You are on page 1of 4

Kucing boleh menjadi pemburu maut dan sangat suka menyelinap, apabila ia

berjalan tapak kaki belakangnya hampir memijak tepat pada bekas tapak kaki
hadapan sebelumnya, ini akan mengurangkan bunyi ke tahap minimum dan

menghadkan kesan yang boleh dilihat.


Anjing mempunyai deria hidu yang luar biasa. Ia mampu membezakan bauan
dalam tumpuan hampir 100 juta kali lebih rendah daripada manusia mampu

lakukan.
Anjing mempunyai deria pendengaran yang lebih tinggi daripada manusia, mampu

mendengar bunyian pada jarak empat kali ganda.


Harimau merupakan perenang yang bagus dan boleh berenang hingga 6 kilometer.
Harimau putih yang jarang dijumpai mempunyai gene yang hanya ada dalam kira-

kira 1 dalam setiap 10000 harimau.


Sesetengah jerung sentiasa bergerak seluruh hidupnya. Ini memaksa air ke
dalam insangnya, menghantar oksigen ke aliran darah. Jika jerung berhenti
bergerak, ia akan lemas dan mati. Seekor anak jerung yang baru lahir telah
bersiap sedia untuk menjaga dirinya sendiri. Ibu jerung akan meninggalkan
anaknya untuk menjaga dirinya sendiri dan anak itu biasanya cepat melarikan diri

sebelum ibunya cuba memakannya!


Ikan Paus Pembunuh (juga dikenali sebagai Orca) adalah sebenarnya sejenis ikan
lumba-lumba. Ikan lumba-lumba merupakan haiwan karnivor (pemakan daging).

Singa merupakan spesies kucing besar yang kedua terbesar di dunia (selepas
harimau). Singa yang hidup liar mempunyai hayat hingga kira-kira 12 tahun dan

berehat kira-kira 20 jam sehari.


Gorila merupakan haiwan herbivor. Ia menghabiskan masanya mencari makanan
dan memakan buluh, tumbuh-tumbuhan berdaun dan kadang kala serangga. Gorila

dewasa boleh makan hingga 30 kilogram makanan sehari.


Katak adalah haiwan amfibia. Haiwan amfibia boleh hidup di atas darat dan di
dalam air. Katak boleh melihat ke depan, ke tepi dan ke atas semuanya pada masa

yang sama. Ia tidak pernah tutup matanya walaupun ia tidur.


Cheetah adalah satu-satunya kucing besar yang tidak boleh mengaum. Ia boleh
berkeruh dan biasanya berkeruh paling kuat apabila ia membersihkan diri atau
duduk berdekatan dengan cheetah lain. Cheetah tidak boleh memanjat pokok dan
mempunyai penglihatan yang kurang baik pada waktu malam. Waktu minum adalah
waktu yang paling berbahaya bagi zirafah. Semasa ia sedang minum, ia tidak

dapat melihat dan mencegah penyerang dan dari itu ia mudah diserang.
Walaupun leher zirafah berukuran 1.5 1.8 meter, ia mengandungi bilangan

vertebra yang sama seperti leher manusia.


Gajah adalah mamalia darat yang paling besar di dunia. Gajah boleh berenang ia
menggunakan belalainya untuk bernafas seperti snorkel di dalam perairan dalam.
Gajah tidak mempunyai penyerang semula jadi.

Badan harimau bintang dijadikan untuk berburu. Ia mempunyai badan yang licin,
teguh dan boleh berlari pada kelajuan hingga 57 kilometer sejam. Ia juga
perenang dan pemanjat yang hebat dan boleh meloncat dan melompat pada jarak

jauh.
Bibir bawah ikan paus yang melengkung menyerupai seolah-olah ia sedang
senyum! Namun, ini bukannya senyuman asli kerana longgokan lemak di

kepalanya menghalang otot-otot mukanya daripada mencecah permukaan air.


Serigala merupakan pemburu yang hebat dan tinggal di lebih banyak tempat di
dunia daripada mamalia lain kecuali manusia. Serigala mempunyai kaki yang
panjang dan banyak meluangkan masanya berlari berderap pada kelajuan 12 16
kilometer sejam. Sekumpulan serigala boleh berlari sekata berjam-jam dan telah
diketahui bahawa mereka boleh meliputi jarak sejauh 90 kilometer dalam satu

malam.
Tikus membiak dengan pantas hingga dalam 18 bulan, 2 ekor tikus boleh
menghasilkan lebih 1 juta saudara mara. Ikan paus biru boleh mengeluarkan bunyi
paling kuat daripada mana-mana haiwan. Pada desibel 188, bunyi itu boleh dikesan

sejauh lebih 800 kilometer. Kuda dan lembu tidur sambil berdiri.
Ampai-ampai gergasi dari Artik mempunyai peraba yang boleh mencapai lebih 36

meter panjang.
Belalang juta mempunyai otot kaki yang kira-kira 1000 kali lebih kuat daripada

otot manusia yang sama berat.


Burung berdendang (humming bird) sangat lincah dan mempunyai kawalan yang
baik hingga boleh terbang ke belakang.

Jerung mempunyai rangka yang diperbuat daripada rawan, bukan tulang.


Serangga seperti lebah, nyamuk dan riang-riang membuat bunyian dengan

menggerakkan kepak mereka dengan pantas.


Tanduk badak sumbu diperbuat daripada bulu yang dipadat bukannya tulang atau

bahan-bahan lain.
Jerung mengeluarkan telur yang paling besar di dunia.
Walaupun ular pejamkan matanya, ia boleh melihat melalui kelopak matanya.
Tidak seperti manusia, kambing biri-biri mempunyai empat perut, setiap satu

membantu menghadam makanan yang dimakan.


Walaupun beruang kutub kelihatan putih dan gebu, kulit sebenarnya ialah hitam.
Lalat rumah hanya boleh hidup selama 2 atau 3 minggu. Nyamuk merupakan
serangga yang menyakitkan tetapi adakah anda tahu yang hanya nyamuk betina

menggigit manusia.
Kucing menggunakan misainya untuk memeriksa sama ada sesuatu ruang itu

terlalu kecil untuk dia masuk ke dalam atau tidak.


Belut eletrik boleh mengeluarkan kejutan eletrik kira-kira 500 volt untuk
perlindungan diri dan pemburuan. Disebabkan bentuk kaki yang luar biasa,

kanggaru dan emu sukar untuk berjalan mengundur ke belakang.


Arnab dan burung kakak tua boleh melihat belakang mereka tanpa mengerakkan

kepala mereka!
Seekor badak air kelihatan besar tetapi ia masih boleh berlari lebih pantas
daripada seorang manusia.

You might also like