You are on page 1of 4

Pada hari Isnin,19 Mei 2014,Sekolah Kebangsaan Tanjung Belipat

telah
mengadakan majlis sambutan Hari Guru bersempena dengan Hari Guru yang jatuh
pada 16 Mei 2014 bertemakan GURU:PENCETUS KREATIVITI,PENJANA INIOVASI.
Sambutan tersebut diadakan di Dataran Perhimpunan dan Dewan Serbaguna
Sekolah.
Semua murid dan guru telah berkumpul di Dataran perhimpunan pada jam 7.00
pagi. Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri dan lagu Sekolah.
Seterusnya bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Izwan Bin Haji Noordin. Bacaan
Perutusan Hari Guru Menteri Pendidikan Malaysia telah dibaca oleh Cikgu Aimie
Shafiza.
Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan oleh Puan Guru Besar, Pn. Anita Binti
Othman serta melaksanakan gimik perasmian. Majlis kemudian digamatkan lagi
dengan persembahan Guruiaitu nyanyian tema Hari Guru dan lagu Kami Guru
Malaysia dan seterusnya bacaan ikrar Hari Guru yang diketuai oleh Cikgu Saiful
Anuar Bin Yusoff. Majlis formal sambutan Hari Guru tamat pada pukul 9.30 pagi.
Majlis kemudian diteruskan dengan acara mini sukaneka yang bermula pada pukul
10.00 pagi. Guru-guru, ibu bapa dan murid-murid Tahap Satu dan Tahap Dua
menyertai pelbagai acara seperti memasukkan manic dalam benang, mencari
harta karun, puteri buta dan pertandingan makan buah epal. Suasana begitu meriah
kerana guru-guru, ibu bapa dan murid masing-masing memberikan sokongan
kepada pasukan pilihan mereka.
Pada jam 12 tengah hari, semua guru, ibu bapa dan murid berkumpul di Dewan
Serbaguna. Persembahan pentas diadakan juga yang mana acara dimulakan
dengan persembahan oleh murid-murid Tahap Satu dan dua. Manakala Pemenang
Anugerah Guru bagi Tahun 2014 adalah seperti berikut:
i) Guru Penyayang
ii) Guru sporting
iii) Guru bergaya
iv) Guru kreatif

Pn. Anita Bt Othman


Ustaz Izwan
Cikgu Saiful Annuar Bin Yusoff
Cikgu Faiezol Subhi Bin Yusof.

Majlis sambutan berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari dengan acara pemberian
cenderamata daripada murid kepada guru masing-masing dan pertukaran hadiah
antara guru.
Laporan disediakan oleh,

Disahkan oleh;

_______________________
THERESA JULAN LAENG

__________________________
PN. ANITA BINTI OTHMAN

Penyelaras Program,

Guru Besar SKTB

Sambutan Hari Guru 2014 SKTB.

GALERI KENANGAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SKTB 2014

Sambutan Hari Guru Peringkat


Sekolah SKTB 2014

Antara Hadiah sempena Hari


Guru 2014

Menghias Dewan Serbaguna .

Acara Formal (Tapak


Perhimpunan).......Persembahan
murid Pra-Sekolah.

Ibu bapa hadir bersama-sama bagi memeriahkan majlis.

Gimik Perasmian Sambutan Hari Guru 2014 SKTB

SERONOKacara mini sukaneka

Suasana di dalam dewan sebaguna SKTB

Persembahan murid-murid SKTB

Acara Pertukaran hadiah guruguru

You might also like