You are on page 1of 19

MATEMATIK SOSIAL

WANG
KOMPONEN
MATEMATIK SOSIAL

MASA DAN WAKTU

UKURAN/SUKATAN/
TIMBANGAN

DEFINISI
Kamus Dewan edisi keempat (2010), Matematik

bermaksud

ilmu hisab -

ilmu yang berkaitan

dengan pengiraan.
Perkataan sosial bermaksud segala yang berkaitan

dengan

masyarakat,

perihal

masyarakat,

kemasyarakatan, berkaitan dengan persahabatan,


pergaulan dan aktiviti masa lapang, suka bergaul
dan

bermesra

dan sosial
berkenaan
hal-hal
Matematik
ditafsirkan sebagai
ilmu

kemasyarakatan. pengetahuan yang berkaitan dengan pengiraan


yang diaplikasikan dalam kehidupan seharian
dalam sesebuah masyarakat.

FUNGSI
Untuk membolehkan manusia mengira umur, hari,
bulan dan tahun
Membolehkan manusia mengurus kehidupan
dengan lebih baik dengan adanya pengetahuan
berkaitan dengan masa dan waktu
Membolehkan sesebuah masyarakat menjalankan
proses jual beli secara lebih terancang

Membolehkan manusia menentukan jangka masa


untuk melakukan sesuatu

MASALAH DALAM MATEMATIK


SOSIAL

1. WANG
Murid-murid tidak boleh atau sukar :
i.

Mengaitkan antara duit syiling dengan wang kertas

ii.

Menulis wang dalam bentuk simbol sen dan Ringgit Malaysia

iii.

Menyatakan perbandingan nilai wang

Kesan : Tidak dapat menyelesaikan masalah harian yang melibatkan


wang seperti belanja harian membeli-belah dan tambang kenderaan
yang menggunakan kiraan sen dengan melibatkan jumlah dan baki.

2. MASA DAN WAKTU


Murid-murid tidak boleh atau sukar :
a) Menamakan bahagian-bahagian dalam sehari semalam iaitu

pagi, tengah hari, petang, malam dan tengah malam


b) Merekodkan aktiviti-aktiviti mengikut bahagian siang dan malam
c)

Membandingbeza fungsi jarum panjang dan jarum pendek

d) Menyatakan waktu dalam pecahan jam seperti membahagikan

muka jam pada 4 sukuan


e) Membaca maklumat dari kalendar hari, hari bulan, minggu,

bulan dan tahun

Konsep masa berkait rapat dengan turutan atau

seriasi.
Turutan peristiwa seperti akhir, pertama, selepas,
sebelum dan antara menunjukkan idea kedudukan
seperti pertama, kedua dan ketiga.
Masa boleh diukur dengan dua cara iaitu tempoh
masa (peristiwa yang mengambil kira masa ia
berlaku) dan waktu ia berlaku (ketika waktu itu
berlaku).
Empat pengalaman utama berkaitan dengan masa
ialah Tempoh Masa (duration) yang terbahagi kepada
pengalaman satu, pengalaman dua, pengalaman tiga
dan pengalaman empat.

1) Pengalaman Satu
)Memulakan dan menghentikan sesuatu melalui isyarat. Contoh: apabila muzik

dimainkan, murid mula bertepuk tangan dan berhenti apabila muzik


dihentikan. Selain itu, kerusi berirama.
2)
Pengalaman Dua
o)Melalui pengalaman bercerita sesuatu yang berkaitan dengan kadar
pergerakan. Contoh: Berjalan pantas. Berlari dengan perlahan
3) Pengalaman Tiga
)Membuat perbandingan mengikut selang masa (time interval). Contoh: Masa
yang diambil untuk memenuhkan sesuatu bekas dengan air atau pasir dan
kadar denyutan nadi dalam satu minit.
4) Pengalaman Empat
)Menjangka, mengingat dan menerangkan turutan peristiwa tertentu. Contoh:
Dari bayi kepada kanak-kanak kemudian remaja dan dewasa dan kitaran hidup
rama-rama.

3. UKURAN/SUKATAN
Murid-murid tidak boleh atau sukar :
I.

Memberi satu nombor kepada ciri. Contohnya panjang, berat,


kapasiti, luas, isipadu, suhu dan masa sesuatu objek atau peristiwa

II.

Merekodkan ukuran, membandingkan ukuran dan menceritakan


ukuran yang dilakukan

III.

Menentukan saiz dan kuantiti benda seperti lebih panjang, lebih


pendek, lebih besar, lebih kecil, lebih berat dan lebih tebal

IV.

Membuat perbandingan saiz fizikal, kuantiti dan nilai benda

V.

Memahami unit ukuran serta operasi unit ukuran

TIMBANGAN
Murid-murid tidak boleh atau sukar :
i.

Membandingbeza antara berat dan kuantiti bilangan atau


isipadu ialah konsep yang berlainan

ii.

Membuat perbandingan timbangan antara berbagai-bagai


bahan. Perbandingan itu adalah secara kuantiti dan berat
yang sama tetapi isipadu yang berlainan

iii.

Memahami unit timbangan berat

iv.

Menggunakan neraca spring

INTERVENSI DALAM
MATEMATIK SOSIAL

1. SIMULASI
Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi

sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri


berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan
sesuatu masalah atau isu.
Ia juga merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk

menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan


masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan
situasi-situasi yang benar-benar wujud di dalam keadaan yang
terkawal.

2. MAIN PERANAN
Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi, masalah

atau peristiwa yang dianggap penting.


Ia juga merupakan dramatisasi yang tiada kaitan atau

penghafalan skrip, di mana pelakon-pelakon cuba


menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajarpelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka
berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.

Sebagai contoh, guru memberikan situasi yang sama


kepada setiap kumpulan. Situasi yang boleh
digunakan ialah jual beli di pasar malam. Murid-murid
akan memainkan watak seperti penjual ikan, penjual
makanan seterusnya pembeli.

Melalui lakonan, murid-murid dapat mengaplikasikan


konsep wang yang telah dipelajari dan guru dapat
menilai pemahaman murid terhadap pengajaran topik
wang.

3. KAEDAH EKSPERIMEN
Kaedah eksperimen merupakan suatu aktiviti yang mempunyai

tujuan untuk mendapatkan hasil daripada kerjanya dan suatu


kaedah di mana pelajar dilatih menggunakan alat bantu mengajar
untuk memahami konsep dan menguasai sesuatu kemahiran.
Sebagai contoh, aktiviti untuk konsep isipadu cecair. Guru
menyediakan dua buah bekas yang berisi air. setiap kumpulan
diminta menyukat air dengan menggunakan bekas dan silinder
penyukat.

4. ANALOGI
Analogi ialah satu teknik pengajaran di mana cerita atau

'perumpamaan' dibuat untuk mewakili seuatu konsep yang


hendak diajar.
Aktivitinya adalah guru mereka satu cerita yang
bertemakan topik masa dan waktu. Murid-murid di
dalam kelas merupakan watak dalam cerita
tersebut. Dalam cerita tersebut mesti merangkumi
konsep masa dan waktu. Hal ini memudahkan
murid untuk memahami dan mengingat.

RUJUKAN
Noraini Idris. (2001). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik.

Selangor: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.


Noor Shah Saad. (2001). Teori Dan Perkaedahan Pendidikan

Matematik. Selangor: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

You might also like