You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PERAK

BANDAR BARU SENTUL


51000 KUALA LUMPUR
MINIT MESYUARAT PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
KALI PERTAMA 2015
Tarikh : 7 Januari 2015 (Rabu)
Masa
: 1.30 petang
Tempat
: Bilik Guru Besar
Kehadiran:
1. Encik Mohd Noor bin Majid
2. Puan Kalsom Binti Abdullah
3. Encik Mohd Khairil Ariff Bin Abdul Rahim

(Guru Besar)
(GPK 1)
(Ketua Panitia)

Agenda Mesyuarat :
1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Penasihat
3. Pengesahan minit mesyuarat
4. Perkara Berbangkit
5. PKSR 1
6. Peningkatan Prestasi Murid
7. Aktiviti Minggu Panitia
8. Anggaran Belanjawan
9. Maklumat Guru
10. Hal-hal lain
1. Ucapan Pengerusi
1.1
En. Mohd Khairil mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar Encik Mohd Noor bin
Majid dan GPK 1 Pn. Kalsom kerana memberi komitmen yang tinggi untuk hadir dalam
mesyuarat kali pertama tahun 2015.
1.2
Pengerusi menyatakan tujuan mesyuarat pada kali ini diadakan adalah untuk panitia
membuat perancangan sepanjang tahun bagi meningkatkan prestasi pencapaian murid-murid
tahun 4 dan tahun 5 pada 2015.

2. Ucapan Penasihat
2.1
Encik Mohd Noor bin Majid mengalu-alukan kehadiran guru ke mesyuarat panitia TMK
kali pertama 2015. Beliau mengharapkan komitmen yang tinggi daripada guru-guru dalam
meningkatkan prestasi mata pelajaran TMK pada tahun ini.
1

2.2
Beliau meminta fail-fail panitia 2015 dikemaskini terutama yang berkaitan dengan KSSR
tahun 5 yang seharusnya mempunyai RPT, dokumen standard kurikulum dan prestasi (DSKP),
senarai ahli pantia 2015 dan jadual waktu terkini.
2.3
Beliau juga berharap kepada mana-mana ahli panitia yang pergi ke kursus, taklimat atau
bengkel perlu membuat kursus dalaman dan penerangan kepada ahli panitia dan laporan
hendaklah disiapkan secepat mungkin.
2.4
Guru besar berharap agar aktiviti yang akan dijalankan oleh panitia pada tahun ini dibuat
berbeza sedikit daripada kebiasaan walaupun aktiviti itu kelihatan biasa namun memberi impak
dan kesan yang ketara kepada murid-murid.
3. Pengesahan Minit Mesyuarat
Dicadang
Disokong

: Encik Mohd Khairil Ariff Bin Abdul Rahim


: Semua ahli panitia

4. Perkara Berbangkit
4.1 Tiada perkara berbangkit dibincangkan.
5. PKSR 1
5.1 Encik Mohd Khairil memberitahu bahawa pihak sekolah telah menetapkan bahawa ujian
bulanan untuk subjek elektif iaitu TMK tidak perlu dibuat tetapi untuk PKSR 1 guru-guru perlu
membuat kertas soalan sendiri khasnya kepada murid tahap 2.
6. Peningkatan Prestasi Murid
6.1 Encik Mohd Khairil memberitahu walaupun subjek TMK hanyalah subjek elektif tetapi
panita perlu membincangkan bagaimana untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam
matapalejaran TMK untuk meningkatkan prestasi kuantiti mendapat A dalam setiap peperiksaan.

7. Aktiviti Minggu Panitia


7.1
Aktiviti minggu panitia akan akan dibincangkan pada mesyuarat panitia akan datang
untuk lebih terperinci.

8. Anggaran Belanjawan
8.1
Guru Besar akan meminta En. Jais menampal peruntukan wang PCG bagi memudahkan
panitia membuat perancangan membeli BBM yang bersesuaian.
8.2
Beliau juga berharap agar panitia menggunakan peruntukan PCG untuk membeli BBM
yang memberi manfaat kepada keseluruhan murid dengan nilai harga yang berpatutan untuk
mengelakkan pembaziran.
9. Maklumat Guru
9.1
En. Mohd Khairil akan mengedarkan borang maklumat diri guru pada hari Khamis ini
dan meminta semua ahli panitia menyerahkan kembali bersama salinan jadual waktu untuk
disimpan di dalam fail panitia.
10. Hal-hal Lain
10.1 Guru besar meminta agar diadakan sudut mata pelajaran di dalam kelas seperti carta yang
berkaitan dengan matapelajaran.
10.2 En. Mohd Khairil mengingatkan ahli-ahli panitia agar iThink dapat dijalankan semasa
PdP. Ini kerana pemantauan mungkin akan dijalankan pada bulan Mac atau April.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang dan pengerusi mengucapkan terima kasih di atas komitmen
guru-guru bagi menjayakan mesyuarat kali ini.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

_________________________
Encik Mohd Khairil Ariff
Panitia TMK,
Sek. Keb. Seri Perak,
Bandar Baru Sentul,
51000 Kuala Lumpur

_______________________
Kalsom Binti Abdullah
Penolong Kanan Kurikulum,
Sek. Keb. Seri Perak,
Bandar Baru Sentul,
51000 Kuala Lumpur.

You might also like