You are on page 1of 11

GURU DAN CABARAN SEMASA

1.0

ISU TEKANAN EMOSI GURU


1.1

Sinopsis

isu

Guru

paksa

murid

makan

rumput

(Mingguan Malaysia, 25 Jan 2014)


Isu Guru paksa murid makan rumput ini merupakan isu pendidikan
yang menjadi isu hangat diperkatakan di media massa pada awal
Januari dahulu. Isu yang berlaku di Sungkai, Johor ini berlaku di
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina(SJKC) Khai Meng. Peristiwa ini
melibatkan dua murid tahun empat yang

menjadi mangsa guru

lelaki berusia 26 tahun di sekolah itu. Kedua-dua murid tersebut


ialah Muhammad Nasvinder Muhammad Amit dan Mohd. Izat Iqbal
Mohd Harith. Kedua-dua mereka menganut agama Islam. Berikut
merupakan kronologi ringkas berkenaan isu ini.

Pada pukul 9 pagi :


4 orang murid
gagal menyiapkan
tugasan yang diberi

Guru memberikan
hukuman kepada 2
orang murid sahaja

Murid dirotan
sebanyak 2 kali
sebelum diarahkan
memakai loceng di
leher

Loceng tersebut
perlu dipakai
sehingga tamat
waktu
persekolahan

Guru mengugut
hukuman lebih
berat iaitu rotan
sebanyak 10 kali
jika ingkar
arahannya

Pada pukul 10.10


pagi : guru
mengambil rumput
di hadapan kelas
lalu memaksa
mangsa makan

Laporan polis
dibuat oleh kedua
ibu bapa mangsa

Guru membuat
permohonan maaf
kepada keluarga
mangsa

Rajah 1 : Sinopsis isu Guru paksa murid makan rumput

GURU DAN CABARAN SEMASA

1.2

Punca berlakunya isu


Isu pendidikan seringkali menjadi tumpuan masyarakat apatah
lagi apabila isu tersebut berkait rapat dengan persoalan
nilai,moral dan salah laku dalam kalangan warganya. Oleh itu,
apabila sahaja berita berkenaan isu guru lelaki berusia 26
tahun di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

(SJKC) Khai Meng

yang dikatakan memaksa 2 orang murid makan rumput hanya


kerana

tidak

menyiapkan

tugasan

kerja

sekolah

yang

diberikan, ia seolah-olah menjadi satu isu yang amat besar.


Kebanyakan daripada masyarakat kita mula melontarkan
pelbagai andaian dan pendapat berkenaan punca berlakunya
isu ini.
Pada pandangan saya, faktor paling besar dihadapi oleh
guru lelaki berusia 26 tahun ini adalah datangnya dari
tekanan emosi dari diri beliau sendiri. Menurut rencana
dalam akhbar Utusan Malaysia bertajuk Guru Lebih Stres
yang ditulis oleh Noor Hamzah Abu Bakar pada 24 April 2012,
kajian menunjukkan bahawa

guru berada di kedudukan

keempat dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan


selepas polis, pegawai penjara dan jururawatHal ini secara
tidak langsung membuktikan bahawa tidak mustahil guru
tersebut menghadapi tekanan emosi yang tinggi sehingga
sanggup memaksa anak didik sendiri memakan rumput.
2

GURU DAN CABARAN SEMASA

Jika dapat kita perhatikan, penyakit tekanan ini dihadapi


oleh semua orang dan pastinya di sebalik tekanan tersebut
punya faktor lain yang mendesak seseorang melakukan suatu
tindakan di luar jangkaan.Justeru, saya Saya berpendapat, faktor
pertama guru tersebut menghadapi tekanan emosi adalah melalui
persekitaran fizikalnya. Persekitaran fizikal beliau ialah masalah
disipilih empat pelajar tersebut yang tidak dapat menyiapkan tugasan
yang beliau berikan. Masalah disipilin pelajar yang semakin banyak ini
memberikan tekanan yang amat tinggi kepada seorang guru. Keempatempat murid tersebut memang sepatutnya dikenakan tindakan tatatertib
kerana tidak menyiapkan tugasan, namun tidaklah sampai tindakan
tersebut sehingga perlu dipaksa memakan rumput . Justeru, apabila
tekanan yang dialami beliau ini tidak dapat diatasi maka maka beliau
mula bertindak di luar jangkaan tanpa berfikir kesannya kepada diri
serta kerjaya profesionnya.
Selain itu, saya juga melihat faktor tekanan yang
dihadapi

oleh

guru

ini

juga

adalah

disebabkan

ketidakupayaan seorang guru tersebut menyelesaikan


bebanan arahan kerja yang terlampau banyak di sekolah.
Isu ini telah dibincangkan dalam akhbar Utusan Malaysia
bertarikh 18 Ogos 2012 yang ditulis oleh Abdul Muin Sapidin,
di

mana

Kesatuan

Perkhidmatan

Perguruan

Kebangsaan

(NUTP) mendakwa bahawa, Tahap stres di kalangan guru-guru


di negara ini semakin menjadi dan membimbangkan ekoran
bebanan tugas yang meningkat. Jadi, tidak mustahil jika
3

GURU DAN CABARAN SEMASA

dikatakan, punca bebanan kerja yang banyak yang tidak dapat


diuruskan oleh beliau memberi tekanan dalam diri seterusnya
terpaksa melepaskannya kepada 2 orang pelajar tersebut
dengan bertindak seuatu yang di luar kawalan.
Akhir sekali, faktor lain yang dirasakan relevan yang
menyumbang kepada berlakunya isu ini adalah disebabkan
persekitaran tempat kerja

iaitu sekolah tempat guru

tersebut mengajar. Dalam isu ini, kita boleh lihat persekitaran


sekolah tersebut iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Khai Meng ,
majoriti murid-muridnya adalah dari masyarakat Cina itu
sendiri. Golongan melayu Islam merupakan golongan minoriti
sahaja di sekolah tersebut. Oleh itu, tidak mustahil disebabkan
tekanan isu perkauman atau racist yang semakin menjadi-jadi
di Negara kita sekarang ini, menyebabkan guru tersebut
melepaskan hukuman tidak berasas itu

kepada dua pelajar

muslim. Sedangkan ketika kejadian tersebut , 2 orang murid


Cina yang lain juga tidak dapat menyiapkan tugasan beliau
tetapi tidak pula dikenakan sebarang hukuman. Keadaan ini
dilihat seolah-olah seperti pilih kasih.

GURU DAN CABARAN SEMASA

Sepatutnya ,sebagai seorang guru yang professional,


perkara seperti ini

tidak sepatutnya ada dalam diri seorang

guru. Ini kerana seorang guru yang professional adalah guru


yang mampu mengawal emosinya apabila berhadapan dengan

Tekanan emosi
persekitaran (masalah
disiplin pelajar)
Ketidakupayaan
menyelesaikan
bebanan kerja
Persekitaran tempat
kerja

sebarang
tekanan isu Guru Paksa
emosi.Murid Makan
Rajah
2 :Punca berlakunya
Rumput

1.3

Implikasi isu ke atas pendidikan


Kebanyakan isu masalah pendidikan pastinya akan memberi

impak

yang

buruk

kepada

dunia

pendidikan

Negara.Hal

ini

dipersetujui sendiri oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair


Muhamad Yusof yang menyebut dalam satu sidang akhbarnya
dengan Utusan Malaysia pada 26 Jan 2014. Beliau menyatakan
tindakan guru lelaki berusia 26 tahun itu didapati telah memberikan
imej

yang

sehubungan

kurang
itu

baik
pihak

kepada

Kementerian

Kementerian

telah

Pendidikan
bersetuju

dan
untuk

mengenakan tindakan menukarkan guru tersebut ke sekolah lain.

GURU DAN CABARAN SEMASA

Justeru, dalam isu ini antara implikasi lain yang dilihat boleh
berlaku adalah terjejasnya kualiti pendidikan . Kualiti pendidikan
yang dimaksudkan di sini adalah dari segiti mutu Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) guru di dalam kelas. Proses Pengajaran dan
Pembelajaran guru adalah sangat penting bagi melahirkan genarasi
bangsa yang tinggi pengetahuannya. Namun begitu, jika guru di
zaman milenia ini sukar mengawal emosi. Adakah perhubungan guru
dengan murid ketika proses PdP akan menjadi lebih baik? Pastinya
jawapannya tidak.
Hal ini kerana emosi yang tidak terkawal lalu dilepaskan
kepada murid, ianya akan lebih mengakibatkan murid semakin jauh
dengan

guru.

Keadaan

ini

sedikit

sebanyak

mengakibatkan

kurangnya kerjasama dari murid ketika menjalankan proses PdP.


Apabila

keadaan

ini

berlaku,

pastilah

mutu

pendidikan

akan

terbantut dek kerana masa yang ada terbuang begitu sahaja, tidak
dapat diisi dengan menghabiskan silibus yang telah sekian lama
ada.

Selain itu, antara implikasi lain yang boleh berlaku


adalah kurangnya kepercayaan ibu bapa kepada guru.
Seperti

yang

kita

ketahui,

guru

dan

ibu

bapa

sangat

memerlukan di antara satu sama lain, Jika pihak sekolah sukar


mendapat kepercayaan dari ibu bapa, pastilah pihak sekolah
akan menghadapi kesukaran untuk menjayakan apa sahaja
6

GURU DAN CABARAN SEMASA

program berbenuk akademik di sekolah tersebut. Hal ini


kerana ibu bapalah yang akan mendorong anaknya untuk
kesekolah.Oleh

kerana

guru

bertindak

mengikut

emosi,

pastilah ibu bapa semakin takut untuk menghantar anaknya


ke sekolah.
Sikap guru yang kadangkala boleh memperlakukan anak
muridnya seperti binatang ini pasti mendapat cemuhan hebat
dari

segenap

lapisan

masyarakat.

daripada kenyataan ibu kepada

Ini

dibuktikan

sendiri

salah seorang murid yang

menjadi mangsa. Dalam kenyataannya di Utusan Malaysia,


beliau meluahkan perasaan terkilannya menghantar anaknya
ke sekolah untuk belajar namun guru pula menunjukkan
contoh yang tidak baik kepada murid. Dari sini, profession
seorang guru mula dipandang rendah dek kerana tindakan
seorang guru yang tidak mampu mengawal emosinya.
Akhir sekali,

implikasi lain yang dirasakan relevan

dengan isu ini adalah kesannya kepada pencapaian murid


dalam peperiksaan Khas seperti UPSR dan SPM. Apabila
guru

mula

menjadikan

emosi

sebagai

rajanya,

maka

perubahan paradigma terhadap diri guru mula terganggu.


Pelbagai tekanan yang timbul disekeliling menyebabkan guru
mula rasa bosan dan malas untuk mengajar. Contohnya,
menurut laporan akhbar (Berita Harian, 2012)

terdapat

seorang guru di Perak yang tidak menghadirkan diri ke sekolah


7

GURU DAN CABARAN SEMASA

selama lebih dari 30 hari tanpa sebarang alasan yang kukuh.


Apabila

keadaan

sedemikian

berlaku,

segala

proses

pembelajaran di sekolah akan terganggu dalam tempoh yang


sangat lama. Hal ini akan menyebabkan murid-murid terbiar
kosong

tanpa

penyampaian

ada
ilmu

guru
itu

yang

tidak

mengajar

berlaku.

dan

Keadaan

proses
tersebut

kemudiannya pasti akan menjejaskan pencapaian murid dalam


bidang UPSR mahupun SPM hanya kerana seorang guru
bertuhankan

1.4

sebuah

emosi

Cadangan Cara Mengatasi Isu


8

yang

melanda

dirinya.

GURU DAN CABARAN SEMASA

Sebagai seorang guru yang punya jati

diri yang tinggi,

tekanan emosi yang melanda diri perlulah ditangani segera


bagi mengelakkan keadaan masa hadapan tidak akan berlaku
dengan lebih parah.
Menurt Syed Ismail Syed Mustafa dalam bukunya yang
bertajuk Guru dan Cabaran Semasa,terdapat pelbagai inisiatif
ataupun cara yang telah dicadangkan bagi seorang guru itu
mengelakkan tekanan melanda dirinya. Dalam isu Guru Paksa
Murid Makan Rumput ini salah satu cara yang sesuai yang
dicadangkan oleh beliau dalam bukunya adalah adalah dengan
cara meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah
dalam diri. Kebiasaannya, ilmu kemahiran menyelesaikan
masalah ini boleh diperolehi dalam seminar-seminar psikologi
diri, ceramah pengurusan emosi dan lain-lain lagi. Justeru,
sebelum keadaan stress yang lebih parah berlaku, ilmu ini
perlu ditingkatkan agar tidak ada lagi tindakan di luar jangkaan
seperti

memberi

denda

yang

tidak

munasabah

dengan

meminta murid memakan rumput dan lain-lain lagi.


Selain itu, dalam isu ini, jika guru tersebut seorang yang
professional

beliau

boleh

menangani

isu

ini

dengan

melakukan proses runding cara. Proses ini dilihat sebagai


satu aspek utama dalam sttategi menghadapi dan mengatasi
tekanan dalam satu organisasi (Ahmad Subki Miskon, 2014).
Dalam isu ini, pihak organisasi yang dirasakan perlu terlibat
9

GURU DAN CABARAN SEMASA

adalah pihak sekolah (Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan


Cina(SJKC) Khai Men , guru lelaki berusia 26 tahun tersebut
dan wakil ibu bapa dari kedua-dua mangsa yang terlibat. Dari
proses ini, semua pihak akan cuba menjelaskan situasi yang
sebenar manakala dari pihak mangsa pula, pastinya luahan
perasaan yang terpendam dalam jiwa apabila dipaksa makan
rumput dapat dilepaskan. Dengan cara ini, pastinya isu Guru
Makan Rumput Ini dapat diselesaikan secara dalaman tanpa
melibatkan pihak luar seterusnya dalam masa yang sama
dapat menjaga imej professiona seorang guru.
Dalam buku Guru dan Cabran Semasa ini juga, antara
cara lain yang dapat membantu seorang guru menghadapi
tekanan emosi adalah dengan mengamalkan cara hidup
yang sihat dan seimbang. Cara hidup yang seimbang boleh
diaplikasi oleh guru dengan menjaga nutrisi makanan yang
seimbang. Guru juga perlu sentiasa beriadah dan bersenam
sekurang-kurangya sekali seminggu bagi mengekalkan cara
hidup yang sihat. Dalam isu ini, guru yang menghukum murid
tersebut perlu menjaga kesihatannya agar perasaan kerisauan
dapat dialihkan seterusnya mendapat persepsi baru untuk
menyelsaikan masalah ini dengan cara yang sewajarnya.
Konklusinya. tekanan emosi bukanlah satu penyakit yang
sukar diatasi. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan usaha

10

GURU DAN CABARAN SEMASA

yang gigih bagi menghadapi suatu isu secara waras dan


berakal.

RUJUKAN
1. Syed Ismail syed Mustapha & Ahmad Subki Miskon. (2014). Guru dan
Cabarn Semasa . Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
2. Sapora Sipon. 2005. Tangani Guru Terbeban. Utusan Malaysia. 11
Julai
3. Asliza Musa. 2014. Guru Paksa Murid Makan Rumput. Utusan
Malaysia. 26 Januari
4. Abdul Muin Sapidin. 2012. Tahap Stress di Kalangan Guru. Utusan
Malaysia. 18 Ogos
5. Noor Hamizah Abu Bakar. 2012. Guru Lebih Stress. Utusan Malaysia.
24 April
6. Mohd Fadzli Abu Bakar et al. (2005). Tekanan Guru dalam Pendidikan
dan

Resolusinya.Diakses

dari

http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/5.IsuPendidikan05/K
ertaspenuh/Kertas%201.pdf

11

You might also like