Professional Documents
Culture Documents
Pantun adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman
berzaman lagi. Mengikut sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu
membaca dan menulis lagi. Pantun merupakan salah satu jenis puisi yang sangat luas
dikenali dalam bahasa-bahasa nusantara. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan
untuk menyampaikan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di
samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersukasuka. Dalam konteks ini, pantun sangat sesuai dengan jiwa orang melayu kerana dapat
menunjukkan keperibadian orang melayu yang mempunyai kesenian dan kebudayaan
sendiri.
Pantun merupakan bentuk puisi tradisional yang terdiri daripada empat baris
serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima a,b,a,b dengan beberapa variasi dan
pengecualian. Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua iaitu rangkap pembayang dan
rangkap maksud. Setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri dan biasanya rangkap-rangkap
tersebut memerlukan beberapa rangkap lain untuk melengkapkan keseluruhan.