You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU SIBU


MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA LINUS 2.0 BIL. 1/2014
Tarikh

: 6 FEBRUARI 2014 (KHAMIS)

Masa

: 2.00 PETANG HINGGA 3.30 PETANG

Tempat

: BILIK MESYUARAT SK PULAU SIBU

Pengerusi

: PN. MIZNAH BINTI WAKIMAN (GURU BESAR)

Kehadiran(Bilangan) : 1) EN. MOHD YASSIN BIN MAT ADAM


2) EN. ABEDILAH BIN ABD GHANI
3) EN. MOHD ASRUL ISHAM BIN SOBRI
4) EN. MUHAMMAD IZLA BIN ABDUL MAJID
5) EN. MOHD NAJIHUDDIN BIN JUSOH
Turut Hadir (Jika ada) : --1

PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan AJK Linus yang
sudi hadir pada Mesyuarat Jawatankuasa Linus 2.0 Kali Pertama Tahun 2014.
1.2 Pengerusi juga berharap agar segala aktiviti dapat dijalankan bersama agar
penglibatan serta penambahbaikan dapat diselaraskan.
Tindakan : Guru Linus

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Mohd Najihuddin Bin Jusoh.
Disokong untuk pengesahan oleh Muhammad Izla Bin Abdul Majid.

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada.

PROGRAM LINUS 2.0


4.1 En. Muhammad Izla mencadangkan agar kelas tambahan untuk murid-murid
Linus kerana konstruk-konstruk di dalam saringan telah ditinggikan.
4.2 En. Muhammad Izla memaklumkan istilah kelas bimbingan perlu ditukar agar
pendekatan/pengajaran yang digunakan nampak lebih mesra. Kelas bimbingan
akan diadakan selepas saringan 1. Jadual boleh rujuk kepada En. Mohd
Najihuddin.
Tindakan : Semua AJK Linus

4.3

Pn. Guru Besar mencadangkan diadakan tuisyen petang. Beliau juga

mencadangkan kaedah PdP ditukar/diubah untuk menarik minat murid Linus


terutama bagi subjek Bahasa Inggaeris. Lebihkan latihan berbentuk lisan dan
tulisan Bahasa Inggeris.
Tindakan : Semua AJK Linus
4.4

En. Mohd Najihuddin meminta En. Muhammad Izla menyemak semula Program
Kelas Bimbingan. Beliau juga mencadangkan bagi Program Kelas Bimbingan
agar guru-guru Linus sediakan sebuah modul PdP Linus (BM/MT/BI) yang
berstruktur mengikut urutan konstruk-konstruk di dalam saringan. Kelas
Bimbingan di akhir PdP (12.30 - 1.30). Sediakan surat kepada ibu bapa untuk
makluman kelas bimbingan ini.
Tindakan : Penyelaras dan Setiausaha

4.5

En. Muhammad Izla memaklumkan cadangan daripada FasiLinus PPD Mersing


agar diwujudkan Sudut Linus di dalam kelas Tahun 1, 2 dan 3.
Tindakan : Semua AJK Linus

HAL-HAL LAIN
5.1

En. Muhammad Izla memaklumkan murid kurang memberi tumpuan semasa


guru sedang mengajar dan ini menyebabkan mereka ketinggalan meskipun
berbagai cara telah digunakan untuk menarik minat mereka.

5.2

Pn. Guru Besar menyarankan guru mengajar dan melatih murid teknik menulis
yang betul bagi subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Tindakan : Semua AJK Linus

5.3

En. Mohd Najihuddin berkongsi cara dan kaedah yang beliau gunakan
mengajar BM di dalam kelas Tahun 3. Setiap hari murid diminta menulis
perkataan susah yang disebut oleh beliau. Perkataan tersebut akan diulang setiap
hari sehingga murid mahir dan betul ejaan. Beliau juga memaklumkan dalam
internet juga banyak kaedah pengajaran boleh dikongsi bersama.
Tindakan: Semua Guru Linus
5.4

En. Muhammad Izla memaklumkan tentang Buku Pengoperasian Linus. Guru


Linus perlu ada salinan buku tersebut. Beliau juga memaklumkan senarai
AJK Linus 2.0.
Makluman kepada semua AJK Linus 2.0 :
Bulan Mac nanti Guru Linus Tahun 1 perlu mengajar konstruk 1 hingga 12.
Pengisian Data Linus Penyelaras dan Setiausaha ambil perhatian.
Program Membaca (NILAM). Laksanakan di dalam kelas masing-masing
dan banyakkan bahan bacaan.
Sikap muridguru perlu menyatakan kehendak dan peraturan di dalam
kelas/subjek agar murid lebih berdisiplin dari segi psikologi dan seterusnya
dapat menarik minat mereka mengikuti PdP.
Guru perlu ada eviden (data pelaporan di dalam Buku Rekod Mengajar).
Makluman : Semua Guru Linus

PENUTUP
a. Pn. Guru Besar memaklumkan segala masalah boleh dirujuk dan berbincang dengan
beliau. Beliau juga berharap para guru dapat membentuk sahsiah murid di samping
akademik.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

...........................................
(Muhammad Izla Bin Abdul Majid)
Penyelaras Linus 2.0,
Sek. Keb. Pulau Sibu,
Mersing, Johor.
Tarikh : 7 Februari 2014

...............................
(Miznah Binti Wakiman)
Guru Besar,
Sek. Keb Pulau Sibu,
Mersing, Johor.
Tarikh : 7 Februari 2014

S.K.
Fail Induk LINUS 2.0

You might also like