You are on page 1of 7

2.

Konsep Autonomi, Tugas Dan Peranan Guru


Autonomi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud 'pentadbiran

sendiri' iaitu satu konsep dalam isu moral, perubatan, politik dan falsafah. Namun,
kebanyakan penduduk dunia lebih mengenali maksud autonomi dari sudut politik
iaitu pemerintahan sendiri sebuah wilayah dalam sesebuah negara.
Kamus Dewan(1994) mendefinisikan, pengupayaan sebagai kebolehan bagi
mencapai ataupun melakukan tugas. Dalam satu lagi keadaan, pengupayaan juga
didefinisikan sebagai proses yang membolehkan penguasaan individu itu supaya
dapat berfikir, bertindak menguasai tugasan yang dipegang dan membuat keputusa
dengan

bebas.

Dalam

konteks

pendidikan,

Noe

dan

rakan-rakan

(1997)

mendefinisikan pengupayaan sebagai autonomi guru dalam melakukan tugas.


Autonomi atau kuasa ini merangkumi aspek penyelesaian masalah, membuat
keputusan dan mengambil tindakan.

Manakala Robbina(1998) pula melihat

pengupayaan sebagai pemberian kuasa pada guru bagai melakukan tugas dan pada
masa yang sama guru berusaha mengawal pelajar.
Jelaslah

di

sini,

pengupayaan

adalah

pemberian

ataupun

ataupun

penyerahan kuasa pihak pengurusan kepada guru dalam melaksanakan tugas yang
diarah atau dipertanggungjawabkan.

Pengupayaan memainkan peranan yang

penting bagi menjamin keberkesanan pengurusan organisasi seperti sekolah dalam


menangani serta menghadapi apa jua cabaran yang datang.
Dewasa ini, sering kali dibicarakan tentang autonomi seorang guru. Adakah
harus

seorang guru itu diberikan lebih autonomi dalam menjalankan tugas dan

peranannya. Sebagai seorang pendidik yang telah berkhidmat selama lebih kurang
dua puluh satu tahun, sejujurnya saya amat menyokong guru perlu diberi autonomi
dalam menjalankan tugas.
Sebelum kita membicarakan dengan lebih lanjut tentang autonomi ini, saya
akan membicarakan tentang tugas dan peranan guru. Guru merupakan jabatan atau
profesion yang memerlukan keahlian. Sebab orang yang pandai berbicara dalam
bidang-bidang tertentu, belum dapat disebut sebagai guru. Untuk menjadi guru
diperlukan syarat-syarat khusus, apalagi sebagai guru yang profesional yang harus
2

mengusai betul seluk-beluk pendidikan dan pengajaran dengan berbagai ilmu


pengetahuan lainnya yang perlu dibina dan dikembangkan melalui pendidikan
tertentu atau pendidikan prajabatan.
Oleh sebab itu guru adalah imej seorang pemimpin. Ia adalah model yang
dapat membentuk jiwa dan watak anak didik. Guru mempunyai kekuasaan untuk
membentuk dan membangun kepribadian anak didik menjadi seorang yang berguna
bagi agama, nusa dan bangsa.
Maka jika kita membicarakan tugas guru, sesungguhnya ia mempunyai tugas
yang banyak, baik yang terikat ataupun tidak. Namun demikian juga dikelompokkan
maka guru memiliki tiga jenis tugas, yaitu : (1) tugas guru dalam bidang profesional
(2) tugas kemanusiaan (3) tugas dalam bidang kemasyarakatan.
Pertama, guru merupakan profesionalisme atau pekerjaan yang memerlukan
keahlian khusus sebagai guru. Dan hal ini tidak semua orang dapat melakukannya.
Dalam konteks ini tugas guru meliputi mendidik, mengajar, dan melatih. Mendidik
bererti meneruskan dan mengembangkan nilai-nilai hidup. Mengajar bererti
meneruskan dan mengembangkan ilmu pengetahuan dan teknologi. Tugas guru
sebagai pendidik bererti meneruskan dan mengembangkan nilai-nilai hidup kepada
anak didik. Tugas guru sebagai pengajar bererti meneruskan dan mengembangkan
ilmu pengetahuan dan teknologi kepada anak anak didik. Sedangkan melatih bererti
mengembangkan keterampilan kepada siswa atau dengan kata lain tugas guru
sebagai pelatih bererti mengembangkan keterampilan dan menerapkannya dalam
kehidupan demi masa depan anak didik.
Kedua, tugas guru dalam bidang kemanusiaan di sekolah harus dapat
menjadikan dirinya sebagai orang tua kedua. Ia harus mampu menarik simpati dan
menjadi idola para pelajarnya. Oleh karena itu seorang guru harus mampu
memahami jiwa dan watak anak didik. Maka pelajaran apapun yang diberikan,
hendaknya dapat menjadi motivasi bagi pelajar untuk belajar. Jika seorang guru
dalam penampilannya sudah tidak menarik , maka kegagalan pertama adalah tidak
dapat menanamkan benih pengajarannya kepada para pelajarnya. Guru harus
menanamkan nilai kemanusiaan kepada anak didik.

Ketiga, tugas guru di bidang kemasyarakatannya. Dalam bidang ini guru


mempunyai tugas mendidik dan mengajar masyarakat untuk menjadi warga negara
yang bermoral. Guru tidak hanya diperlukan oleh para murid di ruang-ruang kelas,
tetapi juga diperlukan oleh masyarakat di sekelilingnya dalam menyelesaikan aneka
ragam permasalahan yang dihadapi masyarakat. Jika dipahami, maka tugas guru
tidak hanya sebatas dinding sekolah, tetapi juga sebagai penghubung antara
sekolah dan masyarakat.. Di samping itu juga, guru mempunyai tugas lain yang
bersifat pendukung, yakni membimbing dan mengelola sekolah. Tiga tugas ini
mewujudkan tiga layanan yang harus diberikan guru kepada pelajar dan tiga
peranan yang harus dijalankannya.
Sebagai pengajar guru, mempunyai tugas menyelenggarakan proses
pengajaran dan pembelajaran. Tugas yang mempunyai impak terbesar daripada
profesion keguruan ini pada garis besarnya meliputi empat pokok, iaitu:
a)

menguasai bahan pengajaran

b)

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

c)

melaksanakan, memimpin, dan mengelola proses pengajaran dan


pembelajaran

d)

menilai kegiatan pengajaran dan pembelajaran


Sebagai pembimbing, guru mempunyai tugas memberi bimbingan kepada

pelajar dalam memecahkan masalah yang dihadapinya, sebab proses pengajaran


dan pembelajaran berkaitan rapat dengan berbagai masalah di luar kelas yang
sifatnya bukan akademik.
Tuntutan pada profesionalisme terhadap anak didik, sudah pasti akan
menambah tanggungjawab guru. Dengan menyedari besarnya tanggungjawab guru
terhadap anak didiknya, hujan dan panas bukanlah menjadi penghalang bagi guru
untuk selalu hadir di tengah-tengah anak didiknya. Namun demikian, menjadi
catatan bagi guru bahawa tanggungjawab guru tidak hanya memberikan

ilmu

pengetahuan ke dalam otak anak didik. Tapi yang terpenting adalah membentuk jiwa

dan watak anak didik. Sebab pendidikan dilakukan tidak semata-mata dengan
perkataan, tetapi dengan sikap, tingkah laku, dan perbuatan.
Anak didik lebih banyak menilai apa yang guru tampilkan dalam pergaulan di
sekolah dan di mata masyarakat daripada apa yang guru katakan, tapi baik
perkataan maupun apa yang guru tampilkan, keduanya menjadi penilaian anak didik.
Oleh karena itu apa yang dikatakan guru hendaknya dipraktikan dalam kehidupan
seharian. Perlu diingat bahawa bimbingan diberikan kepada anak didik tujuannya
agar mampu mengenal dirinya sendiri, memecahkan masalahnya sendiri, mampu
menghadapi kenyataan dan memiliki stamina emosional yang baik. Bimbingan ini
sebenarnya tidak mesti menjadi tanggungjawab guru saja, seperti yang terjadi pada
sekolah umumnya, akan tetapi saya berpendapat bahawa semua guru terlibat
langsung dalam memberikan bimbingan, yang menjadikan profesion guru sebagai
manusia yang selalu menjadi tauladan terhadap anak didiknya.
Oleh sebab itu atas profesion inilah maka meningkatkan kecekapan hidup
dan profesionalisme bagi guru. Kemampuan harus selalu dipupuk dalam diri guru
sejak ia mengikuti pendidikan sampai ia bekerja.
Berdasarkan konsep profesion, perguruan dan keguruan dihuraikan di atas,
maka profesion perguruan boleh dierti katakan sebagai pekerjaan pengajaran yang
memerlukan pelajaran yang lebih tinggi dan latihan khas, misalnya latihan yang
dijalankan dalam institut perguruan. Ini bermakna guru sebagai profesional
merupakan orang yang mengamalkan ilmu pengetahuan , pengetahuan , kepakaran
dan

kemahirannya

dalam

profesion

keguruan.

Peranan penting dimainkan oleh seseorang guru dalam sebuah sekolah tidak
kurang pentingnya, malah amat penting dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat
sekolah. Antara peranan dan tanggungjawab guru ialah merancang aktivti
pengajaran berdasaakan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah
mengikut strategi pengajaran yang sesuai. Sebagai penggerak pembelajaran
dengan membimbing murid-murid supaya mereka berusaha belajar secara individu
ataupun secara kumpulan. Manakala, guru harus mengurus bilik darjah seperti
mengurus rutin bilik darjah, menentukan corak penyusunan meja kerusi dan
peralatan untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.
5

Bukan setakat itu sahaja guru juga berperanan sebagai ibu bapa kepada muridmurid, demi menjaga keselamatan dan kebajikan mereka. Peranan ini membantu
murid-murid menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagian keluarga
mereka.
Sebagai pembimbing dan kaunselor guru dapat memberi nasihat dan bantuan
kepada muri yang mhan untuk membantu menghadapi masalah dalam proses
pembelajaran atau masalah peribadi. Seseorang guru sebagai pemeriksa dan
penilai seperti memeriksa buku kerja murid, kertas ujian , peperiksaan dan
berdasarkan hasil pemeriksaan, menilai perestasi murid serta mengenalpasti
kelemahan yang terdapat dalam pembelajaran mereka. Berdasarkan punca
kelemahan yang telah dikenalpasti guru dapat merancang aktiviti pemulihan untuk
membantu

murid

Peranan

dan

mengatasi

masalah

tanggungjawab

guru

pembelajaran

yang

termasuk sebagai

dihadapi.

kerani

seperti

melakukan kerja-kerja menaip kertas-kertas soalan yang disediakan, merekod


markah-markah ujian,mengisi keputusan peperiksaan dalam buku kemajuan ,
menulis surat kepada ibu bapa dan kerja-kerja kerani yang lain. Selain itu guru juga
berperanan

pelajar

dengan

mengikuti

kursus

meningkatkan

keilmuan

profesionalisme keguruan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan mutu


pengajarannya. Guru juga harus mempunyai perhubungan sebagai pegawai di
antara guru besar dengan murid, di antara pihak sekolah dengan ibu bapa.
Secara khususnya pula guru berperanan dan bertanggungjawab sebagai
pengamal ilmu. Dalam erti kata lain guru mempunyai peranan yang utama lagi mulia
dalam memindahkan ilmu yang baik , meninggikan adab murid serta memberi
petunjuk
Guru

kearah
sebagai

jalan

yang

pengamal

benar

kemahiran

sebagai
profesional

pengamal
harus

ilmu.

mempunyai

pengetahuan yang luas, kemahiran dan kaedah penyampaian yang cekap serta
mempunyai sahsiah yang elok dan bersikap dedikasi. Guru yang memperolehi
kemahiran profesioanal adalah bertauliah dan cekap menjalankan tugas-tugas
seperti pengajaran, bimbingan dan aktiviti ko-kurikulum berlandaskan amalan teoriteori pendidikan. Seorang guru mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam
6

tentang

matapelajaran

pengajarannya

yang

dapat

hendak

diajarnya

difahami

oleh

agar

penyampaian

dalam

murid-muridnya.

Guru sebagai agen sosialisasi. Sehubungan ini guru harus berperanan


sebagai penyebar ilmu kemasyarakatan serta membentuk sahsiah yang sesuai
dengan norma dan nilai masyarakat. Tambahan lagi guru juga membentuk
masyarakat penyayang serta menjadi rol model kepada muri dan masyarakat.
Guru juga berperanan sebagai agen perubahan. Sebagai agen perubahan
guru bertanggungjawab membentukkan akhlak mulia dan jati diri disamping
membina kekuatan minda dan kreativiti dikalangan murid dalam usaha mencapai
matlamat negara bagi menghadapi pelbagai cabaran dunia tanpa sempadan.
Guru sebagai pakar rujuk serta seorang profesional, wajarlah sentiasa belajar
dan meningkatkan keupayaan agar dapat menjadi pakar rujuk bukan sahaja kepada
murid tetapi juga kepada rakan sejawatan. Guru sebagai seoarang pakar rujuk perlu
memiliki ciri-ciri seperti kemerlangan peribadi, kecemerlangan pengetahuan dan
kemahiran, kecemerlangan dalam kerja, kecemerlangan berkomunikasi dan
mempunyai potensi untuk menyumbang tenaga kearah kejayaan sekolah dan
negara.
Peranan guru sebagai pembimbing (mentor) ialah menutamakan kebajikan,
kemajuan dan keselamatan murid-murid daripada hal-hal lain. Guru juga harus
membimbing dan mengajar muri-murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah
atau bayaran. Guru hendaklah membimbing murid-murid yang menhadapi masalah
agar mereka dapat membina sifat keyakinan diri dan menyertai aktiviti pembelajaran
dengam aktif. Guru sebagai penyelidik, salah satu usaha utama ialah meningkatkan
teknik pengajaran bilik darjah. Di dalam bilik darjah, guru sedikit sebanyak pasti akan
jumpa masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi, guru bolehlah berkerja sama dengan rakan-rakan sejawat
untuk menjalankan kajian dengan menggunakan kaedah penyelidikan tindakan .
Berdasarkan penerangan saya di atas tentang tugas dan peranan seorang
guru, sudah jelas dan nyata bahawa kerjaya seorang guru ini sangat berat dan
7

mencabar dan sudah sewajarlah kami pihak guru diberikan lebih autonomi dalam
menjalankan tugas sebagai seorang guru. Di sini akan saya nyatakan pendapat
saya mengapa guru itu perlu autonomi.
Umum ketahui guru adalah orang yang penting dalam mengurus, mentadbir
serta memimpin sekolah bagi mencapai matlamat sekolah.

Asas kuasa guru

tertakluk pada kebolehnya bagi mempengaruhi pelajar membuat perubahan,


memperbaiki

ataupun

memajukan

sekolah

ataupun

warga

sekolah.

Guru

seharusnya tidak disekat untuk mempamerkan kebolehannya mengurus sesebuah


sekolah.
Seterusnya, guru tidak berupaya merancang dengan sempurna dan
melaksanakan setiap tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya tanpa
pengupayaan atau autonomi.

Guru yang tidak menurunkan kuasa yang cukup

mendapati diri mereka tidak mempunyai masa cukup bagi menyelesaikan kerja.
Di samping itu, penurunan kuasa yang tidak betul juga boleh menyebabkan
guru tidak berpuas hati dengan tugas yang dilakukan oleh pelajarnya. Hal
sedemikian boleh menyebabkan pelajar pula kuranga bersemangat dan berinisiatif
apabila menyelesaikan kerja yang ditugaskan kepada mereka.
Para guru juga terlalu dibebani dengan tugas-tugas pengkeranian yang
sepatutnya tidak perlu ada.

Guru seharusnya hanya bertugas dengan tugas

khususnya iaitu menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Jika guru diberi
autonomi saya rasa masalah salah laku guru akan dapat dikurangkan.
Jadi di sini, telah nyata menunjukkan kepada kita melalui autonomi guru
dapat menumpukan tugasnya dalam hal-hal pentadbiran dan penyelarasan.
Autonomi yang berkesan dapat menyampaikan matlamat melalui orang lain.
Ia adalah salah satu cabaran yang sukar bagi guru. Keberkesanan autonolmi
memerlukan perancangan teliti, komunikasi, tanggungjawab dan harapan yang
berkesan antara guru dan pelajar.

You might also like