You are on page 1of 15

FONOLOGI -BUNYI VOKAL DAN

KONSONAN
HURUF VOKAL DAN KONSONAN, DAN CARA MEMBUNYIKANNYA
PENDAHULUAN
Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan ini sememangnya
kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986) mengatakan
bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh
badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara.

Huraian mengenai vokal dan konsonan tergolong dalam bab fonetik dan fonologi. Maksud dan
definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan
dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala mengikut Merriam
Websters Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai the system of
speech sounds of a language or group of languages.

Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut kamus dewan, fonologi
merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam Websters
Collegaite Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai the science of speech
sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more
related languages.

Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi


sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.
Huraian huruf Vokal
Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal Dalam bahasa Melayu. Ini diterapkan
dalam rajah berikut.
Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [] dan [a] manakala tiga Vokal
belakang iaitu [u], [o] dan [ ]dan satu vokal tengah, iaitu []. secara nyata vokal-vokal Ini tidak betul-betul
menyerupai vokal kardinal sepenuhnya. Walau bagaimanapun Vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut
persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal.

Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara
dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang
sekatan atau geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara
keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran.

Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu,
keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada depan
lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau
diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui rongga
mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara
dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal
yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara
bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal rangkap.
Huraian Huruf konsonan
Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau
halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara
dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan
udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah
konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.

Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman.
Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa
Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa melayu terdapat 9 jenis
konsonan iaitu :

a)

Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).

b)

Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).

c)

Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).

d)

Satu konsonan hentian glotis. ( ? )

e)

Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )

f)

Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s) dan geseran glotis bersuara
( h ).

g)

Satu konsonan getaran bersuara ( r ).

h)

Satu konsonan sisian bersuara ( i ).

i)

Empat konsonan sengauan bersuara (m, n, , n )

j)

Dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( i ) dan separuh vokal dua bibir bersuara (w).

k)

Satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).

Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir,


gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung.

Cara membunyikan huruf vokal


Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa terdapat lapan jenis huruf vokal yang wujud dalam
bahasa Melayu. Huraian berikut menyatakan peranan dan keadaan serta kedudukan alat-alat artikulasi
seperti bibir, lidah, anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan vokal-vokal bahasa
Melayu.

(a) Vokal depan sempit [i]. cara membunyikannya:


(a) Keadaan bibir hampar
(b) Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh
lelangit keras
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui
rongga hidung Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan sempit [i] seperti pada perkataan berikut:

Awal
Ikan
Ibu

Tengah
Bila
Tiba

(a) Vokal depan separuh sempit [e]. cara membunyikannya:

Keadaan bibir hampar

Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah gigi gusi

Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga

hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari

paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan

Akhir
Tali
Padi

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh sempit [e] seperti pada perkataan berikut:

Awal
Enak
Elok

Tengah
Teleng
Leher

Akhir
Tauge
Tempe

(b) Vokal depan separuh luas atau lapang []. Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui
rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh luas atau lapang [] seperti pada perkataan
berikut:

Awal
Esa
Enak

Tengah
Belek
Belok

Akhir
Tauge
Tempe

(c) Vokal depan luas atau lapang [a]. Cara membunyikannya:


(a) Keadaan bibir hampar
(b) Depan lidah diturunkan serendah mungkin
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui
rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas atau lapang [a] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal
Awan
Anak

Tengah
Kadar
Beras

(d) Vokal belakang sempit [u]. Cara membunyikannya:


(a) Keadaan bibir hampar

Akhir
Siapa
Nama

(b) Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit
lembut
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui
rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u] seperti pada perkataan yang berikut:
Awal
ubat
ular

Tengah
bulat
sudu

Akhir
Batu
Palu

(a) Vokal belakang separuh sempit [o]. Cara membunyikannya:


(a) Keadaan bibir hampar
(b) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit
lembut
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui
rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o]. seperti pada perkataan yang
berikut:

Awal
Orang
Otak

Tengah
Tolong
Bohong

Akhir
Pidato
Koko

(b) Vokal belakang separuh luas atau lapang []. Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Belakang lidah dinaikkan separuh rendah
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui
rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas atau lapang seperti [ ]seperti pada
perkataan yang berikut:
Awal
Orang
Oleh

Tengah
Borong
Bolot

Akhir
Soto
Teko

(f) Vokal tengah []. Cara membunyikannya:


(a) Keadaan bibir antara hampar dengan bundar
(b) Tengah lidah dinaikkan kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui
rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [] seperti pada perkataan berikut:

Awal
Emak
Empat

Tengah
Penat
Tenat

Akhir
Sosialisme
Behaviurisme

Cara Membunyikan Konsonan


Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan mengikut cara dan
daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut:

Cara sebutan
Letupan
Letusan
Sengau
Geseran
Getaran
Sisian
Separuh

bibir
Pb
M
W

Daerah sebutan
Gigi-gusi
Lelangit keras
Td
Cj
N
(ny)
S
R
L
Y

Lelangit lembut
Kg
(ng)
-

Glottis
H
-

vokal
Hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan, iaitu
p,t, k, m, n, ng, s, h, r dan l. konsonan b, d, g, c dan jbab, had, koc dan kolej. Huruf konsonan ny, w dan
y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan . hanya berada pada akhir perkataan dalam perkataanperkataan pinjaman seperti

Huraian berikut dapat menjelaskan peranan, keadaan dan kedudukan alat-alat artikulasi seperti
bibir, lidah anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan konsonan bahasa Melayu asli.
Huraian ini disertakan dengan gambar rajah bagi membantu memahami cara setiap konsonan tersebut
dihasilkan.

(a) Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibir bersuara [b]. Cara
membunyikannya:

Bunyi konsonan [p]

Bunyi konsonan [b]

1.

Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan


penuh pada arus udara dari paru-paru ke rongga

Cara membunyikan sama seperti membunyikan


konsonan [p]. yang berbeza ialah:

mulut.
2.

3.

Lelangit lembut dinaikkan ke belakang atau ke


1.
dinding rongga tekak untuk membuat sekatan
2.

Pita suara dirapatkan.

udara dari paru-paru ke rongga hidung.

mulut dengan mengetarkan pita suara.

Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga

Pita suara direnggangkan.

4.

3.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir
Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut bersuara [b].
tanpa menggetarkan pita suara.

5.

Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta- merta.


Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir
tidak bersuara [p].

Contoh perkataan:

Huruf
Konsonan [p]
Konsonan [b]

Awal
Palu
Batek

Tengah
Lapik
Rabun

Akhir
Atap
Adab

(b) Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d]
Cara membunyikannya:

1.

Bunyi konsonan [t]


Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk
membuat sekatan penuh pada arus udara.

2.

membunyikan konsonan [t]. yang berbeza ialah:

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke


belakang atau ke dinding rongga tekak untuk
1.
menutup arus udara ke rongga hidung.
2.

3.

Bunyi konsonan [d]


Cara membunyikan konsonan sama seperti

Pita suara direnggangkan .

Pita suara dirapatkan.


Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga

mulut dengan menggetarkan pita suara.


Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga
3.
Bunyi yang dihasilkan ialah letusan gusi
mulut tanpa menggetarkan pita suara.
bersuara [d].
5. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi
4.

dilepaskan serta-merta.
6.

Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak


bersuara [t].

Contoh perkataan:

Huruf
Konsonan [t]
Konsonan [d]

Awal
Takut
Dalam

Tengah
Batas
Tanduk

Akhir
Padat
Abad

(c) Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan letupan langit lembut bersuara [g].
Cara membunyikannya:
1.

Bunyi konsonan [k]


Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut
untuk membuat sekatan penuh pada arus udara .

2.

Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke


1.
rongga tekak bagi menyekat arus udara dari
2.
paru-paru ke rongga hidung. 3.
renggangkan. 4.

Pita suara di

Arus udara keluar dari paru3.

paru melaui rongga mulut tanpa menggetarkan


pita suara. 5.

Cara

Bunyi konsonan [g]


membunyikan konsonan sama

seperti

membunyikan konsonan [k]. yang berbeza ialah:


Pita suara dirapatkan .
Arus udara dari paru-paru yang keluar melalui
rongga mulut mengetarkan pita suara.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut
bersuara [g].

Sekatan udara yang dibuat oleh

belakang lidah dilepaskan serta merta.


6.

Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit


lembut tidak bersuara [k].

Contoh perkataan:
Huruf
Konsonan [k]
Konsonan [g]

Awal
Kala
Garam

Tengah
Makan
Pagar

Akhir
Tamak
Dialog

(d) Hentian glotis [?] dan Cara membunyikannya:


(a) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat
sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung
(b) Pita suara dirapatkan sepenuhnya
(c) Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang rapatan pita suara.
(d) Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara

Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti pada perkataan berikut:

Awal
Anak
Ikan

Tengah
Saat
Rakyat

Akhir
Lemak
Budak

(e) Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [] dan konsonan letusan lelangit keras bersuara []. Cara
membunyikannya:
1.

Bunyi konsonan []
Hadapan lidah rapat ke lelengit keras untuk
membuat sekatan pada arus udara.

2.

Cara

Bunyi konsonan []
membunyikan konsonan sama

seperti

membunyikan konsonan []. yang berbeza ialah:

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke


1.
belakang atau ke dinding rongga tekak untuk
2.

Pita suara dirapatkan.


Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga

membuat sekatan terhadap arus udara dari paru-

mulut dengan menggetarkan pita suara.

paru ke rongga hidung.

Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras

3.

3.

Pita suara direnggangkan.

gusi bersuara []

4.

Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut


tanpa menggetarkan pita suara.

5.

Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di


lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan.

6.

Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras


gusi tidak bersuara [].

Contoh perkataan:
Huruf
Konsonan []
Konsonan []

Awal
Cara
Jala

Tengah
Laci
Kanji

Akhir
Koc
Kolej

(f) Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]:


(a) Hadapan lidah dinaikan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paruparu ke rongga hidung.
(c) Pita suara di renggangkan.
(d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara
(e) Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi
tidak bersuara [s].

Contoh perkataan:
Awal
Silap

Tengah
Lasak

Akhir
Pedas

Satu

Lesu

Lemas

(f) Konsonan getaran gusi bersuara [r]:


(a) Hujung lidah dikenakan pada gusi.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara
dari paru-paru ke rongga hidung.
(c) Pita suara dirapatkan.
(d) arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara
(e) arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti pada perkataan berikut:
Awal
Rapat
Rugi

Tengah
Tiram
Seram

Akhir
Sabar
Lebar

(f) Konsonan gusi bersuara [I]:


(a) Hujung lidah dikenakan pada gusi.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung untuk membuat sekatan arus udara
dari paru-paru ke rongga hidung.
(c) Pita suara dirapatkan
(d) Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara
(e) Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [I] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal
Lagu
Lipat

Tengah
Tilam
Kelam

Akhir
Tebal
Kekal

(f) Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]:


(a) Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara.
(g) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga
hidung.
(h) Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung.
(i)

Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran.

(j)

Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m] seperti pada perkataan yang berikut:
Awal
Tengah
Macam
Teman
Murah
Lumba
(k) Konsonan sengau gusi bersuara [n] cara membunyikannya:

Akhir
Ketam
Badam

(a) Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga
hidung.
(c) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung
(d) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [n] seperti pada perkataan berikut:
Awal
Naga
Nilam

Tengah
Tanah
Panah

(e) Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [] cara membunyikannya:

Akhir
Taman
Laman

(a) Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari paruparu masuk ke rongga hidung.
(c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan
(d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung.
(e) Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan pelahan-pelahan.

Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau lelangit lembut bersuara [] seperti yang berikut:
Awal
Ngilu
Ngeri

Tengah
Bingka
Rangkap

Akhir
Lalang
Tulang

(f) Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [] . Cara membunyikannya:


(a) Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara
(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang terkeluar dari paruparu ke rongga hidung
(c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan
(d) Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung
(e) Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara ( )seperti perkataan yang
berikut:

Awal
Nyaris
Nyala

Tengah
Banyak
Senyap

Akhir
-

(f)

Separuh vokal dua bibir bersuara [w]:

(a) Bibir di bundarkan.


(b) Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.
(c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara udara dari paru-paru ke
rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal tengah
[w].

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w] seperti pada perkataan yang
berikut:

Awal
Waris
Wajar

Tengah
Kawan
Lawan

Akhir
Takraw
-

(g) Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]. Cara membunyikannya:

(a) Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi.


(b) Bibir di hamparkan.
(c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari paru-paru ke rongga
hidung.
(d) Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal [j].
(e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh vokal lelangit keras bersuara [j]

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j] seperti pada perkataan
berikut:

Awal
Yakin

Tengah
Tayang

Akhir
-

Yuran

Payah

KESIMPULAN
Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara lansung. Organ tutur manusia ini
disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan
dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang
bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam
menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam
menghasilkan bunyi.

Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi
manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang
bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan
keadaan pita suara. sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya,
maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika
pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak
berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.

RUJUKAN
Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti
Ahmad Kamal Muhammad (1992). Kejayaan Komunikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise
Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana.

You might also like