You are on page 1of 4

GAYA BAHASA

Gaya bahasa ialah susunan kata yang digunakan oleh pengarang dalam usaha
mengungkapkan tema dan persoalan dalam karya. Berikut dihimpunkan jenis jenis gaya
bahasa bersama istilah istilah yang berkaitan dengannya bagi memudahkan pelajar
memahami konsep asas gaya bahasa secara menyeluruh.
JENIS-JENIS GAYA BAHASA
1. Diksi ialah pemilihan dan penyusunan kata-kata yang indah sehingga membawa
pengertian yang mendalam dan tepat penggunaannya. Contoh: Mukanya berisi
keriangan.
2. Personifikasi merujuk bahasa yang memberikan sifat manusia kepada sesuatu
benda, keadaan atau suasana. Contoh: Pokok kelapa itu melambai-lambai ke
arahnya.
3. Metafora pula ialah bahasa kiasan yang tidak menggunakan kata-kata bandingan.
Metafora boleh terdiri daripada konsep logik dan abstrak. Contoh: Lautan fikirannya
(Lautan bermaksud laut dan banyak ilmu. Fikiran pula hanya ada satu maksud iaitu
berfikir atau otak).
4. Simile ialah kiasan yang membandingkan dua benda yang berbeza tetapi ada
persamaan. Penggunaan bak, umpama, seperti, bagai dan laksana banyak
digunakan dalam ayat jenis ini. Contoh: wajahnya pucat umpama mayat.
5. Hiperbola pula perbandingan yang tidak logik atau melampau. Contoh: matanya
berapi-api.
6. Paradoks merujuk pernyataan yang ganjil atau bertentangan tetapi mempunyai
maksud yang tepat. Contoh: benci tetapi rindu.
7. Asonansi ialah pengulangan vokal. Contoh: segar angin laut (pengulangan vokal a).
8. Aliterasi ialah pengulangan konsonan. Contoh: segar angin laut. (pengulangan
konsonan n)
9. Pengulangan/ repitasi ialah pengulangan perkataan dalam ayat atau rangkap yang
sama. Contoh: tenaga pemuda tenaga beerti.
10. Inversi ialah pembalikan susunan kata. Contoh: sihat badan wajah berseri
(sepatutnya; badan sihat wajah berseri)
11. Anafora ialah pengulangan kata di depan baris. Contohnya: bila diikat dia jalan, bila
dibuka ia berhenti.
12. Responsi ialah pengulangan kata di tengah baris. Contohnya: mencipta rumah
tempat berlindung, membina bilik tempat berteduh.
13. Epifora ialah pengulangan kata-kata di akhir baris puisi.

14. Simbol/ perlambangan. Contoh: Ombak melambangkan cabaran dalam kehidupan.


15. Sinkof/ sinkope ialah singkatan. Contoh: tak (tidak), ku (aku), mu (kamu)
16. Jenis bahasa iaitu bahasa Arab, bahasa Jawa, bahasa Klasik dan lain-lain.
17. Imej alam: Contoh: padi, bulan, rumput.

Gaya Bahasa yang terdapat dalam novel Anak Patung Adik.


Personafikasi
1. Bunga-bunga kesedihan sudah terbayang di wajahnya.
2. Anak-patung merah itu seolah-oleh melambai-lambai kepadanya.
3. Hati dan fikirannya sudah berlegar jauh ke luar kelas.
Aliterasi
1. Muka adik semasa demam masam mencuka
- Pengulangan konsonan m.
2. Matanya terkebil-kebil melihat di sekeliling bilik
- Pengulangan konsonan l.
3. Anak patung merah itu benar-benar bersih
- Pengulangan konsonan b.
4. Adik basuh habis-habisan
- Pengulangan konsonan h.
Asonansi
1. Hairan dengan keadaan adik akhir-akhir ini.
- Pengulangan vokal a
Inversi
1. Terasa lembut benar tangan mama.
2. Mimpikah dia tentang anak patung itu?
Sinkope
1. Apa yang adik cari ni?
2. Adik dah selamat.
3. Atuk ke tu?
Simile
1. Muka adik pucat seperti mayat.

Metafora
1. Budak tu dah dirasuk perasaan takut agaknya.
2. Adik terus dicengkam kegelisahan.

Persoalan.
Persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada hubungannya dengan
tema. Persoalan biasanya lebih daripada satu iaitu semakin panjang sesuatu karya semakin
banyak persoalannya Persoalan wujud untuk memperkukuh dan menghidupkan tema
sesebuah karya. Persoalan- persoalan yang terdapat dalam novel Anak Patung Adik ini
ialah:
1. Mengisahkan Adik yang dihantui oleh perasaan bersalah kerana telah merosakkan
anak-anak patungnya.

2. Gangguan perasaan yang dialami oleh adik akibat tindakannya yang khianat dan
tidak menghargai anak-anak patung miliknya.
3. Usaha Adik untuk mencari semula dan menyelamatkan anak patung merah yang
telah dibuangnya.
4. Kesedaran Adik untuk berubah agar tidak lagi bersikap seperti keanak-anakan dan
menghargai barang-barang miliknya.
Pengajaran:
1. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada bersikap khianat dengan merosakkan
harta benda.
Contoh: Adik tidak pernah menyayangi anak-anak patungnya. Dia suka merosakkan
anak patungnya hingga punah-ranah.
2. Kita seharusnya menghargai sesuatu pemberian orang dengan menjaganya dengan
baik mungkin.
Contoh: Setiap kali Ibu atau Ayah membelikan anak patung, adik akan menjaganya
sekitar dua hari sahaja. Selepas itu adik akan merosakkan anak patung tersebut.
3. Kita seharusnya mempunyai sikap berbudi bahasa dan menjaga adab pertuturan
walaupun dengan sesiapa sahaja.
Contoh: Adik bersikap angkuh dan tidak mempedulikan perasaan orang lain apabila
berbicara termasuk ibu dan kakaknya.

4. Janganlah kita memandang rendah pada keupayaan seseorang kerana sikap


sebegitu akan merugikan diri kita sendiri.
Contoh: Adik memandang rendah terhadap keupayaan anak patung merahnya
tanpa dia menyedari bahawa anak patung itu boleh memukul dan mencederakannya.

You might also like