You are on page 1of 17

LATAR BELAKANG PENDUDUK PRIBUMI

SEMENANJUNG

Terdiri daripada orang Melayu dan Orang Asli.

Orang Melayu mendiami negara ini sejak 2500 s.m.

Orang Asli terdiri daripada orang Melayu Asli (Jakun,

Temuan, Semelai & Orang Laut)

Kelompok Orang Asli lain (Negrito, Sakai dan Senoi)


BUMIPUTERA SARAWAK

Terdiri daripada kaum Iban, Dayak Darat, Malanau,

Melayu dan golongan pribumi yang lain seperti Kenyah, Kayan,


Kedayan. Murut, Kelabit, Bisayah,Punan dan Penan
Suku Kaum

Kawasan Tumpuan Penempatan

Bidayuh (dayak darat)

Bahagian Pertama

Iban (dayak Laut)

Semua (Kedua & Ketiga)

Melayu

Kawasan pantai

Kayan

Bahagian Ketujuh

Kenyah

Bahagian Ketujuh

Kelabit

Kaw. Tanah Tinggi ( B 4 & 5)

Murut

Lembah Trusan ,Bhg. 5

Punan

Lembah Rajang Atas, Baram

Penan

Bhg. Ke-4 & ke-5

Malanau

Delta Sungai Rajang ( 3 & 4)

Kedayan

Bhg, ke-4 & ke-5

Bisayah

Hilir Limbang & Ke-5

BUMIPUTRA SABAH
Kaum terbesar ialah Dusun-Kadazan, Murut, Bajau dan Melayu.
Suku lain ialah Loh Dayuh, Bisaya, Orang Sungai dan Suang
Latut.
Suku Kaum

Kawasan Tumpuan

Kadazan

Penampang

Bajau Darat

Kota Belut

Bajau Laut

Semporna

Dusun

Tawau

Dusun

Tuaran

Murut

Persiangan

Loh Dayuh

Magalong

Bisaya

Kuala Penyu

Kadayun

Sipitang, Teluk Labuan

Orang Sungai

Lamag, Bukit Garam

Suang Laut

Di antara Kota dan Tuaran

Melayu / Brunei

Bangawan, Papar

SOSIO-EKONOMI PENDUDUK BUMIPUTERA SEBELUM BRITISH

SEMENANJUNG

Pola penempatan orang Melayu tertumpu di kawasan pantai, muara dan lembah
sungai, kerana mereka tertumpu kepada aktiviti perikanan dan pertanian. Masyarakat
Melayu dipengaruhi sistem feudal (Sistem pemerintahan) raja atau sultan
SARAWAK
Bumiputera Sarawak tinggal di persisiran pantai. Kawasan subur antara lembah sungai
dan perbukitan. Aktiviti utama menangkap ikan, menanam padi sawah, pertanian
pindah, berburu dan mencari hasil hutan.
SABAH
Suku Dusun-Kadazan merupakan golongan petani yang mendiami kawasan dataran
dan tanah subur di lembah sungai. Suku Murut tinggal di pedalaman mengusahakan
tanaman pindah. Kaum Bajau tinggal di pinggir pantai menjadi pelaut
KEDATANGAN IMIGRAN DARI CHINA DAN INDIA
SEBELUM IMIGRAN BESAR-BESARAN

Melaka telah dijajah Eropah bermula dengan Portugis (1511), Belanda (1641)

dan Inggeris (1786) pembukaan Pulau Pinang.

Pada awal kurun ke 19, lebih 90% penduduk Semenanjung Tanah Melayu

(termasuk Singapura) didiami oleh orang Melayu.

Sebelum 1820 lombong-lombong bijih timah di Tanah Melayu dimiliki oleh

pembesar Melayu

KEDATANGAN KAUM IMIGRAN DI SEMENANJUNG, SABAH DAN SARAWAK.

MASYARAKAT MAJMUK

Erti Masyarakat Majmuk


Masyarakat yang mempunyai beberapa kumpulan etnik yang hidup berdampingan dan
bercampur gaul tetapi walaupun berada dalam satu unit politik, mereka mengamalkan
cara hidup, agama, bahasa dan kebudayaaan mengikut atnik masing-masing.

KEDATANGAN ORANG CINA DAN INDIA

1.

Kedatangan orang cina dan India ke tanah Melayu bermula pada akhir kurun ke

19 dan awal kurun ke 20.


2.

Pada peringkat awal, kemasukan mereka hanya untuk bekerja dalam jangka

masa beberapa tahun dan kembali semula ke negeri masing-masing.


3.

Menjelang tahun 1930an, ramai di kalangan imigran khususnya orang cina telah

menetap di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.


4.

Kedatangan dan penetapan orang Cina dan India di Tanah Melayu, Sabah dan

Sarawak adalah disebabkan faktor-faktor berikut:


(a) Keadaan politik yang tidak stabil di negeri Cina menyebabkan ramai rakyat cina
menentang pentadbiran Mancu yang berkuasa pada masa itu.
(b) Bencana alam seperti banjir dan kemarau sering melanda negara China dan India
menyebabkan tanaman musnah.

(c)

Perkembangan ekonomi yang menggalakkan di Tanah Melayu seperti sektor

perlombongan bijih timah dan perladangan getah.


(d) galakan daripada pentadbiran British di Tanah Melayu, menjalankan dasar imigrasi
bebas untuk menggalakkan kemasukan buruh-buruh dari China dan India.
(e) Kemudahan kedatangan mereka melalui ejen tertentu atau sistem-sistem tertentu:
(i)

Sistem Tiket Kredit, iaitu tambang pelayaran buruh Cina ke Tanah

Melayu melalui ejen dan terikat dengan perjanjian untuk bekerja dalam satu tempoh
tertentu bagi menbayar hutang tambang mereka kepada ejen tersebut.
(ii) Orang Cina Foochow di sarawak menganjurkan kemasukan orang Cina secara
kumpulan.
(iii) Sistem Kangani untuk membawa buruh India ke Tanah Melayu yang mana
seorang mandur atau kangani di Tanah Melayu ditugaskan oleh majikannya untuk
mencari buruh dari kampungnya di India dengan tambang,perbelanjaan dan kebajikan
ditanggung oleh majikan tersebut.
(iv) Pada tahun 1907, kerajaan British telah menempatkan seorang pegawai British
di Madras yang bertanggungjawab dalam urusan pengambilan buruh. Tabung Imigrasi
India ditubuhkan dan tabung ini membiayai tambang buruh-buruh tersebut.
(f)

Kerajaan China memansuhkan sekatan penhijrahan rakyatnya ke luar negara pada

tahun 1897, ini mendorong lebih ramai orang cina berhijrah.


(g)

Pertambahan kemasukan imigran wanita Cina telah mengimbangi kadar

jantina. Ini menggalakkan mereka menetap di Tanah Melayu.

Masalah Kaum Imigran.


1.

Kaum pendatang Cina dan India di Tanah Melayu telah menghadapi pelbagai

masalah. Antaranya:

(a) Keadaan tempat tinggal dan tempat kerja yang tidak memuaskan.
(b) Penganiayaan yang dilakukan oleh majikan.
(c)

Kemudahan kesihatan yang tidak mencukupi menyebabkan sebahagian besar

buruh lombong dan ladang mati akibat wabak penyakit.


2.

Beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan British untuk mengatasi masalah

ini:
(a) Badan Perlindungan Orang Cina pada tahun 1877 beribu pejabat di Singapura dan
kemudiannya diperluaskan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Sabah, melalui:
(I)

Pegawai bertanggungjawab memeriksa tempat tinggal pekerja Cina.

(ii)

Memastikan Ordinan Buruh dipatuhi.

(iii)

Mendaftar kontrak pekerjaan.

(iv)

Menyelaraskan kemudahan sosial terutamanya kesihatan bagi golongan

miskin.

(b)

Jabatan Buruh ditubuhkan tahun 1910 sebagai tempat rujukan imigran yang

enghadapi pelbagai masalah disini.


(c)

Tahun 1912, menyusun semula Akta Buruh yang merangkumi buruh Cina dan
ndia dan telah membuat beberapa ketetapan iaitu menyediakan tempat tinggal,

kesihatan,
kanak(d)

perlindungan

daripada

peaniayaan

dan

eksploitasi

tenaga

buruh

kanak.

Kanun Buruh diperkenalkan pada tahun 1923 dan melaluinya pihak ladang

diwajibkan menyediakan kemudahan pelajaran.


(e) Ordinan Imigrasi (1930) diperkenalkan untuk menghadkan kemasukan buruh lelaki
mengikut kuota yang ditetapkan, kerana terlalu ramai buruh Cina yang datang ke Tanah
Melayu meningkatkan lagi masalah sosial.

(f)

April 1933, satu lagi ordinan telah diluluskan dengan nama Ordinan Orang

Asing

dimana kuota kemasukan orang Cina dan India telah dikurangkan.

Kemasukan

orang Cina dan India secara besar-besaran dapat dikurangkan.

Kesan Kemasukan Buruh Imigran


1.

Imigran Cina dan India di Tanah Melayu telah membentuk satu masyarakat

majmuk yang tetap dan membentuk organisasi sosial dan ekonomi masing-masing
iaitu:
(a) Menjaga kepentingan pekerjaan dan perniagaan.
(b) Menjaga kepentingan agama dan kebudayaan.
(c) Memupuk sifat kedaerahan.
2.

Hasil daripada kegiatan sosial dan budaya, wujud pelbagai perbezaan dalam

setiap masyarakat di Tanah Melayu. Ia merangkumi aspek ekonomi dan pendidikan.

Aspek Ekonomi
(a)

Kerajaan British menggalakkan setiap kaum menceburi corak ekomi

berlainan.

Justeru itu kesannya ialah:


(i)
(ii)

Orang Melayu kekal sebagai petani di luar bandar.


Orang Cina dalam sektor perlombongan dan perdagangan di

bandar.
(iii)

Orang India di sektor perladangan dan kerja raya.

(iv)

Orang Ceylon (Sri Lanka) bekerja dalam sektor pengkeranian.

Aspek Pendidikan
(a)

Sekolah-sekolah yang didirikan hanya untuk memenuhi keperluan kaum

masing-masing, baik dari segi bahasa pengantar mahupun kurikulum.


(b)

Di luar bandar, kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan di sekolah agama.

Pendidikan kanak-kanak imigran di luar bandar tidak dipentingkan kerana bilangan


mereka tidak ramai.
(c)

Di bandar, kebanyakan sekolah menggunakan bahasa Inggeris sebagai

bahasa pengantar dan kurikulumnya berasaskan kurikulum Inggeris. Sekolah yang


pertama ialah Penang Free School didirikan pada tahun 1816.
(d)

Kebanyakan sekolah Inggeris dipelopori oleh Mubaligh Kristian dan mendapat

bantuan kerajaan. Selain bahasa Inggeris, mubaligh ini juga menggunakan bahasa
Cina dan Tamil.
(e)

Kerajaan British juga menggalakkan pendidikan vokasional di kalangan anak

orang

Melayu supaya mereka terus kekal dalam sektor pertanian.

(f)

Pihak British tidak menitikberatkan pendidikan Inggeris terhadap orang

Melayu.

Mereka hanya diberi pendidikan sekular untuk menghapuskan buta

huruf.
(g)

Kerajaan British hanya memberi pendidikan Inggeris kepada anak-anak

golongan

bangsawan supaya mereka boleh bekerja dalam perkhidmatan

kerajaan.
(h)

Kerajaan British juga tidak menitikberatkan pendidikan orang Cina dan India.

Orang Cina hanya mendirikan sekolah mereka sendiri yang telah dibiayai oleh
mubaligh kristian atau masyarakat Cina sendiri.

Pada peringkat awal, sekolah

cinamenggunakan pelbagai dialek hinggalah ditukarkan kepada bahasa mandrin pada


awal abad ke 20.

(I)

Pendidikan tamil terhad di sekolah rendah sahaja khususnya di kawasan

ladang getah yang dibiayai oleh pihak ladang atau persatuan orang India di ladang
getah.

3. Kesan daripada pendidikan yang berbeza ini menyebabkan orang Melayu kekal
dengan
kemiskinan, kurang pendidikan dan hidup di luar bandar. Orang India juga kurang
pendidikan dan tidak berpeluang bekerja di sektor lain. manakala orang cina berjaya
dalam bidang perkhidmatan dan perniagaan.
4. Keadaan ini juga mewujudkan satu jurang perbezaan ekonomi yang nyata di antara
ketiga-tiga kaum tersebut.

Pertambahan

penduduk dan
wujudnya masayarakat
majmuk.

Penempatan kaum yang


berbeza. (Melayu di kampung,
cina di bandar,
India di estate)

Perbezaan identiti dan budaya


antar

a kaum.

KESAN-KESAN
KEMASUKAN

Masalah

sosial

(kongsi gelap,
IMGRAN

pelacuran, judi

dll)

Perkembangan perusahan
bijih timah dan getah

Perkembangan sistem

perhubungan (jalan raya &


jalan kereta api)

Pertumbuhan

bandar-

bandar
terutama
bandar-bandar
perlombongan

KESAN IMIGRAN TERHADAP SOSIO-EKONOMI


(Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

1.

Wujudnya masyarakat berbilang kaum

Komposisi penduduk berubah awal kurun ke 19, lebih 90% penduduk ialah

Bumiputera.

1931 Bumiputera hanyalah 45% sahaja.

2.

Pemisahan Kaum melalui Penempatan

Tumpuan orang cina di kawasan Bandar dan lombong

Orang Melayu di kawasan pertanian di kampung/ luar Bandar

Orang India tinggal di kawasan ladang getah

3.

Pemisahan melalui kegiatan Ekonomi


Tumpuan kerajaan Inggeris ialah kepada sektor ekonomi eksport dan

komersial (getah dan timah). Dengan itu kaum Cina dan India diutamakan untuk
kegiatan tersebut.

4.

Sektor pertanian padi diabaikan.

Pemisahan Melalui Pendidikan

Sukatan pelajaran kaum imigran berteraskan negara asal.

Sistem persekolahan dipisahkan dari aspek lokasi dan kurikulum.

Sistem pendidikan Orang Melayu hanyalah sekadar menjadikan mereka

boleh membaca dan mengira untuk mengambil alih tugas ibubapa mereka sebagai
petani.

5.

Pemisahan Pembangunan
Tumpuan pembangunan di kawasan bandar (bandar baru & sistem

pengangkutan), manakala kawasan luar bandar diabaikan


PERPADUAN NEGARA

KONSEP PERPADUAN
Satu proses mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah
dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

PERPADUAN WILAYAH
Mengandungi pembangunan sosio-ekonomi antara negeri-wilayah yang maju dan
kurang maju.

PERPADUAN EKONOMI
Pengkongsian ekonomi yang sama rata di antara kaum. Penggubalan DEB dan DPN
untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

PERPADUAN PENDIDIKAN
Semua rakyat dapat menikmati kemudahan pendidikan yang sama dan mewujudkan
perpaduan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan.

PERPADUAN KEBUDAYAAN
Mencapai perpaduan melalui program-program kebudayaan.

Dasar kebudayaan

kebangsaan (1971) digubal untuk tujuan perpaduan.

PERPADUAN SOSIAL
Proses pencapaian perpaduan melalui kemudahan sosial seperti pendidikan,
perumahan, kesihatan, air, elektrik dan lain-lain untuk semua rakyat.
MASALAH PERPADUAN DI MALAYSIA
Faktor

1.

Pengasingan Petempatan

2.

Pengasingan Agama

3.

Pengasingan Sistem Pendidikan

4.

Akhbar Bahasa Mengikut Kaum

5.

Persatuan Untuk Satu-satu Kaum

6.

Pengaruh Politik

7.

Kesan Pemerintahan Jepun

8.

Dasar pecah & perintah Inggeris

9.

Tragedi 13 Mei 1969.

Pengajaran Peristiwa 13 Mei

Kerosakan harta benda dan nyawa.

Perintah berkurung

Keuntungan kepada musuh (komunis)

Perlunya perpaduan nasional

Keadilan ekonomi antara kaum

Bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan

LANGKAH-LANGKAH KE ARAH PERPADUAN NEGARA

1.

RUKUN NEGARA

Merupakan panduan yang merangkumi prinsip-prinsip hidup yang telahpun wujud dan
boleh dijadikan pegangan masyarakat Malaysia yang boleh mengukuhkan perpaduan

Prinsip Rukun Negara

Kepercayaan Kepada Tuhan

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan

2.

DASAR EKONOMI BARU

DEB telah digubal selepas peristiwa 13 Mei 1969. DEB (1970 1990)

mempunyai dua objektif utama iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula
masyarakat.

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) 1990 2000 meneruskan usaha DEB

bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dari segi keadilan sosial,

moral, ekonomi, kulaiti hidup, kecekapan pentadbiran dan kemajuan sains dan
teknologi.

3.

INTEGRASI NASIONAL

Integrasi wilayah merupakan persefahaman antara rakyat tanpa mengira wilayah atau
kawasan asal mereka, terutama antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Antara
rancangan

yang

boleh

dijalankan

ialah

dengan

menggalakkan

perpindahan

penduduk,melalui rancangankebudayaan kebangsaan, DPN, kemakmuran ekonomi,


peranan media massa, peranan ahli-ahli politik dan pentadbir, penyeragaman masa/
waktu antara Semenanjung, Sarawak dan sabah.

You might also like