You are on page 1of 9

7.

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Dalam proses melaksanakan kajian tindakan ini, saya telah menggunakan


pelbagai jenis kaedah mengumpul data seperti ujian pra, pemerhatian, temu bual,
analisis dokumen, soal selidik dan ujian pasca . Saya juga telah menerangkan secara
jelas tentang cara mengumpul data untuk setiap peringkat yang berbeza. Tujuan saya
menggunakan kaedah pengumpulan data tersebut adalah untuk memastikan data
yang dikumpulkan adalah mencukupi supaya dapat memberi bukti dan sokongan
yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

7.1

Ujian
Dalam kajian tindakan ini, saya telah melaksanakan dua jenis ujian iaitu ujian

pra dan ujian pasca. Setiap peserta diberi masa sebanyak 40 minit untuk menyiapkan
kedua-dua ujian tersebut. Bentuk soalan ujian adalah melengkapkan jadual sifir 2- 5.
Setiap jadual sifir mempunyai sepuluh soalan sahaja. Murid dikehendaki duduk
secara berasingan bagi mengelakkan berlakunya kes peniruan jawapan rakan sebaya
semasa ujian sedang dijalankan.
Sebelum memulakan pengajaran, saya telah menjalankan ujian pra kepada
empat orang peserta kajian bagi melihat sejauh mana murid memahami tentang
konsep pendaraban sebelum saya memperkenalkan teknik ENIS. Tujuan saya
melaksanakan ujian pra sebelum memulakan pengajaran adalah untuk mengenal pasti
betapa seriusnya murid-murid mengalami masalah tentang penguasaan kemahiran
sifir 2 hingga 5 supaya saya boleh merancang pengajaran dan aktiviti yang
bersesuaian dengan tahap kebolehan dan pemikiran mereka.
37

Pada peringkat pelaksanaan tindakan terakhir, saya telah menggunakan


kaedah ujian pasca untuk mengumpul maklumat yang lebih lanjut dan kukuh.
Daripada ujian pasca yang telah saya laksanakan, jawapan murid dapat menunjukkan
keupayaan mereka menguasai konsep pendaraban. Justeru, prestasi pencapaian murid
dijadikan sebagai salah satu bahan bukti dan sokongan untuk mencapai objektif
kajian tindakan ini. Contoh soalan ujian pra dan pasca ditunjukkan dalam Lampiran
G.

7.2

Pemerhatian
Pada peringkat 1, 2 dan 3, saya telah menggunakan borang pemerhatian dan

rakaman video untuk membuat pemerhatian. Setiap kali selepas sesi bimbingan
dengan peserta, saya telah mencatatkan maklumat penting atau refleksi kendiri dalam
borang pemerhatian. Pemerhatian ini telah dilakukan terhadap perkembangan dan
tingkah laku Janet, Zoey, Alex dan Brian. Borang pemerhatian juga terdapat catatan
refleksi kendiri untuk mencatat kekuatan dan kelemahan murid semasa menguasai
teknik ENIS. Pemerhatian ini juga mencatatkan tentang pendapat, perasaan dan
pandangan saya terhadap sebelum dan selepas memperkenalkan teknik ENIS kepada
empat orang peserta tersebut.
Bagi peringkat 1, tujuan saya menggunakan borang pemerhatian ini adalah
untuk mencatat keupayaan murid menguasai kemahiran sifir melalui penggunaan
teknik ENIS. Dengan ini, saya dapat membuat permerhatian yang lebih mendalam
mengenai perubahan yang berlaku pada peserta saya dan peristiwa yang telah berlaku
di luar jangkaan saya.
Manakala di peringkat 2, murid diberi peluang melukis konsep pendaraban di
papan paparan selepas saya menunjukkan teknik melukis tersebut. Saya juga telah
38

membuat permerhatian ke atas keupayaan murid melukiskan konsep pendaraban di


papan paparan. Tujuan saya pada peringkat kedua ini adalah untuk melihat
kebolehan murid menguasai konsep iaitu boleh melukis dengan kemas untuk
mewakili kumpulan dan setiap ahli bilangan dalam kumpulan di peringkat konkrit.
Dalam proses pemerhatian, saya telah mencatatkan kesilapan yang dilakukan oleh
murid untuk menunjukkan bahawa mereka masih belum menguasai teknik melukis
yang telah diajar. Setelah murid dibimbing pada setiap sesi bimbingan, saya telah
mencatatkan perkembangan dan tingkah laku murid terhadap cara belajar sifir
melalui teknik melukis serta membuat refleksi kendiri untuk membuat penilaian
terhadap kesesuaian teknik melukis digunakan dalam kajian ini.
Pada peringkat 3, saya telah membuat pemerhatian ke atas keupayaan murid
menulis ayat matematik di papan paparan. Setelah murid menguasai konsep
pendaraban melalui peringkat konkrit dan perwakilan, saya juga membuat
pemerhatian ke atas kebolehan murid menyatakan ayat matematik dan jawapan
secara spontan, cepat serta betul. Segala perkembangan dan tingkah laku murid yang
saya perhatikan telah dicatat di borang pemerhatian dengan jelas dan teliti. Tujuan
saya menggunakan teknik permerhatian ini di peringkat Simbolik ini adalah untuk
menilai kesesuaian penggunaan teknik ENIS dapat membantu murid Tahun 3
menguasai kemahiran sifir darab 2-5. Contoh borang pemerhatian saya adalah seperti
di Rajah 8.

39

Rajah 8. Contoh borang pemerhatian.

7.3

Rakaman video
Rakaman video juga digunakan di setiap peringkat untuk merakamkan

keadaan murid menggunakan Joyboard, situasi murid melukis konsep pendaraban di


papan paparan dan aktiviti permainan Jom Darab. Tujuan saya menggunakan
rakaman video ini adalah untuk memudahkan saya merujuk semula proses
pengajaran yang telah dilaksanakan supaya dapat melihat kekuatan dan kelemahan
serta perkembangan peserta dalam menyusun objek melalui penggunaan Joyboard,
dan keupayaan murid melukis konsep pendaraban. Kelebihan rakaman video ini
membantu saya menganalisis semula keadaan pembelajaran murid dan membimbing
saya membuat refleksi terhadap amalan pengajaran secara berkesan.

40

7.4

Temu bual
Dalam proses pelaksanaan peringkat 1 , saya telah menggunakan kaedah

temu bual untuk berkomunikasi dengan peserta secara berkumpulan. Tujuan saya
menggunakan kaedah temu bual ini adalah untuk mendapatkan pendapat, pandangan,
perasaan dan cadangan serta kefahaman peserta tentang kesesuaian penggunaan
teknik ENIS dalam proses pembelajaran konsep pendaraban. Semasa sesi temu bual
berlangsung, saya menggunakan rakaman video untuk merakamkan keseluruhan
keadaan supaya saya boleh mendengar dan melihat semula serta menterjemahkan
perbualan ke dalam bentuk transkrip. Contoh transkrip temu bual secara kumpulan
antara pengkaji dengan peserta kajian adalah di Rajah 9.

Rajah 9. Transkrip temu bual secara berkumpulan.


Temu bual juga dijalankan pada peringkat ini sebanyak tiga kali. Bentuk
soalan temu bual adalah separa struktur. Saya juga mengemukakan soalan tambahan
kepada peserta saya untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut dan memahami
pemikiran peserta dengan baik. Jawapan yang diberikan oleh peserta telah membantu
saya membuat penilaian terhadap keupayaan murid menggunakan bahan manipulatif
untuk menguasai konsep pendaraban dengan berjaya atau tidak.
41

Selepas berbincang hasil kerja murid, saya menemu bual peserta secara
berkumpulan. Tujuan saya menggunakan kaedah temu bual ini di peringkat 2 adalah
untuk membantu saya meneroka pemikiran peserta melalui perbualan tentang
pendapat dan perasaan mereka terhadap kaedah melukis konsep pendaraban bagi sifir
2 hingga 5. Melalui sesi temu bual dengan peserta, saya dapat menilai sejauh mana
kesesuaian teknik ENIS ini digunakan untuk membantu murid menguasai
pemahaman konsep pendaraban. Setiap sesi temu bual dengan peserta, saya telah
berusaha membina hubungan yang mesra dan baik dengan peserta supaya dapat
menggalakkan peserta berani meluahkan perasaan dan idea terhadap keseluruhan
proses pembelajaran melalui teknik ENIS.
Pada peringkat 4, murid telah menduduki satu ujian pasca di Bilik Pemulihan
Khas. Selepas itu, saya pun menjalankan sesi temu bual dengan empat orang peserta.
Saya telah mengemukakan lima soalan yang berbentuk separa struktur untuk
mengetahui tentang pengetahuan, pemahaman, perasaan dan pendapat peserta kajian
selepas menguasai konsep pendaraban melalui teknik ENIS. Semasa murid berkongsi
pengalaman mereka, saya memberi perhatian yang sepenuhnya untuk mendengar dan
cuba menggambarkan perasaan peserta serta benar-benar memahami perasaan dan
fikiran peserta secara menyeluruh.
Perbualan antara pengkaji dengan peserta kajian telah dirakam dan dicatat
semula dalam bentuk transkrip supaya dapat membaca semula pandangan yang
dikongsi oleh peserta kajian terhadap penggunaan teknik ENIS. Melalui transkrip
yang ditunjukkan di Rajah 9, saya boleh mengkategorikan dan merumus isi-isi
penting yang telah disampaikan oleh peserta dengan baik. Justeru itu, kaedah temu
bual ini digunakan di setiap peringkat dapat membantu saya menganalisis persepsi

42

murid terhadap penggunaan teknik ENIS dengan baik. Jadual 3 menunjukkan


rumusan tentang pelaksanaan temu bual pada peringkat 1, 2 dan 4.
Jadual 3
Ringkasan Pelaksanaan Temu Bual
Peringkat

P1

P2

P3

P4

Jumlah

Bilangan temu bual

Bilangan transkrip temu bual

7.5

Analisis dokumen
Selain itu, analisis dokumen berbentuk lembaran kerja dan kuiz telah

digunakan di peringkat 2 ini. Saya juga telah menyediakan lembaran kerja kepada
murid dengan mengikut perancangan jadual pelaksanaan tindakan. Daripada hasil
latihan dan lembaran kerja, saya boleh mengumpul data tentang perkembangan
murid menguasai konsep mendarab melalui kaedah melukis. Data tersebut juga
merupakan data yang penting dan boleh dipercayai untuk membuktikan tahap
perkembangan murid dalam proses pembelajaran sifir darab.
Setiap kali selepas saya menyemak hasil kerja murid, saya mesti berbincang
dengan peserta kajian tentang kesilapan yang dilakukan oleh mereka semasa
menjawab soalan serta membimbing mereka membetulkan kesilapan tersebut secara
beransur maju. Oleh itu, kelemahan dan kekuatan murid belajar sifir melalui teknik
melukis dapat ditonjolkan secara jelas daripada jawapan pada lembaran kerja dan
kuiz yang diberi. Contoh hasil lembaran kerja bertulis pertama, kedua dan ketiga
ditunjukkan dalam Lampiran H.

43

Apabila murid menguasai cara menulis ayat Matematik di peringkat ke-3,


saya telah memberi latihan intensif kepada murid untuk mengukuhkan kemahiran
mengira. Selepas menyemak hasil latihan murid, saya mengumpul data dengan
menganalisis lembaran kerja murid dari segi kekuatan dan kelemahan murid
menjawab soalan. Kemudiannya, saya juga membuat perbandingan antara latihan
yang lepas dengan latihan yang kini bagi keempat-empat orang peserta kajian.
Sehubungan itu, ia dapat menunjukkan sejauh mana kefahaman dan penguasaan
murid terhadap konsep dan kemahiran bagi sifir 2 hingga 5 melalui teknik ENIS.
Contoh lembaran kerja pertama dan kedua tentang menulis ayat matematik
berpandukan gambar rajah bagi empat orang peserta seperti ditunjukkan dalam
Lampiran I.

7.6

Soal Selidik
Pada peringkat 4 ini, soal selidik telah digunakan untuk melihat persepsi

murid terhadap penggunaan teknik ENIS dalam penguasaan kemahiran bagi sifir
darab 2 hingga 5. Terdapat jumlah sepuluh soalan disediakan dalam borang soal
selidik. Item yang dibina dalam bentuk ayat pendek dan mudah difahami oleh peserta
Tahun 3 supaya mereka dapat memberi gerak balas yang cepat dan tepat. Kandungan
soal selidik yang digunakan adalah berkaitan dengan pengetahuan, minat, perasaan
dan pemahaman terhadap pengunaan teknik ENIS. Maka, soalan-soalan disusun
mengikut urutan yang bersesuaian dari peringkat awal sehingga ke peringkat akhir
supaya dapat memandu peserta menjawab item-item soalan selidik secara
berperingkat. Gerak balas dan maklumat yang diberi dalam soal selidik dapat
menonjolkan pendapat dan pandangan peserta terhadap teknik baru yang
diperkenalkan untuk mempelajari konsep pendaraban. Contoh soal selidik adalah
44

seperti dalam Lampiran J. Dengan itu, peserta hanya perlu memberi jawapan yang
ringkas iaitu memilih Ya atau Tidak.
Secara keseluruhannya, kaedah pengumpulan data yang telah saya gunakan
pada setiap peringkat adalah untuk kegunaan menjawab soalan-soalan kajian ini.
Saya juga telah meringkaskan jenis-jenis data yang telah dikumpulkan dalam bentuk
jadual untuk memudahkan pembaca memahami secara jelas dan berperingkat.
Ringkasan bagi jenis-jenis data dikumpulkan untuk menjawab soalan kajian ada di
dalam Lampiran K.

45

You might also like