You are on page 1of 20

KURSUS

HNS 2013
KENEGARAAN
KUMPULAN: A112PJJ
PENSYARAH:
DR.MAZDI BIN MARZUKI

TUGASAN 1

Jelaskan sumbangan Dato Onn Jaafar


dalam
proses kemerdekaan negara kita.
DISEDIAKAN OLEH:
Nama
NOORLIES BINTI SUKUR

No.ID
D20112054887

No. Telefon
014-5697242

TARIKH SERAHAN: 06 APRIL 2012

HNS2013 KENEGARAAAN

ISI KANDUNGAN
TAJUK
1.0 PENGENALAN

HALAMAN
2

2.0 BIODATA DATO ONN JAAFAR

2.1 PENDIDIKAN DATO ONN JAAFAR

2.2 KEPERIBADIAN DATO ONN JAAFAR

2.3 KERJAYA AWAL DATO ONN JAAFAR

2.4 KEHIDUPAN RUMAHTANGGA DATO ONN JAAFAR

2.5 KERJAYA POLITIK DATO ONN JAAFAR

2.6 KEHILANGAN PAHLAWAN NEGARA

3.0 SUMBANGAN-SUMBANGAN DATO ONN JAAFAR

10

3.1 MENYERU ORANG MELAYU BERSATU DAN MENUMPASKAN


MALAYAN UNION.

11

3.2 CADANGAN PENUBUHAN SEBUAH PARTI POLITIK UNTUK


MENENTANG MALAYAN UNION.

12

3.3 BERJAYA MENGANJURKAN KONGRES MELAYU PADA TAHUN 1946


DI KUALA LUMPUR.

13

3.4 MENJELAJAH SELURUH SEMENANJUNG TANAH MELAYU DAN


BANTAHAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION.

14

3.5 BERJAYA MEMUJUK RAJA-RAJA MELAYU MEMULAUKAN


UPACARA PERLANTIKAN SIR EDWARD GENT.

15

3.6 MENJADI AJK MENGGUBAL PERLEMBAGAAN UMNO PADA


TAHUN 1949.

16

4.0 PERJUANGAN DAN PERKEMBANGAN UMNO

17

5.0 PENUTUP

19

RUJUKAN

20

HNS2013 KENEGARAAAN

1.0
PENGENALAN

Yang Dipertua pertama UMNO, Allahyarham Dato Onn Jaafar

telah dimartabatkan sebagai

Pengasas Sebuah Negara Bangsa dalam sejarah kemerdekaan negara. Badan Perhubungan UMNO
Negeri Johor mahu Allahyarham dirujuk demikian setelah mengambil kira sumbangannya
menyatupadukan penduduk negara ini, termasuk ketika memulakan langkah tersusun menentang
Malayan Union.
Sejarah perjuangan dan sumbangan besar Dato Onn Jaafar dalam menentukan hala tuju bangsa
Melayu di zaman sebelum kemerdekaan Tanah Melayu patut dikenang dan diingati oleh seluruh
rakyat Malaysia dan dijadikan sebagai satu pembakar semangat bangsa Melayu agar dihormati di mata
dunia sebagai bangsa yang berani, setia dan bersemangat waja dalam menuntut hak berkerajaan sendiri
dan dipimpin oleh bangsa sendiri.
Cogan kata Hidup Melayu yang paling tepat kerana dengan cogan kata ini, orang Melayu akan
memelihara semangat, maruah serta kesopanan bangsa, kita berkehendakkan tanah air dan bangsa ini
terselamat dan kauat bagi menolak keaiban yang menyebabkan kebinasaan dan terhapusnya bangsa
Petikan daripada ucapan Dato Onn Jaffar, Utusan Melayu, 25 Mac 1946.

Ramlah Adam,Abdul Hakim Samuri,Muslimin Fadzil.Buku Teks Sejarah Tingkatan 3.Dewan Bahasa dan Pustaka

HNS2013 KENEGARAAAN

2.0

BIODATA DATO ONN JAAFAR


LATAR BELAKANG DATO ONN JAAFAR

Dato Onn Jaafar semasa kecil

Ayahanda Dato Onn Jaafar


Menteri Besar Johor pertama

Ibunda Dato Onn Jaafar yang berketurunan Turki

Beliau dilahirkan di Bukir Gambir, Johor Bahru. Keluarga Dato Onn Jaafar merupakan antara
keluarga yang paling berpengaruh di Johor semenjak lewat abad ke 19 dan sehinggalah ke hari ini.
Ayahanda beliau, Allahyarham Dato Jaafar Haji Mohamed (1838-1919) merupakan Menteri Besar
Johor pertama dan pengasas sistem pentadbiran Kerajaan Johor, seperti mana yang wujud sehingga
hari ini. Ayahanda beliau berbangsa Melayu dari keturunan Bugis dan berasal dari Daik. Beliau
dilahirkan pada tahun 1838 di Teluk Belanga, Singapura, dan mendapat pendidikan awal di sekolah
Melayu dan Inggeris. Beliau adalah berketurunan Bendahara Paduka Raja Johor dan Bendahara
Kerajaan Melaka. Ibu Dato Onn Jaafar bernama Hanim Rogayah seorang wanita Timor Dekat
berketurunan Turki. Beliau mempunyai 15 orang adik beradik lelaki dan perempuan seibu sebapa,
sebapa dan juga seibu sahaja.
Dato Onn Jaafar telah dipelihara oleh Sultan Ibrahim sejak daripada kecil lagi. Beliau merupakan
anak angkat kepada sultan. Beliau telah diasuh oleh seorang wanita Inggeris di Johor Bahru sebelum
melanjutkan pelajaran ke England bersama-sama tiga orang putera Sultan Ibrahim iaitu Tunku
Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad. Pada tahun 1903, Beliau telah melanjutkan

HNS2013 KENEGARAAAN

pelajaran di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England. Dia ke sana adalah sebagai pengiring puteraputera Sultan Johor.
2.1 PENDIDIKAN DATO ONN JAAFAR

MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR


Dato Onn Jaafar mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England.
Beliau belajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris yang menjaga beliau ketika menjadi anak
angkat Sultan Ibrahim. Pada tahun 1903, beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Alderbury
Lodge di Suffolk, England. Dato Onn meneruskan lagi pelajarannya setelah pulang ke tanah air pada
(1910-1911) di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Setelah tamat pengajian, beliau pulang ke Johor Bahru
dan berkhidmat dengan kerajaan Johor sebagai kerani sambilan di Pejabat Perkhidmatan Pos .

HNS2013 KENEGARAAAN

2.2 KEPERIBADIAN DATO ONN JAAFAR


Dato Onn Jaafar seorang yang berjiwa nasionalisme. Beliau seorang yang bersikap tenang tetapi
tegas dalam membuat keputusan. Beliau telah membangkitkan kesedaran orang Melayu ke arah
kemerdekaan serta memberi harapan baru kepada bangsa Melayu. Beliau telah mengharungi jerih perih
hidup di hutan pada zaman pemerintahan Jepun bersama-sama orang-orang kampung, pengalaman itu
telah mendekatkan beliau dengan erti kemanusiaan sebenar terutama semasa kesusahan dalam
peperangan. Apabila tamatnya perang, beliau membakar semangat orang Melayu untuk bergerak dalam
satu barisan bagi mencapai

kemerdekaan daripada penjajah Inggeris dengan mematikan hasrat

penubuhan Malayan Union. Datuk Onn juga dikenali sebagai seorang tokoh politik yang berkarisma
dan berpandangan jauh. Hasrat beliau yang mahu menyatukan seluruh rakyat negara ini tanpa mengira
bangsa dan keturunan dalam satu ideologi yang sama.

Sikap beliau yang sentiasa tenang dan tidak terburu-buru dalam mengecap kemerdekaan negara
telah digunakan oleh pesaing

politiknya yang sering membakar semangat kemerdekaan dengan

mengangkat senjata. Beliau juga seorang yang tegas, berdisiplin dan merupakan seorang yang rajin dan
tekun. Beliau sangat degil dan tidak akan mengubah haluan sesudah menetapkan hala tuju
matlamatnya. Beliau melakukan segala tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Beliau juga
merupakan seorang pemimpin yang bijak, jujur, ikhlas, bertimbang rasa dan tidak mementingkan
pangkat.2

Semasa dilanda krisis, beliau juga merupakn seorang pemimpin yang tabah dan berani dalam
mengharungi saat-saat yang getir. Ekoran peristiwa tersebut beliau mengalami pahit getir hidup yang
belum pernah dirasainya ketika berada di Singlap. Peristiwa ini jelas memperlihatkan keperibadiannya
yang tinggi dan sanggup mengharungi pelbagai cabaran semasa mentadbir Johor. Namun beliau dilihat
sentiasa mementingkan sultan. Sikapnya tidak pernah takut dan tidak gentar untuk mengambil sesuatu
tindakan yang dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa manusia yang tidak berdosa daripada
terkorban. Dalam hal ini, keselamatan dirinya sendiri telah menjadi perhitungan yang kedua
kepadanya.
2

Unit Media Dan Komunikasi(MedKom)Pejabat Menteri Besar Johor


www.johordt.gov.my. Dipetik daripada sumber internet pada 10/3/2012

HNS2013 KENEGARAAAN

2.3 KERJAYA AWAL DATO ONN JAAFAR


Dato Onn Jaafar mula berjinak-jinak dengan dunia kewartawanan bermula daripada minat dan
kebolehan beliau dalam bidang penulisan. Beliau mengambil peluang baik ini apabila beliau diberi
kepercayaan menyumbangkan sebuah rencana oleh sebuah syarikat akhbar iaitu Syarikat Akhbar
Percetakan Singapura dan akhirnya ditawarkan sebagai penulis tetap pada tahun 1930 ketika beliau
berusia 35 tahun.

Dato Onn Jaafar menggunakan sepenuhnya kesempatan ini untuk mencurahkan isi hati dan
ketidakpuasan diri beliau terhadap Sultan Johor. Beliau menganggap Sultan Johor bedan tidak mesikap
boros dan tidak mempedulikan nasib rakyat jelata. Beliau juga pernah mengkritik Sultan Johor kerana
memaksa Askar Timbalan Setia membuat kerja-kerja buruh seperti buruh paksa untuk kepentingan
perladangan milik peribadi Sultan.
Kelancangan dan keberanian beliau mendapat liputan meluas dari akhbar-akhbar lain. Dato Onn
mula dikenali dan popular dengan cepat. Latar belakang beliau juga diketahui dan banyak penulis dan
masyarakat pembaca Melayu menyukai tulisan yang berani seperti tulisan Dato Onn.3 Di samping itu,
beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun,
Dato Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.

Unit Media Dan Komunikasi(MedKom)Pejabat Menteri Besar Johor


www.johordt.gov.my. Dipetik daripada sumber internet pada 10/3/2012

HNS2013 KENEGARAAAN

2.4 KEHIDUPAN RUMAHTANGGA DATO ONN JAAFAR


Dato Onn mendirikan rumah tangga dengan Datin Halimah binti Hussein pada 3 Mei 1921.
Perkahwinan ini ialah kali yang ketiga bagi Dato Onn dan kali kedua bagi Datin Halimah. Dato Onn
berkahwin bagi kali pertamanya dengan Rafiah, salah seorang anak angkat kepada Dato Jaafar. Hasil
perkongsian hidup ini maka lahirlah tiga orang anak beliau yang kesemuanya perempuan. Mereka ialah
Hawa, Rokiah dan Salehah. Rafiah meninggal dunia semasa melahirkan anak bongsu mereka, Salehah
berumur 10 hari. Daripada isteri yang kedua, Dato Onn mendapat seorang anak perempuan lagi, tetapi
anaknya itu meninggal dunia semasa bayi lagi. Beliau bercerai hidup dengan isteri kedua ini.
Datin Halimah ialah seorang balu yang jelita apabila Dato Onn mengahwininya pada 1921. Suami
Datin Halimah yang pertama ialah Muhammad, salah seorang saudara tua Dato Onn. Setelah isteri
pertamanya, Rafiah, meninggal dunia dengan meninggalkan tiga orang anak yag masih kecil, Datin
Halimahlah yang menolong memelihara anak-anak Dato Onn yang telah kehilangan ibu itu. Beliau
menolong Dato Onn memelihara Hawa, Rokiah dan Salehah tanpa beza membeza dengan anak-anak
kandungnya sendiri, Abid dan Abidin. Anak Dato Onn bersama dengan Datin Halimah ialah Hussein (
kemudian menjadi Perdana Menteri ), Jaafar, Gharieb, Nel, Nurziah dan Tahir.4
Dato Onn sentiasa memberi kepercayaan penuh kepada isterinya, terutama sekali dalam urusan
rumah tangga. Beliau sentiasa bersikap lemah lembut terhadap anak dan isteri. Dato Onn menganggap
isteri bukan sahaja sebagai teman kelamin tetapi sebagai kawan dan sahabat yang sentiasa menjadi
pendamping dalam hidup seseorang manusia. Dato Onn sebagai seorang bapa juga telah berjaya
menanam semangat kekeluargaan, persahabatan dan kemasyarakatan dalam jiwa anak-anaknya, baik
lelaki ataupun perempuan. Beliau sentiasa kelihatan riang gembira apabila berada di sisi anak-anak dan
isterinya, seolah-olah tiada tempat lain lagi di bawah langit ini yang dapat menghiburkan hatinya
seperti di dalam rumah tangganya sendiri.

Tributetodatoonnjaafar.blogspot.com.Dipetik daripada sumber internet pada 10/03/2012

HNS2013 KENEGARAAAN

2.5 KERJAYA POLITIK DATO ONN JAAFAR


Kepimpinan Dato Onn terserlah apabila beliau dilantik khas menjadi pegawai daerah Batu Pahat
bagi menghentikan persengketaan kaum antara orang Melayu dengan orang Cina. Majoriti orang Cina
Batu Pahat telah menyertai MPAJA ketika zaman Jepun kerana penindasan tentera Jepun terhadap
orang Cina. Setelah tentera Jepun menyerah kalah, mereka menjadi komunis dan telah menzalimi dan
menganiayai orang Melayu.

Orang Melayu telah bersatu dan menubuhkan tentera Selimpang Merah yang diketuai oleh Kiai
Salleh dan membalas serangan-serangan orang Cina. Dalam masa yang singkat beribu orang Cina
terbunuh. Apabila sultan menerima laporan dan bantuan perlindungan dari saudagar Cina dari
BatuPahat,

DatoOnn

telah

dititah

menyelesaikan

persengketaan

itu.

Dato Onn telah berjaya memujuk angkatan kumpulan Selimpang Merah yang diketui oleh Kiai
Salleh agar menghentikan serangan dan berdamai. Ketika Inggeris kembali ke Tanah Melayu dengan
idea pemerintahan Malayan Union yang melenyapkan keistimewaan dan hak-hak orang Melayu, Dato
Onn

segera

menubuhkan

Kesatuan

Melayu

Semenanjung Johor

yang

akhirnya

berjaya

menyatupadukan persatuan dan kesatuan Melayu seluruh Tanah Melayu bagi menghalang pencabulan
Inggeris dan menentang Malayan Union.

Beberapa persidangan dan kongres telah diadakan dan di Kongres Melayu di Johor Bahru pada 11
Mei 1946, UMNO dengan rasminya telah ditubuhkan. Dato Onn telah dilantik menjadi Yang
DiPertua. Melalui UMNO, beliau menyusun strategi dan aktiviti menentang Malayan Union sehinggga
Inggeris terpaksa membubarkan penubuhan Malayan Union pada 1 Februari 1948 dan digantikan
dengan Persekutuan Tanah Melayu.

HNS2013 KENEGARAAAN

2.6 HILANGNYA PAHLAWAN NEGARA


Allahyarham Dato Onn Jaafar meninggal dunia pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan
di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor. Berita kematian putera Tanah Melayu ini yang juga
hero politik kebangsaan yang ulung itu, diterima dengan rasa sedih yang amat sangat oleh rakyat
jelata seluruh negara. Antara berjuta-juta penduduk Malaya yang terharu dengan kehilangan anggota
Parlimen yang berkaliber besar dan negarawan yang paling bijak itu ialah Perdana Menteri, Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pada saat keharuannya itu, beliau dengan serta merta mengumumkan
bahawa Kerajaan Persekutuan akan memberi penghormatan terakhir kepada Dato Onn dengan
mengadakan istiadat pengkebumian negara kerana mengenangkan jasanya yang tidak ternilai harganya
kepada nusa dan

bangsanya.

Dato Onn dilahirkan dalam zaman tanah tempat tumpah darahnya masih berada di bawah
pemerintahan asing iaitu penjajahan British. Tetapi beliau meninggal dunia semasa bangsa dan nusa
yang dicintainya mencapai kemerdekaan dan wujud dengan penuh kedaulatan, hasil daripada
perjuangan

keringat

dan

semangat

serta

pengorbanan

rakyat

di

seluruh

negara.

Dato Onn semasa hayatnya menempuh dua zaman, zaman penjajahan dan zaman kemerdekaan,
zaman kehambaan dan zaman ketuanan dengan dirinya terlibat secara langsung dengan aktifnya.
Beliau mengalami rentak ragam dan gaya kedua-dua zaman itu dengan memperlihatkan sikap
keperwiraan dan kebijaksanaan yang sukar dicari taranya di kalangan tokoh politik atau pemimpin
kebangsaan

yang

segenerasi.

Dato Onn dalam arena politik, menongkah langit mengatasi dan jauh ke hadapan mendahului,
rakan-rakan seperjuangan dan seterunya. Tetapi yang lebih penting daripada itu ialah Dato Onn
mengambil bahagian yang lebih besar dan meninggalkan banyak kesan dalam bidang pentadbiran,
sosial dan kebudayaan juga dalam arena politik semasa dalam penjajahan dan selepas Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan.
Maka dengan pemergian beliau, hilanglah sebutir permata namun kilauannya sentiasa akan bersinar
menyuluh hati bangsa Malaysia amnya dan bangsa Melayu khasnya dalam mempertahankan
kesepaduan rakyat yang berbilang kaum yang hidup aman damai di bawah satu bumbung iaitu negara
Malaysia.MERDEKA!!!!...MERDEKA!!!...MERDEKA!!!...

HNS2013 KENEGARAAAN

10

3.0 SUMBANGAN-SUMBANGAN DATO ONN JAAFAR

PENENTANGAN TERHADAP MALAYAN UNION

AHLI KONGRES MELAYU 1946 YANG BERSATU MENENTANG


MALAYAN UNION

HNS2013 KENEGARAAAN

11

BANTAHAN TERHADAP PENUBUHAN MALAYAN UNION


MELALUI AKHBAR

3.1 MENYERU ORANG MELAYU BERSATU PADU DAN MENUMPASKAN


MALAYAN UNION
Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union boleh dibahagikan kepada dua
peringkat yang utama iaitu secara individu dan secara kolektif dan teratur pada peringkat
pertama pelbagai penentangan telah dilakukan antaranya melalui akhbar-akhbar telah
memainkan peranan penting dalam membangkitkan penentangan orang Melayu terhadap
Malayan Union. Akhbar-akhbar telah mendedahkan keburukan dan kerugian yang akan dialami
oleh orang Melayu jika Malayan Union dilaksanakan.

Orang Melayu telah diseru supaya bersatu dalam usaha menentang Malayan Union dan diseru
supaya memulihkan pertubuhan yang telah wujud dan menubuhkan pertubuhan baru. Pertubuhanpertubuhan ini perlu digabungkan bagi menguatkan penentangan orang Melayu terhadap Malayan
Union. Berita tentang penentangan orang Melayu dimuatkan dalam akhbar untuk pengetahuan orangorang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Di antara akhbar-akhbar tersebut ialah Utusan Melayu, Warta
Negara, Majlis dan Pelita Malaya.
Dato Onn Jaafar telah membakar semangat orang Melayu dengan menyeru orang Melayu agar
bersatu padu menentang Malayan Union. Beliau banyak menulis rencana menyedarkan rakyat bahawa
misi sebenar Malayan Union tidaklah seperti yang dijanjikan oleh pihak British. Beliau menggunakan
akhbar sebagai wadah menyampaikan maklumat berkenaan tujuan penubuhan Malayan Union dan
menggesa orang Melayu menentang Malayan Union secara terbuka.

Pada 4 April 1946, petikan daripada ucapan Dato Onn Jaafar yang disiarkan di dalam
akhbar Majlis. Antaranya ialah:
Barang siapa di antara orang-orang Melayu yang menyertai Malayan Union tiada diakui
Melayu.

HNS2013, Kenegaraan;Penjajahan dan Proses Membina Negara, UPSI (MODUL)

HNS2013 KENEGARAAAN

12

Barang siapa di antara orang-orang Melayu yang tiada berkabung maka ertinya ia sukakan
Malayan Union. 6
3.2 CADANGAN PENUBUHAN SEBUAH PARTI POLITIK UNTUK MENENTANG
MALAYAN UNION

Perhimpunan parti-parti politik seluruh Tanah Melayu berhimpun


di Istana Besar, Johor Bahru pada 11 Mei 1946

Dato Onn Jaafar telah mencetuskan penubuhan sebuah parti politik yang menyatukan parti-parti
politik seluruh Tanah Melayu yang

boleh dijadikan wadah perjuangan orang Melayu bagi

memperkasa kemajuan bangsa. Maka terciptalah sebuah parti politik yang berdiri atas nama UMNO
yang tujuan utamanya adalah menentang penubuhan Malayan Union. UMNO berjaya menyatukan
orang Melayu daripada seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Ianya juga bertujuan bagi mewujudkan
sebuah organisasi nasional yang boleh menjaga kepentingan politik dan ketuanan Melayu. UMNO
telah membuka minda bangsa Melayu akan kepentingan pendidikan dalam meningkatkan dan
memajukan jati diri orang

Melayu.

Ramlah Adam,Abdul Hakim Samuri,Muslimin Fadzil.Buku Teks Sejarah Tingkatan 3.Dewan Bahasa dan Pustaka

HNS2013 KENEGARAAAN

13

3.3 BERJAYA MENGANJURKAN KONGRES MELAYU PADA TAHUN 1946


DI KUALA LUMPUR

Kongres Melayu yang pertama telah diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan sulaiman,
Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kongres ini dihadiri oleh 41 buah persatuan dari seluruh Semenanjung
Tanah Melayu. Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam Shah telah merasmikan kongres tersebut.
Baginda telah menderma sebanyak $5000. Kongres bersetuju menubuhkan United Malays National
Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Berkembar untuk menentang
Malayan Union. Pengerusi Kongres Melayu yang pertama ialah Dato Onn Jaafar.

Kongres yang berlangsung ini telah mendapat sambutan yang hebat. Pada hari pertama, beribu-ribu
orang Melayu yang terdiri daripada kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak telah memenuhi padang
Kelab Sultan Sulaiman. Mereka membawa sepanduk yang bertulis kata-kata patriotik menentang
Malayan Union. Seorang wakil kaum perempuan telah tampil berucap membantah pengenalan
Malayan Union. Paling mengharukan ialah ucapan seorang wakil kanak-kanak, yang berpesan dengan
mengatakan; Wahai bapa-bapa kami, peliharalah hak-hak kami sementara kami besar. Kata-kata
itulah yang telah menjadi pendorong dan semangat kepada pemimpin dan ahli-ahli kongres untuk
bersatu dan berjuang menentang Malayan Union. Kesedaran itulah yang telah menyelamatkan generasi
hari ini. 7

Kongres Melayu yang kedua telah diadakan pada 30 hingga 31 Mac 1946 untuk membantah
pengisytiharan Malayan Union yang akan diadakan pada 1 April 1946. Seramai 9 orang wakil daripada
persatuan-persatuan negeri Melayu telah hadir. Mesyuarat diadakan di pejabat akhbar Majlis di Kuala
Lumpur. Kongres kedua ini memutuskan tiga perkara penting sebagai tindakan lanjut menentang
Malayan Union yang di antaranya pemulauan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union oleh
raja-raja Melayu dan orang Melayu yang menganggotai pentadbiran Malayan Union dan menuntut
orang Melayu berkabung selama 7 hari dengan melilitkan kain putih pada songkok.

Ramlah Adam,Abdul Hakim Samuri,Muslimin Fadzil.Buku Teks Sejarah Tingkatan 3.Dewan Bahasa dan Pustaka

HNS2013 KENEGARAAAN

14

3.4 MENJELAJAH SELURUH SEMENANJUNG TANAH MELAYU DAN BANTAHAN


ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION
Orang-orang Melayu dengan diketuai oleh Dato Onn Jaafar telah mengadakan demonstrasi secara
aman bagi membantah cara Sir Harold MacMichael memperoleh tandatangan raja-raja Melayu.
Mereka juga membantah Malayan Union yang akan menghapuskan kedaulatan negeri-negeri Melayu
dan kedudukan mereka sebagai anak negeri. Demonstrasi telah diadakan di beberapa Bandar besar di
Tanah Melayu seperti di Kota Bharu, Kelantan;Alor Setar, Kedah;dan Johor Bahru, Johor.
Tanah Melayu hak Melayu, Malayan Union tidak dikehendaki, antara slogan dalam
penentangan Malayan Union. Orang Melayu juga menunjukkan bantahan mereka terhadap Malayan
Union. Bersatu teguh bercerai roboh, itulah semangat yang patut diamalkan oleh seluruh orang
Melayu.

HNS2013 KENEGARAAAN

15

3.5 BERJAYA MEMUJUK RAJA-RAJA MELAYU MEMULAUKAN UPACARA


PERLANTIKAN SIR EDWARD GENT
Menyedari hakikat bahawa orang Melayu akan kehilangan kuasa di negeri mereka sendiri, maka
Datuk Onn Jaafar dan golongan nasionalis Melayu lain bangun menentang pembentukan Malayan
Union. Antara sebab utama Malayan Union ditentang adalah seperti berikut:

kedaulatan raja-raja Melayu akan tergugat.Baginda akan hanya berfungsi sebagai ketua adat
dan agama sahaja.

pemberian hak kerakyatan yang bebas kepada kaum bukan Melayu membimbangkan orang
Melayu kerana bilangan mereka akan melebihi bilangan orang Melayu

hak keistimewaan orang Melayu sebagai kaum pribumi akan terhapus

orang-orang Melayu tidak suka dengan cara peras ugut yang digunakan oleh Harold Mac
Michael8

Walaupun terdapat bantahan, kerajaan Inggeris tetap mahu meneruskan penubuhan Malayan Union.
Pada 1 April 1946, Malayan Union dilancarkan dengan rasminya dan Edward Gent dilantik sebagai
Gabenor yang pertama .Namun majlis perasmian tersebut telah dipulaukan oleh raja-raja dan pembesar
-pembesar Melayu hasil pujukan Dato Onn.
Ekoran daripada bantahan dan pemulauan itu ,satu rundingan antara Edward Gent ,raja-raja Melayu
dan Datuk Onn telah diadakan .Perundingan itu memutuskan bahawa Malayan Union akan digantikan
dengan satu pemerintahan baru .Akhirnya pada bulan Julai 1946 Malayan Union dibubarkan.

http://ipgktarpengajiansosial.blogspot.com/2010/08/sejarah-awal-negara-malaysia.html
Dipetik daripada sumber internet pada 13/03/2012

HNS2013 KENEGARAAAN

16

3.6 MENJADI AJK MENGGUBAL PERLEMBAGAAN UMNO PADA TAHUN 1949


Dato Onn Jaafar telah menjadi ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab menggubal
perlembagaan UMNO pada tahun 1949. Beliau telah mengambil beberapa perlembagaan parti terkenal
daripada luar negara sebagai panduan dalam menggubal perlembagaan UMNO. Melalui perlembagaan
pertama ini, maka UMNO telah menjadi sebuah parti politik sepenuhnya.

Antara isi kandungan perlembagaan UMNO ialah;


Menjalankan fungsi sebuah parti siasah (politik) di Tanah Melayu yang sempurna sebagai
penyatu bangsa Melayu.
Menjalankan ikhtar dan langkah dengan tujuan mendirikan sebuah kerajaan merdeka yang
memerintah Tanah Melayu.
Memajukan orang Melayu dalam hal yang berkaitan dengan perkara siasah, kebajikan hidup,
kebudayaan dan ikhtisas.
Menjadi pelindung kedaulatan tanah air.
Mula menuntut kemerdekaan

Penubuhan UMNO telah menonjolkan kepimpinan beberapa orang tokoh yang terlibat secara
langsung dalam jawatan kuasa penggubalan perlembagaan UMNO pada tahun 1949. Antaranya ialah
Dato Onn Jaafar sendiri yang telah dilantik sebagai Yang Dipertua UMNO yang pertama (19461951), DatoPanglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmed Kamil Nik Muhamud dan Zainal Abidin bin
Ahmad (Zaba).

HNS2013 KENEGARAAAN

17

PERJUANGAN DAN PERKEMBANGAN UMNO

HNS2013, Kenegaraan;Penjajahan dan Proses Membina Negara, UPSI (MODUL)

HNS2013 KENEGARAAAN

18

5.0 PENUTUP
Jasa Dato Onn yang paling besar kepada bangsa dan nusa yang tidak akan dilupai zaman, ialah
kejayaannya menyatupadukan seluruh umat Melayu ketika Tanah Melayu dilanda oleh malapetaka
politik yang paling besar pernah menimpa bangsa Melayu. Beliau membina landasan untuk mereka
meneruskan perjuangan ke arah kemerdekaan akhirnya. Beliau berhasil mengubah semangat dan
konsep

perjuangan

kebangsaan

daripada

Hidup

Melayu

kepada

Merdeka.

Dato Onn menaja RIDA (sekarang MARA) untk membuka peluang perdagangan dan perusahaan
orang Melayu yang tertutup sepanjang masa yang Tanah Melayu dikuasai oleh penjajah. Beliau
menyedari kelemahan orang Melayu dalam lapangan ekonomi tetapi beliau yakin sepenuhnya bahawa
kedudukan politik tidak boleh kekal dengan lebih kuat jika keadaan ekonomi lemah atau pincang
dalam sebuah negara merdeka yang moden. Nasib ekonomi orang Melayu pada masa hadapan
bergantung kepada jaya atau tidaknya MARA melaksanakn rancangannya; meninggikan taraf hidup
bangsa Melayu.
Dato Onn berjaya mendapatkan sokongan rakyat dan pemerintah untuk mewujudkan satu dasar
negara yang menjadikan bahasa Melayu bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan. Ini adalah satu
sumbangan yang paling besar Dato Onn kepada negara dalam kempen kerajaan Tun Abdul Razak
menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum, kepercayaan serta kebudayaan.10

Sesebuah bangsa berhak menentukan nasib bangsa mereka sendiri namun perlu pengisian rohani,
ilmu yang tinggi dan jiwa yang kental dengan semangat bangsa masing-masing. Kita sebagai pewaris
bangsa Melayu haruslah menjadikan gaya pemikiran dan hala tuju beliau untuk membentuk generasi
akan datang agar tidak hilang Melayu di dunia dengan kemelayuan yang penuh dengan kesopanan,
adat resam dan tradisi yang sentiasa terpelihara dengan jenama Melayu.

10

http://mrf79.design.officelive.com/Documents/Etnik%20Complete.pdf
Dipetik daripada sumber internet pada 13/03/2012

HNS2013 KENEGARAAAN

19

RUJUKAN

HNS2013, Kenegaraan;Penjajahan dan Proses Membina Negara, UPSI (MODUL)

Ramlah Adam,Abdul Hakim Samuri,Muslimin Fadzil.Buku Teks Sejarah Tingkatan 3.Dewan Bahasa
dan Pustaka

Unit Media Dan Komunikasi(MedKom)Pejabat Menteri Besar Johor


www.johordt.gov.my. Dipetik daripada sumber internet pada 10/3/2012

Tributetodatoonnjaafar.blogspot.com.Dipetik daripada sumber internet pada 10/03/2012

http://sejarah-tunsheikh.blogspot.com/2010/06/dato-onn-jaafar-sebelum-malayan-union.html.
Dipetik daripada sumber internet pada 11/03/2012

http://mrf79.design.officelive.com/Documents/Etnik%20Complete.pdf.
Dipetik daripada sumber internet pada 11/03/2012

http://ipgktarpengajiansosial.blogspot.com/2010/08/sejarah-awal-negara-malaysia.html
Dipetik daripada sumber internet pada 13/03/2012

http://sejarahmgcm.files.wordpress.com/2009/07/bab22.pdf
Dipetik daripada sumber internet pada 13/03/2012

HNS2013 KENEGARAAAN

20

You might also like