You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER LANAS

17700 Ayer Lanas, Jeli, Kelantan

Telefon Pejabat : 09-9467495 Fax : 09-9470472


E-mail : smkal06@yahoo.com
Web-Site :http://smkal.kelantan.edu.my

_______________________________________________________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KALI PERTAMA 2015


TARIKH
MASA
TEMPAT

: 14 JANUARI 2015
: 2.00 PETANG
: BILIK ERT

KEHADIRAN :
PN. HJH ROSNAWATI BT RASHID
EN. KHAIRUL ANAAM BIN ISMAIL
CIK WAN ANIKE BT WAN RIPIN
PN. ZAINURA BT MAT SALLEH
PN. SUHIDA IDANI BT MOHAMED @ CHE HAMID
TIDAK HADIR BERSEBAB :
EN. MOKHTAR BIN YUSOF

AGENDA
1.UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
Pengerusi majlis memulakan majlis dengan bacaan surah al-Fatihah.Pengerusi
mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ahli majlis ke mesyuarat kali pertama tahun
2015.Pengerusi menyampaikan salam daripada Tuan Pengetua. Pengerusi menerangkan
pentingnya Headcount dan pengurusan fail panitia. Pengerusi mengingati setiausaha agar minit
mesyuarat perlu di siapkan dan di hantar kepada pengetua seminggu selepas mesyuarat dan
Buku Pengurusan Panitia perlu di kemaskini. Pengerusi juga meminta ahli majlis memikirkan
dan merancang program yang berkesan kepada pelajar dalam Perancangan Strategik 2015 dan
Perancangan Strategik 2015 sehingga 2017.Seterusnya beliau juga mengucapkan selamat
datang dan selamat bertugas kepada semua guru.
2. UCAPAN KETUA PANITIA
Ucapan terima kasih kepada Ketua Bidang Teknik Vokasional dan semua guru KHB yang
hadir ke mesyuarat ini. Ketua Panitia menyeru semua guru KHB memberi kerja sama bagi
meningkatkan pencapaian semua murid untuk mata pelajaran KHB.

3. PERLANTIKAN SETIAUSAHA PANITIA DAN PENYELARAS TINGKATAN


Perlantikan Setiausaha
Pn. Suhida Idani Bt Mohamed @ Che Hamid
Penyelaras Tingkatan
Tingkatan 1 : Pn. Zainura Bt Mat Salleh
Tingkatan 2 : Pn. Wan Yuzuraini Bt Wan Yusof
Tingkatan 3 : Cik Wan Anike Bt Wan Ripin
Makluman
4.SUKATAN PELAJARAN
Rancangan Tahunan KHB semua pilihan bagi tingkatan 1,2 dan 3 2015 akan diselaraskan
mengikut format yang telah diberikan. Contoh Rancangan Tahunan telah diemailkan dan akan
diedar untuk semua guru KHB. Pengurusan fail panitia yang merangkumi 11 kategori, mesti
dikemas kini setiap masa.
Makluman
4.PERANCANGAN STRATEGIK
Setiap panitia mestilah menghantar Pelan Strategik jangka pendek iaitu tahun semasa dan
Pelan Strategik Jangka Panjang bagi tahun 2015 2017 pada awal bulan Februari kepada PKP.
Program yang ingin di adakan memerlukan kertas kerja dan program yang akan dijalankan
mestilah dimasukkan dalam Pelan Strategik.
Tindakan : Ketua Panitia
5.PENCERAPAN DAN SEMAKAN BUKU LATIHAN
Pengerusi memaklumkan jadual pencerapan dan penyemakan buku latihan serta buku nota
berdasarkan jadual yang ditetapkan oleh pihak sekolah.Sebarang pembelian buku latihan atau
buku rujukan kepada para pelajar mestilah dipersetujui oleh semua ahli.Guru-guru akan dicerap
sekurang-kurangnya 2 kali setahun.Guru guru perlu sentiasa bersedia dan menyiapkan buku
rekod mengajar.
Tindakan : Ketua Panitia
Ketua Bidang
6. HAL-HAL LAIN
Pembahagian guru bertugas menjaga bengkel ialah seperti berikut :
Bengkel Kemahiran Teknikal En. Mokhtar Bin Yusof
Bengkel RBT
Cik Wan Anike Bt Wan Ripin
Bengkel Pertanian
En. Khairul Anaam Bin Ismail
Bilik Masak
Pn. Zainura Bt Mat Salleh
Bilik Jahit
Pn. Suhida Idani Bt Mohamed @ Che Hamid
Ketua panitia akan membuat anggaran perbelanjaan dan uruskan pembelian barangan
dengan menggunakan duit panitia.Ketua Panitia meminta guru guru yang ingin membuat
pembelian boleh berbincang dengan Ketua Panitia.
Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.20 petang dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah al-Asr

Disediakan oleh :

.........................................................
(Suhida Idani Bt Mohamed @ Che Hamid)
Setiausaha Panitia KHB 2015 .

Tarikh : 18 Januari 2015

Disemak oleh :

Tarikh :

You might also like