You are on page 1of 4

SEJARAH BOLA BALING

Bola baling merupakan gabungan daripada berberapa kemahiran asas bola jaring, bola
keranjang dan bola sepak, kini mulai mendapat pengiktirafan sebagai salah satu
permainan bertaraf antarabangsa yang diminati. Bola baling sudah menjadi permainan
yang setanding dengan permainan-permainan lain dari segi popularitinya.

Permainan bola baling dipercayai bermula pada masa perang dunia pertama yang
dikenali sebagai Torball

Pada tahun 1917 bilangan pemainnya ditingkatkan daripada

tujuh orang kepada sebelas orang.

Bola baling dimainkan di padang bola sepak

dengan menggunakan bola sepak. Orang yang bertanggungjawab kepada penciptaan


pemainan ini ialah seorang guru sukan Jerman bernama Heizer. Bola ini kemudiannya
dikenali sebagai Handball atau bola baling.

Pada tahun 1936, permainan bola baling ini telah dipertandingkan dalam Sukan Olimpik
yang dilangsungkan di Berlin. Pada tahun 1938 disebabkan masalah cuaca dan salji
yang meliputi padang permainan hampir sepanjang tahun di negara-negara Eropah
Timur, mereka telah mengubahsuai permainan ini untuk dimainkan di dalam dewan.
Bilangan dikurangkan menjadi 7 (tujuh) orang sepasukan dan gelanggang permainan
juga turut dikecilkan. Pertandingan pertama menggunakan format ini ialah diKejohanan
Dunia Pertama di Jerman pada tahun 1938.

Semasa perang dunia kedua, permainan bola baling terpaksa dihentikan sementara
kegiatannya.

Bagaimanapun pada tahun 1946, Persekutuan Bola baling yang lama

(1926) telah digantikan dengan sebuah pertubuhan baru yang dinamakan Kesatuan
Bola Baling Antarabangsa (International Handball Federation IHF). Kesatuan ini terus

menerajui sukan ini hingga sekarang.

Beberapa peraturan dan undang-undangnya

telah diubahsuai dan juga digantikan dengan yang baru.

Kejohanan Bola Baling Tertutup Sedunia pertama kali diadakan pada tahun
1954 dengan kemenangan bagi pasukan Sweden. Pada tahun 1972 bola baling sekali
lagi muncul di Sukan Olimpik

sebelum ini bola baling diketepikan walaupun telah

muncul kali pertama pada tahun 1936.

Sejak penerimaannya kembali pada tahun

1972 bola baling terus menjadi acara yang wajib dipertandingkan dalam perjumpaan
sukan yang terbesar hingga sekarang.

Persekutuan Bola Baling Asia (Asian Handball Federation AHF) telah ditubuhkan
pada 1972 dan beribu pejabat di Kuwait . Antara negara-negara yang menganggotai
ialah Bangladesh, Bahrain, China, Hong Kong, India, Iran, Iraq, Jordan, Jepun,
Kazakhstan, Kyrgyzstan, Korea, Kuwait, Libya, Macau, Malaysia, Nepal, Oman,
Pakistan, Filipina, Korea Utara, Qatar, Palestin, Syria. Thailand, Turkmenistan, Taiwan.
Emiriyiah Arab Bersatu, Uzbekistan dan Yemen.

Bola baling mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1976, oleh Encik Lim Hock Han
(Pengarah Sukan Universiti Malaya). Beliau memperkenalkan permainan ini kepada
satu kumpulan guru dan pelajar di beberapa buah sekolah di negeri Selangor. Selepas
itu sebuah jawatankuasa kerja, khusus untuk permainan bola baling telah dibentuk
untuk tujuan menjadi badan menyelaras bagi mempopularkan pemainan ini khusus
dikalangan pelajar sekolah, maktab dan universiti. Kementerian Pendidikan serta Majlis
Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) mengadakan pelbagai kursus dalam aspek
pengenalan permainan, pengadilan dan kejurulatihan bola baling kepada guru-guru.
Tujuan nya ialah mengembangkan permainan ini ke sekolah sekolah diseluruh
negara.

Pada tahun 1981 Persatuan Bola Baling Selangor / Wilayah Persekutuan telah
ditubuhkan.

Pada tahun 1984 Persekutuan Bola Baling Malaysia telah ditubuhkan

dengan Encik Cheah Hai Su (Pegawai dari Unit Pendidikan Jasmani dan Sukan,
Kementerian Pendidikan) telah dilantik sebagai Presiden manakala Encik Kan Tong
Leong sebagai Setiausaha. Pada tahun 1986 Persekutuan Bola Baling Malaysia telah
menjadi ahli gabungan Persekutuan Bola Baling Asia (AHF).

Dalam usaha untuk memasukkan permainan bola baling ke dalam kelendar MSSM,
pelbagai kursus pengenalan, kepengadilan dan kejurulatihan telah dianjurkan oleh unit
pendidikan jasmani dan sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia antaranya ialah :-

i)

Kursus Pengenalan/kepengadilan dan kejurulatihan telah diadakan di Institut

Aminuddin Baki pada tahun 1985


ii)

Kursus Jurulatih Bola Baling MSSM di TLDM, Lumut 1985

iii)

Kursus Pengadilan Bola Baling di SM. Sains Selangor 1986

dan lain lain kursus berikutnya.

Pada tahun 1987 MSSM telah menganjurkan Pesta Bola Baling kali pertama bagi
peringkat umur bawah 15 tahun (Lelaki / Perempuan) yang dikelolakan oleh MSS.
Selangor di Kelang.

Pada tahun 1988 Pesta Bola Baling MSSM bagi peringkat umur

bawah 18 dan 12 tahun (Lelaki / Perempuan) dikelolakan oleh MSS. Negeri Sembilan di
Seremban. Seterusnya bola baling diterima sebagai salah satu permainan yang
dipertandingkan di peringkat kebangsaan dibawah kelolaan MSS. Malaysia sehingga
sekarang.

Usaha juga telah dilakukan oleh Persekutuan Bola Baling Malaysia dengan
menganjurkan Kejohanan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa termasuklah
Kejohanan Bola Baling antara kelab-kelab negara komanwel telah pun diadakan di
Kuantan, Pahang pada tahun 1994. Negara-negara yang mengambil bahagian terdiri
daripada Kenya, England, Nigeria, New Zealand, Bangladesh, India dan Malaysia.

Bagi meningkatkan pengurusan dan pentadbiran persatuan, Setiausaha Persekutuan


Bola Baling Malaysia Encik Aw Sai Hong telah dijemput untuk menghadiri seminar di
London pada bulan Julai 1993.

Pada tahun yang sama seramai 36 peserta telah

mengikuti kursus Kejurulatihan Bola Baling yang dikelolakan oleh Majlis Olimpik
Antarabangsa.

Pada

tahun 1994 satu mesyuarat Eksekutif CHA telah di Kuala

Lumpur. Selain daripada itu Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menghantar Encik
Lam Fei Eng, seorang jurulatih tempatan untuk mengikuti kursus kejurulatihan
antarabangsa di Universiti Leipzig.

Dari aspek teknikal pula, persatuan juga

mempunyai pegawai yang terlibat secara langsung sebagai pengerusi pertandingan


yang di pengerusi oleh Encik Tan Woon Por di Kejohanan Bola Baling antara kelab
kelab Komanwel pada tahun 1994. Pada tahun yang sama Encik M. Nadarajan telah
dijemput oleh Jawatankuasa Sukan Asia di Hiroshima sebagai pemerhati dalam
Kejohanan bola baling Sukan Asia.

You might also like