You are on page 1of 7

A.

Samad Said
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

A. Samad Said

A. Samad Said.

Pekerjaan

Pengarang, penulis, penyair,aktivis keamanan

Warganegara

Malaysia

Tempoh

1941 -

Genre

Cereka sastera, sajak, catatan perjalanan

Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said (lahir: 9 April 1935)
ialah Sasterawan NegaraMalaysia 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan Anugerah
Penulis Asia Tenggara 1979.Kini beliau menetap di Bangsar,Kuala Lumpur.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]


Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka,

Keluarga[sunting | sunting sumber]


Isterinya, penyair Salmi Manja rajin menulis sajak dan cereka. Dari ibunya beliau sering mendengar
cerita rakyat seperti cerita Batu Belah batu Bertangkup.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]


A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan
Victoria Institution, Singapura (1956). Sebagai pembaca, beliau mengenali Asraf, Usman
Awang, Han Suyin, Ajip Rosidi, Rendra, Pramoedya Ananta Toer, Achdiat Kartamiharja,Hamzah
Fansuri dan Wijaya Mala. Beliau juga gemar membaca novel-novel Barat seperti Oliver
Twist, Wuthering Height dan Almayers Folly.

Beliau membaca pelbagai penulisan dari pelbagai bidang seperti politik, sosiologi, ekonomi dan
psikologi serta karya-karya besar Li Po, Tu Podan Rabindranath Tagore. Ketika membaca, beliau
akan menggaris atau menanda ayat-ayat, dialog-dialog atau ungkapan-ungkapan yang menarik.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]


Mulanya sebagai kerani di Hospital Umum Singapura selama enam bulan. Bekerja dengan
akhbar Fikiran Rakyat di bawah pimpinan Ahmad Boestamam di Kuala Lumpur. Beliau kembali ke
Singapura dan bekerja dengan akhbar mingguan Utusan Zaman di bawah Usman Awang. Apabila
Syarikat Utusan Melayu berpindah, Usman Awang, Said Zahari, dan beliau turut berhijrah.
Wartawan Abdul Samad Ismail dari Berita Harian berhijrah pula ke The New Straits Times. Semasa
A. Samad Ismail ditahan ISA, Samad Said menjadi penolong khas kepada Pengarang Kumpulan
The New Straits Times dan sebagai Pengarang Berita Harian sehingga 8 Mac 1978. Pada 1981,
menjadi Ketua Pengarang akhbar Warta Teberau. Kemudian Samad Said menjadi Ketua
Pengembangan Sastera dalam Kumpulan Akhbar The New Straits Times.

Penulisan[sunting | sunting sumber]


A.Samad Said menggunakan pelbagai nama pena seperti Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja,
Mesra dan Shamsir.
Puisinya yang pertama diberinya judul Untuk Angkatan 50 yang tersiar dalam Utusan Zaman
(1950). Samad menjadi ahli ASAS 50, badan penulis yang bergerak dengan slogan, Seni untuk
Masyarakat .Beliau berjaya menghubungkan sasterawan-sasterawan 50-an yang mementingkan
tema dan mesej dengan sasterawan yang lebih cenderung menekankan nilai dalam
kesusasteraan.Beliau membesar di Singapura. Oleh itu, dia tidak pernah secara aktif terlibat dalam
perjuangan politik atau ideologi yang menentang penjajah.
Novel pertamaberjudul Gerhana ditukar judul kepada Salina .Profesor A. Teeuw dan sesetengah
sarjana mengangkat novel ini sebagai bertaraf antarabangsa. Namun novel ini hanya memenangi
hadiah penghargaan dalam Peraduan Penulisan Novel 1958 anjuran DBP .Ketika itu Samad berusia
23 tahun. Salina menceritakan kehidupan daif masyarakat Melayu di Kampung
Kambing, Singapura selepas Perang Dunia Kedua. Penduduk bergelut dengan kemiskinan,
keruntuhan moral di kota dan kebobrokan.Tema saebegini sama sekali asing dalam kesusasteraan
Melayu.Novel Salina telah diadaptasi menjadi teater oleh dramatis Johan Jaaffar dan dipentaskan
sempena Pesta Kesenian (1986), dan kemudiannya di Singapura.
Novelnya Sungai Mengalir Lesu menggambarkan masyarakat Singapura yang menderita akibat
perang. Masyarakat Melayu dan orang Indonesia yang hidup melarat dan menjadi buruh di
Singapura ketika diperintah tentera Jepun (1942-1946).
Antologi puisi 'Liar di Api' jelas bereksperimen dengan sajak-sajak bebas. Antologi lain ialah Benih
Harapan (1973), Daun Semalu Pucuk Paku (1975) dan Benih Semalu (1984).
Samad menulis latar belakang pengalamannya semasa menulis Salina, Sungai Mengalir Lesu dan
Langit Petang dalam Dari Salina ke Langit Petang.Buku bercorak autobiografiini merupakan
rakaman pengalaman Samad , pahit maung dan peristiwa berkaitan yang diterapkan dalam novelnovelnya.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Pada 29 Mei 1976 - Pejuang Sastera.

1979,panel Anugerah Sastera

1979 - Hadiah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Awards)

Sasterawan Negara 1985. Drama beliau bertajuk Wira Bukit telah ditayangkan.

1993- Anugerah ASEAN (Kategori Sastera) daripada Negara Brunei Darulsalam.

1997 gelaran `Datuk oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Karya[sunting | sunting sumber]


1. Salina, : DBP 1961, 495 hlm.
2. Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikir, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1966, 103 hlm.
3. Sungai Mengalir Lesu, : Pustaka Gunung Tahan, 1967, 135 hlm. DBP , 1984, 137 hlm.
4. Di Hadapan Pulau, : Pustaka Sistem Pendidikan, 1978, 129 hlm.
5. Adik Datang, : Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1980, 220 hlm.
6. Langit Petang, : DBP , 1980, 143 hlm.
7. Daerah Zeni, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.; 1985, 182 hlm.
8. Hujan Pagi, : DBP , 1992, 418 hlm.
9. Cinta Fansuri, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.; 1994, 156 hlm.

Novel Remaja Kanak-kanak[sunting | sunting sumber]


1. Bendera Merah di Atas Bukit, : Pustaka Melayu Baru, 1968, 79 hlm.
2. Lima Kawan ke Rumah Rahsia, Kluang: Pustaka Pendidikan Sdn. Bhd., 1968, 101 hlm.
3. Jangan Ikut Jalan Ini, Singapura: Pustaka Nasional, 1969, 101 hlm.
4. Mengejar Tetamu di Waktu Senja, : Pustaka Melayu Baru, 1974, 94 hlm.
5. Yang Berat Sama Dipikul, Singapura: Pustaka Nasional, 1969, 85 hlm.

6. Keledang, ; Mac Millan Publishers Ltd., 1979, 143 hlm.


7. Antara Kabus ke Kabus, : Pustaka Melayu Baru, 1980, 67 hlm.
8. Di Simpang Jalan, : DBP , 1980, 95 hlm.
9. Jalan Retak, : Pustaka Melayu Baru, 1980, 65 hlm.

Cerpen[sunting | sunting sumber]


1. Liar di Api, : Penerbitan Federal Berhad. t.th., 183 hlm.
2. Daun-daun Berguguran (bersama Salmi Manja), : Penerbitan Federal Berhad, 1962, 152
hlm.
3. Debar Pertama, : Penerbitan Federal Berhad, 1964, 76 hlm.
4. Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja?, : Pustaka Melayu Baru, 1966, 118 hlm.
5. Panorama (Peny.), : Penerbitan Federal Berhad, 1966, 112 hlm.
6. Bunga Gunung (Peny.) : Berita Publishing Sdn. Bhd., 1982, 153 hlm.
7. Angin Pulau (antologi bersama), : Teks Publishing Sdn. Bhd. 1985, 153 hlm.
8. Angin Pulau (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 339 hlm.
9. Titisan Indah di Bumi Merkah (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd., 1985, 405 hlm.
10.Hati Muda Bulan Muda: Kumpulan Cerpen 1954 1992 (Peny. Othman Puteh), : DBP ,
1993,495 hlm.

Puisi[sunting | sunting sumber]


1. Liar di Api, : Penerbitan Federal Berhad. t.th., 183 hlm.
2. Puisi Baru Melayu 1942 1960 (antologi bersama), : DBP , 1961, 26 hlm.

3. Daun-daun Berguguran (bersama Salmi Manja), : Penerbitan Federal Berhad, 1962, 152
hlm.
4. Sajak-sajak Melayu Baru 1946 1961/Modern Malay Verse 1946-1961 (dwibahasa),
(antologi bersama), : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1969 (cetakan keempat), 135 hlm.
Cetakan pertama 1963.
5. Benih Harapan, : Grafika Sendirian Berhad, 1973, 24 hlm.
6. Daun Semalu Pucuk Paku, : Balai Penerbitan Nusa, 1975, 39 hlm.;
7. Kuala Lumpur, (antologi bersama), : GAPENA, 1975, 57 hlm.
8. Pilihan Puisi Baru Malaysia-Indonesia (anatologi bersama), : DBP , 1980, 314 hlm.
9. Puisi-puisi Nusantara (antologi bersama), : DBP , 1981, 294 hlm.
10.Benih Semalu, : DBP , 1984, 69 hlm. (cantuman dua antologi: Benih Harapan dan Daun
Semalu Pucuk Paku).
11. Bintang Mengerdip (antologi bersama), Kuala Lumpur: DBP , 1984, 75 hlm.
12.100 Sajak Malaysia (antologi bersama), : Tra-Tra Publishing & Trading Sdn. Bhd., 1984, 141
hlm.
13.Bunga Gerimis (antologi bersama), Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986, 132
hlm.
14.Puisirama Merdeka (antologi bersama), : PENA, 1986, 141 hlm.
15.Malaysia dalam Puisi, : DBP , 1988, 316 hlm.
16.An Anthology of Contemporary Malaysian Literature (antologi bersama), : DBP , 1988, 413
hlm.
17.Kumpulan Puisi Malaysia/Malaysian Poetry (1975 1985)(antologi bersama): DBP , 1988
18.Puisi Baharu Melayu (1961-1986) (antologi bersama), : DBP , 1990, 941 hlm.

19.Balada Hilang Peta, : DBP , 1993, 69 hlm.


20.Suara Rasa/Voice from Within (antologi bersama), : Maybank, 1993, 228 hlm.

Drama[sunting | sunting sumber]


1. Di Mana Bulan Selalu Retak, Singapura: Malaysia Publication Ltd. 1965, 135 hlm.
2. Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja, : Pustaka Melayu Baru, 1966, 118 hlm.
3. Wira Bukit, : DBP , 1986, 92 hlm.
4. Lantai T. Pinkie, : DBP , 1996, 137 hlm.
5. Lazri Meon Daerah Zeni, : DBP , 1992, 138 hlm.

Esei/Kritikan[sunting | sunting sumber]


1. Tema dan Tugas Sastera Melayu Moden (bersama Usman Awang):Penerbitan Federal
Berhad, 1963
2. Damai (kata pengantar), : Penerbitan Federal Berhad, 1966, 136 hlm.
3. Laungan (Kata pengantar), : Penerbitan Federal Berhad, 1962, 152 hlm.
4. Tangan yang Simpatik, : Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1981, 279 hlm.
5. Between Art and Reality (Selected Essays), : DBP , 1994, 479 hlm.

Autobiografi[sunting | sunting sumber]


1. Dari Salina ke Langit Petang, : DBP , 1979, 83 hlm.

Umum[sunting | sunting sumber]


1. Warkah kepada Salmi Manja, : Penerbitan Federal Berhad, 1965, 68 hlm.
2. Antara Bulan dan Wira, : DBP , 1989, 632 hlm.
3. Warkah Eropah, : DBP , 1991, 235 hlm.

4. Koleksi Terpilih A. Samad Said (Peny. Sarah Sadon), : DBP , 1995, 510 hlm.

Anugerah dan Pencapaian[sunting | sunting sumber]

29 Mei 1976 - Pejuang Sastera.

1979 - panel Anugerah Sastera

1979 - Hadiah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Awards)

1985 - Sasterawan Negara 1985. Drama beliau bertajuk Wira Bukit telah ditayangkan.

1993 - Anugerah ASEAN (Kategori Sastera) daripada Negara Brunei Darulsalam.

1997 - gelaran `Datuk oleh [[Yang di-Pertua Negeri Melaka.

You might also like