You are on page 1of 2

Sejarah Ulek Mayang

Lagenda menyatakan pada zaman dahulu sekumpulan nelayan telah berperahu


ke laut untuk menangkap ikan. Sedang mereka di tengah laut tiba-tiba ribut
menghambat dari segenap arah membawa ombak yang memukul jong yang
dinaiki. Kesemua nelayan terhumban ke laut yang bergelora dan mereka
terkapai-kapai menyelamatkan diri. Keletihan semakin mencengkam dan
akhirnya mereka beralah dengan kekuasaan ombak yang melambung.
Landaan ribut menjadi reda dan tubuh para nelayan itu dihanyutkan ke pantai.
Ajaibnya seorang demi seorang terjaga dan berasa beruntung kerana
terselamat. Hanya seorang sahaja yang tidak terjaga dan pada mulanya
disangka mati. Apabila diperiksa nyata dia masih bernyawa namun tidak
sedarkan diri. Rakan-rakannya berasa sedih dan mengesyaki bahawa sedang
jasadnya di sini, jiwanya masih berada di alam lain. Mereka memanggil bomoh
untuk menyedarkan kembali rakannya. Bomoh tersebut membaca mantera dan
apabila diseru dia mendapati nelayan itu dipukau oleh Semangat Laut.
Rupa-rupanya seorang Puteri Bunian cuba menduga kesemua nelayan tapi
hanya seorang yang tertawan. Nelayan itu terperangkap dan merayau-rayau di
alam bunian. Bomoh tersebut cuba membawa semangat nelayan kembali ke
dunia namun Puteri itu memanggil bantuan seorang kakaknya. Di tengah-tengah
pertarungan itu, dua lagi kakaknya muncul untuk menjampi. Kemudian muncul
lagi dua orang, menjadi enam kesemuanya. Pertarungan semakin sengit hingga
menggegarkan bumi dan menggolakkan laut. Tatkala medan semakin memuncak
itu muncullah Puteri ke-7, yang sulung, yang jauh lebih rupawan, kuat dan
bijaksana. Bomoh itu mengambil kesempatan dengan merayu kepada Puteri ke7 agar dipulangkan semangat nelayan itu. Menyedari kenakalan adik-beradiknya,
Puteri sulung memerintahkan pertarungan itu dihentikan.
Aku tahu asal-usulmu, kata Puteri ke-7.
Biarkan yang laut pulang ke laut, dan yang darat pulang ke darat.
Bomoh itu mempersembahkan nasi kuning kepada ketujuh-tujuh Semangat
Puteri sebagai tanda terima kasih. Nelayan itu dibebaskan semangatnya dan
kembali sedar.

Lagu Ulek Mayang


Umbut mayang di umbut
Umbut dengan jala-jemala
Ulit mayang diulit
Ulit dengan puterinya satu
Puteri satu berbaju serong
Puteri satu bersanggul sendeng
Puteri satu bersubang gading
Puteri satu berselendang kuning
Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya dua
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggul sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya tiga
Ku tahu asal usul mu
Yang darat balik ke darat
Yang laut balik ke laut
Nasi kuning hamba sembahkan
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala
http://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=3112

You might also like