You are on page 1of 25

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN


27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR

TAJUK PROGRAM :

NAMA PELAJAR : WISWANATHAN A/L

PROGRAM IJAZAH SARJANA

THRAMMIYAH

MUDA

NO K/P

: 901107-04-5347

PERGURUAN (PISMP)

ANGKA GILIRAN : 2012111340107

PENGAJIAN TAMIL

TAJUK KURSUS DAN KOD :


EDU3073

KUMPULAN / UNIT : 7 / 2015


AMBILAN JAN 2012

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


KANAK-KANAK
TARIKH MULA : 29 JANUARI 2015

TARIKH SERAH : 26 FEBRUARI 2015

JABATAN : JABATAN ILMU


PENDIDIKAN

PENSYARAH : ENCIK. NOR SUHAIDY BIN


RAMLI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
KUALA LIPIS, PAHANG

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS


NAMA: WISWANATHAN A/L THRAMMIYAH

ANGKA GILIRAN PELAJAR: 201211134007

TAJUK TUGASAN: BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK


SUBJEK/KURSUS: EDU 3073

PENSYARAH:

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-

EN. NOR SUHAIDY BIN RAMLI

KANAK

TARIKH HANTAR: 26 FEBRUARI 2015

TARIKH TERIMA (Diisi oleh pensyarah)

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap
satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan: .................................................
(
Perincian Maklum Balas Tugasan

Tarikh: ...................................................
)

Pemeriksa

Moderator (jika berkaitan)

Kekuatan:

Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaki:

Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan:

Tarikh:

Tandatangan:

Tarikh:

Pengesahan Pelajar Terhadap Maklum Balas Yang Diberikan Pensyarah:


Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan
fahami.
Catatan (jika ada)

Tandatangan Pelajar:

Tarikh:

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

TANDATANGAN

:............................

NAMA

: WISWANATHAN A/L THRAMMIYAH

TARIKH

: 26 FEBRUARI 2015

HALAMAN JUDUL

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK


(EDU 3073)

Nama Jabatan

ILMU PENDIDIKAN

Nama Institusi
Insitut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Tengku Ampuan Afzan
27200,Kuala Lipis Pahang

SENARAI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

HALAMAN

HALAMAN PENGAKUAN

HALAMAN JUDUL

ii

ISI KANDUNGAN

iii

1.0

PENGHARGAAN

2.0

PENGENALAN

3.0

TUGASAN 1

3-11

4.0

TUGASAN 2

12-17

5.0

TUGASAN 3

18- 21

6.0

REFLEKSI

22-23

7.0

BIBLIOGRAFI

24

8.0

LAMPIRAN

25

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan ribuan terimah kasih kepada


pensyarah saya iaitu EN. NOR SUHAIDY BIN RAMLI. Beliau telah banyak membantu
kami untuk menyiapkan kerja kursus pendek ini dengan sempurna. Semua penerangan
yang telah diberi oleh tuan sangat jelas dan kami dapat memahami kehendak soalan
tersebut. Beliau juga membantu kami untuk mencari maklumat tentang kerja kursus ini.
Beliau juga meluangkan masa untuk membantu kami semasa menghadapi sebarang
masalah dalam kerja kursus ini.
Di samping itu, kami juga merakamkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga
kami. Walaupun berada berjauhan dengan mereka, mereka tetap memberi sokongan
dan dorongan yang sepenuh kepada saya. Mereka juga memberi semangat yang tinggi
untuk menghadapi cabaran dengan tabah.
Seterusnya, kami ingin berterima kasih kepada kawan-kawan lain iaitu
Maheskumaran, Prakash, Tinesh, Hemachandran dan Thiven Raj. Mereka telah banyak
membantu kami untuk menyelesaikan masalah yang kami hadapi tanpa jemu.

Sekali lagi, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang telah membantu dan memberi sokongan kepada kami untuk menyiapkan kerja
kursus ini. Sekian, terima kasih.

PENGENALAN
Kaunseling adalah satu proses perhubungan menolong secara profesional
berdasarkan

prinsip-prinsip

psikologi

yang

dilaksanakanoleh

kaunselor

untuk

membantu klien meneroka, menganalisis, memahami diri dan mampu membuat


keputusan sendiri mengikut Kod Etika Kaunselor (Peraturan-Peraturan - Kelakuan dan
Tatatertib 1999 dan Akta Kaunselor 1998).
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan perkhidmatan memberi
pertolongan dan bukannya memberi arahan atau membuat pilihan atau membuat
keputusan untuk individu tentang apa yang harus mereka lakukan. Ia juga bukan
bertujuan untuk mempengaruhi individu supaya menurut sesuatu idealisme, fahaman
atau sudut pandangan pegawai yang memberi perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling mengiktiraf wujudnya perbezaan
individu dan mengambil kira kewajipan serta tanggungjawab individu dalam mencapai
matlamat proses bimbingan dan kaunseling.

TU
GA
SA
N
A

TUGASAN 1
Bilik kaunseling adalah salah satu faktor dan
kemudahan yang harus ada di setiap sekolah,dan institutinstitut yang tertentu.Kesesuaian suasana sesebuah bilik
bimbingan dan kaunseling bergantung kepada pelbagai
aspek seperti pengudaraan, susun atur perabot, ruang
tamu, ruang pentadbiran, kaunseling individu, kaunseling
kelompok, maklumat kerjaya, sudut terapi dan sebagainya.
Seorang guru bimbingan dan kaunseling tidak boleh
menjalankan sesebuah sesi kaunseling di bilik guru, kantin,
di bawah pokok ataupun di dalam kelas malah sesi
kaunseling mestilah dijalankan di sebuah bilik khas atau
tempat khas yang selesa dan kondusif.
Sebuah bilik bimbingan dan kaunseling mestilah
kondusif, teraputik, selesa dan menenangkan. Ini kerana
klien-klien yang datang ke bilik bimbingan dan kaunseling
terdiri daripada murid-murid yang pelbagai latar belakang,

situasi dan masalah. Oleh itu, suasana sesebuah bilik bimbingan dan kaunseling
memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan bimbingan dan terapi
yang dijalankan mencapai objektif. Bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif juga
dapat meyakinkan dan mententeramkan diri pelajar ataupun klien yang datang.
Saya telah melawat bilik bimbingan dan kaunseling yang terdapat di SJK(T)
Mentakab yang saya sedang membuat praktikum fasa III. Terdapat sebuah bilik yang
telah diwujudkan khas sebagai bilik bimbingan dan kaunseling yang mempunyai
kemudahan yang terhad sahaja. Walaupun bilik tersebut mempunyai kemudahan dan
kelengkapan yang agak kurang tetapi ianya berjalan dengan baik. Guru kaunselor
menjalankan tugasan dia dengan baik. Saya juga pernah temu bual dengan guru
kaunselor iaitu Pn.Rafidah tentang pelan bilik bimbingan dan kaunseling serta cara
membuat kaunseling dengan klien.
Melalui temubual dengan guru kaunselor serta memerhati bilik kaunseling, saya
telah melakar sebuah pelan bilik bimbingan dan kaunseling. Saya telah lampirkan
lakaran saya dalam tugasan ini. Saya telah membuat lakaran yang mengandungi
beberapa sub unit yang penting bagi membentuk sebuah bilik bimbingan dan
kaunseling di sebuah sekolah. Contohnnya ruang tamu, ruang pentadbiran, kaunseling
individu, kaunseling kelompok, maklumat kerjaya, sudut terapi dan sebagainya.
Ruang Pentadbiran
. Saya meletakkan ruang pentadbiran di tengah-tengah iaitu antara bilik
kaunseling kelompok dan bilik kaunseling individu. Ini sebab, memudahkan
pergerakkan kaunselor serta dapat memerhati pergerakkan klien semasa kaunselor
tiada dalam kedua-dua bilik tersebut. Saya juga meletakkan komputer di bucu bilik
pentadbiran. Ia membantu kaunselor untuk melayari laman jika keliru dengan terapi
yang dibuat serta boleh melaman web untuk menambah ilmu dan bimbingan dan
kaunseling
Ruang Tamu

Saya telah lakarkan ruang tamu di belakang pendaftaran. Ini kerana tetamu
atau klien yang datang daftar di kaunter pendaftaran dulu dan mereka akan tunggu di
ruang tamu untuk giliran mereka. Saya telah sediakan sofa dan meja di ruang tamu. Ia
dapat membantu untuk menghalang klien marah atau jemu jika lewat untuk kaunseling.

Kaunseling Individu dan Kelompok


Saya juga ada lakarkan kaunseling individu dan kelompok dalam pelan bilik
bimbingan dan kaunseling. Saya memberi sebuah bilik khas untuk kaunseling individu
dan kelompok secara berasingan sebab memudahkan kaunselor bimbing dan
kaunseling klien dengan persendirian. Ia dapat membantu klien meluahkan perasaan
dengan selesa serta mereka berasa selesa sebab tiada orang memerhati atau
mendengar perbualan mereka.
Sudut Terapi
Saya telah lakarkan terapi main dan terapi seni yang paling popular dalam
bidang bimbingan dan kaunseling. Terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa
ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu
Pendidikan Seni Visual. Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk
mendedahkan keperluan dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam
pencarian resolusi. Kegunaan dari terapi bermain adalah membantu anak yang memiliki
masalah emosional, kecemasan kerana stress, tekanan atau depresi. Sehingga
perasaan-perasaan tersebut boleh berkurang dan anak-anak diharapkan dapat
mengatasi masalahnya sendiri. Seorang anak yang mampu mengatasi permasalahan
emosinya diharapkan menjadi individu yang lebih berdikari, tahu kelemahan dan
kelebihan sehingga mereka siap menghadapi masalah dalam kehidupan dengan
sendirian.
Maklumat Kerjaya
Saya juga telah melakarkan maklumat kerjaya dalam pelan bilik bimbingan dan
kaunseling. Ia akan membantu kaunselor, guru pembimbing serta guru-guru lain untuk

KOMPUTER

mengetahui tentang kaunseling serta cara menangani murid yang bermasalah. Dengan
ini, selain guru kaunseling guru-guru juga boleh membimbing murid jika menghadapi
sebarang masalah.

TUGASAN
B

TUGASAN 2

Menurut Abraham Maslow ( 1970 ), berpendapat bahawa seorang individu akan


memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan skunder. Jadi
dari situ, kita tahu keperluan asas dan keperluan keselamatan, kasih sayang dan
penghargaan kendiri manusia hendaklah dipenuhi sebelum manusia bersedia
menceburi diri dalam hierarki kesempurnaan kendiri, maklumat dan estetik.

1.0 Keperluan Hierarki Maslow


Jadi sebagai guru bimbingan atau guru harus memahami setakat mana
keperluan-keperluan pelajar telah berada barulah dapat membimbing dan memberi
nasihat kepada pelajar. Sebagai contohnya sebagai seorang guru dan kaunselor dia
harus sentiasa bersifat penyayang dan memupuk nilai motivasi pelajar melalui kem
motivasi supaya mereka lebih memahami diri, menerima diri dan seterusnya
menentukan arah hidup untuk diri sendiri. Guru juga boleh mengaplikasikan terapiterapi yang tertentu supaya murid-murid dapat menangani trauma dan stress mereka.
Menurut Patterson dan Eisenberg (1983) menyatakan bahawa kaunseling sebagai
satu proses pertemuan secara bersemuka di antara seorang kaunselor dengan kliennya
yang akhirnya membawa perubahan kepada klien tersebut. Setiap individu mempunyai
kebolehan dan keupayaan untuk memperkembangkan diri mereka. Berdasarkan
kepercayaan ini maka terapi dalam bimbingan dan kaunseling diwujudkan untuk
meneroka perkembangan tersebut. Terapi dalam bimbingan dan kaunseling bagi sistem

sekolah berdasarkan ciri-ciri seperti ia merupakan satu proses yang berterusan, bersifat
pendidikan, berdasarkan tingkah laku dan konsep kendiri serta peranan klien yang
mempunyai hak untuk memilih. Fokus utamanya berdasarkan prinsip-prinsip berikut
iaitu :
Harga diri individu adalah paling mutlak ;
Setiap individu adalah unik;
Sikap dan persepsi kendiri individu ialah asas dimana seorang individu
bertindak;
Individu-individu bekerja untuk meningkatkan konsep kendiri mereka.Individuindividu mempunyai kebolehan dalaman untuk belajar dan boleh dibantu untuk
membuat keputusan ke arah proses arah kendiri agar serasi dengan
persekitaran mereka.
Individu-individu memerlukan proses bantuan bimbingan daripada peringkat
perkembangan kanak-kanak kepada peringkat dewasa.

Terapi bermain ialah teknik di mana cara ekspresi kanak-kanak yang semula jadi
digunakan bagi membantu kanak-kanak itu menangani trauma dan stress. Terapi jenis
ini telah digunakan dengan efektifnya dengan kanak-kanak yang mempunyai tahap
kefahaman dari 3 hingga 8 tahun. Terapi bermain merujuk kepada sejenis psikoterapi
dengan kanak-kanak dalam mana seseorang ahli terapi menggunakan fantasi kanakkanak dan makna simbolik permainannya sebagai medium untuk memahami dan
berkomunikasi dengan kanak-kanak itu. Menurut Persatuan Terapi Bermain Malaysia
pula, terapi bermain adalah salah satu penggunaan secara sistematik model tereotikal
untuk membentuk proses interpersonal.

Saya telah memilih salah satu video yang berkaitan dengan pelaksanaan terapi
kanak-kanak dalam internet. Tajuk video tersebut adalah Playing Therapy for Childrens
to Handle Stress and Trauma. Michael de Arallenao,PhD , merupakan seorang
kaunselor dan pakar psikologi kanak-kanak telah memberi penerangan tentang terapi
bermain dalam video tersebut.

Michael de Arallenao,PhD

Dalam video tersebut, beliau mengatakan bahawa terapi bermain mengurangkan


masalah tingkah laku dan emosi yang menganggu cara kanak-kanak berfungsi secara
normal. Beliau mengatakan masalah tingkah laku atau emosi yang menganggu seperti
dibuli atau diasing oleh kawan. Ini menyebabkan gangguan emosi kanak-kanak dan
mereka berasa trauma.

Dalam video yang dimuat turun, kaunselor telah memberi peluang kepada klienklienya iaitu kanak kanak untuk bermain apa sahaja yang mereka nak main.Klien

berasa sangat gembira dan seronok semasa bermain.Mereka melupakan segala


masalah
mereka

buat

seketika.

Aktiviti ini memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada diri sendiri tanpa
menimbangkan apakah hasil aktiviti yang dilakukan. Dalam video ini Michael de
Arallenao, , mengatakan main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan
pendapat masing-masing. Ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi
perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan
dengan realiti sebenar.
Menurut Carl Rogers, komunikasi membantu kita untuk menjalinkan hubungan
dan kepercayaan antara individu. Komunikasi adalah aspek yang sangat penting dalam
sesi kaunseling dengan kanak-kanak. Selalunya, kanak-kanak berkomunikasi dengan
pemikiran dan perasaan dalam cara yang lebih natural melalui aktiviti bermain
dibandingkan dengan melalui komunikasi verbal. Semasa klien tersebut mula bemain,
kaunselor mula mengenali tema dan pola atau cara menggunakan alat-alat yang
penting seperti bola,patung,kertas warna dan sebagainya.

Dalam
video

ini juga,

klien

telah

melupakan segala
masalahnya dan menumpukan sepenuh perhatian dalam permainan yang diberi oleh
kaunselor. Secara tidak langsung, ia membantu kanak-kanak menghilangkan perasaan
esteem kendiri yang rendah, kebimbangan berlebihan, perasaan tidak berupaya dan
ketidakcekapan yang berhubung dengan masalah pembelajaran serta pergelutan
akademik mereka.

Persekitaran bilik dalam video tersebut juga memberi keselesaan kepada klien
bagi bermain dengan aman dan tenang. Suatu persekitaran patut diwujudkan seperti
yang ditunjukkan dalam video di mana kanak-kanak itu dapat mengetahui yang dia
boleh menonjolkan diri sendiri dalam persekitaran yang tidak mengancam. Klien dalam
video ini telah bermain dengan persekitaran yang kondusif.

Sebagai penambahbaikan yang ditunjukkan dalam


video

ini,

kaunselor

mempelbagaikan

aktiviti

tersebut
permainan

boleh
atau

juga
alat

permainan supaya kaunselor dapat menjadikan sesi


kaunseling mereka bertambah seronok dan bermain selain mengurangkan tekanan.
Kaunselor boleh menggunakan terapi bermain dengan pasir yang dikatakan sangat
efektif pada murid yang bermasalah.

Kesimpulannya, intervensi main merupakan suatu teknik kaunseling yang


digunakan dalam sesi terapi. Terapi untuk kanak-kanak adalah berlainan dengan
remaja dan orang dewasa. Ini kerana kanak-kanak masih kurang matang serta
menghadapi masalah kekurangan perbendaharaan kata yang cukup untuk menjelaskan
gangguan mental dan emosi yang abstrak. Oleh itu, kemahiran melaksanakan
intervensi kanak-kanak melibatkan pelbagai jenis kemahiran komunikasi. Antaranya
ialah kemahiran bermain, bercerita, melukis, bermain alat muzik dan menyanyi. Ini
adalah kerana kanak-kanak mudah menggunakan media main, cerita, lukisan dan alat
muzik untuk menggambarkan pemikiran dan emosi secara semulajadi. Melalui aktivitiaktiviti bermain, bercerita, melukis dan bermain alat muzik. Ini dapat mendianogsis
punca gangguan mental dan emosi mereka dan seterusnya menggunakan kemahiran
pelaksanaan

intervensi

kaunseling

menyelesaikan masalah yang dihadapi.

untuk

membimbing

kanak-kanak

ke

arah

TUGASAN
C
WISWANATHAN A/L THRAMMIYAH

PISMP PT SEMESTER 7
REFLEKSI
Selamat sejahtera. Saya T.Wiswanathan, Guru Pelatih Kursus Pengajian Tamil
telah menerima satu tugasan

yang berkaitan dengan matapelajaran EDU 3073 iaitu

Bimbingan dan Kaunseling.Semasa saya mendapat tugasan kerja kursus pendek saya
berasa kecewa dan tertekan. Ini adalah kerana saya kurang jelas dengan tajuk tugasan
yang diberi oleh pensyarah. Selepas itu, saya membaca dan cuba memahami konteks
yang terdapat dalam kertas tugasan yang diberi oleh pensyarah. Tetapi saya masih kurang
jelas dan tidak mendapat pandangan yang jelas tentang tajuk tugasan. Selepas
pensayarah menjelaskan tugasan dengan lebih terperinci, saya mula memahami tajuk
tugasan yang diberi dengan jelas dan secara mendalam.

Sebagai persediaan awal, saya mula mengumpul banyak bahan tentang bilik
kaunseling supaya menjadikannya sebagai rujukan. Saya mencari maklumat yang
berkaitan di dalam internet, selain itu saya juga tidak lupa untuk membuat rujukan di
perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut. Saya menghadapi
banyak cabaran semasa membuat tugasan ini. Saya dikehendaki membuat tugasan ini
semasa menjalani praktikum.

Walaupun terdapat banyak kerja di sekolah dan

kesuntukan masa, saya tetap mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber. Saya
berjumpa dengan guru kaunseling Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Mentakab iaitu
Puan Rafidah. Saya berjumpa dengan beliau bagi mengumpul maklumat tentang bilik
kaunseling, program yang telah dirancang untuk bimbingan dan kaunseling dan lain-lain
lagi.
Saya membanyakkan membaca tentang bilik bimbingan dan kaunseling yang
sesuai untuk klien supaya dapat membuat perbandingan dengan bilik kaunseling
sekolah yang saya menjalani praktikum. Melalui bacaan, saya mendapati bahawa bilik
kaunseling seharusnya sentiasa berada dalam suasana yang konduksif, teraputik,
selesa dan menyenangkan.

Saya juga mula merasai kepentingan matapelajaran bimbingan dan kaunseling


ini terhadap diri saya sebagai seorang bakal guru. Contohnya melalui pencarian
maklumat berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling dalam sub tajuk peranan guru
biasa sebagai guru pembimbing saya begitu teruja dalam meneliti dan membaca setiap
ilmu yang bagi saya amat bernilai ini. Tambahan pula, pengalaman berinteraksi
bersama pensyarah dan rakan saya bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya
memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat
melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi
seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah
dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya
memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya
lagi pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek


Bimbingan dan Kaunseling ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan
membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi
semangat saya untuk menjadi seorang guru yang bertanggungjawab dan melahirkan
bangsa Malaysia yang bersemangat, tekun dan rasional. Saya begitu berpuas hati
dengan hasil ini kerana berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada
masanya. Sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah
saya kerana telah banyak membantu dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini.
Tidak lupa juga juga mengambl kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih
kepada guru-guru dan rakan-rakan saya telah memberi sokongan moral dan kata-kata
semangat. Sekian Terima Kasih.

BIBLIOGRAFI

Ibrahim Ahmad (2002). Perkhidmatan bmbingan dan kaunseling. Kuala


Lumpur : Percetakan Cergas (M) Sdn. Bhd.
Ida Hartina Ahmed Tharbe (2006). Memimpin kaunseling kelompok. Kuala
Lumpur : PTS Prifessinal Publishing Sdn. Bhd.
Kementerian pelajaran (1985). Kaunseling kelompok. Kuala Lumpur :
Pengarang.
Mahmood Nazar Mohamed (2005), Pengantar psikologi : Satu pengenalan
Asas kepada jiwa dan tingkah laku manusia. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mok Soon Sang (2010). Bimbingan dan Kaunseling kanak-kanak. Selangor :
Penerbitan Multimedia sdn. Bhd.
Sabariah Siron (2005). Teori kaunseling & psikoterapi. Pearson Malaysia Sdn.
Bhd. Petaling Jaya.
Maznah Baba & Zainol Madon (2003). Kaunseling individu. Kuala Lumpur :
Sanon PrintingCorporation.
http://binadiribinakerjaya.blogspot.com/2012/04/peranan-guru-kaunseling-disekolah.html, diakses pada 02 Februari 2015
http://www.slideshare.net/herneyaqilah/9-bimbingan-dan-kaunseling diakses
pada 03 Februari 2015
http://alhakam-kaunseling.blogspot.com/2009/06/kaunseling-kelompok.html
diakses pada 03 Februari 2015
http://bimbingandankaunselingipg.blogspot.com/2010/01/kaunseling-individukelompok.html, diakses pada 05 Februari 2015

LAMPIRAN

You might also like