You are on page 1of 73

BAB 1

MASALAH KAJIAN

1.1

PENGENALAN

Guru memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah pelajar.


Peranan guru bukan sahaja sebagai pendorong, pembimbing, penggerak, pembentuk
sahsiah, pentadbir, pengurus, pemudah cara, pengganti ibu bapa dan penilai kepada
pelajar malah lebih daripada itu.

Disiplin merupakan satu kawalan sosial yang

dilaksanakan di sekolah untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan


dengan teratur dan lancar. Tanpa pengurusan disiplin yang berkesan, adalah sukar untuk
guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara efektif dan usaha menghasilkan
pelajar yang berkualiti. Pada tahun 2010 masalah disiplin berlaku secara berleluasa,
membabitkan isu moral dan keselamatan seperti penglibatan pelajar dalam vandalisme,
gangsterisme dan hubungan seks (Statistik Jabatan Masyarakat, 2009). Masalah disiplin
sekolah dirujuk sebagai masalah salah laku pelajar yang menyimpang daripada normanorma masyarakat sekeliling.
Menurut Mohd Ismail (2006), pelajar yang terlibat dengan kesalahan disiplin
dikategorikan sebagai melanggar disiplin sekolah dan pihak sekolah boleh mengambil
tindakan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran dan Ordinan
Pelajaran 1957. Menurut Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin) Peraturan Sekolah
1959, terdapat pelaksanaan hukuman gantung dan buang sekolah.

1.2

LATAR BELAKANG KAJIAN


Sejak akhir-akhir ini, masalah disiplin semakin banyak dilaporkan di dada akhbar

dan pola kes juga turut lebih cenderung ke arah kes jenayah berat. Walau bagaimanapun
jika disingkap kembali kes yang melibatkan disiplin pelajar sejak tahun 1977, banyak kes
yang keluar di akhbar mengenai kesalahan yang dilakukan oleh pelajar - pelajar sekolah
adalah seperti Ugut Guru Di Luar Sekolah, 565 Orang Pelajar Ahli Aktif Kongsi Gelap,
Pelajar Sepak Guru, Pelajar Ketua Gangster, Curi, Samseng Sekolah Ditahap Serius,
1,719 Pelajar Melakukan Jenayah Ditahan, dan banyak lagi kes yang dilakukan oleh
pelajar. Oleh itu kes sebergini bukanlah sesuatu yang baru tetapi berlarutan hinggalah ke
masa kini. Berdasarkan Berita Harian pada 12 Julai 2001 yang lalu telah melaporkan
bahawa dalam tempoh 10 tahun antara 1989 hingga 1998 kadar jenayah membabitkan
remaja lelaki dan pelajar meningkat sebanyak 35 peratus dan 25 peratus bagi remaja
perempuan. Kementerian Pelajaran mendedahkan bahawa kira-kira 76,300 atau 1.09
peratus daripada tujuh juta pelajar di negara ini terbabit dalam pelbagai masalah disiplin
(Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, 2005).
Dalam kes baru-baru ini yang dilaporkan di Putrajaya pada 12 Julai 2014, 3 orang
pelajar dibuang sekolah kerana melanggar peraturan sekolah dengan memakai serban.
Mereka mendakwa telah dibuang sekolah kerana degil dan memakai bertentangan dengan
peraturan pakaian seragam sekolah. Etika pemakaian pakaian seragam sekolah
termasuklah rambut pelajar lelaki dan perempuan, kasut, tudung dan sebagainya.
Pemakaian bagi pelajar muslim dan bukan muslim ada perbezaan. Pelajar bukan Islam
boleh memakai pakaian pinafore biru tua dan baju putih. Pelajar muslim pula digalakkan
memakai tudung dan songkok untuk pelajar lelaki. Pemakaian pakaian seragam sekolah
ini telah ditetapkan oleh pihak kementerian dan seseorang murid tidak boleh memakai
pakaian yang menyalahi peraturan pemakaian seragam sekolah.

Perkara ini terkandung di dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1993. Mana-mana
pelajar yang gagal mengikut peraturan tersebut berulang kali akan dikenakan tindakan
yang berlandaskan prosedur yang betul. Prosedur pembuangan murid diperjelaskan dalam
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1968. Hukuman pembuangan murid ini merupakan
hukuman yang paling berat dapat dikenakan ke atas mana-mana murid yang didapati
bersalah bersabit dengan mana-mana larangan nyata seperti yang disebut di mana
Peraturan-peraturn Pelajaran (Disiplin sekolah) 1959. Sekiranya keputusan menggantung
persekolahan atau membuang murid diambil oleh pihak lain seperti Lembaga Disiplin
atau Jawatankuasa HEM sekolah, maka keputusan itu boleh dicabar di mahkamah. Hal
ini peraturan 4 dan 8 tidak menyebut Lembaga Disiplin sekolah boleh mengambil
tindakan sedemikian. Keputusan untuk menggantung atau membuang murid adalah
keputusan guru besar atau pengetua sekolah berkenaan sahaja.

Bagi mengelakkan

tindakan yang diambil oleh guru besar atau pengetua daripada dicabar di mahkamah,
tatacara yang betul dan aspek teknikal hendaklah dipatuhi dan diberi perhatian teliti
( Mohd Ismail Othman, 2006)

1.3

PERNYATAAN MASALAH

Pelanggaran disiplin dalam kalangan pelajar sekolah kini menjadi suatu perkara
yang agak membimbangkan. Isu disiplin sekolah juga telah menarik banyak perhatian
beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya banyak dilaporkan dalam media massa.
Semua guru tidak terkecuali pengetua, guru besar dan guru disiplin sentiasa terdedah
kepada keadaan yang boleh menyebabkan mereka melanggar peraturan dan undangundang pendidikan. Ini adalah disebabkan berkemungkinan mereka tidak faham atau
tidak tahu tentang adanya peraturan dan undang-undang dalam pendidikan. Ada kalanya
mereka sendiri terperangkap dengan arahan-arahan yang bertentangan dengan undangundang pendidikan.

Kejahilan pentadbir sekolah terutamanya pengetua dan guru besar dalam


menguruskan tatacara pengurusan disiplin dikenal pasti sebagai punca sekolah sering
didakwa oleh ibu bapa (Tie Fat Hee; 2002). Tie Fatt Hee juga menyatakan terdapat ibu
bapa yang begitu mudah membawa kes yang membabitkan kecuaian guru ke mahkamah
dan membuat tuntutan ganti rugi yang begitu tinggi. Disiplin pelajar adalah
tanggungjawab pihak pentadbir sekolah. Rutin pengurusan sekolah terkini, rata-rata pihak
pentadbir tidak menjelaskan kepada semua guru yang berada di bawah pentadbirannya
tentang prosedur pelaksanaan kuasa disiplin dan hukuman yang betul ke atas pelajar.
Perkara ini termasuk risiko-risiko yang bakal dihadapi oleh guru berhubung dengan
pendakwaan dan tindakan mahkamah sekiranya pelajar memanjangkan kes tersebut.
Selain daripada itu, pihak pentadbir sekolah perlu mengetahui kekangan yang bakal
dihadapi serta cara mengatasi yang wajar dilaksanakan bagi menangani masalah disiplin
pelajar

1.4

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini secara terperincinya ingin mencapai objektif berikut:
1.4.1

Mengetahui

pengaplikasian

undang-undang

oleh

pentadbir

dalam

1.4.2

pengurusan disiplin sekolah.


Mengenalpasti cabaran dan strategi mengatasi yang dilaksanakan oleh
pentadbir dalam pengurusan disiplin sekolah.

1.5

PERSOALAN KAJIAN
Bagi merangka suatu penyelesaian yang dapat memastikan pencapaian
tujuan dan objektif kajian; persoalan kajian dibina, diteliti dan dirumuskan seperti
berikut :
1.5.1

Apakah pengaplikasian undang-undang yang dilaksanakan oleh pentadbir

1.5.2

dalam pengurusan disiplin sekolah?


Apakah cabaran yang dihadapi dan strategi mengatasi yang dilaksanakan
oleh pentadbir dalam pengurusan disiplin sekolah?

1.6

KEPENTINGAN KAJIAN

Secara keseluruhannya, kepentingan kajian ini adalah seperti berikut;


1.6.1

GURU

Penguasaan terhadap aspek isi kandungan surat pekeliling ikhtisas amat berkait
rapat dengan bilangan kes perundangan dalam pengurusan disiplin pelajar.
Penguasaan guru secara mendalam dalam pengurusan disiplin pelajar akan
meneguhkan lagi pemahaman guru terhadap gabungan nilai masyarakat berkaitan
kesaksamaan dan prosesnya dalam institusi masyarakat. Penguasaan terhadap isi
kandungan surat pekeliling ikhtisas yang dikeluarkan oleh kementerian akan
dapat membantu guru-guru terutamanya guru disiplin dalam melaksanakan tugas
berkaitan pengurusan disiplin. Penguasaan terhadap tatacara pengurusan disiplin
yang berkualiti akan dapat membantu guru untuk bertindak secara waras dan
berhemah.

Sekiranya guru menguasai isi kandungan surat pekeliling ikhtisas ini maka guru
tidak lagi perlu berasa was-was terhadap segala tindakan yang diambil terhadap
pelajar. Hal ini dapat mengelakkan pihak sekolah daripada menghadapi konflik
dan kes undang-undang pendidikan. Penguasaan guru terhadap perundangan
pendidikan dapat membantu guru untuk membataskan tanggungjawab mereka
dalam menguruskan disiplin pelajar berpandukan doktrin yang sedia ada. Guru
akan lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan jika mereka berhadapan
dengan situasi yang berkaitan dengan perundangan.

1.6.2

SEKOLAH

Surat pekeliling ikhtisas yang berkaitan dengan tatacara pengurusan disiplin


merupakan isu utama yang perlu diketahui oleh semua guru terutama pengetua,
penolong kanan dan guru-guru. Kajian yang berkaitan dengan pengurusan disiplin
amat berkait rapat dengan pengurusan pentadbiran di sekolah. Sekolah yang
mempunyai sistem pengurusan pentadbiran yang efisyen dan dinamik akan
memastikan sistem pengurusan disiplin juga ditadbir urus dengan baik. Walaupun
perkara ini amat penting, namun kajian terhadap penguasaaan guru mengenai
tatacara pengurusan disiplin terhadap pelajar tidak banyak dilakukan sebelum ini.
Kajian ini tentunya akan dapat membantu pihak sekolah terutamanya pentadbir
dan guru-guru bahawa aspek perundangan pendidikan merupakan aspek penting
yang

banyak

membantu

guru-guru terutamanya

semasa

mengendalikan

penguatkuasaan disiplin pelajar.

1.6.3

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Pelaksanaan terhadap tatacara pengurusan disiplin pelajar tanpa mengikut


panduan berdasarkan surat pekeliling disiplin yang diedarkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia semakin banyak menarik perhatian masyarakat dan seringkali
terpapar di dada akhbar. Hakikatnya, berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
8/1993, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1986 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
7/1995 telah membuktikan bahawa pihak kementerian sendiri menyedari tentang
fenomena yang berlaku. Adakah guru-guru sudah benar-benar memahami dan
menguasai prinsip-prinsip asas yang terdapat di dalam surat pekeliling ikhtisas?
Jika ya, mengapa masih lagi terdapat isu-isu perundangan yang membabitkan
guru disabitkan kes di mahkamah kerana silap percaturan semasa mengendalikan
prosedur tindakan disiplin? Adakah isu ini berpunca daripada sistem latihan
keguruan yang belum mantap? Hasil kajian ini diharapkan boleh memberikan
sedikit panduan kepada pihak kementerian terhadap penambahbaikan sistem
latihan keguruan terutamnya yang berkaitan dengan bidang tugas guru-guru
disiplin agar mereka boleh menjalankan tugas secara sistematik dan berhemah.

Sehubungan itu, kajian ini diharapkan dapat mewujudkan kesedaran di kalangan


semua pihak khususnya pengamal atau penguatkuasa disiplin di sekolah tentang
kepentingan memahami prosedur perundangan bagi meningkatkan kualiti disiplin yang
tinggi dalam kehidupan seharian. Akhir sekali, hasil kajian ini dapat memberi gambaran
sebenar serta dapat dijadikan garis panduan kepada semua pihak untuk meningkatkan lagi
tahap kesedaran atau keprihatinan terhadap isu perundangan yang melibatkan sekolah dan
guru khasnya.

1.7

KONSEPTUAL KAJIAN

Berpandukan teori dan dapatan kajian lepas, pengkaji telah merekabentuk satu
cadangan konseptual kajian seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 di bawah.

Pentadbir
Sekolah

Aplikasi
Undangundang

Guru
Pelaja
r

Rajah 1 : Kerangka Konseptual Kajian Pengaplikasian Undang-undang Terhadap


Pengurusan Disiplin

1.8

BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya dijalankan di empat sekolah menengah harian biasa di tangah
bandaraya Kuala Lumpur yang mempunyai pelajar daripada pelbagai etnik tetapi
responden hanya melibatkan tiga orang pengetua, dua orang penolong kanan hal ehwal
murid dan seorang guru penolong kanan tadbir dan kurikulum. Penemuan kajian ini
berasaskan kajian kes dengan kaedah kualitatif berdasarkan persampelan bertujuan
menggunakan kaedah analisis dokumen temu bual mendalam daripada keenam enam
responden. Aspek-aspek kajian hanya meliputi tahap kesedaran guru terhadap prosedur
pelaksanaan yakni pengaplikasian undang undang dan cabaran yang mereka hadapi
semasa menguatkuasakan peraturan yang mempunyai kaitan dengan aspek pengurusan
disiplin sahaja. Temu bual yang dilakukan terhadap responden pula hanya melibatkan
prose pelaksanaan atau prosedur yang digunakan oleh individu yang terlibat sahaja dan
tidak menggambarkan keseluruhan guru yang berada dalam organisasi tersebut. Batasan
ini turut disumbangkan oleh faktor lain seperti lokasi sekolah, latar belakang murid,
status sosio ekonomi masyarakat setempat dan tahap keterbukaan responden dalam
menjawab soalan temubual yang diajukan.
Secara umumnya kajian ini bukan untuk digeneralisasikan kepada semua guru dan
daerah-daerah lain kerana hanya melibatkan tatacara pengurusan disiplin oleh guru-guru
di sebuah sekolah menengah harian biasa sahaja. Namun begitu, data dan maklumat yang
mendalam telah dikumpul melalui kaedah kualitatif mengikut prosedur yang sistematik
sebagaimana yang dihuraikan dalam bab 3. Pertimbangan-pertimbangan seperti bias
pengkaji, kesahan dan kebolehpercayaan merupakan aspek yang diberikan penekanan
untuk memperoleh data yang tepat.

1.9

DEFINISI ISTILAH
Bahagian ini akan memberikan definisi secara operasional kepada
beberapa pemboleh ubah utama dalam kajian ini. Definisi yang diberikan dalam
kajian ini mungkin tidak serupa dengan definisi yang diberikan dalam kajian yang
lepas dan ia digunapakai kerana perbezaan dalam aspek mata pelajaran.
1.9.1

DISIPLIN

Abdullah Sani (2004) memberi pengertian disiplin di peringkat sekolah sebagai


peraturan peraturan yang dikenakan ke atas pelajar pelajar dengan tujuan
mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman dan ganjaran. Ini secara
langsung menggambarkan sekiranya sesuatu peraturan yang dibuat tidak dipatuhi,
maka ia dikatakan melanggar disiplin. Menurut Cooke (2002) dan Etzioni (1964)
displin merujuk kepada proses mengawal makhluk yang melibatkan tiga aspek
iaitu;

kawalan berbentuk paksaan yang berasaskan penggunaan ancaman,

kawalan berbentuk utilitarian yang berasaskan ganjaran bercorak


material dan;

kawalan berbentuk simbolik yang menumpukan prestij, esteem atau


sosial seperti kasih sayang dan penerimaan.

Takrifan Docking (1980) pula, pengertian dispilin adalah melibatkan konsep


displin diri, arahan dan kawalan dalam aspek berikut iaitu:

suatu elemen penting dalam proses membangunkan sosialisasi dan


peribadi diri,

suatu sistem kawalan yang melibatkan proses pengajaran, dan;

suatu proses yang mempunyai perkaitan rapat dalam mendidik diri


individu.

10

Martin (1997) merumuskan pengertian dispilin seperti mana berikut Pada satu
tahap, disipilin sekolah berkaitan dengan proses melahirkan persekitaran sekolah
yang kondusif untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan secara cekap dan berkesan, tetapi dalam bentuk satu aspek lain,
disiplin berkait rapat dengan isu perpaduan, keadilan dan kesamarataan. Disiplin
merupakan suatu proses membangunkan peribadi individu untuk melahirkan
sebuah persekitaran yang kondusif.

Implikasinya, sesuatu aktiviti lain dapat

dilaksanakan secara cekap dan berkesan. Kohlberg (1968) pula berpendapat


bahawa kanak-kanak perlu dibantu untuk memahami alasan melaksanakan
sesuatu tindakan.

Dalam menghuraikan definisi tersebut, Dewey (1910)

menyatakan bahawa membantu kanak-kanak bermaksud membangunkan minat


mereka untuk belajar sebagai sesuatu proses pembentukan disiplin diri.

1.9.2

PENGURUSAN

Menurut Jaafar Muhammad (1988) pengurusan dapat didefinisikan sebagai satu


proses mengagihkan input-input organisasi (termasuk sumber ekonomi dan
sumber kakitangan) dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan
pengawalan untuk tujuan mengeluarkan output (perkhidmatan) yang diperlukan
oleh pelanggan-pelanggan supaya objektif organisasi tercapai. Kesimpulannya,
pengurusan dapat dirumuskan sebagai satu proses sosial yang memerlukan
kesepaduan perancangan yang teliti dari semua aspek bagi mencapai sesuatu
objektif.

11

1.9.3

PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH

Berdasarkan kajian ini, sistem pengurusan disiplin yang baik haruslah


berpandukan peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran melalui
pekeliling ikhtisas seperti Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 18/1988: Penggunaan
budi bicara ketika mengambil tindakan iaitu:
Dalam menggunakan kuasa, budi bicara, pertimbangan dan perhatian hendaklah
diberikan kepada ketepatan membuat keputusan, disamping bersikap terbuka, bersedia
mendengar pandangan dan tidak bersikap defensif. Perundingan hendaklah dilakukan
dengan penuh berhemah, berdiplomasi dan dilakukan dalam suasana harmonis.
Hal ini menunjukkan bahawa dalam prosedur menjalankan tindakan disiplin,
demokrasi dan keadilan tetap diamalkan. Berdasarkan Akta Pelajaran 1961: 6;
mewartakan Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab penuh ke atas
pentadbiran sekolahnya. Ini bererti, ia mempunyai kuasa dan kawalan ke atas
pengelolaan sekolahnya, guru-guru yang bertugas di bawahnya, murid-murid dan
pekerja di sekolah. Bagi memastikan bahawa matlamat dan objektif bidang
disiplin tercapai, kaedah penyampaian dan perkhidmatan kepada kumpulan
sasaran adalah amat penting. Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan
Ketua Guru Disiplin seharusnya mahir dari aspek pengurusan kes, mengenakan
hukuman, pemantauan, pengaduan disiplin, mengumpul serta menghantar data
dan memberi tumpuan terhadap elemen-elemen perundangan.

12

1.9.4

UNDANG - UNDANG

Undang undang sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang digunal


atau dibuat oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat berkenaan. John
Austin mentakrifkan undang-undang sebagai perintah yang diberi sama ada secara
langsung atau tidak oleh seseorang individu atau sesebuah badan yang berdaulat
kepada masyarakat atau komuniti di mana kuasa kedaulatan undang-undang (rule
of law) tersebut adalah kuasa tertinggi. Misalnya, di negara kita badan berdaulat
yang menggubal dan mengeluarkan undang-undang ialah Parlimen. Lady Wooton,
pakar sosiologi AS menyatakan undang-undang perlu dihadkan kepada perlakuan
dan tindakan yang memberi kesan langsung terhadap kesejahteraan masyarakat
dan negara. Mana-mana perlakuan yang tidak ada hubungan dengan soal
kesejahteraan negara tetapi dilihat tidak selari dengan tatasusila dan nilai
peradaban masyarakat perlu diselesaikan dengan 'sanksi' (sanction) masyarakat.

1.9.5

UNDANG UNDANG PENDIDIKAN

Menurut Tie Fatt (2002) undang undang pendidikan merupakan suatu sistem
peraturan yang mengawal tingkah laku ahli masyarakat yang terlibat dalam
bidang pendidikan. Perkembangan undang-undang pendidikan tertakluk kepada
keperluan dan sistem kepercayaan masyarakat pada masa tertentu. Rangka
undang-undang pendidikan berfungsi mendefinisikan dasar pendidikan yang
ditetapkan oleh pemimpin dan pentadbir pendidikan.

13

1.10

RUMUSAN
Bab ini menghuraikan rasional, objektif, kepentingan kajian, batasan
kajian dan istilah yang kerap ditekankan dalam bab seterusnyai. Antara lain bab
ini menggambarkan secara keseluruhan kajian secara umum bagi menerangkan
permulaan idea bagi penulisan, bermula dengan latar belakang masalah hinggalah
kepada intipati kajian ini.

14

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1

PENGENALAN

Masalah disiplin sekolah lebih sesuai dirujuk sebagai masalah salah laku pelajar atau
tingkah laku devian. Salah laku atau devian merupakan bentuk tingkah laku yang
menyimpang daripada norma-norma soaial masyarakat. Mereka yang devian adalah
mereka yang melanggar peraturan. Para pelajar yang melanggar peraturan-peraturan
sekolah digelar sebagai pelajar salah laku atau pelajar devian. Masalah disiplin di sekolah
hari ini sering menjadi tajuk hangat yang dibincangkan oleh pelbagai pihak. Masyarakat
pula mempunyai pandangan yang berbeza di dalam member pengertian mengenai
disiplin. Disiplin menjadi satu kawalan sosial bagi mewujudkan suasana tenteram supaya
proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur dan lancar. Bagi
masyarakat di luar sekolah, disiplin adalah asas penting bagi membentuk kerukunan
hidup selaras dengan norma, nilai dan aspirasi negara. Guru adalah golongan yang perlu
memberi pemupukan disiplin semasa pelajar-pelajar berada di sekolah.

15

2.2

KAJIAN KAJIAN LEPAS BERKAITAN MASALAH DISIPLIN


Menurut Bowen (2012), banyak kajian melaporkan murid masa kini bertindak

melangkaui peraturan sekolah disebabkan faktor-faktor seperti mereka mendapati bahawa


guru kurang memberikan tumpuan kepada mereka, murid kurang selesa berada di dalam
kelas dan di dalam kelas, murid kurang memikirkan masa depan mereka untuk berjaya,
murid kurang prihatin dengan hukuman hasilan daripada tingkah laku kurang bermoral
mereka dan tindakan terhadap masalah displin murid adalah mengambil masa yang
panjang. Abdul Rahman Arof (1984) di dalam kajiannya menjelaskan displin dan tingkah
laku murid dalam sesebuah bilik darjah mungkin tidak terkawal jika terdapat pengaruh
jahat dan liar seseorang atau beberapa orang murid. Hussien Mahmood dan Kamaruddin
Abd Rahman (1984) telah memetik pendapat beberapa orang tokoh tentang masalah
displin pelajar antaranya Thrasher (1963) menyatakan bahawa perlakuan murid banyak
terpengaruh oleh jiran tetangga, rakan sebaya dan lain-lain yang ada di sekelilingnya.
Menurut Waller (1939) pula menyatakan segala masalah displin di sekolah adalah
pertentangan pendapat antara guru dan murid tentang sesuatu keadaan di sekolah kerana
masing-masing mempunyai kemahuan yang berbeza. Duke (1980) pula menyatakan tiaptiap individu itu bertanggungjawab di atas perlakuannya sendiri. Murid-murid menjadi
tidak berdisplin kerana mengikut kemahuannya sendiri tanpa sebarang pengaruh luar.
Hussein Mahmood dan Kamaruddin Abdul Rahman mendapati bahawa masalah besar
yang dihadapi oleh pelajar adalah masalah yang berkaitan keluarga dan rumah. Keadaan
ini dikaitkan dengan masalah psikologi dan kendiri. Kajian oleh Byrne (1999) dan
Kendziora dan Osher (2009) menyokong pandangan Bowen dengan melaporkan murid
menyedari tingkah laku kurang bermoral mereka menyebabkan pengajaran guru
terganggu, membazirkan masa pihak pentadbir sekolah dan penyumbang kepada tahap
tukar ganti guru yang tinggi.

16

Kenyataan oleh Noltmeyer dan Mcloughlin (2010) menyatakan, punca tersebut


dapat dikategorikan kepada dua faktor utama iaitu faktor sekolah dan murid. Faktor
sekolah sering dikaitkan dengan punca masalah displin seperti (a)

kawasan yang

melibatkan status sosio-ekonomi rendah dan tinggi dan sering dikaitkan dengan kawasan
bandar dan luar bandar (Fowler & Wlberg, 1991), (b) status sekolah kerajaan dan
persendirian (Farmer, 1999), (c)

falsafah dan kepercayaan pihak pentadbir sekolah

(Christle, Nelson & Jolivette, 2004; Mukuria, 2002; Wu, 1980) dan (d) susun atur fizikal
sekolah (Christle et al., 2004). Faktor murid melibatkan aspek-aspek yang berikut (a)
jantina yang tertumpu kepada murid lelaki yang lebih cenderung untuk melakukan
kesalahan (Mendez & Knoff, 2003; Skiba & Peterson, 2000; Skiba, Peterson & Williams,
1997), (b) sosio-ekonomi murid (Wu, Pink, Crain & Moles, 1982) dan (c) peringkat
pengajian murid (Arcia, 2007).
Pencapaian displin murid di sesebuah sekolah sering dikaitkan dengan pelbagai
salah laku murid. Malah, pencapaian displin tersebut berkait rapat dengan jenis sekolah.
Kajian terhadap sekolah di Ohio, Amerika Syarikat sepanjang tahun 2007 sehingga 2008
mendapati sekolah di kawasan luar bandar menghadapi masalah displin murid yang
ketara. Ini kerana jenis sekolah tersebut memiliki tahap kemiskinan yang tinggi dalam
kalangan ibu bapa (Ohio Department of Education, 2007).

Implikasinya, ibu bapa

mengabaikan pendidikan anak-anak dan tingkah laku anak-anak sangat dipengaruhi oleh
faktor rakan sebaya yang dipilih tanpa mengira latar belakang pendidikan (Mendez &
Knoff, 2003). Begitu juga dengan kajian Arnold et al. (2005) yang melaporkan sekolah
di kawasan luar bandar menghadapi masalah displin murid yang tinggi. Hal tersebut
berkait rapat dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah. Faktor kekurangan
kemudahan menyebabkan guru berpengalaman menolak untuk berkhidmat di jenis
sekolah tersebut. Implikasinya, pengurusan displin murid dikendalikan oleh guru yang
kurang berpengalaman dalam pengurusan hal ehwal murid (Skiba et al., 2002)

17

Namun begitu, menurut kajian yang dijalankan oleh Muhammad Faizal A. Ghani,
Norfariza Mohd Radzi, Simin Ghavifekr, Husaina Banu Kenayatullah & Mokhtar
Muhamad (2014) menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
sekolah kawasan bandar dan kawasan luar bandar dalam menguruskan displin murid.
Malah, sekolah di kawasan luar bandar di dapati lebih berkesan menguruskan displin
murid. Dapatan tersebut disebabkan dasar pendidikan Malaysia yang menjurus kepada
kesamarataan dalam pendidikan dengan merapatkan jurang perbezaan pendidikan antara
sekolah kawasan bandar dan luar bandar.

Implikasi daripada usaha kerajaan

meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah kawasan bandar dan luar bandar, masalah
displin murid di sekolah kawasan tersebut dapat diuruskan dengan cekap dan berkesan
setanding dengan sekolah di kawasan bandar yang memiliki banyak kelebihan khususnya
kemudahan.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Yahya Buntat dan Saidi Daud ( 2010 ),
bilangan adik beradik yang melebihi dua orang merupakan punca remaja terabai dan
dibiarkan sahaja bebas tanpa kawalan ibu bapa juga merupakan punca yang
mempengaruhi masalah disiplin pelajar sekolah. Keluarga mereka juga berada dalam
lingkungan pendapatan bawah RM1000 seramai 110 atau 36.4 peratus dan pendapatan
RM1000 hingga RM2000 seramai 111 atau 36.8 peratus. Ini menunjukkan pelajar tidak
mendapat sumber kewangan yang cukup dalam memenuhi keperluan sekolah. Akibatnya
ia mempengaruhi masalah disiplin pelajar di sekolah. Dapatan kajian yang mengkaji lima
faktor yang mempengaruhi berlakunya masalah disiplin iaitu pengaruh ibu bapa, rakan
sebaya, guru, sikap pelajar dan peraturan sekolah ini menunjukkan bahawa faktor
pengaruh ibu bapa kurang mempengaruhi terhadap berlakunya masalah displin pelajar
sekolah menengah di Klang. Faktor rakan sebaya juga dilihat kurang mempengaruhi
terhadap berlakunya masalah disiplin pelajar sekolah menengah di sekitar daerah Klang.

18

Kajian yang dijalankan oleh John Robertson (1981) menyatakan keruncingan


dalam keluarga, pertelingkahan ibu bapa, ibu bapa yang bengis, keluarga yang ramai,
kurangnya perhatian kanak-kanak oleh penjaga dan taraf pekerjaan penjaga rendah akan
mempengaruhi emosi pelajar dan tingkah laku mereka. Manakala kajian oleh Becker
(1952) mendapati ada guru yang menganggap mengajar pelajar kelas bawahan sebagai
tidak memberi faedah kerana mereka mempunyai motivasi yang rendah, mahu dikawal
dan memiliki sifat suka bermain-main seperti agresif dan mempunyai sifat supaya orang
menjauhkan diri daripada mereka. Ibrahim Haji Salleh (1981 : 3), menyokong hujah
Skinner (1938) yang menyatakan pelajar yang di bawah paras kecerdasan sering
menimbulkan masalah displin di dalam kelas dan akan berterusan di luar kelas. Kajian
beliau juga menunjukkan bahawa punca masalah akademik pelajar ialah kepincangan
sosial dan emosi serta kasih sayang keluarga.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Yahya Buntat dan Saidi Daud ( 2010 ) bagi
faktor pengaruh guru pula didapati bahawa pengaruh guru kurang mempengaruhi
berlakunya masalah displin pelajar sekolah menengah di daerah Klang.

Secara

keseluruhannya pengaruh sikap pelajar juga didapati kurang mempengaruhi terhadap


berlakunya masalah displin pelajar sekolah menengah di daerah Klang. Namun begitu,
faktor pengaruh peraturan sekolah dilihat sebagai pengaruh yang kuat terhadap
berlakunya masalah displin di kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Klang
berbanding faktor-faktor yang lain. Kajian yang dijalankan oleh Ishak Harun, Azman
Konil @ Kanil dan Ahmad Mohd Yasin ( 1997 ) mendapati bahawa faktor guru seperti
guru garang dan sering memalukan pelajar di hadapan rakan-rakan mempengaruhi displin
pelajar. Selain daripada itu kurangnya minat terhadap mata pelajaran seperti Matematik
dan Bahasa Inggeris menyebabkan pelajar kerap ponteng kelas dan memberikan alasan
guru tidak menyampaikan pengajaran secara berkesan malah selalu menghukum pelajar
jika melakukan sebarang kesalahan.

19

Menurut kajian mereka lagi, aktiviti ponteng sekolah biasanya berlaku pada hari
Isnin iaitu hari perhimpunan sekolah kerana pada hari tersebut guru displin akan
memeriksa pakaian dan kekemasan pelajar. Pelajar yang melakukan kesalahan akan
dihukum oleh guru displin. Pelajar juga akan dipilih secara rawak untuk membaca sifir.
Oleh kerana pelajar ini tidak bersedia, maka keputusan yang diambil ialah ponteng
sekolah. Kebanyakan literature menemui hukuman sebat kurang memberikan manfaat
kepada seseorang murid. Doyle (1989) menegaskan kebanyakan pengkaji mengandaikan
hukuman sebat banyak mendatangkan kesan negatif dalam aspek moral murid. Dengan
kata lain, walaupun hukuman sebat berupaya mengurangkan salah laku murid, namun
murid berasa malu disebabkan mereka akan menarik perhatian rakan dan ibu bapa
(Sherwood, 2000). Hukuman sebat juga memberikan kesan negatif dalam jangka masa
panjang seperti murid berasa dendam dan permusuhan terhadap guru sehingga
menimbulkan tingkah laku yang tidak diingini seperti vandalisme (Conoley & Goldstein,
2004).
Arnold et al. (2005) di dalam kajiannya menyatakan murid memainkan peranan
utama dalam mengatasi masalah displin sekolah kerana sekiranya murid tidak mahu
mengubah sikap mereka ke arah positif, segala pengurusan pihak sekolah dan ibu bapa
mengenai displin tidak akan berjaya. Kajian yang dijalankan oleh Baker (1985)
menyatakan bahawa sekolah hari ini menghadapi gejala-gejala yang tidak baik seperti
kejahatan, keganasan dan jenayah yang patut diberi perhatian oleh pihak sekolah kerana
ia tidak diterima oleh masyarakat. Menurut Fiedler dan Toker (1982), disiplin yang baik
boleh menjamin ketenteraman pembelajaran di sekolah. Alam sekolah yang baik boleh
menghasilkan pelajar-pelajar yang baik dan berdisiplin. Iklim pembelajaran yang baik
adalah iklim yang mempunyai disiplin yang baik. Duane (1973) menyatakan bahan
sekolah haruslah menyediakan kurikulum yang memberi peluang kepada semua pelajar.
Ia harus disediakan mengikut keperluan dan kecenderungan pelajar samada mereka itu
bijak, sederhana atau lemah.

20

Menurut Marimuthu (1980), organisasi dan struktur sekolah yang menekankan


peperiksaan, ganjaran dan hukuman serta sikap dan harapan guru akan menggalakkan
masalah disiplin di kalangan pelajar yang lemah dari segi akademik. Pelajar yang lemah
dan selalu gagal dalam peperiksaan akan merasa kecewa dan akan hilang minat untuk
belajar. Boyson (1973) berpendapat bahawa kawalan persekitaran persekolahan yang
ketat akan menimbulkan keadaan tidak berdisiplin di kalangan pelajar. Pelajar-pelajar
akan cuba menentang kawalan ketat ini dengan melakukan pelbagai perbuatan yang tidak
berdisiplin seperti tidak menghormati guru, tidak bersopan dan juga menentang guru.
Cleugh (1971) menyatakan di dalam mengekalkan struktur berperanan dan menentukan
moral pelajar-pelajar di sekolah, unsur yang penting adalah peranan pihak pentadbiran.
Pihak pentadbiran perlu mempunyai moral yang tinggi dan hubungan yang baik supaya
tidak menimbulkan ketegangan di mana-mana peringkat di sekolah serta di kalangan
pelajar. Disamping itu, sikap ibu bapa yang membantah keras langkah kementerian
mengetatkan disiplin murid, sedikit sebanyak mendorong ke arah kemerosotan disiplin
murid ( Abdullah Sani, 2004 )
2.3

RINGKASAN
Daripada tinjauan literatur yang dibuat secara keseluruhannya menerangkan pihak

pengurusan memainkan peranan yang penting dalam menentukan tahap disiplin pelajar
yang baik di mana kepimpinan melalui teladan yang ditunjukkan oleh pihak
pengurusan perlu menjadi panduan kepada pelajar-pelajar. Apabila berlaku sesuatu kes,
para guru dan pentadbir perlu tahu prosedur standard yang mesti dipatuhi agar mereka
dapat mengelakkan serta mempertahankan hak mereka agar dilindungi daripada didakwa
atau dikenakan tindakan mahkamah. Ini tidak dapat dinafikan kerana ada kalanya guru
atau pentadbir sekolah tidak sedar bahawa sesuatu tindakan yang diambil terkeluar
daripada landasan peraturan sehingga terjebak ke peringkat yang boleh didakwa seperti
mengenakan hukuman merotan atas tujuan mendisiplinkan mereka disalahertikan sebagai
deraan atau seksaan.

21

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

PENGENALAN

Metdologi atau kaedah penyelidikan penting bagi memperoleh keputusan yang


mempunyai kebolehpercayaan dan keesahan yang tinggi. Perbincangan dalam bab ini
adalah melibatkan reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian,
prosedur mengumpul data, analisis data dan rumusan. Kaedah kajian yang digunakan
bertujuan untuk meneroka proses dan bentuk-bentuk amalan pengamal undang undang
di sekolah dalam menguruskan hal hal yang berkaitan dengan masalah disiplin murid.
Dari maklumat yang

diperolehi menunjukkan pentadbir sekolah mempunyai asas

pengtahuan yang baik berkenaan undang undang atau peraturan dan kebanyakan
mereka lebih merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas berbanding sumber perundangan
yang lain.

22

3.2

KAEDAH KAJIAN
Kajian ini adalah kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif yang

tertumpu kepada pengaplikasian dan cabaran undang-undang pendidikan terhadap


pengurusan disiplin sekolah menengah. Penyelidik menggunakan pendekatan kualitatif
dalam kajian ini untuk meneroka proses dan bentuk amalan pentadbir sekolah semasa
menguatkuasakan peraturan sekolah berdasarkan beberapa sebab.
3.2.1

Pertama, kesesuaian untuk menerokai bidang yang kurang diselidiki sebelum ini
dan dapat memberi kefahaman terperinci tentang fenomena yang dikaji (Creswell,
2002).

3.2.2

Kajian kuantitatif mempunyai batasan iaitu, tidak dapat menyediakan perspektif


yang kaya dan terperinci.

3.2.3

Kajian kualitatif membantu penyelidik memahami lebih mendalam tentang proses


dan bentuk-bentuk amalan pentadbir sekolah dalam mengaplikasikan undangundang dalam menangani kes disiplin. Ini selaras dengan pandangan Denzin dan
Lincoln (1994) yang menyatakan bahawa kaedah lain kurang berjaya mencungkil
masalah yang rumit dan kompleks secara mendalam. Oleh hal yang demikian,
kaedah ini memberi peluang kepada penyelidik untuk meneroka proses dan
bentuk-bentuk amalan pentadbir sekolah dalam mentadbir urus masalah disiplin
yang dihadapi di sekolah.
Kajian yang dijalankan menepati ciri-ciri kajian kualitatif yang diperincikan oleh

Merriam (1998), iaitu pertama, memberi fokus kepada memahami secara mendalam
bagaimana seorang pentadbir sekolah dalam mentadbir urus masalah disiplin yang
dihadapi di sekolah dan dalam masa yang sama memahami sejauhmana tahap kesedaran
( state of awareness ) mereka terhadap sumber perundangan yang ada . Kajian ini bukan
untuk meramal atau membuat generalisasi, sebaliknya mencari pengertian terhadap
bentuk-bentuk amalan pentadbir khasnya guru semasa melaksanakan hukuman.

23

Kedua, pemilihan partisipan kajian secara bertujuan dengan hasrat untuk


memperoleh seberapa banyak mungkin data atau maklumat yang berkaitan. Ketiga,
kajian ini mengambil pendekatan induktif, iaitu menjurus kepada pembinaan konsep dan
kategori terhadap fenomena yang dikaji melalui data yang dipungut semasa di tempat
kajian. Keempat, kefahaman terhadap fenomena yang dikaji adalah dari interpretasi
penyelidik berdasarkan pengalaman dan persepsi penyelidik. Kelima, hasil kajian adalah
berbentuk naratif dan deskriptif yang disokong petikan kata-kata partisipan kajian.
Ringkasnya ciri-ciri tersebut bertujuan memberi kefahaman kepada penyelidik tentang
proses

dan

bentuk-bentuk

amalan

yang

dipraktikkan

oleh

pentadbir

dalam

mengaplikasikan undang undang serta strategi menangani cabaran perundangan


terhadap pengurusan disiplin sekolah menengah. Kaedah kajian kes secara kualitatif juga
membolehkan penyelidik menyelidik, memerhati dan meneliti proses dan bentuk-bentuk
amalan penguatkuasaan peraturan yang berlaku dalam persekitaran sebenar iaitu di
sekolah kajian yang dipilih.
Proses kajian dipandu oleh dua soalan kajian iaitu:

Apakah pengaplikasian undang-undang yang dilaksanakan oleh pentadbir

dalam pengurusan disiplin sekolah?


Apakah cabaran yang dihadapi dan strategi mengatasi yang dilaksanakan
oleh pentadbir dalam pengurusan disiplin sekolah

Pemilihan kaedah kajian kes secara kualitatif juga disumbangkan oleh minat
penyelidik untuk meneroka, membuat penemuan dan interpretasi dan bukannya untuk
menguji hipotesis (Miles & Huberman, 1994; Merriam, 1998). Ini selaras dengan bentuk
kajian, iaitu kajian penerokaan yang ingin meneroka proses dan bentuk amalan yang
dipraktikkan oleh pentadbir dalam mengaplikasikan undang undang serta strategi
menangani cabaran perundangan.

Kajian kes ini dijalankan di empat buah sekolah

24

menengah di bawah bidang kuasa pentadbiran Pejabat Pelajaran Keramat, Wilayah


Persekutuan Kuala Lumpur. Partisipan utama kajian terdiri daripada tiga orang pengetua,
dua orang penolong kanan hal ehwal murid dan seorang guru penolong kanan tadbir dan
kurikulum. Partisipan dalam kalangan pensyarah-penyelia menjadi sumber data primer.
Di samping itu kajian ini juga melibatkan seramai 21 orang guru pelatih. Kumpulan guru
pelatih menjadi sumber data sekunder dalam kajian ini.

3.3

REKABENTUK KAJIAN
Reka bentuk kajian adalah perancangan khas bagi suatu kaedah dan prosedur untuk

mengumpul dan menganalisis data. Dalam konteks kajian ini, penyelidik memilih jenis
kajian kes atau lebih tepat lagi sebagai kajian pelbagai kes (multiple case) atau dikenali
sebagai kajian pelbagai tempat lapangan (multisite studies) sebagai reka bentuk kajian.
Penyelidikan pelbagai kes menurut Merriem (1998), melibatkan pengumpulan dan
penganalisisan data daripada beberapa kes dan kajian kes ini meningkatkan kesahan
luaran atau generalisasi dapatan penyelidikan. Menurut Miles dan Huberman (1994) pula
kita boleh mengukuhkan ketepatan, kesahan dan kestabilan hasil penyelidikan dengan
melihat persamaan dan perbezaan dalam pelbagai kes. Pemilihan reka bentuk kajian jenis
ini dilakukan penyelidik berasaskan kelebihan berikut:
3.3.1

Melibatkan beberapa kes yang hampir sama,

3.3.2

Wujud replikasi dalam pelbagai kes yang boleh menghasilkan pola yang
hampir sama berhubung fenomena yang diselidiki dan

3.3.3

Setiap kes boleh menghasilkan ramalan yang sama atau berbeza tetapi
mengikut pola yang dipetakan dalam kerangka penyelidikan.

25

Justeru, penyelidikan pelbagai kes dalam seting atau konteks berlainan


boleh dilihat sebagai menyumbang kepada kebolehpercayaan dan kesahan reka bentuk
sesuatu penyelidikan (Noriah, 2010). Dari segi bentuk kajian pula, penyelidik memilih
kajian kes berbentuk penerokaan dengan menggunkan kaedah holistik. Yin (1994)
mendefinisikan reka bentuk holistik sebagai satu reka bentuk kajian kes yang hanya
mengambil satu unit analisis tetapi boleh menggunakan satu atau lebih kes. Yin (1994)
turut menyatakan kajian kes akan dapat menghasilkan satu pola terperinci tentang
fenomena yang diselidik oleh penyelidik.
Mengenal pasti kes

Memilih rekabentuk dan


kaedah pengumpulan data

Pemurnian protokol
temubual

Menjalankan kajian ke atas


responden yang telah dikenalpasti

Penganalisaan
Dokumen

Temubual berhubung
pengaplikasian dan cabaran
cabaran undang undang
pendidikan terhadap pengurusan
disiplin sekolah

Pemerhatian terhadap
prosedur pengaplikasian

Perbandingan Secara Tekal


Transkripsi, mengkod dan
menganalisis data

Membuat kesimpulan menyeluruh dan membina proses pola berhubung pengaplikasian, strategi serta
cabaran cabaran undang undang pendidikan terhadap pengurusan disiplin sekolah

Rajah 2 : Reka bentuk kajian.


26

3.4

POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN


Mengikut Patton (1990) tidak ada satu peraturan bagi menentukan saiz sampel.

Menurutnya lagi, dalam kajian kualitatif partisipan kajian dipilih dalam jumlah yang
kecil. Ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang mendalam dan berfokus.
Persampelan kajian ini adalah dipilih secara tidak rawak bertujuan yang terdiri dari pihak
pentadbir sekolah (termasuklah pihak pengetua dan penolong kanan HEM). Tujuan
sampel dipilih dari wilayah yang sama iaitu Wilayah Keramat disebabkan ia mempunyai
persamaan ciri-ciri situasi persekitaran. Kajian ini dijalankan di empat buah sekolah
menengah harian yang terletak di wilayah Keramat. Keempat-empat buah sekolah kajian
ini merupakan sekolah kategori B (biasa) yang mewakili sekolah secara am dari segi
masalah dan pengurusan disiplin. Sekolah-sekolah ini majoriti pelajarnya adalah terdiri
dari kaum melayu dengan minoriti pelajar Cina dan India. Sekolah-sekolah kajian ini
juga dikategorikan sebagai sekolah dalam bandar yang pelajar-pelajarnya terdiri dari
latarbelakang dan sosioekonomi yang serupa. Berikut merupakan maklumat enrolmen
bagi sekolah-sekolah kajian bagi tahun 2014:

Bil. Sekolah Kajian


1.
2.
3.
4.

SMK. Danau Kota


SMK. Taman Melati
SMK. Setapak Indah
SMK. Wangsa Melawati

Guru
103
77
78
81

Pelajar
L
P
1022
673
659
531
694
694
591
547

Jumlah
1695
1029
1353
1138

Jadual 1 : Maklumat Enrolmen Sekolah Kajian

3.5

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

27

Proses pengumpulan data amat penting dalam penyelidikan kualitatif. Dalam


kajian kualitatif, penggunaan pelbagai kaedah pungutan data digunakan bertujuan
mencapai tahap pemahaman terhadap partisipan yang lebih baik dan untuk meningkatkan
kredibiliti dapatan kajian. Sebelum kajian dijalankan rangka kerja disediakan terlebih
dahulu bagi memandu perjalanan proses pemerolehan data di lokasi kajian. Perkaraperkara utama dalam rangka kerja mengandungi aspek-aspek berikut:

mengenal pasti sekolah yang ingin dijadikan sekolah kajian,

menghubungi partisipan untuk tujuan pengesahan penerimaan sebagai partisipan


kajian,

membina senarai semak, membina protokol temu bual, memurnikan protokol


temu bual dan menetapkan tarikh temu bual,

menyemak dokumen yang berkaitan iaitu Surat Pekeliling Ikhtisas and Akta
Pendidikan 1996,

membuat transkripsi dan catatan nota,

mendapat pengesahan peserta kajian,

menganalisis data,

menentukan kesahan dan kebolehpecayaan data, dan

membuat rumusan dan penulisan penyelidikan.


Metode-metode yang digunapakai di dalam tugasan adalah tertumpu kepada

pengumpulan data yang melibatkan temubual yang mendalam dan penganalisisan


dokumen. Kaedah pemerhatian tidak digunakan di dalam kajian ini kerana kajian ini
tidak memerlukan keterlibatan penyelidik di dalam skop penyelidikan secara secara
langsung ataupun tidak (direct observation mahupun participant observation), lebih-lebih
lagi kumpulan sasaran penyelidik adalah tertumpu kepada pihak pengetua dan penolong
kanan HEM sahaja.
3.5.1

PENGUMPULAN DATA KAEDAH TEMUBUAL

28

Kebiasaanya temu bual secara mendalam digunakan dalam kajian kes untuk
mengumpul data-data yang relevan daripada partisipan kajian mengenai topik kajian yang
dijalankan. Mengenai tujuan temu bual, Patton (1990, hlm. 196), menjelaskan bahawa
penyelidik hendak mengetahui apa yang terdapat dalam pemikiran seseorang. Dalam hal
ini beliau menjelaskan seperti berikut :
We interview people to find out from them those things we cannot directly observeWe
cannot observe feelings, thought and intentions. We cannot observe behaviors that took
place at some previous point in time. We cannot observe situations that preclude the
presence of an abserver. We cannot observe how people have organized the world and the
meaning they attach to whats goes on in the world. We have to ask people questions
about those things. The purpose of interviewing, then, is to allow us to enter into the
other person perspective.
Temu bual yang dijalankan bersama partisipan kajian memberikan penyelidik
pengesahan dan penjelasan tentang apa yang difikirkan berlaku untuk mencapai
kefahaman yang mendalam terhadap sesuatu peristiwa yang dialami oleh partisipan
kajian (Cummins, 2009). Seterusnya temu bual juga membantu penyelidik melihat situasi
mengikut pandangan peserta kajian (Sherman & Webb, 2001).
Penyelidik menggunakan kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi
bersemuka (face to face) terhadap responden ( pengetua dan Penolong Kanan HEM), di
dalam situasi tertentu (kekangan masa responden) penyelidik juga menggunakan
percakapan melalui telefon untuk tujuan temubual. Melalui kaedah temubual, protokol
biasa yang penyelidik gunakan adalah senarai yang mengandungi soalan yang akan
dikemukakan dalam sesi temubual yang telah dijalankan. Kaedah pengumpulan data
melalui temubual ini juga menggunakan tiga jenis teknik temubual iaitu:

Teknik temubual berstruktur,

Teknik temubual separa berstruktur,

29

Teknik temubual tidak berstruktur.

Melalui teknik temubual berstruktur, soalan-soalan disediakan terlebih dahulu dan


temubual dilaksanakan secara formal. Setiap responden di kesemua sekolah kajian
diberikan soalan yang sama. Teknik temubual separa berstruktur pula dimana hanya
soalan utama disediakan, soalan susulan adalah berdasarkan jawapan daripada responden.
Manakala untuk teknik temubual tidak berstruktur pula, tiada soalan yang disediakan
terlebih dahulu dan penyelidik mengajukan soalan secara spontan. Untuk mengelakkan
keciciran maklumat semasa temubual dilangsungkan, penyelidik turut menggunakan
bantuan alat perakam suara (telefon tangan) melalui aplikasi voice recorder . Melalui
proses ini, penyelidik akan bersama-sama menganalisis maklumat yang diperolehi
melalui rakaman tersebut dengan cara menaip kembali perbualan tersebut (data mentah)
dan menganalisis dan menapis kesemua maklumat tersebut mengikut keutamaan dan
ketepatan jawapan yang mengikut kehendak soalan yang diajukan semasa proses
temubual.
Untuk itu penyelidik menggunakan gabungan pelbagai kaedah pengumpulan data
seperti yang dicadangkan oleh Miles dan Huberman (1994), Yin (1994), Marshall,
Catherine dan Rossman (1995), serta Silverman (2002) bagi memastikan data yang
dikumpul diperoleh sepenuhnya daripada pelbagai sumber. Aplikasi pelbagai kaedah
pengumpulan data digunakan kerana penyelidik ingin mengesah data yang diperoleh
saling menyokong dan hal ini menguatkan bukti data yang diperoleh (Mason, 1996).
Bukti daripada pelbagai sumber akan memberi kelebihan dan memperkayakan data (Yin,
1994). Kaedah ini juga bertujuan memastikan wujud perhubungan antara fakta yang
dipetik daripada sumber-sumber tersebut. Kaedah ini bukan sahaja mengukuhkan
kesahan terhadap konstruk kajian malah memberi dapatan yang lebih tepat lagi
menyakinkan (Yin, 1994).

30

Penyelidik juga melaksanakan beberapa tindakan seperti yang dicadangkan oleh


Yin (1994), untuk meningkatkan kesahan serta kebolehpercayaan semasa pengumpulan
dan penganalisisan data. Jadual di bawah memaparkan cara menentukan kesahan dan
kebolehpercayaan serta bila dilaksanakan sepanjang menjalankan kajian ini.

Kesahan konstruk

Kesahan dalaman

Kebolehpercayaan

Tindakan Penyelidik
Menggunakan pelbagai sumber

Fasa kajian
Pengumpulan data

Membentuk rangkaian bukti (pemerhatian,

Pengumpulan data

temubual, analisis dan dokumen)


Menyemak draf laporan kajian kes

Penulisan

Memadankan pola-pola

Analisis data

Membina penjelasan

Analisis data

Melakukan analisis berterusan

Analisis data

Menggunakan prosedur kajian kes

Pengumpulan data

Membentuk jejak audit

Pengumpulan data

Mendapatkan semakan rakan

Analisis data

Jadual 2 : Ciri Ujian dan Taktik Kajian Kes ( Yin, 1994 ).

3.6

PROSEDUR ANALISIS DATA KAJIAN

31

Menganalisis data kualitatif merupakan suatu proses yang berterusan. Ianya bermula
sebaik sahaja kutipan data pertama bermula. Dalam melakukan proses menganalisis data
penyelidik merancang dan mengurus data melalui tiga langkah iaitu; mengurus data,
memahami data dan menganalisis data.

3.6.1

MENGURUS DATA
Perancangan dan pengurusan dijalankan melalui beberapa fasa. Berikut dijelaskan
secara terperinci fasa-fasa dalam proses pengurusan data. Langkah pertama adalah
proses penyaringan data di mana langkah dimulai dengan membuat transkripsi
dari rakaman kepada verbatim semua partisipan kajian. Proses penyalinan
transkrip ini memerlukan pemerhatian yang penuh seseorang penyelidik dan
mengambil masa yang lama. Dalam data temubual, sebaik sahaja proses
penyalinan selesai, setiap transkrip yang lengkap dibentukkan indeks. Proses
mengindeks transkrip dilakukan dengan melabelkan satu kod tersendiri kepada
setiap partisipan kajian. Penetapan kod-kod bagi setiap transkrip dan setiap
segmen di dalam transkrip adalah penting bagi memudahkan proses mendapatkan
semula data asal dan memudahkan penyelidik membuat rujukan silang ketika
menulis dan menyiapkan laporan.

3.6.2

PROSES MEMAHAMI DATA

32

Pada tahap ini penyelidik cuba memahami data yang telah dikumpul dan
dikodkan. Dalam proses memahami data, beberapa persoalan ditimbulkan dalam
benak pemikiran penyelidik. Persoalan-persoalan yang bermain di fikiran
penyelidik seperti Apakah yang dapat penyelidik tafsirkan hasil daripada data
yang diperoleh? dan bagaimanakah data yang diperoleh membantu menjawab
persoalan kajian yang telah ditetapkan? Langkah pertama penyelidik dalam
proses menganalisis data ialah membaca transkrip beberapa kali. Semasa
membaca setiap perenggan dalam transkrip tersebut dalam masa sama minda
difokus pada soalan-soalan kajian. Seterusnya penyelidik meneliti secara serius
setiap unit dalam perenggan demi perenggan, ayat demi ayat dan dalam masa
yang sama penyelidik mencari perenggan yang boleh dikaitkan dengan soalansoalan kajian.
Setelah diteliti, bahagian atau ayat-ayat atau perenggan yang berkaitan
dengan soalan kajian tadi ditanda, diberi nombor dan membentuk kategori
berasaskan soalan-soalan kajian. Pemikiran penyelidik sentiasa berkisar dalam
kerangka konseptual kajian berhubung dengan proses dan bentuk-bentuk amalan
pentadbir sekolah damal melaksanakan prosedur undang undang di sekolah..
Semasa meneliti transkrip temu bual, penyelidik cuba memahamidata dan
memberi makna atau kefahaman terhadap data tersebut. Seterusnya penyelidik
cuba memikirkan tentang data-data yang diperoleh untuk tahap kesedaran
pentadbir berkaitan dengan sumber dan peruntukan akta sedia ada. Setelah data
dianalisis, penyelidik meminta para partisipan untuk mengesahkan data yang telah
dianalisa. Kaedah ini membantu penyelidik untuk membentuk data yang dapat
dijadikan panduan dan mengukuhkan kefahaman penyelidik. Persetujuan
partisipan juga sangat penting bagi membolehkan data yang diperoleh daripada
kajian ini digunakan bagi langkah berikutnya serta untuk tujuan laporan.
3.6.2

ANALISIS DATA TEMU BUAL

33

Analisis data temu bual bermula sebaik sahaja proses temu bual pertama
dijalankan. Untuk menjalankan temu bual dengan partisipan, penyelidik
mengadakan pertemuan secara bersemuka dengan semua enam orang yang terdiri
daripada tiga orang Pengetua, dua orang Guru Penolong Kanan Hal Ehwah Murid
dan seorang Guru Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum daripada empat buah
sekolah menengah yang berasingan. Data yang diperoleh daripada rakaman audio
ditranskripkan dalam bentuk verbatim. Hal ini menyenangkan penyelidik
membuat analisis selanjutnya. Ini selaras dengan pandangan Merriem (1998) yang
menyatakan bahawa transkripsi yang dibuat secara verbatim merupakan
pengkalan data terbaik untuk dianalisis. Transkripsi data temu bual yang telah siap
dihantar kepada partisipan untuk dibuat semakan. Ini bagi memastikan tahap
kesahan dan kebolehpercayaan data yang diperoleh. Untuk itu penyelidik telah
menghantar setiap transkripsi kepada partisipan untuk tujuan semakan,
pembetulan dan pengesahan. Langkah pertama yang diambil ialah membaca
transkripsi data temu bual baris demi baris secara berulang kali. Satu ayat yang
ditranskripsi dipanggil satu unit.
Langkah kedua penyelidik membaca dan memerhati secara teliti tiap-tiap unit
bagi mengenal pasti unit-unit yang boleh menggambarkan tema yang wujud.
Langkah ketiga ialah proses menghasilkan tema. Dalam menganalisis data kajian
ini, penyelidik menggunakan cara yang dicadangkan oleh Yin (1994) iaitu
melakukan pemadanan pola (patterns matching). Setiap unit yang ditranskripsi
dikelompokkan di bawah tema, subtema atau kategori tertentu dengan
menggunakan

kod-kod yang

khusus. Proses

membaca

transkripsi dan

memindahkan ke bawah tema-tema tertentu diulang sehingga semua unit yang


memberi makna habis dikelompokkan. Unit-unit yang tidak memberi makna
disingkirkan. Proses ini dilakukan untuk semua partisipan kajian. Semakan yang
berulang-ulang dibuat bagi memastikan setiap unit betul-betul menggambarkan
tema atau sub-tema yang ditentukan. Bagi unit yang tidak dapat ditempatkan di

34

mana-mana tema, penyelidik perlu memikirkan tema yang sesuai dan keadaan ini
mengikut Spencer dan Spencer (1993) merupakan keadaan yang paling mencabar
kepada penyelidik.

Langkah terakhir ialah membuat rumusan dan menulis

laporan. Dapatan yang diperoleh dihantar kepada para partisipan untuk semakan
dan pengesahan.
3.6.3

KESAHAN
Kesahan adalah satu keperluan untuk memastikan keberkesanan kajian kualitatif
(Cohen, Manion & Morrison, 2000). Mengikut Hammersley (dalam Miles &
Huberman 1994) kesahan data dalam penyelidikan kualitatif boleh dinyatakan
sebagai sejauh mana ketepatan mana satu-satu gambaran yang diperilhalkan
mewakili fenomena yang dikaji. Kesahan dalam kajian kualitatif diperoleh
melalui triangulasi, kecaknaan terhadap isu bias penyelidik, pemeriksaan oleh
partisipan, dan melalui penerangan yang tebal dan terperinci..
3.6.3.1

Triangulasi

Triangulasi adalah satu teknik kajian yang menggunakan dua atau lebih kaedah
dalam kutipan data untuk mengkaji tingkah laku manusia (Cohen, Manion &
Morrison, 2000). Proses ini melibatkan sokongan bukti daripada sumber berbeza
dalam usaha memahami dengan lebih lanjut satu-satu tema atau perspektif
(Creswell, 1998). Triangulasi juga menjadi prosedur pengesahan data yang
penting dalam metodologi kualitatif untuk membentuk kebolehsandaran,
kebolehpindahan dan kredibiliti dapatan kajian (Cummins, 2009). Denzin dan
Lincoln (1994) telah mengenal pasti tiga langkah dalam triangulasi iaitu,
kepelbagaian sumber data, perbandingan hasil daripada pelbagai sumber data, dan
perbandingan pelbagai metod dalam analisis data.
3.6.3.2

Bias Penyelidik

35

Dalam penyelidikan kualitatif, bias, andaian dan peranan sebagai penyelidik boleh
mempengaruhi teks (Creswell, 1998). Ini adalah penting bagi penyelidik kualitatif
menyedari akan subjektiviti dalam memastikan dapatan kajian menepati dan
bersifat objektif. Oleh itu penyelidik memberi perhatian terhadap isu berkaitan
dengan bias dalam kajian. Dalam kajian kualitatif, penyelidik adalah instrumen
kajian dan sering kali kurang objektif (Merriam, 1998). Penyelidik yang
berkhidmat sebagai guru di sekolah dan juga sebagai guru disiplin memasuki
skop kajian dengan kepercayaan yang sangat minimum mengenai proses dan
bentuk-bentuk amalan pelaksanaan undang undang di sekolah. Ini bagi
memastikan diri penyelidik tidak mempengaruhi proses kutipan dan pemerosesan
data. Selain itu elemen bias juga mungkin wujud dari perspektif penyelidik yang
mempengaruhi soalan-soalan temu bual, pemilihan dan interpretasi pengekodan
kategori dan tema (Merriam, 1998). Untuk meminimumkan perkara ini,
penyelidik telah menggunakan perkhidmatan tiga orang rakan untuk membuat
semakan dan pengesahan kategori dan tema yang diperoleh.
Semakan oleh partisipan merupakan kaedah terpenting untuk memastikan
kredibiliti dapatan kajian. Selain itu, kaedah ini juga membenarkan penyelidik
kualitatif memberi peluang kepada partisipan untuk menyemak dan menjelaskan
transkrip temu bual dan interpretasi bagi mengesahkan ketepatan idea partisipan
(Lincoln & Guba, 1985). Penyelidik meminta partisipan meneliti data mentah dan
meminta komen tentang ketepatannya. Selain itu partisipan juga diminta memberi
komen terhadap ketepatan dan kesesuaian kategori dan tema, sama ada dibentuk
dengan menggunakan bukti yang mencukupi dan sama ada laporan yang dibuat
realistik atau tidak. Segala respon dan komen yang diperoleh daripada partisipan
dimasukkan ke dalam laporan akhir. Hal ini menambahkan lagi kredibiliti dapatan
kajian.
3.6.4

KEBOLEHPERCAYAAN

36

Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana sesuatu penyelidikan itu boleh


diulang semula. Dalam kajian kualitatif kebolehpercayaan diperoleh melalui jejak audit
(audit trail) dan semakan rakan sekerja.
3.6.4.1

Jejak Audit

Dalam memastikan kebolehpercayaan data, penyelidik juga menggunakan kaedah


jejak audit. Jejak audit dijalankan dengan meminta individu di luar kajian
memeriksa naratif atau laporan kajian bagi menentukan kredibilitinya. Jejak audit
dibina dengan mendokumenkan semua aktiviti proses inkuiri melalui penulisan
jurnal, menyimpan log penyelidikan semua aktiviti yang dijalankan, membentuk
kronologi pengumpulan data dan merekod prosedur analisis dengan jelas dan
terperinci. Dalam konteks kajian ini penyelidik telah meminta seorang pembaca
untuk membuat pemeriksaan laporan dan semua dokumen yang berkaitan dengan
aktiviti penggumpulan data untuk disahkan. Penyelidik melaporkan dalam audit
trail secara jelas tentang beberapa perkara seperti sebab dijalankan kajian adalah
disebabkan perasaan ingin tahu dan minat yang mendalam terhadap proses
pengaplikasian undang
3.6.4.2

Semakan Rakan Sekerja

Kumpulan data yang siap dirujuk kepada panel pakar untuk semakan dan
pengesahan. Proses ini dipanggil semakan rakan sekerja. Untuk tujuan semakan
ini penyelidik telah mendapat khidmat seorang Jurulatih Utama Negeri khas
dalam bidang disiplin Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Beliau merupakan
pakar rujuk bagi setiap kes yang dilaporkan di sekitar Kuala Lumpur dan terbabit
dengan Jawatan Kuasa Disiplin peringkat Kebangsaan. Hasil daripada semakan
tersebut, beliau telah memberi respon terhadap tiga perkara iaitu;

37

Cadangan aplikasi perundangan yang sesuai dan kerap dijadikan rujukan


mengikut kes disiplin,

Prosedur tindakan yang perlu dipatuhi semasa melaksanakan tindakan


disiplin dam langkah bagi mengelakkan tindakan mahkamah, dan

Mencadangkan bentuk amalan yang perlu diamalkan oleh semua guru.

Hasilnya wujud tiga kategori sumber perundangan yang kerap menjadi rujukan dalam
amalan pengaplikasian undang undang iaitu:

Surat Pekeliling Ikhtisas,

Akta Pendidikan 1996,

Budi bicara,

Berdasarkan cadangan dan maklum balas darpada panel, penyelidik telah membentuk
semula kategori dan tema seperti yang disarankan bagi memenuhi kehendak serta
menepati objektif kajian.
3.7

RINGKASAN
Bahagian ini menerangkan kaedah yang dicadangkan untuk digunapakai bagi

mencapai tujuan kajian. Secara ringkasnya, Bab ini telah menerangkan dengan terperinci
tentang reka bentuk kajian, pemilihan partisipan dan tempat kajian, tatacara pemerolehan
data dan prosedur penganalisisan data. Di samping itu laporan dapatan daripada kajian
rintis turut disertakan. Begitu juga dengan proses mendapatkan kesahan dan
kebolehpercayaan data dijelaskan. Bab 4 merupakan paparan data sebenar yang diperoleh
daripada sumber-sumber di atas.
BAB 4 : DAPATAN KAJIAN

38

4.1

PENGENALAN

Dalam bab ini, pengkaji membincangkan keputusan analisis data dari temu bual yang
telah dilaksanakan kepada tiga orang pengetua, dua orang penolong kanan hal ehwal
murid dan seorang guru penolong kanan tadbir dan kurikulum di Wilayah Keramat,
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
4.2

DATA TEMUBUAL

4.2.1

SOALAN KAJIAN 1 :

APLIKASI

Apakah undang-undang yang diguna pakai di sekolah? ( Nama undangundang )


R1:

Pekeliling terbahagi kepada 2 iaitu melibatkan disiplin dan pekeliling


melibatkan peraturan. Ia termaktub kepada keadaan. Contohnya: murid
hadir lewat ke sekolah kerana hari hujan, terlibat dengan kemalangan atau

R2:

mengalami kerosakan kenderaan.


Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Pra Sekolah) 1997, Peraturan
Pendidikan (Peperiksaan dan penilaian) 1997 & Peraturan-peraturan

R3:
R4:
R5:

Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997


Surat Pekeliling Ikhtisas.
Ordinan Pelajaran 1957.
Surat Pekeliling Ikhtisas dan surat siaran. Undang-undang digunapakai

R6:

untuk kes-kes yang melibatkan laporan polis.


Tiada undang-undang yang digunapakai di sekolah, terma yang digunakan

ialah Peraturan.
Apakah peraturan-peraturan yang sering dirujuk oleh pentadbir?
R1:

Peraturan am digunapakai satu Malaysia iaitu pelaksanaan standard satu


negara. Contohnya : pakaian seragam murid, waktu mula dan waktu balik
sekolah. Peraturan khusus ditetapkan oleh pentadbir sekolah seperti

39

peraturan di kantin, peraturan di perhimpunan dan peraturan turun naik


kelas. Peraturan dilaksanakan merujuk kesesuaian seperti :

agama ( tidak wajib memakai tudung atau memakai gaun )

kaum ( memakai turban )

persekitaran ( murid kawasan pedalaman berkemungkinan


berambut panjang kerana tiada kedai gunting rambut yang
R2:
R3:
R4:
R5:
R6:

berhampiran)
Peraturan-peraturan disiplin yang menyatakan mengenai hukuman.
Buku tatacara Pengurusan Sekolah.
Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.
Buku Peraturan Sekolah.
Peraturan disiplin.

Apakah instrumen yang digunakan dalam aplikasi undang-undang?


R1:

Tatacara disiplin, tatacara penggunaan perpustakaan sekolah, tatacara

R4:
R5:
R6:

penggunaan makmal, stor sukan dan tandas.


Panduan dan Tatacara Disiplin Sekolah & Surat Pekeliling Ikhtisas.
Surat siaran JPWP dan KPM, Surat Pekeliling Ikhtisas.
Buku peraturan murid, pekeliling dan fail meja disiplin.

Bagaimana prosedur undang-undang dilaksanakan di sekolah?


R1:

Prosedur dilaksanakan melalui Lembaga Disiplin Sekolah dan pengawas

R2:
R4:
R5:

sekolah.
Merujuk pekeliling - pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia.
Merujuk Standard Operating Prosedur 1:3:7
Prosedur undang-undang melibatkan kes-kes yang dilaporkan pada pihak

R6:

polis dan lazimnya akan diuruskan oleh Jabatan Pemantauan.


Prosedur undang-undang hanya dijalankan jika melibatkan kes polis.

Apakah pendekatan lain, selain pelaksanaan hukuman yang boleh


dilaksanakan dalam undang-undang ?
R1:

Berikan didikan, bimbingan dan kaunseling kepada pelaku serta melantik


pelaku atau murid yang agresif sebagai sebahagian daripada organisasi

40

sekolah. Contohnya melantik pelaku sebagai Pembimbing Rakan Sebaya


(PRS).
R2:

Sesi Kaunseling terhadap murid dan perbincangan bersama ibu bapa.

R3:

Nasihat, kaunseling dan rundingan.

R4:

Sesi kaunseling.

R5:

Budi bicara : Mesyuarat panel disiplin sekolah akan menetapkan hukuman


atau tindakan yang akan diambil dan biasanya diakhiri dengan budi bicara.

R6:

Budi bicara dan perbincangan yang akan dilaksanakan dalam mesyuarat


tergempar Lembaga Disiplin Sekolah.

Siapakah yang diberi kuasa melaksanakan undang-undang?


R1:
Jawatan

Kebertanggungjawaban

Pengetua

100%

Guru Penolong Kanan HEM

80%

Guru Disiplin

60%

Jadual 3 : Pemberatan Tanggungjawab Pelaksana Undang Undang


R2:
R3:
R4:

Pengetua, Penolong Kanan HEM, Jawatankuasa Disiplin dan semua guru.


Pengetua.
Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 : Peraturan 4

R5:
R6:

Pengetua, Peraturan 6 - Pengetua turunkan kuasa kepada guru


Jabatan Pendidikan, Kementerian Pendidikan.
Semua guru adalah guru disiplin.

Susunan hierarki pelaksanaan undang-undang

41

R1:

Guru Disiplin perlu merujuk Guru Penolong Kanan HEM, Guru Penolong
Kanan HEM perlu merujuk kepada Pengetua. Pengetua perlu merujuk
kepada JPWP atau KPM. Setiap keputusan yang dibincang oleh Guru
Disiplin atau GPK HEM hendaklah dimaklumkan dan mendapat
kebenaran daripada Pengetua. Guru Disiplin dan GPK HEM tidak boleh
membuat keputusan. Walaupun semua guru adalah guru disiplin, tetapi
tidak boleh membuat keputusan untuk menjatuhkan hukuman hanya boleh
mencegah masalah disiplin daripada berleluasa.

R2:

Pengetua

Guru Penolong Kanan

R3:

Guru Disiplin, Guru Penolong Kanan HEM, Pengetua

R4:

Pengetua

GPK HEM

Disiplin
R5:
R6:

Jawatankuasa Disiplin

Ketua Guru Disiplin Semua

Guru

Pengawas

Tidak pasti
Selagi tidak melibatkan polis, peraturan sekolah mengambil alih
pengendalian kes atau masalah disiplin

Proses pelaksanaan undang-undang


R1:

Pelaku
Pengetua

Guru Disiplin

GPK HEM/Jawatankuasa Disiplin

Keputusan Jawatankuasa Disiplin

Pengetua

Rujuk

kepada Guru Kaunseling


R2:

Menerima aduan

siasatan

tindakan susulan

mengambil

tindakan berdasarkan kes


R4:

Menerima aduan

siasatan

ada kes / tiada kes

berjumpa ibu bapa


jatuhkan hukuman

bela diri
pengetua

kaunseling

42

R5: Sekolah tidak boleh melaksanakan undang-undang kerana kuasa sekolah


adalah terhad pada peraturan sahaja sebagaimana yang termaktub di dalam
buku peraturan, pekeliling dan surat siaran.
R6: Jika wujudnya kes yang melibatkan pihak polis atau laporan polis, Jabatan
Pendidikan akan membuat pemantauan.
Guru kelas

Guru Disiplin

GPK HEM

Pengetua

Guru Kaunseling

Jenis undang-undang disenaraikan, mengapa diaplikasi dalam pengurusan


sekolah ?
R1:

Perintah Am

dan

Surat

Pekeliling

digunakan

sebagai

dalehan,

pendinding atau imuniti. Peraturan itu ditetapkan oleh KPM dan

JPA

(Jabatan Perkhidmatan Awam). Ia memudahkan rujukan dibuat terhadap


R2:

pelaku yang terlibat.


Kuasa Guru merotan murid perlu dilaksanakan bagi menjaga tatatertib di

R4:

kalangan murid.
Memastikan suasana pembelajaran yang selesa dan selamat.

Berapa kerap aplikasi undang-undang dijalankan dalam sebulan terhadap


guru
R1:

Ia bergantung kepada saiz sekolah jika sekolah besar maka kekerapan


adalah tinggi. Jika saiz sekolah kecil maka kekerapannya adalah rendah.
Aplikasi undang-undang yang dijalankan dalam sebulan adalah 2%.
Antara kesnya ialah

R2:
R3:

hadir lewat, tatacara berpakaian dan kelewatan

masuk ke kelas.
Mengikut keperluan.
Ia bergantung kepada kes, berkala.

43

R4:
R5:

Tiada kekerapan
Selagi tiada kes yang melibatkan laporan polis, tiada aplikasi undangundang akan digunakan.

Berapa kerap aplikasi undang-undang dijalankan dalam sebulan terhadap


murid
R1:

Kekerapan aplikasi undang-undang adalah dalam 5%. Antara kes-kes yang


melibatkan murid ialah tidak menyiapkan kerja sekolah, ponteng kelas

R2:
R3:
R4:
R5:

atau ponteng sekolah dan kes kekemasan diri.


Mengikut keperluan.
Bergantung kepada kes, berkala.
5 hingga 6 kali sebulan.
Selagi tiada kes yang melibatkan laporan polis, tiada aplikasi undangundang akan digunakan.

4.2.2

SOALAN KAJIAN 2 :

CABARAN / KEKANGAN

Bagaimanakah cara memaklumkan pelaksanaan undang-undang pengurusan


sekolah kepada guru dan murid ?
R1:

Makluman kepada guru dibuat melalui buku pengurusan sekolah, poster,


mesyuarat-mesyuarat, taklimat, LADAP, ceramah, PERASA. Makluman
kepada murid dijalankan melalui poster, surat edaran, buku pengurusan
disiplin, perhimpunan, taklimat mingguan, ceramah daripada pihak polis

R2:
R3:
R4:
R5:
R6:

dan pihak JPJ.


Mesyuarat Guru ( 5 minit peruntukan mengenai undang-undang ) & LDP.
Buka dan rujuk laman web, maklumkan dalam mesyuarat guru dan edaran.
Penyebaran melalui kursus, taklimat dan surat pekeliling ikhtisas.
Makluman kepada guru melalui mesyuarat, notis dan surat siaran.
Makluman kepada guru adalah melalui mesyuarat, mengeluarkan notis
dan surat siaran. Makluman kepada murid melalui surat siaran dan
perhimpunan.

44

Apakah cabaran atau kekangan yang dihadapi dalam menyebarkan undangundang tersebut?
R1:

Kekangan yang dihadapi dari aspek guru ialah kehadiran dalam mesyuarat
adalah tidak 100%, maklumat yang disampaikan tidak dicapai oleh semua
guru, suasana bilik mesyuarat yang tidak kondusif seperti panas dan
sempit. Tahap pengetahuan dan kefahaman penerima maklumat juga
antara kekangan yang dihadapi seperti tidak boleh memahami informasi
yang disampaikan atau penyampai menggunakan bahasa yang tinggi serta
membosankan. Kekangan yang dihadapi dari aspek murid ialah sikap ibu
bapa menghantar anak lewat ke sekolah dan menggalakkan anak cuti pada
hari sekolah. Antara kekangan lain ialah pihak bas sekolah hantar lewat
disebabkan kesesakan jalan raya dan lokasi rumah ke sekolah agak jauh.
Lokasi sosioekonomi yang mempunyai disiplin berbeza seperti ibu bapa
(mentaliti golongan yang terpelajar dan tidak terpelajar) dan komuniti

R2:

(terdiri daripada tentera dan tidak bekerja)


Kekangan masa kerana pihak sekolah perlu menyebarkan isu-isu atau

R3:
R4:
R5:

arahan semasa daripada KPM/ JPN/ PPD terlebih dahulu.


Kepatuhan terhadap undang-undang kurang diaplikasi.
Tidak semua guru berpeluang menerima penerangan yang sepenuhnya.
Kekangan ialah guru tidak tahu, tidak pasti dan tidak peka akan
kepentingan undang-undang. Guru-guru dan pentadbir tidak faham dan
tidak tahu tentang adanya peraturan dan undang-undang dalam

R6:

pendidikan.
Cabaran atau kekangan ialah guru tidak peka dan mengambil ringan akan
peraturan yang dimaklumkan.

Masalah disiplin paling kerap: ketidakakuran oleh guru


R1:
R2:

Kelewatan hadir bertugas ke sekolah dan tatacara berpakaian.


Kelewatan masuk kelas mengajar dan proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku tanpa merujuk Rancangan Mengajar Harian.

45

R3:

Penyediaan Buku Rekod Mengajar sebelum proses pengajaran dan

R4:

pembelajaran dilaksanakan.
Ketepatan masa hadir ke sekolah, masuk mengajar dan menjalankan

R5:

program sekolah.
Kelewatan masuk ke kelas dan tidak masuk mengajar pada waktu yang
ditetapkan.

Masalah disiplin paling kerap: ketidakakuran oleh murid


R1:

Kehadiran lewat ke sekolah, tidak mengamalkan peraturan di kantin


(berebut membeli makanan), berebut mengambil buku di perpustakaan,
tidak mengikut peraturan di padang permainan dan tidak menjaga

R2:
R3:
R4:

kebersihan.
Hadir lewat ke sekolah dan tidak menyiapkan kerja sekolah.
Hadir lewat ke sekolah dan ponteng sekolah.
Kekemasan diri kurang dititikberatkan, tidak menguruskan masa dengan

R5:

baik dan tidak menyiapkan kerja sekolah.


Masalah lewat hadir ke sekolah, masalah ponteng sekolah, bergaduh dan

R6:

buli.
Masalah datang lewat ke sekolah dan ponteng kelas atau sekolah.

Latar belakang pelaku : Keluarga


R1:

Keluarga yang mempunyai masalah sosioekonomi, tinggal di persekitaran

R2:

yang tidak selesa, mempunyai konflik rumahtangga dan penceraian.


Keluarga yang tinggal di flat atau setinggan, keluarga yang berpendapatan
rendah, ketua keluarga tidak mempunyai pekerjaan tetap, ibu bapa yang

R3:
R4:

berpisah dan ibu bapa yang terlalu sibuk.


Keluarga yang mempunyai pendapatan yang rendah.
Keluarga yang bermasalah seperti bercerai atau masalah kewangan.

46

R5:

Broken family atau keluarga yang mempunyai konflik seperti penceraian

R6:

atau pergaduhan.
Biasanya murid yang melakukan kesalahan disiplin datang dari keluarga
yang susah dan bermasalah. Namun demikian terdapat kes-kes yang
melibatkan murid yang cerdik dan datang dari keluarga yang baik tetapi
tidak mendapat perhatian dari ibu bapa. Pelaku tidak semestinya keluarga
yang bermasalah, mereka lebih kepada untuk mendapatkan perhatian guru.

Latar belakang pelaku : Akademik


R1:
R2:
R3:
R4:

Murid yang mempunyai IQ yang lemah.


Murid yang mempunyai tahap akademik yang rendah.
Murid yang mendapat keputusan C dan E ke bawah.
Murid yang memperolehi prestasi yang rendah dalam peperiksaan dan
proses pengajaran & pembelajaran.

Apakah implikasi yang dihadapi kesan daripada aplikasi undang-undang


pada sekolah
R1:

Ia boleh menjejaskan nama baik sekolah apabila nama sekolah disebut

R2:

dalam mesyuarat JPWP sebagai ranking disiplin.


Pihak sekolah perlu akur kepada garis panduan yang dikeluarkan sebelum

R3:
R4:
R5:
R6:

mengambil tindakan.
Pihak sekolah akan dilabel sebagai sekolah bermasalah.
Ia dapat membantu guru mengawal disiplin murid.
Ia mendatangkan malu kepada guru dan pentadbir.
Hubungan keruh di antara ibu bapa dan pihak sekolah.

Apakah implikasi yang dihadapi kesan daripada aplikasi undang-undang pada


individu ( pelaku )
R1:

Ia membantu pelaku berubah daripada kerap melakukan kesalahan kepada


sifar kesalahan.

47

R3:
R4:
R5:
R6:

Ia boleh menggalakkan tindak balas negatif.


Ia membantu menimbulkan kesedaran untuk berubah.
Hubungan guru dan pelaku akan renggang.
Ia akan menjadikan pelaku semakin bongkak atau takut.

Apakah implikasi yang dihadapi kesan daripada aplikasi undang-undang pada


komuniti
R1:

Pandangan komuniti merosot dari segi menghantar atau mendaftar anak ke

R3:

sekolah.
Menimbulkan rasa tidak puas hati dan rungutan akan diutarakan kepada

R4:
R5:

pihak sekolah.
Melahirkan warga sekeliling yang prihatin.
Menimbulkan ketidakpuasan hati di antara ibu bapa terhadap guru dan

R6:

pentadbir sekolah.
Komuniti semakin berani mengambil tindakan undang-undang terhadap
pihak sekolah dan tidak menghormati sekolah, tanpa perbincangan mereka
mengambil tindakan sendiri.

Antara kes campur tangan komuniti ( jika ada )


R1:
R3:
R4:
R5:

Kes ponteng sekolah, contohnya murid ke cybercafe.


Tiada kecuali penglibatan PIBG.
Campur tangan politik, NGO dan Media.
Apabila kes dibesar-besarkan di dalam media, contohnya kes bocor soalan
peperiksaan.

48

Tindakan campur tangan komuniti


R1:

Komuniti membantu pihak sekolah dalam kes murid ke cyber cafe dengan
menangkap murid tersebut dan bawa ke sekolah. Murid dibawa ke Balai

R3:
R4:

Polis Setapak.
Berjumpa dengan penjaga murid.
Mempengaruhi ibu bapa murid terlibat, menghalang hukuman dijatuhkan

R5:

dan membuat laporan polis.


Merujuk buku civil atau criminal procedure, biasanya bagi pesalah bawah
18 tahun tidak akan dibicarakan tetapi pelaku akan ditempatkan di sekolah

R6:

juvana. Umur menjangkau 18 tahun baru boleh dibicarakan.


Pejabat Pelajaran Wilayah membuat pemantauan, pihak sekolah perlu
menyediakan dokumen-dokumen sebagai bukti untuk membantu siasatan
terhadap guru dan murid. Kes akan menjadi besar biasanya disebabkan
oleh tekanan komuniti pada keluarga si pelaku.

Apakah strategi yang digunakan untuk mengatasi kekangan/ menangani cabaran


yang dilalui dalam mengaplikasi undang-undang ini ?
R1:

Pihak sekolah menjemput penceramah luar seperti Pegawai Polis,


Kaunselor dan Ketua Komuniti. Selain itu mengadakan lawatan sambil
belajar untuk murid-murid yang mempunyai masalah disiplin dengan
tujuan untuk mereka rasa dihargai oleh pihak sekolah. Pihak sekolah juga
boleh menubuhkan jawatankuasa bersama ibu bapa dan komuniti

R2:

setempat.
Pihak sekolah perlu memberi penjelasan yang tepat kepada semua guru

R3:

dalam usaha mengaplikasi undang-undang di sekolah.


Pihak sekolah perlu melibatkan pelbagai pihak seperti PIBG, Komuniti
setempat, Pejabat Pendidikan Wilayah (PPW) dan polis.

49

R4:

Pihak sekolah memastikan prosedur tindakan yang diambil adalah betul


dan tidak boleh dicabar serta menghalang di peringkat awal daripada

R5:

berlakunya salah laku disiplin.


Guru harus melengkapkan diri dengan ilmu undang-undang, harus
menyelamatkan diri sendiri, guru dilarang menyentuh murid dan guru
akan selamat jika mengikut SOP (Standard Operasional Procedure) kerja
yang betul.

Nyatakan penambahbaikan yang boleh dikemukakan bagi membantu melicinkan


aplikasi undang-undang dalam pengurusan sekolah.

R1 :

Pihak

pentadbir

mewujudkan

wassap

sekolah

untuk

penyebaran maklumat tentang agenda sekolah dengan segera.


Mengadakan kempen kesedaran menghargai realiti kehidupan

kepada murid dan guru.


Mengadakan kursus PERASA (Pembimbing Rakan Sekerja)
untuk guru supaya mempunyai harga diri, berintegriti dan dapat
mewujudkan rasa kekitaan kerana melalui itu peraturan
undang-undang secara automatik akan dipatuhi.

R2 :

Pihak pentadbir perlu mendapat pendedahan terhadap aspek

perundangan dalam pendidikan.


Guru-guru perlu diberi penjelasan terhadap aspek perundangan

pendidikan.
Guru-guru sentiasa disegarkan untuk terus celik dan peka

50

terhadap aspek undang-undang dalam pendidikan.


Pihak sekolah perlu bertindak secara profesional dengan
melakukan

sesuatu

tindakan

mengikut

undang-undang

sepenuhnya dengan mematuhi prosedur sepenuhnya.

R3 :

Mengembalikan kuasa mendisiplin murid kepada pihak

sekolah.
Kesedaran perlu diterapkan kepada ibu bapa tentang peranan

guru dalam membentuk sahsiah murid.


Melibatkan semua pihak tentang

tanggungjawab

dan

kepentingan dalam menangani isu disiplin murid.


R4 :

Penerangan secara khusus kepada guru baharu dan bakal guru

berkaitan peraturan dan kaedah menanganinya.


Mewartakan peraturan yang lebih terperinci untuk memberi

lebih kuasa kepada guru.


Memberi perlindungan kepada guru-guru yang takut untuk

mengambil tindakan.
Memberi kefahaman dan kesedaran kepada ibu bapa dan
masyarakat mengenai kepentingan disiplin murid

R5 :

Peruntukan undang-undang yang jelas perlu disediakan untuk

rujukan pihak sekolah.


Kecairan maklumat terhadap guru mengenai perkara yang
boleh dilakukan dan perkara yang tidak boleh dilakukan

R6 :

Kecairan maklumat mengenai aplikasi undang-undang di

sekolah.
Memperbanyakkan

kempen

kesedaran

undang-undang

terhadap guru-guru dan komuniti.

51

Peruntukan undang-undang yang jelas dan difahami perlu


dikemaskini dan diwar-warkan kepada pihak sekolah.

4.3

DAPATAN KAJIAN
Keputusan yang diperolehi daripada sesi temubual terhadap 6 orang responden,

tiga orang daripadanya menyatakan undang-undang yang dirujuk oleh pentadbir ialah
Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) yang melibatkan disiplin dan peraturan. Responden yang
lain merujuk kepada Ordinan Pelajaran 1957 dan Peraturan-peraturan Pendidikan yang
dikhususkan kepada bidang masing-masing. Pelaksanaan undang-undang sekolah adalah
melalui aplikasi Peraturan Am, Peraturan Khusus, Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah)
1959, Buku Pengurusan Sekolah dan Buku Peraturan Sekolah. Majoriti pentadbir sekolah
merujuk peraturan disiplin yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) dan diselaraskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing. Peraturan
Am lazimnya diaplikasi oleh seluruh warga Malaysia, contohnya pakaian sekolah yang
seragam bagi sekolah rendah dan menengah. Manakala Peraturan Khusus ditetapkan
oleh pentadbir sekolah, contohnya peraturan di perhimpunan, peraturan kantin sekolah,
peraturan makmal dan di perpustakaan.

52

Pelaksanaan Peraturan Khusus adalah mengikut kesesuaian pelajar dari aspek


agama, kaum dan persekitaran. Proses aplikasi undang-undang pentadbir sekolah
dikukuhkan dengan penggunaan instrumen yang pelbagai. Antara instrumen yang
digunapakai ialah Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI), Tatacara Disiplin Sekolah, Surat Siaran
KPM atau JPN, Buku Peraturan dan Fail Meja Disiplin. Instrumen ini digunakan oleh
pentadbir sebagai panduan dalam melicinkan pengurusan disiplin sekolah. Instrumen
merupakan bukti untuk mengukuhkan pelaksanaan sesuatu tindakan yang dibuat oleh
pentadbir, dibenarkan dan mengikut arahan KPM atau JPN. Rujukan instrumen sebelum
melaksanakan sesuatu tindakan adalah penting dan menjadi keutamaan pihak pentadbir
sekolah. Terdapat beberapa prosedur pelaksanaan undang-undang yang dilaksanakan oleh
responden di sekolah masing-masing. Antara prosedur yang dinyatakan ialah undangundang dilaksanakan melalui Lembaga Disiplin Sekolah yang terdiri daripada pengawas
sekolah, merujuk pekeliling KPM dan merujuk Standard Operating Prosedur- 1:3:7.
Menurut pandangan 2 orang responden, prosedur undang-undang hanya
dilaksanakan apabila kes tersebut dilaporkan kepada polis dan melibatkan pihak polis.
Kes yang melibatkan pihak polis lazimnya akan diuruskan oleh Jabatan Pemantauan
Pelajar. Selain pelaksanaan hukuman yang berkait dengan undang-undang, terdapat
beberapa pendekatan lain yang dipersetujui oleh kesemua responden dalam membantu
pihak sekolah menguruskan disiplin pelajar. Antara pendekatan yang dilaksankan ialah
sesi kaunseling, didikan, bimbingan, rundingan dan budi bicara. Didikan, bimbingan dan
sesi kaunseling perlu diberikan kepada pelaku untuk menunjukkan sikap keprihatinan
guru selain daripada ingin menerapkan rasa dihargai dan disayangi dalam diri si pelaku.
Responden 1 mencadangkan agar pelaku dilantik sebagai Pembimbing Rakan Sebaya
(PRS) bagi membantu mereka membina semangat dan berusaha meningkatkan disiplin
diri. Pendekatan budi bicara merupakan antara pendekatan yang kerap diamalkan oleh
pihak pentadbir. Mesyuarat panel disiplin sekolah lazimnya menetapkan hukuman yang
akan dijatuhkan ke atas pelaku, perbincangan akan dilaksanakan dan biasanya diakhiri
dengan budi bicara.

53

Menurut responden 1, pengetua mempunyai 100% kebertanggungjawaban dalam


melaksanakan undang-undang di sekolah. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
(HEM) mempunyai 80% kebertanggungjawaban dan guru disiplin mempunyai 60%
kebertanggungjawaban. Menurut responden 2, pemberian kuasa pelaksanaan undangundang mengikut kekananan dimulai dengan pengetua, guru penolong kanan HEM,
jawatankuasa disiplin dan yang terakhir ialah semua guru.

Manakala, responden 3

menyatakan kuasa pelaksanaan adalah pengetua sahaja. Menurut responden 4, kuasa


pelaksanaan undang-undang adalah berdasarkan Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin
sekolah) 1959 iaitu Peraturan 4 adalah pengetua dan Peraturan 6 pengetua menurunkan
kuasa kepada guru. Responden 5 menyatakan kuasa pelaksanaan undang-undang adalah
di bawah bidang kuasa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan KPM. Responden 6 pula
menyatakan semua guru merupakan guru disiplin.
Melihat kepada susunan hierarki pelaksanaan undang-undang di sekolah,
majoriti responden memaklumkan kes yang dilaporkan perlu dimaklumkan kepada guru
disiplin terlebih dahulu. Guru disiplin perlu merujuk guru penolong kanan HEM. Guru
penolong kanan HEM perlu merujuk pengetua. Pengetua akan merujuk JPN/JPWP atau
KPM jika ia melibatkan kes berat. Hasil perbincangan guru disiplin dan guru penolong
kanan HEM hendaklah dimaklumkan kepada pengetua. Guru disiplin dan guru penolong
kanan HEM perlu mendapat kebenaran pengetua sebelum menjatuhkan atau menjalankan
hukuman ke atas pelaku. Guru penolong kanan HEM, guru disiplin dan semua guru tidak
boleh membuat keputusan untuk menjatuhkan hukuman tetapi memikul tanggungjawab
untuk mencegah masalah disiplin daripada berleluasa.

Pengetua

Guru Penolong
Kanan HEM
Ketua Guru Disiplin

54
Semua Guru Disiplin
Pengawas Disiplin Sekolah

Jadual 1: Susunan Hierarki Pelaksanaan Undang-undang Sekolah


Proses pelaksanaan undang-undang dilaksanakan dengan pelbagai cara mengikut
ketetapan pihak pentadbir sekolah. Menurut responden 1, setiap kes hendaklah dilaporkan
kepada guru disiplin terlebih dahulu. Kemudian kes disampaikan kepada guru penolong
kanan HEM. Kes akan dimaklumkan kepada pengetua dan keputusan akan dibuat
bersama Jawatankuasa Disiplin. Setelah keputusan diperolehi maka si pelaku akan
dirujuk kepada guru kaunseling.
Responden 2 memaklumkan, proses pelaksanaannya dimulakan dengan
menerima aduan tentang sesuatu kes. Kemudian siasatan akan dijalankan oleh
Jawatankuasa Disiplin. Hasil siasatan diperolehi dan tindakan susulan akan dilaksanakan.
Tindakan atau hukuman yang dikenakan adalah bersesuaian dengan kes yang disabitkan
ke atas pelaku. Menurut responden 4, lazimnya setelah aduan diterima maka siasatan
akan dijalankan untuk membuktikan kewujudan kes. Jika didapati ada kes, maka pelaku
diminta membela diri. Pihak sekolah akan berjumpa dengan ibu bapa untuk sesi
perbincangan. Pengetua akan menjatuhkan hukuman ke atas pelaku yang bersesuaian
dengan kes yang dilakukan. Pelaku akan diletakkan di bawah pengawasan kaunseling
sekolah. Responden 5 menyatakan sekolah tidak boleh melaksanakan undang-undang
kerana kuasa sekolah terhad kepada peraturan sebagaimana yang termaktub di dalam
buku peraturan, surat pekeliling ikhtisas dan surat siaran.

55

Menurut responden 6, proses pelaksanaan undang-undang lazimnya


dimulai dengan laporan guru kelas, kemudian laporan itu akan dipanjangkan kepada guru
disiplin. Guru disiplin perlu merujuk guru kaunseling terlebih dahulu. Jika kes tidak dapat
diselesaikan maka guru penolong kanan HEM perlu dimaklumkan. Pengetua akan
dimaklumkan jika keputusan mengenai pelaku perlu dibuat. Undang-undang yang
diaplikasi oleh pihak pentadbir dalam pengurusan sekolah digunakan sebagai dalehan,
pendinding atau imuniti. Menurut responden 1, peraturan yang ditetapkan oleh KPM dan
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memudahkan rujukan tindakan atau hukuman dibuat
terhadap pelaku yang terlibat. Responden 2 menyatakan kuasa merotan perlu
dilaksanakan bagi menjaga tatatertib di kalangan murid. Responden 4 memaklumkan
aplikasi undang-undang dalam pengurusan sekolah adalah untuk memastikan suasana
pembelajaran dilaksanakan dalam keadaan yang selesa dan selamat.
Kekerapan aplikasi undang-undang yang dilaksanakan terhadap murid adalah
bergantung kepada saiz sekolah. Jika sekolah itu mempunyai murid yang ramai maka
kekerapan aplikasi undang-undangnya adalah tinggi. Menurut responden 1, kekerapan
aplikasi undang-undang adalah 5%. Antara kes-kesnya ialah ponteng kelas, ponteng
sekolah, tidak menyiapkan kerja sekolah dan kerja rumah dan kekemasan diri atau
tatacara berpakaian. Responden 2 dan 3 menyatakan kekerapan aplikasi undang-undang
adalah mengikut keperluan kes dan berkala. Responden 4 memaklumkan aplikasi
undang-undang yang dijalankan adalah 5 atau 6 kali dalam sebulan. Menurut responden
5, selagi tiada kes yang melibatkan laporan polis maka tiada aplikasi undang-undang
yang akan digunakan.
Penyebaran pelaksanaan undang-undang pengurusan sekolah merupakan perkara
yang penting dan menjadi tanggungjawab utama pentadbir untuk merealisasikan kepada
semua guru dan murid di bawah pengawasannya. Responden 1 dalam temu bualnya
menyebut, makluman pelaksanaan undang-undang kepada guru dapat dijalankan melalui
buku pengurusan sekolah, poster, mesyuarat-mesyuarat, taklimat, LADAP, ceramah dan
program PERASA (Pembimbing Rakan Sekerja). Makluman pelaksanaan undang-undang

56

kepada murid boleh dijalankan melalui poster, surat edaran, buku pengurusan disiplin,
perhimpunan, taklimat mingguan, ceramah daripada pihak polis atau JPJ (Jabatan
Pengangkutan Jalanraya). Responden 2 menyatakan makluman pelaksanaan undangundang boleh dilakukan di dalam Mesyuarat Guru dan LADAP.
Responden 3 juga bersetuju memaklumkan pelaksanaan undang-undang kepada
guru dalam mesyuarat, melalui edaran dan rujukan laman web KPM. Responden 4
menyatakan penyebaran pelaksanaan undang-undang adalah melalui kursus, taklimat dan
surat pekeliling ikhtisas. Responden 5 dan 6 menyatakan makluman kepada guru dibuat
melalui mesyuarat, notis dan mengeluarkan surat siaran. Manakala makluman kepada
murid mengenai pelaksanaan undang-undang boleh dibuat melalui perhimpunan atau
surat siaran.
Hasil daripada temubual yang dijalankan ke atas pentadbir-pentadbir ini,
majoriti mereka menyatakan antara cabaran dan kekangan yang dihadapi ialah guru tidak
peka, tidak tahu, tidak pasti akan kepentingan undang-undang dan mengambil ringan
akan peraturan yang dimaklumkan. Ada segelintir guru dan pentadbir yang tidak faham
dan tidak tahu tentang adanya peraturan dan undang-undang dalam pendidikan. Ini
menyebabkan kepatuhan terhadap undang-undang tersebut kurang diaplikasi. Menurut
responden 1, kehadiran guru di dalam mesyuarat adalah tidak mencapai 100%. Ia
merupakan cabaran dan kekangan yang dihadapi hingga menyebabkan penyampaian
maklumat tidak berlaku dengan berkesan selain daripada suasana di bilik mesyuarat yang
panas dan sempit. Responden 1 dan 4 juga menyatakan tidak semua guru berpeluang
untuk menerima penerangan yang sepenuhnya. Guru juga didapati tidak dapat memahami
informasi yang disampaikan kerana penggunaan bahasa yang tinggi dan penyampai
membosankan.
Sikap ibu bapa yang sering lewat menghantar anak ke sekolah dan
menggalakkan anak cuti pada hari sekolah juga merupakan cabaran dalam menyebarkan

57

aplikasi undang-undang kepada murid-murid. Antara cabaran dan kekangan lain yang
dihadapi ialah pihak bas sekolah yang lewat menghantar murid ke sekolah disebabkan
oleh kesesakan jalan raya dan lokasi rumah ke sekolah agak jauh. Lokasi sosioekonomi
yang mempunyai disiplin berbeza seperti mentaliti ibu bapa daripada golongan yang
terpelajar dan tidak terpelajar, komuniti yang terdiri daripada tentera dan golongan ibu
bapa yang tidak bekerja. Responden 2 pula menyatakan kekangan masa merupakan
cabaran kepada utama pihak sekolah dalam menyebarkan isu-isu atau arahan semasa
daripada KPM, JPN, PPD terlebih dahulu.

Dapatan daripada temubual, majoriti responden menyatakan masalah disiplin


yang paling kerap dilakukan oleh murid ialah hadir lewat ke sekolah, ponteng kelas,
ponteng sekolah, tidak menyiapkan kerja sekolah dan kerja rumah, tidak menitikberatkan
kekemasan diri iaitu tatacara berpakaian, tidak menguruskan masa dengan baik, tidak
mengamalkan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Antara masalah
disiplin yang berat ialah kes gaduh dan kes buli jika ia melibatkan pihak polis. Hasil
daripada temubual ini mendapati murid yang terlibat dengan masalah disiplin atau
aplikasi undang-undang adalah murid yang datang daripada keluarga yang bermasalah.
Responden 1 memaklumkan pelaku berkemungkinan lahir daripada keluarga yang tinggal
di persekitaran yang tidak selesa dan mempunyai konflik rumahtangga atau penceraian.
Responden 2 pula menyatakan pelaku dan keluarga tinggal di kawasan flat atau
setinggan, keluarga berpendapatan rendah atau ketua keluarga tidak mempunyai
pekerjaan tetap, kemungkinan ibu bapa yang berpisah atau ibu bapa yang terlalu sibuk
sehingga tidak mempedulikan hal anak-anak.
Responden 3 menyatakan pelaku berasal daripada keluarga yang mempunyai
pendapatan yang rendah. Responden 4 dan 5 menyatakan pelaku kemungkinan berasal

58

daripada keluarga yang bermasalah seperti bercerai, bergaduh atau mempunyai masalah
kewangan. Responden 6 memaklumkan murid yang datang daripada keluarga yang baik
tetapi tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa berkemungkinan antara murid yang
menimbulkan masalah disiplin di sekolah. Pelaku tidak semestinya keluarga yang
bermasalah, mereka bertujuan untuk mendapatkan perhatian guru semata-mata. Latar
belakang akademik pelaku juga menggambarkan tingkah laku dan masalah disiplin yang
wujud dalam pengurusan sekolah. Majoriti responden bersetuju pelaku yang terlibat
dalam masalah disiplin dan aplikasi undang-undang ialah murid yang mempunyai IQ
yang lemah, mempunyai tahap akademik yang rendah, murid yang mendapat keputusan
C, D dan E dalam peperiksaan dan mempunyai prestasi rendah dalam proses pengajaran
& pembelajaran.

Rata-rata responden menyatakan bahawa implikasi kesan daripada aplikasi


undang-undang boleh menjejaskan nama baik sekolah sehingga sekolah tersebut boleh
dilabelkan sebagai sekolah bermasalah. Namun begitu, pihak sekolah perlu akur kepada
garis panduan yang dikeluarkan sebelum mengambil tindakan.

Responden keenam

menyebut di dalam temubualnya bahawa berlaku hubungan yang keruh di antara pihak
sekolah dengan ibu bapa lantaran tindakan disiplin yang dikenakan terhadap anak-anak
mereka. Walaubagaimanapun, tindakan undang-undang ini dilihat oleh responden ke
empat sebagai cara yang dapat membantu guru mengawal disiplin murid.
Responden pertama dan keempat bersetuju bahawa pelaku akan sedar dan
berubah untuk menjadi individu yang patuh kepada disiplin. Namun bagi responden
ketiga, kelima dan keenam pula, mereka menyatakan bahawa tindakan yang dikenakan
kepada pelaku akan menyebabkan tindak balas yang negatif seperti pelaku akan menjadi
semakin bongkak atau menjadi takut sehingga menyebabkan hubungan di antara guru dan
murid menjadi renggang.

59

Hampir semua responden menyatakan bahawa pandangan pihak komuniti


terhadap sekolah akan merosot terutamanya dari segi mendaftarkan atau menghantar anak
ke sekolah. Ini boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dan rungutan akan diutarakan
kepada pihak sekolah terutamanya kepada pihak pentadbir dan guru. Komuniti juga
dilihat semakin berani untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak sekolah
serta tidak menghormati warga sekolah dan mengambil tindakan sendiri tanpa proses
perbincangan dengan pihak sekolah. Namun begitu jawapan yang diterima daripada
responden keempat dilihat agak positif dengan kenyataan beliau yang menyatakan
bahawa kesannya akan melahirkan warga sekeliling yang prihatin terhadap isu disiplin
murid-murid di sekolah.

Responden keempat dan kelima menjelaskan bahawa campur tangan komuniti


akan wujud apabila sesuatu kes diperbesarkan sehingga melibatkan campur tangan ahli
politik, NGO dan pihak media, contohnya kes kebocoran kertas peperiksaan umum. Bagi
responden pertama pula, beliau menyatakan campur tangan komuniti sering berlaku
terutamanya dalam menangani kes ponteng sekolah yang mana kebanyakan kes, pelajar
didapati menghabiskan masa di cybercafe di mana sepatutnya murid perlu berada dan
belajar di dalam kelas.
Responden keenam memberitahu di dalam temubualnya bahawa Pejabat Pelajaran
Wilayah sentiasa membuat pemantauan dan pihak sekolah perlu menyediakan dokumendokumen sebagai bukti untuk membantu siasatan terhadap guru dan murid. Namun
begitu, sesuatu kes tersebut akan menjadi besar disebabkan oleh tekanan komuniti kepada
keluarga si pelaku. Jawapan yang diterima oleh responden kelima pula menyebut, pihak
pentadbir akan merujuk kepada buku sivil atau criminal procedure yang mana biasanya
pesalah yang berusia di bawah 18 tahun tidak akan dibicarakan tetapi akan ditempatkan
di sekolah juvana dan apabila sudah menjangkau usia 18 tahun, barulah pesalah akan
dibicarakan di atas kesalahan yang dilakukan. Jawapan yang diterima daripada responden

60

pertama, kedua dan ketiga pula, mereka menyatakan wujudnya kerjasama daripada pihak
komuniti dalam membantu pihak sekolah menangani masalah disiplin murid iaitu dengan
cara membuat perjumpaan dengan penjaga murid, bersama-sama dengan pihak sekolah
melakukan serbuan ke atas cybercafe dan membuat laporan polis terhadap murid yang
terlibat melakukan kesalahan.

Hampir kesemua responden menyatakan semua pihak perlu melibatkan diri


seperti PIBG, komuniti setempat, Pejabat Pendidikan Wilayah, polis dan juga guru.
Guru-guru perlu diberi penjelasan dan melengkapkan diri dengan ilmu undang-undang,
mengetahui cara kerja mengikut SOP (Standard Operational Procedure) yang betul dan
tidak boleh dicabar serta menghalang di peringkat awal berlakunya salah laku disiplin
Walau bagaimanapun responden pertama memberitahu bahawa pihak sekolah akan
menjemput penceramah luar seperti pegawai polis, kaunselor dan ketua komuniti. Selain
daripada itu, pihak sekolah akan melakukan lawatan sambil belajar untuk murid-murid
yang mempunyai masalah disiplin dengan tujuan untuk mereka rasa dihargai oleh pihak
sekolah. Pihak sekolah juga boleh menubuhkan jawatankuasa bersama ibu bapa dan juga
komuniti setempat.
Responden pertama menyarankan di dalam temubualnya agar pihak pentadbir
menggunakan medium teknologi terkini seperti aplikasi Wassapp dalam menyebarkan
maklumat tentang agenda sekolah dengan segera.

Beliau juga menyatakan supaya

diadakan kempen kesedaran kepada murid-murid dan guru supaya mereka dapat
menghargai realiti kehidupan masa kini. Kursus PERASA (Pembimbing Rakan Sekerja)
untuk guru juga diberikan supaya mereka mempunyai harga diri, berintegriti dan dapat

61

mewujudkan rasa kekitaan kerana melalui itu, peraturan undang-undang akan dapat
dipatuhi secara automatik. Penjelasan yang diberikan oleh responden kedua pula
menyebut, pihak pentadbir dan guru-guru perlu mendapatkan pendedahan terhadap aspek
perundangan dalam pendidikan supaya mereka akan sentiasa peka terhadap aspek
undang-undang dalam pendidikan. Pihak sekolah perlu bertindak secara professional
dengan melakukan sesuatu tindakan mengikut undang-undang sepenuhnya dengan
mematuhi semua prosedur yang ditetapkan.

Bagi kenyataan yang dikeluarkan oleh

responden ketiga pula, beliau mahukan supaya kuasa mendisiplinkan murid dikembalikan
kepada pihak sekolah. Kesedaran perlu diterapkan kepada ibu bapa tentang peranan guru
dalam membentuk sahsiah murid.

Beliau juga mahu semua pihak terlibat

bertanggungjawab dan menyedari kepentingan menangani isu disiplin murid.


Responden keempat pula menyatakan bahawa penerangan secara khusus haruslah
diberikan kepada guru baharu dan bakal guru berkaitan dengan peraturan dan kaedah
menangani isu disiplin murid. Kerajaan juga haruslah mewartakan peraturan yang lebih
terperinci untuk memberikan lebih kuasa kepada guru serta memberi perlindungan
kepada guru-guru yang takut untuk mengambil tindakan terhadap murid kerana bimbang
kesan yang akan ditanggung oleh mereka. Kefahaman dan kesedaran kepada ibu bapa
dan masyarakat mengenai kepentingan disiplin murid harus diberikan dari masa ke
semasa. Responden kelima pula menyatakan peruntukan undang-undang yang jelas perlu
disediakan sebagai sumber rujukan pihak sekolah supaya kecairan maklumat dapat
disampaikan secara berkesan tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh
guru. Responden keenam juga mahukan kecairan maklumat mengenai aplikasi undangundang di sekolah dapat dinyatakan dengan jelas dan dapat difahami oleh semua warga
sekolah.

Beliau juga mahukan banyak kempen-kempen kesedaran undang-undang

diberikan kepada guru-guru dan komuniti setempat. Peruntukan undang-undang yang


jelas dan mudah difahami perlu dikemaskini dari masa ke semasa dan diwar-warkan
kepada pihak sekolah.

62

4.4

Rumusan
Merujuk kepada analisis dalam bab ini, dapatlah dibuktikan bahawa pentadbir atau

pemimpin sekolah sememangnya telah menguasai elemen perundangan yang berkait


dengan sistem pendidikan. Penelitian tentang kekerapan pentadbir sekolah membuat
rujukan tentang undang-undang pendidikan daripada sumber-sumber rujukan yang sesuai.
membuktikan bahawa pentadbir sekolah sentiasa cuba untuk mengelakkan institusi
mereka daripada terlibat dalam kesalahan dan kecuaian yang membolehkan warga dan
institusi sekolah dikenakan tindakan tatatertib yang mengukuhkan bahawa pentadbir
sentiasa merujuk sumber undang-undang dan pekeliling setiap kali melaksanakan
tindakan disiplin di sekolah.

BAB 5

PERBINCANGAN, CADANGAN
DAN KESIMPULAN

5.1

PENGENALAN
Sememangnya kita harus akur bahawa masalah disiplin wujud di mana-mana serta

dalam apa jua situasi mahupun dalam semua peringkat masyarakat. Namun begitu
pelanggaran disiplin dalam kalangan pelajar sekolah kini menjadi suatu perkara yang
agak membimbangkan. Isu disiplin sekolah juga telah menarik banyak perhatian

63

beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya di dalam media massa. Tanggungjawab


terhadap mentadbir urus isu berkaitan disiplin merupakan amanah yang cukup berat yang
harus dipikul oleh semua guru terutamanya pentadbir sekolah yang bertindak
menguruskan sekolah. Setiap pengurus sekolah perlu menghayati keperluan disiplin
dalam organisasinya. Disiplin akan mencorakkan tingkah laku setiap individu dalam
organisasi. Disiplin yang dapat diurus tadbir dengan baik akan memudahkan peranan
sekolah sebagai agen pembentuk warga sekolah. Sekolah adalah institusi sosial yang
ditubuhkan untuk membentuk warga negara yang mampu menjiwai nilai-nilai akhlak dan
rohani yang mulia, serta memahami perhubungan antara manusia sebagai asas
kemasyarakatan, dan bersedia menyumbang kepada penerusan ketamaduan bangsa
tersebut.
5.2

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN


Di sekolah, pihak pentadbir sekolah dan guru merupakan penjawat yang paling

kerap terdedah kepada dakwaan ( ligiation ) atas pelbagai tuduhan seperti kegagalan
melaksanakan tanggungjawab, kecuaian, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang
mungkin berlaku (Tie Fatt Hee, 2002; 2004). Berdasarkan punca-punca dakwaan
tersebut, kecuaian merupakan bidang yang amat luas dan pihak sekolah merupakan pihak
yang paling berkemungkinan didakwa atas tuduhan kecuaian. Elemen kecuaian
sebenarnya berkait dengan aspek kegagalan memenuhi kewajipan berjaga-jaga ( duty
of care ) kegagalan melaksanakan tanggungjawab, dan kegagalan mematuhi arahan serta
peraturan boleh mengakibatkan pihak sekolah menghadapi dakwaan sivil atau pun
jenayah ( sivil or criminal suit ) (Ramsay & Shorten, 1996). Tindakan mahkamah yang
diambil terhadap pihak sekolah sudah tentu akan memberi kesan yang serius kepada
sekolah (Tie Fatt Hee, 2002). Oleh demikian, pentadbir sekolah amat perlu
melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai hak perundangan dan tanggungjawab
mereka ketika di sekolah. Pengetahuan dalam bidang undangundang pendidikan oleh
guru dan pentadbir sekolah dianggap sudah memadai sebagai suatu tindakan berjaga-jaga
bagi mengelakkan mereka daripada dikenakan dakwaan di mahkamah.

64

Bagi meminimumkan kemungkinan pihak sekolah didakwa kerana kecuaian,


pentadbir sekolah perlu memahami dan menguasai aspek perundangan di sekolah
terutama yang berakit dengan kecuaian dan serta tingkah laku dan elemen pengurusan di
sekolah untuk mengelakkan institusi sekolah daripada dikenakan tindakan mahkamah.
Secara amnya, jika pentadbir sekolah perlu dan harus mematuhi segala arahan serta
peraturan semasa menjalankan tugas-tugas harian dan melaksanakan kewajipan berjagajaga, maka warga sekolah iaitu, guru, pelajar akan merasa selamat dan dilindungi dari
sebarang dakwaan dan tindakan mahkamah yang mungkin berlaku (Waring & Glendon,
1998). Malah Wood dan Huffman (1999) yang dipetik dalam Tie Fatt Hee (2004) dan
Stewart (1998; 2005) telah menyenaraikan beberapa strategi yang perlu dilaksanakan
oleh pihak sekolah iaitu:

Membina satu pelan perkembangan staf yang menitikberatkan pelan pengurusan


keselamatan dan risiko di sekolah serta bekerjasama secara dua hala dengan
masyarakat tempatan, polis mahupun bomba,

Latihan kepada pihak pengurusan dan kepimpinan sekolah perlu dimantapkan lagi
dengan membina satu pasukan pengurusan keselamatan,

Mengintegrasi polisi keselamatan sekolah sebagai satu budaya yang perlu


diamalkan dengan penuh penghayatan oleh setiap warga sekolah,

Membina satu pasukan intervensi disiplin yang dapat memantau perkembangan


gang, kongsi gelap serta situasi ganas yang berlaku di sekolah,

Membina perhubungan yang mantap dengan ibu bapa serta menitikberatkan


program keibu bapaan di sekolah

Mengenal pasti, peka akan situasi yang berisiko, tanda-tanda awal akan keganasan
supaya mudah disusun strategi dan langkah pencegahan.

65

Berkait dengan aspek penyeliaan pula, pentadbir sekolah perlu memastikan


bahawa guru-guru perlu membuat penyeliaan yang munasabah ke atas tingkah laku
murid-murid di bawah jagaannya di dalam kelas sewaktu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berjalan. Kegagalan guru berbuat demikian boleh menyebabkan beliau
didakwa jika murid tercedera di dalam kelas akibat kecuaian guru. Guru boleh didakwa
jika gagal melaksanakan beberapa berikut:

Guru perlu berhati-hati untuk mengelakkan pelajar daripada tercedera,

Guru gagal menjaga pelajar di bawah seliannya dengan baik,

Kecuaian guru telah menyebabkan kecederaan

Kecederaan tersebut akan menyebabkan kecacatan.

Dapatan kajian juga turut membuktikan bahawa pentadbir sekolah turut kerapkali
dan sentiasa merujuk kepada sumber undang-undang dan pekeliling yang diedarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia ketika menjalankan tugas serta membuat keputusan. Hal
ini kerana besar kemungkinan pentadbir sekolah rendah mempunyai koleksi sumber
rujukan yang lengkap tentang prosedur dan tatacara pengurusan sekolah di pejabat
mereka untuk dijadikan panduan dan rujukan dalam proses mengurus sekolah khususnya
berkait dengan operasi dan perancangan sekolah. Sehubungan dengan itu, sumber-sumber
perundangan pendidikan seperti Surat Pekeliling Ikhtisas, Akta-akta Pendidikan,
Perintah-perintah Am telah dijadikan panduan penting ketika memimpin dan mengurus
sekolah agar tidak terkeluar daripada garis panduan yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.

5.3 Cadangan

66

Dalam usaha menghasilkan pentadbir sekolah yang mahir dalam bidang perundangan
dalam pendidikan, maka beberapa saranan dan cadangan dikemukakan untuk
meningkatkan kemampuan pentadbir sekolah dan mencegah daripada dikenakan
dakwaan. Saranan tersebut ialah

Kursus yang berkaitan dengan etika professional perlu diperbanyakkan bagi


memberi

ruang kepada

pentadbir

sekolah untuk

meningkatkan

kualiti

pengetahuan dalam bidang pengurusan, perundangan dan perkembangan etika


profesion.

Memandangkan peranan dan tugas Guru Besar dan Guru Penolong Kanan sangat
penting untuk meningkatan keberkesanan sekolah, maka dicadangkan agar
mereka diberi latihan persediaan kepengetuaan dan satu sistem sokongan
professional ( mentor ) yang formal. Mengikut cadangan Kementerian Pelajaran
Malaysia, mereka yang dikenal pasti layak untuk memegang jawatan Guru Besar
akan diberi latihan kepengetuaan sebelum menjawat jawatan pentadbir sekolah.
Ini kerana, masih lagi kurang sistem sokongan profesional yang formal untuk
membantu pentadbir-pentadbir sekolah yang novis.

Disarankan juga supaya diwujudkan suatu sistem mentor yang formal agar Guru
Besar yang lebih senior serta pegawai-pegawai yang berkemahiran dapat
membantu rakan-rakan pentadbir yang masih baru dalam bidang pengurusan
sekolah. Permuafakatan formal sebegini akan berupaya meningkatkan kualiti
pengurusan di sekolah. Di samping itu, latihan-latihan yang direka bentuk
seharusnya tidak tertumpu pada bidang teori yang bersifat cookbook recepies
semata-mata, sebaliknya perlu menggabungjalinkan teori, penyelidikan, dan
amalan yang berasaskan realiti.

Institusi yang menawarkan kursus perguruan dan universiti tempatan yang


menganjurkan program untuk bakal pendidik seharusnya menawarkan kursus
yang ada kaitan dengan peraturan dan perundangan pendidikan. Ini amat penting
sekali kerana guru-guru sentiasa terdedah kepada perkara-perkara yang berisiko

67

tinggi di sekolah sekiranya mereka tidak memahami peraturan dan undangundang yang berkaitan dengan pendidikan. Guru juga ditugaskan juga dibebani
dengan tanggungjawab yang amat berat bagi menjaga dan mendidik anak-anak
secara sah.

5.4 Rumusan

Keprihatinan dan kecaknaan pentadbir dan guru di sekolah dalam pengurusan disiplin
memainkan peranan yang penting terhadap iklim sekolah yang sihat dan sejahtera.
Tatacara pengurusan disiplin yang berhemah akan dapat mengelakkan pentadbir dan
guru-guru daripada menghadapi isu berkaitan perundangan pendidikan. Kesilapan
percaturan pentadbir dan guru dalam menentukan jenis hukuman terhadap pelajar akan
menyebabkan kredibiliti sekolah sebagai agen sosialisasi masyarakat akan menimbulkan
masalah yang rumit. Sebagai usaha memudahkan tugas guru dan pentadbir, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah memberikan beberapa panduan dalam menguruskan disiplin
pelajar agar sebarang tindakan disiplin yang diambil mematuhi panduan-panduan yang
telah ditetapkan oleh kementerian. Pemimpin sekolah dan guru kini mempunyai
tanggungjawab yang berat daripada segi perundangan kesan berdasarkan tanggungjawab
dan kewajipan perundangan terhadap pelajar dengan baik. Pengurusan sekolah yang proaktif dan sedia menghadapi cabaran perundangan semasa dijangka dapat menguruskan
sekolah dengan penuh yakin malah segala keputusan dan tindakan yang diambil

68

berdasarkan peraturan dan prinsip perundangan yang jelas dapat membantu pemimpin
sekolah mengurangkan risiko dakwaan mahkamah.

6.0

RUJUKAN

Abdullah Sani Yahya. (2004) Mengurus Disiplin Pelajar. Pulau Pinang. PTS Professional
Arcia, E. (2007). A comparison of elementary/k-8 and middle schools suspension rates.
Urban Education, 42 (5), 456-469.
Austin, John. (2002). The Province of Jurisprudence Determined. Classic Readings
and Canadian Cases in the Philosophy of Law. Ed. Susan Dimock. Toronto:
Pearson Prentice Hall, 37-60.
Barbara Wootton, (2011) A Critical Woman; Social Science and Public Policy in the
Twentieth Century. Ann Oakley London, Bloomsbury Academic, ISBN:
9781849664684; 464pp.
Baker, K. (1985). Research evidence of school discipline. PROBLEM, 482-487.
Bowen, S. H. (2012). Discipline, school policy and education issues: Bullying and
violence.

Dicapai

pada

Januari

13,

2013

di

http://www.eduguide.org/library/viewarticle/553

69

Boyson, R. (1973). Order and Purpose. In Barry Turner (Ed.), Discipline in Schools.
London: Ward Lock Educational.
Byrne, B. M. (1999). The nomological network of teacher burnout: A literature review
and empirically validated model. Dalam R. Vandenberghe & A. M. Huberman
(Eds.), Understanding and preventing teacher burnout: A sourcebook of
international research and practice (pp. 1537). Cambridge, UK: Cambridge
College Press
Christle, C., Nelson, C. M., & Jolivette, K. (2004). School characteristics related to the
use of suspension. Education and Treatment of Children, 27 (4), 509-526.
Cleugh, M.H. (1971). Discipline and morale in School and College. London : Taristock
Publications Ltd.
Cooke, D. (2002). Discipline in the primary school. Dublin, Ireland: Irish National
Teachers Organization.
Dewey,

J.

(1910).

How

we

think.

Dicapai

pada

28

Oktober

2014

di

http://www.archive.org/details/howwethink000838mbp
Docking J. W. (1980). Control and discipline in schools. London: Harper and Row
Duane, M. (1973). The children we deserve. In Barry Turner (Ed.), Discipline in
Schools. London: Ward Lock Educational.
Engku Ahmad Zaki Engku Alwi (2005). Merawat Kemelut Moral. Harian Metro
Online (Malaysia).
Etzioni, A. (1964). Modern organizations. Prentice-Hall.
Fiedler, F., & Tokar, E. (1982). Getting a handle on teacher stress. Educational
Leadership, 456-57.
Fowler, W. J., & Walberg, H.J. (1991). School size, characteristics, and outcomes.
Education Evaluation and Policy Analysis, 13 (2), 189-202.
Kendziora, K., & Osher, D. (2009). Starting to turn schools around: The academic
outcomes of the Safe Schools, Successful Students initiative. Washington, DC:
American Institutes for Research.

70

Kohlberg, L. (1968). The child as a moral philosopher." Psychology Today, 2, 4, 24-30.


Dicapai

pada

26

Oktober

2014

di

http://www.indiana.edu/~koertge/Sem104/Kohlberg.html
Marimuthu,T. (1980). "The School as a Generator of Indiscipline" paper presented at
national convention on education. Kuala Lumpur: Suara Pendidik 7.
Mendez, L. M. R., & Knoff, H.M. (2003). Who gets suspended from school and why: A
demographic analysis of schools and disciplinary infractions in a large school
district. Education and Treatment of Children, 26 (1), 30-51.
Merriem,S.B.(1998). Qualitative Research and Case Study Applications in Education. 2nd
ed. San Francisco: Josey-Bass
Miles, M. B. and Huberman, A. M. (1994). Qualitative Data Analysis: An Expanded
Soursebook. 2nd ed. Thousand Oaks, Calif: Sage
Mohd. Majid Kanting.

( 1993 ). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa & Pustaka.


Mok Soon Sang. (1991). Pendidikan Di Malaysia, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Kuala
Lumpur
Mukuria, G. (2002). Disciplinary challenges: How do principals address this dilemma?
Urban Education, 37(3), 432-452.
Noltemeyer, A., & Mcloughlin, C. S. (2010). Patterns of exclusionary discipline by
School typology,

ethnicity and their interaction. Perspectives on Urban

Education, Summer 2010, 27-40.

Dicapai pada 13 Oktober 2014 di

http://www.urbanedjournal.org/sites/urbanedjournal.org/files/pdf_archive/PUESummer2010-V7I1-pp27-40.pdf
Patton, M.Q. (1990). Qualitative Evualuation and Research Methods. London: Sage
Publications
Prof. Dr. Saat Md Yasin dan Rakan rakan ( 2007 ) School based Research. Kuala
Lumpur : Open University Malaysia
Ramsay, I. & Shorten A. 1996. Education and the Law. Butterworth: Sydney.

71

Sharifah Alawiyah Alsagof ( 1987 ). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Longman


Malaysia Sdn. Bhd.
Sharifah Al-sagoff. (1985). Sosiologi Pendidikan. Heinmann (Malaysia) Sdn.Bhd.
Petaling Jaya
Skiba, R. J., & Peterson, R. L. (2000). School discipline at a crossroads: From zero
tolerance to early response. Exceptional Children, 66, 335346.
Skiba, R., Peterson, R. L., & Williams, T. (1997). Office referrals and suspension:
Disciplinary intervention in middle schools. Education and Treatment of
Children, 20(3), 295315.
Stewart, D. (1998). Legalisation of Education: Implications for Principals Professional
KnowledgeJournal of Education Administration. 36(2): 129145.
Stewart, D. (2005). The Place of Law in the Leadership and Management of Schools.
Education and the Law 17(4): 127136.
Swift, D.F (1969-1973), The Sociology of Education. Routledge & Keagan Paul, London
Tie Fatt Hee (2002). Undang-undang Pendidikan Di Malaysia. Shah Alam : Fajar Bakti
Sdn Bhd.
Tie Fatt Hee. (2002). Undang Undanng dalam Pendidikan. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Tie Fatt Hee. (2004). Liabiliti Dalam Pengurusan Pendidikan.

Kuala Lumpur:

Kumpulan Utusan.
Waring, A. & Glendon, A. (1998). Managing Risk. London: International Thomson
Business Press
Wu, S. (1980). The foundations of student suspension (Research/Technical). Washington,
DC: National Institute of Education.
Wu, S. C., Pink, W. T., Crain, R. L., & Moles, O. (1982). Student suspension: A critical
reappraisal. The Urban Review, 14, 245-303
Yin, R.K. (1994). Case Study Research: Design and Methods. 2nd ed. Thousand Oaks,
Calif: Sage

72

LAMAM SESAWANG
http://jpt.moe.gov.my/RUJUKAN/akta/akta%20pendidikan%201996.pdf
http://www.teachers.org.uk/files/the-law-and-you--8857-.pdf
http://files.acecqa.gov.au/files/national-regulations/NQF02%20Guide%20to%20ECS
%20Law%20and%20Regs_web.pdf
http://keszei.chem.elte.hu/Bologna/Romania_Law_of_National_Education.pdf
http://www.cfyetf.org/publications_5_1692470168.pdf
http://www.elc-pa.org/wp-content/uploads/2013/02/ELC_schoolfundingreport.2013.pdf

73

You might also like