Professional Documents
Culture Documents
Kesetiaan
Jumlah tahun
1933 - 1942
berkhidmat
Pangkat
Unit
leftenan Ke-2
Pertempuran
Anugerah
Adnan bin Saidi atau lebih dikenali sebagai Lt. Adnan Saidi dilahirkan di Kampung Sungei
Ramal, Kajang, Selangor pada tahun 1915. Adnan Saidi merupakan anak sulung dalam
keluarganya. Adik-adiknya, Ahmad bin Saidi dan Amarullah bin Saidi juga merupakan
anggota tentera. Ahmad Saidi terbunuh dalam pertempuran selepas dia memasuki angkatan
laut pada tahun 1939. Kapalnya, HMS Pelanduk, ditenggelamkan oleh Jepun dalam pelayaran
ke Australia. Adiknya yang termudaAmarullah Saidi terselamat dari peperangan dan sekarang
bersara dan menetap di Kajang, Selangor.
Adnan Saidi menerima pendidikan di Pekan Sungei Ramal dalam aliran Inggeris. Dia merupakan
pelajar yang rajin dan berjaya dalam pengajiannya. Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan
terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar (alma mater) selama lebih satu tahun. Adnan Saidi
kemudiannya mengambil keputusan untuk memasuki tentera.
Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, Adnan Saidi memasuki Rejimen Askar Melayu (Malay
Regiment). Setahun kemudian, dia terpilih sebagai rekrut terbaik. Pada tahun 1936, Adnan dilantik
ke pangkat Sarjan kenaikan pangkat yang pantas bagi seorang tentera muda. Pada tahun 1937,
Adnan Saidi terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London bagi
menyambut pertabalan Raja George VI. Tidak lama selepas itu, Adnan Saidi sekali lagi dinaikkan
pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Major dan dihantar ke Singapura untuk kursus latihan pegawai.
Setelah menamatkan kursus sebagai Leftenan Muda, Adnan Saidi dilantik sebagai ketua Platun ke7, Kompeni 'C' .
Pertahanan permatang itu telah ditugaskan kepada Kompeni 'C' . Kompeni 'C' merupakan
sebahagian satu pasukan kecil Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu (1 Melayu). Batalion 1
Melayu dan Batalion 2 Melayu,[1] bersama-sama dengan batalion ke-2 "Loyal Regiment" Tentera
British dipusatkan menjadi Briged Infantri Pertama Malaya (1st Malaya Brigade)
Pada 13 Februari 1942, Division Chrysanthemum Tentera Imperial Jepun yang handal di bawah
pemerintahan Lt. Gen. Renya Mutaguchi menumpukan perhatian mereka kepada persisiran selatan
Singapura - Permatang Pasir Panjang. Pada pagi tersebut, permatang tersebut dibedil bertalu-talu
dengan sokongan udara, mortar berat dan bedilanmeriam. Kompeni 'C' dan Lt. Adnan Saidi ketika
itu[2] telah ditempatkan di Perkampungan Pasir Panjang telah memberikan tentangan hebat.
Akhirnya tentera Jepun terpaksa berundur disebabkan tentangan sengit daripada Kompeni 'C'.
Adnan dan orang-orangnya telah membina benteng pertahanan Rejimen di kawasan tanah tinggi,
yang dikenali sebagai Celah (Gap). Walaupun mempunyai bilangan anggota yang lebih ramai,
pasukan Jepun di bawah Major Kimura gagal menembusi barisan pertahanan di Celah (Gap).
Pada tengah malam 14 Februari 1942, Kompeni 'C' menerima perintah untuk bergerak ke tapak
pertahanan baru - Pt. 226, Bukit Candu. Lebih ramai askar tambahan ditempatkan ke pasukan di
bawah pimpinan Adnan menjadikan jumlah keseluruhannya 42 kesemuanya. Selepas meninjau
persekitaran dengan cermat, Lt. Adnan Saidi memerintah orang-orangnya untuk memperkukuhkan
benteng pertahanan mereka dengan beg pasir. Kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan benteng
beg pasir.
Pada awal petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Daripada Jalan Pepys
Road mendaki Pt.226, Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun, memantau kontinjen "tentera
Sikh" daripada Tentera British India (British-Indian Army) mara. Penglihatannya yang tajam dan
kecerdasan fikirannya membolehkan Lt. Adnan perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari
tentera berturban yang mara itu bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga
seperti Tentera British. Menyedari helah tersebut, Lt. Adnan Saidi dan anak buahnya melepaskan
tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat, dengan itu memaksa
tentera Jepun berundur.
Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam bilangan yang
besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan tenteranya. Dengan bilangan yang
jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, Regimen Melayu bertempur dalam pertempuran sehingga
ke mati.walaupun leftenan adnan terkorban,namun lebih daripada 800 askar yang telah dibunuh
oleh leftenan adnan dan regimennya.
pertempuran, pihak Jepun melarang sesiapapun menurunkan mayatnya untuk dikebumikan, dan
tiada seorangpun yang berani. Malah menurut beberapa sumber, tubuh Lt. Adnan Saidi yang
dicacatkan itu dibakar menjadi abu.
Beberapa tahun lalu, Haji Burhan Muslim, yang tinggal berhampiran Bukit Candu, teringat telah
memanjat bukit dengan sepupunya beberapa hari selepas pertempuran tersebut. Dalam salah satu
rumah banglo yang terdapat di bukit Lorong Pepys, dia melihat mayat askar Melayu yang dipancung
merata-rata. Dalam salah satu bilik, terdapat mayat seorang tentera Melayu yang lehernya dikelar.
Pakaian seragamnya basah dengan darah. Melihat kepada lencana yang terdapat pada pakaian
seragamnya, Haji Burhan percaya bahawa dia adalah pegawai berpangkat. Dia percaya bahawa
mayat tersebut mungkin mayat Lt. Adnan Saidi, (mungkin membuktikan mayat Lt. Adnan Saidi tidak
dibakar).
Keberanian Lt. Adnan Saidi bersama kontinjen 42 orang anggota Askar Melayu yang telah
bertempur mati-matian untuk mempertahankan permatang Pasir Panjang merupakan satu episod
yang kini kekal dalam lipatan sejarah. Pertempuran sengit itu disebut khusus dalam perutusan Lt.
General A. E. Percival berkenaan Pemerintahan Operasi Malaya dari tarikh Disember 1941
sehingga 15 Februari 1942:
"Selepas dua jam dibedil dengan meriam dan motar, tentera Jepun menyerang Regimen
Melayu yang mempertahankan Permatang Pasir Panjang. Regimen Melayu bertempur
dengan gagah beraninya tetapi mengalami kehilangan jiwa yang teruk, dan menjelang
petang musuh sampai ke Celah (Permatang Pasir Panjang)..."
"After two hours of heavy shelling and mortaring, the Japanese attacked the Malay
Regiment which was holding Pasir Panjang Ridge. The latter fought magnificently, but
suffered heavy casualties, and by afternoon the enemy had reached the Gap (Pasir Panjang
Ridge)"
[5] [6]
Di tapak bersejarah ini, pertempuran bagi pertahanan terakhir Singapura telah berlarutan
selama 48 jam, berakhir dengan satu-satunya pertempuran jarak dekat tangan-ke-tangan
(yang direkodkan) dengan Tentera Jepun.