You are on page 1of 80

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA,

KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK,


71760 BANDAR ENSTEK,
NEGERI SEMBILAN

PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU


MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
Ambilan Febuari 2012
TUGASAN KERJA KURSUS SJH3093E
PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN
SEJARAH

NAMA

: RAZALI BIN RAMLI

KURSUS

: REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

AMBILAN

: FEBRUARI 2012

NO. KAD PENGENALAN

: 760613-08-5695

NO. TELEFON

: 011-11159768 / 01110770582

E-MEL

: zalieacs@gmail.com, ppgrbt2012@gmail.com

PENSYARAH

: DR HAJAH FATIMAH BINTI MOHD DAHALAN

TARIKH SERAHAN

: 20 MAC 2015

BIODATA

Nama

RAZALI BIN RAMLI

No. Kad Pengenalan

760613-08-5695

Tarikh Lahir

13 JUN 1976

Nombor Telefon Bimbit

011-11159768 / 01110770582

Kos / Kelas

RBT Ambilan Feb 2012 (Semester 7)

Alamat

NO 4, KLEBANG BAYU U/1,


TAMAN KLEBANG BAYU, 31200 CHEMOR PERAK

Alamat Sekolah

SK METHODIST ACS,
30200 IPOH, PERAK

Pengalaman:

1998-2002
2003-2004
2005-SEKARANG

: SK TAMAN SEGAR,CHERAS,
KUALA LUMPUR.
: SK ALAM DAMAI, CHERAS,
KUALA LUMPUR
: SK METHODIST ACS IPOH
PERAK

Hobi

FOTOGRAFI, KOMPUTER DAN AKTIVITI LUAR

E-mail

razeja07@yahoo.com, zalieacs@gmail.com
ppgrbt2012@gmail.com (e-mail group)

ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN.
1.

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK/AMALI)

2.

Pentaksiran
- Ciri-ciri pentaksiran
- Rumusan

3.

Pengujian
- Ciri-ciri pengujian
- Tujuan pengujian

4.

Penilaian
- Jenis-jenis penilaian
- Tujuan penilaian

5.

Nanding beza konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian

6.

Carta aliran Anderson

7.

Bagaimana pentaksiran, pengujian dan penilaian dipraktik disekolah renda

8.

JUSTIFIKASI

9.

KESIMPULAN

10.

SOALAN SEJARAH TAHUN 4

11.

SKEMA JAWAPAN

12.

POWER POINT PEMBENTANGAN KUMPULAN

13.

REFEKSI

14.

BIBLIOGRAFI

Penghargaan

Bukan lebah sebarang lebah


Lebah bersarang di pohon kayu
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah adat pusaka Melayu.
Sirih berlipat sirih seniman
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata penyeri senyuman
Awal Bismillah pembuka bicara.

Alhamdulillah, syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dan


keizinan-Nya dapatlah saya menyiapkan tugasan subjek SJH 3093E
Sehubungan dengan itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pensyarah subjek SJH3093E, Dr Hajah Fatimah Binti Mohd Dahalan yang
telah banyak membantu dalam melaksanakan tugasan seumpama ini dengan
memberikan pelbagai kaedah, bahan-bahan untuk melaksanakan tugasan ini dengan
baik. Tanpa beliau, tugasan ini tidak mungkin dapat dilaksanakan. Terima kasih sekali
lagi saya ucapkan kepada beliau.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang lain kerana
telah banyak membantu dari segi penyusunan susun atur tugasan ini supaya
menjadi lebih kemas dan teratur. Di samping itu, mereka telah banyak memberi
kerjasama ketika tugasan ini dilaksanakan. Terima kasih di atas kesudian berkongsi
maklumat serta memberikan input-input yang bernas semasa menjayakan tugasan
ini. Saya amat menghargai jasa mereka semua. Terima kasih saya ucapkan kepada
mereka.
Tidak lupa juga, ucapan terima kasih ini ditujukan buat kedua ibu bapa saya,
isteri tercinta dan anak-anak yang dikasihi yang telah banyak memberikan dorongan
dan sokongan selama tugasan ini disempurnakan. Berkat dorongan mereka, tidak
kiralah dari segi wang ringgit, sokongan moral ataupun idea tetap saya hargai

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK


BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK/AMALI)

Nama :RAZALI BIN RAMLI


Angka Giliran :2012161360041
Tajuk Tugasan : PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH
Pensyarah :DR FATIMAH BT MOHD
Kursus/Mata Pelajaran : PPG RBT 2012
DAHALAN
Tarikh Hantar :20 MAC 2015
Tarikh Diterima (Diisi oleh Pensyarah) :
Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatngan : ________________________________
___________________
( RAZALI BIN RAMLI

Tarikh :
)

Perincian Maklum Balas Tugasan


Pemeriksa

Moderator (jika berkaitan)

Kekuatan:

Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki:

Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan :
Tandatangan :
Tarikh :
Tarikh :
Pengesahan Pelajar Terhadap Maklum Balas Yang Diberikan Pensyarah.
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah
telah saya rujuki dan fahami.
Catatan Ijika ada)

Tandatangan Pelajar :
Tarikh :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
Nama Pelajar & No Matrik/
No Kad Pengenalan

1.RAZALI BIN RAMLI (760613-08-5695)


2.
3.

Kumpulan / Unit

PPG RBT AMBILAN FEBUARI 2012

KodKursus
Nama Kursus / Mata
Pelajaran
Nama Pensyarah
Pembimbing
No Tugasan / Maklumat

SJH 3093E
PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH
DR HAJAH FATIMAH BINTI MOHD DAHALAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ___________________________
________________

Tarikh :

PENTAKSIRAN
Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya
membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Pentaksiran adalah istilah yang sering digunakan dalam bidang pengujian dan penilaian
pendidikan. Pentaksiran boleh berfungsi sebagai pembina keyakinan, menunjukkan
peningkatan pembelajaran, pendorong ( Yahya Othman, 2005 ).
Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.
Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi
pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti
pentaksiran sering kali dijalankan secara berterusan.
Aspek utama dalam pentaksiran ialah
(i) instrumen,
(ii) kumpulan yang ditaksir,
(iii) respons,
(iv) kumpulan yang menaksir
(v) skor.

Sehubungan itu, proses mendapatkan maklumat dan melakukan penghakiman


tentang pendidikan memerlukan para pendidik dan guru melakukan pengukuran ( Tuan Jah
Tuan Yusof & Faridah Nazir, 2012 ). Bagi melaksanakan sesuatu pengukuran para

pendidikan dan guru perlu menggunakan kaedah-kaedah pentaksiran yang sesuai. Rajah
menunjukkan lima kaedah yang sesuai dilakukan sewaktu melakukan pentaksiran :

Kaedah
Kaedah
Porfolio
Porfolio

Kaedah
Kaedah
Pertimbang
Pertimbang
an
an
Profesional
Profesional

Kaedah
Kaedah
Lisan
Lisan
KAEDAH
KAEDAH
PENTAKSIRA
PENTAKSIRA
N
N

Kaedah
Kaedah
Penulisan
Penulisan

Kaedah
Kaedah
Pemerhatia
Pemerhatia
n
n

Rajah 1 : Kaedah-kaedah pentaksiran


Proses pentaksiran mempunyai beberapa ciri penting yang meliputi skor, kesahan,
keobjektifan, kebolehtadbiran, kemudahtafsirandan bersifat menyeluruh. Menyeluruh di sini
bermaksud ia mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting. Di
dalam mentaksir melalui kaedah pemerhatian terdapat beberapa elemen yang perlu diambil
perhatian oleh seseorang guru. Elemen-elemen tersebut termasuklah :

Sikap
Perlakuan atau amalan
Amali
Kemahiran manipulative
Kemahiran bersosial
Kemahiran belajar
Kemahiran reka cipta

Selain itu, guru juga boleh melakukan pemerhatian kepada murid melalui hasil kerja
seperti lukisan, buku skrap dan kerja kursus. Pentaksiran secara lisan pula digunakan oleh
para guru bagi mengumpul maklumat semasa berlakunya interaksi antara murid dengan
guru, murid dengan murid dan juga murid dengan bahan pembelajaran. Berikut merupakan
contoh aktiviti pentaksiran yang boleh dilakukan oleh guru :

Soal jawab
Perbincangan dalam kumpulan

Syarahan
Bacaan kuat
Perbahasan
Bercerita
Temu bual
Hafazan
Deklamasi sajak / puisi / pantun

CIRI PENTAKSIRAN YANG BAIK


Kesahan Skor:
-merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan
Kebolehpercayaan Skor:
-merujuk kepada ketekalan dan ketepatan
Keobjektifan:
-ketepatan seseorang pentaksir memberikan sko
Kebolehtadbiran:
-kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara berpusat atau
berasaskan sekolah
Kemudahtafsiran:
-maklumat tentang calon berdasarkan skor, diskrimininasi antara calon, ketepatan
tujuan mengadakan ujian
Kekomprehensifan:
-Kertas soalan mewakili semua objektif penting Sukatan Pelajaran / PP

RUMUSAN PENTAKSIRAN
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat
penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Maklumat meliputi hal berkaitan topik, bukti dan prestasi.
Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek

pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai.


Proses pendidikan pula melibatkan operasi, dapatan dan hasil.

PENGUJIAN
Pengujian ialah cara yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku
seseorang individu yang berkaitan dengan pembelajaran. Pengujian juga bertujuan
mendapatkan maklumat pencapaian pelajar dalam bidang kognitif, afektif, dan psikomotor
( Yahya Othman, 2005 ). Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan
yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang

sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau
pelajar.
Ujian yang merupakan alat pengukuran hanya membenarkan kita mengukur
pencapaian murid ( dalam bentuk markah ) sahaja. Sehubungan itu, terdapat empat tujuan
utama pengujian, iaitu
(i) mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai,
(ii) mengesan kemajuan yang telah diperoleh tentang pencapaian hasil-hasil
pembelajaran yang lain,
(iii) ujian petempatan akan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada murid
sebelum pengajaran
(iv) ujian diagnostik menentukan punca masalah pembalajaran dan dengan itu
membantu guru menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan ( Tuan Jah Tuan Yusof
& Faridah Nazir, 2012 ). Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang
disebut sebagai markah akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan
tahap prestasi pelajar yang diuji.
Proses

pengujian

lazimnya

bermula

dengan

peringkat

persediaan,

diikuti

pelaksanaan / pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui
pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada murid-muridnya telah menguasai
pengetahuan,kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.

CIRI-CIRI PENGUJIAN
Sesuatu

ujian

yang

berkualiti

perlu

mempunyai

kebolehpercayaan, keobjektifan, dan kebolehtadbiran.


i.

Kesahan

elemen-elemen

kesahan,

Merujuk kepada takat sesuatu ujian yang dapat memenuhi tujuannya. ia terbahagi kepada
empat iaitu kesahan isi, kesahan ramalan, kesahan gagasan, dan kesahan serentak.

Kesahan isi adalah untuk menentukan setakat mana sesebuah ujian meliputi
bidang ujian yang hendak diuji. Untuk mencapai kesahan isi, kandungan ujian

hendaklah ditentukan terlebih dahulu.


Kesahan ramalan bermaksud ketepatan sesuatu ujian untuk meramal
kebolehan sebenar seseorang pelajar untuk menjalankan sesuatu ujian pada
masa

hadapan

dalam

situasi yang

lain.

Contohnya

seorang

pelajar

memperolehi 8A dalam peperiksaan percubaan di sekolah juga harus

memperoleh pencapaian yang sama dalam peperiksaan SPM yang sebenar.


Kesahan gagasan adalah ciri yang sah yang terkandung dalam sesuatu ujian
yang digunakan untuk mengukur tret, tingkah laku atau mental manusia.
Contohnya, markah seseorang mungkin dipengaruhi oleh kecerdasan,

kebolehan menaakul, dan sebagainya.


Kesahan serentak merujuk kepada pencapaian seseorang dalam ujian itu
sepadan dengan pencapaiannya dalam satu ujian lain yang diakui sah. Sebagai
contoh, jika pelajar memperolehi skor yang tinggi dalam satu ujian, dan apabila
ujian tersebut diulangi, guru mesti menyemak yang pelajar tersebut mempunyai
skor yang hampir sama untuk menentukan kesahan serentak.

ii.

Kebolehpercayaan
Merujuk kepada ketekalan sesuatu ujian. Contohnya, jika seseorang calon mendapat
markah sebanyak 80 peratus dalam suatu ujian pada hari pertama dan mendapat markah
yang sama atau hampir sama tiga hari kemudian atau selepas seminggu, maka ujian itu
dikatakan mempunyai sifat kebolehpercayaan.

iii.

Keobjektifan
Keobjektifan sesuatu ujian merujuk kepada ketepatan guru dalam memeriksa jawapan
pelajar yang ramai. Sebuah ujian objektif dikatakan mempunyai keobjektifan yang tinggi jika
pemarkahan ujian ini tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor kemahiran dan emosi guru yang
memeriksa ujian ini. Sebaliknya, ujian subjektif mempunyai keobjektifan yang rendah kerana

pemarkahan mungkin berbeza antara dua orang pemeriksa yang lain walaupun keduaduanya menanda berdasarkan skima pemarkahan yang sama.

iv.

Kebolehtadbiran
Merujuk kepada kelicinan pelaksanaan sesebuah ujian di dalam bilik darjah atau dewan
peperiksaan. Ciri kebolehtadbiran merangkumi aspek-aspek seperti penyediaan dewan
peperiksaan, pengedaran kertas soalan, pengawasan, pengutipan skrip jawapan serta
pemarkahan.
TUJUAN PENGUJIAN

i.

Mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai.

ii.

Mengesan kemajuan yang telah diperolehi tentang pencapaian hasil-hasil


pembelajaran yang lain.

iii.

Mengesan kesulitan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar.

iv.

Menentukan perubahan tingkah laku pelajar.

v.

Menentukan pencapaian pelajar dalam pembelajaran yang tertentu.

vi.

Menempatkan pelajar dalam kumpulan yang sesuai mengikut keputusan


pengujian.

vii.

Menggalakkan pelajar mengulangkaji pelajarannya.

viii.

Melatih pelajar sebagai persediaan untuk peperiksaan awam yang akan


datang.

ix.

Ujian petempatan akan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada


pelajar sebelum pengajaran.

x.

Ujian diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran dan dengan itu


membantu guru menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan.

PENILAIAN
Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk
menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian
merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai
satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil

pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik,


kemahiran atau sikap. Penilaian selalu ditafsirkan sebagai ujian atau peperiksaan.
Sebenarnya, penilaian tidak terhad kepada ujian dan peperiksaan sahaja tetapi merangkumi
seluruh program pendidikan ( Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990 )
Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan
maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan murid terhadap pengetahuan dan
kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum balas
tentang masalah yang dihadapi murid dalam pembelajaran. Dengan itu, guru dapat
mengenal pasti kemajuan seseorang murid, sama ada pada tahap yang sangat memuaskan,
memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. Daripada
penilaian yang dijalankan juga, guru dapat mengenal pasti murid yang cepat/cergas, yang
memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan.
Guru juga perlu membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran,
supaya ia lebih bersesuaian dengan keperluan murid atau mengulang pelajaran dengan
menggunakan strategi yang sama dan sebagainya.
Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan
memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan kemajuan
pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru tentang masalah
yang dihadapi pelajar. Adakah pelajar mempunyai masalah dalam mempelajari dan
menguasai pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar? Sekiranya pelajar menghadapi
masalah, guru akan menyelidik punca masalah tersebut. Maklumat berkenaan akan
digunakan guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan latihan yang
khusus supaya masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi. Tanpa bantuan khas ini, pelajarpelajar akan terus menghadapi masalah dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan
dalam pembelajaran.
Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui
pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah.
Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama
pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

JENIS-JENIS PENILAIAN
Di bawah program KBSR dan KBSM, terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu
penilaian mengesan penguasaan, penilaian mengesan kemajuan, dan penilaian mengesan

pencapaian. Pada amnya, ketiga-tiga aktiviti penilaian ini boleh digolongkan kepada dua
jenis iaitu penilaian formatif yang digunakan untuk mengesan penguasaan dan kemajuan,
dan penilaian sumatif yang digunakan untuk mengesan pencapaian.
Penilaian formatif meliputi aktiviti mengesan kekuatan dan kelemahan penguasaan
pelajar dalam sesuatu kemahiran yang telah diajarkan. Cara penilaian ini merupakan dalam
bentuk tidak formal seperti pemerhatian, bersoal jawab secara lisan, kuiz matematik,
memeriksa hasil kerja pelajar dalam kelas atau kerja rumah. Penilaian formatif ini biasanya
digunakan untuk mengesan bidang kelemahan penguasaan kemahiran pelajar secara
individu supaya dapat membetulkan kesalahannya dengan serta merta.
Oleh itu penilaian ini kerap kali dijalankan selepas sesuatu kemahiran diajarkan. Di
samping itu, penilaian formatif juga digunakan untuk mengesan kemajuan pelajar di dalam
kelas melalui ujian kertas pensel dalam bentuk formal. Ujian kertas pensel lazimnya
diadakan selepas beberapa unit kemahiran ataupun pembelajaran telah diajarkan.
Keputusan ujian ini akan direkodkan dalam borang prestasi yang akan digunakan untuk
menentukan tindakan selanjutnya.
Penilaian sumatif pula meliputi aktiviti pengujian dan pengukuran atas beberapa unit
pembelajaran, biasanya dalam tempoh satu penggal atau dua penggal. Cara penilaian yang
digunakan adalah bentuk formal dengan menggunakan ujian kertas pensel, peperiksaan
amali atau bertulis, skala radar dan senarai semak. Penilaian sumatif ini biasanya digunakan
untuk menentukan pencapaian pelajar dalam beberapa unit pembelajaran. Keputusan ujian
itu akan digunakan untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, aktiviti
pengayaan dan pemulihan, merekod keputusannya dalam rekod profil serta menempatkan
semula kedudukan pelajar dalam kumpulan yang sesuai.
Tujuan penilaian sumatif ialah untuk mengesan pencapaian pelajar dalam kelas atau
membuat perbandingan pencapaian mereka di antara kelas. Oleh itu, penilaian ini biasanya
dijalankan secara formal dalam bentuk peperiksaan pada pertengahan dan akhir tahun
persekolahan. Selain daripada peperiksaan pertengahan dan akhir tahun, penilaian sumatif
juga meliputi peperiksaan awam seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR),
Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sebagainya, yang
mana keputusannya digunakan untuk menggredkan pelajar mengikut peringkat pencapaian
dalam satu tahap persekolahan serta menentukan taraf pensijilan.

TUJUAN PENILAIAN

Sistem penilaian merupakan sistem yang penting dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Tujuan menggunakan sistem penilaian dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran ini ialah :
i.

Mengumpul maklumat tentang pencapaian pelajar selepas aktiviti pengajaran dan


pembelajaran supaya membuat penafsiran dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

ii.

Menentukan kekuatan dan kelemahan pelajar dalam pelajaran sesuatu kemahiran supaya
merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan.

iii.

Menentukan kesan pengajaran guru untuk merancang strategi pengajaran yang lebih
berkesan.

iv.

Menentukan pencapaian objektif pelajaran yang ditetapkan untuk merancang aktiviti


pengajaran dan pembelajaran pada masa yang akan datang.

v.

Merekod keputusan-keputusan penilaian dalam rekod prestasi dan rekod profil untuk
dirujuk oleh pihak-pihak yang berkenaan.

vi.

Menilai keberkesanan pelaksanaan sesuatu program baru seperti program KBSR atau
KBSM.

Pengukurann

Pengujian

Penilaian

BANDING BEZA KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN


Secara ringkasnya, perkaitan antara penilaian, pengujian, pengukuran dan pentaksiran
dapat dirumuskan seperti dalam Rajah dibawah :

Rajah 2 : Hubungan antara pengujian, pengukuran dan penilaian

Penilaian
Pentaksiran
Pengujian

Rajah 3 : Hubungan antara pengujian, pentaksiran dan penilaian


(Suhaiami al-Bahanjiey, 2011)

dibincangkan diatas telah dijadualkan seperti berikut :

Persamaan
Digunakan untuk menentukan tindakan susulan yang harus dilakukan oleh pihak tertentu untuk penambahbaikan dalam
aspek kaedah, pendekatan, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran
Perbezaan
Aspek
Definisi

Pentaksiran

Tujuan

Pengujian

Satu proses mendapatkan


maklumat dan seterusnya
membuat pertimbangan
tentang produk sesuatu
proses pendidikan
Satu episod dalam proses
pembelajaran yang
merangkumi aktiviti
menghurai, mengumpul,
merekod, memberi skor
dan menginterpretasi
maklumat tentang
pembelajaran seseorang
pelajar bagi sesuatu tujuan
Satu proses untuk
mendapatkan gambaran
tentang prestasi
pembelajaran seseorang
dalam aktiviti pembelajaran

Mendapatkan gambaran
tentang prestasi seseorang
dalam pembelajaran
Menilai aktiviti yang
dijalankan semasa
pengajaran dan
pembelajaran
Mendapatkan maklumat
secara berterusan tentang

Penilaian

Proses / prosedur yang


sistematik bagi mengukur
pencapaian pelajar yang
biasanya dibuat secara bertulis
Proses penyerahan set soalan
berpiawai yang perlu dijawab
atau satu set instrument
bersama satu prosedur yang
sistematik bagi mengukur
sampel tingkah laku atau
perubahan seseorang individu
atau pelajar

Menentukan pencapaian murid


dalam sesuatu sesi
pembelajaran

Proses untuk menghasilkan


nilai kuantitatif untuk
menentukan peringkat
pencapaian dan kedudukan
dalam pembelajaran
Merangkumi aspek pengujian
dan pengukuran
Satu proses / prosedur yang
sistematik bagi membuat
pertimbangan dalam menafsir
hasil pengukuran yang
bertujuan untuk memberi
maklumat tentang pencapaian
akademik, kemahiran atau
sikap

Membantu guru mengetahui


keupayaan penguasaan murid
Membantu guru dalam
membuat perbandingan antara
murid atau antara kelas
Membuat perbandingan
pencapaian murid dalam
subjek tertentu dengan subjek
yang lain
Menentukan murid yang tinggi

jadual 1 : Banding beza pentaksiran, pengujian dan penilai

Bagaimana Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian Dipraktikan Di Sekolah Rendah.

Dalam proses pembelajaran di sekolah rendah, konsep pentaksiran, pengujian dan


penilaian (3 P ) telah dipraktikan secara meluas. Antaranya untuk mengukur dan
mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang murid dalam sesuatu kemahiran seperti
mengukur pencapaian murid dalam menguasai kemahiran bertutur dalam pelbagai situasi
melalui Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah ( PLBS ) dan mengukur keupayaan murid
dalam penguasaan asas membaca dan menulis melalui program KIA2M. Dalam hal ini,
penguasaan murid dalam kemahiran tertentu ditaksir menggunakan instrument pentaksiran
yang disediakan oleh guru sendiri. Hasil dapatan dari pentaksiran tersebut akan dijadikan
sebagai penanda aras untuk aktiviti pembelajaran seterusnya. Kini, murid Tahap 1 turut diuji
dalam saringan LINUS (Literasi dan Numerasi) dan PROTIM merupakan saringan kemahiran
untuk Tahap 2.

Dua jenis pengujian yang dijalankan di sekolah rendah iaitu pengujian secara formatif
dan pengujian sumatif.
Pengujian fomatif ialah ujian yang dijalankan secara berterusan, iaitu semasa pengajaran
dan pembelajaran sedang dijalankan. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti kelemahan
yang wujud semasa pengajaran dan pembelajaran. Dapatan daripada ujian formatif ini akan
memberi maklum balas kepada guru dan dengan itu guru dapat membaiki dari segi
pengajarannya dan memberi tumpuan yang lebih pada tajuk-tajuk yang menimbul kesulitan
kepada pelajar. Ujian formatif adalah penting untuk menentukan sesuatu kemahiran atau
tajuk pembelajaran itu berkesan dan menepati matlamat yang ditentukan. Contoh ujian
formatif ialah menerusi Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS) dan ujian yang
guru beri di bilik darjah seperti ujian ringkas, kuiz, kerja rumah untuk mengetahui tahap
kebolehan pelajar. Kini, murid dinilai secara berterusan menerusi Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS).
Sementara pengujian sumatif ialah ujian yang dijalankan secara formal bagi mengesan
pencapaian murid dalam tempoh tertentu persekolahan.Ia bertujuan untuk memperoleh
maklumat tentang pencapaian murid untuk beberapa topik pembelajaran dan seterusnya
memberikan skor dan gred pencapaian.. Ujian sumatif juga digunakan untuk tujuan
persijilan. Contoh ujian sumatif ialah ujian pada peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian
Sekolah Rendah ( UPSR).

Penilaian di sekolah rendah dijalankan menerusi Penilaian Kendalian Sekolah Rendah


(PKSR) yang bertujuan untuk mengesan kemajuan murid secara berterusan agar dapat
memastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil keatas seseorang murid sama ada
untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan. Peranan guru ialah menilai murid dalam
pelbagai aspek berdasarkan hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam mata pelajaran yang
berlainan. Contohnya aspek berbahasa dalam Bahasa Melayu, mengira dalam Matematik
dan kemahiran proses sains dalam Sains.

Justifikasi
Kepentingan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah ketara dan
sangat penting. Para pelajar sering mengalami trauma bila berhadapan dengan ujian. Apatah
tidaknya, kejayaan mahupun kegagalan mereka bertitik -tolak daripada ujian yang menilai
mereka sebagai orang yang pandai atau lemah. Begitu juga guru, mereka selalunya resah
apabila menerima keputusan ujian pelajarnya. Kejayaan dan kegagalan mereka mengajar
terletak pada keputusan pencapaian pelajarnya. Tinggi peratus yang lulus bermakna
berjayalah seseorang guru itu mengajar pelajarnya. Sebaliknya, rendah peratus lulus,
seseorang guru itu perlu bertindak membaiki cara pengajarannya. Oleh itu, dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, kepentingan penilaian adalah seperti berikut:
i.

Untuk mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada
pada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Ujian seperti ini
biasanya disebut sebagai praujian atau pretest. Daripada ujian inilah guru-guru
biasanya dapat merancang dan merencanakan pengajaran yang seterusnya. Hasil
ujian tersebut dapat memberikan gambaran kepada guru-guru tentang keupayaan
pelajar mereka yang sebenar sebelum mereka memulakan pengajaran.

ii.

Untuk menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka


telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan. Dengan
lain perkataan guru-guru itu dapat melihat sejauh manakah pengajarannya itu
berhasil. Biasanya, ujian-ujian seperti ini disediakan oleh guru sendiri untuk menguji
aspek-aspek pengetahuan dan kemahiran tertentu.

iii.

Untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman


sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. Perbandingan seperti
ini penting untuk menilai pencapaian atau prestasi seseorang individu.

iv.

Untuk membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang subjek


dengan bidang yang lain. Tujuannya ialah untuk melihat kelemahan atau kelebihan
pelajar dalam sesuatu bidang dan digunakan maklumat ini untuk kerja-kerja
pemulihan dan sebagainya.

v.

Untuk menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam
pencapaian mereka. Tujuannya ialah untuk kerja-kerja pemulihan dan pengayaan.

vi.

Untuk membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap


pembelajaran. Ini penting untuk menyelaras dan menentukan arah jenis pendidikan
pelajar. Guru-guru dengan mudah dapat menyalurkan pelajar-pelajar mereka ke
jurusan-jurusan tertentu mengikut kebolehan mereka sepeti jurusan sains,
sasteradan teknikal.

vii.

Untuk membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah


pengajaran

mereka.

Melalui

ujian

dan

penilaian

mereka

sentiasa

dapatmempertingkatkan pengajaran mereka.


1. Ujian dan penilaian adalah juga berguna kepada pelajar-pelajar. Melaluinya mereka
berpeluang untuk mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu
kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.

Kesimpulan

Kesimpulannya penilaian pencapaian adalah penting bagi menentukan pencapaian


seseorang pelajar. Penilaian pencapaian juga menguji sejauh mana keberkesanan proses
pembelajaran dan jika pelajar tidak mencapai tahap yang sepatutnya, guru haruslah mencari
jalan penyelesaian. Oleh itu, sistem penilaian dan peperiksaan meletakkan satu standard
yang tinggi supaya dapat melahirkan generasi yang berilmu dan berwibawa. Pengendalian
sistem peperiksaan dan penilaian yang profesional dan sistematik menjadikan sistem
pendidikan kita diiktiraf dunia.
Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi
masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan
tersebut tidak terhimpun seterusnya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat
membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya
memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat
dan dalam diri murid dari aspek kognitif/pemikiran afektif/perasaan dan tingkah laku moral.

SOALAN SEJARAH
TAHUN 4

BAHAGIAN A

Jawab soalan pada jawapan yang diberikan.


1. Apakah yang dimaksudkan dengan sejarah?
a. Peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau
b. Peristiwa yang sedang berlaku.
c. Peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang.
d. Peristiwa yang sedang dirancang untuk berlaku.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan sumber pertama?
a. Merujuk kepada hasil-hasil penulisan.
b. Merujuk kepada sumber asli.
c. Merujuk kepada kata-kata orang terdahulu.
d. Merujuk kepada maklumat dari guru.
3. Nyatakan contoh-contoh sumber kedua.
a. Manuskrip.
b. Artifak.
c. Fosil.
d. Majalah
4. Senaraikan kaedah pencarian maklumat Sejarah.
i. Kaedah teka-teki.
ii. Kaedah lisan.
iii. Kaedah bertulis.
iv. Kaedah arkeologi
a. I, ii dan iv
b. I, iii dan iv
c. Ii, iii dan iv
d. Kesemua diatas
5. Yang manakah paling tepat bagi penyataan dibawah?

KAEDAH
ARKEOLOGI
a.
b.
c.
d.

Kajian sumber daripada bahan bertulis atau bercetak.


Temu bual.
Kajian terhadap tinggalan purba.
Kajian tunggu dan lihat.

6. Apakah yang dimaksudkan dengan kronologi?


a. Susunan nombor.
b. Susunan sifir.
c. Urutan huruf.
d. Urutan masa.
7. Berikan perbezaan abad dan alaf.
a. Tempoh alaf lebih lama dari abad.

b. Tempoh alaf mengambil masa 10 tahun.


c. Abad mengambil masa 1000 tahun.
d. Abad dan alaf mempunyai persamaan dan tiada perbezaan

8. Alatan ini dijumpai di Terengganu. Namakan alatan ini.


a. Lukisan Batu.
b. Penukul Kulit Kayu.
c. Gendang Dongson
d. Homo Sapien Sapien
9. Berikan kebaikan mempelajari Sejarah, KECUALI
a. Kepentingan mengekalkan perpaduan kaum.
b. Dapat menimbulkan rasa patriotisme dalam kalangan masyarakat.
c. Mengambil iktibar daripada peristiwa lalu.
d. Menambah matapelajaran lain dalam kelas.

10. Namakan tarian tradisonal diatas.


a. Tarian Sumazau.
b. Tarian Inang.
c. Tarian Ngajat.
d. Tarian Singa

11. Apakah maksud Sijil Kelahiran?


a. Sijil lahir yang mengandungi keterangan mengenai butir-butir kelahiran.
b. Sijil yang dikeluarkan untuk tujuan pembaziran.
c. Sijil lahir yang mengandungi maklumat mengenai sekolah.
d. Sijil penghargaan kepada individu.
12. Mengapakah sijil kelahiran penting bagi setiap penduduk di Malaysia?
a. Mendapat pengesahan warganegara ketika membuat kad pengenalan.
b. Supaya saya tahu saya rakyat Malaysia.
c. Kerana kerajaan mewajibkannya kepada setiap orang.
d. Ibu bapa saya ingin memperkenalkan diri saya kepada orang.
13.
Datuk +
Nenek

A
Abang

Pak Cik
+ Mak
Cik
Saya

Suria

Siapakah yang sepatutnya yang berada pada kedudukan A itu?


a. Kakak + Abang Ipar
b. Abang + Kakak Ipar
c. Ayah + Emak
d. Datuk + Nenek
14. Masyarakat India memanggil abang dengan panggilan,,
a. Akka
b. Annan
c. Amma
d. Appa
15. Apakah nama pangilan bapa dalam masyarakat iban?
a. Adi
b. Indai
c. Apai
d. Aka

16. Mengapakah perlunya keluarga bahagia?

a.
b.
c.
d.

Melahirkan generasi yang bersopan dan berbudi bahasa.


Supaya senang untuk bergaduh.
Kerana dapat duit banyak bila berkumpul.
Tidak perlu keluarga bahagia

17. Apakah adab ketika hendak makan?


a. Bersalam
b. Tunduk
c. Berdoa
d. Bertanya khabar

Bercakap dengan sopan


Tidak meninggikan suara
Menggunakan nama
panggilan yang sopan

18. Adab bagi amalan diatas ialah


a.
b.
c.
d.

Ketika ingin keluar dari rumah


Ketika makan
Ketika lalu dihadapan orang tua
Ketika berbual

19. Kita perlu meminta _________ daripada ibu bapa kita sebelum keluar daripada
rumah.
a. Izin
b. Duit
c. Tarikh
d. Makanan
20Nyatakan kepentingan struktur organisasi sekolah.
a. Menambahkan beban guru sekolah.
b. Bertanggungjawab memastikan sekolah berada dalam keadaan terurus.
c. Memudahkan kerja murid.
d. Mengelakkan histeria dalam kalangan murid
21. Siapakah yang membantu Guru besar mentadbir sekolah?
i. Mak cik kantin
ii. Guru penolong Kanan Pentadbiran
iii. Guru penolong Kanan Hal Ehwal Murid
iv. Guru Penolng Kanan Kokurikulum
a. i, ii dan iv
b. i, ii dan iii
c. i, iii dan iv
d. Ii, iii dan iv
22. Bagaimanakah Pasir Salak mendapat nama?
a. Daripada JWW Birch ketika mandi.
b. Dari pasir di tepi sungai Perak yang dipenuhi kulit buah salak.

c. Kebangkitan orang Melayu menentang penjajah British yang memandai-mandai


mengutip cukai mengikut peraturan mereka.
d. Daripada buku teks sejarah Tahun 4.

23. Namakan salah satu rumah tradisional melayu di Perak.


a. Rumah Minangkbau
b. Rumah Panjang
c. Rumah Kutai
d. Rumah Melaka
24. Bilakah JWW Birch dibunuh?
a. Ketika makan dengan pembesar-pembesar negeri Perak.
b. Ketika memandikan anaknya di Sungai Perak.
c. Ketika mandi di Sungai perak.
d. Ketika berjumpa dengan dato maharajalela
25. Mengapakah tempat bersejarah perlu dikekalkan?
a. Untuk mendapat duit dari tempat-tempat tersebut..
b. Bukti kukuh tentang peristiwa sejarah yang telah berlaku kepada generasi akan
datang.
c. Untuk memberi peluang pekerjaan kepada penduduk.
d. Supaya tanah-tanah di Malaysia digunakan sepenuhnya.
26. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menjaga kemudahan awam ditempat kita?
a. Kerana saya tidak menggunakan kemudahan awam.
b. Kerana kita perlu membayar jika hendak menggunakannya.
c. Supaya dapat berfungsi dengan baik.
d. Kerana saya tidak suka menggunkan kemudahan yang berada dirumah saya.
27. Berikan maksud Cogan Kata.
a. Sifat-sifat atau ciri-ciri yang terdapat pada seseorang atau sesuatu yang berbeza
daripada yang lain.
b. Ungkapan ringkas yang menjadi pegangan bersama.
c. Wawasan atau pandangan jauh.
d. Langkah untuk mencapai visi.
28. Berikan maksud Identiti.
a. Sifat-sifat atau ciri-ciri yang terdapat pada seseorang atau sesuatu yang berbeza
daripada yang lain.
b. Ungkapan ringkas yang menjadi pegangan bersama.
c. Wawasan atau pandangan jauh.
d. Langkah untuk mencapai visi

29. Berikan maksud Visi.


a. Sifat-sifat atau ciri-ciri yang terdapat pada seseorang atau sesuatu yang berbeza
daripada yang lain.
b. Ungkapan ringkas yang menjadi pegangan bersama.
c. Wawasan atau pandangan jauh.
d. Langkah untuk mencapai visi
30. Berikan maksud misi.
a. Sifat-sifat atau ciri-ciri yang terdapat pada seseorang atau sesuatu yang berbeza
daripada yang lain.
b. Ungkapan ringkas yang menjadi pegangan bersama.
c. Wawasan atau pandangan jauh.
d. Langkah untuk mencapai visi

BAHAGIAN B
JAWAB SEMUA SOALAN BAHAGIAN INI.
A. Setiap sekolah mempunyai struktur organisasi pentadbiran. Guru Besar mengetuai
pentadbiran dengan dibantu oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid dan guru Penolong Kanan Kokurikulum. Mereka
bertanggungjawab memastikan sekolah berada dalam keadaan terurus dan teratur.
Sebagai murid, kita perlu menghormati dan mematuhi setiap arahan yang diberikan oleh
mereka. Lengkapkan jawapan bagi soalan yang diberi.

Nama Guru Besar SK Methodist


ACS: __________________
__________________________
Nama Guru Penolong
Kanan Pentadbiran
SK Methodist ACS:
___________________
___________________
Tugas :
___________________
____________________
____________________
____________________
____________________
____________________
____________________

Tugas : ___________________
Nama Guru Penolong
__________________________
Kanan Hal Ehwal Murid
__________________________
SK KMethodist ACS:
__________________________
_____________________
__________________________
_____________________
Tugas :
_____________________
_____________________
_____________________
_____________________
_____________________
_____________________
_____________________

Nama Guru Penolong


Kanan Kokurikulum
SK Methodist ACS:
____________________
____________________
Tugas :
____________________
____________________
____________________
____________________
____________________
____________________
____________________

Menguruskan aktiviti kokurikulum


Menyelaraskan semua program
akademik sekolah

Menguruskan hal berkaitan pentadbiran sekolah


Mengendalikan semua perkara berkaitan
kebajikan dan keselamatan murid

B. Senaraikan kemudahan yang terdapat di sekolah kamu dan nyatakan cara kamu
menjaga kemudahan tersebut.
Bil

Kemudahan Sekolah
Makmal komputer

Cara menjaga kemudahan sekolah


Menjaga kebersihan bilik komputer dan
menggunakan komputer dengan cermat dan

1.
2.

3.

4.

5.

6.

berhemah

SKEMA JAWAPAN

BAHAGIAN A
1.A

2..B

3.A

4.C

5.C

6.D

7.C

8.C

9.D

10.C

11.A

12.A

14.B

15.C

16.A

17.C

18.D

19.A

20.B

21.D

22.C

23.C

24.C

25.B

26.C

27.B

28.A

29.C

30.D

13.C

BAHAGIAN B
A.

GURU BESAR - EN. ABDUL HAMID BIN ABDDULAH


TUGAS - MENGURUS HAL BERKAITAN PENTADBIRAN SEKOLAH
GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN - EN. TAN KOK LEONG
TUGAS - MENYELARASKAN SEMUA PROGRAM AKADEMIK SEKOLAH
GURU PENOLONG KANAN HEM - PN. JAMIATUL RAHMAH
TUGAS - MENGENDALIKAN SEMUA PERKARA BERKAITAN KEBAJIKAN DAN
KESELAMATAN MURID
GURU PENOLONG KANAN KOKO - EN RAMLI BIN AHMAD ROZALI
TUGAS- MENGURUSKAN AKTIVITI KOKURIKULUM

B
1. BILIK SAINS

2..SURAU

MENJAGA KEBERSIHAN BILIK SAINS DAN


MENGGUNAKAN PERALATAN SAINS DENGAN
BERHATI-HATI
MENJAGA KEBERSIHAN SURAU DAN
MENGUNAKAN KEMUDAHAN SURAU DENGAN
BIJAK

3. BILIK KH/RBT

MENJAGA KEBERSIHAN BILIK KH/RBT SELEPAS


SESI PENGAJARAN DAN MENGGUNAKAN
PERALATAN DENGAN BERHATI-HATI
4. PUSAT SUMBER
MENJAGA KEBERSIHAN PUSAT SUMBER, TIDAK
MEMBUAT BISING DAN MEMASTIKAN BUKU DI
PUSAT SUMBER DALAM KEADAAN TERATUR DAN
BAIK
5. STOR PJ
MENJAGA KEBERSIHAN STOR PJ, MENYUSUN
PERALATAN SELEPAS DIGUNAKAN

PEMBENTANGAN

REFEKSI

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah
kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran
kesibukan tugas seharian.

Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek SJH 3093E, saya agak keliru
tentang kehendak soalan saya berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan
tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang sejarah amatlah sedikit. Namun
demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba
menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan melalui
internet. Di sini saya dapat mencari maklumat tentang Pentaksiran Dalam Pengajaran
sejarah serta jusfikasinya.Kesemuanya maklumat ini mempunyai kelebihan masing-masing
untuk diikuti di dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang mata pelajaran
sejarah Sekolah rendah yang telah dapat saya kumpulkan dan saya perolehi maklumatmaklumat tersebut melalui Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah sekolah Rendah KSSR dan
juga sumber internet.Mata Pelajaran Sejarah Sekolah Rendah KSSR merupakan mata
pelajaran yang baru mulai tahun lepas. Walau bagaimana pun, akhirnya dengan usaha gigih
yang saya lakukan, banyak ilmu yang saya perolehi dan akan gunakan ilmu ini semasa
proses pengajaran dan pembelajaran Mata pelajaran Sejarah KSSR sekolah rendah di
sekolah nanti.Insyallah. Ilmu yang saya perolehi ini akan dapat membantu saya dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di peringkat sekolah atau
peringkat yang lebih tinggi sekiranya saya diberi peluang untuk mengajar subjek ini.
Mata pelajaran Sejarah KSSR sekolah rendah merupakan pelajaran yang menarik jika guru
pandai menggunakan teknik yang sesuai. Ini kerana melalui pentaksiran yang dibuat banyak
perkara menarik boleh dipelajari oleh murid-murid. Guru perlu bijak menggunakan
kepakarannya untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Murid-murid perlu dilibatkan
secara aktif untuk mengambil bahagian di dalam proses pembelajaran di dalam kelas.
Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan, lembaran kerja dan juga
memberi ujian perlu disediakan oleh guru di samping nota belajar.Ini kerana guru dapat
melakukan proses pengajaran dan pembelajaran dapat disiapkan oleh murid samada secara
individu ataupun berkumpulan hasil daripada pentaksiran yang telah dilakukan.. Selain itu
juga, guru perlu menggunakan penilaian yang difikirkan bersesuaian dalam menguji
kefahaman murid-murid di akhir pengajaran pembelajaran. Penilaian ini amat penting untuk
menguji tahap kefahaman dan pengetahuan murid terhadap perkara yang dipelajari.
Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat saya perolehi melalui tugasan
yang diberikan ini .Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan berguna sekali dalam
proses melahirkan murid yang bersemangat patriotik, sayangkan Negara, boleh
bekerjasama dengan orang lain, mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia,

menyelesaikan konflik secara rundingan, menyayangi alam sekitar dan menyumbang ke


arah perpaduan dan pembangunan negara akan tercapai.Secara tidak langsung,murid-murid
juga akan memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui daripada pembelajaran
ilmu sejarah serta boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka. Sebagai guru,
tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah.
Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Dr Hajah Fatimah Binti Mohd Dahalan yang telah banyak membantu
saya dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini.Begitu juga dengan rakan
seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.
Amin......

Bibliografi

Konsep Penilaian. (n.d.). Retrieved May 4, 2012, from


http://pendidikanmoral.um.edu.my/index.php?page=61

Mok Soon Sang (2003), Pendidikan Di Malaysia, Kuala Lumpur. Kumpulan


BudimanSdn Bhd

Mengapa Pelajaran Pendidikan seni Perlu melalui Proses penilaian? Apakah aspek
yang perlu dinilai? (2009, August 8). Retrieved May 6, 2012,
from http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.com/2009/08/mengapa-pelajaranpendidikan-seni-perlu.html

Pengertian dan Konsep. (n.d.). Retrieved May 4, 2012,


fromhttp://ipks.edu.my/index.php?
option=com_docman&task=doc_view&gid=248&tmpl=component&format=raw&Itemi
d=41-

Pentaksiran Bahasa Melayu: Konsep Pengujian, Pengukuran dan Penilaian. (n.d.).


Retrieved May 6, 2012,fromhttp://www.scribd.com/doc/51807095/6/KepentinganPenilaian-dalam-Proses-Pengajaran-dan-Pembelajaran-

Pentaksiran, Pengujian & Penilaian. (2011, Jan 4). Retrieved May 6, 2012,
fromhttp://www.joedavian.files.wordpress.com/2010/12/pentaksiran-penilaian-1-pdf-

http://husniupsi680.blogspot.com/2012/11/strategi-pendekatan-kaedah-danteknik.html

http://www.scribd.com/doc/146335912/RPH-SEJARAH-TAHUN-4

http://mieadham86.blogspot.com/2014/01/contoh-rph-rpt-kssr-2014-semuasubjek.html

http://ibrahimputeh.blogspot.com/2013/09/bahan-bahan-pembentangan-kssrsejarah.html

You might also like