You are on page 1of 3

Ungku Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

YM Prof. Diraja
Ungku Abdul Aziz
Kelahiran

Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid


28 Januari 1922 (93 tahun)
London, United Kingdom

Warganegara

British, Malaysia

Pusat pendidikan

Universiti Waseda, Tokyo

Pekerjaan

Naib Canselor Universiti Malaya (1968-1988)

YM Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid (dilahirkan di London, United
Kingdom pada 28 Januari 1922) merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam
bidang pendidikan. Selain itu, beliau juga adalah seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang
idea kepada agama, bangsa dan negara. Beliau pernah memenangi Hadiah Budaya Asia
Fukuoka IV pada tahun 1993.

Keluarga[sunting | sunting sumber]


Beliau merupakan keturunan diraja Johor. Bapanya, Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul
Majid merupakan seorang Leftenan dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor (JVC).
Ibunya bernama Hamidah bte Abdullah, rakyat Turki yang beragama Islam . Pada 1924, ibunya
meninggal dunia ketika Ungku Aziz berusia dua tahun. Setelah dilahirkan di London, beliau dibawa
pulang ke Batu Pahat, Johor. Datuknya, Ungku Abdul Majid membawanya menjelajah ke serata
Eropah.
Ayahnya seorang yang pintar dan pernah belajar di Universiti Cambridge dan boleh menguasai
bahasa Parsi, Arab dan Sanskrit.
Beliau telah berkahwin dengan Sharifah Azah Aziz dan telah dikurniakan seorang anak perempuan
iaitu Y.M. Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia pada masa kini.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]


Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru, kemudian di
Sekolah Bukit Zahrah dan seterusnya di English College, Johor Bahru , Sekolah Melayu Batu Pahat,
kemudian menyambung pengajiannya di Raffles College kemudiannya Universiti Malaya,
Singapura dan mendapat ijazah ekonomi pada tahun 1951. Kemudian pada tahun 1964, beliau
mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi di Universiti Waseda, Tokyo.

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS) pada 1951, kemudian sebagai Pensyarah
Ekonomi di Universiti Malaya Singapura (1952-1961). Pada tahun 1961-1965, beliau telah dilantik
sebagai Professor dan Dekan di Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Kemudian dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya dari 1968 hingga 1988. Beliau
merupakan Naib Canselor Universiti Malaya paling lama berkhidmat dengan universiti tersebut kirakira 20 tahun.

Anugerah[sunting | sunting sumber]


Beliau yang dianugerahkan gelaran "Profesor Diraja Ekonomi" (Pembangunan Luar Bandar)
pada 17 Jun 1978.Ungku Aziz juga merupakan pengasas ANGKASA dan Yang
Dipertua ANGKASA sejak ditubuhkan pada 1971 .Pada 21 Julai 2002 beliau telah dianugerahkan
Tokoh Koperasi Negara sempena Hari Koperasi Negara.
Beliau pernah memenangi Hadiah International Academic Prize of The 4th Fukuoka Asian Cultural
Prizes 1993 by the City of Fukuoka.
Pada 1997, beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong.
Beliau juga menempa sejarah negara apabila menjadi penerima pertama Anugerah Melayu
Terbilang sempena sambutan ulang tahun Ke-59 UMNO di Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC) 11 Mei 2005. Anugerah disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi.
Pada 25 Jun 2005, beliau telah dianugerahkan 'Tokoh Ekonomi Melayu' oleh Dewan Perniagaan
Melayu Malaysia (DPMM). Pada 2006, beliau menerima 'Anugerah Akademik Negara' sempena
Majlis Pengisytiharan Universiti Penyelidikan dan Anugerah Akademik Negara 2006 pada 2 Ogos
2007 oleh YAB Dato Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Sumbangan[sunting | sunting sumber]


Antara sumbangan dan peranan utama Ungku Aziz kepada negara ialah:1. Yang Dipertua, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) (Mac 1971-)
2. Ahli Lembaga Pengarah, Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad (KKUM) (1968-) ,
(Pekanbuku).
3. Fellow Kehormat, Institut Sosial Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat (1.10.2005 - 30.9.2008)
4. Ahli Majlis Tadbir Urus, Pusat Pengajian Kewangan Islam Antarabangsa, Bank Negara
Malaysia (INCEIF Governing Council) (2006-2009)
5. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi membantu bumiputera menikmati agihan
kekayaan negara serta Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen) II.

6. Pencetus idea penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LTH)


7. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
8. Mengasaskan Universiti Malaya
9. mencetuskan idea Akademi Islam
10.mencetuskan idea Pusat Asasi Sains
11. Pengerusi Cosmopoint Sdn Bhd (25.9.1995 - )
12.Pengarah PLUS Expressways Berhad (11.3.2002 - )
13.Pengarah PLUS Berhad (9.9.1988 - )

You might also like