Professional Documents
Culture Documents
Kehadiran Bertugas:
1. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September 1981
menyebut bahawa semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kakitangan sekolah dan para
pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya lima minit sebelum sekolah
bermula. Bagaimanapun, guru bertugas harian perlu hadir di sekolah kira-kira pukul 7.00
pagi.
2. Adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk mengamalkan ketepatan masa itu
sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah, ketika
memasuki bilik darjah untuk mengajar dan masa menjalankan sesuatu kegiatan di luar
bilik darjah.
3. Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru hendaklah mengikut jadual pengajaran
dan tidak dibenarkan meninggalkan kelasnya atau pun kawasan sekolah.
4. Peraturan ketepatan masa dikenakan kepada semua guru, kakitangan dan para pelajar.
Kepatuhan Tugas:
1. Semua guru dan kakitangan hendaklah menandatangani buku kedatangan sebaik sahaja
tiba di sekolah dengan mencatatkan nama, masa sampai dan menurunkan tanda tangan.
2. Guru dan kakitangan tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah dengan tidak
mendapat keizinan Guru Besar terlebih dahulu.
3. Mereka yang datang lewat hendaklah berjumpa dengan Guru Besar dengan memberi
sebab musabab kelewatan itu.
4. Sekiranya tidak dapat menghadirkan diri di sekolah kerana kecemasan atau jatuh sakit
dan kemalangan, mereka perlu menghubungi pihak sekolah. Mereka juga dikehendaki
mengemukakan sijil sakit kepada Guru Besar apabila kembali bertugas semula.
5. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah semasa mengajar kecuali dengan
mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dahulu.
6. Kehadiran semua guru adalah wajib semasa kegiatan dan upacara rasmi sekolah seperti
Hari Sukan Tahunan, Hari Penyampaian Hadiah, Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa
Guru untuk mengawasi para pelajar, melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan
di samping memberi sumbangan bakti dan bantuan yang diperlukan agi menjayakan
upacara tersebut.
7. Para guru yang telah ditetapkan untuk mengawasi kegiatan ko-kurikulum, mesti
menghadirkan diri. Sebarang kesulitan yang berbangkit disebabkan oleh ketiadaan guru
pengawas adalah tanggungjawab guru itu sendiri.
Pelawat:
1. Jangan benarkan pelawat termasuk jurujual berjumpa dengan pelajar di dalam bilik darjah
atau makmal.
2. Pelawat atau jurujual hanya boleh berjumpa dengan guru sekiranya mereka mendapat
kebenaran daripada Guru Besar terlebih dulu.
3. Perbincangan antara pelajar dan guru dengan pelawat atau jurujual hanya boleh ibuat di
dalam bilik guru sahaja.
Kenyataan Akhbar:
1. Guru adalah dilarang daripada membuat kenyataan akhbar walaupun bertindak atas nama
Guru Besar atau pihak sekolah.
Surat Rasmi:
1. Semua surat rasmi yang hendak dihantar keluar dari sekolah sama ada dari guru atau dari
persatuan dan kelas hendaklah dikirim melalui Guru Besar.
Lawatan:
1. Sebarang lawatan yang dilakukan oleh persatuan dan kelab hendaklah terlebih dahulu
mendapat kebenaran daripada Guru Besar dan Jabatan Pendidikan Negeri.
2. Untuk lawatan ke luar negeri, borang permohonan hendaklah dikirim ke Jabatan
Pendidikan Negeri melalui Guru Besar. Surat itu mesti dikirim sekurang-kurangnya lima
minggu sebelum lawatan dilakukan.
Kutipan Wang:
1. Guru penasihat yang dilantik untuk mengawas perjalanan persatuan dan kelab perlu
mengawasi hal ini.
2. Mereka perlu menentukan bahawa wang yang dipungut itu tidak disalahgunakan oleh
persatuan dan kelab.
3. Pembukaan akaun bank adalah perlu jika wang yang berkenaan itu dianggap besar
jumlahnya.
15. Merekodkan butiran peribadi yang lengkap mengenai kemasukan pelajar baru dan mereka
yang berhenti dalam Jadual Kedatangan, Buku Rekod Mengajar dan Buku Daftar
Kemasukan Pelajar.
16. Bagi kelas-kelas peperiksaan adalah penting baginya untuk mengisi borang masuk
peperiksaan. Mereka juga perlu memungut yuran peperiksaan dan membantu menyusun
kerusi meja.
17. Mengisi butiran kemajuan akademik pelajar ke dalam Buku Kemajuan di samping
menyediakan tabung markah atau mark sheet.
18. Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan kelasnya.
19. Menyediakan senarai tugas bagi pelajar dalam kelasnya untuk tugas pembersihan kelas
pada tiap-tiap hari persekolahan.
20. Berada di samping pelajarnya semasa pelajar beratur di kaki lima kelas dan pada masa
perhimpunan hari biasa.
21. Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan makalah-makalah, maklumat dan
berita-berita yang positif, membina dan terkini.
22. Dalam tiap-tiap peperiksaan sekolah, guru mata pelajaran harus memberi markah kepada
guru-guru kelas untuk meringankan beban tugas guru.