You are on page 1of 9

Pengenalan

Perkataan linguistik (linguistics dalam bahasa Inggeris) berasal dari bahasa Latin iaitu
lingua yang bererti bahasa. Dalam bahasa Perancis pula, bahasa disebut sebagai
langage-langue manakala Italia menyebutnya sebagai lingua. Di Sepanyol, bahasa
dikenali sebagai lengua dan language ialah dalam bahasa Inggeris. Akhiran ics
dalam linguistics berfungsi untuk menunjukkan nama sebuah ilmu yang bermaksud ilmu
tentang bahasa, sebagaimana istilah economics, physics dan lain-lain.
Menurut Abdullah Hassan (1984), linguistik ialah suatu sains yang mengkaji
bahasa.

Linguistik juga ialah pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistik

memenuhi syarat yang diperlukan seperti pengkajian sains yang lain.

Selain itu,

linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikal berdasarkan


sesuatu yang dapat dilihat, dirasa dan didengar.
Dalam berbagai kamus umum, linguistik didefinisikan sebagai ilmu bahasa atau
kajian ilmiah mengenai bahasa (Matthews:1997). Dalam The New Oxford Dictionary of
English (2003), linguistik didefinisikan sebagai berikut:
The scientific study of language and its structure, including the study of
grammar, syntax, and phonetics. Specific branches of linguistics include
sociolinguistics,

dialectology,

psycholinguistics,

computational

linguistics,

comparative linguistics, and structural linguistics.


Oleh itu, bidang linguistik merupakan satu bidang yang sangat luas. Terdapat beberapa
bidang yang merupakan cabang kepada bidang linguistik seperti linguistik am, linguistik
terapan, linguistik teoritis, linguistik komparatif dan linguistik kontekstual.

Mengapa Linguistik Penting Bagi Guru Bahasa Melayu.


Perkara ini memang telah lama dan selalu dipersoalkan oleh guru dan orang ramai.
Semenjak linguistik menjadi satu bidang ilmu yang popular, guru bahasa juga kerap
bertanyakan hal yang sama. Hal ini berlaku bukan kerana mereka tidak tahu kegunaan
linguistik tetapi ramai antara guru bahasa yang jarang memikirkan tentang kegunaan

linguistik. Mereka hanya kerap berkecimpung dengan teori dan analisis linguistik
sahaja. Sebenarnya memang ramai guru bahasa yang telah mencuba menggunakan
linguistik dalam bidang lain. Ramai guru bahasa yang telah lama berkecimpung dalam
bidang pengajaran bahasa. ada pula yang berusaha dalam bidang terjemahan,
sosiolinguistik, psikolinguistik, dan sebagainya.
Di samping itu banyak lagi kegunaan linguistik. Mungkin juga bukan guru bahasa
yang harus menentukan bahawa ilmu linguistik itu berguna dalam pendidikan, tetapi,
terpulanglah kepada para pendidik untuk menentukan kegunaan linguistik dalam bidang
pengajaran. Walau bagaimanapun, linguistik ialah satu ilmu baharu yang berkembang
pesat, walaupun sebenarnya ilmu ini telah mula dikenali sejak zaman kesarjanaan
Yunani dahulu lagi. Namun begitu,ilmu ini tidak begitu mudah difahami. Tambahan pula,
kebanyakan buku linguistik sukar untuk dibaca dan difahami . Perkembangan linguistik
amat pesat berlaku dan ini menambahkan kesukaran untuk memahaminya. Hal ini
dapat dibuktikan dengan melihat bilangan jabatan pengajian linguistik yang telah dibuka
di universiti-universiti, dan banyak pula kajian dijalankan serta penerbitan dihasilkan
tentang linguistik.
Kesemua perkembangan ini telah menambahkan kekeliruan orang ramai. Itulah
sebabnya linguistik dilihat dengan penuh kesangsian dan sukar diterima, dan malah
kadang-kadang ada pihak yang terus menolaknya. Sebenarnya, kalau linguistik ini
ditolak, bukanlah kerana kegunaannya kurang, tetapi kerana linguistik itu tidak
dimengertikan dan tidak digunakan dengan baik.

Kita boleh melihat kegunaan linguistik itu dalam pelbagai bidang ilmu seperti ilmu
neurologi, matematik, sains maklumat dan pelabagai cabang ilmu lagi. Kini, inguistik
juga digunakan dalam terjemahan melalui komputer. Penggunaan linguistik dalam
pengajaran terutamanya selalunya dikenali sebagai linguistik gunaan dan ini
termasuklah kajian fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, dan kadangkala
meliputi juga tajuk-tajuk lain seperti psikolinguistik dan sosiolinguistik yang masingmasing memberi tumpuan kepada teori pemerolehan dan keadaan bahasa.

Pelbagai cara linguistik itu boleh menjadi berguna kepada seseorang guru bahasa.
E. Roulet (1975) dalam bukunya Linguistic theory, linguistic description, and language
teaching memberikan enam kegunaan linguistik dalam pengajaran bahasa:
i.

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

Teori linguistik memberikan maklumat tentang struktur dan fungsi sistem bahasa
itu secara umum kepada guru bahasa. Hal ini mungkin memainkan peranan
penting dalam menentukan tujuan, isi, dan pendekatan sesebuah kursus bahasa.
Teori linguistik juga memberikan suatu bahasa perantaraan kepada guru. Ini
ialah keseragaman bentuk seperti jenis-jenis rumusan yang berlainan dalam
tatabahasa transformasi generatif (rumus penyingkiran, rumus transformasi, dan
sebagainya) dan keseragaman kategori-kategori seperti Frasa Nama, Frasa
Kerja. Semua perkara ini boleh dipakai oleh guru dalam pengajaran bahasa.
Sama ada secara langsung atau tidak, teori linguistik tentang pemerolehan
bahasa mempengaruhi perkaedahan pengajaran bahasa, lebih-lebih lagi
bagaimana kursus-kursus bahasa diajarkan.
Sebuah deskripsi bahasa akan menyedarkan guru tentang struktur bahasa yang
akan diajarkan, dan dengan itu dapat meningkatkan kualiti isi linguistik dalam
kursus bahasa.
Deskripsi bahasa juga memberi guru bahasa itu suatu pengetahuan tentang unitunit unsur seperti fonem, morfem, tagmem, dan sebagainya. Ia juga memberikan
senarai struktur atau suatu sistem rumusan bagi sesuatu bahasa yang boleh
digunakan dalam kursusnya.
Suatu deskripsi bahasa memberikan satu sistem rumusan yang berentetan. Ini
boleh digunakan untuk membentuk bahan mengajar. Kadang-kadang rentetan itu
tidaklah perlu dituruti secara rapi.

Pendapat Guru Bahasa Melayu Dalam Menyokong Pentingnya Pengetahuan


Linguistik Bagi Guru Bahasa Melayu
Setelah sedikit penerangan mengenai kaitan linguistik dan pengajaran di atas, tugasan
kali ini memerlukan pengalaman dan pendapat sebenar daripada dua orang guru yang
mengajar bahasa di sekolah. Bagi melaksanakan persoalan sebenar tugasan ini, saya
telah memilih dua orang guru bahasa Melayu yang saya kira faham dan maklum
mengenai linguistik ini. Dua orang responden ini terdiri daripada seorang guru
perempuan yang telah mengajar bahasa Melayu lebih daripada 15 tahun ( Guru X )
manakala seorang lagi responden merupakan seorang guru lelaki yang baru sahaja
ditempatkan di sekolah di mana saya mengajar, ( Guru Y ).

Berikut merupakan persoalan asas yang diajukan kepada kedua-dua responden


berkaitan linguistik di dalam pengajaran.
1. Sejauh manakah penggunaan dan pengkaplikasian teori-teori linguistik dalam
pengajaran Bahasa Melayu?
2. Masih relevan lagikah cabang-cabang linguistik di ajar pada murid-murid di
tahap pengajian rendah ataupun sekolah rendah?
3. Sekiranya, guru bersetuju dengan kenyataan Guru Bahasa Melayu
Memerlukan Pengetahuan Linguistik, bagi pendapat anda.

Guru X : Pada pendapat saya, selaku guru yang telah lama berkecimpung dalam
pengajaran Bahasa Melayu di dalam sekolah rendah, saya berpendapat bahawa teoriteori yang diguna pakai dalam ilmu linguistik sedikit sebanyak mampu mempengaruhi
kualiti pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu. Secara kasarnya, pelbagai
teori telah dicadangkan ataupun dikaitkan bersama-sama dengan ilmu linguistik seperti
teori pelaziman operan, teori permodelan dan lain-lain lagi. Berdasarkan pengetahuan
sedia ada saya, teori-teori yang dikemukakan seperti di atas mengandungi kaedahkaedah pengajaran yang memberi implikasi yang baik kepada pengajaran bahasa.
Seterusnya, persoalan berkaitan relevan atau tidak cabang-cabang linguistik di
ajar pada murid-murid bermula usia 7 hingga 12 tahun iaitu dalam erti kata lain di
peringkat murid-murid sekolah rendah. Saya berpendapat, masih relevan. Berdasarkan
pengetahuan saya, linguistik ini sendiri terdiri daripada pelbagai jenis dan cabangnya
seperti linguistik gunaan, linguistik deskriptif, linguistik teoritis dan linguistik konstektual
dan saya rasakan bidang linguistik ini cukup luas. Namun begitu, di usia kanak-kanak
seawal 7-12 tahun, saya berani untuk menyatakan bahawa linguistik gunaan
merupakan cabang lingustik yang sesuai di ajar pada usia ini. Bidang linguistik gunaan
juga memperkenalkan kaedah pengajaran bahasa dan bahan-bahan untuk mengajar
bahasa. Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta ialah kaedah terus . Selain
itu, aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, ialah terjemahan
dan perkamusan, Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan
konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum. Bukan itu sahaja,

linguistik gunaan juga menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara
universal, cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa, iaitu
secara deskriptif.
Persoalan ketiga berkenaan pendapat saya yang menyatakan bahawa guru Bahasa
Melayu memerlukan pengetahuan linguistik. Saya bersetuju dengan kenyataan
tersebut. Sebagai seorang guru bahasa Melayu, anda bukan sahaja seorang pengamal
bahasa, malah anda boleh dikira sebagai seorang yang menyebarkan dan mengkaji
bahasa secara tidak langsung. Selaku guru bahasa Melayu, saya merasakan bahawa
perkembangan bahasa Melayu kini semakin berkembang dan pengetahuan guru
bahasa Melayu itu haruslah berkembang sejajar dengan perkembangan bahasa
tersebut. Melalui dua soalan di atas dan jawapan yang telah diberikan, saya merasakan
bahawa pengetahuan linguistik amat penting bagi seorang guru Bahasa Melayu kerana
saya berpendapat bahawa guru Bahasa Melayu yang telah belajar atau didedahkan
kepada sistem bunyi, tatabahasa, dan struktur makna dalam bahasa Malaysia, masih
belum terjamin yang dia akan menjadi guru bahasa Malaysia yang baik.

Guru Y : Saya merupakan seorang guru baharu yang kini mengajar subjek bahasa
Melayu bagi tahun 5 dan
Pendidikan

Guru

tahun 6.Saya merupakan seorang guru lepasan Institut

Malaysia

di

bawah

jurusan

Bahasa

Melayu

Pendidikan

Rendah.Mengenai persoalan-persoalan di atas, saya ingin menjawab dalam satu


pandangan yang merangkumi jawapan bagi ketiga-tiga soalan yang dikemukakan.
Sewaktu di dalam kursus perguruan, satu subjek yang wajib diduduki ialah BMM 3108
iaitu Pengantar Linguistik. Hal ini membuktikan bahawa, pihak Institut mahupun
penggubal kursus menjelaskan bahawa pengetahuan mengenai linguistik penting
sebagai persediaan seorang guru Bahasa Melayu ketika mengajar subjek Bahasa
Melayu di sekolah kelak. Jika dianggap tidak penting, mengapa subjek tersebut wajib
diduduki.
Saya belajar dan diajar untuk mengetahui bagaimana fonetik, fonologi, morfologi,
sintaksis, dan semantik mana-mana bahasa itu berguna dalam pengajaran bahasa

tersebut. Tentulah tidak dapat kita sangkal asas teori bahawa sebarang pengetahuan
tentang sesuatu mata pelajaran itu penting dalam pengajaran mata pelajaran tersebut.
Definisi linguistik itu sendiri merupakan asas teori sesuatu bahasa dan konteks linguistik
memberi maksud bahasa: struktur dan fungsi bahasa itu. Tentu sekali pengetahuan ini
berguna dalam pengajaran bahasa.
Berkaitan relevan atau tidak, guru-guru Bahasa Melayu terutamanya perlu mendalami
beberapa cabang ilmu dalam linguistik lebih-lebih lagi bidang linguistik gunaan yang
meliputi morfologi, sintaksis, fonetik dan semantik. Jika dahulu, KBSR hanya
meletakkan unsur tatabahasa sebagai selingan dalam pelajaran, kini di dalam KSSR
(Kurikulum Standard Sekolah Rendah), aspek tatabahasa ataupun morfologi telah
dimasukkan sebagai salah satu kemahiran yang terkandung di dalam Bahasa Melayu.
Hal ini bertujuan seperti yang telah dinyatakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia,
aspek tatabahasa merujuk kepada keupayaan murid menguasai perkara asas dalam
pembentukan kata dan ayat serta menggunakan tatabahasa mengikut cara dan sistem
yang betul semasa membina ayat. Selain itu, aspek sebutan, intonasi dan semantik
serta penggunaan peribahasa dan perbendaharaan kata yang betul juga diberi
penekanan. Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa diberi penekanan melalui
penggabungjalinan

kemahiran

bahasa

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran.

(KEMENTERIAN PELAJARAN Malaysia, BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


2011)
Justeru itu, kenyataan-kenyataan yang diberikan di atas, membuktikan bahawa guru
Bahasa

Melayu

memerlukan

pengetahuan

linguistik

sebagai

persediaan

dan

kelengkapan untuk memperkukuhkan lagi pengetahuan dalam bidang Bahasa Melayu


sekaligus memberikan impak yang baik kepada murid-murid.
Rumusan
Berdasarkan temu bual dan pendapat yang diperoleh melalui beberapa rujukan, saya
merumuskan bahawa guru Bahasa Melayu sememangnya memerlukan pengetahuan
linguistik.

Sebagai seorang guru, kita hendaklah mempunyai pengetahuan yang cukup


tentang mata pelajaran yang hendak diajar. Seorang guru matematik mesti mengetahui
matematik pada peringkat yang hendak diajarkannya. Jadi, dengan alasan yang sama,
seorang guru Bahasa Melayu turut memerlukan pengetahuan mengenai

bahasa

tersebut, termasuklah sebarang penjelasan dan cara sistem bahasa itu berlaku untuk
dijadikan bahan mengajar. Inilah yang dikatakan pedagogi dalam tatabahasa ataupun
kaedah mengajar tatabahasa. Sebenarnya kita boleh juga menentukan pengetahuan
linguistik yang diperlukan sekiranya kita tahu rancangan bahasa yang hendak diajarkan
itu. Sesiapa yang mengajar pertuturan hendaklah mengetahui sistem bunyi bahasa
(fonetik) tersebut. Seorang guru juga perlu tahu teori-teori linguistik yang akan berguna
baginya semasa mengajar. Misalnya, di Malaysia, seorang guru bahasa itu perlu juga
mengetahui perkara berkaitan bahasa jati pelajar lain, seperti bahasa Cina dan India,
atau sebarang bahasa atau dialek yang berkaitan. Jadi, bukan ilmu linguistik sahaja
yang perlu diketahui oleh seseorang guru bahasa itu, ada aspek lain yang juga penting
bagi guru. Linguistik sahaja tidak akan dapat membentuk guru bahasa yang baik. Selain
asas linguistik yang kukuh, perkaedahan untuk menyampaikan perkara-perkara
berkaitan linguistik turut dititikberatkan. Tuntansnya, linguistik itu adalah penting dalam
melatih guru Bahasa Melayu dalam menjadi seorang guru bahasa yang lengkap
pengetahuannya dan berkemungkinan meninggalkan impak yang baik kepada muridmurid.
Akhir sekali, andainya seorang guru itu telah belajar atau didedahkan kepada sistem
bunyi, tatabahasa, dan struktur makna dalam bahasa Malaysia, masih belum terjamin
yang guru tersebut akan menjadi guru bahasa Malaysia yang baik. Seorang guru yang
baik memerlukan banyak sifat dan pengetahuan sampingan yang lain, seperti bahan
mengajar, motivasi pelajar, kaedah, persekitaran yang mendorong, sikap yang sihat,
alat bantu mengajar, dan sebagainya. Setiap satu hal ini sama pentingnya.
Pengetahuan linguistik bahasa Melayu itu akan menjadi alat sahaja. Ini akan
membolehkan kita memahami bahan yang diajarkannya itu. Agak mustahil bagi kita
memahami bagaimana seorang guru itu akan dapat mengajarkan bahasa Malaysia
tanpa pengetahuan sistem dan bagaimana sistem itu berlaku.

Wilkins (1972) dalam bukunya Linguistics For Language Teaching menyatakan


bahawa kita jangan harus menerima sahaja hasil linguistik dan terus mencari
kegunaannya. Apa yang sepatutnya dilakukan ialah kita mengenali semua masalah
pengajaran bahasa dan kemudian baru melihat jawapannya dalam linguistik. Inilah
sumbangan besar linguistik kepada pengajaran bahasa, iaitu memberi maklumat
tentang bahasa itu.
Andainya seorang guru bahasa itu gagal mencapai tujuan sesebuah rancangan
pengajaran bahasa itu, maka harus ada banyak sebabnya. Misalnya, kegagalan
mengajarkan bahasa Melayu di sekolah itu boleh disebabkan oleh banyak hal.
Kekurangan pengetahuan linguistik sememangnya boleh menjadi satu sebab. Latihan
guru bahasa Malaysia juga menjadi sebab, iaitu guru yang tidak terlatih mengajar
bahasa Malaysia. Guru yang tidak mahir dalam bahasa Malaysia ditugaskan
mengajarkan bahasa Malaysia. Guru-guru seperti ini tidak akan berjaya. Ada banyak
sebabnya dan kita tidak harus menyalahkan mana-mana satu pihak sahaja.Oleh itu,
sekali lagi diingatkan agar guru bahasa Melayu seharusnya memperkemaskan
pengetahuan linguistik mereka agar menjadi guru bahasa Melayu yang utuh dan mahir.

RUJUKAN/ BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan ( 2005 ), Linguistik Am, Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu, Selangor, PTS Profesional
David Arthur Wilkins (1972), Linguistics in language teaching, Edward Arnold
Publications
Eddy Roulet (1975), Linguistic Theory, Linguistic Description, And Language Teaching,
The University Of Michigan, Longman Press

You might also like