang

menawarkan mata pelajaran Ekonomi bagi tingkatan enam atas pada tahun semasa kajian dijalankan.
Borang soal selidik yang digunakan sebagai instrumen utama dalam kajian ini diedarkan sendiri oleh
penyelidik kepada pelajar tingkatan enam di sekolah yang terpilih. Manakala data daripada tenaga pengajar
atau guru Ekonomi yang terpilih juga di kumpul oleh penyelidik secara terus dengan mengedarkan soal
selidik yang berkenaan kepada guru mata pelajaran Ekonomi di lokasi kajian yang akan dijalankan.
Dalam konteks kajian ini, peranan dan keberkesanan guru mata pelajaran Ekonomi dalam mengendalikan
proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah diberi tumpuan serius khususnya dari sudut
pengetahuan pedagogi dan penguasaan kandungan guru. Adalah dijangkakan terdapat pertalian yang kuat
dan signifikan antara variabel yang dipilih dengan tahap kefahaman pelajar terhadap mata pelajaran
Ekonomi seterusnya situasi ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi pencapaian mata pelajaran
Ekonomi pelajar dalam peperiksaan yang dikendalikan oleh pihak sekolah atau Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM).
Kerangka konseptual kajian Rajah 1 yang dibina menggambarkan hubungan antara variabel bebas dengan
variabel bersandar yang dipilih. Para pelajar tingkatan enam yang mengambil mata pelajaran Ekonomi dan
guru mata pelajaran Ekonomi di seluruh Sabah dijadikan sebagai responden utama dengan melihat persepsi
pelajar dan guru terhadap sumbangan yang dimainkan oleh variabel bebas yang dipilih dalam
meningkatkan efikasi kendiri guru Ekonomi seterusnya membantu meningkatkan tahap penguasaan dan
kefahaman pelajar terhadap mata pelajaran Ekonomi.

Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian Pengaruh Pengetahuan Pedagogi, Kandungan, Terhadap


Efikasi Kendiri Guru dalam Pengajaran Ekonomi

Pengetahuan
Pedagogi

Efikasi
Kendiri Guru
Set Induksi
Pengembangan Isi
Sesi Penutup

Keyakinan
Pengalaman
Pengetahuan

Pengetahuan
Konten

DAPATAN KAJIAN
Ujian Korelasi Pearson juga digunakan untuk melihat kekuatan korelasi dan hubungan arah antara keduadua variabel yang berkaitan. Nilai Kekuatan pekali korelasi arah variabel yang diuji ditunjukkan dalam
Jadual 1 di bawah.
Jadual 1: Korelasi Variabel Pengetahuan Pedagogi dan Pengetahuan Kandungan dengan Efikasi
Kendiri Guru Mengikut Persepsi Pelajar (N=536)
Pengetahuan Pedagogi dan
Kandungan
Pengetahuan
Pedagogi
Pengetahuan Kandungan

Korelasi Pearson (2-hujung)


Korelasi Pearson (2-hujung)

Efikasi Kendiri
Guru
.651(**)
.001
.718(**)
.002

N = 536
** Aras signifikan : p< 0.01 (2-hujung)
Berdasarkan Jadual 1, keputusan kajian dalam kalangan pelajar menunjukkan bahawa terdapat hubungan
yang positif dan signifikan antara pengetahuan pedagogi dengan efikasi kendiri guru Ekonomi dalam masa
yang sama Jadual 1 juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara pengetahuan
kandungan dengan efikasi kendiri guru (r =.718, p<.05). Kekuatan hubungan kedua-dua variabel juga
didapati kuat seperti yang dinyatakan dalam Jadual (r =.651, p<.05).
Jadual 2: Korelasi Variabel Pengetahuan Pedagogi dan Pengetahuan Kandungan dengan Efikasi
Kendiri Guru Mengikut Persepsi Guru (N=107)
Pengetahuan
Pedagogi dan
Kandungan
Pengetahuan
Pedagogi
Pengetahuan
Kandungan

Efikasi Kendiri Guru


.679(**)
.001
.731(**)
.001

Korelasi Pearson (2-hujung)


Korelasi Pearson (2-hujung)

N = 107
** Aras signifikan : p< 0.01 (2-hujung)
Keputusan kajian dalam Jadual 2, yang diperoleh daripada kalangan guru juga menunjukkan bahawa
terdapat hubungan positif dan signifikan antara pengetahuan pedagogi dan efikasi kendiri guru Ekonomi
(r=.679, p<.05) dan kekuatan hubungan antara dimensi pengetahuan pedagogi dan efikasi kendiri Guru
Ekonomi adalah kuat. Begitu juga keputusan kajian mendapati hubungan pengetahuan kandungan dengan
efikasi kendiri Guru Ekonomi (r=.731, p<.05) menunjukkan hubungan yang positif dan signifikan
Oleh yang demikian, hipotesis nul yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara
pengetahuan pedagogi dan kandungan dengan efikasi guru Ekonomi adalah ditolak.

Analisis Statistik Ujian Regresi Pelbagai


Ujian regresi pelbagai dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat sumbangan variabel
bebas terhadap variabel bersandar (Chua, 2006; Mokthar, 1994; Coakes et al,. 2010). Dalam kajian ini,
analisis regresi berganda dilakukan bagi meramal pengaruh beberapa variabel bebas (peramal) terhadap
variabel bersandar (kriteria).

Jadual 3: Pekali Regresi Berganda Stepwise Pengetahuan Pedagogi dan Pengetahuan Kandungan
Terhadap Efikasi Kendiri Guru Mengikut Persepsi Pelajar (N=536)
Variabel
Pengetahuan Pedagogi
Pengetahuan Kandungan
Maklumat :
* p<.05
R = .516 (Pengetahuan Kandungan)
AR = .515
F = 569.490
P = .001

.196
.559

t
3.819
10.919

p
.003
.001

* p<.05
R = .529 (Pengetahuan Pedagogi)
AR = .527
F = 299.283
P = .003

Berdasarkan Jadual 3 di atas, variabel kriteria dalam kajian ini adalah efikasi kendiri guru, manakala
variabel peramal pula adalah dimensi pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan. Keputusan
dalam jadual ini menjelaskan peramal pengetahuan kandungan ( = .56, t (536) = 10.919, p<.05) dan
pengetahuan pedagogi ( = .20, t (536) = 3.819, p<.05) adalah menyumbang secara signifikan terhadap
efikasi kendiri guru bagi keseluruhan responden dalam kalangan pelajar. Dapatan kajian mendapati
dimensi pengetahuan kandungan adalah peramal yang dominan berbanding pengetahuan pedagogi dengan
menyumbang sebanyak 51.6% (r=.559) perubahan varians dengan efikasi kendiri guru Ekonomi [F(1,534)
= 569.490, p<.05].
Begitu juga dengan dapatan kajian dalam kalangan guru yang terlibat, Keputusan dalam Jadual 4,
menjelaskan peramal pengetahuan kandungan ( = .37, t (107) = 4.443, p<.05) dan pengetahuan pedagogi
( = .47, t (107) = 5.579, p<.05) adalah menyumbang secara signifikan terhadap efikasi kendiri guru bagi
keseluruhan responden dalam kalangan guru. Dapatan kajian mendapati dimensi pengetahuan pedagogi
adalah peramal yang dominan berbanding pengetahuan kandungan dengan menyumbang sebanyak 49.9%
(r=.466) perubahan varians dalam efikasi kendiri guru Ekonomi [F(1,105) =104.386, p<.05]. Kombinasi
antara kedua-dua variabel peramal dimensi pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan. Namun
keputusan kajian merekodkan bahawa sumbangan pengetahuan kandungan guru lebih dominan berbanding
pengetahuan pedagogi guru terhadap efikasi kendiri guru Ekonomi.

Jadual 4: Pekali Regresi Berganda Stepwise Pengetahuan Pedagogi dan Pengetahuan Kandungan
Terhadap Efikasi Kendiri Guru Mengikut Persepsi Guru (N=107)
Variabel
Pengetahuan Pedagogi
Pengetahuan Kandungan
Maklumat :
* p<.05
R = .579 (Pengetahuan Kandungan)
AR = .570
F = 71.381
P = .001

.371
.466

t
5.579
4.443

p
.003
.001

* p<.05
R = .499 (Pengetahuan Pedagogi)
AR = .494
F = 104.386
P = .003

Oleh sebab itu, hipotesis nul yang menyatakan bahawa tidak terdapat sumbangan yang signifikan antara
variabel pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan terhadap efikasi kendiri guru Ekonomi
mengikut responden dalam kalangan pelajar secara keseluruhannya adalah ditolak. Keputusan kajian
mendapati kedua-dua variabel adalah penyumbang yang baik terhadap efikasi kendiri guru.

PERBINCANGAN
Penemuan dalam kajian ini membawa beberapa implikasi yang bermakna, khususnya kepada pihak yang
berkuasa seperti Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) secara langsung atau sebaliknya dalam sebarang aktiviti
penyelidikan pendidikan lanjutan. Dalam pada itu, penemuan kajian juga mampu memberi manfaat kepada
semua pihak yang terlibat dalam perkhidmatan pendidikan khususnya para guru. Selain itu dapatan kajian
juga boleh dimanfaatkan oleh para pengkaji lain yang berminat untuk menyebarluaskan isu yang berkaitan
dalam usaha meneruskan kesinambungan kajian yang telah dilaksanakan.
Penemuan kajian ini sebenarnya mampu menambah khazanah ilmu pengetahuan berkaitan pengajaran dan
pembelajaran Ekonomi, khususnya dalam aspek peningkatan
mutu program pendidikan dan
profesionalisme keguruan di negara ini. Implikasi ini wujud melalui penambahan penggunaan kerangka
konseptual kajian yang berkaitan bagi menghuraikan hubungan dan sumbangan gagasan-gagasan yang
digunakan terhadap isu yang dikaji dalam kajian ini. Model kerangka konseptual kajian yang dicadangkan
dalam kajian ini dapat menyumbang kepada kefahaman tentang hubungan dan sumbangan gagasan
pengetahuan pedagogi, kandungan, daya kreativiti dan inovatif terhadap efikasi kendiri guru khususnya
dalam kalangan guru Ekonomi yang terlibat dalam pengajaran Ekonomi di peringkat sekolah menengah.
Implikasi kepada dapatan kajian juga dapat memberi input kepada golongan pendidik, para penyelidik
pendidikan, pembaca, penulis dan penerbit, pentadbir pendidikan dan mereka yang terlibat dengan
pembangunan pendidikan tentang keperluan untuk menyemak atau menilai semula aspek pengetahuan
kandungan guru dan aktiviti untuk memperkayakan para guru dengan program yang bersifat inovatif
selaras dengan penekanan kerajaan sejak akhir-akhir ini yang berusaha melahirkan masyarakat yang kreatif
dan inovatif. Selain itu tumpuan juga perlu diberikan terhadap peningkatan aspek pedagogi guru dan daya
kreativiti guru yang seharusnya seiring dengan keperluan pelajar mengikut fasa yang tersusun bermula
daripada peringkat tadika hingga ke tingkatan enam.

10

KESIMPULAN
Secara umumnya, kajian ini mendapati dua variabel bebas yang dikaji masing-masing menunjukkan
hubungan dan pengaruh terhadap tahap efikasi kendiri guru mengikut persepsi kedua-dua kumpulan
responden yang terlibat. Dalam masa sama juga keputusan kajian ini juga mempamerkan terdapatnya
hubungan secara langsung dan tidak langsung variabel bebas terhadap variabel bersandar iaitu efikasi
kendiri guru. Oleh yang demikian adalah diharapkan tumpuan khusus terhadap langkah mempertingkatkan
pengetahuan kandungan guru Ekonomi perlu diberi perhatian serius begitu juga dengan inisiatif untuk
meningkatkan daya inovatif guru dalam program penambahbaikan yang akan dirancang tanpa
mengetepikan keperluan untuk meningkatkan pengetahuan pedagogi dan daya kreativiti guru yang terlibat.

BIBLIOGRAFI
Abdul Rahim et al., (2000). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Kuala Lumpur Utusan Publications and
Distribution Sdn Bhd.
Abdullah dan Ainon. (2006). Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah. Pahang: PTS Publications and
Distributor Sdn. Bhd.
Atan Long (1984), Pedagogi Kaedah Am Mengajar, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti
Becker, W., and Watts, M. (2001). Teaching methods in U.S. undergraduate Economics course. Journal of
Economic Education, 32(3): 269-280.
Benzing, C., and Christ, P. (1997). A survey of Teaching Methods Among Economics Faculty. Journal of
Economic Education, 28(2): 182-190.
Best ,J.W and Kahn, J.V., (1998). Research in Education (8th Edition), Boston : Allyn and Bacon.
Brophy, J. E. (2001). Classroom organization and Management. Elementary School Journal, 83(4):
265-86.
Caropreso, E., and Haggerty, M. (2000). Teaching Economics: A Cooperative Model. College Teaching,
4(2): 69-74.
Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan Buku 1 : Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur :
McGraw Hill (Malaysia) Sdn Bhd.
Coakes et al., (2010). SPSS Version 17 for Windows, Analysis Without Anguish. Queensland : John Wiley
and Sons Australia Ltd.
Fowler, F.J (2002). Survey Research Methods. (3rd edition). Applied Social Research Methods Series. Vol
1. Sage Publications, Inc.
Fullan, M. (1991). Change forces. New York: Falmer.
Gartner, M and Tobin. (2001). Teaching Economics to undergraduates in Europe: Volume, structure, and
contents. Journal of Economic Education, 32(3): 219-230.
Gay L.R dan Peter Airasian. (2003). Educational Research : Competencies for analysis and applications.
Edisi ke-7. Upper Saddle River, New Jersey. Merill Prentice Hall.

11

Gee and Carrie. J. et.al. (2006). Preservice Elementary Teachers: Their Science Content Knowledge,
Pedagogical Knowledge and Pedagogical Content Knowledge. Paper presented at The Annual
Meeting of the National Association for Research in Science Teaching. St. Louis, MO.
Grenno, F. (1997). Grounded theory: The missing methodology on the interpretivist agenda. Qualitative
Market Research: An International Journal, 1(1): 50-57.
Grossman et al., (1999). The Making of Teacher: Teacher Knowledge and Teacher Education.New York :
Teachers College Press.
Howard, R. W., (1987). Concepts and Schemata. Philadelphia, PA: Cassell.
Jephcote, M. (2004). Economics in the school curriculum: Its origins, and reflections on the workings of a
subject community. Teaching Business and Economics, 8(1): 13-20.
Kerlinger, F.N., (1986). Foundation of Behavioral Research (2nd edition). New York: Halt Rinehart and
Winston.
Leinhardt, G. (2003). Routines in Expert Math Teacher's Thoughts and Actions. Paper presented at The
Annual Meeting of the American Educational Research Association, Montreal, Canada.
Mackinnon, A., and Scarff-Seatter, C. (1997). Constructivism: Contradiction and confusions in teacher
education. In V. Richardson (Ed.), Constructivist teacher education: Building new understandings
(pp. 38-56). London: Falmer Press.
McDiarmid et al,. (2004). Why saying one chapter ahead doesnt really work: Subject-specific pedagogy.
Dalam M. Reynolds (Ed.), knowledge base for the beginning teacher, Oxford, UK: Pergamon.
Mokhtar Abdullah. (1994). Analisis Regresi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Norhasliza Hassan dan Zaleha Ismail. (2008). Pengetahuan Pedagogi Kandungan Guru Pelatih Matematik
Sekolah Menengah. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik: 11-12
Oktober 2008. Johor Baharu, Johor
Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib. (1996). Pengajaran Dalam Bilik Darjah Kaedah dan Strategi.
Selangor Malaysia. Daya Sitis Sdn Bhd.
Shahril @ Charil Marzuki. (2000). Ciri-ciri Kepimpinan Pengetua/Guru Besar Yang Berkesan Yang Dapat
Menghadapi Cabaran Dan Harapan Pada Abad Ke-21. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan
Pendidikan. 10 (2) : 1-14.
Shulman, L. (1986). Those who understand: Knowledge growth in teaching. Educational Researcher.
Shulman, L. S., (1987). Knowledge and Teaching: Foundations of the New Reform. Harvard Educational
Review, 57: 1-22.
Siegfried et al., (1996). How is introductory economics taught in America? Journal of Economic Inquiry,
34 : 182-192.
Smith, D. D. and Neale, D. C., (2003). The Construction of Subject Matter Knowledge in Primary Science
Teaching. Teaching and Teacher Education, 5(1): 1-20.
Wiersma , W. (1991). Research Methods in Education. An Introduction. Pearson Publication. Inc.

12

You might also like