You are on page 1of 22

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1

Air Larian Permukaan

3.1

Pengenalan
Hujan yang turun ke permukaan bumi sebahagian mengalir mencari jalannya

sendiri melalui permukaan dan bagian atas tanah. Lebihan air hujan yang tidak
diserap oleh tumbuh-tumbuhan ataupun yang jatuh ke permukaan yang tidak telap
seperti permukaan tiruan, bumbung ataupun turapan konkrit akan menyejat,
menyusup ataupun tersimpan sebagai simpanan lekukan. Setelah diambil kira
semua kehilangan, mungkin masih terdapat aliran lebihan yang mengikut hukum
graviti, mengalir di permukaan menuju ke saluran terdekat. Air lebihan tersebut
dikenal sebagai Air Larian Permukaan.
Para pakar hidrologi telah lama mengetahui bahawa hanya seperempat
daripada air hujan yang turun akan kembali ke laut. Selebihnya akan menjadi air
larian permukaan ataupun air bawah tanah.
Secara umum, ianya merupakan pengaliran air larian di atas permukaan
tanah atau bumi akibat hujan yang berlaku dimana air tersebut sebahagiannya
dihalang oleh bangunan, tumbuh-tumbuhan dan struktur yang tidak telap.

3.2

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Air Larian Permukaan

1.1

Keamatan dan Tempoh Hujan yang Berlaku


Keamatan hujan sangat mempengaruhi terbentuknya air larian. Jika

keamatan hujan rendah di suatu kawasan, air hujan mungkin sepenuhnya akan
menyusup ke dalam tanah dan air larian tidak akan terwujud. Begitu sebaliknya jika
keamatan hujan tinggi, dimana tanah mungkin telah tepu dan tidak dapat
menampung air hujan. Akibatnya, kadar susupan rendah dan terbentuklah air larian
permukaan.
Selain dari keamatan hujan, tempoh berlakunya hujan juga memainkan
peranan dalam pembentukkan air larian. Hujan yang turun dalam tempoh yang lama
akan menghasilkan isipadu air yang lebih tinggi yang sebahagiannya mungkin akan
menjadi air larian permukaan.

1.2

Taburan dan Kekerapan Hujan


Kebiasaannya taburan dan kekerapan hujan di setiap kawasan adalah berbeza

antara satu sama lain. Terdapat kawasan yang kerap kali menerima hujan dan
sebaliknya. Taburan dan kekerapan hujan bagi suatu kawasan sangat mempengaruhi
terbentuknya air larian di kawasan tersebut semasa ataupun selepas hujan berlaku.

1.3

Hujan Sebelum dan Kelembapan Tanah Awal


Terbentuknya air larian permukaan tidak lepas daripada kelembapan tanah

suatu kawasan tersebut. Kelembapan tanah salah satunya boleh dipengaruhi oleh
hujan yang berlaku sebelumnya. Dengan adanya hujan tersebut, tanah menjadi lebih
tepu sehingga kadar resapannya lebih rendah berbanding sebelum hujan dan
seterusnya meningkatkan lagi kuantiti kadaralir air larian permukaan.

1.4

Jenis Tanah
Sifat fizikal tanah sangat memberi kesan kepada pembentukan kadar air

larian permukaan di suatu kawasan. Kadar ketelapan tanah bergantung kepada jenis
tanah. Misalnya tanah liat mempunyai kadar ketelapan yang rendah berbanding
tanah pasir ataupun kelikir. Dengan demikian, kadaralir air larian permukaan bagi
kawasan tanah liat adalah lebih besar berbanding kawasan berpasir kerana jumlah
air larian permukaan adalah berkadar songsang dengan kadar ketelapan.

1.5

Guna Tanah
Air larian permukaan juga dipengaruhi oleh jenis penggunaan tanah.

Misalnya bagi suatu kawasan membangun, dimana kebiasaannya tanah di kawasan


tersebut telah padat sepenuhnya. Ini menyebabkan kadar resapan tanah adalah
rendah. Akibat daripada itu, kadar susupan air akan berkurangan dan seterusnya
meningkatkan kadar air larian permukaan.
Selain dari pembangunan, pertukaran lapisan sediada kepada lapisan tak
telap seperti jalan konkrit, taman-taman permainan yang menggunakan lapisan
konkrit dan pusat sukan juga akan menambah kuantiti air larian kerana air larian
permukaan adalah berkadar langsung dengan jumlah penggunaan tanah di suatu
kawasan.

1.6

Keadaan Topografi
Keadaan bentuk muka bumi juga merupakan salah satu faktor yang

mempengaruhi jumlah air larian permukaan. Kawasan yang berkecerunan rendah


mempunyai halaju aliran yang rendah sehingga memungkinkan berlakunya takungan
air larian dan keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir. Tetapi bagi
kawasan yang berkecerunan tinggi, halaju air larian permukaan adalah tinggi

sehingga kadar resapan air ke dalam tanah berkurangan. Air akan terus mengalir ke
kawasan yang lebih rendah.

2.2

Fenomena Banjir

2.1

Pengenalan
Apabila hujan turun dengan lebat dan berlarutan, air larian yang berlebihan

dengan kuantiti yang besar dan tidak dapat ditampung oleh saliran yang telah penuh
dan akan melimpah menyebabkan berlakunya banjir. Banjir dapat didefinisikan
sebagai limpahan air dari tebing-tebing sistem saliran atau perparitan yang gagal
menampung kadaralir dan isipadu air larian permukaan semasa ataupun selepas
hujan berlaku.

2.2

Jenis-jenis Banjir
Menurut tempoh dan keamatan hujan, banjir dapat dikelaskan kepada 3 jenis

iaitu:
a.

Banjir kilat
Banjir yang berlaku dalam tempoh masa yang singkat hasil dari keamatan
hujan yang tinggi.

b.

Banjir kawasan
Banjir ini terjadi jika saliran sediada dalam suatu kawasan yang luas tidak
dapat menampung lebihan curahan. Disamping itu, penyusupan air larian
berkurangan disebabkan kapasiti air yang berlebihan di dalam tanah akibat
hujan yang berlaku secara berterusan.

c.

Banjir empangan
Banjir seperti ini berlaku akibat kegagalan empangan untuk menampung
kuantiti air yang banyak.

2.3

Sebab Berlakunya Banjir

2.3.1

Infrastruktur Saliran tidak Mencukupi


Saiz parit yang tidak sesuai dengan keluasan tadahan untuk menampung

kapasiti air larian permukaan pada masa tersebut sehingga limpahan keluar berlaku
ketika kadaralir tinggi.

2.3.2

Pembangunan
Pembangunan yang berkembang dengan pesat dan tidak terkawal

merendahkan lagi kadar resapan air ke dalam tanah dan menambah luas kawasan
yang tidak telap air sehingga meningkatkan lagi air larian permukaan.

2.3.3

Penyelenggaraan tidak Sempurna


Penyelenggaraan yang dilakukan seperti pembersihan sistem saluran ataupun

sungai tidak dilakukan secara berkala sehingga sampah sarap yang ada menghalang
aliran dengan lancar.

2.3.4

Pemendapan Sungai dan Sistem Perparitan


Pendangkalan dan perubahan bentuk sungai ataupun sistem perparitan

disebabkan oleh pengangkutan sampah sarap dan pemendapan pepejal terampai,


sedimen-sedimen tanah ataupun akibat hakisan tanah di tebing sungai.

2.3.5

Penggunaan Tanah tanpa Kawalan


Runtuhan tanah ke dalam sistem perparitan akibat proses pembalakan,

pemotongan bukit dan projek-projek pembinaan yang menambah kawasan tak telap
air.

2.3.6

Keadaan Semulajadi
Kawasan yang rendah mempunyai peluang yang lebih tinggi berlakunya

banjir kerana air mudah bertakung, disamping itu kawasan yang mempunyai paras
air bumi yang lebih tinggi daripada paras air laut lebih memungkinkan untuk
mengalami banjir. Bagi kawasan yang berdekatan dengan laut, air pasang laut yang
berlaku juga dapat menyebabkan banjir.

2.4

Kesan Pembangunan Bandar Terhadap Banjir


Dengan adanya pembangunan yang begitu pesat di kawasan bandar, memberi

kesan terhadap berlakunya banjir. Kesan tersebut disebabkan oleh beberapa faktor
diantaranya:

Peningkatan terhadap kawasan tak telap mengurangkan kadar


penyerapan serta takungan air semulajadi yang membawa kepada isipadu
air larian yang besar

Peningkatan kawasan tak telap juga menghalang cas semula kelembapan


tanah sehingga menyebabkan penurunan paras air bumi

Peningkatan halaju aliran di dalam sistem perparitan konkrit akan


menyingkatkan masa penumpuan kawasan tadahan

Discaj isipadu air larian yang lebih besar dijangka akan menyebabkan
kadar aliran puncak yang lebih tinggi

Gangguan terhadap keadaan semulajadi mengurangkan keupayaan


penyimpanan yang ada di bahagian hulu sehingga peningkatan kadar
aliran puncak akan berlaku di bahagian hilir

2.3

Kaedah Pengawalan Banjir

5.1

Pengenalan
Pada saat aliran dalam saluran meningkat, ketinggian permukaan airnya juga

meningkat dan bersamaan dengan itu meningkat pula kapasiti air yang untuk
sementara tersimpan di dalam saluran. Jika banjir mereda, suatu isipadu air yang
sama harus dilepaskan dari penampungnya. Akibatnya dasar masa suatu gelombang
banjir yang bergerak ke bahagian hilir suatu saluran menjadi panjang dan puncaknya
menjadi lebih rendah. Kemudian gelombang banjir itu dikatakan melemah
(attenuated). Pergerakkan gelombang pada saluran semulajadi dan saluran yang
telah direkabentuk dapat dianggarkan dan dikawal dengan menggunakan kaedah
pengawalan banjir.

Pengawalan banjir dapat ditakrifkan sebagai suatu prosedur perubahan


kadaralir dengan masa pada suatu titik pada suatu saluran yang boleh ditentukan
dengan mempertimbangkan data yang serupa pada titik di bahagian hulunya. Ia juga
dapat ditakrifkan sebagai suatu proses yang menunjukkan bagaimana magnitud
gelombang banjir boleh dikurangkan tetapi masanya dipanjangkan dengan beberapa
pendekatan yang sesuai.
Perbaikan (Curative) dan pencegahan (Prepentive) merupakan salah satu
pendekatan dalam mengatasi masalah banjir yang memberi kesan pada masyarakat.
Perbaikan yang dimaksudkan adalah membina kembali struktur-struktur yang rosak
dan pembersihan kawasan-kawasan yang mengalami banjir.
Sedangkan cara pencegahan terbagi kapada dua kategori utama iaitu:

5.2

Kaedah Structural Measures

Kaedah Non-structural Measures

Kaedah Structural Measures


Kaedah Structural Measures merupakan kaedah pengawalan banjir yang

melibatkan pembinaan struktur-struktur kawalan seperti pembinaan sistem saliran,


empangan dan kolam takungan.

5.2.1

Mempertingkatkan Keupayaan Sistem Saliran Sediada


Misalnya membersihkan atau mengganti saiz parit dan pembentung kepada

yang lebih sesuai agar dapat menampung kadaralir di kawasan-kawasan yang


dirasakan perlu.

5.2.2

Membina Kolam Takungan Sementara


Kegunaan kolam takungan sementara ini adalah untuk menyimpan air larian

permukaan yang menyebabkan banjir berlaku. Selepas kadaralir air larian di dalam
sistem saliran sediada berkurangan, air dalam kolam takungan sementara akan
dilepaskan secara perlahan-lahan. Kaedah ini dijalankan dengan membina satu
kawasan tadahan yang agak luas untuk membina kolam takungan sementara dan
kawasannya adalah bergantung kepada berapa banyak lebihan air larian yang
menyebabkan berlakunya banjir bila hujan lebat di kawasan tersebut.

5.2.3

Merekabentuk Semula Sistem Saliran


Merekabentuk semula sistem saliran kepada sistem yang lebih berkesan dan

dapat memperbaiki segala kelemahan sistem sebelumnya.

5.2.4

Menyediakan Sistem Saliran Tambahan


Membina saliran alternatif bagi mempertingkatkan lagi keupayaan sistem

saliran sediada.

5.2.5

Penggunaan Pam
Penggunaan pam adalah untuk membantu mengurangkan kapasiti air yang

mengalir dalam suatu sistem saliran dan memindahkannya ke tempat lain yang lebih
besar misalnya dari parit ke sungai ataupun ke laut. Penggunaan pam adalah sangat
sesuai bagi kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan tidak
mempunyai kawasan yang memadai untuk membina sistem saliran tambahan.

4.3

Kaedah Non-structural Measures


Banyak kawasan baik pemukiman ataupun bukan pemukiman penduduk

yang termasuk ke dalam kategori wilayah dataran banjir. Kawasan ini dijangkakan
akan mengalami banjir pada setiap tahunnya. Ini diakibatkan pembangunan yang
pesat di kawasan tersebut dan pembangunan yang dilakukan berdekatan dengan
tebing-tebing sungai, struktur seperti kolam takungan dan ukuran saluran-saluran
yang sedia ada tidaklah mencukupi dan efektif.
Oleh kerana itu, alternatif lain telah diperkenalkan iaitu Non-structural
Measures. Alternatif Non-structural ini lebih efektif dari segi biaya dan lebih mesra
alam dibandingkan dengan Structural Measures.
Yang termasuk dalam kategori non-structural measures antaranya ialah:

Floodproofing
Pengubahsuaian bentuk bangunan pribadi yang direkabentuk untuk
mengurangkan kesan kerosakkan akibat banjir misalnya menyediakan
tembok penghalang banjir di setiap rumah ataupun membinanya dengan
ketinggian minimal 18 inci daripada permukaan tanah.

Peraturan dataran banjir (Floodplain Regulations)


Misalnya membuat suatu piawaian kod bagi rumah ataupun sistem
kebersihan untuk mengawal banjir.

Menyediakan insuran banjir (Flood Insurance) dan peruntukkan bagi


masyarakat untuk memperbaiki kesan-kesan akibat banjir

Kawalan sambungan air dan sistem kumbahan


Untuk menjaga kesehatan, keselamatan dan kesejahteraan masyarakat
dengan tidak membina secara langsung sistem air bersih dan kumbahan
di kawasan dataran banjir.

Pengubahsuaian penggunaan tanah (Landuse Adjustment)


Misalnya dengan penempatan semula ataupun memindahkan strukturstruktur yang tidak sesuai.

Memberikan maklumat dan pendidikan mengenai banjir kepada


masyarakat. Misalnya dengan menyediakan peta dataran banjir dan
lokasi-lokasi yang berkemungkinan untuk menghadapi banjir,
memberikan penerangan kepada masyarakat bagaimana menghadapi
kesan-kesan banjir dan menyediakan papan tanda peringatan adanya
banjir di kawasan tersebut.

4.4

Kaedah Rapid Discharge


Kaedah ini merupakan kaedah lama yang pernah digunakan di Negara

Malaysia. Kaedah ini mula digunakan awal tahun tujuh puluhan iaitu bersamaan
dengan dikeluarkannya garis panduan sistem saliran oleh Jabatan Pengairan dan
Saliran (JPS) yang dikenal sebagai Planning and Design Procedures No. 1: Urban
Drainage Standards and Procedures for Peninsular Malaysia.
Ianya merupakan kaedah yang menggunakan pendekatan pengaliran cepat
(Rapid Discharge) dimana lebihan air larian permukaan akan dialirkan secepat
mungkin tanpa memikirkan kesan yang timbul di bahagian hilir kawasan banjir dan
pengaruhnya terhadap alam sekitar.
Keadaan yang dihadapi melalui pendekatan pengaliran cepat diantaranya
ialah:

Sungai dan sistem saliran di bahagian hilir perlu diperbesarkan atau


dikonkritkan bagi menampung pertambahan kadaralir akibat daripada
pembukaan kawasan pembangunan baru di bahagian hulu

Sistem saluran memerlukan saiz yang besar bagi menampung jumlah


pertambahan aliran kawasan yang dibangunkan

Kadaralir yang deras dalam sistem saliran yang dikonkritkan boleh


membahayakan orang awam

4.5

Kaedah Control At-sources


Kaedah ini merupakan kaedah baru yang diperkenalkan dengan

menggunakan pendekatan kawalan pada punca (Control At-source) iaitu sejak


dikeluarkannya Manual Saliran Mesra Alam Malaysia (MASMA) pada tahun 2001.
Kaedah pengurusan air larian hujan ini lebih peka terhadap alam sekitar dan
dijadikan sebagai garis panduan rekabentuk saliran dalam perlaksanaan projek
pembangunan.
Yang termasuk dalam kaedah ini diantaranya ialah:

Pembinaan storan : penggunaan tangki atau kolam takungan bagi


menampung air hujan sementara yang diterapkan dalam sistem saliran
samada secara individu ataupun berpusat.

Tingkatkan kadar penyusupan : penggunaan bahan binaan yang telus


air untuk memudahkan penyerapan air ke dalam tanah.

Pengurusan kualiti : dengan mengadakan Amalan Pengurusan Terbaik


(BMPs) yang menekankan aspek kualiti perlu dilaksanakan di bahagian
punca (At Source).

4.6

Best Management Practices (BMPs)


Pada saat sekarang ini, pengawalan banjir tidak hanya ditumpukan terhadap

pengawalan dari segi kuantiti air yang mengalir sahaja tetapi mesti diimbangi
dengan kualiti air tersebut untuk mewujudkan suatu lingkungan yang seimbang.
Semasa banjir berlaku, sedimen-sedimen dan bahan-bahan pencemar alam sekitar
lainnya terbawa bersamaan aliran air.
Suatu panduan dalam pengurusan kualiti aliran ribut telah diperkenalkan
yang dikenali sebagai Amalan Pengurusan Terbaik atau Best Management
Practices (BMPs). Amalan Pengurusan Terbaik adalah suatu pengukuran
pengawalan banjir dasar yang digunakan dalam plan pengurusan kualiti aliran ribut
untuk mengawal pencemaran, pengangkutan sedimen-sedimen dari kawasan
pembangunan, memperbaiki kualiti kadaralir dan mencegah kesan kerosakkan
akibat banjir dalam kawasan Bandar.

4.6.1

Non-structural BMPs
Ianya merupakan suatu teknik yang bertujuan untuk mengubah kebiasaan

masyarakat untuk mengurangi jumlah bahan pencemar yang masuk ke dalam sistem
perparitan dengan cara mengawal ataupun mencegah pembuangannya.
Kaedah ini sangat berkesan untuk dilaksanakan dalam jangka masa yang
panjang kerana ianya hanya sebagai pencegahan yang memerlukan kos yang rendah
dan melibatkan masyarakat dalam suatu kawasan.
Pendekatan yang dilakukan bagi kaedah ini antaranya ialah:

Pendidikan serta kempen kesedaran kualiti alam sekitar kepada


perancang, pemaju dan penduduk

Aktiviti pengurusan seperti perencanaan penggunaan tanah dan


pengawalan pembangunan

Kegiatan penyelenggaraan seperti pengumpulan sampah sarap dan


pembersihan jalan

4.6.2

Menambahbaikkan pengurusan dan perencanaan tapak

Structural BMPs
Kaedah ini bertujuan untuk menjaga kualiti air pada sistem aliran tempatan,

tasik dan sungai-sungai. Yang termasuk dalam kaedah ini diantaranya ialah:

Menggunakan kolam kawalan kualiti air dan tanah bencah sebagai sistem
rawatan biologikal dan fizikal pada bagian hulu tasik.

Meletakkan suatu perangkap bahan pencemar pada alur masuk tasik,


kolam kawalan kualiti air dan tanah bencah untuk menyekat sampah
sarap dan sedimen.

2.4

Struktur Kawalan Banjir

7.1

Kaedah Pemilihan Struktur Kawalan Banjir


Secara umumnya, terdapat dua kaedah dalam pemilihan struktur kawalan

banjir iaitu:

Conveyence-Oriented Approach : merupakan kaedah yang telah lama


diterapkan di Negara Malaysia. Kaedah ini lebih kepada perbaikan

sistem saliran yang sediada. Misalnya melebarkan dan mendalamkan


sistem saliran.

Storage-Oriented Approach : kaedah yang baru diterapkan iaitu dengan


menyediakan satu kolam takungan sementara untuk menahan air larian
permukaan yang berlebihan dan akan mengalirkannya semula secara
perlahan-lahan dalam jangka masa yang agak lama.

Kaedah-kaedah tersebut amatlah penting untuk diambil perhatian dalam


menangani masalah banjir. Antara faktor yang dititikberatkan dalam pemilihan
kaedah yang paling sesuai dalam menangani masalah ini antaranya ialah:

7.2

Dapat mengatasi masalah banjir yang dihadapi secara berkesan

Kos pembinaan dan penyelenggaraan yang bersesuaian

Selamat digunakan

Tidak merosak alam sekitar

Tidak mendatangkan dampak terhadap keadaan sekelilingnya

Kolam Takungan
Kolam takungan merupakan struktur pengawalan banjir yang paling

sederhana berbanding struktur lainnya. Fungsi utama kolam takungan ini adalah
mengurangkan aliran yang masuk ke dalam sistem saliran, melemahkan aliran yang
masuk dan mengalir ke sistem perparitan, meningkatkan keupayaan sistem saliran
dan sebagai sistem bekalan air.
Salah satu jenis kolam takungan adalah kolam dimana alur masuk air tidak
dikawal tetapi alur keluarnya sangat terkawal. Kolam jenis inilah yang sangat sesuai
dan banyak digunakan sebagai struktur kawalan banjir. Air yang masuk akan
disimpan dalam kolam tersebut dan dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut

keperluan. Dengan demikian, kadaralir dapat dikurangkan sehingga banjir dapat


dikawal di bahagian hilir kolam takungan tersebut.
Apabila gelombang banjir masuk kedalam takungan, isipadu banjir akan
disebarkan ke seluruh takungan sehingga menjadikan aliran keluar akan lebih lambat
dan lebih kecil. Hidrograf aliran keluarnya juga mempunyai dasar yang lebih lebar
dan aliran puncak menurun.

Rajah 2.1 : Sistem Kolam Takungan

Rajah 2.2 : Hidrograf Aliran Masuk dan Kadaralir bagi Takungan

2.5

Kolam Tahanan (Detention Pond)

8.1

Pengenalan
Kolam tahanan atau storan tahanan merupakan salah satu struktur yang

berkaitrapat dengan prinsip kawalan kuantiti air larian permukaan. Mengikut


fungsinya, kawalan kuantiti yang berupa kolam tahanan dapat dikelaskan kepada
dua iaitu kemudahan penahanan (Detention) dan kemudahan penambatan
(Retention).
Konsep penahanan seringkali digunakan dalam sistem perparitan bandar
untuk menghadkan agar kadaralir keluar dari kawasan tadahan adalah kurang
daripada aliran keluar sebelum pembangunan untuk kekerapan banjir yang tertentu
di kawasan tadahan yang sama.
Kebanyakkannya kemudahan kolam tahanan digunakan untuk
mengurangkan kadaralir puncak iaitu kemudahan kering (Dry Fasility) dengan
penyimpanan sementara air larian sepanjang hujan ribut melanda yang biasanya
dibangun berdekatan dengan sumber air dan pembebasan air tersebut secara
perlahan-lahan dengan kelajuan rendah ke bagian hilir dengan menggunakan
struktur kawalan aliran keluar atau mekanisme kawalan lain.
Disamping itu, kolam tahanan ini juga memainkan peranan sebagai kolam
yang dapat mengurangkan jumlah bahan pepejal pencemar alam sekitar. Sehingga
dalam masa yang bersamaan, kolam tahanan mempunyai dua fungsi iaitu sebagai
kawalan kuantiti dan kualiti air semasa banjir.
Konsep tambatan air juga sebenarnya berfungsi mengurangkan isipadu aliran
dan kemungkinan juga kadaralir puncak dengan cara penyimpanan sementara air
larian dimana kemudiannya membebaskan air dengan cara penyejatan atau
penyusupan ke dalam tanah.
Kewujudan kemudahan penahanan dan penambatan boleh mengurangkan
isipadu dan aliran puncak bagi suatu kawasan tadahan disamping itu dapat juga

mengurangkan kekerapan banjir, kadar banjir dan kesan kerosakkannya pada


kawasan sekitar. Kemudahan penahanan dan penambatan ini telah digunakan untuk
mengurangkan kos sistem perparitan yang besar dengan mengurangkan saiz yang
diperlukan bagi sistem perparitan di kawasan hilir tadahan.
Hidrograf air larian yang dikehendaki adalah hidrograf dimana aliran
puncak selepas pembangunan kurang daripada sebelum pembangunan sehingga
memerlukan kemudahan tahanan untuk membendung lebihan air sebelum dan
selepas pembangunan.
Keberkesanan kolam tahanan (Detention Pond) dalam mengawal berlakunya
banjir telah dibuktikan oleh Yiping Guo pada tahun 2000 dengan membuat satu
penelitian mengenai kolam tahanan di Chicago, Illinois menggunakan tiga jenis
pendekatan seperti Design Storm Approach, Continuous Simulation Approach dan
Analytical Probabilistic Approach. Dari tiga pendekatan yang dilakukan tersebut
diperolehi bahawa kadaralir puncak dapat dikurangkan sebanyak 50% dengan
adanya kolam tahanan.
Kolam tahanan boleh dikelaskan berdasarkan saiz dan lokasinya, iaitu:
a. Kolam tahanan tapak (On-site Storage) : kolam-kolam kecil yang
dibina bagi kawasan perumahan persendirian, komersial dan lot industri.
b. Kolam tahanan komuniti (Community Storage) : kolam-kolam yang
dibina di kawasan terbuka dan tanah lapang seperti pusat rekreasi dan
pusat sukan.
c. Kolam tahanan kawasan/daerah (Regional Storage) : kolam-kolam
yang dibina bagi menampung kawasan dan komuniti yang besar dan juga
dibina dalam saiz besar di hujung kawasan tadahan sebelum air dialirkan
ke sungai.

Selain itu, kemudahan storan tahanan dapat dikategorikan kepada 2 jenis


iaitu :

Storan dalam saluran (On-line Storage) : menghalang aliran dalam


sistem saliran secara serta merta menjadi suatu storan. Storan ini
terkadang disediakan sebagai storan tapak, storan komuniti mahupun
storan daerah.

Storan luar saluran (Off-line Storage) : aliran akan dialirkan


menyimpang dari pada sistem saliran sehingga menjadi suatu bentuk
storan yang berasingan.

Storan pengaliran (Conveyence Storage) : kolam tahanan di tapak


dikenali juga sebagai Storan Pengaliran. Bentuk storan ini biasanya
diabaikan kerana ianya bersifat dinamik dan diperlukan untuk
menganalisis penghalaan storan bagi saluran. Pengaliran yang agak
lambat disebabkan cerun tanah yang landai dan kekasaran yang tinggi
digunakan untuk memperlambat aliran puncak.

3.5.2

Kolam Tahanan Tapak (On Site Detention)


Kolam tahanan sebenarnya dapat berupa kolam yang berada di permukaan

ataupun di bawah tanah. Kebaikan kolam tahanan bawah tanah adalah ianya berada
di luar dari pandangan dan secara fizikalnya kurang memenuhi ruang dan tidak
mempunyai sebarang kesusahan dalam menentukan saiz takungan air. Kolam
tahanan bawah permukaan terdiri daripada tiga jenis iaitu tangki bawah tanah,
timbunan paip dan storan gabungan.
Sementara itu, kolam tahanan atas permukaan yang dikenali juga sebagai
Kolam Tahanan Tapak (OSD) merupakan kolam tahanan yang berbentuk kolam di
atas permukaan tanah. Secara umum, kolam tahanan di atas permukaan tanah ini

adalah mudah untuk dibina dengan aras permukaan dan kos pembinaan yang murah
jika dibandingkan dengan kolam tahanan di bawah tanah. Kolam seperti ini
mempunyai banyak jenis iaitu selain daripada kolam tahanan terbuka yang dibangun
khusus bagi menangani masalah banjir ataupun ianya boleh berupa kawasan
lanskap, kawasan tidak boleh diresapi, bumbung rata dan tangki permukaan.
Kolam tahanan permukaan mempunyai banyak sekali kebaikan diantaranya
adalah ianya boleh menyediakan kawalan bagi kawasan yang besar, dapat
memberikan nilai estetika, dapat menjadi tempat perkembangan hidupan akuatik,
menambah nilai tanah dan yang paling penting ianya dapat mengurangkan
pencemaran dengan adanya pemendapan dalam kolam tersebut.
Walaubagaimanapun, pembinaan kolam tahanan permukaan seperti ini
memerlukan kawasan yang luas, memungkinkan untuk berlakunya eutrofikasi dan
menghadapi masalah penyelenggaraan.

8.6

Perisian PondPack

8.1

Pengenalan
Perisian PondPack ini adalah salah satu perisian lengkap yang berkaitan

dengan bidang hidrologi khususnya pengurusan aliran ribut bandar. Perisian ini
diperkenalkan dan dibangunkan oleh Syarikat Haestad Methods, Inc. yang berpusat
di Negara Amerika Syarikat.
Tujuan Syarikat Haestad Methods ini membangunkan PondPack adalah
menyediakan satu perisian lengkap yang mudah dipasang dan digunakan dalam
menyelesaikan masalah pengurusan air larian permukaan akibat hujan.
Haestad Methods juga menawarkan pelbagai jenis penyelesaian masalah
menggunakan perisian komputer dalam bidang hidraulik dan hidrologi merangkumi
segala yang berkaitan dengan hujan dan pengagihan air larian permukaan.

Haestad Methods telah menerima dua pengiktirafan iaitu daripada


International Association for Continuing Educations and Training (IACET) dan
Profesional Development Registry for Engineers and Surveyors (PDRES).
Selain itu, Haestad Methods juga mengeluarkan sijil yang berprestij kepada
pihak-pihak yang mengikuti program Continuing Education Units (CEUs) dan
Professional Development Hours (PHDs) sebagai pengakuan keikutsertaan mereka
dalam kursus dan program pendidikan tersebut.

8.2

Kegunaan PondPack
PondPack yang diperkenalkan ini merupakan perisian air larian permukaan

yang berguna dalam menganalisis dan merekabentuk sistem limbangan banjir.


Kegunaan lain dari perisian ini antaranya ialah:
a.

Menganalisis keadaan limbangan sebelum dan selepas pembangunan

b.

Menganalisis ukuran kolam takungan

c.

Mengira aliran keluar dari lengkung kadaran aras (Rating Curve)


akibat dari kesan tailwater, kolam penyusupan, masa kolam tahanan
dan analisis saluran

d.

Menggunakan berbagai jangka masa dan agihan hujan dalam mengira


hidrograf

e.

Mengawal hampir setiap aspek daripada pengiraan rekabentuk sistem


saliran

f.

Memaparkan hidrograf, lengkung hujan, lengkung IDF, lengkung


kadaran aliran keluar, lengkung isipadu, lengkung kadaran saluran,
keratan rentas dan segala jenis diagram

8.3

g.

Menyediakan laporan-laporan terpilih yang disusun menurut kategori

h.

Memaparkan sistem grafik berwarna pada tampilan layar

PondPack dalam Rekabentuk Kolam Tahanan


Bahagian dari Perisian PondPack yang dikenali sebagai PondMaker dapat

digunakan untuk merekabentuk kolam tahanan (Detention Pond) dengan mudah


kerana proses rekabentuk ini dijalankan dengan teratur mengikut langkah-langkah
yang berurutan seperti yang ditunjukkan.
PondMaker ini dapat mengira dan kemudian menyimpan data-data seperti
aliran keluar yang dikehendaki, pengiraan isipadu kolam, rekabentuk struktur aliran
keluar, aliran keluar puncak kolam dan maksimum paras permukaan air bagi kolam
jenis tunggal ataupun berbagai. PondMaker juga menyediakan berbagai kaedah
dalam mengira kadaralir puncak dan membina hidrograf. Kaedah itu antaranya ialah
Kaedah SCS Grafik dan Kaedah Rasional.
Disamping itu, kemudahan lain yang diberikan perisian ini adalah dapat
mengira kadar aliran keluar maksimum dengan menggunakan aliran sebelum
pembangunan, dapat mengira aliran masuk ke dalam kolam tahanan setelah
pembangunan, dapat menganggarkan ukuran kolam yang diperlukan, dapat
merekabentuk geometri kolam samada kolam atas permukaan ataupun kolam bawah
permukaan, dapat merekabentuk struktur aliran keluar yang sesuai serta dapat
menghasilkan hidrograf bagi setiap penyelesaian masalah kolam tersebut.

You might also like