You are on page 1of 25

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI

(EFF 312)

TUGASAN
JANUARI 2014 SEMESTER

KOD KURSUS

EFF 312

NAMA KURSUS

FONETIK DAN FONOLOGI

PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN

AEU KUDAT

ISI KANDUNGAN
Perkara
PENDAHULUAN

Muka Surat
2

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI


(EFF 312)

1. Transkripsi Fonetik bagi

1.1

Lirik Lagu Bunyi gitar oleh P. Ramlee

1.2

Lirik Lagu Getaran jiwa oleh P. Ramlee

2. Esei bertajuk Penggunaan Bahasa Baku Kurang

9 - 14

Diberi perhatian Di Sekolah Rendah


3. Ringkasan artikel bertajuk Inventori Vokal Dialek

15 - 22

Melayu Kelantan : Satu Penilaian Semula,


oleh Adi Yusran Abdul Aziz (2010)
PENUTUP

23

BIBILIOGRAFI

24

PENDAHULUAN
Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabat baginda. Saya ingin
memanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T di atas hidayah dan pertolongan-Nya, tugasan
bagi kursus Fonetik Dan Fonologi (EFF 312) ini dapat disiapkan sepenuhnya.
Objektif tugasan ini adalah untuk mengaplikasikan pengetahuan fonetik dan ejaan
dalam sistem sebutan dan intonasi; menulis semula sistem bunyi bahasa Melayu berdasarkan
1

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI


(EFF 312)

rumus fonologi generatif; menunjukkan rasa prihatin terhadap kepentingan sistem bahasa
baku; membuat justifikasi sumbangan fonetik dan fonologi terhadap perkembangan bahasa
Melayu; seterusnya mengenal pasti permasalahan dan perbezaan yang wujud dalam
pendekatan fonetik dan fonologi bahasa Melayu.
Tugasan ini mengkehendaki pelajar menyelesaikan tiga kehendak soalan tugasan yang
bermula dengan lirik lagu Bunyi gitar dan Getaran jiwa (oleh P. Ramlee) dalam bentuk
Transkripsi Fonetik; diikuti dengan penulisan esei bertajuk Penggunaan Bahasa Baku
Kurang Diberi perhatian Di Sekolah Rendah; seterusnya diikuti dengan ringkasan
artikel bertajuk Inventori Vokal Dialek Melayu Kelantan : Satu Penilaian Semula
oleh Adi Yusran Abdul Aziz.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan ribuan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini terutamanya
kepada pihak pensyarah dan penyelia tugasan di atas tunjuk ajar kalian. Ucapan ribuan
terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah meluangkan masa untuk
menjalankan sesi kolaborasi bersama. Kerjasama dan keperihatinan semua pihak amat saya
hargai.
Sesungguhnya, tugasan ini memberi banyak pendedahan kepada diri saya tentang
lambang-lambang fonetik dan fonologi sejagat dengan penekanan khusus terhadap bunyibunyi bahasa Melayu dan juga kaitan fonetik dan fonologi bahasa Melayu dengan sebutan
baku serta sistem ejaan bahasa Melayu. Semoga Allah S.W.T. memberkati usaha murni ini
dalam meneroka dunia ilmu yang perlu dimanfaatkan sebaiknya.
Disediakan oleh :
SIJARA@ZAHARAH BT MOKTI

26 Mac 2014M

690506125566
AEU Kudat
1.

Lirik Lagu Bunyi Gitar Dan Getaran Jiwa Oleh P. Ramlee Dalam Bentuk
Transkripsi Fonetik.
Lirik Lagu Bunyi Gitar (Oleh P.Ramlee)

Oh bunyi gitar
Irama twist
Tidak sabar

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI


(EFF 312)

Si gadis manis
Dengar lagu rancak gembira
Hatinya rindu tergoda
Ingin dapat teman
Menari suka ria
Sungguh merdu
Lagu ini
Siapa mahu
Boleh menari
Pilih satu teman sendiri
Ataukah si hitam manis
Kalau sudi mari, kita menari twist
Oh gitar berbunyi
Menawan hati sedang berahi
Oh rancaknya irama
Dapat mikat sukma
Gadis dan teruna
Mari cari teman gembira
Gitar solo, Dan melodi
Ikut tempo
Kalau menari
Sila adik,
sila cik abang
Marilah kita berdendang
Irama gembira
Hati jadi riang
1.1

Transkripsi Fonetik bagi lirik lagu Bunyi Gitar (Oleh P.Ramlee)

Oh bunyi gitar : [#oh bui gitar#]


Oh : [#oh]

bunyi : [#bu#]

gitar : [#gitar#]

Irama twist : [#iramaa twis#]


Irama : [#iramaa#]

twist : [#twis#]

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI


(EFF 312)

Tidak sabar : [#tida sabar#]


Tidak : [#tida#]

sabar : [#sabar#]

Si gadis manis : [#si gadis maans#]


Si : [#si#]

gadis : [#gadis#]

manis : [#maans#]

Dengar lagu rancak gembira : [#daar lagu rana gmbira#]


Dengar : [#deaar#]

lagu : [#lagu#]

rancak : [#rana#]

gembira :

[#gmbira#]
Hatinya rindu tergoda : [#hatia rindu trgoda#]
Hatinya : [#hatia#]

rindu: [#rindu #]

tergoda : [#trgoda#]

Ingin dapat teman : [#in dapat tmaan#]


Ingin : [#in#]

dapat : [#dapat#]

teman : [#tmaan#]

Menari suka ria : [#mnaari suka ria #]


Menari : [#mnaari#]

suka : [#suka#]

ria : [#ria#]

Sungguh merdu : [#suguh mrdu#]


Sungguh : [#suguh#]

merdu : [#mrdu#]

Lagu ini : [#lagu in#]


Lagu: [#lagu#]

ini : [#in#]

Siapa mahu : [#siapa maahu#]


Siapa : [#siapa#]

mahu : [#maahu#]

Boleh menari : [#boleh mnaari#]


Boleh : [#boleh#]

menari : [#mnaari]

Pilih satu teman sendiri : [#pilih satu tmaan sndiri#]


4

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI


(EFF 312)

Pilih : [#pilih#]

satu : [#satu#]

teman : [#tmaan#]

sendiri : [sndiri]

Ataukah si hitam manis : [#ataukah si hitam maans#]


Ataukah : [#ataukah #]

si : [#si#]

hitam : [#hitam#]

manis : [#maans#]

Kalau sudi, : [#kalau sudi#]


Kalau : [#kalau#]

sudi : [#sudi#]

Mari kita menari twist : [#maari kita mnaari twis#]


Mari : [#maari#]

kita : [#kita#]

menari : [#mnaari#]

twist : [#twis#]

Oh gitar berbunyi : [#oh gitar brbui#]


Oh : [#oh#]

gitar : [#gitar#]

berbunyi : [#brbui#]

Menawan hati sedang berahi : [#mnaawan hati sda brahi#]


Menawan : [#mnaawan#]

hati : [#hati#] sedang : [#sda#]

berahi : [#brahi#]

Oh rancaknya irama : [#oh ranaa iramaa#]


Oh : [#oh#]

rancaknya : [#ranaa#]

irama : [#iramaa#]

Dapat mikat sukma : [#dapat mkat sumaa#]


Dapat : [#dapat#]

mikat : [#mikat#]

sukma : [sumaa#]

Gadis dan teruna : [#gadis dan trunaa#]


Gadis : [#gadis#]

dan : [#dan#]

teruna : [trunaa#]

Mari cari teman gembira : [#maari ari tmaan gmbira#]


Mari : [#maari#]

cari : [#ari#]

teman : [#tmaan#]

gembira : [#gmbira#]

Gitar solo : [#gitar solo#]


Gitar : [#gitar#]

solo: [#solo#]

Dan melodi : [#dan melodi#]


5

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI


(EFF 312)

Dan : [#dan#]

melodi : [#melodi#]

Ikut tempo : [#ikut tempo#]


Ikut : [#ikut#]

tempo : [#tempo#]

Kalau menari : [#kalau mnaari#]


Kalau : [#kalau#]

menari : [#mnaari#]

Sila adik, : [#sila adi#]


Sila : [#sila#]

adik, : [#adi#]

sila cik abang : [#sila i aba#]


sila : [#sila#]

cik : [#i#]

abang :[#aba#]

Marilah kita berdendang : [#maarilah kita brdenda#]


Marilah : [#maarilah#]

kita : [#kita#]

berdendang : [#brdenda#]

Irama gembira : [#iramaa gmbira#]


Irama : [#irama]

gembira : [#gmbira#]

Hati jadi riang : [#hati jadi ria#]


Hati : [#hati]

jadi : [#jadi#]

riang : [#ria#]

Lirik Lagu Getaran Jiwa (Oleh P.Ramlee)


Getaran jiwa
Menlanda hatiku
Tersusun nada
Irama dan lagu
Walau hanya sederhana

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI


(EFF 312)

Tetapi tak mengapa


Moga dapat membangkitkan
Sedarlah kamu wahai insan
Tak mungkin hilang
Irama dan lagu
Bagaikan kembang
Sentiasa bermadu
Andai dipisah
Lagu dan irama
Lemah tiada berjiwa Hampa
1.2

Transkripsi Fonetik bagi lirik lagu Getaran Jiwa (Oleh P.Ramlee)

Getaran jiwa : [#gtaran jiwa#]


Getaran : [#gtaran#]

jiwa : [#jiwa#]

Menlanda hatiku : [#mlanda hatiku#]


Menlanda : [#mlanda#]

hatiku : [#hatiku#]

Tersusun nada : [#trsusun naada#]


Tersusun : [#trsusun#]

nada : [#naada#]

Irama dan lagu : [#iramaa dan lagu#]


Irama : [#iramaa#]

dan : [#dan#]

lagu : [#lagu#]

Walau hanya sederhana : [#walau haa sdrhanaa#]


Walau : [#walau#]

hanya : [#haa#]

sederhana :[#sdrhanaa#]

Tetapi tak mengapa : [#ttapi ta mapa#]


Tetapi : [#ttapi#]

tak : [#ta#]

mengapa : [#mapa#]

Moga dapat membangkitkan : [#moga dapat mmbakitkan#]


Moga : [#moga #]

dapat : [#dapat#]

membangkitkan : [#mmbakitkan#]

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI


(EFF 312)

Sedarlah kamu wahai insan : [#sdarlah kamu wahai insan#]


Sedarlah : [#sdarlah#]

kamu : [#kamu#]

wahai : [#wahai#]

insan : [#insan#]

Tak mungkin hilang : [#ta mukin hila#]


Tak : [#ta#] mungkin : [#mukin#]

hilang : [#hila#]

Irama dan lagu : [#iramaa dan lagu#]


Irama : [#iramaa#]

dan : [#dan#]

lagu : [#lagu#]

Bagaikan kembang : [#bagaikan kmba#]


Bagaikan : [#bagaikan#]

kembang : [#kmba#]

Sentiasa bermadu : [#sntiasa brmadu#]


Sentiasa : [#sntiasa#]

bermadu : [bermadu]

Andai dipisah : [#andai dipisah#]


Andai : [#andai#]

dipisah : [#dipisah#]

Irama dan lagu : [#iramaa dan lagu#]


Irama : [#iramaa#]

dan : [#dan#]

lagu : [#lagu#]

Lemah tiada berjiwa hampa : [#lmaah tiada brjiwa hampa#]


Lemah : [#lmaah#]

tiada : [#tiada#]

berjiwa : [#brjiwa#]

Hampa : [#hampa#]

2. Esei bertajuk :
Penggunaan Bahasa Baku Kurang Diberi perhatian Di Sekolah Rendah
Bahasa melambangkan identiti bangsa dan sesebuah negara itu. Bahasa jua menjadi
wahana atau medium yang sangat penting untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu.
Boleh dikatakan bahawa bahasa itu tonggak tamadun bangsa dan melambangkan jati diri
bangsa. Bagi negara kita tercinta, bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan adalah bahasa
Melayu. Bahasa Melayu memainkan peranan penting dalam menyatupadukan masyarakat

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI


(EFF 312)

majmuk yang berbilang kaum. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengekalkan penggunaan
bahasa Melayu sekaligus memupuk rasa cinta dan sayangkan bahasa Melayu dalam
kehidupan masa kini mahupun masa hadapan. Dalam memperkasakan bahasa Melayu, kita
perlu menyedari bahawa bahasa Melayu itu perlu digunakan dalam bentuk bahasa Melayu
baku. Secara sedar atau tidak, pembakuan bahasa Melayu ini pada hakikatnya telah
menyumbang ke arah perpaduan rakyat di negara kita. Apakah yang dimaksudkan dengan
pembakuan bahasa? Pasti ramai individu yang kurang arif tentang definisi pembakuan
bahasa. Jika kita lihat definisi yang ditegaskan oleh Awang Sariyan (1966 : 3), pembakuan
bahasa ialah usaha, tindakan atau proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan
yang dapat menjadi dasar ukuran. Namun, usaha memperkasakan bahasa Melayu baku ini
memerlukan gandingan kerjasama kuat oleh semua pihak supaya tidak dihalangi oleh
masalah kerancuan bahasa mahu pun pencemaran bahasa. Saya mengatakan hal yang
demikian kerana usaha mempertingkatkan penggunaan bahasa Melayu baku menghadapi
cabaran hebat dalam banyak situasi dan peringkat lapisan masyarakat. Isu ini termasuklah
penggunaan bahasa Melayu baku kurang diberi perhatian di sekolah rendah.
Kerancuan bahasa dan pencemaran bahasa sering menghalangi proses pembakuan
bahasa Melayu. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga mentakrifkan perkataan kerancuan
sebagai keadaan rancu (tidak teratur dsb); kekacauan. Kerancuan bahasa pula bermaksud
kekacauan bahasa akibat kekeliruan oleh pengguna bahasa serta kesan buruk terhadap usaha
dalam menstandardkan bahasa Melayu . Manakala Dr. Nik Safiah Karim (1986) telah
mendefinisikan pencemaran bahasa sebagai penggunaan bahasa yang melanggar peraturanperaturan bahasa yang telah dipersetujui sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau
susunan frasa dan ayat.
Saya amat bersetuju dengan pernyataan bahawa penggunaan bahasa baku
kurang diberi perhatian di sekolah rendah. Ini kerana fenomena tersebut turut berlaku di
sekolah tempat saya bertugas. Melalui pengalaman dan pemerhatian saya ke atas penggunaan
bahasa baku di sekolah, saya dapati penggunaannya amat terhad oleh kalangan sebahagian
pelajar sehingga menunjukkan wujudnya kesukaran untuk menguasai bahasa Melayu baku.
Penggunaan bahasa baku hanya dititikberatkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dan ketika program-program bahasa Melayu dijalankan seperti Minggu Bahasa Melayu.
Hanya pelajar-pelajar aras satu dalam mata pelajaran bahasa Melayu sahaja yang mampu
menggunakan bahasa baku dengan betul. Saya juga dapati masalah yang dihadapi oleh
sebahagian pelajar ini dalam menggunaan bahasa baku adalah masalah kerancuan bahasa
dalam bentuk bahasa pasar atau bahasa basahan. Bahasa pasar ialah bahasa yang
9

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI


(EFF 312)

digunakan dalam percakapan seharian. Para pelajar di situ menjadi kelaziman mereka
bertutur dalam bahasa pasar atau juga dikenali sebagai bahasa pidgin (rojak) sehinggakan
menggunakannya semasa menjalani proses pembelajaran. Sebagai contoh, ayat-ayat bahasa
Melayu yang dibina oleh beberapa orang pelajar :
i.

Farhan ndak (tidak) mau (mahu) melanggar perintah ibu lagi.

ii.

Lelaki itu balik-balik (sering kali) mencuri wang orang lain.

iii.

Kelihatan dari jauh kilat (halilintar) sambung-menyambung (sabungmenyabung).

iv.

Bisuk mulai sudah sekolah (Besok sekolah akan bermula.).

v.

Jangan kasi besar suara kamu (Jangan besarkan suara kamu).

Tindakan ini menyebabkan terbantutnya penguasaan ke atas bahasa Melayu baku yang betul
di kalangan pelajar tersebut. Punca utama berlakunya kerancuan bahasa di sekolah tempat
saya bertugas adalah gangguan daripada bahasa pasar yang dituturkan dalam kehidupan
seharian.
Di samping itu, saya turut mendapatkan pandangan dan maklumat tentang pernyataan
Penggunaan bahasa Melayu baku kurang diberi perhatian di sekolah rendah melalui temu
bual bersama dua orang guru bahasa Melayu di salah sebuah sekolah rendah. Kedua guru
tersebut hanya ingin dikenali dengan guru A dan guru B. Mereka telah memberi kerjasama
yang baik sepanjang temubual tersebut. Maklumat pertama saya perolehi daripada guru A
dan B adalah mereka bersependapat bahawa penggunaan bahasa Melayu Baku di
sekolah mereka kurang diberi perhatian sewajarnya sama ada kalangan guru-guru
mahu pun para pelajar. Melalui pemerhatian Guru A dan B, mereka dapati semasa guruguru menyampaikan pengumuman atau peringatan di tapak perhimpunan, bahasa yang
mereka gunakan adalah bahasa Melayu baku yang bercampur aduk dengan bahasa pasar.
Mereka tidak menggunakan bahasa baku sepenuhnya, sebaliknya diselit dengan kata-kata
dari bahasa pasar. Sebagai contoh :
i.

Baiklah murid-murid, tolong berenti (berhenti) bercakap ketika guru


menyampaikan maklumat penting.

ii.

Saya taulah (maklum/tahu) kamu mo (murid-murid ingin) cepat siap


(perhimpunan segera selesai), tapi kalau ya pun (meskipun begitu, saya
berharap) bagi dulu (supaya kamu boleh berikan) perhatian untuk beberapa
minit lagi;

iii.

Apabila waktu rehat tiba, murid-murid diingatkan supaya tidak bertolak10

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI


(EFF 312)

tolak waktu turun tangga (berebut-rebut sewaktu melalui tangga).


iv.

Siapa balik-balik (Sesiapa yang kerap) buang (membuang) sampah dalam


bilik darjah, nanti cikgu repot sama bapa mama dia (cikgu akan
melaporkannya kepada ibu bapa kamu).

v.

Sanang-sanang ja(Dengan sewenang-wenangnya ada murid telah) kamu


kasi kotor (mengotorkan) kawasan kantin sekolah.

Maklumat kedua, Guru A menyatakan bahawa para pelajar di situ hanya


menggunakan bahasa Melayu baku apabila di minta untuk membuat karangan bahasa,
sewaktu aktiviti menyampaikan pelbagai bentuk teks dijalankan,. Namun, Guru A
sempat menjelaskan bahawa karangan yang dibina oleh sebahagian pelajar masih
menggunakan bahasa pasar dalam membina ayat demi ayat. Selain aktiviti tersebut, majoriti
pelajar lazimnya menggunakan bahasa pasar dalam pertuturan seharian. Pelajar-pelajar
yang sering menggunakan bahasa pasar ini kebanyakannya terdiri daripada pelajarpelajar yang mempunyai masalah kerancuan dalam tatabahasa seperti kurang kosa kata
baku yang betul, tidak menguasai penggunaan kata dalam ayat dengan baik, tidak menguasai
penggunaan kata sendi dan juga tidak menguasai penggunaan adalah atau ialah.
Walaubagaimanapun pelajar-pelajar yang dapat menguasai tatabahasa Melayu sentiasa
menggunakan bahasa Melayu baku dengan betul. Berikut adalah contoh-contoh kesalahan
tatabahasa dan kesalahan bahasa Melayu baku yang sering dilakukan oleh pelajar-pelajar
tersebut :
Kesilapan penggunaan kata dalam ayat bersama penggunaan bahasa pasar :i.

Punya berbagai barang di kedai itu. (Ada pelbagai barang di kedai itu.)

ii.

Saya dibagi sebuah buku. (Sebuah buku diberikan kepada saya)

iii.

Saya membagi Ibu sehelai tudung. (Saya memberikan sehelai tudung kepada ibu.)

Kesilapan penggunaan kata sendi bersama penggunaan bahasa pasar :i. dimana-mana saja (di mana-mana sahaja.)
ii. dijaman ini (pada zaman ini.)
iii. Beg di gendong oleh abang. (Beg digalas oleh abang.)
Kesilapan penggunaan adalah atau ialah bersama penggunaan bahasa pasar :i. Utan adalah ciptaan Allah. (Hutan ialah ciptaan Allah).
ii. Suar itu ialah bersih. (Seluar itu adalah bersih.)
iii. Usaha yang dibuat adalah membanyakkan risalah. (Usaha yang dijalankan ialah
memperbanyakkan risalah.
11

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI


(EFF 312)

iv. Adalah dibagitahu bahawa . (Dengan ini dimaklumkan bahawa.)


v. Para ustad dan ustajah adalah dipelawa (Para ustaz dan ustazah dipelawa.)
Seterusnya maklumat ketiga pula ditambah lagi oleh Guru B. Beliau menjelaskan
tentang faktor-faktor penyebab kerancuan bahasa mahupun kerancuan tatabahasa yang
berlaku di sekolah tempat beliau bertugas. Faktor pertama adalah gangguan daripada bahasa
bahasa pasar. Ia amat mempengaruhi penggunaan kosa kata dalam kehidupan seharian.
Bahasa pasar mampu menukarkan perkataan-perkataan baku kepada perkataan-perkataan
yang berbeza dari sudut sebutan dan ejaannya. Majoriti pelajar pula sejak kecil mereka
bertutur menggunakan bahasa pasar yang dituturkan oleh ibu bapa mereka dan juga
masyarakat sekeliling mereka. Sudah tentu penggunaan bahasa pasar amat memberi kesan ke
atas penggunaan bahasa Melayu baku sehingga menganggap bahasa pasar itu sememangnya
betul dan tergolong dalam bahasa Melayu baku. Faktor yang kedua pula, para pelajar
kurang pendedahan kepada kosa kata Melayu baku. Ini termasuklah kurangnya kesedaran
bahawa amalan membaca itu penting untuk mendedahkan diri kepada pelbagai kosa kata
Melayu baku yang betul. Para pelajar masih tidak mengenali bahasa Melayu sepenuhnya
sama ada dari sudut sejarahnya, kelebihannya, kepentingannya, keunikannya dan yang paling
utama tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk memelihara bahasa Melayu sejak
dahulu, sekarang dan masa akan datang. Faktor yang ketiga, pelajar membaca bahan bacaan
yang banyak kesalahan bahasa di dalamnya. Sebagai contoh mereka ada yang membaca
buku-buku komik. Buku komik biasanya menggunakan bahasa-bahasa pasar kerana ia lebih
ringkas untuk para pembacanya. Ini juga berpotensi mencemarkan bahasa Melayu baku
sehingga penggunannya kurang diberi perhatian dalam kalangan sebahagian pelajar. Selain
itu bahan bacaan untuk para pelajar selalunya terdiri daripada buku-buku rujukan bahasa
Melayu sebagai contoh buku teks bahasa Melayu, buku rujukan karangan bahasa Melayu,
buku rujukan tatabahasa Melayu. Ini menunjukkan kepada kita bahawa penggunaan bahan
bacaan yang pelbagai boleh membuatkan para pelajar keliru dengan huraian yang berbezabeza. Bagi pelajar yang tidak bermasalah dalam pembelajaran bahasa Melayu, mereka
mempunyai peluang cerah untuk memahami sesuatu topik. Sebaliknya, bagi pelajar yang
mempunyai masalah pembelajaran bahasa Melayu, mereka cenderung kepada kekeliruan dan
sukar memahami sesuatu topik. Seterusnya faktor yang keempat, para pelajar tidak
mengetahui sistem bahasa dari sudut ejaan dan juga bunyi. Apabila tidak mengetahui ejaan
dan bunyi sesuatu perkataan yang betul, sudah tentu pelajar mengambil tindakan untuk
memilih ejaan yang biasa digunakan dalam bahasa pasar dan mula menganggapnya itu ejaan
12

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI


(EFF 312)

dan bunyi yang betul. Sebagai contoh : sarikat (syarikat), membukak pintu (membuka
pintu), ndak mau (tidak mahu).
Demikianlah pendapat serta huraian yang sangat jelas oleh kedua orang Guru A dan
B. Mereka telah berkongsi tentang sejauh mana penggunaan bahasa Melayu baku digunakan
di sekolah rendah tempat mereka bertugas dengan huraian tentang masalah-masalah yang
melanda bahasa Melayu baku, faktor-faktor yang menjadi penyebab kepada penggunaan
bahasa baku kurang diberi perhatian di sekolah rendah seterusnya menyediakan contoh bagi
setiap masalah kerancuan bahasa dan juga kerancuan tatabahasa.
Awang Sariyan (1994) berkata : Salah satu punca utama terjadinya kerancuan
bahasa kita ialah wujudnya manusia yang bukan ahli tempat yang menentukan nasib bahasa
Melayu itu sendiri.Wajarkah kita menyalahkan para pelajar yang lemah dalam penguasaan
bahasa jika bahasa yang diajarkan memang bahasa yang kacau dan dijalankan pula oleh
manusia yang belum benar-benar mahir dalam selok-belok bahasa?. Kata-kata Awang
Sariyan menyedarkan kita bahawa kerancuan bahasa telah berlaku sejak dahulu lagi
sehinggalah sekarang dan berpotensi untuk berlaku pada masa hadapan. Namun, usaha
pembakuan bahasa Melayu perlu diteruskan supaya mutu bahasa Melayu sama ada lisan
atau tulisan sentiasa terpelihara, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan tidak tergugat, bahasa Melayu yang indah tidak dipinggirkan oleh generasi
Melayu; masyarakat Melayu akan lebih mengagungkan bahasa Melayu daripada bahasa
asing dan tidak berasa malu untuk bertutur dalam bahasa Melayu.
Terdapat beberapa cadangan untuk memaksimakan penggunaan bahasa Melayu
baku di sekolah rendah antaranya guru-guru perlu menunjukkan contoh kepada pelajar
dengan kerap menggunakan bahasa baku sama ada dalam bilik darjah mahupun di luar bilik
darjah. Guru-guru seharusnya elak daripada menggunakan bahasa pasar bimbang nanti
pelajar pun akan ikut jejak guru. Guru perlu cetus perubahan daripada celik bahasa pasar
kepada persekitaran celik bahasa Melayu baku. Usaha untuk menjernihkan kekeliruan dan
kekabutan perlu segera dilakukan bukan sahaja oleh guru-guru bahasa Melayu, malah semua
guru dan juga pihak ibu bapa pelajar perlu menggalakkan anak-anak mereka supaya rajin
membaca pelbagai bahan bacaan bermanfaat dalam bahasa Melayu untuk meluaskan lagi
kosa kata bahasa Melayu baku. Pihak sekolah pula sebaiknya merancang aktiviti-aktiviti
bahasa seperti bulan bahasa Melayu, pertandingan menulis esei, pertandingan bercerita,
pertandingan deklamasi sajak, pertandingan syarahan, kuiz bahasa Melayu, pertandingan
menghasilkan folio kosa kata bahasa Melayu dan banyak lagi aktiviti bertujuan memupuk
rasa cinta dan tanggungjawab memelihara bahasa Melayu. Selain itu, penguatkuasaan dan
13

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI


(EFF 312)

pengawasan secara bersepadu oleh semua pihak berwajib adalah perlu untuk memastikan
supaya bahasa Melayu baku sebagai bahasa kebangsaan dihormati penggunannya. Ini
termasuklah penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar nombor satu di sekolahsekolah rendah, sekolah-sekolah menengah, institusi-institusi pengajian tinggi seterusnya di
jabatan-jabatan kerajaan mahupun swasta. Sebagai contoh, bahasa Melayu digunakan dalam
surat rasmi, mesyuarat, ucapan, taklimat, serta digunakan pada papan iklan, papan
perniagaan, nama tempat, jalan bangunan dan sebagainya. Selain itu, pihak media cetak dan
elektronik perlu menyekat penggunaan bahasa yang tidak mengikut sebutan baku bagi
mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pendengar, penutur dan pengguna bahasa Melayu.
Pihak media sangat dituntut untuk memberi kerjasama ke arah memartabatkan bahasa
Melayu yang bersih daripada kerancuan bahasa atau sebarang pencemaran bahasa.
Daripada perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa penguasaan bahasa
oleh generasi muda kita bermula dengan pelajar-pelajar sekolah rendah sehingga semua
lapisan masyarakat perlulah dipertingkatkan dari masa ke semasa supaya tidak berlaku lagi
isu penggunaan bahasa baku kurang diberi perhatian di sekolah rendah. Sesungguhnya,
pembakuan bahasa di sekolah rendah sering dilanda masalah kerancuan bahasa dan juga
kerancuan tatabahasa. Barisan guru dan ibu bapa pelajar perlu memberi galakan kepada para
pelajar supaya mengamalkan budaya membaca bahan-bahan bacaan ilmiah dalam bahasa
Melayu bsgi memperbanyakkan kosa kata bahasa Melayu baku.Guru-guru dan ibu bapa juga
perlu memupuk rasa cintakan bahasa Melayu dalam diri pelajar atau anak-anak sekalian.
Sesungguhnya

bahasa

Mealayu

itu

melambangkan

maruah

negara

bangsa

serta

menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara kita.

3. Ringkasan Artikel
Tajuk Artikel

: Inventori Vokal Dialek Melayu Kelantan : Satu Penilaian Semula

Penulis Artikel : Adi Yusran Abdul Aziz (2010)


Sumber

: Universiti Putra Malaysia, Jurnal Persatuan Linguistik, 11. Pp. 1-19. IS


1823-9242

Tujuan Kajian dan Kaedah Pengumpulan Data

Kajian ini bertujuan menilai semula dan memberikan penjelasan terhadap

14

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI


(EFF 312)

inventori vokal dalam dialek Kelantan yang menimbulkan banyak persilisihan


pendapat dalam kalangan pengkaji. Aspek yang dikaji ialah aspek segmen vokal dialek
Kelantan yang terdiri daripada fonem dan bukan fonem, vokal oral sengau, serta penggunaan
simbol vokal International Phonetic Alphabet (IPA).
Manakala kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh penyelidik ialah
menggunakan data berbentuk dokumen. Dokumen ialah segala bahan tertulis mahupun
filem yang sudah tersedia pada tempat tertentu (Noeng, 2000). Penyelidik menggunakan
analisis dokumen bagi mendapatkan data secara objektif melalui dokumen. Dalam kajian ini,
aspek segmen vokal dialek Kelantan yang terdiri daripada fonem dan bukan fonem, vokal
oral sengau, serta penggunaan simbol vokal International Phonetic Alphabet (IPA) dianalisis
dengan menggunakan pendekatan fonologi generatif. Data kajian terdiri daripada sumber
sekunder yang diperoleh daripada kajian kepustakaan.

Dapatan Kajian
Dapatan kajian yang terkandung dalam artikel ini atau yang diperolehi oleh
penyelidik antaranya adalah :
i. Inventori Vokal Dialek Kelantan
Berdasarkan ciri fonologi generatif, inventori vokal lazimnya disusun berdasarkan
posisi lidah di dalam rongga oral, iaitu tinggi, tengah (di antara tinggi dan rendah), dan
rendah yang disusun secara menegak, manakala depan, tengah (di antara depan dan
belakang), dan belakang, disusun melintang seperti yang ditunjukkan di bawah Inventori
vokal Dialek Kelantan :
15

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI


(EFF 312)

Rajah 1 : Inventori vokal Dialek Kelantan

Rajah 1 menunjukkan ada enam fonem vokal dalam Dialek Kelantan. Teoh (1994)juga
bersetuju dengan enam fonem vocal tetap tidak sama dengan susunan inventori vokal yang
berdasarkan ciri fonetik sebagaimana yang terkandung dalam The International Phonetic
Alphabet (IPA). Susunan melintang mengikut IPA adalah berdasarkan ruang antara artikulator
lidah dengan titik artikulasi, iaitu sempit, separuh sempit, separuh luas, dan luas yang tidak
digunakan sebagai fitur distingtif dalam analisis fonologi. Kebanyakan analisis fonologi
terkini, kedudukan tinggi, tengah, rendah, depan, dan belakang tidak lagi dinyatakan secara
bertulis kerana ia boleh difahami dengan melihat susunan fonem tersebut. Fitur tinggi,
rendah, belakang yang dianggap sebagai fitur asas dalam teori fonologi generatif oleh
Chomsky dan Halle (1968) boleh dilihat secara jelas dalam carta di atas, tetapi terdapat dua
lagi fitur yang turut memainkan peranan penting dalam analisis fonologi yang tidak
ditunjukkan dalam carta tersebut, iaitu fitur bundar dan advanced tongue root [ATR] atau
pangkal lidah ke depan.

ii. Fitur Distingtif Bagi Fonem Vokal


Dalam analisis fonologi generatif model linear, keseluruhan fitur-fitur vokal yang
dinyatakan di atas direpresentasikan dalam jadual matriks fitur seperti berikut :

16

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI


(EFF 312)

Jadual 1 : Matriks Fitur Dialek kelantan

Jadual di atas menunjukkan fitur-fitur asas vokal, iaitu tinggi, rendah, dan belakang
adalah seperti yang ditunjukkan dalam inventori vokal Dialek Kelantan.. Fitur bundar pula
dinilai berdasarkan kedudukan dua bibir. Jika dua bibir dibundarkan maka fiturnya [+bundar],
jika dua bibir dihamparkan maka fiturnya ialah [-bundar]. Manakala bagi fitur [ATR] pula,
apabila pangkal lidah dikedepankan maka fiturnya adalah [+ATR], jika pangkal lidah
dikebelakangkan maka fiturnya adalah [-ATR]. Fitur [ ATR] ini penting bagi membezakan
vokal tengah-tinggi /e/ dan /o/ yang mempunyai fitur [+ATR] dengan vokal tengah-rendah
dan yang mempunyai fitur [-ATR] (Roca & Johnson 1999). Fonem vokal tengah // dan /a/
secara fonologinya boleh menjadi [+ATR] atau [-ATR] bergantung kepada perilaku fonologi
dalam bahasa tersebut (Spencer 1996; Howe 2003). Berdasarkan perilaku fonologi dalam
Dialek Kelantan, // berfitur [+ATR] manakala /a/ berfitur [-ATR]. Pendapat ini selaras
dengan pendapat dan data yang dikemukakan oleh Teoh (1994) dan juga selaras dengan
kebanyakan bahasa lain di dunia. Perilaku fonologi Dialek Kelantan bagi fitur [

ATR] boleh

dilihat dalam fenomena harmoni vokal. Ciri kendur atau lax dan tegang atau tense juga
dimasukkan dalam jadual di atas kerana ia diperlukan dalam kajian ini. Ia ditandakan ( )
bagi menunjukkan bahawa ia adalah fitur distingtif unari. Bagaimanapun dalam matriks fitur
tidak terdapat fitur tengah dan depan kerana ia tidak diperlukan dalam
analisis fonologi. Ia boleh digambarkan dengan cara memberikan nilai positif [+] dan negatif
[-] pada fitur-fitur asas yang disebutkan tadi.
iii. Vokal terbitan dalam Dialek Kelantan,

17

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI


(EFF 312)

Vokal terbitan dalam Dialek Kelantan, iaitu vokal

. Segmen vokal

[] dan [] kedua-duanya mempunyai banyak persamaan dari segi fitur, iaitu [-tinggi], [rendah], [-ATR], dan [kendur], manakala segmen vokal [] pula berfitur [+rendah],
[+belakang], dan [tegang]. Kedua-dua vokal [, ] adalah vokal terbitan dan bukan berstatus
fonem dalam Dialek Kelantan. Pendapat ini adalah berdasarkan beberapa generalisasi
fonologi. Pertama, fonem vokal dialek-dialek Melayu biasanya sama dengan fonem vokal
bahasa induknya, iaitu bahasa Melayu (BM) kerana wujudnya saling memahami antara
penutur dialek-dialek tersebut dan bentuk fonetik yang dihasilkan itu adalah direalisasikan
daripada bentuk fonemik yang sama. Setakat ini, ahli bahasa Melayu sepakat mengatakan
bahawa fonem BM hanya ada enam sahaja, iaitu /i, e, , a, o, u/. Kedua, kehadiran segmen
vokal [, ] dalam kata adalah mudah diramal. Mengikut data yang terdapat dalam Dialek
Kelantan tiga kemungkinan kehadiran [] dan [], iaitu [] yang direalisasikan daripada /e/
(misalnya : /gelek/

[ge.le ]), /ai/ dan /ia/ di tengah kata (misalnya : /haiyan/

/biasa /

]. Manakala segmen vokal [ ] pula direalisasikan daripada /o/ (misalnya :

/botol/

[b.t:]) atau /au/ dan /ua/ di tengah kata (misalnya : /taubat/

[t .ba ], /buaia/

[b.j). Bagaimanapun Teoh (1994) mengemukakan pandangan yang berbeza daripada


pengkaji-pengkaji sebelumnya dengan mengatakan bahawa vokal /i, u/ pada suku kata akhir
tertutup direalisasikan sebagai vokal kendur (laxing vowel) [I, U] bukannya vokal tegang [e,
o]. Beliau beranggapan bahawa perealisasian /i, u/ kepada [e, o] pada suku kata akhir
tertutup, jarang berlaku dan boleh dianggap sebagai kekecualian. Contoh yang diberikan oleh
beliau adalah seperti di bawah :

Rajah 2 : Perealisasian segmen vokal [I, U] oleh Teoh (1994)

Penyelidik berpendapat bahawa transkripsi fonetik yang betul bagi data di atas
ialah [bi.si], [lu.kih], [hi.do], dan [tu.to]. Hanya Teoh (1994) pengkaji yang
menggunakan kedua-dua segmen vokal ini dalam data mereka. Namun bagi penyelidi kajian
ini, kedua-dua bunyi vokal ini tidak dituturkan oleh penutur asli Dialek Kelantan. Data yang

18

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI


(EFF 312)

digunakan oleh Teoh (1994) di atas agak meragukan dan mungkin bersifat ideolek. Teoh juga
menamakan bahasa Okpe, salah satu bahasa Benue-Congo yang dituturkan di Nigeria,
contohnya berlaku pengenduran vokal seperti ini. Hoffman 1973 (dlm. Casali 1996)
beranggapan bahawa dalam bahasa Okpe, segmen vokal

[I,

U]

hanya wujud dari segi

fonologinya, tetapi masih [e, o] dari segi fonetiknya. Ini disebabkan kehadiran vokal tersebut
ditentukan oleh harmoni vokal. Harmoni vokal ialah satu perlakuan fonologi yang
menunjukkan vokal-vokal berdekatan dalam satu medan (biasanya perkataan) berkongsi satu
nilai yang sama bagi fitur atau fitur-fitur distingtif tertentu (Bakovic, 2003). Setelah Setelah
dianalisis kesemua data Dialek Kelantan, didapati fitur yang boleh dikongsi bersama seperti
dalam definisi harmoni vokal di atas ialah [ ATR]. Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa
harmoni vokal Dialek Kelantan merupakan satu perlakuan fonologi yang menunjukkan
segmen-segmen vokal berdekatan dalam satu perkataan berkongsi satu nilai yang sama bagi
fitur [ATR]. Bagaimanapun Teoh (1994) mendakwa bahawa terdapat rumus fonologi dalam
Dialek Kelantan yang menyatakan bahawa vokal akan menjadi [-ATR] dalam suku kata akhir
tertutup kata dasar. Berdasarkan data DK yang diberikan Teoh, vokal suku kata akhir tertutup
Dialek Kelantan boleh terdiri daripada [I, U,

, , a, ] yang bersamaan dengan semua vokal

terbitan kecuali [a]. Ini bermakna beliau melihat fenomena yang berlaku dalam skop yang
lebih sempit daripada harmoni vokal yang melampaui batas suku kata. Ini bermakna
penjelasan berdasarkan harmoni vokal adalah lebih berpada.
Berdasarkan prinsip harmoni vokal ini, data yang diberikan oleh Teoh di atas
menunjukkan bahawa segmen vokal dalam kedua-dua suku kata adalah tidak harmoni. Dalam
suku kata pertama [i, u] adalah berfitur [+ATR], sedangkan vokal dalam suku kata kedua

[I, U]

berfitur [-ATR]. Kaedah analisis berdasarkan harmoni vokal telah terbukti berkesan. Bagi
tujuan tersebut, kaedah ini juga digunakan ke atas Dialek Kelantan, terutamanya bagi
menentukan fitur dalaman bagi vokal /i, e, o, u/ yang berfitur [+ATR] pada suku kata akhir
tertutup. Sebagai contoh :

19

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI


(EFF 312)

Rajah 3 : Data harmoni vocal [+ATR] bagi /i/ dan /e/ dalam suku kata akhir tertutup Dialek Kelantan

Maklumat b terdiri daripada /e/ dalam suku kata akhir tertutup itu adalah dianggap
fonemik, iaitu mengapa /bilek/ tidak direalisasikan sebagai [bi.l], sebagaimana /golek/
direalisasikan sebagai [g.l]. Dalam hal ini, harmoni vokal sekali lagi memainkan peranan
penting kerana pasangan vokal [i+] adalah tidak harmoni, iaitu tidak berasimilasi pada fitur
[ATR]. Segmen vokal [i] berfitur [+ATR] sedangkan [ ] berfitur [-ATR]. Fenomena ini tidak
akan berlaku dalam Dialek Kelantan. Bagi mematuhi syarat harmoni vokal ini, pilihan terbaik
ialah mengekalkan bentuk harmoni yang ada dalam input, iaitu /i, e/ yang berasimilasi pada
fitur [+ATR]. Berdasarkan kaedah harmoni vokal di atas, satu tanggapan boleh dibuat
untuk membezakan segmen vokal [i] dan [e] dalam suku kata akhir tertutup Dialek
Kelantan, iaitu kedua-duanya masing-masing direalisasikan daripada vokal /i/ dan /e/ di
peringkat dalaman. Hal yang sama juga berlaku pada segmen vokal [u] dan [o] dalam suku
kata akhir tertutup Dialek Kelantan yang juga direalisasikan daripada dua vokal yang berbeza
/u/ dan /o/. Pasangan harmoni vokal Dialek Kelantan bagi /u/ dalam suku kata akhir tertutup
ialah /i+u/, /u+u/, /+u/, dan /a+u/ seperti berikut :
/tikus/ [ti.kuh]
/lutut/ [lu.tu]
/letup/ [le.tu]
/patuk/ [pa.tu]

20

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI


(EFF 312)

Manakala kombinasi harmoni vokal bagi /o/ pada posisi yang sama, iaitu /i+o/, /u+o/, / +o/,
dan /a+o/ yang dikekalkan dalam outputnya, sebagai contoh :
/sibok/ [si.bo]
/kutok/ [ku.to]
/plok/ [p.lo]
Kesemua harmoni vokal tersebut berkongsi fitur [-ATR]. Dengan itu penulis artikel ini
mencadangkan bahawa bentuk dalaman dalam harmoni vokal [+ATR] bagi /e/ dalam suku kata
akhir tertutup Dialek Kelantan dalam harmoni vokal [+ATR] bagi /o/ dalam suku kata akhir
tertutup dianggap sebagai bentuk dalaman bahasa Melayu, sebagaimana Zaharani (1999, 2005)
dan sistem ejaan Zaba (1965).

iv. Vokal terbitan []


Teoh (1994) menggunakan simbol [] bagi merujuk kepada segmen vokal [ ]. Istilah
IPA bagi simbol [] ialah vokal tengah hampir luas ( near-open central vowel). Dalam kajian
fonologi ia masih boleh dianggap sebagai vokal rendah dan mempunyai fitur [+belakang].
Secara fonetik pula, ia masih dianggap sebagai vokal tengah. Oleh itu, penggunaan simbol ini
masih mengundang kekeliruan terutama dari segi fonetiknya. Contoh bunyi [] yang ditemui
dalam laman web Wikipedia dan Summer Institute of Linguistics (SIL) International didapati
agak berbeza dengan bunyi /a/ di akhir kata dialek Kelantan berbanding dengan bunyi []
dalam laman web yang sama. Perbandingan bunyi [] juga dibuat dengan beberapa perkataan
bahasa Inggeris Amerika yang terdapat dalam Compass CD-ROM Oxford Advanced Learners
Dictionary (Edisi Ketujuh), iaitu pod [p:d], pot [p :t], dan rock [r:k] yang didapati hampir
sama dengan bunyi [] dalam perkataan kata [ka.t], kapak [ka.p] dan marah [ma.yh]
dalam dialek Kelantan.
Trigo (1991, dlm. Howe, 2003) pula menggunakan simbol [] bagi melambangkan
segmen [] dalam Dialek Kelantan. Trigo beranggapan bahawa segmen tersebut mempunyai
fitur [+bundar]. Demikian juga pendapat kebanyakan ahli tatabahasa struktural Dialek
Kelantan yang beranggapan segmen tersebut adalah [] yang juga mempunyai fitur
[+bundar]. Generalisasi fonologi menjelaskan bahawa kehadiran fitur [+bundar] ini boleh
diuji dengan menambahkan imbuhan akhiran /-an/. Sekiranya fitur tersebut bundar,
contohnya : nya /u/, maka ia akan menyisipkan segmen [w] pada posisi onset imbuhan
akhiran /-an/, contohnya : /adu+an/

[a.du.w:]. Apabila perkara yang sama dilakukan ke atas

[] dan [] pada posisi akhir kata, sama ada dalam Dialek Kelantan mahupun BM, penyisipan

21

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI


(EFF 312)

segmen [w] tidak berlaku, contohnyanya : /duga+an/ [du.g .:], bukannya *[du.g.w:] atau
*[du.g.w:]. Kehadiran fitur [+bundar] daripada fonem vokal /a/ yang mempunyai fitur [bundar] sukar dijelaskan secara fonologi terutamanya persoalan dari mana datangnya fitur
tersebut. jika kedua-dua /a/ dan /o/ boleh direalisasikan sebagai [], contohnya : /tolak/ dan
/tolok/ direalisasikan sebagai [t.l] dalam Dialek Kelantan, ia akan menyebabkan kehadiran
[] dalam kata sukar diramal dan menjadikannya berstatus fonemik. Fenomena ini
bertentangan dengan perilaku fonologi Dialek Kelantan dan Bahasa Melayu yang
menunjukkan segmen vokal [] tidak fonemik.

Kesimpulan Kajian
Secara keseluruhannya dapatlah dirumuskan bahawa Dialek Kelantan mengandungi
sembilan segmen vokal iaitu enam fonem dan tiga vocal terbitan. Fonem tersebut ialah /i, e,
, a, o u/ dan vocal terbitan ialah [,,]. Artikel Ini juga menjawab persoalan yang timbul
daripada hasil kajian lepas yang banyak menggunakan kesilapan transkripsi fonetik. Ia juga
penting kepada pengkaji Dialek Kelantan yang akan datang. Ini bermakna fonem dialek
Kelantan adalah sama dengan fonem bahasa Melayu dan sudah pasti bahawa dialek-dialek
lain pun mempunyai inventori fonem yang sama. Kajian ini juga telah mengenal pasti bahawa
simbol sebenar bagi fonem vokal rendah /a/ di akhir kata seperti dalam perkataan /duga/ ialah
[] bukannya [], [ ]. atau [] seperti yang dianggap oleh pengkaji sebelum ini. Artikel ini
juga menunjukkan bahawa inventori fonem sesuatu bahasa atau dialek hendaklah dinilai
dengan menggunakan pendekatan fonologi dan juga pendekatan fonetik bagi menghasilkan
inventori segmen bunyi yang lebih berpada.

PENUTUP
Setelah menyiapkan tugasan Fonetik Dan Fonologi (EFF 312) ini, dapat lah
dirumuskan beberapa perkara pertama, Fonetik merupakan ilmu bahasa yang berkaitan
penyebutan dan lambing yang menunjukkan sebutannya. Kedua, transkripsi fonetik

22

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI


(EFF 312)

membantu pelajar membebaskan diri daripada ikatan ejaan dan dapat menumpukan perhatian
pada keaslian bunyi fonetik. Ketiga, transkripsi fonetik membantu membentuk atau mencipta
harmoni yang setepat mungkin antara teks dengan bunyi. Keempat penguasaan bahasa oleh
generasi muda kita bermula dengan pelajar-pelajar sekolah rendah sehingga semua lapisan
masyarakat perlulah dipertingkatkan dari masa ke semasa supaya tidak berlaku lagi isu
penggunaan bahasa baku kurang diberi perhatian di sekolah rendah. Sesungguhnya,
pembakuan bahasa di sekolah rendah sering dilanda masalah kerancuan bahasa dan juga
kerancuan tatabahasa. Kelima, Dialek Kelantan mengandungi sembilan segmen vokal iaitu
enam fonem dan tiga vocal terbitan. Fonem tersebut ialah /i, e, , a, o u/ dan vocal terbitan
ialah [,,]. Artikel Ini juga menjawab persoalan yang timbul daripada hasil kajian lepas
yang banyak menggunakan kesilapan transkripsi fonetik.

RUJUKAN
Abdul Hamid Mahmood (1998). Menguasai Ejaan Baharu Bahasa Melayu, Kuala Lumpur :
Syarikat Percetakan Bintang Baru.

23

TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI


(EFF 312)

Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah (2007). Linguistik : Fonetik & Fonologi
Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : Aslita Sdn. Bhd.
Dewan Bahasa Dan Pustaka (1998). Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar (2006). Fonetik Dan Fonologi, Kuala Lumpur : PTS
Profesional 2002.
Nik Safiah Karim (1989). Bahasa Melayu Baku Ke Arah Pembinaan Bahasa Kebangsaan
yang sempurna. Dalam Asraf (Editor), Bahasa Melayu Baku : Asas Pembinaan
Tamadun, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Nor Hashimah Jalaludin. Asas Fonetik, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu 1, Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Zaharani Ahmad (1993). Fonologi Generatif : Teori dan Penerapan, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

24

You might also like