You are on page 1of 29

Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar,

haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang
memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan
ekosistem, serta mengganggu ameniti dan kegunaan halal alam sekitar.[1]
Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam
Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada
secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras sinaran
mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan
buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu
keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau
kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.

Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang mengancam bumi

Pencemaran udara, iaitu pembebasan bahan kimia berbahaya atau benda asing lain
ke dalam atmosfera. Contoh-contoh bahan pencemar termasuk karbon monoksida,
sulfur dioksida, klorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan oleh
kenderaan dan kilang industri.[2]

Pencemaran air, seperti kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber
air atau fenomena eutropikasi, hingga mengubah kandungan, keadaan dan
warnanya sama ada dari segi biologi, kimia atau fizik.[3]

Pencemaran tanih, iaitu peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat,
hidrokarbon dan racun serangga ke dalam tanih, sehingga terjadinya pertukaran
warna, kesuburan dan hakisan.[4]

Pencemaran radioaktif, iaitu pelepasan bahan radioaktif ke dalam alam sekeliling.

Pencemaran bunyi yang disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan industri,
biasanya melebihi 80 dB.

Pencemaran bau bermaksud satu perbuatan yang boleh mencemarkan alam


sekeliling dengan bau yang tidak disenangi sehingga memberikan kesan negatif
kepada haiwan dan manusia.

Pencemaran cahaya yang disebabkan penyinaran (iluminasi) lebihan, lazimnya di


bandar besar.

Pencemaran terma, iaitu perubahan suhu akibat kegiatan manusia, seperti


penggunaan air sebagai bahan pendingin dalam jana kuasa elektrik.

Pencemaran visual, iaitu pemusnahan alam fizikal dan penghakisan keindahan alam.
Ia termasuk sampah terbiar dan papan iklan.

Cara berlaku pencemaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pencemaran oleh
faktor semula jadi, seperti akibat bencana alam dan pencemaran oleh faktor manusia.
Pencemaran ini juga disebabkan sikap segelintir golongan manusia yang tidak mempunyai
sikap bertanggungjawab mahupun cinta akan negara.

PENCEMARAN BUNYI

Pencemaran

bunyi

sering

menjadi isu tetapi ia kurang diberi


perhatian. Akhir-akhir ini, aspek ini
dibincangkan

secara

bersungguh-

sungguh apabila paras bunyi semakin


meningkat

dari

Pembangunan

hari

negara

ke

hari.

yang

pesat

menuju status negara industri yang


menyebabkan bilangan kenderaan di
jalan raya meningkat merupakan antara
sumber bunyi utama di negara kita.
Projek-projek pembinaan yang menggunakan banyak jentera dan pembinaan lebih banyak
lapangan terbang juga merupakan antara penyumbang lain pencemaran bunyi. Dalam
sektor pekerjaan, paras bunyi yang selamat harus dipastikan bagi mengelak pekerja
mengalami masalah pendengaran. Buat masa ini, kebanyakan sektor industri di negara ini
lebih

berorientasikan

buruh

berbanding

di

negara-negara

maju.

Sehubungan

ini

pengoperasian jentera dalam bangunan mungkin mendedahkan pekerja kepada risiko


kerosakan pendengaran. Pengukuran bunyi juga amat penting bagi menilai sumber, kesan
dan teknologi kawalan yang sesuai.

Pencemaran bunyi didefiniskan sebagai bunyi bising yang keterlaluan sehingga


menyakitkan

telinga.Pencemaran

bunyi

biasanya

melebihi

80

dB(A)[desibel]

dan

pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini boleh
dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan
hentakan impuls, dan kebisingan selang-seli.

Kebisingan selenjar adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel
(dB). Ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar
dengan lebih perlahan..

Kebisingan fluktasi pula merupakan kebisingan yang terlatak antara puncak


gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar
dengan lebih cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB
sahaja. Contohnya kebisingan fluktasi berlaku apabila seseorang sedang berbual-bual , dan
bunyi enjin yang tidak dimatikan.

Hentakan impuls merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih
singkat. Contohnya tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada
kebiasaannya, tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat.
Pada tahap ini intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi akan
menurun dengan cepat. Akan tetapi intensiti masih menunjukkan tahap yang tinggi kerana
bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama terhadap getaran. Kebisingan selang seli
berlaku secara berselang-seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising menjadi perlahan dan
kuat dalam jangka masa yang pendek. Contoh : Ketika seseorang sedang menggergaji
kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku
apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akan meninggi
pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan.

FAKTOR - FAKTOR BERLAKUNYA PENCEMARAN BUNYI


Punca-punca berlakunya pencemaran bunyi adalah seperti pembangunan dalam
kawasan industri dimana bunyi yang bising akan dikeluarkan melalui pemprosesan material,
jentera,dan kenderaan. Aktiviti pembuatan ini secara tidak langsung akan menjejaskan
ketenteraman orang ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran
dan lain-lain atas pencemaran bunyi yang dikeluarkan.
Di kawasan petempatan pula, punca berlakunya pencemaran bunyi adalah proses
pembinaan yang menanamkan cerucuk-cerucuk besi di dalam tanah demi membinakan
bangunan-bangunan yang tinggi. Selain itu kenderaan - kenderaan awam yang
mengeluarkan bunyi bising yang memekakkan telinga di kawasan penempatan dan sekitar
sekolah juga punca utama yang menyumbangkan kepada pencemaran bunyi . Contohnya
pemandu kereta yang suka `hon` sesuka hati dan tidak mematikan enjin sementara
menunggu anak di sekitar sekolah .
Aktiviti masyarakat seperti mendengar radio dan menonton program televisyen
dengan suara yang kuat juga merupakan punca berlakunya pencemaran bunyi . Pada
sesetengah masa aktiviti masyarakat seperti mengadakan konsert semasa musim perayaan
dan tidak merendahkan bunyi pembesar suara walaupun selepas pukul 12 malam juga
merupakan pencemaran bunyi yang sering berlaku .
Pencemaran bunyi dalam kehidupan moden ini sememangnya banyak membawa
kesan yang negatif ke atas kesihatan manusia. Pencemaran bunyi yang negatif selalu
menstimulasikan mekanisme pertahanan badan manusia yang mengakibatkan rembesan
adrenalina(hormon) dan respons-respons fisiologi lain walhal ketiadaan keadaan yang
membahayakan.

KESAN PENCEMARAN BUNYI


Kesan pencemaran bunyi ke atas manusia dapat dibahagikan kepada kesan fisiologi
dan kesan psikologi . kesan fisiologi melibatkan kehilangan pendengaran dan respons
kepada keadaan cemas manakala kesan psikologi berlaku akibat pencemaran bunyi yang
mengganggu komunikasi antara manusia., mengganggu tidur dan seterusnya menjejaskan
kestabilan mental dan mengganggu proses mental, iaitu pemikiran dan pemusatan
perhatian susah dilakukan.

Kesan kesan negatif yang tersebut diatas biasanya berlaku kepada orang-orang
yang selalu terdedah kepada bunyi bising yang kuat di tempat kerja atau sekitar tempat
perumahan mereka. Contohnya pekerja-pekerja kilang dan penduduk-penduduk di sekitar
lapangan terbang yang mungkin menghadapi risiko kehilangan pendengaran mereka
dimana kehilangan pendengaran biasanya berlaku secara beransur-ansur dan tanpa
disedari oleh mereka. Di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, had maksimum yang
dibenarkan bagi kawasan Bandar yang mempunyai jumlah kepadatan penduduk yang tinggi
adalah 65 desibel (dBA) untuk waktu siang dan 60 dBA untuk waktu malam. Sesiapa yang
tidak mematuhi undang undang dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling boleh dikenakan
tindakan undang-undang sekiranya tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan .

CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH PENCEMARAN BUNYI


Dalam pandangan saya , masalah pencemaran bunyi adalah masalah yang serius
dan tidak harus diabaikan mahupun dipandang ringan . Jabatan kerajaan yang
bertanggungjawab seperti Jabatan Alam Sekitar dan pihak sekolah harus berusaha
mengadakan kempen dan memberi imformasi kepada orang awam serta pelajar pelajar
tentang betapa seriusnya pencemaran bunyi yang sedang berlaku di Negara kita. Pihak
berkaitan juga harus berusaha meyemaikan perasaan cinta kepada alam sekitar dalam
kalangan ahli masyarakat untuk mewujudkan masyarakat yang tanpa pencemaran .
Akhirnya , undang- undang yang lebih lengkap , jelas, dan tegas haruslah diwujudkan bagi
megawal masalah pencemaran bunyi di negara kita .

PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara boleh dikatakan antara
pencemaran yang memberi impak yang paling besar
kepada alam sekitar. Disebabkan oleh pencemaran
udara terjadinya fenomena pemanasan global yang
mengakibatkan

berlakunya

bencana

alam

yang

mengancam bumi kita. Pencemaran udara ini menjadi


tumpuan sedunia bagi menangani dan mengambil
langkah pengawalan supaya tahap pencemaran dapat
dikawal.

Negara maju seperti negara China yang bertumpukan industri perkilangan secara
langsung menjejaskan kualiti udara di negara tersebut. Isu pencemaran udara ini
dititikberatkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang telah mengambil pelbagai
langkah bagi menangani masalah ini.
Pencemaran udara boleh diklasifikasi kepada dua bahagian iaitu pencemaran primer
dan pencemaran sekunder. Pencemaran primer merujuk kepada pencemaran yang
dihasilkan sulfur monoksida dan karbon monoksida hasil dari pembakaran tidak lengkap
yang menyebabkan zarah-zarah halus terampai di udara. Kebanyakan pencemaran ini
dilepaskan melalui eksos kenderaan , industry yang melepaskan asap atau bahan pencemar
dan pembakaran arang batu yang tidak terkawal, manakala pencemaran sekunder pula
adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gasgas yang
tidak di perlukan oleh benda hidup seperti gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan
wap air akan menghasilkan asid sulfurik.

FAKTOR - FAKTOR PENCEMARAN UDARA


Punca-punca kepada pencemaran udara termasuk perlepasan asap dari eksos
kenderaan, asap dari industry kilang, penggunaan arang batu yang tidak terkawal, dan
pembakaran di tempat pelupusan . selain dari punca-punca di atas fenomena semulajadi
juga menyumbang kepada pencemaran ini seperti kebakaran hutan akibat kepanasan dari
matahari dan juga kejadian letusan gunung berapi yang mampu mengeluarkan partikel,
asap, debu dengan kadar yang banyak yang menjejaskan penglihatan di sekitar tempat
kejadian berlaku.

KESAN DAN AKIBAT PENCEMARAN UDARA


Kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia adalah seperti menjejaskan sistem
pernafasan manusia. Manusia sukar untuk bernafas dalam keadaan udara yang tercemar
kerana udara telah diracuni oleh bahan tercemar dan gas-gas yang tidak diperlukan. Gasgas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah
akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk,
penyakit lelah dan fungsi paru-paru terjejas. Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) menyatakan sebanyak 3juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh
pencemaran udara. Ia adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada jumlah kematian yang
disebabkan kemalangan.

Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis


(keguguran daun) dan pertumbuhan terbantut. Begitu juga haiwan akan terancam akibat
pencemaran udara dimana udara yang tercemar disedut dan mengambil makanan dari
tumbuhan yang tercemar.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI PENCEMARAN UDARA


Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengawal pencemaran adalah
pengasing elektrostatik. Alat ini digunakan untuk menarik dan mengasingkan partikel dari
udara dan melekat pada dinding cerobong asap kilang. Penggunaan alat ini dapat
mengelakkan bahan tercemar daripada terbebas ke udara. Tambahan pula, wet scrubber
sejenis alat yang digunakan berdasarkan prinsip dimana satu saliran gas dihubungkan
dengan cecair supaya bahan tercemar dapat larut dalam cecair. Langkah akhir adalah
penampalan ozon dimana bahagian zon yang berlubang boleh ditampal dengan
mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, menembak
peluru zon dengan menggunakan kapal terbang mampu menampal ozon.
Kesimpulannya, pencemaran udara yang berterusan mampu memusnahkan alam
sekitar dimana ia boleh menyebabkan bencana yang besar. Manusia kini hanya tahu untuk
mengejar keselesaan hidup akan tetapi kita bertanggungjawad untuk menjaga alam sekitar
supaya sumber alam boleh diwarisi untuk generasi akan dating. Akhir kata, hargailah alam
sekitar yang memberi sumber untuk kita tidak patut kita memusnahkannya.

PENCEMARAN AIR
Air merupakan salah satu keperluan asas
manusia. Namun begitu,pada masa ini,di negaranegara

membangun

atau

negara

sedang

membangun , masalah pencemaran air masih


berlaku.

Masalah ini

amat

membimbangkan.

Pencemaran air bermaksud perubahan yang


berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna
sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan
terhadap

manusia

apabila

digunakan.

Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Bahan pencemaran
boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan pepejal. Pencemaran air bukan
sahaja berlaku di sungai sahaja tetapi juga di laut , pantai dan lain-lain tempat berair.

FAKTOR-FAKTOR PENCEMARAN AIR


Antara punca berlaku pencemaran air ialah kilang-kilang yang tidak bermoral.
Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan
disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang
disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang
mencemarkan air sungai dan laut. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke
dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar seperti Sungai Juru yang terletak di
Seberang Perai, Pulau Pinang menunjukkan warna air di Sungai Juru berwarna hitam pekat
apabila sampai di laut.
Di samping itu, industri perlombongan juga mengakibatkan pencemaran air. Cari gali
petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian
perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila
minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, ia akan mengakibatkan air tercemar. Ini
memberi kesan negatif kepada kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik
dan seterusnya menjejaskan sumber protein manusia.

Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga
menyumbang kepada pencemaran air. Bahan-bahan buangan radioaktif yang terhasil dari
makmal-makmal yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air telah mencemarkan air
sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai
yang mengakibatkan sungai tercemar. Pencemaran air boleh berlaku disebabkan
pembuangan bahan sisa radioaktif seperti di Laut Kaspian dan di perairan Hemisfera Utara.

KESAN - KESAN PEMCEMARAN AIR


Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah terhadap
hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri. Bahan-bahan yang
dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air. Hidupan laut
akan mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar ini.
Manusia akan mendapat penyakit kronik jika mengambil sumber protein beracun dan
meminum atau menggunakan air yang tercemar. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang
dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi
masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.
Kesan lain ialah sistem air bawah tanah tercemar . Sesetengah kilang akan
memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Apabila berlaku hujan lebat
atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah. Masalah
pertama ialah jika sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam
sistem saliran terutamanya parit dan sungai. Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini
mengalir ke dalam sistem bawah tanah, sisa-sisa ini akan menyebabkan sistem air bawah
tanah tercemar. Kedua-dua masalah tersebut akan merosakkan dan mencemarkan hidupan
dan keadaan air itu sendiri.

LANGKAH - LANGKAH UNTUK MENGATASI PENCEMARAN AIR


Dalam usaha mengekalkan tahap pencemaran semasa supaya tidak menjadi lebih
teruk maka langkah-langkah yang wajar perlu diambil supaya pencemaran air dapat

dikurangkan. Antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah menyediakan tangki


takungan bawah tanah yang dirawat. Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan
domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu
menyediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi.Malah,
pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang untuk sistem perparitan di
kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan
supaya dapat dibina saluran paip khas dan air buangan dapat dikumpulkan di kolam
takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.Hasil tinjauan juga mendapati
bahawa pengurusan sampah yang lemah di kawasan perumahan dan tempat tinggal
perbandaran telah menyebabkan sampah- sarap bertaburan merata tempat. Oleh itu,tong
sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya
sampah

tidak

melimpah.Pertambahn

tong

sampah

juga

membolehkan

penduduk

mempunyai tempat pembuangan sampah-sarap yang cukup.

Selain itu, langkah lain yang perlu diambil ialah kempen kesedaran melalui iklan
televisyen. Iklan-iklan yang ditanyangi dalam televisyen dan disebarkan dalam radio akan
memberi konsep dan gambaran yang lebih terus dan orang ramai akan lebih mudah
memahami peranan mereka dan mula menanam sikap bertanggungjawab dalam diri sendiri.
Orang ramai juga digalakkan menyertai kempen-kempen kesedaran. Antara kempenkempen yang melindungi sungai dan laut ialah kempen Cintailah Sungai Kita. Kempen
Cintai Sungai Kita telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai.
Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga sungai
dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya dapat mengurangkan tahap pencemaran
air ke tahap yang paling minimum .

Kesimpulannya, pencemaran air merupakan masalah yang sangat serius dan


memerlukan kerjasama semua pihak untuk menangani masalah ini supaya kita mendapat
sumber air yang bersih dan dapat hidup dalam persekitaran yang tiada pencemaran air.
Langkah-langkah yang tertentu perlu dijalankan sepanjang tahun supaya dapat mencapai
tahap yang lebih efektif. Oleh itu,semua pihak termasuk pihak individu ataupun pihak
kerajaan,kita semua perlu berusaha mengatasi masalah ini bersama dan seterunya
mencapai Wawasan 2020.

PENCEMARAN TANAH

Pencemaran tanah adalah bahagian


permukaan bumi yang dihuni oleh banyak
makhluk

hidup

tumbuh-tumbuhan,

terutama

manusia,

haiwan

dan

mikroorganisme Tanah dan makhluk hidup


yang

hidup

hubungan

di

yang

atasnya
sangat

mempunyai
erat.

Tanah

memberikan sumber daya yang berguna


bagi kelangsungan makhluk hidup di
atasnya. Tanah memiliki fungsi produksi,
iaitu antara lain sebagai penghasil biomassa, seperti bahan makanan, serat, kayu dan
bahan ubat-ubatan. Selain itu, tanah juga berperan dalam menjaga kelestarian sumber daya
air dan kelestarian lingkungan hidup secara umum. Tanah juga merupakan habitat alamiah
bagi manusia dan makhluk hidup yang lain.Dapat dikatakan bahawa hidup manusia
tergantung kepada tanah.
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan
sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan
oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri
daripada pencemar organik,kimia atau fizik.Kegiatan manusia seperti perusakan hutan dan
pertanian ladang berpindah mempengaruhi kualiti tanah. Terkontaminasinya tanah oleh zat
kimia dapat mengakibatkan terjadinya pencemaran air dan tanah. Jika tidak segera
dihentikan, hal ini akan menimbulkan kerosakan tanah, bahkan dapat menimbulkan
bencana bagi kehidupan manusia.

FAKTOR - FAKTOR PENCEMARAN TANAH


Antara punca berlakunya pencemaran ini ialah pembuangan bahan-bahan buangan
daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang.Pembuangan sampah
merata-rata dan penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga merupakan
penyumbang ke arah pencemaran ini. Di samping itu,sikap manusia yang jarang
menghargai nilai-nilai maksum yang terdapat di kawasan menarik dan indah juga boleh
menjadi salah satu punca pencemaran tanah. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan

asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang
kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia .
Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan
pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar
contohnya berlakulah hakisan tanah,berlaku perubahan iklim,kesan kepada rumah hijau dan
banjir.

KESAN - KESAN PENCEMARAN TANAH


Terdapat banyak kesan pencemaran yang memudaratkan tanah. Salah satu adalah
merosakkan tanah dan kualitinya. Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan daripada kenderaan
pengangkut menjadikan tanah rosak dan kurang berkualiti. Tanah yang kurang berkualiti
menyebabkan tumbuh- tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam tidak hidup dengan
sempurna dan tidak subur. Hujan asid yang meresap ke dalam tanah, perlombongan yang
berlebihan, penebangan hutan atau pembalakan menyebabkan tanah terhakis dan rosak.
Selain itu penggunaan racun serangga atau rumpai turut berperanan mengurangkan kualiti
tanah. Kemajuan dari segi pengangkutan juga menyebabkan banyak kawasan tanah telah
digunakan untuk tujuan pembinaan jalanraya, landasan keretapi dan lapangan terbang.
Selain itu, pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang kepada
pencemaran tanah. Pasti tempat yang berlonggokan sampah itu akan menarik perhatian
serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti lalat dan tikus. Haiwan perosak yang
tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain.
Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas , manusia mudah keracunan
makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius.
Seterusnya, pengujian senjata nuklear di negara-negara barat juga turut
mengancam kualiti tanah dunia. Tanah bukan sahaja tidak subur malahan menyimpan
bahan radioaktif yang mampu membunuh manusia secara perlahan.Contoh yang paling
ketara adalah letupan loji nuklear di Chernobyl, Russia. Kesannya dapat dirasai hingga ke
Sweden, kerana 23 orang telah dilaporkan mati akibat daripada kesan radioaktif nuklear
tersebut. Semua penduduk di sekitarnya dipindahkan dan di sesetengah tempat, penjualan
daging terpaksa dihentikan kerana kadar pencemaran terlalu tinggi dan membahayakan
kesihatan.

Di samping itu, penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan
berlakunya penebangan hutan secara meluas. Penebangan hutan yang berterusan dan
kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber
air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih
banyak banjir di kawasan tanah rendah.
Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah salah
satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja merugikan
dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa
manusia, misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara
yang sedang diancam hakisan tanah. Di negara-negara tertentu juga, angin menjadi salah
satu agen yang boleh menyebabkan hakisan. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh
menyebabkan

hakisan

adalah

pembersihan

dan

pembajakan

serum

bukit

yang

menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersamasama dengan air apabila hujan lebat, penebangan hutan, padang ragut yang meluas dan
berlebihan, dan penanaman secara meluas hanya satu jenis tanaman.
Kesimpulannya, tanah adalah bahagian permukaan bumi yang dihuni oleh banyak
makhluk hidup terutama manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan mikroorganisme. Tanah
dan makhluk hidup yang hidup di atasnya mempunyai hubungan yang sangat erat. Tanah
memberikan sumber daya yang berguna bagi kelangsungan makhluk hidup di atasnya.
Selain itu, tanah juga berperan dalam menjaga kelestarian sumber daya air dan kelestarian
lingkungan hidup secara umum. Dapat dikatakan bahawa hidup manusia tergantung kepada
tanah. Oleh itu, kita perlu menjaga tanah dengan baik.

Kepentingan Dalam Menjaga Alam Sekitar


Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat
bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia
banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi
di

muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang


untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan
tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai

pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan,
demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan.
Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan
menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak
akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara
kita tidak dijaga dengan baik.
Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang
bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang
segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan
membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen
secukupnya.
Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati
keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas
dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita
menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan
nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang
boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktivti riadah yang dijalankan
dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita.
Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke
semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang
sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman
pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan
karbon dioksida. Akhirnya, pemanansan global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan
ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-pokok akan

dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan mengawal hakisan tanah dan
banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita.
Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang mampu
membawa penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk dan
tikus daripada membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria, deman
denggi, taun dan hawar. Keadaan ini turut melindungi makanan kita daripada dicemari oleh
vector-vektor penyakit tersebut dan dengan itu, masalah keracunan makanan dapat
dielakkan.

Gangguan daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika persekitaran
dalam keadaan bersih. Alam setikar yang bersih dapat mengurangkan pembiakan serangga
seperti nyamuk, lalat, dan serangga lain yang berada di dalam rumah. Tanpa serangga
tersebut, kita dapat berehat dengan selesa di rumah pada bila-bila masa. Selain itu,
persekitaran yang bersih juga mengelakkan pencemaran bau yang boleh mengganggu
keselesaan hidup kita.

Selain itu, air merupakan sumber


asli

yang

kehidupan

sangat
manusia.

penting
Air

dalam
sangat

diperlukan oleh tubuh badan manusia


sehinggakan

manusia

boleh

hidup

bertahan beberapa hari dengan air


sahaja tanpa makanan. Tubuh kita
mengandungi lebih kurang 70% air.
Sekiranya kehilangan air, hal ini akan
mengakibatkan kita kehilangan tenaga.
Air bukan sahaja penting kepada manusia malah kepada hidupan lain seperti haiwan dan
tumbuh-tumbuhan yang turut memerlukan air. Air yang suci dan bersih merupakan penjana
kepada kehidupan di muka bumi. Oleh kerana air merupakan unsur penting dalam
kehidupan manusia, masyarakat

haruslah berganding bahu dalam memelihara dan

menjaga kebersihan air terutamanya menjaga keselamatan alam sekitar daripada sebarang
pencemaran.

Tambahan pula, alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat
mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan
adalah merupakan salah satu sumber makanan kepada manusia. Pencemaran alam sekitar
yang dilakukan akan menyebabkan kemusnahan habitat haiwan dan akan menyebabkan
sumber makanan manusia akan berkurang, sebagai contoh hidupan laut seperti udang, ikan
dan seumpamanya merupakan sumber makanan yang mengandungi protein yang dapat
menstabilkan kesihatan manusia. Sekiranya kita melakukan sebarang pencemaran laut
seperti pembuangan sisa toksik ke dalam laut, kepupusan hidupan laut akan berlaku.
Manakala, tumbuh-tumbuhan pula menjadi sumber kepada perubatan seperti herba untuk
pesakit. Alam sekitar yang tidak tercemar membolehkan habitat hidupan darat dan air
terpelihara.

Di samping itu, alam sekitar yang bersih akan dapat meningkatkan ekonomi negara.
Sesebuah masyarakat yang bersih dan mengandungi nilai kedamaian akan dapat menarik
perhatian pelancong asing. Kedatangan pelancong asing ke dalam negara kita akan
meningkatkan nilai tukaran wang asing, dan ini akan dapat memajukan perkembangan
ekonomi negara kita. Selain itu, kedatangan pelancong juga dapat memajukan sektor
perkhimatan dan sektor perniagaan serta menawarkan peluang perkerjaan kepada
masyarakat. Dengan ini, imej negara kita akan dapat ditingkatkan.

Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin bekalan


sumber makanan, sumber kesihatan untuk menghasilkan ubat-ubatan, Ia turut berperanan
sebagai sumber kecantikan, keindahan dan kedamaian di samping udara yang bersih.
Justeru, semua lapisan masyarakat haruslah bekerjasama dan saling membantu dalam
memelihara alam sekitar supaya
kehidupan kita.

kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam

LAMPIRAN

Keburukan dan Kesan Tidak Menjaga Alam Sekitar


Kesan Pencemaran Alam Sekitar 1

Pencemaran alam sekitar telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di
dunia pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada
pencemaran alam sekitar ialah terhadap udara, suhu persekitaran dan lain-lain.
Pencemaran pada hari ini semakin berterusan dari semasa ke semasa. Sememangnya
pencemaran alam sekitar memberi kesan buruk.

Pencemaran udara memberi kesan yang


sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di
dunia

ini.

kerosakan

Tumbuh-tumbuhan
dengan

tiga

mengalami
cara

iaitu

Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran


warna), dan perubahan pertumbuhan. Barli,
kapas,

gandum

dan

epal

adalah

antara

tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan


dengan bahan cemar sulfur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga
mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi
kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk di bumi juga
terganggu.
Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan
terbunuh. Haiwan haiwan akan kehilangan habitat kerana bahan tercemar telah
memusnahkan tempat tinggal mereka .Maka,haiwan - haiwan terbunuh dan spesis-spesis
yang istimewa juga akan menghadapi kepupusan. Bahan-bahan tercemar seperti sulfur
dioksida yang terlepas ke udara oleh kenderaan akan menyebabkan penghadaman
makanan haiwan terjejas. Hal ini menyebabkan haiwan-haiwan kehilangan nyawa kerana
bahan bahan toksid di udara ini telah diserap ke dalam tubuh badan haiwan tersebut.
Sebagai contohnya, gajah,harimau,kuda-kuda,singa dan sebagainya.

Pencemaran

udara

juga

menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi


yang melindungi hidupan di bumi ini daripada
sinaran terus matahari. Pembebasan gas
klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan
dalam alat-alat penyembur, alat penyaman
udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon
ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran
matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan
secara terus kepada cahaya matahari boleh
menyebabkan

kanser

kulit

yang

amat

berbahaya kepada manusia dan juga hidupan


lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais
di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem
di dunia pada masa kini.

Seterusnya, pencemaran udara


juga menyebabkan terbentuknya Hujan
asid

yang

disebabkan

oleh

penggabungan gas-gas sulfur dioksida


dan nitrogen oksida dengan air hujan.
Hal ini berlaku apabila gas-gas sulfur
oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen
(NOx)

dilepaskan

ke

udara

dan

bertindakbalas dengan wap air yang


terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul
di dalam awan dan awan pula bergerak ke tempat- tempat lain dan membawa asid-asid
tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang
terdapat di dunia.Hal ini membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air.Hal ini juga
boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga
meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya
tidak subur.

Selain itu,kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh
warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan
rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada
pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu
bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam
udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap
dan akhirnya suhu bumi meningkat , persekitaranya menjadi panas. Penyusutan lapisan
ozon juga adalah faktor utama kejadian pemanasan global ini. Pemanasan global
menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara
kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.Sebagai contohnya,kegiatan
tsunami yang berlaku di Indonesia telah banyak mengorbankan nyawa manusia dan harta
benda. Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di
bumi ini dan juga menjejaskan kualiti udara.
Pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah menggangu
persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising sehingga tahap yang melampau.
Pencemaran bunyi akan menyebabkan keadaan persekitaran sangat bising dan menjadikan
kehidupan manusia serta kehidupan lain terganggu. Haiwan juga berasa takut dan ingin
berhijrah ke habitat baru yang lebih senyap dan nyaman. Hal ini akan menyebabkan
ketidakseimbangan ekosistem.
Pencemaran
kerosakan

bunyi
pada

menyebabkan

telinga

manusia

secara serta-merta dan juga secara


kronik. Sekiranya telinga menerima
bunyi yang kuat iaitu lebih daripada
120 dB, selaput tympanum di dalam
telinga akan pecah serta kerosakan
tulang

kecil

pada

telinga

dan

ini

menyebabkan kehilangan pendengaran


kekal.

Pendedahan

berpanjangan

kepada bunyi kuat iaitu lebih 85 dB


dalam masa 8 jam sehari, ia akan
merosakkan koklia dan menyebabkan
pendengran menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi pekak secara
perlahan-lahan

Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar memang memberi kesan buruk kepada


seluruh alam sekitar di bumi ini. Saya berharap pihak berwajib dapat memantau supaya
pencemaran ini dapat dikurangkan supaya kehidupan di bumi ini lebih selesa.
YON SOK CHIN
205784

Kesan-kesan Pencemaran Tanah dan Air

Pencemaran tanah bermaksud


perbuatan atau bencana semula jadi
yang berlaku kepada sesuatu kawasan
sehingga

kawasan

tersebut

telah

bertukar warna , tidak subur atau


berlakunya

hakisan.

Ia

boleh

di

bahagikan kepada dua jenis iaitu dalam


bentuk

cecair

Kebanyakan

atau

bahan

pepejal.

pencemar

ini

adalah terdiri daripada organik atau kimia. Tahap pecemaran adalah serius apabila sesuatu
kawasan tanah telah bertukar warna , tidak subur serta tumbuh-tumbuhan dikawasan
tersebut menjadi layu. Kebanyakkan tanah yang tercemar adalah disebabkan oleh aktivitiaktiviti manusia itu sendiri. Sebagai contoh ialah perlombongan, penebangan hutan yang
memyebabkan aliran tanah dari darat ke laut, pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan
kumbahan yang tidak terkawal,dan tumpahan minyak dan pembuangan sisa nuklear ke
dalam laut.
Sampah-sarap

yang

dibuang

di

kawasan-kawasan

lapang

akan

menjadi tempat pembiakan kuman penyakit. Tikus, lipas, lalat dan haiwan-haiwan
perosak yang lain akan tertumpu di kawasan tersebut dan menyebarkan kuman-kuman ke
tempat-tempat lain. Makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas ,jika dimakan oleh
manusia akan menyebabkan keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang
serius. Sekiranya serius, akan membawa kematian kepada manusia atau munculnya
penyakit baru yang bahaya seperti H1N1 dan SARS yang mudah berjangkit.

Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah salah
satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ia bukan sahaja merugikan dari
sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia,
misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang
diancam hakisan tanah. Contohnya negara Jepun yang sering berlaku gempa bumi
akibatnya ramai manusia kehilangan harta benda.. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh
menyebabkan

hakisan

adalah

pembersihan

dan

pembajakan

serum

bukit

yang

menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersamasama dengan air apabila hujan lebat. Selain itu, pembinaan rumah-rumah di tengah bukit
juga akan menyebabkan tanah runtuh apabila berlaku hujan kilat. Nyawa manusia yang
tinggal di tengah-tengah bukit dan di kaki bukit akan tergugat.

Kesan daripada pencemaran tanah ini kepada dunia sangat ketara seperti
pencemaran-pencemaran lain juga. Ianya juga memberi kesan yang cukup buruk terhadap
kesihatan manusia dan hidupan-hidupan lain. Pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan
nulear akan menjadikan kawasan tanah beracun dan tidak sesuai untuk didiami oleh
manusia dan haiwan. Contoh letupan loji nuklear di Chernobyl, Russia. Kesannya dapat
dirasai sehingga ke Sweden, kerana 23 orang telah dilaporkan mati akibat daripada kesan
radioaktif nuklear tersebut. Semua penduduk di sekitar tersebut telah dipindahkan ke tempat
lain.

Pencemaran

air

berlaku

apabila

terdapat perubahan dari segi kandungan,


keadaan, warna dan kualiti sehingga tidak
sesuai untuk diguna dan akan memberi
kesan

kepada

para

pengguna

apabila

menggunakan air tersebut. Pencemaran


berlaku sama ada dari segi biologi, kimia,
dan fizikal. Pencemaran air bukan hanya
berlaku di sungai sahaja,tetapi juga di
laut,pantai, tasik kolam dan sebagainya sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.
Punca utama yang mengakibatkan pencemaran ini adalah daripada bahan pencemar dari
kilang-kilang yang berdekatan. Keadaan atau tahap pencemaran sumber air boleh dinilai

berdasarkan beberapa faktor yang mempengaruhi kualiti air tersebut iaitu oksigen terlarut,
keperluan oksigen biokimia (BOD), zat terlarut dalam air, pH, dan suhu. Secara saintifik,
pencemaran air boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu pencemaran fizikal, kimia,
fisiologis dan biologi. Pencemaran fizikal ini ditentukan oleh perubahan warna, suhu dan
kekeruhan sumber air tersebut. Punca yang biasanya menyebabkan pencemaran jenis ini
ialah seperti pembuangan sampah. Manakala pencemaran kimia biasanya disebabkan oleh
zat organik termasuk protein, karbohidrat, lemak dan bahan buangan industri yang
mengandungi garam beracun serta tumpahan minyak di laut.

Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan pelbagai masalah kepada


hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri. Bahan-bahan yang
dibuang ke dalam sungai akan menyebabkan hidupan akuatik tersebut mati apabila
memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar ini. Manusia juga akan
mendapat penyakit yang serius jika mengambil sumber makanan hidupan air tersebut.
Selain itu, manusia akan mendapat penyakit jika terminum air yang penuh bahan-bahan
cemar seperti lumpur, pasir dan batu halus, karat besi, bahan buangan industri, logam berat,
racun rumpai, bakteria, virus, dan haloform.

Pencemaran air juga menjadi masalah yang amat serius di negara dunia ketiga iaitu
jutaan manusia mendapatkan air minuman dari kawasan yang dicemari dengan bahan
buangan manusia sendiri. Pencemaran sebegini dikatakan menyebabkan lebih tiga juta
kematian setiap tahun kerana cirit-birit, kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak.

Selain itu pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku di dunia
pada masa kini. Banjir-banjir yang kerap berlaku disebabkan oleh tersumbatnya parit yang
sepatutnya mengalirkan air ke laut. Disebabkan oleh pembuangan sampah-sarap ke dalam
sungai yang menyebabkan sampah sarap menyumbatkan aliran air tersebut. Selain
daripada itu air juga menjejaskan keindahan alam. Pantai-pantai yang dipenuhi dengan
sampah-sarap dan air yang kotor menjengkelkan dan tidak indah untuk dipandang akibat
daripada pembuangan sampah-sarap ke lautan. Sesetengah kilang akan memperuntukkan
kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Tetapi, apabila berlaku hujan lebat atau loji
pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah iaitu, pertama ialah jika
sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran

terutamanya parit dan sungai. Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke
dalam sistem bawah tanah yang akan menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar.
Kesimpulanya pelbagai langkah yang berkesan haruslah di ambil untuk mengatasi
masalah-masalah pencemaran daripada berleluasa. Barulah generasi yang akan datang
mempunyai persekitaran yang baik dan bebas daripada pelbagai pencemaran.

Punca Berlakunya Pencemaran Alam Sekitar


Akta

Kualiti

Alam

Sekeliling

1974 mengandungi peruntukan yang


bertujuan
mengawal

mencegah,

menghapus,

pencemaran

serta

memperbaiki kualiti alam sekeliling


dan

dari

aspek

yang

sering

dikaitkan dengan alam sekitar iaitu


pencemaran yang membawa kepada
maksud apa-apa perubahan secara
langsung

dan

tidak

langsung

terhadap sifat-sifat fizikal, haba dan kimia termasuk kesan biologikal terhadap alam
sekeliling yang meliputi pencemaran air, udara, bunyi, tanah dan laut dan untuk
masalah ini, pelbagai punca telah dapat dikenal pasti yang menyumbang kepada
pencemaran alam sekitar.

Antara punca yang telah dapat dikenal pasti yang membawa kepada masalah
pencemaran alam sekitar ini ialah masalah sikap individu dan organisasi yang tidak
bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana tiada kesedaran sivik dalam diri mereka untuk
menjaga alam sekitar kerana bagi sesetengah individu, mereka akan sewenangwenangnya membuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan keadaan persekitaran
dan mungkin mereka merasakan itu adalah perkara remeh apabila mencampakkan
secebis tisu atau sisa makanan di tepi jalan. Walhal, jika direnungkan andai ada
seratus orang pengguna yang bersikap sedemikian sudah semestinya jalan raya akan
menjadi kotor dan dipenuhi dengan sampah-sarap. Manakala untuk organisasi seperti
kilang yang menjalankan operasi pengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam
penghasilan keluaran mereka, pada kebiasaannya kilang itu akan mengambil langkah
mudah apabila membuang sisa toksik tersebut terus ke dalam laut dan sungai jika

kilang itu didirikan berdekatan dengan


kawasan

tersebut.

Ini

akan

mengakibatkan pencemaran air dan


kilang yang melepaskan asap tanpa
pemasangan alat penapis udara akan
menyebabkan

terjadinya

pencemaran

udara. Hal ini berikutan sikap individu


dan

pemilik

kilang

bertanggungjawab

dan

yang

tidak

peka

pada

persekitaran sekeliling hasil dari pencemaran alam sekitar yang mereka cipta sendiri.

Selain

itu,

antara

punca

lain

ialah

pembangunan secara tidak sistematik. Apabila pihak


kerajaan

atau

pihak

membangunkan
seharusnya
kesan

swasta

sesuatu

memikirkan

negatif

yang

merancang
kawasan,

secara

akan

untuk
mereka

terperinci

kesan-

timbul terutama

yang

melibatkan alam sekitar dan bukan tertumpu kepada


kebaikan

dan keuntungan

pembangunan

semata-

mata kerana akibat dari pembangunan yang akan


dijalankan

boleh

menyebabkan

berlakunya

pencemaran air, udara, tanah dan bunyi yang akan


dihasilkan. Mungkin disebabkan penggunaan jentera
yang terlalu banyak akan menghasilkan pencemaran
bunyi

dan

pencemaran

udara

jika

jentera-jentera

berteknologi tinggi

tersebut

mengeluarkan asap yang berlebihan. Akibat daripada projek-projek pembangunan itu,


ia juga boleh terjadinya pencemaran air terutama pada waktu hujan jika tanah lapang
yang telah dibersihkan untuk projek pembangunan itu iaitu tanah merah mengalir
terus ke dalam sungai atau laut yang berdekatan . Hal ini boleh menjejaskan tahap
kebersihan kualiti air dan boleh mengancam kehidupan ekosistem dalam air yang
seterusnya membawa kepada pencemaran alam sekitar.

Di samping itu, penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori


dan kapal terbang juga merupakan salah satu dari penyumbang kepada berlakunya
pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Hal ini

kerana setiap kenderaan akan melepaskan asap kenderaan yang mengandungi gas
yang berbahaya. Hal ini jika peningkatan taraf hidup masyarakat terus meningkat
pada zaman sekarang maka tahap pencemaran juga akan turut meningkat berikutan
semakin bertambah jumlah penggunaan bilangan pengguna jalan raya yang selesa
menggunakan kenderaan mereka sendiri untuk bergerak ke destinasi yang ingin dituju
berbanding beramai-ramai menggunakan kenderaan awam yang semestinya dapat
mengurangkan
pencemaran

bilangan

udara

dan

kenderaan
seterusnya

di

jalan

raya. Hal

menjejaskan

sistem

ini

akan

menyebabkan

pernafasan

dan

daya

penglihatan manusia serta pencemaran bunyi yang terhasil oleh kapal terbang yang
berlepas atau mendarat terutama dikawasan perumahan yang berhampiran dengan
lapangan terbang

boleh menjejaskan daya pendengaran manusia. Hal ini jelas

menerangkan bahawa penggunaan kenderaan bermotor juga menjadi salah satu


punca berlakunya pencemaran alam sekitar.

Antara punca lain penyebab


berlakunya pencemaran alam sekitar
ialah

pembakaran

secara

terbuka.

Hal ini jelas dapat dilihat berikutan


pembakaran
kawasan
tujuan
dilihat
semula

pokok-pokok

ladang

dan

penanaman
dari

satu

di

hutan

untuk

semula.

Jika

sudut,

sememangnya

tua

penanaman
sangat

baik

tetapi akibat daripada pembakaran secara terbuka yang dilakukan oleh sesetengah
pihak sebenarnya boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Di samping
turut memusnahkan kehidupan flora dan fauna disekitarnya. Disebabkan pembakaran
secara terbuka ini jugalah suhu bumi menjadi semakin meningkat dan keadaan
cuaca di bumi semakin panas. Inilah sebenarnya akibat daripada pembakaran secara
terbuka yang dijalankan yang akhirnya membawa kepada pencemaran alam sekitar
serta sekali gus turut menjejaskan kehidupan dan kesihatan manusia.

Tambahan pula, kurangnya peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan juga
menjadi salah satu punca terus berlakunya pencemaran alam sekitar pada masa ini.
Pihak kerajaan seharusnya membuka mata dan lebih peka terhadap pembangunan
yang dijalankan oleh semua pihak dengan mengambil kira masalah pencemaran

yang bakal terjadi dari setiap projek pembangunan tersebut dan bukan hanya
melihat kepada peningkatan taraf hidup masyarakat sahaja. Perkara ini sangat
penting untuk membantu mengurangkan pencemaran udara, air, tanah dan bunyi,
hasil

daripada

sesetengah

pembangunan

organisasi

dan

pesat

yang

masyarakat

giat

yang

dijalankan
kurang

dan

kesedaran

tingkah

laku

sivik.

Oleh

disebabkan kerajaan kurang memainkan peranan dalam menilai aspek-aspek inilah


yang

menyebabkan

masalah

pencemaran

berada

ditahap

yang

semakin

membimbangkan pada masa kini.

Kesimpulannya, punca-punca pencemaran yang telah dikenal pasti ini harus


diambil langkah

serius

oleh

semua

pihak

dan

organisasi

untuk

mengurangkan

masalah pencemaran alam sekitar baik daripada pencemaran air, udara, tanah dan
bunyi. Ia penting demi memastikan kehidupan dibumi ini terjamin dan terhindar dari
masalah pencemaran yang semestinya membahayakan dan mengancam kesihatan
serta kehidupan flora dan fauna untuk generasi akan datang yang lebih baik dan
sihat serta bebas dari pencemaran alam sekitar.

Langkah-langkah untuk Menjaga Alam Sekitar


Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira
bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan
hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana
terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti
pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam
sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang
tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk mengembalikan
kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil.
Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa.
Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar .
Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran
semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isuisu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana
televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau
individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu
perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang

sepatutnya dilakukan oleh mereka


untuk menjaga alam sekitar. Surat
khabar dan majalah pula adalah
media yang banyak mendedahkan
tentang isu pencemaran alam sekitar.
Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu
mendedahkan isu-isu pencemaran ini
dengan lebih luas di jaringan-jaringan
internet kerana masyarakat kini lebih
banyak menggunakan media tersebut
berbanding media-media lain.

Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar.
Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen
kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan
didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar
seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam
sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula
bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimatcermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini
juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasankawasan yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat
mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat
serta dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.

Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui
organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat
tertentu. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah
dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran
sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan
Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar
dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan
perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah.
Pertandingan kelas terbersih di

antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan

tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi,

pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar


dan cara alam sekitar berinteraksi dan hubungannya
dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap
sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri
pelajar

Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan


teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting.
Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan
lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah
lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan
menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan
buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan
plastik. Hal ini sudah tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh
pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti
penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang
perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal
ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling.
Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat
mengikut pertambahan bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat mengambil
pengajaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang
semakin tercemar ini dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih baik pada
masa hadapan. Pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan haruslah
memainkan peranan penting dalam memulihkan dan memelihara alam sekitar. Sebagai
golongan yang berkuasa mereka pasti dapat menjaga dan mengawal alam sekitar daripada
terus tercemar.

You might also like