You are on page 1of 79

QIAMULAIL

Ada sebuah sekolah asrama tu, terdapat sekumpulan pelajar-pelajar nakal..


memang nakal semuanya, tapi nakal setakat ponteng kelas, ponteng surau, fly
dari sekolah.. macam itulah lebih kurangnya.. semua cikgu kenal dengan
perangai semua pelajar tu.. kesemuanya 6 orang pelajar perempuan.. Kemudian
suatu hari, seorang dari mereka bagi cadangan..
" Weh, esok Qiamulail korang pergi tak? Jom pergi! "
" hah? tanduk aku belum hilang lagi beb "
" weh, jomlah pergi.. sesekali buat baik. apa salahnya, kan dah nak exam ni"
" hmm, nantilah fikir dulu, hari Ahad beb, sekali seminggu. aku nak bangun
lambat"
Akhir sekali semua macam dah setuju kecuali Zila yang agak berat hati nak
tinggalkan katilnya pagi-pagi buta tu. Keesokkan pagi-pagi Ahad, Zila tergerak
hati nak pergi.. bangun tengok dah jam sudah lewat gila.. dia pun tak fikir
panjang terus bergegas ke surau.
Ketika itu, jemaah dah mulakan solat sunat, Zila solat di barisan belakang
sekali.. ketika dengar bacaan yang dibaca oleh si Imam memang Zila sedikit
kagum.. kenapa suara dia lunak semacam.. memang Zila rasakagum dan sedikit
kesal sebab selama ni dia jarang sangat pergi surau. Memang lunaklah, lain dari
yang lain. tak pernah aku dengar suara orang selunak macam ni. Satu persatu
solat sunat dikerjakan sehingga solat Subuh.
Apa yang menghairankan, sikit pun suasana tu tak menyerupai suasana
pelajar asrama berjemaah. Padahal Zila nampak kawan-kawan dia duduk di saf
depan.. semua jemaah Zila kenal. tapi tak macam dulu, kalau dulu semua orang
pantang lepas solat je pandang kiri kanan berborak-borak, ada juga yang
membuta pelbagai posisi, tak kurang juga amik port kat luar surau sementara
nak tunggu azan subuh berkumandang. Lagi pelik tak ada orang yang bangun
pergi amik wudhu'. semuanya terlalu khusyuk berzikir.sangar mengagumkan..
terdetik dalam hati, semua orang dah berubah sebab nak exam ke? yaAllah aku
saja ke yang tak berubah-ubah. masuk solat Subuh, seperti biasa kerjakan solat
subuh.. tetapi disaat memberi salam, Zila beri salam sebelah kanan.. semuanya
PUTIH belaka.. beri salam sebelah kiri, semuanya HITAM belaka.. YaAllah kenapa
ni. Masa tu entah kenapa Zila rasa seram sejuk. tak fikir panjang Zila bergegas
balik ke blok.
Paginya, Zila tegur kawan-kawan dia.. " korang pergi Qiam tak bagitahu aku eh?"
semua pun tercengang-cengang. " Qiam? " " Yelah siap saf depan korang solat.
aku je ni yang kat belakang.
nampak aku pun buat tak tahu je." " Zila sayang, apa kau merepek ni. Qiam pagi
tadi kan dah dibatalkan. Semalam AJK SURAU dah buat announcement time lepas
baca Quran."
" hah? " " tulah lain kali, orang baca Quran jangan tidur ke dengar lagu ke. jangan
main-main beb, pagi tadi memang tak ada Qiam, solat Subuh Jemaah pun takde"
muka Zila dah pucat lesi. hampir pitam dia kat situ juga dengar penjelasan
kawan-kawan dia. bila dia ceritakan kat kawan-kawan dia, semua pun macam
sedar dengan tidak. melopong mulut masing-masing. Sejak dari hari tu, Zila

dengan kawan-kawan dia antara orang yang solat di saf paling depan, setiap kali
Qiam mereka akan sama-sama pergi.
entahlah, ini memang kisah benar kalau betullah cerita senior aku.. katanya,
solat tu diimamkan para malaikat. yaAllah benarkah? aku pun kurang pasti...
kalau benarlah, betapa untungnya Zila. Alhamdulillah sekurang-kurangnya
insiden itu membawa kesedaran bukan hanya pada Zila tetapi rakan-rakannya.

MEMANCING, CABAR
Selesai menjalankan tugas harian, penulis menyusun rancangan untuk menduga
penghuni sungai itu bersama rakan sekerja iaitu Man Rimau dan Jeri yang
sememang kedua-duanya pemancing tegar. Jam 3 petang, penulis terus pulang
ke rumah dan bersiap untuk mencari umpan yang ketika itu amat mudah dicari
berikutan hujan sering melanda kawasan itu beberapa hari sebelumnya.
Tiga kali tangguk, Man Rimau berjaya mengisi balang kosong dengan lebih
kurang empat puluh ekor anak ikan sepat. Kami tersenyum puas. Umpan sudah
tersedia. Kami pulang ke rumah untuk berehat sementara menunggu air pasang
petang kira-kira jam 7 malam. Tepat 6.30 petang, penulis sampai ke tebing
sungai sementara menunggu rakan lain. Penulis mencuba teknik casting
menggunakan gewang. Balingan pertama disambar dengan kuat seekor ibu
toman yang akhirnya tewas selepas pertarungan selama 20 minit. Tujuh kilogram
lebih, itulah berat yang dicatat. Teriakan rakan penulis memecah sunyi petang di
sungai itu.
Rimau kau! Tak tunggu aku pun.
Man Rimau yang memang sudah menjadi trade marknya untuk ayat yang tak
sepatutnya diucapkan pada sesetengah tempat.
Apalah kau ni Man. Sebut datuk (harimau) pulak. Bila dia datang, semua lari
tak cukup tanah, kata penulis.
Pusingan pertama kami berjaya menaikkan empat ekor siakap mereka bersaiz
sederhana. Aksi tarik-menarik dan bunyi kekili membuatkan kami tidak berganjak
dari tempat itu. Sehingga jam 9 malam, semuanya sunyi. Tiada lagi aksi tadi dan
anak ikan menghilangkan diri. Sambil merebahkan badan, penulis menyalakan
rokok. Sesekali mata menjeling hujung joran usang yang setia berkhidmat begitu
lama. Sememangnya jenama Shimano menjadi pilihan penulis untuk bertarung
baik di sungai atau pantai.
Satu denyutan dapat dilihat pada hujung joran. Penulis lantas bingkas bangun
untuk melibas getaran itu. Bengkok 45 darjah dibuatnya. Libasan penulis
mengena. Adegan tarik-menarik berlaku. Besar juga rezeki aku ni, bisik hati
penulis.

Kekili dipusing dengan cepatnya. Sampai ke tebing, penulis terpinga-pinga


kerana hanya tempurung kelapa yang tersangkut pada mata kail.
Masing-masing resah melihat kejadian itu. Penulis mengandaikan itu berlaku
secara kebetulan. Penulis terus memancing dengan membetulkan mata kail dan
melontar semula umpan ke perut sungai.
Har, bau bedak sejuk siapa yang pakai ni? tanya Man Rimau pada penulis.
Memang sedari tadi penulis juga terhidu bau yang sama tetapi cuba mendiamkan
diri.
Tak ada apalah Man. Agaknya bau sampah. Kau ni, mulut tak ada insuran,
penulis cuba menenangkan yang lain. Jeri sudah lama terlena kesan daripada
kesunyian aksi.
Har! Baunya makin kuat dan macam dekat sangat dengan kita. Aku rasa tak
sedap hatilah. Jomlah balik, Man Rimau bersuara dengan dahinya yang berkerut.
Berbekalkan apa yang pernah dipelajari sebelum ini, penulis mengambil anak
batu dan mengucapkan siapalah kau, aku nak tengok kewujudan kau. Anak batu
itu penulis baling ke perut sungai. Seketika itu tiada apa-apa yang berlaku.
Man! Kejutkan Jeri. Kemaskan barang, penulis memberi arahan. Satu suara
mengilai nyaring dapat kami dengar dengan jelas.
Man! Jangan berpecah dari aku. Jalan seiring, jangan pandang atas, dia memang
ada, penulis mengingatkan rakan lain.
Macam mana ni? Aku rasa dia marah kat engkau. Tadi kau cabar dia, Man
mengeluh. Penulis hanya membalas dengan mendiamkan diri.
Berderap-derap bunyi batu sepanjang jalan kami pijak ketika mengundur diri dari
tebing sungai.
Tiba-tiba kami diteduhi oleh satu bayang makhluk yang besar kembang di atas
kepala kami. Bayangnya melitupi cahaya bulan di atas kami. Dari ekor mataku,
jelas kelihatan wajah busuk seorang perempuan yang berpakaian koyak dan
berselirat dengan kain putih yang lusuh, mengembangkan tangannya meredah
angin sambil menampakkan kemarahannya pada penulis.
Ya Allah, andainya ini dugaan-Mu padaku, jadikan aku orang yang tetap imannya
dan matikanlah aku di kalangan orang diterima taubatnya, penulis berdoa
sambil memegang bahu rakan menuju ke kereta.
Akhirnya kelibat pontianak itu tidak kelihatan lagi. Sepanjang jalan pulang, kami
hanya membisu dan terkunci lidah untuk berkata-kata. Peristiwa itu masih segar

dalam ingatanku hingga hari ini. Bagaimanapun penulis masih lagi tidak serik
untuk berkunjung ke sana.
Bagi penulis, bumi Allah ini bukan untuk kita saja. Ada bahagian untuk makhluk
lain dan kita sebagai manusia mempunyai hak terhadap sebahagian kecil
daripadanya. Wallahualam.

BANGLO RM50
9 tahun lepas aku dpt smbung bljar kt uitm shah alam. So,perkara pertama yg
kna fikir ialah aku nk duk mn sbb ak xdpt hostel. Oleh sbb kerajinan &
keperihatinan yg ada kt aku n kwn2,maka dpt le aku ngn kwn2 aku umah
sewa.....dekat2 area seksyen 2. Berhampiran ngan wet world [kalo korang tau
la].
Uma tu bunglow 2 tingkat ngan 4 bilik. 3 bilik kt atas n 1 bilik kt bwh. Kitorg
semua berlapan,kiranya 2 org utk 1 blk la. Aku ringkaskan je la,kitorg msuk umah
tu ngan perasaan berbelah bahagi. best, suke, pelik, rimas, takut semua ada.
Pertama,tuan umah hanya amik rm50 je sbg deposit n sewa prtama hanya byr
bile msuk bln kedua kami duduk uma tu. Kiranya bln prtama ni free la....[?]
Kedua,tuan umah x bg kitorg bwk brg bnyk2 sbb nnt pnat nk angkat blk
katanya... Ketiga,pokok ara tepi umah tu bsr sgt smpai dahan dia bleh msuk kt
tingkap blk atas.
Mlm pertama duk uma tu kitorg xtido sbb sibuk punggah n kemas brg+lyan dvd
korea . Citer seramnya start ms hari kedua. xpayah nk tunggu mlm,siang2 pon
kitorg dah kna kacau. Azmi "dagu" org first kena.
Ms tu br kol 10.30pg [anggaran aku la], si Azmi ni bgun nk memerut. So dia g la
toilet bwh tu tp dlm toilet ada org [sbb pintu tutup]. Toilet atas plak rosak, tuan
umah kta nnt dia btulkan. Tunggu punye tunggu, xkuar-kuar org dlm tandas ni. Jd
Azmi ni memekik la soh cpt sket kuar sbb dia xtahan. Akibat jeritan c azmi ni,
abis satu umah bgun gi tengok peehal. Yg peliknya, kitorg berlapan smua ada,
abih tu sape yg kt dlm tandas ni? Pintu toilet lak berkunci siap ada bunyi org flush
jamban lg.... Dlm reramai ni,Lan sorg je yg berani sket [mgkin psl dia ni
keturunan bugis kot], dia g rentap pintu toilet tu smpai trbukak. Xde org tp dr
kesan yg ad,pintu tu mmg dikunci dr dlm. Last2 si azmi xjdk berak...mngkin psl
takut kot.

Ms aku nyenyak tdo mlm tu tetiba jek ad org tarik dua2 belah kaki auk sampai
jatuh dr katil. Kepala aku terhentak dulu kt lantai!! Ape lg,hangin la aku sbb ingat
bdk2 nk wt pedajal kt ak tp bl aku bangun xde org plak. Yg ad cume c Lan yg
ngah membuta kt katil atas. Ak x rs Lan yg buat sbb confirm dia tdo mati. Bl ak
kuar bilik, ak dgr bdk2 ngah ketawe. Rupenya diorg ngah layan dvd kt hall bwh.
Ak pon msuk blk balik sbb still bingung lg tp br ak terperasan ms ak ngah jengah
kebawah td ak perasan Lan ada!! Bukan ke td ak nmpk dia ngah membute dlm
bilik? Ahh suda...
Dgn perasaan berani2 takut ak tgok atas katil Lan ada bonjol bwh selimut,kiranya
mcm ad org la. Ak tarik kain selimut tu n guess what? ad batu nisan yg da retak2
dn otomatiknya blk ak diselubungi bau hapak+hanyir yg sgt2 kuat.
Ms ni korg jgn tnya ak la ape aku buat sbb kalo menda ni jdk kt korg pon xkan
korg nk stay lg dlm blk tu btol x? Ak rs kaki ak da x jejak tanah da sbb lari laju
sgt. Aku lari kuar dr bilik tu & g ke hall sbb nk gtau member2 ak la kononnya tp
yg mcm haram jadahnya member ak sorg pon da xde kt hall. Nk tau diorg kt ner?
semua da duduk kt luar umah!! Rupanya diorg awal2 lg da kna kacau. Yg
lakhanat nye, xde sorg pon kejutkan ak....taik betol diorg ni.
Lepas diorg tenangkan aku, kitorg decide nk buat ape skang sbb skang ni da pkul
3 pg. Nk mtk tlg tok imam,umah tok imam pon kitorg xtau. Nk mtk tlg jiran, kiri
kanan umah kitorg cina. Last2 salleh ajk lepak restoran hakim jek smpai pg.
Bunyinya mcm senang tp memasing semua xpakai baju pastu pakai boxer ngan
kain pelikat jek. Mau x mau trpaksalah jgk kitorg msuk uma tu balik sbb nk amik
suar, wallet n kunci motor.
Oleh sbb bilik c Bob ngan Naim je yg kt bwh, maka kitorg decide le nk pinjam
baju n suar dia. Masing2 tkut nk naik tingkat atas. Wallet pn ak tinggal. Masing2
pakat gn duit naim lu. Nasib baik kunci motor kitorg sangkut kt dinding [tmp
penyangkut]. Ms nk kuar dr rumah tu, Wak plak perasan ad bdk pompuan kt pintu
dapur ngah senyum sambil babai tgn kt dia. Yg ak plak bole trperasan bdk tu jgk
sbb ak tgk muka wak da kejung+pucat lesi. Sekali bdk tu senyum rs mcm nk
trkincit dlm suar la... Kepala lutut ak menggigil sampai kt restoran hakim!!!!
Lepas smp kt restoran hakim tu,memasing sibuk buka cerita trmasuk ngan ak
skali la. Memula Wak cerita la,mlm tu lebih kurang kol 12 lebih,dia sibuk
download lagu tetiba ad bunyi mcm org baling batu kt tingkap bilik dia. Bl dia
jengah,dia nmpk ad sorang pompuan duk kt atas pokok kayu ara sblh umah
tu,pakai bju putih + kekuningan+ koyak2+ rambut panjang. Yg
sadisnya,pompuan huduh tu boleh senyum kt dia plak.
Wak ni ape lg tutup tingkap bilik dia n terus nk kuar g bilik ak la kononnya.
Malangnye, lg sekor plak hantu duk kt dpn pintu bilik dia tp kali ni antu budak. So
dia amik keputusan terjun dr tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia
terkehel. Nasib baik jek xpatah.

Azmi "dagu" plak cter la yg dia nmpk ad bdk pompuan babai tgn kt dia[yg ni, ak
pon kna gak ok]. Ak confirm yg bdk ni bkn manusia sbb ak tgk kaki dia xde!! Sam
plak cter dia nmpk hantu tu kt siling umah! Bile buka mate jek, antu tu bebetol
"eye to eye" ngan dia. Kiranya memasing semua kena kacau la ni. Dan ak org yg
last cerita.
Ak ckp la yg aku kna tarik dua2 kaki ms tido smp kepala ak terhentak kt lantai.
Pastu ak ckp le yg ak nmpk diorg ngah layan dvd kt hall tp c Azmi tetiba
nyampuk "bile ms plak kitorg tgk dvd ni?". Rerupanya xde sorg pon yg tgk dvd pg
tu!! Dah tu, sape yg ak nmpk? haru betol.....kaki aku yg dr td menggigil makin
brtambah kuat menggigil.
Ngah sibuk2 berborak,aku terbau sesuatu yg kurang enak. member2 ak yg lain
pon bau gak. Rupanya si Azmi ni td da terkencing dlm suar sbb takut sgt. Nasib
baik mlm tu xramai sgt org kt Restoran Hakim tu. Malu betol. Ak plak bleh
ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dr sibuk2 cter seram terus jdk cter
klakar plak.
Tengah sibuk2 ketawe, br kitorg perasan yg si Salleh ngan Naim xde ngan kitorg.
Yg ad cume kami berenam. Ak, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan. Dlm
ramai2 tu cuma Bob sorg jek yg bwk hp, so kitorg try call Naim tp xde org angkat.
try call Salleh plak, sama gak xde org angkat. Pastu Lan amik hp Bob tu, dia bc
apa ntah agaknye pastu dia soh Bob call naim lg skali. Bob call n bukak loud
speaker.
Korang tau ape jd? ad suare pompuan ngilai. Gila2 punye ngilai la sampai
meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last2 kitorg sepakat
akan tunggu smpai pg esok br blk umah tu semula n cari Naim ngan Salleh.
Lepas dgr suare pompuan ngilai kt hp tu, xde sorang pon antara kitorg
brckp....smp subuh!!
Pukul 7.30pg br kitorg blah dr Hakim. Hati aku masih lg kuat berdebar-debar.Yg
lelain ak xtau la. Smp kt dpn umah, ak tgk pintu umah ngan gate da trbukak
seluas-luas nye. Ni kalo pencurik masuk ni, memang dia kaye sbb laptop,wallet
ngan hp kitorg semua tinggal camtu aje. Bulu tengkuk aku masih lg
meremang.Xde sape berani msk umah tu dulu...Aku ingat, ada la 20-30 minit
kitorg duk tercanggak kt dpn umah sbb xde sape berani masuk. Ntah camne
agaknye hp Bob berbunyi. Hati aku da x sedap. Jgn la kate antu tu call kitorg soh
msuk umah. Lan yg angkat. Sebenarnya dlm reramai geng ak ni, Lan la yg paling
berani tp kekadang dia jd penakut jgk la.
Pihak hospital call, katanya Naim ad kt wad emergency hospital klang. Eksiden
katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dr no.hp Bob ni, tu yg dia call no.hp
Bob ni...ooo00 br ak phm. Yg peliknya Naim eksiden?
Memasing da serba salah jadinya. Bingung pon iye jgk. Xtau samada nk melawat
Naim kt hospital klang or cari Salleh yg hilang. Akhirnya kitorg call tuan rmh utk
tgk ape yg patut. Ak ngan Sam plak g hospital klang tgk keadaan naim cmne.

Kalo mmg tenat sgt, ak inform yg lelain soh dtg la. Yg lain ak soh cari salleh kt
keliling umah, takut2 dia kna sorok. Kami masing2 tawakal aje. Ms otw g hspital
klang ni, ak xtau la c sam pecut smpai berape tp hati ak masih lg kuat ckp yg hal
ni x abis lg.
Smp hospital,aku terus cr Naim. Sebak betol hati ak tgk Naim serius parah. Kaki
dia teruk. Doktor kata kena lenyek ngn keta or something else la. Kes dia ni
langgar lari. Naluri ak kuat ckp yg umor Naim ni x panjang sbb darah bnyk gile
kuar. Sam plak xsanggup tengok, air mata dia da berjurai-jurai cam air terjun.
Doktor pon ckp yg dia ni da nyawa2 ikan,xdpt nk tlg bnyk. Ak duduk kt tepi Naim,
dia bole brckp lg tp sangkut2. Dia mntk maap sbb buatkan kitorg jdk susah.
Berulang-ulang kali dia mntk maap tp ak msh lg xdpt tangkap ape yg dia ckp ni.
Akhirnya dia meninggal gak...Ak gagahkan hati ak tepon kengkawan lain gtau psl
Naim da meninggal. Ak tgk Sam da trduduk kt tepi balkoni ngan mata merah sbb
nangis bnyk sgt. X lama pastu parrents Naim dtg. Ak x sanggup nk tunggu lg n
ajak sam balik shah alam.
Smpai kt umah, aku tgk ramai gler org ngah cari salleh tp xjumpe. Abis satu
umah dia geledah. Lastly,ad org tua kt situ mntk tlg ngan sorang ustaz. Ak tak
ingt pe name ustaz tu tp lepas asar br kitorg jumpe salleh duduk kt atas busut
blkg umah. Yg herannya, da 5,6 kali org cari tp xde plak jumpe dia kt situ. x kisah
la janji jumpe balik salleh ni. Kitorg pnye la suke jumpe c salleh ni blk. Memasing
amik keputusan pindah dr umah tu haritu jgk. Kebetulan plak kt sek7 [pintu
blkang uitm] ad satu umah utk disewa, kitorg pindah situ la. Brg2 naim kitorg
angkut skali. Terus terang ak ckp, mmg ak hangin gile tgk muke tuan umah sbb
xgtau yg umah ni "keras".ptut la dia soh byr rm50 jek dl pastu xbg bwk brg
bnyk2. Chisss......
Aku demam 3 hari.
Jenazah naim selamat dikebumikan kt Raub,Pahang.
Seminggu lepas tu,keadaan da ok sket cume salleh jek yg sakit2 bdn. Akhirnya
mulut aku trgerak nk tny salleh pe yg brlaku sbnrnye sbb sblm naim meninggal tu
dia ada ckp kt aku soh tnya salleh satu rahsia. Rupenya ms hari 1st day kitorg
msuk umah tu, Naim ngn salleh da wt hal. Dia g cangkulnya busut kt blkg umah
tu. C naim plak boleh kuis2 ngan kaki dia. Mgkin psl tu la kaki dia eksiden kot
[dlm hati aku la].
Pastu salleh cter la,kn ada mlm yg kitorg satu uma kna kacau tu dia ngn naim
pon kna gak. Tp antu tu siap kejar diorg lg smp kt jln. Diorg punya la cuak smp
lari ke tengah jln. Ntah mn dtgnya keta tetiba da hentam diorg. naim trcmpak kt
tgh jln, yg dia plak kt tepi. Dtg keta lain terus lenyek kaki naim. Pastu,salleh kata
dia terus xsedar pape smpailah kitorg jmpe dia atas busut tu. Yg peliknya,cmne
dia boleh duk kt atas busut sedangkan dia kata dia da lari kt tgh jln bsr? Nape
naim sorg yg kna teruk sgt tp salleh x?
Akhirnya aku dpt jawapan sbnr. X lama lpas salleh cter ngn aku, dia jatuh sakit.

Xtau la sakit pe tp 3 bln pastu dia meninggal. Famili dia sndiri bingung sbb doktor
pon xtau sakit c salleh. Tp ak yakin, kes ni ada kaitan ngn busut yg diorg gi gali
tu. Ak ngan geng2 ak yg lain smpat ziarah arwah salleh. Paling xbole tahan Bob
sbb dia roomate ngan Naim. Mmg ak tau dia sedih sgt......Yg xbole ak lupe, kitorg
semua nangis masa angkat jenazah salleh. Rs sedih sgt ms tu..
Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan, semua skali slmt abiskan
pgajian kt uitm ni. Buat naim ngn salleh, kitorg tetap akn ingat ko smp bebila...alfatihah Ops..Umah bunglow kt seksyen 2 tu smp skang ad lg [agaknye]. Tiap kali
ak lalu kt area situ mst ak rs sedih sgt. Lg satu,ms hari last kitorg kt umah tu, si
Wak da trtinggal hp dia kt bilik atas.
So pada sesape yg berani, boleh la amik hp tu tp itupun kalo korang berani
la...nokia 3310
Salam...citer psl uma nie mmg betul pon...sy asal shah alam n serba sedikit tau
hal uma nie...dulu uma nie pernah diduduki oleh sepasang suami isteri...si suami
seorang lawyer n si isteri plak seorg doktor pakar yg ternama...asal citer nie
berpunca atas kerjaya dorg dan bersangkut paut...ceritanya mcm nie,seingat sy
masa tue,si suami nie mmg handal dan bijak dlm membela client nya di
mahkamah,yg jahat selamat,yg teraniaya plak mati...lawyer nie mmg susah nak
dikalahkah(court)...bnyk kes dia menang...dan si isteri pula doktor yg pandai dan
bijak dlm menyelesaikan masalah pembuangan dan pengguguran janin...selain
drpd itu juga doktor tersebut dpt mengeluarkan sijil kelahiran bg individu yg
belum berkahwin/status sah nikah...dokter itu juga terlibat dlm penjualan bayi
secara haram(agent)...jd,bile tuhan nak tunjuk kebenaran dan keadilan,sepasang
suami isteri nie timbul masalah dan di isytiharkan muflis...si suami kalah dlm
pendebatan dan di saman sebanyak hampir rm2Billion klau xsilap saya(saman
malu dan insurance)...si isteri pula lari ke oversea kerana terbongkarnya kerja2
haramyg dilakukan(lnterpol dpt tangkap) dan dijatuhkan hukuman penjara
seumur hidup dan kebetulan si doktor nie tgh pregnant 4bulan dan janin mati
dlm perut semasa dalam tahanan dan doktor itu mati akibat kekurangan zat
makanan dlm penjara...(paham2 lar kalo makanan dlm penjara tue mcm ner and
dokter nie xmakan menda yg murah n xberzat sampai sanggup xmakan)...si
suami plak dpt tau yg si isteri da mati,dan xleh terima kenyataan,terganggu nye
mental si suami,terjadilah bunuh diri bersama janin2 individu, yg melakukan
khidmat pengguguran yg di tanam belakang rumah,dlm jamban dan ditanam
sekitar pokok ara...sekian ringkasan sinopsis kisah rumah tue...(maklumat nie sy
dpt melalui ibubapa kwn saya yg berjiran dgn sepasang suami isteri nie suatu
ketika dahulu pd tahun 2004/4/10 dan sekarang rumah tue xder saper yg nak beli
sehingga harga rumah dilelong serendah rm20k oleh pihat bank).

HIGHWAY, KERETA ROSAK


Kejadian seram ni terjadi pada tujuh febuari lepas, masa dalam perjalanan pulang
dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Saya dan sepupu, Nurul mulakan perjalanan jam
6.30 petang. Masa ni sempat jugak sesat masuk Sungai Lembing. Entah macam
mana tak jumpa jalan ke Lebuhraya Pantai Timur (LPT) secara tetibe. Dah jumpa

LPT tu, jalan macam biasa la kan?


Bulan mengambang, terang bercahaya. Cantiknya bulan bintang. Dalam
perjalanan, dah start kepelikan tengok kenapa lah LPT ni tak banyak kereta? Jalan
macam gelap sunyi je. Selalu lalu LPT takde lah feeling angker macam ni kan?
Then ada satu benda pelik terjadi. Kenapa signal radio macam tak betul? Tetibe je
radio tamil? Oh, sepupu yang tukar rupanya. Tak saspen lagi scene ni.
Tapi masa ni saya rasa badan macam tak best sebenarnya. Nak demam pun ye,
nak muntah pun ye. Lagi rasa nak pengsan bila lihat jam, dah pukul 8.30malam
dan sepupu bertanya, eh kita kat Maran lagi? Kenapa lambat sangat sampai
Temerloh ni? dalam kepala, saya cuba berfikir bukan ke Kuantan Temerloh
paling lambat pun satu jam setengah?. Kereta ni sehabis laju sepupu drive, siap
sempat kami kutuk kereta yang kami potong semua slow, macam mana tak
sampai Temerloh lagi?
Beberapa minit sebelum pukul 9 malam, kami tiba di Hentian Temerloh. Fuh fuh
fuhrasa lega. Then, sempat tidur-tidur ayam kejap rehatkan badan dan keluar
cari apa yang patut untuk dimakan dan minum. Satu jam jugak lah kat Temerloh.
Harapan nak tengok drama Vanilla Coklat tapi takde satu gerai pun bukak TV.
Masa ni fikir positif je dalam hati, TV semua rosak kot?.
Masa lepak minum, sepupu cerita, bawak kereta tadi rasa berat semacam lah.
Masa ni dalam hati dah tak keruan. Kira-kira jam 10.30 malam macam tu baru lah
gerak ke Kuala Lumpur semula.
Dalam perjalanan tu kami berdua siap teka teki nama DJ radio ERA.FM siapa
malam tu. Oh..namanya Jimmy. Memang konpiden habis lah dengar radio ERA
semua. Tetibe kan, dalam perjalanan tu lepas kami berdua diam layan lagu
suara DJ lain. Tengok frekuensi dah lain. Masa ni bulu roma dah naik sesangat
dan secara tetibe dan tanpa kawalan sepupu saya terjerit, Hoi! Siapa tukar
channel lain radio ni? . dia pandang saya, dan saya pandang dia. Nak sedapkan
hati sendiri maka saya berkata, kita dah masuk sempadan kot so frekuensi
bertukar-tukar? padahal lihat signboard, masih dalam Pahang. Siap lalu Karak
lagi tu. Ni apehal radio main-main macam ni???
Dalam masa yang sama, housemate saya Zaty call saya 6 kali, tapi saya tak
dengar langsung apa dia cakap tapi macam ada suara-suara lain kat background.
Check line phone, ada line 3.5G maxis ok je. Dah kenapa telefon ni? Nak
sedapkan hati lagi, maybe Zaty tertekan kot?
Then rasanya terlelap sekejap sambil peluk bantal spongebob. Tersedar jam
11.45 malam, sepupu kata temperature kereta turun mendadak. Dan ada bau
hangit tapi tak tahu apa. Lepas tu stop pulak kereta ni tepi jalan. Atas bukit
pulak! Lihat jam, pukul 12 malam. Kami cool, kami chill. Lepak tepi highway
dalam hutan sambil makan kerepek pisang bekalan dari ibu, dan air 100plus.
Masa ni jugak battery phone semua dah nak habis. Saya sempat tweet, dan sms

beberapa orang. Sepupu call orang-orang penting. Kami decide nak tunggu kejap
then baru gerak balik. Macam konpiden kereta boleh start. Tapi after 30 minit, try
start tak jugak boleh. Masa ni dah panik. Nak buat apa ni? Masa ni sejuk sangat
rasa. Fuhh.
Selepas satu jam 30 minit, datanglah pakcik peronda highway. Tapi masa dia stop
belakang kereta kami, selepas 10 minit baru dia keluar dan datang dekat. Kenapa
lah amek masa sangat? Pakcik tu kata, boleh ke depan sikit kat jalan rata? Ni
atas bukit ni. Then, tarik handbrake, gerak lah kereta tu. Lepas tu.arghhhh tak
boleh brake. Panik kejap. Nasib kereta tu stop tetibe. Then pakcik peronda tu
check siap try nak jump start. Still tak jadi apa-apa. Then pakcik tu cakap, dah
check tapi takde rosak apa-apa pun? Semua ok je ni.
Takpe, saya panggil towing highway nanti tow sampai hentian Gombak, tinggal
kereta kat situ then nanti check kat bengkel ya? lepastu boleh pulak pakcik tu
tinggal je kami berdua kat situ? Tunggu lagi then datang towing tu, sampai
hentian Gombak sekali lagi panik masa nak park tepi tu kereta tu gerak sampai
nak langgar dinding takleh stop sebab tak boleh brake. Pffttt
Di hentian Gombak, cari plug nak charge phone dan minta bantuan. Maka, kami
lepak dalam surau. Hantar satu tweet, nasib Wan je reply. Wan kata nak tolong,
so dia datang, dan U-turn di Genting Sempah dan datang ke Hentian Gombak.
Dalam masa yang sama tunggu towing insurance datang nak tow kereta untuk di
bawak ke bengkel berdekatan. Thanks lah kepada Wan dan Eeri yang sanggup
datang dan bantu kami yang hopeless ini. siap bawak kucing comel lagi bersama
nak rescue kami. sampai rumah jam 4.30 pagi.
Esoknya, sepupu pergi bengkel dan balik tu dia beritahu sesuatu:
kereta tak rosak apa-apa langsung sebenarnya dan pagi ni boleh start macam
biasa.
So, apa yang terjadi sebenarnya malam tadi?
Pengajaran: jangan berani sangat balik lalu highway tengah malam lagi-lagi masa
tengah period, dan mulut diam-diam je jangan celupar atas highway. Balik tu,
tangan kiri lebam-lebam tak tahu kenapa dan saya terus jatuh sakit. Ppffffttt~

HANTU MENGIRA
Saya pernah mengalami pengalaman seram ketika menuntut di sebuah sekolah
( nama dirahsiakan ) di Kuala Terengganu. Sekolah saya memang dekat dengan
hutan, kalau budak Terengganu tau kot sekolah ni. Saya mula belajar hidup di
asrama ketika tingkatan 1 lagi.
Memang menjadi perkara biasa di mana2 sekolah, pelajar senior akan buka
cerita seram diasrama kepada pelajar junior. Lagi2 budak yang baru nak start
tinggal di asrama.
Hari ketiga saya di asrama, pelajar senior mula menceritakan cerita hantu
kepada saya dan pelajar2 junior lain. Hantu yang mereka cerita ialah hantu
mengira. Pada mulanya saya nak tergelak sebab terlintas dalam hati ada pulak
hantu pandai matematik. Tapi setelah dengar cerita sampai habis baru saya tau,
hantu mengira tu ialah hantu yang mengira pelajar yang tak tidur malam.
Hari tu jugak saya kenal Julia, kami mula rapat sebab masing2 takut nak
pergi tandas malam2. Kami saling menemani bila nak terkencing malam2. Pada
mulanya kami berdua memang tak percaya cerita senior ni sebab sebelum saya
mendaftarkan diri di asrama, abang saya dah bagitau awal2 supaya jangan
dengar sangat cerita hantu ni. Cerita ni biasanya nak buat junior respect kat
senior je. Si Julia ni pun awal2 lagi mak ayah dia dah cakap jangan percaya cerita
hantu senior.
Nak dijadikan cerita, ada la satu hari ni saya memang tak boleh nak
lelapkan mata. Katil Julia ni sebelah saya je, saya nampak Julia ni dah tidur
nyenyak dah, yang lain pun dah tidur jugak. Saya tengok jam dah pukul 2 pagi.
Saya cuba nak lelapkan mata tapi tak boleh, mungkin sebab banyak sangat
minum air Nescafe masa minum petang tadi.
Sedang saya berguling ke kiri ke kanan cuba nak lelapkan mata, saya
terdengar macam ada orang buka tingkap bilik saya. Tingkap tu betul2 depan
katil saya. Saya boleh nampak tingkap tu sebab semua katil dah disusun
mengadap ke tingkap tu, katil saya yang ke-4 dari dinding.
Saya tak fikir apa2 lagi masa tu sehingga saya terdengar suara satu, dua,
tiga . Lepas saya dengar suara tu, saya terus teringat cerita senior masa
mula2 saya mendaftar diasrama.
Saya mula meremang satu badan, saya dengar lagi satu, dua,
tiga.empat tak tidur lagi?? . Saya makin tak sedap hati sebab memang saya
katil ke-4 dari dinding. Saya baca semua surah2 yang saya hafal dalam keadaan
sebutan yang berterabur. Benda tu
mengira lagi satu, dua, tigaempat tak tidur lagi?? .
Badan saya memang dah menggigil dah masa tu, saya cuba panggil Julia
dalam suara terketar2. Julia !! Ju.. Julia Julia !! Tapi apa yang membuatkan
saya makin menggigil dan menangis bila saya dengar benda tu cakap Julia dah
tidur dan disertakan hilaian ketawa yang sangat kuat. Saya terus menjerit

PERGI !!!! Banyak kali jugak saya jerit sampai semua pelajar dalam bilik saya
terbangun. Saya langsung tak berani nak pandang benda tu.
Dipendekkan cerita, hari esoknya tu warden arahkan semua pelajar
perempuan berkumpul di tempat parking kereta asrama selepas isyak. Warden
cakap dulu ada satu pokok besar di belakang asrama ni. Tapi sebab nak
meluaskan kawasan tempat menyidai baju, pokok tu ditebang. Mungkin sebab
tempat tinggal benda tu di kacau, sebagai balasannya pelajar pulak kena kacau
dengan benda tu.
Sebelum ni pun dah ramai senior dengar suara mengira ni. Tapi diorang
buat tak tau je sebab benda tu tak kacau atau sentuh diorang. Malam tu semua
pelajar baca Yassin kat bilik masing2.

PONTIANAK ATAS BUT


Seorang kenalan, Mohd. Saifullah Adli Hamzah, 32, mendakwa, dia pernah berada
dalam situasi menyeramkan ketika melalui laluan berkenaan.
Kejadian ini berlaku lima tahun lepas. Ketika itu saya dan tiga rakan dalam
perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan di Tanah Merah,
Kelantan.
Perjalanan dimulakan sekitar pukul 1.30 pagi dari Shah Alam. Kami bergerak
lewat kerana ada rakan-rakan yang bekerja syif petang. katanya yang juga
merupakan pegawai pasukan beruniform.
Menyambung bicaranya, sebaik sahaja melepasi tol Gombak, dua rakannya, Azizi
dan Malik minta izin untuk tidur kerana mereka akan bergilir memandu
sementara dia dan seorang lagi rakan bernama Hadi, asyik bersembang.
Selepas melalui Bentong, jalan mulai sunyi. Ketika kereta menaiki bukit, saya
terdengar seperti ada benda terjatuh menghempap bahagian belakang kereta.
Hadi turut mendengar bunyi yang sama. Bila saya lihat cermin pandang
belakang, saya tidak nampak apa-apa.
Memandangkan keadaan ketika itu sunyi dan gelap, saya teruskan juga
pemanduan, ujarnya yang membuka tingkap sepanjang perjalanan kerana mahu
merokok selain menikmati udara sejuk hutan.
Laluan berliku dan berbukit memaksa Saifullah berhati-hati ketika meningkatkan
kelajuan untuk memintas beberapa lori besar.
Ketika itu, dia mula merasakan keretanya berat namun dia tidak fikir yang bukanbukan. Mungkin juga tekanan berat itu disebabkan kereta transmisi automatik
yang dipandunya.
Namun, sebaik dia melepasi sebuah lori balak, pemandu tersebut menyalakan
lampu besar berulang kali.
Hadi menyuruh saya memecut supaya tidak terus terganggu dengan nyalaan
lampu tinggi lori terbabit.
Peliknya selepas itu ada dua tiga kenderaan yang memintas saya turut

menyalakan lampu tinggi, malah ada yang membunyikan hon. Kata saya kepada
Hadi, mungkin mereka hendak beritahu sesuatu, katanya yang terus
mengejutkan dua lagi rakannya yang sedang tidur.
Memikirkan kemungkinan sesuatu berlaku terhadap keretanya, Saifullah ambil
keputusan berhenti di bahu jalan untuk melihat-lihat jika ada yang tidak kena.
Sebaik saja saya dan Hadi buka pintu untuk keluar, Malik yang kebetulan
memalingkan muka ke cermin belakang menjerit meminta saya meneruskan
perjalanan.
Allahuakhbar! Pul, kau jangan keluar! Kita blah... kita blah! jerit Malik dengan
muka panik sambil menepuk-nepuk belakang kerusi supaya kami segera beredar
dari kawasan tersebut.
Tanpa fikir panjang, pintu kereta ditutup dan Saifullah menekan pedal minyak
semahunya. Malik menekup muka, Azizi pula menenangkannya.
Tingkap yang sebelum itu dibiarkan terbuka pantas ditutup.
Hadi bertanya, apa yang mereka nampak dan kenapa ketakutan sampai begitu
sekali.
Aku rasa aku nampak puntianak. Dia tengah baring terlentang atas but kereta
kau tapi muka dia menghadap kita.
Masa aku toleh ke belakang tadi, mata aku betul-betul nampak matanya, kata
Saifullah ketika menceritakan detik cemas dia dan rakan-rakannya disapa
makhluk halus di Lebuh Raya Karak.
Selepas mendengar pengakuan rakannya, Saifullah cuba memberanikan diri
untuk melihat ke cermin pandang belakang namun tiada apa yang kelihatan.
Hadi pula cuba pandang ke belakang menerusi cermin sisi.
Pul, betullah. Aku nampak ada benda dekat belakang, kata Hadi.
Mendengarkan katanya, kami semua tidak putus membaca kalimah al-Quran.
Hadi pula beberapa kali mengalunkan azan dalam tempoh 15 minit, ujar
Saifullah.
Apabila keadaan menjadi tenang, baru empat sekawan ini faham mengapa lori
dan kereta yang memintas mereka menyalakan lampu besar.
Mungkin mereka nak beritahu kita pasal lembaga tersebut, tetapi kita yang tak
faham. Mujur juga mereka masih boleh mengawal kenderaan kerana panik dan
takut melampau juga boleh mengundang kemalangan, jelasnya yang sehingga
kini mengelak untuk melalui Lebuh Raya Karak pada waktu malam.
Tidak menolak kewujudan entiti di laluan berkenaan, ramai yang berpendapat
kawasan di sepanjang lebuh raya tersebut memang keras.
Menerusi carian di beberapa blog yang memaparkan cerita seram, sudah ramai
yang disakat oleh makhluk halus terutamanya jika menggunakannya pada waktu
malam.
Ada yang mengaitkan gangguan-gangguan tersebut terjadi ekoran kejadian
kemalangan maut yang kerap berlaku di situ. Ada juga yang berpendapat,
kawasan tersebut memang keras kerana ia adalah tapak asal perkuburan lama.

TANDAS HOSPITAL
Beberapa tahun yang lalu, aku telah dimasukkan ke hospital. Inilah kali pertama
aku menjadi penghuni sementara di sebuah hospital. Aku ditempatkan di
sebuah bilik yang menempatkan enam orang pesakit. dan katilku terletak di
tengah-tengah. Semua pesakit di bilik itu berbangsa Cina yang lanjut usia.
Hampir setiap malam aku tidak dapat lena kerana kekenyangan tidur pada
siang hari.
Pada suatu malam, kira-kira jam 9, aku terasa ingin membuang air kecil. Tetapi
aku takut untuk ke bilik air yang terletak agak jauh dari tempatku. Ditambah lagi,
lampu di luar sudah dipadamkan. Disebabkan tidak tahan, akhirnya aku
memberanikan diri untuk ke bilik air, khuatir akan terbuang di atas katilku. Aku
berjalan perlahan-lahan menuju bilik air. Setibanya di situ, aku dapati bilik air itu
kosong. Namun aku terdengar seperti bunyi orang yang sedang menyelongkar
sesuatu dalam tong khas untuk membuang tisu yang telah dipakai. Aku cuba
memeriksa setiap tandas, tetapi semuanya kosong. Apabila aku pergi ke tandas
terakhir yang bersebelahan dengan tingkap, aku dapati pintunya tertutup dan
mungkin juga dikunci dari dalam. Aku pun biarkan sahaja kerana pada
sangakaanku, mungkin ada orang di dalamnya.
Aku pun pergi ke sinki untuk mambasuh muka sementara menunggu orang yang
ada di dalam tandas terakhir itu keluar. Aku memang selalu ke tandas itu dan
tidak pernah ke tandas lain melainkan untuk mandi. Lama juga aku menanti.

Apabila aku rasakan begitu lama, aku kembali menjenguk tandas itu semula
dan alangkah terperanjatnya aku apabila mendapati tiada sesiapun di
dalamnya. Pintu terbuka luas, tidak tertutup seperti tadi. Bila masa orang ni
keluar, tak nampak pun, kataku sendirian. Aku mula terasa takut. apa tidaknya,
hampir 10 minit aku menantinya di luar, tiba-tiba tandas itu kosong dan pintunya
terbuka padahal aku yang berada di luar tak nampak sesiapapun semasa aku
mencuci muka tadi.
Oleh kerana terlalu takut, aku tak jadi buang air dan terus balik ke bilikku. Aku
cuba tenangkan perasaanku. Sepanjang malam aku gelisah dan tidak boleh tidur.
Puas aku cuba memejamkan mata, tetapi gagal. Dalam kegelisahan begitu, tibatiba aku terpandang sesuatu di luar tingkap. Dalam kesamaran, aku ternampak
kepala orang yang sedang memerhatikan aku. Rambutnya putih, kusut masai ke
paras bahu, mukanya hodoh, terkopek-kopek dan berdarah. Matanya cengkung
termasuk ke dalam. Aku benar-benar terpaku. Mataku tidak berkelip
memandangnya. Darahku berderau, naik ke muka, jantungku berdebar-debar.
Bulu romaku berdiri tegak dan tubuhku terasa seram sejuk. Mulutku seolah-olah
terkunci untuk berkata-kata. Dalam hatiku berdoaYa Allah. Kau selamatkanlah
hamba Mu yang lemah ini.
Tiba-tiba seorang pesakit menekan butang untuk memanggil jururawat kerana
ingin membuang air. Apabila jururawat itu datang, lembaga itu tetap ada di situ.
Aku cukup hairan, mengapa jururawat itu tidak nampak lembaga itu sedangkan
ia benar-benar berada di hadapannya. Lama-kelamaan, lembaga yang tidak
berbadan itu perlahan lahan naik ke atas dan terus menghilang menembusi
siling. Aku yang sepatutnya dibenarkan pulang keesokan harinya terpaksa
ditahan sehari lagi kerana demamku terlalu kuat dan suhu badanku naik terlalu
tinggi. Kini, segalanya telah pun berlalu. Namun, peristiwa seram itu tetap
terpahat dalam ingatanku dan tidak mungkin aku dapat lupakan.

WAD BAYI
Cerita ini sebenarnya dah agak lama juga dan berlaku di salah sebuah hospital
swasta di ibu kota. Waktu itu, saya berada di hospital selepas melahirkan anak.
Oleh kerana bayi saya di letakkan di wad yang berasingan kerana ada
pendarahan jadi bila waktu malam saya selalu ambil peluang untuk keluar
berjalan-jalan atau ke wad bayi untuk melihat keadaannya.
Dalam pada itu, kadang-kala saya lihat ramai juga ibu2 yang keluar ke lobi
atau ke arah wad bayi waktu malam2 begitu walaupun keadaan ketika itu agak
sunyi.Sehinggalah satu hari, seorang Sister telah menegur saya dan
menasihatkan saya agar jangan selalu keluar dari wad apatah bila waktu2 tengah
malam. Bila di tanya kenapa, sebab saya bagitahu beliau yang saya selalu
nampak ramai orang berlegar-legar di luar wad setiap kali saya ke bilik wad bayi.
Sambil menghela nafas panjang, beliau memberitahu kadang-kala apa
yang kita lihat itu, bukan apa sebenarnya seperti yang kita fikirkan. Sambil itu dia
memberitahu saya bahawa, sebenarnya di tingkat yang saya duduk sekarang ini

cuma tinggal beberapa orang pesakit saja dan kebanyakkannya terpaksa


menjalani pembedahan dan tidak mungkin mereka akan keluar berjalan-jalan dari
wad mereka seperti yang saya katakan.
Serta-merta peluh dingin menerpa. Saya rasa seram sejuk. Sister
tersebut terus bercerita bahawa sebelum ini ada juga perkara-perkara ganjil yang
berlaku. Contohnya, ada satu hari beliau ingin ke tandas dan meminta seorang
jururawat mengambil alih untuk memantau tugas beliau sebentar.
Tetapi alangkah terkejutnya beliau apabila tiba saja di tandas dia
ternampak jururawat tersebut berada betul2 di pintu salah sebuah tandas. Beliau
terus bertanyakan jururawat itu apa yang dibuatnya disitu. Tetapi beliau diam
dan tidak langsung menjawab dan dengan mata yang seakan merah dan
merengus terus menuju masuk ke dalam salah sebuah tandas di situ.
Tiba-tiba Sister tersebut seakan terdengar suara seperti orang sedang
menghisap sesuatu dari dalam tandas tersebut. Rasa tidak sedap hati, beliau
terus berlari keluar dan sekali lagi beliau terperanjat apabila melihat jururawat
tadi berada di kaunter dan sedang berbual dengan seorang jururawat yang lain.
Beliau terus memarahi jururawat itu kerana tidak mengikut arahan beliau. Yang
anehnya, jururawat itu berkata dia tidak kemana-mana dan hanya duduk disitu
sambil berbual sementara menanti Sister itu ke tandas sebentar. Jadi siapakah
yang ditemui oleh Sister itu sewaktu di tandas tadi??.
Oleh kerana itu, beliau menasihatkan saya agar duduk saja di dalam wad
dan kalau perlukan apa-apa panggil saya jururawat yang bertugas. Saya terus
terdiam mendengar cerita beliau. Malam itu saya tidak dapat melelapkan mata
dan tidur dalam keadaan lampu terpasang hingga ke pagi. Rasa takut itu datang
tiba2 walaupun sebelum itu saya tidak punya perasaan sebegitu.
Sejak itu saya tidak lagi keluar waktu tengah-tengah malam dari wad saya
mahupun pergi ke wad bayi melihat anak saya hinggalah saya keluar dari
hospital beberapa hari kemudian.
Teringat pula cerita seorang lagi jururawat yang bertugas, kalau adanya
kematian di situ, pintu pagar yang menghala ke bilik mayat akan terbuka dengan
sendirinya tepat jam 12.00 tengahari. Itu tandanya akan ada orang yang akan
meninggal hari tu. Wallahualam.

PREP
Dijadikan citer, asrama bebudak pompuan ni betul-betul belakang hospital
Segamat, belakang hospital itu ialah bilik mayat. Jadiknya, blok aku ni blakang
bilik mayat la. Kalau yang tidur katil double decker belah atas leh la nampak blok
mayat tu.
Alkisah malam tu kitorang prep kat dewan makan. Kalau prep, asrama kosong,
lampu sumer padam (kes nak jimatkan elektrik, sila maklum). Kecuali lampu
koridor je la menyala. Warden lak mostly kat dewan makan pantau student. Aku

plak, di tengah-tengah prep kul 9 malam tu terasa nak terkucil yang amat
sangat! (sangat2). Ko pepaham je la kalau dah tak tahan tu.
Disebabkan tekad, aku lari balik asrama. Masa tu asrama aku, depan bilik air
ground floor, ade pokok besar merimbun. Ada 2 bilik air, satu kecik, satu lagi
besar. Dengan aku yang takut-takut berani, aku masuk tandas kecik tu. Sebelum
bilik air kecik tu, ada surau. Pintu surau terbukak tapi lambu tutup.
Setel urusan, aku keluar bilik air dan lalu depan surau. Masa tu, lampu jalan kat
hospital tu terang, dan surau tu gelap. So boleh bayangkan situasi wayang kulit
kat situ. Tiba-tiba aku TERtoleh dekat dalam surau, aku nampak bayang-bayang 2
kepala botak jalan belakang surau. Berderau tapi masa tu, kemampuan berfikir
buatkan aku teka-teki sapelah punya kepala tu. Terbayang jek mende hijau tu
dalam kepala, aku pecut ke dewan makan.
Aku citer kat kengkawan aku malam tu sebelum tido, masing-masing selamba
dek aje. Tapi kami memang baca Yasin malam tu.

WANITA CINA BERCHEONGSAM PUTIH


Kejadian seram ini berlaku disebuah hospital bersalin di singapura pada tahun
1988. Ketika itu saya baru melahirkan anak ketiga melalui pembedahan.
Memandangkan kesihatan saya belum pulih, doktor yang merawat saya
mengarahkan supaya saya ditahan dihospital selama 10 hari.
Setelah empat hari dihospital, kesihatan saya beransur ansur pulih kerana
maklum sajalah, disini saya dapat berehat dan mendapat perhatian jururawat

jururawat yang bertugas.


Bagaimanapun, mulai hari kelima, boleh dikatakan setiap malam saya ternampak
seorang wanita cina berpakaian cheongsam putih lalu ditepi katil saya. Pada
mulanya, Saya menyangka dia adalah amah hospital atau jurarawat yang
bertugas diwaktu malam ketika itu. Saya tidak mengenal pasti wajahnya kerana
keadaan dibilik hospital pada ketika itu hanya samar samar.
Bagaimanapun, rasanya, saya tidak pernah melihat wanita itu. Pada malam
jumaatnya, kira kira 1.30 pagi, wanita bercheongsam putih itu tiba tiba
memperlihatkan wajahnya kepada saya. Kali ini dia kelihatan berdiri di luar
tingkap disebelah kiri katil saya. Wajahnya cantik, rambutnya hitam pekat dan
kerintingnya begitu kasar. Dia melihat saya sambil tersenyum. Senyumannya itu
membuat saya berasa seram sejuk, apatah lagi dia hilang kemana dalam sekelip
mata sahaja.
Ini membuat saya tidak dapat tidur sehingga ke pagi. Keesokan harinya, apabila
suami saya datang melawat, saya ceritakan apa yang berlaku. Sejak itu, setiap
malam sebelum pulang, suami saya membacakan surah yasin. Pada malam
berikutnya, saya tidak melihat wanita cina itu lagi. Setelah 10 hari dihospital,
saya dibenarkan pulang. Setibanya dirumah kira kira 6.45 petang, saya berasa
letih dan terus berbaring dikatil sambil mengadap pintu bilik mandi.
Tiba tiba darah gemuruh saya berderau apabila saya ternampak bayangan
wanita cina itu. Kebetulan ketika itu azan maghrib pun berkumandang , bayangan
wanita cina itu hilang dengan serta merta. saya tidak menceritakan hal yang
baru saya alami itu pada suami saya kerana menyangka itu mungkin perasan
saya sahaja. Menjelang malam, ketika sedang tidur, tiba tiba saya terjaga dan
terasa ada orang memeluk saya begitu erat.
Pada mulanya, saya menyangka suami saya, tetapi saya terkejut apabila teringat
dia tidur dibawah, bukan disebelah saya. Alangkah terperanjatnya saya apabila
saya lihat tangan yang memeluk saya adalah tangan jerangkung. Saya menjerit
sekuat hati sehingga suami dan anak anak saya terjaga. Badan saya mengigil
dan saya begitu takut lalu suami saya menyuruh saya tidur dibilik sebelah sambil
membacakan surah yasin.
Keesokan harinya, kami menjemput orang yang lebih arif dalam hal hal yang
serupa itu. Walaupun kami tidak lagi diganggu, peristiwa tersebut tidak dapat
saya lupakan hingga ke hari ini.

MOTOR
Tahun 1980'an. Menjadi seorang Staf Kesedar (Lembaga Kemajuan Kelantan
Selatan) yang ditugaskan di Gua Musang bukan satu perkara yang
menyenangkan. Bayangkan ketika itu Kerajaan mengamanahkan kepada Kesedar
untuk membangunkan Selatan Kelantan termasuk di Parlimen Gua Musang
dengan meransang semua kegiatan ekonominya di kala Gua Musang ketika itu
hanya dipenuhi dengan hutan belantara yang tebal dan menyeramkan. Semasa
pembukaan tanah di kawasan Paloh untuk membina penempatan "ala" Felda
serta membuka ladang getah dan kelapa sawit, terlalu banyak dugaan yang
ditempuhi oleh pegawai Kesedar. Selain dari ancaman binatang liar, wujud
ancaman mistik yang sangat menakutkan.
Satu kisah diceritakan yang berlaku sekitar tahun 1990'an. Pernah ada seorang
pegawai Kesedar menunggang vespa seorang diri semasa memasuki galas
berhampiran sempadan Pahang-Kelantan. Difahamkan ketika itu dia mahu pulang
ke Kuala Krai.
Jam ketika itu menunjukkan pukul 9.00 malam. Ketika melayan perjalanan malam
yang sejuk dan menyeramkan itu, secara tiba-tiba enjin motornya mati. Dia pun
turunlah dari motornya untuk melihat apa yang berlaku menyebabkan motornya
rosak. Selepas diperiksa, motor itu elok dan tiada sebab untuk rosak. Dia cuba
menghidupkan enjin. Cubaan berjaya selepas beberapa kali menendang starter.
Dia pun menunggang semula motornya. Kali ini dia terasa motornya berat.
Perasaannya mengatakan ada sesuatu menumpang di belakang dan spontan
tanggannya mengagau di belakangnya. Terkejut tidak terperi si pegawai Kesedar
ini apabila dia merasa ada peha orang dibelakangnya.
Dia lalu memberhentikan motornya dan melompat turun. Alangkah terkejutnya
dia apabila yang menumpang itu adalah hantu manusia separuh badan iaitu dari
pingang ke kaki. Badan dan kepalanya tiada. Walaupun takut, kematangnya
berhadapan dengan kes mistik ini menyebabkan dia terpaksa memberanikan
diri. Dia menyuruh lembaga itu turun. Lembaga itu senyap sahaja tidak
berganjak. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke
bandar Gua Musang sambil lembaga itu tidak berganjak. Kebetulan semasa itu
ada pesta ala-ala funfair berhampiran stesen keretapi Gua Musang.
Dia memberhentikan motornya dan bergegas ke kedai makan berhampiran. Dia
lihat dari jauh lembaga itu masih melekat di motornya. Keresahannya terubat
apabila dia nampak lembaga itu turun dan menuju ke kawasan fun fair. Dia
sendiri tidak faham, adakah orang lain nampak atau tidak apa yang dia nampak.
Selepas melihat lembaga itu semakin hilang, dia terus mencapai motornya
semula dan bergegas bertolak ke Kuala Krai. Dia terpaksa buat begitu apabila
melihat lembaga itu beriya-iya seperti mahu mengikutnya.Keesokkan harinya, dia
terdengar seluruh funfair kecoh apabila diganggu oleh orang separuh.
Inilah antara cabaran yang dilalui oleh pegawai Kesedar. Bukan mudah untuk

membangunkan kawasan yang dipenuhi dengan bukit bukau serta tumpuan


ekonominya kepada hasil pertanian dan komoditi.

MAYAT
Hati saya mula rungsing. Mayat yang sedang saya mandikan menyebabkan bulu
roma saya tegak, seram, seluruh badan berasa hangat serta tidak tenteram.
Bukanlah keadaan mayat yang cuma separuh sahaja itu yang sebabkan saya
rasa seram, tapi ada sesuatu yang lain yang saya rasakan ada bersama-sama
kami, yang mengganggu kami. Keadaan mayat tersebut memang mengerikan
sebab cuma bahagian pinggang kebawah saja yang saya dan kawan-kawan saya
uruskan. Mayat yang dalam lingkungan umur 30-an itu dijumpai terapung di
dalam laut selepas beberapa hari dicampak ke situ. Baunya memang busuk.
Walaupun demikian sekali rupa mayat tersebut, namun ia tidak menyeramkan
saya. Sudah bermacam-macam mayat yang pernah saya uruskan yang lebih
dahsyat dan lebih ngeri daripada itu. Tapi mayat yang ini lain macam
sedikit.Semasa memandikan jenazah itu bulu roma saya terus tegak. Tapi saya
uruskan juga sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran, khususnya ayat kursi,
terus saya baca. Berdasarkan pengalaman lepas-lepas, jika begitu perasaan yang
saya alami, maknanya jenazah yang saya uruskan bukanlah dari kalangan
mereka yang dicintai Allah.
Apabila sudah selesai menguruskannya, kami hantar jenazah tersebut ke
kawasan perkuburan. Encik, jangan kebumikan dulu jenazah ini, sehingga saya
datang ke sini semula, pesan saya kepada penggali kubur. Saya tidak dapat
turut serta kerana saya perlu menghantar dahulu juru urus jenazah wanita yang
dipanggil satu jenazah.
Insya-Allah, jawab penggali kubur tersebut. Saya tinggalkan dia tanpa
memberitahu kepadanya bahawa mayat tersebut bermasalah. Bagi saya ini
perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya.
Selepas menghantar juru urus jenazah wanita, saya balik ke kawasan perkuburan
tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah berkenaan, namun
apabila tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah dikebumikan.
Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai, kata penggali kubur
tersebut.
Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu.
Namun apabila masuk sahaja ke dalam kereta, saya rasa seperti ada sesuatu
yang mengekori. Seolah-olahnya mayat itu ada dalam kereta untuk mengikut
saya pulang ke rumah. Perasaan seram kembali semula. Dengan serba sedikit
ilmu yang saya tahu, saya cuba halau benda itu. Namun saya tahu saya gagal
dan ia mengekori hingga ke rumah kerana pada malam itu saya berperang
dengannya.

Kira-kira pukul 11 malam, ketika kami sekeluarga hendak tidur, saya mula rasa
lain macam. Isteri dan anak saya juga gelisah seperti ada sesuatu yang
mengganggu perasaan mereka. Perasaan seram kembali datang. Bulu roma saya
meremang. Satu demi satu ayat saya baca dan kemudian hembuskan hingga
syaitan itu pergi meninggalkan saya. Biasanya saya gunakan surah al-Fatihah,
tiga Qul, ayat Qursi, amanarrasul dan satu ayat lain yang terakhir. Alhamdulillah
saya berjaya, tapi tidak lama kemudian, gangguan itu datang kembali. Sekali lagi
saya bacakan ayat-ayat tertentu dan hembuskan ke arahnya. Untuk sementara
waktu, ia lari meninggalkan saya.
Rupa-rupanya gangguan itu cumalah permulaan. Semakin larut malam,
tindakannya semakin agresif. Apabila saya mula hendak melelapkan mata, ia
kembali semula dan mencucuk tubuh saya. Saya tersentak dan tidak jadi tidur.
Saya lihat sekeliling, tapi tiada apa yang saya nampak kecuali gelap. Saya baca
ayat-ayat tertentu dan gangguan itu berhenti seketika.
Memikirkan gangguan itu sudah berakhir, saya cuba melelapkan mata. Namun
apabila saya hampir terlena, ia datang semula dan mencucuk pusat saya. Sekali
lagi tersentak. Begitulah yang berlaku seterusnya. Punggung dan badan saya
dicucuk apabila hendak melelapkan mata. Setelah hampir sejam diganggu,
akhirnya gangguan itu terus berhenti. Saya tidur tanpa sebarang gangguan lagi.
Alhamdulillah, itulah sekali saya diganggu oleh syaitan daripada mayat
berkenaan.
Telahan saya bahawa gangguan tersebut berpunca daripada mayat yang saya
uruskan pada siang harinya memang berasas. Sebabnya ialah tidak berapa lama
kemudian saya mendapat berita bahawa penggali kubur itu telah sakit selama
sebulan. Sejak mengebumikan mayat tersebut, hidup penggali kubur itu mula
tidak tenteram kerana diekori oleh mayat berkenaan. Apabila dia masuk saja ke
pejabat, dilihatnya mayat itu berada di dalam pejabatnya. Apabila dia masuk bilik
mandi, di situ juga ada mayat.
Pendeknya ke mana sahaja dia pergi, di bilik tidur, di ruang tamu, di bawah pokok
atau di mana sekalipun, pasti dia akan ternampak mayat itu. Akibatnya dia sakit
selama sebulan dan meracau yang bukan-bukan. Selepas puas berubat, akhirnya
dia sembuh seperti sedia kala. Mungkin ada yang mengatakan cerita saya ini
karut, atau sengaja direka, tapi percayalah, ia memang benar-benar terjadi.
Bagaimanapun, alhamdulillah, kejadian itu memberi iktibar yang besar kepada
saya.
Dari segi syarak, gangguan yang kami alami itu dilakukan oleh iblis menyerupai
mayat untuk menakutkan kita supaya kita berhenti daripada menguruskan
jenazah. Gangguan seperti ini jangan dilayan kerana menguruskan jenazah
adalah ibadah.

Saya yakin gangguan yang kami lalui berpunca daripada ilmu hitam yang
diamalkan oleh lelaki tersebut. Menurut pendapat sesetengah orang, gangguan
seperti itu berlaku kerana lelaki berkenaan membela jin dan syaitan untuk
dijadikan khadam melindunginya.
Bagi yang menuntut ilmu kebal, salah satu cara untuk membunuhnya ialah
dengan membuang separuh mayatnya ke dalam sungai atau laut dan separuh
lagi dibuang di darat. Itulah syaratnya kerana kalau kedua-dua bahagian tubuh
itu dibuang di darat, atau kedua-duanya dibuang ke dalam air, ia akan bercantum
dan mayat tersebut akan hidup semula. Itulah cerita yang saya dengar, betul
atau tidak wallahuaklam.
Nasihat saya, janganlah dituntut ilmu yang bukan-bukan, yang bersahabat
dengan syaitan. Dalam syarak, apa ilmu kita tuntut pun kita tak boleh kebal.
Malah nabi yang hafaz al-Quran, rasul, tapi dia juga cedera semasa perang.
Sebenarnya kita bukannya kebal, tapi dilindungi oleh jin.
Ingatlah, jika kita berkehendakkan sesuatu, bermohonlah kepada Allah. Janganlah
salah guna ayat al-Quran.

LAGU HINDUSTAN
Masa tu, office nie memang baru dibuka. Kami pun baru pindah ke sini selepas
selesai urusan renovation dan sebagainya. Pada masa yang sama, perpindahan
ke sini juga bermaksud perpindahan majikan. Sebuah syarikat yang baru dibuka
dan kita pun dilantik sebagai salah seorang HR person. Oleh kerana syarikat baru
dan jawatan baru, maka sangat banyak kerja yang harus diuruskan. Weekend,
weekdays seumpama tiada beza. Malam dan siang tetap di dalam pejabat. Oleh
itu, ada masanya kita akan stayback di pejabat untuk menyelesaikan kerja selagi
mampu.
Faham2lah kalau dah duduk seorang diri nie, malam2 pula tu..memang rasa
sunyi. Selain sunyi, adala sedikit rasa cuak tentang aktiviti paranormal kan.
Namun kita tak endahkan. Kita pasang muzik di pc. Ada cd masa tu rasanya,
milik housemate kita. CD lagu hindustan..kita ingat lagi. Tak kuat pun
pasang..volume sangat rendah sekadar menemani kita. Lagipun, tgh concentrate
kerja kan.
Sedang focus dengan kerja, tiba2 kita dengar macam ada orang selak2 kertas
suratkhabar..tapi x ada sesiapa. Kita tak endahkan. Kemudia dengar bunyi orang
seperti mengetuk keyboard di barisan sebelah kita. Kita tak angkat kepala pun
untuk tengok sebab memang tak ada sesiapa. Pintu masuk hanya satu, dan kita
duduk di laluan utama ke pintu masuk keluar. Dalam hati sudah berkata2. Tapi
tabahkan hati. Teringat pesan ustaz di sekolah menengah, bumi ini dikongsi oleh
hidupan yang nyata dan yang halus. Maka bertoleransilah... "Ok fine...ko x kaco
aku pun dah cukup baik..." kita kata dalam hati.
Tapi..dalam pada meneruskan kerja... tiba2 dengar suara garau lelaki yang ikut

sama menyanyi bait2 lagu hindustan tu, betul2 di meja sebelah kita. Meremang
terus segala apa yang ada. Siap habis satu baris lagu tau. Dah tak ingat lagu
apa.... Masa tu dah tak boleh tunggu lagi dah. Terus capai tali handbag...dan
pecut keluar pejabat.... Dengan pc still on, dengan pintu pejabat tak kunci dan
sebagainya... kita dah x peduli dah...
Sampai jer rumah, cerita2 dengan housemate... lepaskan perasaan. Syukurlah
sepanjang pemanduan dalam perjalanan, tak ada yang 'mengikut'...

JANGAN KACAU!
AZMAN, begitulah nama abang penulis yang lebih mesra kami panggil Itam saja.
Itam anak kelima daripada sepuluh adik-beradik. Sewaktu bersekolah rendah,
kami adik-beradik suka merayap di kawasan paya dan hutan berhampiran
kampung atau memancing ikan. Masa itu sekitar tahun 70-an, masih banyak lagi
ikan seperti haruan, putih, terbol dan keli dalam paya atau anak sungai tidak jauh
dari rumah kami.
AZMAN, begitulah nama abang penulis yang lebih mesra kami panggil Itam saja.
Itam anak kelima daripada sepuluh adik-beradik. Sewaktu bersekolah rendah,
kami adik-beradik suka merayap di kawasan paya dan hutan berhampiran
kampung atau memancing ikan. Masa itu sekitar tahun 70-an, masih banyak lagi
ikan seperti haruan, putih, terbol dan keli dalam paya atau anak sungai tidak jauh
dari rumah kami.
Apabila kami dewasa dan berkeluarga, masing-masing tinggal berjauhan
bersama keluarga. Itam masih meneruskan hobi memancing dan boleh
dikategorikan sebagai pemancing tegar. Bagaimanapun Itam hanya memancing
di laut atau pulau, tepian pantai atau kuala sungai.
Dia tidak berapa gemar memancing di darat kerana geli dengan pacat.
Sepanjang pembabitan dalam aktiviti memancing, Itam tidak pernah berhadapan
atau mengalami peristiwa ganjil atau misteri. Cuma ketika zaman persekolahan
dulu banyak juga kejadian menakutkan dialami ketika kami memancing ikan.

Kami pernah dikejar beruk, terserempak ular tedung selar yang berdiri tiga suku
badan ketika memancing udang galah di Sungai Semangar dan sesat ketika
mencari jalan untuk ke Sungai Sayong.
Bagaimanapun itu semua tidak menghalang kami meneruskan hobi ini. Apabila
datang rasa gian hendak memancing, Itam sanggup pergi seorang diri walaupun
malam hari. Kadang-kadang jika anaknya tidak bersekolah, Itam akan
membawanya ke lokasi. Tetapi selalunya Itam lebih banyak pergi seorang diri.
Itam yang tinggal di Pasir Gudang, Johor, sanggup memandu seorang diri waktu
malam menuju ke sebatang sungai di Sedili, Kota Tinggi, hanya untuk
melepaskan giannya memancing. Bagaimanapun sejak berlaku satu peristiwa
yang menakutkan ini, Itam tidak lagi berani pergi memancing sejauh itu seorang
diri. Kejadian itu berlaku kira-kira dua tahun lalu.
Kisahnya begini. Satu malam selepas Maghrib, Itam memandu kereta seorang diri
bersama kelengkapan memancing menuju ke sungai di Sedili dari rumahnya di
Pasir Gudang. Sebenarnya, itu bukan kali pertama dia ke situ untuk memancing.
Sungai direntang dengan jambatan. Di jambatan itulah Itam memancing ikan
sembilang, gemang, tetanda, siakap merah, gelama dan lain-lain.
Tiba di situ kira-kira jam 11 malam, Itam pun terus melabuhkan umpan hirisan
ikan ke dalam sungai yang mengalir di bawah jambatan. Kebetulan malam itu
ada sekumpulan pemancing, di sebuah jeti kecil kira-kira 100 meter dari
jambatan. Malam itu agak gelap. Hanya suara mereka yang kedengaran. Itam
mengagak mungkin ada tiga atau empat orang memancing di situ.
Tiba-tiba Itam terdengar suara sayup di seberang sungai. Suara itu tidak pernah
di dengarnya sebelum ini. Hendak dikatakan suara anjing bukan, suara burung
pun bukan. Suara itu semakin lama semakin jelas. Ia seakan-akan lolongan
serigala. Suara itu dari udara! Serentak dengan bunyi aneh itu, tiba-tiba Itam
terdengar kumpulan pemancing yang di atas jeti menjerit.
Jangan kacau!... Kemudian kumpulan pemancing itu bergegas masuk kereta.
Kedengaran bunyi enjin kereta memecut laju meninggalkan jeti tempat mereka
memancing. Itam tercengang kehairanan. Bunyi melolong yang didengar tadi
sudah berada di jeti. Tidak lama kemudian bunyi yang menyeramkan itu menuju
ke arahnya. Bunyi yang seakan-akan ketawa dan melolong itu betul-betul berada
di atas pokok berhampiran jambatan.
Itam serta-merta terus menggulung pancing dan mencampaknya ke dalam but
kereta yang sedia terbuka. Bunyi lolongan itu masih jelas kedengaran tetapi
entah apa bendanya Itam pun tak pasti. Yang penting dia perlu meninggalkan
jambatan itu. Enjin kereta dihidupkan. Itam menekan pedal minyak, memecut
meninggalkan tempat berkenaan tanpa menoleh ke belakang. Sejak itu Itam
tidak pernah pergi ke jambatan itu lagi untuk memancing. Suara melolong yang
menyeramkan itu masih terngiang-ngiang lagi di telinga Itam.... mungkinkah
hantu, mungkinkah jembalang?

BILIK MAYAT
"Rin, teman aku pergi tandas." Aku toleh pada pemilik suara itu, sepupu aku,
Shila (bukan nama sebenar). Aku toleh semula pada jam di tangan.
"Kau pergilah sendiri." Aku jawab.
"Takut." Dia pun jawab.
"Kan ada makcik guard jaga depan tandas tu."
"Alaaa...temankanlaahhh.."
Dengan penuh berat hati dan berat punggung, aku gagahkan juga diri menemani
sepupu aku yg baru berusia 18 tahun ke tandas. Sebenarnya sudah hampir 4 hari
kami 'menginap' di hospital ini. Waktu ini kami bergilir-gilir menjaga arwah nenek
kami di hospital. Pakcik dan makcik juga sama-sama bergilir-gilir menjaga arwah
nenek yang disahkan mengidap penyakit paru-paru berair ketika itu. Kebetulan,
ketika nenek aku ditahan di hospital, aku sedang bercuti semester dan sepupu

aku si Shila ni baru saja menamatkan SPM nya.


Malam ini merupakan malam keempat nenek ditahan di hospital. Doktor kata
sakitnya tenat. Maka, waris boleh berada di dalam kawasan hospital walaupun
bukan pada waktu melawat. Cuma, hanya 2 orang waris sahaja dibenarkan
masuk ke dalam wad, yang lain boleh menunggu di luar wad pesakit perempuan
itu.
Malam ini, emak dan makcik aku dah pun berada di sisi nenek aku di dalam wad
pesakit. Maka, aku dan si Shila ni bersantai-santai lah di luar wad.
Aku berhenti dari meneruskan langkah di kawasan koridor bersama-sama si Shila.
"Kenapa?" Shila tanya, langkahnya turut terhenti.
"Aku...aku..." Aku jawab gagap-gagap.
"Kenapa dengan kau ni?" Shila cemas.
Melihat reaksi wajah Shila yang memang dasar penakut tu, tak jadi aku nak
menyambung lakonan aku menakut-nakutkan dia sebab dia dah memang
penakut. Aku tergelak besar, akhirnya.
"Kau ni memang tak gunakan." Aku tahu Shila dah masak sangat dengan
perangai aku.
"Aku tunggu kat sini jelah." Aku terus mengambil satu tempat duduk di koridor
itu, bersebelahan dengan tangga. "Aku nampak kau dari sini." Aku tunjuk kat
bawah. Aku boleh nampak makguard tu kat tandas bawah tu.
Untuk pengetahuan you all...Hospital Batu Pahat yang aku pergi ni cuma ada 2
tingkat je. Dan, di laluan koridornya korang boleh tengok ke bawah sebab dia
bukan bangunan yang tertutup keseluruhannya melainkan wad pesakit. Korang
imaginelah sendiri.
"Temanlah sampai bawah." Shila merayu.
"Kau nii...dari sini boleh nampaklah. Lagipun makguard tu ada je kat depan
tandas tu. Nak takut apa!!!" Kadang perangai penakut yg berlebih-lebihan seperti
Shila ni boleh mengundang orang lain sakit jiwa.
Shila akur. Dia pun turun ke bawah melalui tangga itu.
5 minit berlalu...
Berak batu ke apa budak ni?!!! Aku toleh jam kat tangan lagi, sambil
membetulkan duduk di kerusi yang tak berapa selesa tu. Aku pusingkan kepala
aku sepenuhnya menghadap ke bawah memerhatikan makguard tu dari tingkat
atas.
Gedeekk..deekk..dekkk....dekkkk..deeeekkkk...dekkkkk....(bunyi katil disorong)
Itulah bunyi yang aku dah hafal sangat sepanjang duduk kat kawasan hospital ni.
Bunyi samada katil pesakit dipindahkan ke wad lain atau pesakit baru saja
dimasukkan ke wad atau......pesakit dibawa ke bilik mayat.
Gedekkkk....dekkk...dekkkk..deeekkkk...
Lama bunyinya???

Mungkin jauh agaknya wad yang nak dipindahkan tu. Tapi...kalau aku tak silap,
tangga sebelah aku ni merupakan tangga hujung sekali dari wad. Dan,
sebelahnya lagi aku tak pasti lorong apa. Ke bilik rehat nurse agaknya.
Haissshhhhh!!! Macammana malam ni aku boleh terlupa tempat duduk ni tempat
duduk paling hujung kat bangunan ni. Patutlah lengang je kawasan ni.
Gedeekkk....dekkkkk..dekkkkk.....dekkkk....
Apa ke lamanya nurse ni nak sorong katil tu??
Aku beranikan diri. Menoleh ke arah sebelah tangga...perlahan...laa...haannn...
Sunyi!
Bunyi sorongan itu mati tiba-tiba.
Hurmmm...perasaan aku je kot.
Aku toleh pada makguard kat bawah semula, walaupun aku tak tahu apa ke
motifnya aku merenung makguard yang langsung tak menyedari dirinya direnung
oleh aku dari atas.
Gedeeekkkkkk...deekkkkk.....dekkkkkkk.....dekkkkk....dekkkkkk.....(kali ini
bunyinya semakin laju dan semakin jelas seperti betul-betul lalu kat sebelah
telinga aku ni..korang bayangkan lah sendiri)
Nafas aku semakin kencang!!! Aku toleh...
Sunyi!!!
OK! Kali ni bukan perasaan aku lagi, ni betul-betul bukan cobaan.
Alif ba ta! Alif ba ta! Alif ba ta! Alif ba ta! ~ Begitulah perumpamaannya bila aku
nak baca surah-surah dan segala ayat pendinding yg aku hafal selama ni. Aku
panik!
Aku toleh ke bawah semula. Aku nampak Shila dah keluar dari tandas.
"Shila! Kau berak batu ke apa??? Cepat sikit." Hahahahaha...aku dah takut gila
time ni! Sampai makguard tu bagi amaran suruh perlahankan volume suara.
7.15 pagi...
Aku dan Shila pergi breakfast kat restoran mamak berhampiran sebelum balik ke
rumah pakcik saudara kitorang kat Batu Pahat. Waktu pagi, giliran sepupu yang
lain pula menjaga nenek di hospital.
Shila : Kau ni dari kecik memang berani, kan?
Aku : Apsal?
Shila : Malam kelmarin, aku mintak emak aku temankan pergi tandas. Tapi, emak
aku pun tak berani nak duduk kat tempat duduk sebelah tangga tu.
Aku : Kenapa makngah tak berani pulak?

Shila : Siapa berani duduk dekat-dekat dengan bilik mayat malam-malam? Bukan
kata emak aku, bapak aku tu pun takut-takut je.
Aku : Mana ada bilik mayat kat situ??!!!
Shila : Laahhh....kau tak tahu ke lorong sebelah tangga tu ada bilik mayat??!!!!

HANTU AIR
Tahun 2006, selepas berkahwin dengan suami aku, aku tinggal dengan mak
mertua ku sbb husband aku ni anak lelaki bongsu dan dia ada adik perempuan
seorang lagi yang belum berkahwin waktu... kira tanggungjawab dia la menjaga
makan pakai mak dia...
rumah mak mertua aku ni berdekatan dengan sungai... dan belakang rumah mak
mertua aku ada paya kecil... ada gakla ikan dalam paya tu... tp kami tak pernah
memancing pun...
bilik tidur kami berdekatan dengan paya tu.. kira kalau buka tingkap bilik leh

nampak la paya tu... rumah lak rumah kampung...


jd korang leh tak bayangkan betapa damainya... tp rupa-rupanya tak jugak... sbb
aku orang baru.. so aku kena uji la jugak...
minggu pertama perkahwinan, aku cuti lagi waktu ni.. pukul tujuh pagi, husband
aku pegi keja, aku sambung tidur balik sbb husband aku cakap takpe mak dia tak
kisah sangat...
lgpun aku masih kekok lagi... tidur balik smbil peluk kain pelikat husband aku
(hahaha.. malunya)...
elok aku pejam mata rasa mcm ada benda dok lompat2 kat tilam aku... (tidur
pakai tilam je... sbb tak suka katil tu dok bunyi ngokngekngokngek dah la umah
papan)...
aku buka mata... tengok2 ada 2 3 orang budak dok lompat2 keriangan atas tilam
aku...
dan seorang budak tu dia dekatkan muka dia kat aku (tp aku tak nampak apa2,
mcm budak biasa)... besar budak 2 tahun, telanjang..
aku pun apa lagi, amik selimut, selubung muka aku smbil dok peluk kain pelikat
husband aku... yang mulut aku dok terkumat-kumit baca ayat kursi... lama jugak
la budak2 tu lompat...
kadang2 terlanggar kaki aku... yang aku sedar diorang dah takde bila mak
mertua aku ketuk pintu... aku buka mata tengok dah takde apa2... bangun cepatcepat, bukak pintu.. mak mertua aku tanya kenapa... aku tanya balik kenapa...
dia dengar aku mcm dok mengerang... mgkin waktu aku baca ayat kursi tu kot...
aku cerita la semua kat mertua ku... dia kata hantu air kot.... aku pun
haaaaaahhhh.... kat kawasan ni mmg ada hantu air...
almaklumla sungai... belakang tu paya lak...
kak ipar aku sendiri pernah nampak hantu air berenang, kepala dan rambutnya
tenggelam timbul dalam air.. waktu tu dia tengah basuh kain kt sungai (waktu
zaman muda remaja dia la) aiii seram... tegak bulu roma aku...
macam2 lagi la yang jadi kat aku sepanjang aku dok umah tu.... ada gak
pengalaman ayah aku dan mak mertua ku sendiri..

RUMAH KOSONG
Pengalaman ini aku lalui bersama tiga orang sahabat baikku, Azhar, Asyraf dan
Halim sewaktu kami berada di Melaka. Ketika itu kami baru sahaja selesai
menduduki peperiksaan STPM. Kami rasa seolah-olah baru merdeka. Dengan itu,
kami bertiga buat rancangan ronda seluruh semenanjung Malaysia. Kebenaran
ibu bapa sudah kami perolehi, lesen kereta aku dan Asyraf dah ada. Apa lagiiii...

raya sakanlah nampaknya!


Perjalanan berkereta dari Johor Bahru tidak begitu membosankan
memandangkan kami sepakat untuk tidak melalui lebuhraya. Kami bertolak pagi
lagi. Destinasi pertama kami ialah Muar. Kebetulan pula, musim durian sedang
'menjadi', maka kami tak lepaskan peluang, lahap sepuas-puasnya. Sebelum tu
singgah Batu Pahat sekajap, jumpa member, Rin.
Kami teruskan perjalanan ke Melaka, dan bercadang untuk bermalam di Taman
Rekreasi Ayer Keroh. Sebelum itu kami singgah di Umbai, makan ikan bakar.
Azhar yang memang kuat makan berjaya menghabiskan tiga ekor ikan bawal
bersaiz sederhana dan empat ekor ketam besar.
Selepas makan, kami berehat mengambil angin di pantai Kelebang. Satu masa
dulu, aku ingat lagi, sewaktu kecil aku selalu ke sini dengan abangku. Tapi
sekarang, nampaknya pantai ini tak meriah lagi. Banyak sampai tersadai di sana
sini. Apa boleh buat...
Jam dah hampir menunjukkan pukul 11:00 malam. Oleh kerana agak keletihan,
kami ubah rancangan. Kami batalkan rancangan bermalam di Taman Rekreasi.
Sebaliknya, kami sewa bilik di Ayer Keroh Country Village, bersebelahan Mini
Malaysia. Mini Malaysia ni pun dah tak semeriah dulu... takde orang pun datang.
Aku pun tak tahu kenapa. Arghhh... peduli apa semua tu. Aku nak tidur. Esok nak
bangun, nak jalan lagi...
Keesokannya, aku bangun paling lambat. Dia orang ni, bangun awal pun
bukannya boleh harap. Aku jugak yang ditugaskan pergi cari sesuatu yang boleh
dibuat sarapan. Takpe laa... lagipun memang aku yang pandu kereta. Lepas
mandi, aku keluar beli roti canai di Taman Muzaffar Syah, dekat dengan kawasan
tu. Roti canai? Huh! Roti canai mamak tu jual rasa macam kulit tapak kaki ada
laa... liat nak mampus!
Aktiviti selanjutnya... mandi kolam sampai tengahari sebelum kami check-out.
Perjalanan untuk ke destinasi selanjutnya ditangguhkan. Kami ambil keputusan
untuk terus berada di Melaka hari ni. Lagipun aku nak jugak singgah di rumah
mak angkat aku kat sini.
Lepas meronda ke sana sini, kami menghala pula ke lebuhraya. Asyraf yang
memandu mengambil keputusan untuk menggunakan lebuhraya, kerana dia ni
rabun malam. Susah sikit kalau ikut jalan lama. Azhar pulak tiba-tiba nak
terkencing. Dah alang-alang berhenti, kami pun lepak seketika. Jam dah
menunjukkan lebih kurang 8:50 malam masa tu. Kawasan tempat kami parking
kereta tu memang agak suram.
Seketika kemudian, mata aku tertumpu ke sebuah rumah yang kelihatan begitu
usang. Entah sapa la yang duduk kat rumah tu. Aku ingatkan aku sorang je yang
tengok, rupanya Asyraf pun terperasan jugak.

Azhar dah selesai menunaikan hajatnya. Sambil hisap rokok, aku ajak dia orang
semua pergi ke rumah tu, sebab tadi aku terdengar semacam suara orang
menjerit. Pada mulanya, Halim menolak. Penakut agaknya mamat ni... hehe...
Akhirnya dia pun bersetuju sebab kami bertiga dah setuju. Sah! Memang penakut
dia ni. Takut tinggal sorang-sorang kat kereta. Hehee...
Setelah memastikan kereta berkunci, kami melangkah ke arah rumah tersebut
dengan semangat berani mati la kononnya. Pergi ramai-ramai boleh laa... cuba
kalau pergi sorang, huh! Hehehee...
Azhar masuk dulu, diikut Asyraf dan aku. Halim mengekori belakangku sambil
tarik baju. Apa ni oiii, tarik baju orang! Dengan perlahan kami berjalan. Suasana
di dalam rumah tersebut sungguh muram, tak ubah macam cerita drakula yang
biasa kita tengok tu. Suasana yang gelap tak mengizinkan aku untuk mengecam
sepenuhnya apa yang ada di sekitarku.
Tiba-tiba aku dengar Asyraf menjerit. Maaakkkkkkkkk...! Kami semua terdiam,
kecuali Halim yang sejak mula tadi sibuk ajak kami keluar. Sayup-sayup
kedengaran suara perempuan ketawa. Halus je bunyinya, tapi dah cukup untuk
membuatkan bulu roma aku sendiri meremang. Arghh, nyesal pulak aku masuk.
Tapi takpe... bila lagi nak tunjuk hero, terutamanya kat budak Halim ni. Keluar
kang, kena kutuk pulak aku, hehehe...
Kami terus berjalan perlahan-lahan. Seketika aku terasa ada sesuatu merayap di
belakangku. Arghh... apa pulak ni? Semakin lama semakin kuat dan aku rasa
benda tu dah hampir sampai ke leher aku. Aku jadik terkedu. Ehh... Halim mana?
Pada masa yang sama juga, aku dengar macam-macam suara orang menjerit kat
dalam sana.
Ziiii....! Kedengaran suara Halim memanggil nama aku. Aku tak dapat menyahut
sebab aku sendiri pun tengah layan benda merayap ni. Arghhhh... spontan aku
tepis benda merayap tu dah aku lari ke depan. Asyraf dan Azhar dah hilang tah
kemana. Aku tinggal sendirian. Tiba-tiba aku nampak sesuatu di hadapan! Aku
tak dapat lari lagi, sebab aku sedang berada di sebuah lorong sempit, dan
perjalananku dihalang oleh lembaga yang aku nampak tu.
Seorang perempuan cantik sedang berjalan perlahan-lahan ke arahku,
memanglah cantik tapi yang tak sanggup tu ada taring pulak. Uwaaa... apa aku
nak buat ni... Aku cuba baca apa-apa ayat yang aku ingat, tapi biasa la kan, kalau
dah sampai peringkat menggelabah betul ni, satu apa ayat pun tak ingat. Baca
lain keluar lain. Arghhh...
Lembaga tersebut semakin hampir. Aku jadi terpaku. Kakiku seolah-olah terikat di
lantai, tak boleh diangkat. Ohh ibuuu... apalah nasib anakmu ini. Aku tak dapat
buat apa-apa lagi melainkan berserah sahaja. Lembaga itu dah dekat betul. Aku
pejamkan mata. Aikk... tak ada apa pun. Aku buka mata semula dan... lembaga

tu dah hilang!
Aku berpaling ke belakang dan nampak Halim. Disebabkan gelap, aku tak dapat
pastikan muka Halim tu pucat ke tidak. Aku paling ke depan semula dan berjalan
terus. Zusssss...! Betul-betul depan muka aku, lembaga tadi muncul semula. Aku
hampir terjerit, tapi sebenarnya dah memang menjerit pun. Lembaga tu mengilai
dan hilang semula.
Aku rasa makin lama aku makin jauh masuk ke dalam, dan makin gelap pula tu.
Arghhh... tak boleh jadi ni, aku kena keluar cepat. Halim masih di belakangku,
berpaut kat baju aku. Abih laaaa baju aku. Arghhh... tak peduli, janji aku keluar.
Berpeluh jugak aku ni.
Dalam dok mencari jalan keluar tu, aku tersepak suatu benda keras. Aku tunduk
dan cuba mengamat-amati benda tu. Haaaa? Batu nesan? Arghhh... aku pulak
yang jadi takut. Tak fikir panjang, aku terus berjalan, dengan harapan pintu
keluar dah tak jauh dari situ. Halim masih 'melekat' kat belakang. Nak berlari,
risau jugak aku, kot tersepak apa-apa lagi ke, tak ke naya kalau tersungkur!
Dalam pada tu, bunyi pintu dibuka tutup tak berhenti-henti. Aku dah semakin
takut sebenarnya, tapi cuba buat rilek. Seketika, aku sampai di satu ruang yang
agak luas. Kelihatan beberapa keping papan bertaburan di atas lantai. Aku
perhatikan papan tu... arghh... nampak macam papan keranda. Aku lari. Tak
pedulik dah... lantaklah Halim kena tinggal pun!
Aku betul-betul dah takut. Aku terus berjalan di ruang berhabuk tu, sampailah
nampak cahaya kat depan. Aku berjalan lagi, dan aku lihat daun pintu di
hadapanku bergerak secara tiba-tiba. Cepat oiii... Arghhh... rupanya Asyraf yang
buka pintu tu. Aku berjaya keluar akhirnya. Tak lama kemudian aku nampak
Halim keluar, sambil berlari!
Asyraf dan Azhar dah cucuh rokok. Masing-masing terdiam. Kami kemudiannya
berjalan ke kereta dalam keadaan separuh sewel. Amacam? Ko nampak apa
Azhar? Hehehe... dia gelak je. Cheh... mamat ni berani betul! Halim diam aje,
sepatah pun tak bersuara.
Kami sampai kat kereta. Aku hidupkan enjin. Setelah semua masuk ke kereta,
kami teruskan perjalanan. Halim kena duduk depan, jadik co-pilot, temankan aku.
Tapi dia diam je. Aku pandang ke sebelah, dan... kah kah kah kah kah kah...
terburai gelak. Halim terkencing dalam seluar! Kah kah kah... semua pakat gelak.
Chehh.. aku gelakkan orang, aku pun kecut jugak sebenarnya. Cuma nasib baik,
aku tak kencing lam seluar macam dia... hehehe.
Plaza Tol Ayer Keroh dah kami lepasi dan sekarang kami menghala ke Port
Disckson. Bersama gelak yang tak henti-henti, kami tinggalkan 'Rumah Hantu' di
Tapak Pesta Ayer Keroh bersama cerita haru Halim terkencing dalam seluar.

JANGAN TEGUR
Kebiasaan bagi pelajar architecture untuk tidur lambat sebab buat kerja kat
studio. Waktu tu aku tinggal di rumah sewa kat Shah Alam. Section 3. Area rumah
semi-D dan banglo tu dekat dengan Kolej .
Malam tu aku dan rakan-rakan balik lewat dari studio. Ada dalam nak dekat jam 4
pagi lah jugak. Sunyi memanglah sunyi. Masa nak masuk rumah, tiba-tiba kami
terdengar bunyi macam orang langgar pagar. So aku yang bermulut choiii masa
tu tertegur "weh korang...bunyi apa tu?" pukul 4 pagi weehhh..
Aku ingatkan kot la pencuri ke apa. Kawan aku dah jeling aku then tarik tangan
aku masuk dalam rumah cepat-cepat. Aku macam blurrr apehal entah. Kawan
aku marah "kau ni apesal kau tegurr??" Gulp~
Malam tu aku nak tidur. Aku tidur katil double decker kat bahagian atas. Aku
memang tahu, kalau aku bakal "diganggu", selalunya perasaan aku lain macam.
Ada goosebumps sikit tiba-tiba.
Masa aku tengah tidur, aku semacam terjaga sebab terdengar bunyi pelik macam
mendengus ke apa .dan Sebab aku rasa kaki kiri aku diangkat. Yer diangkat
macam slowmotion wehh. Aku tidur mengiring ke kanan masa tu. Argh time tu
aku cakap dalam hati "aku dah agak dahh, mesti aku kena malam ni sebab
bermulut choiii tadi" Nak gerak memang tak dapat. Aku baca je apa yang patut.
Sampailah benda tu hilang.
Aku ni sebenarnya penakut lah jugak. Tapi bila aku rasa macam 'diganggu' tu,
rasa macam takde perasaan. Lepas dah kena baru nak rasa creepy. Kadangkadang terlebih berani. Kadang-kadang penakut gilerr. Pelik-pelik je aku dengan
diri sendiri.Nak cerita kisah seram ni, takdelah banyak kali sangat aku diganggu.
Tapi ni belum masuk cerita kat Kolej di UiTM lagi. Haaa, takpelah. panjang sangat
nanti. Saje nak post tengah malam nak tengok siapa berani baca.huahuahua..
yang aku nak nasihatkan, kalau nampak or dengar benda @ bunyi pelik-pelik,
janganlah tegur. Sebab aku selalu TERtegur maka mungkin 'benda' tu pun
TERkacau aku. huhu.. sadiss sekali.

LOCENG
Pernah dengar tak kalau terdengar hilaian tawa yang bunyi jelas, orang kata
'benda' tu sebenarnya jauh. Tapi kalau bunyi tu sayup aje. Bermaksud 'benda' tu
dekat dengan kita?Nak dijadikan cerita ada satu malam tu aku nak tidur. Katil
Queen bed. Tidur sorang (aku benci tidur seorang). Entah kenapa aku macam
whatever jelah malam tu sebab dah ngantuk.
Tiba-tiba aku terdengar bunyi loceng. Macam bunyi loceng gelang kaki ke apa.
Tapi sayup-sayup aje. Macam seolah-olah ada orang main loceng tu. Berkali-kali
aku try dengar.
Memang la, keadaan rumah aku ni agak sunyi. Rumah aku row paling depan.
Depan rumah tanah kosong. Rumah aku end of lot.then ada jalan.Then ada
rumah balik. Rumah belakang rumah tu pula kosong. Rumah sebelah aku pun
kosong. So agak creepy sebab sunyi.
So disambungkan cerita, aku layan jelah tidur sebab aku rasa macam takde pape
lahhhh.. Esoknya aku kemas katil dan angkat beg camera. beg tu ada keychain
dari Thailand yang berloceng. Aku terlaga tangan aku dengan keychain tu. Terus
jantung aku berdegup kencang. "eh, bunyi loceng ni sama dengan yang aku
dengar semalam" aku gerakkan lagi keychain tu.
Serius, sama. Aku cuak. Sebab kedudukan beg tu sebenarnya sebelah katil aku
aje kat atas lantai. Adakah..? iskkk.. So mungkinkah betul kalau bunyi tu sayupsayup bermakna 'benda' tu dekat dengan kita? Nauzubillah. Sebab masa aku
tidur tu memang sorang-sorang siap kunci pintu tutup lampu.
*sebenarnya rumah aku ni dah beberapa kali dah la ada hal-hal yang agak
creepy. Bila cek balik dengan developer, kawasan rumah aku ni bekas ladang
kelapa sawit. Worst of all, dekat dengan bekas kubur cina.*

OT
ini kejadian benar yang berlaku kat saya tahun lepas. demi menjaga imej syarikat
saya, janganlah tanya nama syarikat dan nama bangunan yang saya akan
ceritakan nanti.
kejadian berlaku tahun lepas awal bulan disember. walaupun kerja berlambak
dan banyak projek nak ditutup masa tu, semua colleague saya memang dah
takda mood nak kerja sebab mood holiday dan ramai juga yang ambik leave.
masa tu saya pun ambik leave dan boss pun dah approve. sehari sebelum leave
saya cuti saya start, saya plan nak habiskan kertas kerja sebelum cuti sebab saya
ada flight malam ke dubai. so saya plan kerja OT pastu balik tido sampai petang
dan terus ke KLIA pukul 8.
so malam tu pukul 7 saya turun untuk beli makan malam dan pastu terus balik
makan kat office. masa tu masih ada orang kat ofis, colleague yang terakhir
keluar pun pukul 9. pukul 10 lebih pak jaga pun datang rounding sebab nak lock
pintu. dia punya tanya pukul berapa saya balik sebab dia nak lock pintu dan terus
balik. office di tingkat saya ada 3 pintu dan kesemuanya kena guna smartcard
kalau nak masuk atau keluar. tapi pada waktu malam ada juga pak jaga yang
diupah oleh syarikat kami datang untuk kunci pintu dengan mangga dari tingkat
15 - 20. so saya pun britahu dia yang saya tak pasti pukul brapa saya balik sebab
banyak kerja lagi. so dia kata dia lock pintu 1 dan 2. kalau saya balik nanti guna
pintu ketiga dekat tandas dan lift. dia juga pesan kat aku untuk tutup lampu dan
beritahu security guard bangunan di ground floor tu untuk tutup lampu korridor
kalau saya nak balik. security yang ni pula diorang bekerja dengan management
building tersebut. mereka tiada kunci office syarikat ini.
pastu saya pun selamba buat kerja saya sambil mendengar radio. pukul 12 lebih
saya pergi ke tandas sebab nak buang air. masa saya cuci tangan tu terdengar
pula orang bukak pintu dengan smartcard. mesin smartcard tu akan beep 6 kali
kalau ada orang masuk dan kalau ada nak keluar mesin tu akan beep 2 kali. saya
pun hairan la siapa yang balik office pukul 12. pastu teringat pulak pak jaga tu.
saya pun cepat cepat keluar dari tandas dan beritahu pak guard tu supaya

jangan kunci pintu dulu sebab saya belum habis lagi. bile keluar je dari tandas
seorang pun tak nampak, masuk ofis pun tak ada orang. saya pun hairan la masa
tu siapa yang masuk tadi tapi tak keluar. saya fikir masa tu mungkin saya letih
dan tersilap dengar. so saya pun continue siapkan kerja saya.
akhirnya pada pukul 2 kerja saya pun dah siap. saya pun setkan laptop saya
untuk print dan sementara menunggu dokumen saya siap print, saya pergi ke
pantry untuk cuci cawan kopi saya. masa saya jalan ke pantry saya double check
memang tak ada sesiapa kat dalam office. lepas dokumen dah siap print saya
pun bersiap sedia nak balik. masa tu saya terdengar lagi orang buka pintu
dengan smartcard. pastu saya pun tanya la siapa kat sana dan takde orang
jawab. lepas tu, rambut dan bulu roma saya terus meremang. apa lagi? saya pun
bergegas ke pintu keluar la.
bila saya buka pintu tu saya pun terkejut seketika sebab lampu koridor sudah
ditutup dan hanya lampu dari tangga kecemasan yang menyinari sebahagian
daripada koridor tersebut. tak tau apa nak buat saya pun gunakan handphone
saya sebagai torchlight dan berjalan secepat mungkin ke lift sambil bercakap
dengan diri saya sendiri. masa dalam lif tu aku rasa agak sejuk dan seram la.
sampai je ground floor aku pun tanya si security guard tu naper dia tutup lampu.
dia sendiri pun hairan kenapa saya turun last sebab dia kata pukul 12 lebih ada
seorang staff perempuan keluar dari lif dan beritau kat dia untuk tutup lampu
koridor di tingkat 19. so guard yang ni pulak walkie talkie kat member dia di
tingkat 18 untuk confirm sama ada lampu office di tingkat 19 dah tutup ke belum.
member dia confirm memang lampu office saya dah tutup so dia pun tutup
lampu koridor.
bila saya nak tanya siapa perempuan tu, belum sempat nak tanya lagi, si guard
tu pun pandang kat saya dan dia kata "saya tahu apa awak nak tanya. tapi tak
usah nak tanya lah. tak eloklah cakap pasal benda2 ni, lagipun dah tengah
malam. maaf la ye, mungkin kami yang tersilap."
yang hairannya kenapa security guard tu kata lampu office saya dah tutup
sedangkan saya masih di dalam office dan lampu masih dibuka pada masa tu.
dan yang paling menghairankan, siapakah perempuan yang dimaksudkan oleh si
security guard tu? sampai hari ini, rambut dan bulu roma saya pasti akan
meremang setiap kali teringat insiden ini.

LUTUT
Tahun lepas aku dan keluarga berkelah di pantai teluk senangin di perak, kita
orang bermalam di sana. Setelah puas bemandi manadi tiba le masanya untuk
membersihkan badan dari air laut yang masin tu..aku pun pegi le dengan kakak
ke bilik air yang agak terpencil disitu..semasa mandi tiba2 buah rantai yang aku
pakai terjatuh ke lantai..aku pun rasa pelik dan hairan bagaimana rantai yang
gitu kukuh ikatan nya boleh terlerai dengan begitu senang sekali..aku tidak
mengesyaki apa2 pun
Keesokan harinya aku pun pulang ke shah alam dengan gembiranya..Tetapi
apabila aku bangun pagi untuk pergi ke pejabat..tiba-tiba di tepi lutut aku terasa
sakit dan terus membengkak..aku ingat kan biasa aje..hanya menyapu minyak
angin..tetapi dalam dua tiga hari bengkak masih tidak surut dan akan berjalan
tterdengkot2..pergi ke klinik pun doktor kata tak de apa..suruh berehat.
Aku merasa pelik..tiba2 aku terpikir mungkin berpunca dari sana. Lantas aku
mengajak adik ku untuk pergi kepada sesiapa yang pandai menengok..Dia
mengajak aku ke pelabuhan klang..apabila aku sampai ke sana..dia pun baca le
apa2 kat lutut ku..da dia berkata aku terlanggar lutut anak jin..itu sebab dia
marah kat aku dia tendang balik menjadikan lutut aku bengkak..dan mungkin
juga rantai itu pun dia sentap juga...
Kemudian dia bagi aku air jampi untuk di sapu ke lutut ku...hari pertama ..lutut

aku memang sakt yang amat sangat..selepas itu..bengkek beransur surut dan
baik sehingga kini..
Mungkin terlalu seronok sampai terlupa yang kita berada di kawasan dia dan
tidak berhati2...

BUDAK SESAT CARI EMAK


Pada suatu malam, ada seorang lelaki yang berasal dari Kuala Lumpur mahu
pulang ke rumah pada waktu malam. Selalunya ramai orang memilih untuk
mengguna lebuh raya Karak pada waktu malam kerana mahu mengelakkan
kesesakan jalan raya dan juga bahang panas matahari.
Namun, lelaki ini yang begitu suci pemikirannya daripada kisah-kisah hantu di
lebuh raya Karak terlalu penat pada malam itu, lalu memilih untuk berhenti
memandu dan tidur di dalam kereta di tepi jalan. Silap besar! Itulah yang berlaku.
Mungkin Uncle Seeker boleh menggunakan idea ini untuk mengesan kewujudan
entiti dan bukti kewujudan hantu di Lebuh Raya Karak.
Baru sahaja beberapa minit dia terlelap, dia kembali dikejutkan dengan bunyi
ketukan tingkap dari luar. Rupa-rupanya ada seorang budak lelaki yang
merenungnya tanpa berkelip-kelip dan bertanya kepadanya di mana ibunya.
Pemandu itu masih mempunyai naluri yang kuat. Nalurinya kuat mengatakan dia
harus menghidupkan enjin kereta dan memecut laju dan jangan mempedulikan
budak misteri itu. Pemandu itu pun terus meninggalkan tempat tersebut dengan

kereta yang dipecut laju. Dari cermin belakang keretanya, dia melihat budak itu
masih mengejar dengan laju walaupun pada ketika itu kereta pemandu itu
sedang bergerak pada kelajuan melebihi had laju nasional. Budak itu masih lagi
mampu mengekori keretanya dan sempat lagi bersaing sebelah menyebelah
dengan pemandu kereta itu. Budak itu terus bertanya dan bertanya jika pemandu
itu tahu di mana ibunya.
Kemudian sebuah kereta polis peronda pun muncul lalu mengekori kereta lelaki
itu. Ketika itulah hantu budak sesat cari ibu itu menghilangkan diri. Lelaki
ketakutan dari Kuala Lumpur itu pun menceritakan segala-galanya kepada
pegawai polis. Pegawai polis memberitahu lelaki tersebut:
Pada suatu ketika dahulu, ada kemalangan berlaku di sini. Kemalangan itu
berlaku dipercayai kerana penumpang di dalam kereta tersebut tidak memaki tali
pinggang keledar keselamatan semasa memandu. Dalam kemalangan itu, ibu
kepada budak tersebut telah tercampak keluar dari keretanya. Manakala budak
tersebut kekal di dalam kereta. Disebabkan hal itu, budak itu pun merayau-rayau
mencari ibunya sehingga kini.
Lelaki ketakutan dari Kuala Lumpur itu pun bertanya bila peristiwa itu berlaku.
Pegawai polis itu memberitahu, lama sudah.
Lelaki itu berasa pelik kenapa budak itu tidak membesar. Polis itu pun
memberitahu, kalau dah namanya hantu, seratus tahun lagi pun macam itulah
rupanya.
Begitulah kisah hantu budak sesat cari emak di lebuh raya Kuala Lumpur. Ada
orang kata semasa kemalangan itu berlaku, budak itu yang duduk di bahagian
depan, manakala ibunya sebagai pemandu. Dalam kemalangan itu, cermin pecah
dan kaca menusuk ke mata budak itu.

KUCING
tarikh keramat 3 hb jun, aku pada masa tu mmg dah bersiap sedia untuk bertolak
dari kl ke machang, kelantan, sempena majlis perkahwinan sepupu aku. jadi mak
n adik beradik sekeluarga dah pun berlepas dari kuantan ke machang, cuma
tinggal aku dan abang aku sahaja yg melalui kl - machang..
bermulalah episod perjalanan jauh jam 12 tgh malam - 7.30 pg ..
aku drive sorang2 sahaja mengekori keta abang ku bersama isteri, adik ipar nya
dan anak kecilnya .melalui karak highway kemudian ke bentong dan raub serta
melalui kuala lipis tidak langsung menggambarkan masalah, cuma menuju ke
kawasan bukit tinggi antara kuala lipis gua musang dan juga bukit tujuh sedikit
sebanyak meresahkan dengan adanya lori2 berat menghalang laluan..
betul2 berada di atas bukit tinggi kereta aku menyusur perlahan2 mengekori

kereta2 lain..mmg aku rasa tak sedap hati sangat tambahan kiri dan kanan
sangat2 gelap cuma diterangi lampu kereta2....
kemudian, aku terdengar bunyi mendengus sekali dari belakang..mulanya
langsung aku x hiraukan..aku fikirkan mungkin bunyi tayar kereta..lepas selang 5
saat bunyi mendengus sekali lagi seakan2 bunyi kucing yg bergomol, dan pada
saat itu lah tiba2 bulu roma aku berdiri tegak 90 darjah, darah aku menyirap dari
tapak kaki terus naik ke ubun2 kepala..time tu aku rasa mcm nak
pitam.....semestinya aku rasa seperti ada benda kat belakang aku...mmg aku tak
nampak tapi aku bleh rasa ...sebelum kejadian nie aku tak penah langsung
terfikir kan hantu malah aku cuma risau dengan lori2 berat yg perlu memandu
dengan hati2 ..
aku mula kuatkan bunyi lagu2 mp3 yg dipasang..time tu cd ayat2 al quran abang
aku dah amik awal2 lagik :mad: :mad: so aku just pasang mp3 lagu2 lama2
dengan kuat sambil mulut membca ayat2 quran..lepas je aku memotong lori, aku
masih lagi rasa benda tu kat belakang..aku capai hp nak call abang aku tapi time
tu signal takde :mad: :mad:
aku kena abiskan jalan bukit2 dulu dengan benda tu..mmg terasa sgt aura dari
belakang aku..keta tak berat tapi tekanan tu datang dari kepala dan belakang
aku...keta abg aku di depan dan aku dibelakang..pelik....lori2 berat tadi ke mana?
tiba2 gelap ajer ...mmg pelik ..baru sahaja aku melepasi lori tersebut :mad:
:mad:
apa lagi, aku terus high beam dan memecut melintas keta abg aku, abg aku time
tu katanya dah perasan ada something wrong ngan aku, so dia bagi aku pintas
dia.....time tu lah bila abg aku high beam lampunya, dia nampak benda hitam
macam kucing besar (sebesar kambing tapi rupa macam kucing) kat bahagian
belakang keta aku...abg aku terus high beam ...last2 benda tu hilang dengan
sendiri nya..kami tak berhenti di tepi jalan malah terus sahaja perjalanan shingga
sampai di ruang rehat gua musang..masa tu lah abg aku bgtau ada benda kat
belakang keta aku, aku mmg tak nampak benda tu...
peristiwa ini sedikit sebanyak mengajar aku betapa mencabarnya perjalanan dari
kl-kelantan...bukan hanya cabaran dengan lori2 berat, namun cabaran ini tidak
kurang hebat nya...

PETRONAS
selalunya setiap hari Isnin dan Khamis aku ada game badminton, mula jam
09.00pm hingga 11.00pm, seperti biasa kalau ada game badminton aku akan
lepak di ofis, buat apa yang patut sementara menunggu waktu game tu start.
Sebabnya nak ulang alik rumah ke dewan tu jauh beb.... Jimat kos kononkononnya, selalunya bila nak pergi main badminton aku akan usung laptop aku,
sebab habis game terus balik rumah. Tapi semalam entah apa

punya angin atau buang tebiat agaknya... aku plan lepas badminton pergi ofis
siapkan kerja sikit, ambil laptop dan balik... bodoh punya perancangan.
Selesai badminton lepak ngan kawan-kawan minum kat mapley, sampai ofis dah
jam 12.00 lebih, mengadap laptop sempat la buat posting yang cut and paste
jer... tu yang kat bawah tu, nak siapkan kerja konon... hampeh... badan letih
boleh perah otak ke... tup-tup masuk pulak sms dari Puan Permaisuri berbunyi
"Balik pukul berapa, tolong beli susu Aleeya dah habis, sori lambat bagitau", aku
jawap " Ok..." jer...,
Kepala otak menerawang... kat mana aku nak beli tengah malam buta ni...,
sambil kemas barang dan kunci ofis, cari kat kedai tujuh sebelas takda...
merayau cari dan cari jumpa juga akhirnya tapi paket kecil, boleh la... janji ada
stok buat sementara dan si kecil aku tu tak kelaparan malam ni, usaha tangga
kejayaan beb...
Dalam perjalanan balik, aku singgah di Petronas Subang Airport untuk mengisi
minyak, waktu tu lebih kurang sudah pukul 2.00am macam tu lah... selesai isi
minyak sewaktu nak keluar dari kawasan stesyen minyak tu...., aku rasa lain
macam jer.... bila masuk jalan besar... aku rasa kereta aku berat semacam dan
bulu roma meremang semacam jer... dalam hati aku berkata "something wrong
somewhere" dan aku lihat cermin pandang belakang.. pergh... berderau darah
aku dan mulalah tak tentu arah....
Dalam pada itu aku buat-buat pandang ke kerusi sebelah kiri sambil menjeling ke
belakang... alamak kompom ada something kat kerusi
belakang ..., lepas tu.... aku :country-regioncuba nak alihkan cermin pandang
belakang... tapi risau pulak nanti aku tak nampak aktiviti dia kat belakang,
buatnya dia hulur tangan kat leher aku lagi naya...nak tak nak tabahkan hati dan
kontrol macho....
Tiba-tiba jer aku dah mula berpeluh kerana terkejut dan gabra..., bila aku dah
dapat kontrol diri dan hilang rasa panik, mental dalam
keadaan stabil aku mula baca apa yang patut dan bercakap dengan minah yang
tak di undang ni, rambutnya lurus menjurai melepasi bahu dan berbaju hitam ke
kelabu aku tak pasti... kerana dalam keadaan samar berharapkan lampu jalan...
mungkin baju lusuh dah lama tak basuh agaknya... sayangnya muka dia aku tak
nampak... adakah secantik model kapal selam atau secantik model Indonesia
yang berumur 17 tahun tu atau seiras Angelina Jolie... aku tak pasti...
Aku kata padanya "Engkau makhluk, aku pun makhluk, Pencipta kita ALLAH SWT,
bezanya aku ini makhluk yang dimuliakan, engkau naik kereta aku tanpa izin, aku
hantar kau ke tempat kau naik tadi, dan aku nak kau turun di situ" korang
bayangkanlah suara aku bercakap masa tu.. tergagap... gagap... macam MB
Selangor tu... kalau akad nikah sah kena ulang berpuloh kali... tapi nak buat
macam mana, darurat...beb... itu pun aku bersyukur pasal dia tak menjawap
balik... kalau tak macam manalah suara dia... sure lentok habis macam si minah

di belakang kowloon agaknya...


Sesiapa yang tahu jalan dari Subang Airport menghala ke lebuhraya persekutuan
boleh agak berapa jarak jauhnya, nasib baik
sekarang ni dah ada U-turn kat Ara Damansara, so aku buat U-turn kat situ dan
menghala ke arah bulatan Subang Airport untuk buat u-turn sekali lagi menghala
ke Stesyen Petronas tadi..., tapi seksanya kereta aku punya berat tak tau nak
dibayangkan..... terasa macam pandu 30km sejam dengan beban kayu balak
50tan untuk sampai ke Petronas tu...
Sambil memandu sambil menjeling cermin tengok dia ada lagi ke tak ada... aku
tak tau nak meluahkan macam mana perasaan aku waktu dan ketika itu, yang
pasti mulut aku berkumat kamit baca ayat qursi dan bermacam lagi dengan
zikirullah, jiwa aku, dada aku, perut aku semuanya tak tenteram... barcampur
baur jadinya... tapi minah tu cool aje kat tempat duduk belakang... macam takda
apa-apa jer.... tak terasa panas ke dengan ayat-ayat cinta yang aku baca tu...
pelik juga... atau aku yang tersalah mengungkapkan ayat-ayat cinta padanya...
pasal tu takda respons...kecewa betul....
Sampai jer... kat petronas tadi, aku berhentikan kereta dan turunkan cermin
tingkap belakang kiri dan kanan sambil cakap kat dia " Ok... saudari kita dah
sampai... boleh turun di sini" sambil menjeling cermin pandang belakang...
alamak apasal dia ada lagi... tak nak turun ke... dah la aku jadi drebar tak
berbayar, takan nak suruh aku bukakan pintu pula... kacau macam ni...dalam
waktu fikiran aku berkecamuk tu tiba-tiba terperasan ada kereta bagi lampu
tinggi dan secara automatik aku menoleh ke arah cermin sisi sebelah kanan,
apabila aku toleh semula ke cermin pandang belakang... minah tu dah takda...,
aku pusingkan badan menoleh ke belakang untuk kepastian.... wokeh ... kompom
dia dah blah... masa bila dia keluar pun aku tak tau... pantas betul...
Aku tadah tangan, berdoa.. ucapkan syukur alhamdulillah... aaminnn.... dan
ucapkan selamat jalan kat dia suruh dia takecare and
becareful dan aku pun apalagi... pecut kereta semahunya... aku tekan pedal
minyak rasa ringan semacam jer... berdesup perginya... tengok meter... fuhhh...
160... aku slowdown... sambil-sambil tu mata meliar juga dengan harapan dia tak
follow aku lagi.... manalah tahu dia terlupa nak ucapkan terima kasih masa turun
tadi... sambil terbang kat tepi tingkap.. tapi ada bau wangi yang ditinggalkan...
macam bau bunga melor kalau tak silap aku... dan aku pun malas nak ambik
pot... sangat... pasal bau tu... janji aku selamat.
Sampai jer... di luar pagar rumah... aku teringat pesan orang tua-tua... aku pun
tak jadi masuk rumah dan pergi lepak sorang-sorang pekena teh tarik dulu kat
restoran mamak sambil layan astro, dalam setengah jam baru balik rumah, bacabaca apa yang patut, basuh kaki,
ludah kiri kanan dan masuk rumah.... cumanya aku tak boleh tidur dan lelapkan
mata.... masih terbayang-bayang lagi pada minah tu.... adakah aku dah jatuh
cinta padanya.... ha..ha..ha... minta laluan... minta...laluan... idak ler...teman...

Saat aku taipkan cerita ini sekarang, aku masih berfikir dan merenungkan
perkara malam tadi tuh... mungkin ada hikmahnya dan aku masih tercari-cari lagi
jawapannya... apa pun syukur alhamdulillah... sifat takut dan panik dapat aku
atasi walaupun kecut perut jugak dibuatnya.
Lagipun mungkin kerana pengalaman dengan ganguan makhluk halus sebelumsebelum ini membuatkan aku terkawal sikit, walaupun terkejut pada mulanya...
padahal sebelum ini aku hanya bertemu sipi-sipi jer dan dari jarak jauh....
bukannya face to face macam ni dalam suasana yang agak lama masanya.
Nasihat serta petua orang-orang tua yang aku gunakan pun banyak membantu...
dan tak lupa juga nasihat secara lansung dan tidak lansung dari Ayahanda
Mountdweller yang luas pengalamannya dalam dunia mistik pun banyak
membantu juga.
Jadi itulah pengalaman "Jangan Pandang Belakang" yang terjadi pada aku malam
tadi yang aku dapat kongsikan dengan kalian semua, dan aku berharap perkara
ni takan berulang lagi... tapi kalau korang nak cuba boleh juga, pergilah test kat
tempat yang aku cakapkan tu... manalah tahu ada rezeki korang berjumpa
dengan si dia tu... untung sabut timbul... boleh buat bini...
Sebelum ini pun ada juga aku dengar cerita berkenaan Langsuir kat Bulatan
Subang Airport tu, cumanya tak sangka boleh berlaku pada aku malam tadi... aku
ingatkan hanya rekaan semata-mata... rupanya real.... wa cakap lu.... tapi aku
rasa ini hantu baik la agaknya... sebabnya dia tak cekik aku dan dapat aku
berkongsi cerita ni dengan korang semua... walau apa pun...
Innalillah..hiwainalillah...hirrajiun.... semuanya dalam kekuasaanNYA.

SABAH
Yang ainiz nak citer ni adalah pengalaman sendiri di kg huby (masa tu tunang) di
Sabah. Perkara ni blaku 13 tahun yg lepas, time tu ainiz masih bujang. Masa ni
ainiz ikut huby tuk jumpa bakal MIL n familynya krn kami bakal disatukan
Masa ni kg huby agak mundur, ada beberapa bijik je umah yg besar n mampu
pakai generator sndiri, yg lain mmg takde elektrik pun, jalan raya tuk hubungkan
antara kg dan bandar pun tade, so nak ke sana kena naik bot laju selama 45
minit dari pelabuhan. Agak tkejut juga ainiz masa tu sbb ingatkan tade dah
kawasan pndalaman yg begitu mundur. Sampaikan air minuman kat umah huby
pun pakai pump, tarik air pakai generator n sesetengah dari org kg kat situ guna
air perigi tuk keperluan harian. Kami ke bandar pun amik masa bjam2 pegi balik.
Bila smpai kat kg dia for the first time, ainiz ronda2 boleh kata ke seluruh kg.
Jiran2 kbanyakan adalah sedara mara belaka tp ada juga sikit yg bukan sedara
aka org luar mcm filipina/indon. Ronda punya ronda ainiz nmpak ader satu rumah
ni dia mcm ada jual makanan ringan kat tepi tangga bhg atas umah dia. Rumah2
kat sabah mmg biasanya tinggi smpai kat bawah umah boleh parking keta space
dia. So ainiz pun pegi kat umah tu n naik dgn niat nak beli le..Tgh tgk2 apa yg
dibeli dtg le sorang lelaki ni dlm lingkungan umur awal 40an tanya nak beli apa.
Ainiz pun tunjuk nak beli kopok tah tak ingat brand pe, sambil mnjelingkan mata
ke dlm umah org ni. Ainiz nmpak sorang pompuan yg baring mcm tgh sakit kat
ruang tamu umah dia. Masa ainiz tgh pandang pompuan tu, dia pandang ainiz
pastu tersengih..ishk3..seramlah pulak senyuman dia tu menampakkan barisan
gigi yg dah hampir tak ada..Ainiz speku pompuan ni bini pada lelaki tu n sedang
terlantar sakit takleh bangun. Nak turun dari umah dia ainiz nmpak huby tgh
cari2 ainiz, rupa2nya dia tak pasan ainiz dah naik umah org tu. Huby tanya wat
pe naik umah tu..bukan sedara abg duk situ..ainiz jawab beli kopok je..muka
huby mcm tak suka jek, then kitorang pun balik umah MIL.
The next day tu ainiz, pagi2 lagi huby n MIL kuar ke bandar utk beli barang naik
bot laju. Lepas penat mbeli kami singgah di satu restoran tuk mkn. Tgh best2
makan tu dtg sorang sedara huby bckp dgn dia dlm bhsa diorang. Ainiz mcm
terpinga2 sb bunyik nya mcm siyes. Masa tu ainiz tak fhm lagi (skrg dah fhm
dah) Muka huby dan mak dia mcm cemas jek. Pastu huby ajak balik..katanya dah
pukul 4.00 ptg, takut nnti bot lambat smpai umah MIL mlm lak. Utk info, time
dulu2 dari pengkalan smpai ke umah MIL mmg agak jauh bjalan kaki..kalau dah
malam lak tade langsung lampu, kena pakai lampu picit n yg paling serams sekali
kena lalu kawasan perkuburan.
After that kitorang bertiga pun cepat2 le balik..sampai kat tmpat tnggu bot sperti
yg dijangka, mmg pun bot tade utk ke sana..kena tunggu turn yg baru btolak
balik ke tmpat kitorang tunggu tu 45 minit x 2 dah sejam setengah jadinya..tu
pun kalau bot tu smpai tepat pd waktunya..tunggu punya tunggu 5.30 camtu
baru bot ada..dah nak gelap dah hari pun..Ainiz pasan yg huby n mak dia asik
bckp2 je sejak dari kat restoran td..tp syg nya ainiz tak fhm bahasa diorang..
Smpai kat pengkalan di kg huby tu dah gelap pon dlm kul 6.45 ptg. Huby pesan
kalau takut lalu sebelah kubur nnti pimpin tgn dia n tutup mata. Mmg pun ainiz
takut..jauh lagi kubur tu baru nmpak putih2 batu nesan ainiz dah tutup mata

smpailah dah dekat tangga umah dia. Baru ainiz bukan mata..hehe..cam ngade2
lak kan?
Smpai kat umah ainiz tnya huby psl apa muka dia ngn MIL cemas masa kat
bandar td? Huby pun bgtau rupa2nya ada jiran meninggal, iaitu rumah yg ainiz
beli kopok smlm. Ainiz tak tnya byk sbb ainiz dpt agak sape gerangan yg
meninggal tu. Huby bgtau lagi somi arwah tu dah lari bila wife dia meninggal.
Ainiz pelik dan tanya kenapa? Kata huby somi dia takut. Jenazah arwah dah pun
selamat di kebumikan oleh org kg awal2 tgh hari lg.. walaupun somi dia lari tp
ada sepupu sepapat dia yg duk sebelah umah huby tlg uruskan jenazah.
Rupa2nya yg jd topik perbualan huby n MIL kat bandar smpai le pengakalan tu
pasal kes arwah ni la..arwah ni seorang pompuan yg mcm tutttt masa
hayatnya..dia keje layan2 janss gitu..tu la pasalnya somi dia lari dulu..takut
arwah balik umah cari dia..diorang kat kg tu pun dah takut arwah ni dtg
umah...kat kg tu diorang pcaya mana2 org yg sebelum mati ada mnuntut ilmu
atau buat kerja yg tak elok mmg tak aman dan akan balik jumpa kuarga..it
happen before. Bila huby ckp cmtu ainiz jd seram sejuk..takut seyhhh!
Lepas makan mlm ainiz kemas dapur ngn adik spupu huby..yg lain2 semua kat
depan ruang tamu..diorang borak2 kosong tak tgk tv pun sb generator tak
kuat..lampu kat dapur pun malap2 je..tiba2 dengar mcm org ketuk pintu dapur.
Ainiz yg sedang rancak bborak ngn adik spupu huby tdiam n bpandangan satu
sama lain. Yg jd seramnye, pintu dapur tu kalau mlm tgh gelap gelita mmg tade
org berani dtg umah ikut belakang, lelagi lah baru ada kematian kan..ainiz
rapatkan diri kat adik tu n kitorang bdua terdiam..jarak pintu ngn tempat kitorang
bdiri cuma dlm2 meter je. Pastu bunyi mcm dinding sebelah kitorang bdiri lak di
cakar2..pelik sgt sb dinding tu tinggi, mana boleh org nak panjat tuk cakar2
dinding tu..cakar2 tu diselangi bunyi suara org ckp bhasa diorang yg ainiz tak
fhm..lepas dengar suara tu adik spupu ni terus tarik tangan ainiz dan kitorang lari
ke ruang tamu..ainiz yg tgh pegang pinggan pun tlepas, pinggan pecah jatuh kat
lantai..nak ikutkan lantai tu kayu, tak kan pecah pinggan tu, tp sebab tkejut sgt
ainiz lambung pinggan tu ke atas dan lari..dpt bayangkan tak? hihi
Smpai kat depan kitorang bdua tercungap2..adik sepupu ni bgtau MIL dlm bhasa
melayu tp slang sabah ada hantu kat dapur. Pastu huby dgn beraninya pegi
mnjenguk ke dapur dan buka pintu dapur tu. Tapi tade apa2 pun kat situ. Diorang
speku tu adalah arwah yg mninggal siang td. Tgh kitorang ketakutan dengar lak
suara dari umah sebelah mcm bising n ada suara mnangis..huby pun buka
tingkap dan mnjenguk ke umah sebelah. Time tu ainiz dengar suara pompuan
berckp smbil mnngis. Disebabkan dia ckp dlm bhasa melayu tp dialek
Sabah,mungkin sb diorang tu bukan org asal situ (suluk) ainiz fhm apa yg dia
ckp. Ainiz takkan lupa smpai bila2 dialog ppuan tu..Lebih kurang gini lah pulang
lah kau..mati sudah kau itu bah..jgnlah kau cari kami ni..masih lagi kami ni hidup,
mati sudah kau itu meraung2 sore ppuan ni merayu.
Lepas huby tutup tingkap tu kami pun bkumpul kat ruang tamu. Huby pun
pasang CD Yasin, masa tu tade pendrive lagi..semua burn pakai cd..kitorang tido
reramai kat ruang tamu. Ainiz tido sebelah MIL le..siap kena peluk lg sb bakal
mnantu gitew

HANTU RAYA
aku nie nak kata kaki pancing ikan tak la jugak...cuma sekadar layan
ja....ceritanya bermula bila salah sorang kawan aku nie dah kemaruk pergi
pancing...oleh sebab itu kami pom merancang pegi pancing ikan...dan port yg
kami nak pergi nie aku yg tentukan.dr crita kawan aku ada satu port ikan pari
selalu gak la org boleh...aku tak pernah pegi lag tempat tu dan kami nie memang
kaki redah kasi pecah punya.
kami pon bertolak la dr kulim dlm pukul 11.00 mlm bila kawan aku selesai tutup
gerai buger dia...aku bersama 3 org kawan aku nie berbekal kan proton saga
kawan aku bertolak dengan girangnya.dlm perjalanan tu aku dah rasa lain mcm
dan aku pon terpikir mlm nie mlm jumaat nie....aku pon pikir mlm lain pon kalau
dia nak tunjuk serupa jugak la...tp aku tak sedap hati gak...tp mengenangkan
kawan aku dah gian sangat aku pon layan ja lah....
setibanya kami di tempat tempat tu kami disambut oleh suasana yg kurang
meyenangkan..kawasan yg gelap dan tak nampak kereta lain melainkan kereta
kawan aku..ini bermakna tempat tu tak dak org la...dan kami pon berjalan la utuk
menuju ke satu jeti di situ..sedang dok berjalan aku dah terkejut ngan kelibat org
yg ada depan kami..skali pakgurd situ rupannya...hampeh alu dah la tak sedap
hati seriap jugak darah aku.niat suci kami berempat untuk memacing di tempat
tersebut telah dihalang keras oleh pak gurd yg tak berperikeikanan...lalu pak
gurd tu pon mengeluar kata2 kesat kepada kami yg berbunyi mcm nie..."hampa
gila ka pa mana ada org mancing kat sini malam2"...satu tamparan yg hebat bg
aku sebb tempat tu aku yg ajak kawan2 aku nie....dan aku man tau tempat tu tak
leh pancing mlm...
dengan kehampaan yg terbuku didada kami berempat kami pon melangkah
dengan kecewanya ke kereta kawan aku balik dan sampai berhampiran kereta
ada sorang org tua meyapa kami...dan kami pon memberitahu hajat kami yg tak
tercapai tu...dia pon memcadang kan kami supaya pergi memancing di satu
sungai yg menghala kelaut berhampiran kawasan tersebut...dan katanya kat situ
siakap senang dapat...dan dr segi percakapan beliau aku telah menghidu unsur2

nak pedajal kami berempat...tp mengenang kan kalau dapt siakap besar2
penyepak cikgu kasim agak berbaloi dan dlm kepala otak aku dah terbayang
siakap tiga rasa.....
memang merungsingkan perut aku yg tengah lapar...kami pon berpindah dr
kawasan jeti tu kepada sungai tersebut....kami pon berheti betul dia tan satu
jambatan dan masing denganpantas memeriksa tempat yg sesuai utuk kami
berlabuh...kawan aku cadang bawah jambtan tersebut berhampiran utan
bakau...aku risau dah la gelap kang cik ular ada tak ka naya...dan kawan kau
cadang tempat sebelawanan tempat td..agak selamat jugak dan kami dikejutkan
dengan renangan ikan yg begitu banyak...apa lg aku pon aku pon dengan pantas
ke bonet kereta untuk mendapatkan pancing aku
bila kau buka bonet dan amik pancing aku terdengar satu bunyi yg agak kurang
meyenangkan.suara bayi menangis...
aku dah naik bulu roma dah tp aku pura2 wat tak dengaq....dan kami terdiam
sejenak..masing masing buat2 tak tau ja...
siap memasang peraltan memancing dlm keadaan seorg pon tak terkeluar
sepatah kata..kami di kejut kan lg dengan suara org berbual dlm bhasa yg tak
dipahami.....semakin lama semakin jelas...semua wat bodoh ja padahal masatu
aku dah tau kami dah kena ganggu ngan benda tu...tp mengenangkan org tua
berpesan kalau tempat asing dan keanehan berlaku dikawasan sedemikan jangan
sesekali ditegur...
aku pon mancing dlm keadaan gundah gulana di dilam hati....dlm beberapa minit
kemudian suasana menjadi sunyi..suara td dah tak kedengaran...aku pon rasa
lega...sedang aku dan kawan aku asyik melayan pancing masing2 kami di
kejutkan lg dengan paluan gendang yg bergema...kali nie semua dah tak
senang...dan aku punya pancing di sentap oleh ikan aku pon tarik dan tak
semena2 mata kail dr pancing aku terpelantin dan terkait di ibu jari kat
aku....bedarah la....dan aku kata dlm hati nie mesti ada benda tak elok nak
jd...kawan aku pon ajak kami berubah tempat yg dia cadang td...paluan gendang
makin lama makin perlahan...akupon kemas barang dan gerak la...dua org kawan
aku di depan dan kami berdua agak ketinggalan dibelakang dan aku yg
terakhir ...
masa nak turun kekawasan tersebut member aku yg di depan aku nie terperasan
ular sebelah kaki kawan aku yg depan dia apa lg melompat la semua....dan
kawan aku yg dua tu lari kearah bawah jambatan dan aku ngan kawan kau lg
satu lari atas jambatan tersebut....semua dah jadi panik...tp kami masih leh
kawal keadaan melain kan kawan aku yg sorang lg yg ada bawah jambatan
tersbut..dia dah terlampau panik...dia dah jd mcm kucing ilang anak dah....
dlm masatu tu pulak kami di kejutkan ngan bunyi org menebang pokok dengan
kapak...memang jelas....kawan aku yg terlampau panik td nie dah lg panik dan
dia tegur
"bunyi apa pulak dahhhhhh"....

dlm masa yg sama aku dah terpandang satu kelibat yg agak tak menyenang kan
di seberang sungai di tepi pokok bakau..
Ya Allah....itu yg terdetik dlm hati aku...
kelibat bayang gelap agak2 tiga kali tinggi manusia normal.bediri depan kawan2
aku kat bawah tu.....sambil tangannya berpaut pada batang pokok bakau.....
aku cuba tenang dan aku pon ajak diaorg naik dan aku ckp tempat nie tak brapa
nak seronok...kawan aku dah paham maksud aku dan terus naik.....
Allhamdulillah semua selamat...aku pon ckp kat kawan lepas kami kuar dr tempat
tu. dia pon nampak gak tp cuma tak mau bg semua panik......
Dua hari lepas tu aku tanya kawan aku yg duduk kawasan berhampiran kawasan
tersebut dan dia kata ramai yg dah kena kacau kat tu dan ramai yg pesan jgn
pegi memancing mlm kat situ...diorg kerap terserempak hantu raya kat situ...
terkedu aku.....

RUMAH SYIRA
Bnd ni terjadi semasa adik lelaki syira, R ingin tido..dia ni tido kongsi bilik dgn
adik beradiknya yang lain..tak tau kenapa malam tu dia tak boleh tido awal
seperti selalu. Ketika matanya baru ingin terpejam, die merasakan badannya
dihimpit seperti dihempap sesuatu objek yang berat..mulotnya seperti tidak
dapat mengucapkan apa-apa kalimah pun ketika itu. Tak cukup dengan tu
kakinya seperti ditarik-tarik dgn kuat..Allah sahaja yg tau perasaannya ketika
itu..dan die sempat terperasan macam ada orang sedang menhendapnya di
sebalik pintu biliknya...Ngeri tak?
KISAH 2#
Ni bab toilet umah dia pulak..kalau selepas jam 12 tengah malam jangan lah
masuk toilet tanpa berteman..sebab confirm korang akan terdengar bermacammacam bunyi dan dapat berbagai-bagai gangguan..aku pernah datang umah dia
dan benda ni memang betul sbb masa tu aku nak basuh muka kat toilet die
tetibe aku dapat rasakan yang rambut aku disentap kuat sampai aku terjerit
sebab sakit. Bila aku pandang takda orang pun ketika tu. Sejak tu bile aku gi
toilet umah syira, syira mesti temankan aku..syira pernah cite kat aku yang die
pernah dengar ada orang ketuk pintu toilet ketika die masih berada dalam toilet
tu...toilet memang ada lah kan, tu rumah SYAITAN, plus kalau kotor lagi lah die
suka kan..
KISAH 3#
Kat belakang umah syira ni ada satu umah yang dah lama terbiar..dah lama

takda orang yang tinggal disitu ( dia ni stay kat. Kawasan rumah setinggan ).
Pernah syira dengar memacam bunyi dari arah rumah itu. Kekadang bunyi orang
tengah masak, macam bunyi kuali or senduk macam tu la kot. Pernah sekali tu
terdengar macam orang membasuh kain..fuhhhh memang angker sungguh kan..
Pernah juga salah seorang ahli keluarganya yang nampak ade penghuni di rumah
kosong tu!! Tak mungkin sebab rumah tu memang dah lama terbiar kosong..
Pernah juga syira ni terdengar yang ade orang memanggil-manggil namanya
sedangkan masa tu takda orang pun yang memanggilnya. Suasana rumah syira
memang agak suram dan seram..
aku pun tak sanggup kalau nak tido kat sana lagi. Bermacam-macam kejadian
aneh dan seram yang aku terpaksa lalui bila berada di rumah syira,especially
waktu malam.. Yang aku paling ngeri bila aku sendiri pernah nampak ibu syira
berada kat dapur pada tengah malam, sedangkan sebenarnya ibu die dah tido
awal..seram kan??

ORANG ASLI
HUJAN lebat berterusan berserta dengan angin kencang dan guruh bersahutan.
Namun, kumpulan empat kaki pancing udang galah itu meneruskan misi mereka
ke hulu Sungai Lembing, Pahang yang sangat terkenal dengan spesies sepit biru
yang sangat lazat isinya.
HUJAN lebat berterusan berserta dengan angin kencang dan guruh bersahutan.
Namun, kumpulan empat kaki pancing udang galah itu meneruskan misi mereka
ke hulu Sungai Lembing, Pahang yang sangat terkenal dengan spesies sepit biru
yang sangat lazat isinya.
Mereka berehat di hujung kampung penempatan masyarakat Orang Asli yang
belum begitu tersusun. Kelompok etnik itu sudah dapat menerima perubahan
kecil sekali gus keluar dari kepompong cara hidup lama. Limat yang mengetuai
kumpulan empat pemancing itu adalah anak tempatan Temerloh. Dia sudah biasa
dengan sungai di sebelah sini. Melihat keadaan cuaca buruk yang berterusan,
Limat membatalkan hasrat ke hulu Sungai Lembing. Tambah pula air sungai
sangat deras dan mula melimpah tebing.
Sebuah pondok lama yang sudah ditinggalkan mereka gunakan untuk berteduh.

Jika keadaan memaksa, mereka akan terus bermalam.


Jika keadaan bertambah buruk memang kami merancang tidur di situ, cerita
Karim yang turut menyertai kumpulan itu.
Dia berkata, malam itu mereka dikejutkan dengan air banjir dari limpahan sungai
sudah mencecah lantai pondok berkenaan. Mereka mula cemas apabila
mendapati air naik begitu pantas. Pada masa sama, hujan semakin lebat.
Tetapi kami bernasib baik apabila beberapa buah sampan kayu penduduk Orang
Asli datang memberi pertolongan lalu membawa kami ke kawasan selamat di
atas sebuah bukit. Di sana pun sudah dipenuhi oleh penduduk Orang Asli yang
diselamatkan dari perkampungan penempatan yang sudah ditenggelami air
limpahan Sungai Lembing.
Keadaan bertambah buruk dan mencemaskan apabila beberapa ekor ular sawa
besar turut mencari mangsa tetapi berjaya dihalau oleh seorang lelaki tua yang
dianggap sebagai bomoh di kalangan penduduk di situ, katanya.
Limat diberi layanan baik walau pun keadaan makin terdesak kerana air terus
naik. Namun itu tidak membimbangkan masyarakat Orang Asli di kampung
berkenaan yang sudah biasa dengan keadaan seperti itu.
Tetapi bagi Limat dan kawannya menganggap kejadian itu satu pengalaman
baru. Menjelang tengah malam itu, mereka dibawa berpindah ke satu lagi
kawasan selamat oleh pembantu ketua Orang Asli. Ini kerana menurut ketuanya
bahawa mereka perlu diselamatkan sebelum keadaan bertambah buruk. Mereka
tiba di kawasan kecil tetapi tempatnya menarik. Mereka dibekalkan dengan
sedikit makanan yang sudah dimasak. Beberapa orang yang dibawa khas mula
membuat kerja mendirikan pondok serta unggun api di tengah kawasan lapang.
Kumpulan itu kemudian meninggalkan Limat dan kawannya sebaik saja semua
keperluan sudah disiapkan.
Pertolongan yang diberikan oleh masyarakat Orang Asli itu sangat bererti buat
mereka, cerita Karim lagi sambil mendakwa bahawa pada malam itu mereka
bagaikan terpukau lalu tidur dengan nyenyak hingga pada saat-saat terjaga
dengan satu kejutan yang sangat menakutkan. Mereka terdengar hilai ketawa
mengelilingi kawasan itu. Kelihatan lembaga putih berterbangan.
Kami ketakutan tetapi Limat tidak menunjukkan perubahan dan tetap tenang.
Dia duduk bersila kemas sambil membaca sesuatu yang tidak kami dengar
dengan jelas. Tetapi nyata dia cuba menghalau makhluk putih yang mengilai
dengan lebih garang itu daripada mendekati kami.
Limat cuba diheret keluar dari pondok tetapi kerana duduknya yang kemas serta
amalan yang tidak kurang hebatnya lembaga putih itu kemudian meninggalkan
kawasan kami untuk beberapa waktu. Tetapi lembaga itu datang semula dengan
bilangan yang lebih banyak sambil mengilai dengan bunyi yang lebih

mengerikan, katanya.
Dek kerana ketakutan, mereka berpelukan sesama sendiri. Namun Limat cekal
membaca ayat al-Quran. Pondok tempat mereka berteduh digoyang dengan kuat
dan hampir roboh.
Limat bangun lalu melaungkan azan dengan kuat. Pondok roboh dan kami
terbaring di atas tanah perkuburan dengan batu nesan yang bertaburan.
Kami semakin terkejut tetapi Limat merasa syukur sebaik saja menamatkan
laungan azan yang sekali gus melenyapkan gangguan lembaga putih yang
mengganggu mereka pada dinihari sebelum subuh itu.
Paling menghairankan apabila mereka sebenarnya berada di tengah-tengah
kawasan perkuburan Islam di sebuah kampung Melayu di Sungai Lembing dan
bukan perkampungan Orang Asli seperti yang berlaku dalam tragedi misteri yang
dilalui sepanjang hari dan malam itu.
Limat tidak banyak bercakap malah terus membawa kami pulang sambil
singgah di sebuah surau dalam perjalanan pulang. Kami solat sunat kesyukuran
dan doa selamat yang diimamkan sendiri oleh Limat.
Apa yang berlaku adalah satu misteri bagi kami dan tentunya banyak lagi
misteri yang dilalui oleh kaki pancing dalam kisah yang berlainan, kata Karim
menamatkan perbualan.

MAHMOODIAH, JB
Banyak-banyak kisah mistik, yul rasa ini lah yang paling menyeramkan kot dan
banyak kisah yang berlaku di kawasan ini. Tidak lupa juga kawasan
berhampirannya iaitu Dataran Bandaraya Johor Bahru yang pernah di gemparkan
dengan kisah Hantu Lilin pada tahun 1990-an. Pada tahun
1980-an lagi lah best, pelancong Kuala Lumpur yang datang ke Johor Bahru
tertarik dengan kemeriahan persembahan kuda kepang di pentas dataran
tersebut. Hampir 2 jam dia melihat persembahan itu. Oleh kerana terlalu
terpegun dengan kehebatan negeri Johor yg 'menghalalkan' pementasan
sehingga jam 2 pagi, pelancong tersebut menceritakan hal ini kepada rakannya
yang kebetulan bekerja dengan Majlis Bandaraya. Rakannya menafikan

dakwaannya itu dan mngatakan bahawa dia berkhayal! Habis, apa yang
sebenarnya berlaku selama 2 jam pada mlm tersebut? Wallahualam..
Berbalik kepada kisah di Mahmoodiah, ramai pemandu di ganggu ketika melalui
kawasan perkuburan yg menempatkan kerabat-kerabat di Raja itu. Kisah pertama
ini berlaku ke atas pemandu kereta yg bernama Kadir. Kadir dalam perjalanan
ingin bertemu rakan di sebuah restoran di Danga Bay.Jam menunjukkan pukul
7.30 malam. Sampai di pertengahan jalan lingkaran (sekarang di dirikan
Petronas), dia ternampak seorang wanita berjalan seorang diri. Dia pun
memberhentikan kenderaan dan bertanya arah tujuan wanita berkenaan. Wanita
itu ingin ke perhentian bas di Hospital Sultanah Aminah.
Kadir pun menumpangkan wanita berkenaan. Wanita tersebut menyuruh Kadir
agar tidak menggunakan penghawa dingin. Biarlah dengan membuka tingkap
sahaja katanya. Wanita itu memberitahu bahawa sepatutnya teman lelakinya
yang menjemputnya, tetapi akibat masalah yang tidak dapat dielakkan, dia
terpaksa berjalan kaki untuk ke perhentian bas hospital itu.
Wanita itu juga berpesan kepada teman lelakinya agar membawa kereta, kerana
dah serik menaiki motor. Kadir cuba menenangkan wanita berkenaan dgn
mengatakan bahawa naik motor lagi romantik, jimat minyak dan kalau jalan jem,
boleh selit-selit. Tetapi wanita itu terus menceritakan kepada Kadir bahawa
berlaku 1 kejadian yg tak diingini semasa dia menunggang motosikal bersama
teman lelakinya. Pernah satu ketika semasa menunggang motor bersama teman
lelaki, mereka di sondol oleh kereta yg berlumba di situ. Kadir lantas bertanya
"Ya Allah, lepas tu apa yang terjadi?" Wanita itu terus berkata, "awak nampak
divider itu? di situlah saya dan teman lelaki saya tercampak selepas di seret
hampir 50 meter, dan KAMI MATI bersama"..
Apa saja ayat al-quran yang terlintas di fikiran Kadir, terus di bacanya kuatkuat. Yang terdengar hanyalah hilaian tawa wanita berkenaan lantas terbang dan
berlalu pergi menerusi tingkap kereta Kadir yg terbuka luas. Kadir membatalkan
hasratnya untuk berjumpa kawan-kawannya lalu terus balik ke rumah.
Di rumah, dia menceritakan segalanya kepada pakciknya yang kebetulan
bertandang ke rumahnya. Pak ciknya berusia 66 tahun hanya tersenyum kerana
kejadian sebegini sering berlaku di kawasan itu.
Kisah kedua yang terdapat di Mahmodiah ialah berlaku kepada seorang pemandu
teksi. Lokasinya ialah di Terowong berhampiran ZZ / JKR. menghala ke Anjung
Warisan dari Petronas Lingkaran. Selepas melalui terowong tersebut, ada seorang
wanita menahan teksinya dan terus mengejar teksi berkenaan.
Kisah ketiga ialah bangunan Yayasan Warisan Johor. Mase perang Jepundulu.
Jepun gunakan bangunan tu sebagai markas / kem mereka. Jadi, macam-macam
hukuman jepun seperti pancung kepala dan macam-macam lagi yang mereka
lakukan disitu. Dan disitu jugak banyak askar jepun mati. Orang-orang otai cakap,

kat situ ada jepun berbaris di atas bumbung! mcm mana tu diaorang berbaris
aku tak tahu la. wallahualam.
Kisah keempat kubur mahmoodiah berdekatan terowong jalan petri mengadap
jalan lingkaran dalam. Ade orang cerita yang kawasan tu berhantu pada waktu
petang selepas asar sebelum maghrib. Ade orang pergi ziarah kubur time tu. Ade
gangguan seperti ade bende terbang
atas kepala. Banyak kali. Penggali kubur kat situ pun sarankan jangan datang
waktu-waktu petang macam tu. lagi-lagi kawasan tu.
Ingat, aku cuma nak bagitahu jangan terlalu percaya sangat. Nanti syirik pulak.
Jangan terlalu takut dan jangan terlalu berani. Jika apa yang di tulis di atas adalah
mengenai korang, aku nak korang
perbetulkan di mana silapnya. Tak kisahlah daripada tarikh atau segala bagai..
Apa-apa pun yang buruk itu datang daripada diri sendiri, kerana setiap manusia
tak ubah daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Cerita ini bukan rekaan
semata-mata. Ianya menjadi perbualan dari mulut ke mulut masyarakat JB. Aku
pasti, ada jugak yang tak tahu lagi pasal kisah-kisah nie.

IKAN TERBANG
Hujung minggu sudah semestinya tidak aku biarkan berlalu begitu sahaja. Inilah
masa terbaik untuk aku mencurahkan segala skill memancing yang aku miliki.
Dan minggu ini setelah berbincang dengan teman seangkatan, Che Din kami

sepakat memilih Tasik Bera sebagai medan menguji kehebatan.


Apabila mempastikan semua barangan keperluan seperti joran, mata kail, batu
ladung, lampu suluh, pisau, lima batang joran dan sebagai sudah siap aku dan
Che Din mula berangkat meninggalkan rumah sewa. Kami bercadang untuk
mencari umpan atau membelinya di dalam perjalanan nanti.
Setelah beberapa jam perjalanan aku melihat Che Din sudah lena dibuai mimpi.
Suasana sunyi mengundang kebosanan, walaupun kiri kanan jalan kaya dengan
keindahan alam semulajadi, bagi aku sebagai budak kampung ini semua sudah
menjadi perkara biasa. Untuk menghilangkan kesunyian aku menghidupkan
radio, tetapi agak perlahan sebab aku tidak mahu mengganggu mimpi Che Din.
Sebaik sampai di tempat yang dituju dan membeli umpan daripada penjual yang
terdapat di situ. Tanpa berlengah lagi kami terus mencari 'port' masing-masing.
Aku memilih untuk duduk di bawah rimbunan pokok bakau yang terletak betulbetul di tepi tebing tasik. Begitu juga dengan Che Din juga
memilih 'port' yang baik tidak jauh dari aku. Selang beberapa minit dua joran aku
sudah sedia terendam di dalam tasik menunggu mangsa.
Tasik Bera memang terkenal dengan ikan-ikan air tawarnya, jadi tidak hairanlah
kalau pada hari itu agak ramai juga kaki pancing yang lain turut leka dengan
joran masing-masing. Tetapi ada juga antara mereka hanya dating sekadar
menonton gelagat pemancing bertarung dengan ikan-ikan di sini.
Zuuuupppp......, zuuuuppppp......, dua lagi pancing aku lepaskan. Cukup kelimalima pancing aku sedia menanti mangsa. Aku sedia menunggu dan mula
memasang angan-angan. Moga-moga pancing aku disambar kelah. Aku lihat Che
Din juga sudah mula menyandarkan badannya ke pokok bakau sambil menyedut
rokok gudang garam kegemarannya.
Matahari mulai terbenam, tetapi peliknya satupun joran aku tidak terusik, Setelah
beberapa kali mengganti umpan ternyata pada hari tersebut ikan seolah-olah
terlalu kenyang. Begitu juga dengan Che Din, aku lihat dia juga gelisah menanti,
satu demi satu rokok disambung, ikan tidak dapat-dapat.
Perut pun sudah mula menyanyi minta di isi, apa lagi akupun makanlah beb!
Sambil makan mata aku tak lepas dari terus memandang gigi air, entah macam
mana ada sesuatu yang menarik perhatian aku seolah-olah sedang menari-nari di
atas permukaan air tidak jauh dari tempat aku duduk. Aku amati objek tersebut
betul-betul untuk pastikan apakah bendanya. Sekali pandang macam ikan
terbang pun ada. Tapi hati kecil aku berkata sendiri mana ada ikan terbang dan
kalau adapun takkan bercahaya macam lampu pula.
Aku semakin mengamatinya tetapi apa yang lebih memeranjatkan ialah objek
tadi tiba-tiba berubah menjadi lembaga seperti kepala manusia dengan rambut
panjang menghurai dan muka yang cukup menggerunkan. Ia semakin

menghampiri dan aku dapat melihat dengan jelas wajahnya yang buruk serta
dipenuhi ulat tersebut.
Dalam keadaan ketakutan dan menggigil ini aku cuba melaung nama Che Din
tetapi mulutku terkunci. Dalam pada itu, lembaga tersebut terus terbang menuju
ke arahku semakin lama semakin hampir. Aku terpaku dan tidak tahu nak buat
apa yang aku dapat rasakan ialah seluarku mulai basah. Aku rasa semakin lemah
dan akhirnya tidak sedarkan diri.
Apabila aku membuka mata, aku sudah berada di rumah sewa dan jiran-jiranku
ada di sebelah. Seribu satu persoalan bermain di benak ku, tetapi aku masih
lemah untuk bertanya itu semua kepada Che Din. Che Din hanya memberitahu
yang aku disampuk. Apabila mengenang semula apa yang berlaku aku masih tak
dapat nak bayangkan rupa sebenar lembaga tersebut.
Che Din mengatakan dia melihat aku seolah-olah dipukau oleh sesuatu dan
langsung tidak menghiraukan panggilannya. Melihat keadaan aku yang semakin
tidak terarah, Che Din kemudiannya mengemaskan semua kelengkapan
memancing dan dengan bantuan beberapa orang pemancing lain di situ, aku
telah diusungnya ke kereta dan di bawa pulang.
Sebaik sampai di rumah Che Din telah meminta bantuan Pak Imam, (jiran kami)
barulah keadaan aku kembali pulih. Bagaimanapun hingga kini aku masih lagi
tidak dapat membayangkan apakah lembaga yang mengganggu aku ketika itu,
aku menjadi serik untuk memancing di waktu senja.

HOTEL
Kejadian ini berlaku sewaktu hadi bekerja pada shiff malam. Hadi yg di tugaskan
menghantar barang- barang keperluan untuk tetamu yg menginap di bilik hotel
tersebut ,hanya bertugas seorang diri pada malam itu.. Kebetulan pula supervisor
yg sama shiff dgn hadi ketika itu telah mengambil cuti sakit.. Terpaksalah dia yg
menjalankan segala urusan pada malam tersebut...
Bunyi deringan talipon yg tidak putus di bilik department housekeeping itu
memecah kesunyian malam.. Hadi dengan penuh sabar menjawab semua
panggilan tersebut, Walaupun dia seakan merasa serba tidak kena pada malam
itu, Akan tetapi dia tetap menjalankan tugasnya dengan penuh rasa
tanggungjawab sebagai pekerja yg berdidikasi.. Mungkin sebab kerana itulah
jugalah dia sering mendapat kepujian dan anugerah pekerja terbaik selama 3
tahun berturut-turut..
Jam yg di pakai oleh Hadi sudah menunjukkan ke angka 10.30 malam. Bermakna
Hanya setengah jam saja lagi waktu kerjanya akan berakhir. Dia yg sedang
berdiri di balkoni luar offis tingkat 4 itu khayal melihat permandangan ke arah
theme park yg menempatkan kolam mandi serta bermacam permainan khas buat
pelanggan-pelanggan yg menginap di hotel tersebut.. terlihat beberapa pekerja
sedang sibuk mengemas kawasan theme park yg beroperasi sedari pagi tadi..
suasana ketika itu terlalu sunyi, mungkin kerana tetamu sudah mula masuk ke
dalam bilik masing-masing untuk merehatkan diri.. Hadi yg masih berkhayal itu
tiba-tiba tersentak apabila bunyi talifon berdering kuat dari dalam office, Dia
terus masuk dan menjawab panggilan itu. ganggang talifon di lekapkan pada
telinganya, Sayup-sayup kedengaran suara seorang perempuan sedang
menangis, hadi berasa pelik, dan tertanya-tanya, mengapa tetamu itu menangis..
di skrin talifon pula terpapar nombor bilik pemanggil.. setelah pertanyaan demi
pertanyaan Hadi lontarkan pada tetamu itu hanya di jawab dengan esak tangis
berterusan. Hadi, Tanpa berfikir panjang terus keluar menuju ke bilik tetamu yg
agak jauh dari office nya itu.. fikir Hadi, mungkin tetamu itu berada dalam
kesulitan dan memerlukan bantuan darinya..
Entah kenapa Jantung Hadi berdegup kencang, kini dia telah tiba di hadapan
pintu bilik yg bernombor 3318 itu, dia yg terlalu risau terus menekan loceng bilik
tersebut berkali-kali.. tapi malangnya tiada jawapan yg di berikan, dadanya mula
berdebar-debar memikirkan apa yg berlaku di dalam bilik tersebut sehingga
membuatkan tetamu itu menangis.. setelah puas dia memanggil dan langsung
tiada jawapan yg di terima, dengan segera hadi menyeluk koceknya mengambil
master key yg sememangnya di bawa kemana saja dalam waktu kerja pada

malam itu, Hadi nekad membuka pintu bilik tersebut walaupun tindakannya itu
salah kerana dia boleh di tuduh menceroboh bilik tetamu.. tapi semua itu tidak
penting baginya, niatnya hanya ingin membantu..
Pintu bilik dibuka perlahan, suasana di dalam bilik gelap gelita, seakan tiada
tetamu yg menyewa bilik itu, Hadi memetik suis lampu, perlahan-lahan dia
melangkah masuk sambil meninjau-ninjau keadaan dalam bilik itu, sah!! memang
tiada siapa.. bilik tersebut masih dalam keadaan kemas.. Hadi seperti tidak
percaya, hatinya tertanya-tanya siapakah pemanggil misteri tadi?? bulu roma
hadi sudah mula meremang, fikirannya sudah mula menangkap apa yg berlaku
sebenarnya, cerita-cerita seram yg di sampaikan oleh rakan-rakannya mula
berlegar-legar di fikiran Hadi..barulah dia teringat, bilik yg dia berada sekarang
ini pernah digelar bilik berhantu oleh rakan-rakannya.. mereka sering terdengar
suara orang memita tolong dari arah bilik ini, dan ramai tetamu yg menginap di
bilik ini sering diganggu dengan bunyi barang di baling dengan kuat..
Tiba-tiba Hadi tersentak!! dia terkejut apabila merasakan seolah-olah telinganya
di hembus dengan nafas yg kuat.. serta merta badannya mengigil dan perasaan
takut menyelubungi dirinya, tanpa berlengah Hadi terus berlari ke arah pintu, di
pulas-pulas tombol pintu itu tapi malangnya pintu tersebut tidak boleh di buka,
serentak itu jelas kedengaran di telinga hadi suara seseorang sedang menangis
dan hadi terus menoleh ke belakang...
Alangkah terkejutnya Hadi apabila mendapati susuk tubuh di balut kain kafan yg
lusuh di tambah dengan wajah yg cukup menyeramkan sedang berdiri beberapa
meter sahaja di hadapannya.. dan kini lembaga itu semakin menghampiri hadi,
tubuh hadi menjadi kaku tidak bergerak, kakinya seperti di gam pada lantai. kini
wajah lembaga itu betul-betul dihadapannya, bau hanyir menusuk hidung hadi,
jelas kelihatan ulat-ulat memenuhi wajah lembaga itu, amat mengerikan di
tambah lagi ketika lembaga itu menyeringai seolah-olah mahu menerkamnya, dia
yg sudah ketakutan terus menjerit-jerit seperti orang di rasuk histeria, dan Hadi
terus rebah di tepi pintu bilik tersebut..
tepat pukul 12 malam, pak kasim yg bertugas sebagai pakcik guard memulakan
tugasnya meronda kawasan hotel, setiba di blok 3 pak kasim terpandang pada
satu pintu bilik yg terbuka luas, dan bilik tersebut terang menderang dengan
limpahan cahaya lampu. pak kasim yg berasa pelik dan curiga terus menuju ke
bilik tersebut, terkejut pak kasim bila mendapati Hadi terbaring di sisi pintu bilik
yg terbuka luas itu.. sekali lagi pak karim terkejut bila mendapati, terdapat tanah
bertaburan di atas lantai bilik tersebut... dan bau yg meloyakan tekaknya..
Keesokkan harinya, Seluruh pekerja hotel kecoh dengan kejadian yg menimpa
Hadi.. Sehingga memaksa pihak hotel membuat siasatan terhadap insiden yg
menimpa hadi pada malam itu, Bilik 3318 itu pula tiba-tiba di tutup serta merta
supaya tidak di sewakan kepada tetamu buat sementara waktu, berita
penutupan bilik tersebut menyebabkan semua pekerja berasa pelik dengan
tindakan itu, pelbagai andaian di buat oleh semua pekerja di situ, akan tetapi

pihak atasan hanya mendiamkan diri dan merahsiakannya sehingga kini..


Selepas kejadian itu Hadi demam selama seminggu, pengalaman itu menjadi
kenangan pahit yg tidak dapat dia lupakan seumur hidupnya.. akan tetapi hadi
tetap meneruskan kerjanya di hotel tersebut, dia kini telah di naikkan pangkat
menjadi supervisor department housekeeping.. setiap kali dia melalui bilik 3318,
hatinya akan rasa berdebar walaupun bilik itu masih lagi di tutup.. misteri bilik
3318 itu hanya terus tinggal misteri sehingga kini dan mungkin sehingga ia di
buka semula untuk tetamu baru, adakah tetamu itu anda?

NONHEAD
Bagi penduduk Terap Daerah Kulim Kedah, penemuan mayat tiga beradik tanpa
kepala beberapa tahun lalu, meninggalkan kesan kepada mereka apabila jelmaan
lembaga tanpa kepala sering ditemui berdiri di tepi jalan apabila menjelang
waktu tengah malam terutama ketika waktu hujan.
Ada juga penduduk kampung yang pernah melihat lembaga itu pada waktu pagi,
terutama yang bekerja di ladang getah. Seorang Penoreh Getah, En.Abu Hassan
Ismail yang tinggal di Terap sejak 54 tahun lalu berkata, hanya mereka yang
pernah bertemu dengan lembaga itu sahaja akan mempercayai kewujudannya.
Menurutnya, sehingga kini, ramai penduduk sudah melihat sendiri dan ada
antara mereka yang sampai demam kerana terkejut.
"Sekitar tahun 2007 dan 2008, penduduk kawasan ini digemparkan dengan
penemuan mayat tiga beradik tanpa kepala di dalam kawasan ladang getah.
Mereka dipercayai dibunuh di tempat lain dan mayat mereka dibuang disini"
"Selepas kejadian itu berlaku, ada penduduk kampung, terutama penoreh getah
yang keluar bekerja seawal jam 4 pagi, ternampak lembaga tanpa kepala berdiri
di tepi pagar kawasan ladang atau di tepi jalan. Sejak itu laluan dari Terap ke
Sungai Tengas dikatakan berpuaka" kata En.Abu Hassan
Sementara itu, seorang penggemar burung yang sering masuk ke kawasan hutan
berdekatan berkata, dia turut menemui lembaga itu kira-kira jam 12 tengah hari.
Ketika sedang leka mengunggu, dengan tiba-tiba burung yang dijadikan umpan
bertukar menjadi liar.
Sedang dalam kehairanan itu, dia merasa seram sejuk dan seakan ada orang
sedang memerhati. Apabila dia menoleh ke belakang, lembaga tidak berkepala
itu telah ada di belakangnya.

Selain itu, kawasan misteri berkenaan juga sering berlaku kemalangan.


Penunggang motosikal, pemandu kereta, bahkan pemandu lori treler juga
dilaporkan sering terbabas kerana cuba mengelak daripada lembaga tidak
berkepala yang sedang melintas jalan.
Anggota-anggota polis dari Pondok Polis Terap yang sering membuat rondaan
juga menyatakan yang kawasan berkenaan amat menyeramkan terutama
apabila tiba di puncak bukit.

ASRAMA PUTERI
Kisah ini berlaku kira-kira lima tahun yang lalu. Waktu itu aku ditingkatan dua dan
tinggal di asrama. Aku ni terkenal dengan sifat yang tak reti takut. Memang sejak
kecil lagi aku telah diajar oleh ayahku untuk tidak takut pada hantu. Menurut
ayah ku..." Hantu dan syaitan ni nak pegang kita pun tak dapat inikan pula nak
cubit.." Itulah kata-kata ayahku yang membuatkan aku berani sehingga kini
walaupun pada hakikatnya aku seorang perempuan yang lemah lembut.
Sekolah aku terletak di sebuah kawasan yang boleh dikatakan indah dan
nyaman. Lagipun di situ kawasan kampung. Asrama yang aku duduki berada di
dalam kawasan sekolah. Jadi senanglah untuk kami pelajar pelajar asrama untuk
berulang alik. Kebetulan pada semester tersebut pihak sekolah aku bercadang
untuk menambahkan lagi satu blok asrama untuk menampung bilangan pelajar
yang kian meningkat. Jadi setelah dipersetujui, Akhirnya kerja-kerja membina pun
dilakukan bersebelah dengan blok asrama puteri yang lama.
Pada mulanya pembinaan itu berjalan dengan lancar sehinggalah suatu hari.......
Petang itu aku pulang daripada sekolah kira-kira jam 3 petang bersama-sama
empat kawan ku yang lain. Setelah menyalin pakaian, kami bercadang untuk
bermain tenis di gelangang yang berdekatan. Sewaktu kami menuruni tangga
untuk ke gelangang berkenaan tiba-tiba kami terdengar suara lelaki sedang
menjerit dan diikuti dengan dentuman yang kuat. Kami dapat mengesan arah
bunyi tersebut. Tak silap lagi ianya datang dari arah tapak pembinaan asrama
baru. Kami segera bergegas ke sana. Setibanya di situ kami terkejut besar

apabila kami dapati seorang pekerja berbangsa Cina telah jatuh dari bangunan
tesebut. Kawan-kawan pekerja tersebut segera mendapatkan beliau. Aku dan
kawan-kawanku tergamam. Tubuh pekerja berkenaan dibasahi dengan darah. Aku
yakin dia telah mati memandangkan keadaan kepalanya yang bercerai dari
badan. Kawanku , Mila tiba-tiba pengsan. Aku terpaku di situ.
Pada malam tersebut kami tidak dapat tidur dengan nyenyak tambahan lagi kami
adalah orang pertama yang menyaksikan kejadian itu. Warden asrama
menasihati kami supaya bawa bertenang. Tetapi aku benar-benar tidak dapat
melupakan kejadian itu lebih-lebih lagi jika teringatkan keadaan tubuh mangsa
yang amat mengerikan. Malam makin larut. Aku cuba melelapkan mataku. Tibatiba aku terdengar seperti ada sesuatu yang sedang menghampiriku. Aku
meluaskan pandangan kesekeliling.
Mataku liar mencari benda tersebut. Hidung ku mula terbau sesuatu yang hanyir.
Darah! Aku tersentak. Aku mendongak ke atas. Aku dapati darah mengalir dari
kipas siling. Banyak sekali ! Aku beranikan diri untuk bangun. Mata ku tiba-tiba
tertumpu ke arah kawanku Mila. Ya Allah, Aku lihat beberapa orang berjubah
kuning sedang mengelilinginya. Aku beranikan diriku untuk menghampiri mereka.
Kawan- kawanku yang sedorm sudah lama dibuai mimpi. Dengan keyakinan aku
menegur orang-orang yang berjubah kuning berkenaan. " Siapa anda semua ?"
Mereka tidak menjawab pertanyaan aku. Aku mula syak sesuatu. Aku beranikan
diri lagi dengan memegang salah seorang daripada mereka. Tetapi... Tangan ku
bolos. Ternyata mereka tidak menghiraukan kedatangan aku. Aku terpinga..
Mereka bangun dari katil Mila dan menuju ke tingkap yang bertentangan dengan
tempat kemalangan petang tadi. Aku dapat melihat dengan jelas mereka
menembusi dinding asrama dan terus melayang ke angkasa. Aku terpegun.
Tiba-tiba lamunan aku tersentak apabila dikejutkan oleh suara kawanku Lin.
Rupanya bukan aku seorang yang menyaksikan peristiwa itu, Lin juga sempat
menyaksikannya. Lin kelihatan begitu takut, dia menanggis. Badannya terasa
panas dan menggigil. Aku cuba menenangkannya. Lin dapat juga aku tenangkan.
Lega rasanya bila dia kembali seperti sediakala. Kami bercerita panjang tentang
pengalaman masing-masing melihat peristiwa yang berlaku tadi. Lin menyatakan
padaku yang dia ternampak ada dua orang lelaki berjubah kuning hendak
memukul aku dengan Kayu Tas dari arah belakang. Tetapi mereka tidak berjaya
kerana dihalang oleh seorang lagi lelaki berjubah kuning yang lain. Aku betulbetul terkejut. Aku bertanyakan Lin samaada dia nampak atau tidak lelaki
berjubah kuning mengelilingi Mila. Dia jawab TIDAK. Aku semakin hairan.
Bagaimana dua peristiwa boleh berlaku dalam waktu yang sama tetapi berlainan
keadaan.
Cuma ketika lelaki-lelaki berjubah kuning itu melayang ke angkasa sahaja kami
dapat menyaksikan peristiwa yang sama. Angin malam semakin dingin. Suasana
semakin suram. Aku dan Lin masih tidak dapat tidur. Tiba-tiba....
"Aaaaaaaaaaaaaa....." Suara orang menjerit seperti diserang sesuatu kedengaran
dari tingkat atas asrama. Serentak dengan itu juga kedengaran bunyi dentuman

yang kuat dari arah yang sama.


Aku bergegas keluar. Aku lihat penghuni penghuni yang lain juga tercengangcengang di luar dorm. Masing-masing tertanya apakah yang berlaku. Warden
juga kelihatan terpinga-pinga. Suara jeritan dan lolongan tadi semakin menjadijadi. Kali ini bukan lagi seorang tetapi ramai. Aku semakin ingin tahu.
Warden meminta sesiapa yang berani untuk mengikutnya naik ke atas. Aku dan
lima orang lagi rakan mengikut warden naik ke atas. Setibanya kami di sana kami
dapati beberapa orang penghuni dorm Emas sedang merangkak di kaki lima
seperti biawak. Aku mengucap panjang. Kami cuba menangkap mereka tetapi
tidak berjaya kerana bilangan yang hendak ditangkap lebih banyak dari yang
menangkap. Warden mengarahkan penghuni yang tidak naik ke atas untuk
mendapatkan bantuan dari warden aspura.
Bantuan yang diharapkan sia-sia sahaja kerana tidak seorang pun warden aspura
yang terjaga termasuklah penghuni aspura sendiri. Kami mula cemas. Bilangan
penghuni yang dirasuk semakin banyak iaitu kira-kira sebelas orang dan
bersamaan dengan satu dorm berkenaan. Mereka menjerit, melolong dan tak
kurang pula yang mengilai. Kami terpaksa mengepung mereka. Warden
mengarahkan supaya kami membaca apa sahaja ayat suci yang kami ingat
sambil mengawasi mereka.
Keadaan semakin kelam kabut apabila ada yang dirasuk itu mula bertindak liar.
Mereka mula berlari menuruni tangga. kami tidak dapat berbuat apa-apa
lagi.Hendak ditangkap memang tidak berdaya. Kami tawakal kepada Allah. Di
bawah mereka mula mengoncangkan pagar yang memagari kawasan aspuri.
Warden meminta supaya kami beramai -ramai memegang mereka supaya
mereka tidak merobohkan pagar untuk lari keluar. Mereka meraung raung. Di
saat aku memegang salah seorang daripada mereka aku rasakan seperti tubuhku
digoncang dengan begitu kuat. Aku mula membaca Ayat Kursi. Kegilaannya
semakin menjadi jadi. Aku menempeleng muka budak berkenaan. Dia pengsan.
Menyedari perbuatan aku itu berkesan, kami beramai-ramai menempeleng
kesebelas belas penghuni berkenaan. Mereka pengsan. Seraya dengan itu azan
Subuh berkumandang dengan sayupnya.
Pagi itu ramai di antara kami yang tidak ke sekolah kerana letih. Apabila di tanya
kepada penghuni yang dirasuk apa yang terjadi semalam, mereka hanya
menjawab mereka tidur dengan nyenyak sekali. Bila kami menceritakan apa yang
berlaku semalam mereka bagaikan tidak percaya. Berita dirasuk beramai ramai
sampai ke pengetahuan penghuni aspura. Mereka juga terkejut kerana tidak
seorang pun yang mendengar bunyi orang menjerit.
Malam itu kami mengadakan sembahyang hajat beramai ramai untuk meminta
dijauhkan dari sebarang malapetaka. Pengetua juga menasihati kami supaya
tidak mengingati peristiwa berkenaan. Menurutnya lagi peristiwa berkenaan
hanyalah untuk menguji kesabaran kami. Aku tidak dapat merumuskan samaada

peristiwa berkenaan ada kaitannya dengan kematian pekerja di tapak binaan.


Tetapi ada cerita yang mengatakan kematian pekerja berkenaan dirancang oleh
abangnya sendiri dan rohnya ingin menuntut bela. Allahualam...Bagi aku
peristiwa ini adalah suatu pengalaman yang amat berharga...

NEK ANTAN
mesej dari Norlezuani Cuna..beliau nak kongsi satu cite serammm
Pada yg tau lokasi HOSPITAL BATU GAJAH PERAK,mesti pernah terdengar citer
jururawat ni..jom nk dgr takkk???
Masa tu kami adk bradik kecik lg..plg besar pun darjah6..aku la tu..hihi
Ingat lg ddk kt kg piandang br siputeh,best sngt..arwah nenek antan(name
manje) n arwah nek tina(pun name manje) rajin n baik hati jge kami adk
bradik,sanak saudara...blikn mknn..bli kan itu blikan ini..mmg best..tp pd satu ari
nek antan jatuh sakit..kami ssh ati menagis sbb kesian tgk doa skt..umur pun da
mncecah 90an..nek antan aku ni pengamal perubatan tradisional..mmg glamor

dgn pgglan "PAK JAPPOR"..sape yg dk area siputeh knal la ngan arwah..ms dia
skt,dia ditahan di wad 2nd class bt.gajah la..korg bleh imagine tak....kaunter staff
nurse mmg jauh berbatu dr wad..dl hosp tu mne de pintu..yg ad pun pintu nmpak
kaki..main2 tolak jer...
tiba la pd satu hari dsbbkn sume da bergilir2 jge nek antan msg2 pun letih..turn
aku mlm tu..mmg mlm tu senyap sunyi...kbtulan pesakit pd mlm tu nek antan
sorg je...mmg seram siut..nek antan ni semput n cmpur skt tua..so nek antan
terpaksa pkai tiub klu nk kncing..dia plak xsuke pkai tiub tu..
dpndekkn cite aku la kene jge supaya tiub tu jgn tertggl..aku pun tdo2 ayam dlm
keadaan ddk dan kepala baring tepi kaki nek antan..tngh leka2 bring aku dgr
bunyi tapak kasut misi yg dtg dkt dgn aku..dlm ati aku "oo..misi nk dtg cucuk @
bg ubt kt nenek kot..xpela..aku pun rasa lega la sbb ingtkn misi dtg..makin lame
rapak kasut misi makin dkt dan dkt dgn pintu..aku pun toleh...ape yg aku nmpak
misi tu pakai kasut putih,stokin pnjg,skirt pndek..tp yg aku heran dia xmsk dlm
wad pun...ble misi td pergi ke pintu kedua hati aku mula xsedap dan
teringat.."zaman skarag mne ade misi .pakai skirt n stokin pnjg"..huuuhhh ms tu
buku roma aku tegak dgn serta merta..aku toleh kepintu "misi" tu ad lg dpintu
no2 tu..tuhan aje yg tau perasaan aku..ape yg aku nmpk hnye kaki yg berstokin
da skirt pendek..tibe2 "misi" tu tolak daun pintu...
ya allah..aku pun ape lg kepala aku automatik masuk dlm kain pelekat nek
antan..tngan aku terus peluk kaki nek antan seerat2 nyer..aku pejan mate rapat2
dan mulut aku kumat kamit baca ayatul kursi...lps tu,"misi" td plan2 beredar
jauh...tap..tap..tappp...tap.................mnggetar la jgk bdn aku pd mlm tu...dan
mlm tu jgk la mlm terakhir aku jge nek antan..sumpah aku xsggup...bkn aku xsyg
nek antan tp aku xkuat semangt...ble dknag blk kejadian tu aku rs xnk je dtg
hspital bt.gajah lg...
tp skarg nek antan pun da xda lg...aku rindu pada nek antan dan nek tina..ALFATIHAH..AMIN

GUARD
Julai 2008 - Kes ini terpaksa saya terima kerana telah melibatkan seorang
pengawal keselamatan yang bertugas di pejabat saya ketika itu dan juga
merupakan seorang kawan. Itupun setelah beberapa kali perkara ini diadukan
olehnya dan telah mencapai tahap kritikal kerana semakin mengancam
keselamatan ahli keluarganya.

Kira-kira sebulan sebelumnya, dia pernah mengadu kepada saya bahawa rumah
yang disewanya menimbulkan pelbagai masalah pelik terutamanya di bilik tidur
utamanya.
Apabila tiba waktu tengah malam, pelbagai bunyi yang didengari dengan jelas
seperti pintu bilik dicakar dengan kuat, bunyi orang berjalan di dalam rumah dan
lain-lain. Peralatan dalam rumah juga sering beralih tempat tanpa diusik oleh
sesiapa.
Dia tinggal bertiga di rumah itu iaitu bersama isteri dan seorang anak
perempuannya (berumur 4-5 tahun rasanya kot. Dah lupa sbb hanya berjumpa
mereka sekali sahaja) Mereka juga menjadi mangsa gangguan misteri di rumah
tersebut.
Seringkali dia terpaksa meninggalkan isteri dan anaknya di rumah mertua yang
tinggal di kawasan berhampiran apabila giliran bertugas syif malam kerana
bimbangkan keselamatan anak isterinya
Saya meminta dia bertanya kepada jiran-jiran di taman itu tentang rumah yang
baru disewanya samada mereka tahu sesuatu. Setelah ditanya kepada beberapa
penghuni taman perumahan tersebut yang lebih lama menetap disitu, terbongkar
cerita bahawa rumah tersebut lama 'berpenghuni' dan memang telah jadi
kebiasaan bahawa mereka yang menyewanya tidak akan tinggal lama di situ.
Para penyewa sebelum ini juga menghadapi masalah yang hampir sama dan ada
yang hanya bertahan selama satu malam sahaja. Pelbagai kejadian aneh yang
juga dialami oleh keluarga penyewa-penyewa sebelum ini dan pelbagai usaha
telah dilakukan untuk mengatasinya, namun sia-sia sahaja.
Penduduk setempat juga menceritakan yang sepohon pokok di sebelah rumah
itu, sering dijadikan tempat pemujaan 'sesuatu' sebelum taman itu dibina. Tidak
pasti apa yang dipuja oleh pengamal-pengamal khurafat itu, kerana senario
tersebut telah lama berlaku dan penduduk-penduduk ada zaman itu telah ramai
yang tiada. Lagipun, belukar itu jauh pada penempatan manusia sebelum taman
itu dibina.

pokok yang dijadikan tempat pemujaan dan sering dilihat sesuatu atas dahannya
Telah ramai pengamal perubatan dan bomoh yang dipanggil untuk
menyelesaikan masalah itu, namun masih belum berjaya. Mereka juga sering
terlihat seakan satu lembaga sering bertenggek pada dahan pokok itu (rumah
yang disewa itu adalah lot tepi 'corner lot' dan jaraknya hanya beberapa meter
sahaja dari pokok tersebut)
Saya bertanya, adakah pemilik rumah yang menyewakan rumah tersebut

menyatakan apa-apa sebelum menerima wang pendahuluan dan membenarkan


mereka memasukinya. Dia menyatakan yang tiada apa yang dimaklumkan malah
pemilik rumah itu bersikap 'lepas tangan' dan hanya menyuruhnya mencari
bomoh sahaja.
Saya juga menyarankan agar dia dengan mana-mana bomoh atau pengamal
perubatan yang handal dan terkenal selain mengadakan majlis tahlil serta
bacaan Yasin beberapa kali walaupun telah dilakukannya sebelum memasuki
rumah tersebut.
Setelah hampir sebulan berikhtiar, masih belum berhasil. Malah gangguan yang
dihadapi semakin 'keras'. 'Penghuni' rumah itu seolah-olah ingin menghalau
mereka keluar dengan segera daripada rumah itu. Kali ini, bukan setakat isteri
dan anaknya sahaja yang diganggu, Ibu Mertuanya yang menemankan
keluarganya juga turut diganggu.
Malah Ibu Mertuanya mengalami gangguan yang paling dahsyat berbanding dia,
isteri dan anaknya. Selain daripada gangguan-gangguan yang pernah mereka
alamai, leher Ibu Mertuanya dicekik oleh 'penghuni' itu sehingga sesak nafasnya
dan setelah Ibu Mertuanya membaca Ayat Qursi (dalam hatinya kerana mulutnya
tidak dapat bersuara), barulah 'penghuni' itu melepaskannya.
Pada satu pagi, dia sengaja meninggalkan Pondok Pengawal lebih lewat kerana
ingin menunggu saya. Dia mengadu masalahnya semula kepada saya dan
meminta kalau-kalau saya dapat membantu. Dia juga menceritakan kejadian
terbaru yang menimpa Ibu Mertuanya semalam.
Setelah memintanya menunggu sebentar, saya bergegas ke pejabat dan
mendapatkan sekeping kertas dan pen. Kebetulan, saya masih ada wuduk ketika
itu dan terus menulis 'BismillahirRahmanirRahim' (dalam tulisan jawi) pada tiga
keping kertas kecil dan berikan padanya.
Dua daripada kertas itu saya minta dia lekatkan di atas pintu hadapan dan pintu
belakang rumahnya. Manakala kertas yang terakhir saya minta dia letakkan di
atas pintu bilik tidur utamanya kerana menurut ceritanya, kebanyakan gangguan
berlaku di bilik itu.
Saya menegaskan kepadanya beberapa kali supaya dia sentiasa beringat bahawa
kertas dan tulisan itu tidak mempunyai apa-apa 'kuasa', tetapi ianya hanya
sebagai 'syarat' untuk memohon pertolongan daripada Allah. Hanya Allah sahaja
yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.
Keesokkan paginya, dia menunggu saya lagi. Tapi kali ini wajahnya kelihatan
berseri-seri, tidak mencuka seperti kelmarin. Pagi ini dia membawa berita
gembira, yang 'penghuni' di rumah sewanya tidak mengganggu pada malam
semalam.

Saya mengucapkan Alhamdulillah dan mengingatkannya supaya banyak


bersyukur kepada Allah kerana segala kebaikan adalah di atas kehendak Allah
semata-mata. Dia bertanya berapakah bayaran yang perlu diberikan kepada saya
di atas pertolongan saya itu. Saya tertawa dan bertanya kembali, adakah saya
pernah menyebut tentang bayaran sebelum ini ?
Namun, dia tetap berkeras untuk memberi bayaran sebagai tanda terima
kasihnya kepada saya. Saya memberi kata putus, jika hendak membayar juga,
sedekahkanlah kepada mana-mana masjid. InsyaAllah, semoga dia dan saya
akan mendapat kebaikan bersama-sama.
Dan saya juga menyatakan supaya dia tidak terlalu gembira dan perlu berhatihati kerana dikhuatiri perkara ini belum tentu sudah selesai sepenuhnya.
Berdasarkan pengalaman saya, Jin dan Syaitan memang licik, apabila mereka
rasa terancam, mereka mungkin akan berpura-pura telah beredar atau berhenti
daripada mengancam mangsa untuk mengelak daripada terpaksa 'berhadapan'
dengan orang yang tertentu. Bukanlah kerana orang itu hebat, tetapi mungkin
kerana orang-orang yang mereka takuti itu lebih dekat dengan Allah. Oleh itu doa
mereka akan mudah dikabulkan oleh Allah dan ini menjadi ancaman besar
kepada mereka.
Tapi itu orang lain, macam saya ini, tidaklah sebaik manapun. Kebetulan saja
Allah memang hendakkan perkara itu berlaku, mungkin bukan disebabkan doa
saya. Dan saya memang tidak layak untuk digelarkan orang yang mustajab doa,
jauh sekali sebagai seorang yang warak.
Setelah hampir sebulan 'penghuni' itu tidak mengganggu, dia berjumpa saya lagi
untuk mendapatkan kepastian, adakah 'penghuni' itu benar-benar telah beredar
daripada rumah itu ? Saya pun tidak dapat memberikan jawapannya, cuma saya
sekadar boleh mencuba. Saya memintanya menunggu dan kemudian mengambil
wuduk. Sesudah itu, saya menulis Ayat Qursi pada sekeping kertas dan meminta
dia melekatkannya dimana-mana dinding dalam rumahnya.
Keesokan adalah hari cuti (Jumaat), oleh itu saya tidak tahu perkembangan yang
berlaku. Tetapi pada pagi Sabtu (cuti Sabtu pertama dalam sebulan pada waktu
itu), saya singgah di pejabat untuk mengambil barang, saya kehairanan kerana
melihat anak dan isterinya turut berada di Pondok Pengawal juga. Saya fikir,
mungkin mereka ingin balik kampung atau ke mana-mana agaknya.
Setelah dia menceritakan keadaan yang sebenar, barulah saya tahu yang anak
dan isterinya juga turut bermalam di Pondok Pengawal bersamanya kerana takut
untuk tinggal di rumah. Rupanya, selepas dia melekatkan Ayat Qursi yang saya
berikan, 'penghuni' itu kembali menggangu dengan lebih 'keras' lagi. Ini
memaksa dia membawa keluarganya bermalam bersamanya dan telah dua
malam anak isterinya tidur di Pondok Pengawal itu.

Itulah kali pertama saya melihat anak dan isterinya. Apabila terlihat anak
perempuannya yang baru berumur tiga tahun pada waktu itu, hati saya mula
tersentuh. Saya mula terfikir bagaimana keadannya jika 'penghuni' itu sering
manggangu budak kecil ini atau selalu menampakkan rupa yang menakutkan
pada budak itu ?
Kebetulan saya ada kelapangan pada waktu itu dan tanpa melengahkan masa,
saya mengajak mereka menunjukkan rumah yang mereka sewa itu kepada saya.
Mereka bertiga pulang dengan motosikal Honda EX5 dan saya mengikuti mereka
dengan motosikal saya. Rakan saya itu mungkin belum mampu untuk memiliki
sebuah kereta kerana pendapatannya yang tidak seberapa.
Timbul lagi rasa kasihan terhadap mereka, sudahlah susah, dianiayai oleh tuan
rumah itu pula. Hendak mencari rumah baru dan berpindah pun bukannya
mudah. Deposit sewa, deposit bekalan letrik dan air juga perlu diambil kira.
Setibanya saya di rumah itu, saya mulakan dengan bacaan Al Fatihah dan Ayat
Qursi sebelum turun daripada motosikal. Kemudian saya melihat-lihat disekeliling
rumah tersebut serta bahagian belukar di tepinya. Saya tidak merasakan
sebarang perasaan luar biasa seperti seram sejuk atau bulu roma yang
meremang. Mungkin 'penghuni' itu telah beredar lebih awal apabila 'mencium'
kehadiran saya.
Saya meminta izin kepada rakan saya untuk mendirikan solat dan meminta satu
jag air bersih. Setelah sejadah, tempat solat dan air disediakan, saya mendirikan
dua rakaat Solat Sunat Hajat dan membacakan Surah Fatihah dan Ayat Qursi
dengan kiraan tertentu pada air tersebut. Setelah itu, saya memohon doa agar
Allah kasihankan keluarga ini dan sudi membantu mereka.
Air itu saya berikan kepada mereka untuk minum dan mandi setelah saya ambil
segelas daripadanya. Segelas air itu saya renjiskan keliling rumah itu sambil
membaca Surah Fatihah dan Ayat Qursi serta berdoa agar Allah memberikan
perlindungan kepada mereka.
Alhamdulillah, selepas itu, mereka tidak lagi diganggu oleh 'penghuni' rumah itu
lagi .... Segala-galanya adalah dengan kehendak Allah, Dia Yang Maha Berkuasa
di atas setiap sesuatu.

KAIN PUTIH
Cerita ini berlaku kalau tak silap aku pada tahun 1985. Ketika itu aku masih
menuntut disalah sebuah institusi pengajian tinggi. Aku tinggal diasrama tingkat
4. Waktu itu kebanyakan pelajar balik kampung sebab hujung minggu. Maka
tinggallah aku bersama rakan sebilikku. Kami tidak balik sebab sibuk menyiapkan
term paper.
Jam menunjukkan pukul 2:30 pagi. Aming rakan sebilikku dah lama dibuai mimpi.
Dia memang kurang sihat sejak dari petang tadi. Cuaca diluar agak suram
dengan pancaran kilat sekali sekala menanda hujan akan turun tidak lama lagi.
Meja studyku menghadap ketingkap. Suasana diluar memang gelap. Sesekali
ketika kilat memancar, nampak dedahan kering diluar. Angin bertiup semakin
kencang. Aku memperlahankan radio untuk tidak menganggu Aming. Siarannya
pun sering terganggu apabila kilat memancar.
Tiba-tiba aku tersintak apabila mendengar Aming mengerang. Dia meracauracau. Aku tidak berapa dengar apa yang dia sebutkan. Dia nampak gelisah.
Matanya tertutup rapat. Cuma badannya mengeliat-ngeliat seperti orang diikat
badannya. Kakinya kejang dan tangannya mengengam penumbuk. Sekali lagi aku
tersintak apabila terdengar lolongan diluar. Bulu romaku mula berdiri. Ini tak
boleh jadi ni, fikir hatiku. Aku cuba mengejut Aming. Dia masih meracau.
Badannya yang panas terasa keras seolah-olah dia menahan nafasnya.
Dentuman guruh diluar betul-betul membuat aku hilang semangat. Badanku
terasa seram sejuk. Lolongan diluar bertambah rancak. Hujan mula turun dengan
lebatnya dengan pancaran kilat dan dentuman guruh yang menggila. Aku
bingkas bangun untuk menutup tingkap. Ketika itu aku ternampak sesuatu
berwarna putih terawang-awang disebelah pokok besar betul-betul dihadapan
tingkap. Aku tersintak dan mengucap beberapa kali. Disaat itu aku terdengar
suara mengilai yang nyaring dan benda putih yang seperti kain tadi semakin
menghampiri tingkap. Aku kaku dan terduduk disebelah katil Aming. Aku cuba

mengejut Aming yang masih meracau-racau dalam bahasa yang aku tidak tahu.
Badannya masih keras. Aku memanggil namanya beberapa kali. Tiba-tiba
matanya terbeliak melihat syiling. Matanya merah. Dia tidak meracau tetapi
mengerang-ngerang. Disaat yang sama aku terasa deruan angin dimukaku. Bunyi
hilaian tadi memenuhi ruang bilik kami. Aku mendongak kesyiling. Dimasa itu aku
terasa sangat lemah dan tidak dapat berbuat apa-apa. Apa yang aku lihat sangat
mengerikan. Kain putih tadi telah berada didalam bilik kami. Ianya seolah-olah
tersangkut pada kipas syiling. Berpusing-pusing sambil mengilai.
Suaraku tersekat. Aku cuma mampu melihat. Tiba-tiba bahuku digengam Aming
dengan kuatnya. Matanya yang merah masih terbeliak. Mulutnya berbuih. Aku
cuba menjerit, tetapi suaraku tidak keluar. Aku mengucap didalam hati beberapa
kali. Hilaian dari kain putih tadi memekak telingaku. Akhirnya aku berjaya
melaungkan azan. Sungguhpun perlahan, tetapi berjaya menenangkan keadaan.
Suara hilaian tadi menjadi sayup-sayup dan akhirnya hilang ditelan bunyi hujan
lebat diluar. Kain putih yang berlegar disyiling pun ghaib entah kemana.
Gengaman Aming semakin lemah dan akhirnya tangannya terkulai. Nafas kami
sesak seperti baru lepas berlari jauh. Peluh membasahi muka kami. Aming telah
mula sedar.

Dia memberitahu aku yang dia telah dihimpap sesuatu yang berat sehingga
sukar untuk bernafas. Katanya lagi dia beberapa kali meminta tolong dariku
tetapi aku seolah-olah tidak menghiraukannya. Aku tanya adakah dia melihat apa
yang berlaku sebentar tadi. Dia kebingungan. Katanya dia cuma melihat aku
dimeja studyku. Aku sendiri kebingungan. Dia seolah-olah tidak tahu apa yang
berlaku.
Jam menunjukkan hampir pukul 6:00 pagi. Sayup-sayup terdengar bacaan ayatayat suci dari masjid yang berdekatan. Aku bersyukur kami berdua selamat
meskipun masing-masing mengalami dua kejadian yang berlainan dalam waktu
yang sama.

TOK BIDAN
Pengalaman seram yang ingin aku kongsi bersama kalian adalah satu
pengalaman yang mungkin tidak akan ku lupa sepanjang hayat. Waktu itu aku
mengikut kawanku balik kekampungnya disatu daerah berdekatan dengan Kota
Baru, Kelantan. Waktu itu cuti penggal persekolahan dan kebetulan pula musim
durian. Menurutnya dusun datuknya memang banyak pokok durian. Aku terus
bersetuju kerana aku memang penggemar durian.
Kami tiba dikampung pada petang Sabtu setelah semalaman didalam perjalanan
menaiki keretapi. Sesampai sahaja dirumah kami telah disambut mesra oleh
keluarga kawanku. Mereka sungguh ramah, meskipun aku menghadapi kesukaran
untuk memahami setiap patah perkataan yang dituturkan. Setelah berehat
seketika, kawanku mengajak aku mandi disungai yang tidak berapa jauh dari
rumahnya. Waktu itu hari sudah lewat petang. Ibunya melarang kami pergi
kesungai kerana hari sudah hampir gelap. Tetapi kami tetap berdegil untuk mandi
disungai. Lagi pun jarak sungai dengan rumahnya lebihkurang 500 meter sahaja.
Kalau kami melaung pun boleh didengar. Begitulah kata kawanku kepada ibunya.
Ibunya hanya menggelengkan kepala melihat gelagat kami tetapi menyuruh kami
balik semula sebelum 7:30.
Sebaik sahaja kami menuruni tangga rumah, adik kawanku yang berumur dalam
lingkungan 9 tahun berpesan kepada kami supaya balik sebelum hari gelap
kerana sekarang ni orang kampung tengah heboh memperkatakan tentang hantu
tok bidan yang berkeliaran dikampung itu pada waktu malam. Meremang bulu

romaku apabila mendengar pesan adiknya itu. Mahu sahaja aku membatalkan
niat untuk mandi disungai. Tetapi kawanku sedikit pun tidak mengendahkan katakata adiknya itu. Dengan hati yang berat, aku mengekori kawanku dari belakang.
Mataku liar melihat semak-semak dikiri-kanan. Ketika itu matahari sudah hampir
terbenam. Cahaya kilauannya berbalam-balam dipermukaan air. Aku merasa
tidak sedap hati. Seolah-olah ada sepasang mata yang sedang memerhati gerakgeri kami. Sesampai sahaja digigi sungai, kawanku terus terjun. Kocakkan airnya
mengenai tubuhku. Terasa dingin sungguh. Aku turun keair dengan berhati-hati.
Perasaanku merasa tidak tenteram. Ada sesuatu sedang memerhati kami. Aku
memberitahu kawanku supaya cepat naik dan balik. Tetapi aku diketawakan.
Katanya aku ini pengecut sangat. Katanya lagi adiknya cuma bergurau. Sedang
kami leka mandi, tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu benda jatuh kedalam air tidak
jauh dari tempat kami. Masing-masing senyap dan berpandangan sesama sendiri.
Keadaan manjadi sunyi seketika. Cuma kedengaran suara riang-riang hutan
bersahut-sahutan. Bulu romaku berdiri. Aku menggigil kesejukan. Tanpa sepatah
kata, kami berdua berlari naik kedarat dan terus mencapai barang-barang dan
berlari kerumah. Ibunya hairan melihat kami termengah-mengah apabila sampai
kepintu dapur. Adiknya cuma tersenyum menyindir. Aku memberitahu mereka
apa yang telah berlaku. Ibunya cuma tersenyum mendengar ceritaku.
Menurutnya mungkin dahan dari pokok kayu yang jatuh kedalam sungai tadi.
Tetapi adiknya pula mengingatkan kami tentang hantu tok bidan yang
diceritakannya sebelum kami kesungai tadi. Aku sendiri kebingungan. Kalau
dahan kayu yang jatuh, tidak mungkin bunyinya sekuat seperti mana yang kami
dengar.
Selepas makan malam, aku duduk berehat diruang tamu bersama adiknya. Aku
mengambil kesempatan ini untuk mengetahui akan lebih lanjut lagi cerita hantu
tok bidan yang diceritakannya petang tadi. Menurut katanya, ada seorang
perempuan tua yang tinggal dikampung yang berdekatan baru meninggal dunia.
Orang-orang kampung memanggilnya Tok Bidan kerana dia seorang bidan
kampung. Semasa dia dalam keadaan nazak, keadaannya amat tersiksa. Dia
sentiasa kehausan. Entah berapa banyak air yang diberi, dia tetap kehausan.
Sehinggalah dia menghembus nafas terakhir, dia meronta-ronta minta diberikan
air. Menurut orang kampung semasa hayatnya, dia telah banyak melakukan dosa
seperti menggugurkan kandungan secara dan melakukan pemujaan untuk
meningkatkan lagi ilmu kebidanannya. Menurut mereka lagi, dia ada membela
hantu raya. Pernah beberapa kali orang-orang kampung terserempak dengannya
merayau-rayau diwaktu malam dengan keadaan tubuhnya yang bongkok. Tetapi
pada waktu yang sama ada juga orang-orang kampung yang sedang berubat
dirumahnya. Setelah meninggal dunia, orang-orang kampung menghadapi
berbagai masalah untuk menguruskan mayatnya. Sewaktu mayatnya hendak
ditanam, hujan turun dengan selebat-lebatnya dan liang lahatnya terpaksa digali
berkali-kali kerana tanah runtuh akibat hujan yang amat lebat dan bacaan talkin
cuma dihadiri oleh beberapa orang sahaja kerana keadaan cuaca yang buruk
pada waktu itu. Pada sebelah malamnya, orang-orang yang lalu-lalang
berdekatan dengan kawasan tanah perkuburan seakan-akan terdengar suara
orang sedang meratap disertai dengan bau yang amat busuk. Pada malam yang

sama juga beberapa buah rumah telah diketuk pintu berkali-kali dan apabila
dibuka, tiada sesiapa diluar. Jika dibiarkan, ketukan pintu menjadi bertambah
kuat dan bau busuk memenuhi ruang rumah. Badanku terasa seram sejuk
apabila mendengar cerita adik kawanku itu.
Jam baru menunjukkan pukul 10:30. Keadaan sekitar terasa sunyi. Cuma bunyi
cengkerik dan jam dinding yang kedengaran. Mataku pun sudah terasa berat.
Kawanku sengaja mahu menyakatku. Dia menyuruh aku tidur didalam biliknya
manakala dia hendak tidur diruang tamu. Aku terus tidak bersetuju. Apa lagi
setelah mendengar cerita dari adiknya sebentar tadi. Katanya dia cuma
bergurau. Kami sama-sama tidur didalam bilik. Tempatku bersebelahan dengan
daun tingkap. Oleh kerana terlalu mengantuk, aku tidak peduli, asalkan dapat
tidur. Entah pukul berapa, tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi ketukan halus
dari luar daun tingkap kayu disebelah aku. Aku tetap memejamkan mata tetapi
jantungku berdegup laju. Ketukan tadi menjadi semakin kuat disertai dengan bau
seperti bau bangkai yang teramat busuk. Aku menahan nafasku dan berpaling
dari arah daun tingkap. Aku cuba mengejutkan kawanku. Tetapi dia tiada
disebelah ku. Mungkin dia tidur diruang tamu. Jantungku berdegup laju. Peluh
sejuk membasahi tubuhku. Daun tingkap terus diketuk dan digoyang. Aku
menjadi kaku. Tiba-tiba aku terdengar suatu suara halus menyuruhku membuka
tingkap. Katanya dia ada membawa anak kecil. Dia hendak menumpang minum
air. Aku menjadi bertambah kecut. Aku tidak mempedulikannya. Ketika itu aku
telah berada dihujung katil diselimuti gebar sambil memeluk bantal. Suara yang
halus tadi bertukar menjadi serak dan akhirnya menjadi parau. Katanya lagi kalau
aku tidak mahu membuka tingkap, dia tetap akan masuk untuk mencari air.
Waktu itu cuma tuhan yang tahu bagaimana perasaanku. Dengan tiba-tiba aku
terasa seperti ada angin lembut bertiup dimukaku dan pada waktu yang sama
tiba-tiba daun tingkap terbuka luas. Apa yang aku lihat sungguh menggerunkan.
Diluar tingkap kelihatan seorang perempuan tua tersengeh memandangku.
Dengan giginya yang jarang dan merah serta rambutnya yang penuh uban
mengurai. Dia menghulurkan sebelah tangannya kepadaku manakala sebelah
lagi memegang janin bayi. Pandanganku menjadi kelam, cuma yang kudengar
ialah suara parau yang menggigil-gigil menyebut perkataan "air" berkali-kali.
Tiba-tiba aku terdengar namaku dipanggil dan bunyi daun tingkap dibuka.
Cahaya matahari pagi menyucuk mataku. Rupa-rupa hari sudah siang. Kawanku
mengajak aku bersiap untuk kedusun durian datuknya. Aku terpinga-pinga.
Dalam perjalanan kedusun aku bertanya kepada kawanku adakah dia tidur
diruang tamu malam tadi. Dia mengaku. Katanya dia tidak dapat tidur dibilik
kerana panas. Katanya lagi waktu itu aku sedang nyenyak dibuai mimpi. Aku
bertanya kepadanya lagi adakah tingkap bilik terbuka atau tertutup sewaktu dia
masuk kebilik pagi tadi. Katanya tertutup. Dia menyoalku kembali, kenapa aku
banyak bertanya. Aku cuma menggelengkan kepala sambil berkata tidak ada
apa-apa. Sehingga kehari ini aku tidak pasti adakah kejadian ngeri itu benarbenar berlaku, atau cuma aku yang bermimpi. Bagiku setiap detik yang berlalu
ketika kejadian itu memang seperti ianya benar-benar berlaku.

SEEK AND DESTROY


Di belakang kuarters hospital tempat aku tinggal dulu adalah asrama untuk
jururawat. (sumpah aku tak pernah skodeng jururawat tu). Di antara asrama
dengan kuaters adalah kawasan semak yang luas. Abah aku telah terangkan
kawasan tu dan menanam sayur-sayuran. (teringat lak zaman dulu bila tolong
abah kat kebun, abah akan bakar ubi kayu sambil mak buat kopi o panaspanas makan ramai-ramai.)
Anyway..... Hampir setiap malam (kecuali hari dia kerja) dia akan ke kebun dalam
operasi "seek and destroy".(bunuh siput babi). Satu malam tu tengah asyik
mencari siput babi tiba-tiba abah ternampak kelibat tiga lembaga serba putih
berjalan melintas depan dia. Dia tak ambil peduli pun masa tu pasal dia ingatkan
jururawat baru balik dari kerja petang. Dia cuma lihat tiga-tiga lembaga berjalan
terus ke kawasan asrama jururawat.
Abah akupun teruskan kerjanya macam biasa. Masa tu baru dia teringat. Ketiga
tiga "jururawat" tu masuk ke kawasan asrama melaui tempat yang berpagar.
Macam mana dia orang boleh masuk melalui pagar tu selamba je????? Melainkan
mereka bukan orang. Terus meremang bulu roma abah aku. Sambil mengucapkan
selamat menjamu selera pada siput babi yang masih belum ditangkap (ini aku
reke sendiri hehehe) dia terus balik rumah.
Dia tak pernah cerita tentang hal ni sehinggalah aku dah masuk universiti.
Patutlah lepas tu dia selalu ajak aku teman dia kekebun malam malam cari siput
babi....kalau aku tahu dulu mungkin aku pun tak berani nak temankan
dia.....hehehehe

PENUNGGU
Kisah ini terjadi lebih kurang 23 tahun yang lalu. Walaupun kisah ini telah lama
berlalu
tetapi tetap segar dalam ingatan aku. Semasa kejadian itu berlaku, aku masih
bekerja di salah sebuah kilang di kampung aku, kilang ini didirikan di kawasan

kebun, tetapi kawasan ni telah dimajukan untuk kawasan perkilangan. Dahulunya


tanah ini adalah milik persendirian.
Pada suatu petang, lebih kurang pukul 5 seperti biasa pekerja-pekerja akan
bergegas untuk pulang. Tapi pada hari tersebut agak kelam kabut kerana
mengejarkan rancangan kegemaran dekat tv iaitu cerita jepun, aku pun dah lupa
tajuk cerita tu. Memang cerita tu menjadi kegemaran ramai ketika itu. Dalam
keadaan yang agak tergesa-gesa tu
adalah sorang minah ni terjatuh tah mana silapnya aku pun tak tau, terlanggar
batu kot. Kepala minah tu terkena dekat pagar, kepalanya berdarah dan
darahnya tu pulak boleh tahan jugak banyaknya mungkin kena tang urat kot aku
pun tak pasti, habis merah lantai kat situ dengan kesan darahnya. Keesokan
harinya, minah yang terlanggar pagar tu pegi keje, heran jugak aku takkan tak
cuti, tengok pada dia yang luka tu dah nampak elok, emmm camne boleh kejap
sangat elok tak tau lah, masa tu dah tengahhari kalau tak silap aku, minah yang
terlanggar pagar tu tetiba menjerit-jerit
Pada keesokkan harinya pulak, kejadian menjerit-jerit ni berlaku lagi tapi pada
orang lain pulak lepas sorang reda kena pada orang lain pulak. Macam pesta
pulak, ada yang mengilai, ada yang menjerit, ada yang ketawa, seram pulak aku
tengok perangai masing-masing nasib baik aku tak kena. Kejadian ni pulak
berlarutan hampir setengah bulan, ramai yang berhenti kerja sebab takut. Kalau
nak ke tandas pulak nak kena berteman, yelah takut terkunci dengan sendiri
sebab pernah terjadi kat aku sebelum ni, nasib baik tak jumpa apa-apa, melaunglaung jugak la aku kat dalam tu mujur ada orang yang dengar.
Setelah diselidik rupanya ada sebab apa yang telah berlaku. Cerita ini diceritakan
sendiri oleh pak guard kat tempat aku bekerja tu. Dia ada melihat satu lembaga
putih terbang dari pokok saga di depan kilang dan terus menjilat pada kesan
darah minah yang terlanggar pagar tu. Dan pak guard tu cerita, dulu tempat ni
kebun milik seorang yang kaya kat kampung ni dan dia takut hartanya di ceroboh
maka dia telah menanam tengkorak di setiap penjuru kebunnya sebagai guard la
tu kot. Dan bila orang tu meninggal lupa pulak dia nak halau guard dia tu, sampai
la kilang tu didirikan kat situ, kira marah la penunggu tu agaknya. Kononkononnya lembaga tu mengamukla, mengamuk kerana apa pak guard tu pun tak
berapa pasti. Tapi yang pastinya semenjak dari itu lah kejadian histeria tu terjadi.
Pihak atasan tidak berapa percaya dengan perkara ni. Budak-budak yang terkena
histeria tu ada cerita katanya dada mereka seolah-olah dipukul dengan kepalakepala tengkorak tanpa henti, tu yang menjerit-jerit tu.
Dan untuk menghalau penunggu tu kata sepakat telah dibuat, maka diadakan
"samak" entah apa samak tu pun aku pun tak tau. Dipanggilnya bomoh tak
mana-mana punya bomoh nak halau hantu tu. Entah apa yang bomoh tu
meraban aku pun tak tau, selepas daripada itu kilang aku tu pun kembali aman.
Lebih kurang tu la citenye, tapi banyak yang khurafat.... tak taulah aku setakat
mana kesahihan kejadian yang sebenar.

RUSSIA
Korang mesti tak pernah dengar cerita hantu dari Russia kan Entah la,aku bukan
tak nak cerita, masalahnya aku tak nak ambil tahu pun. Yelah. Dulu kat bilik lama
aku selalu duduk kat dalam bilik sorang-sorang. Nanti tak pasal-pasal je.. Apa-apa
pun ni cerita yang dialami sendiri oleh kawan aku. Budak Malaysia gak.
Kawan aku ni dia ada awek kat Malaysia. Jadi ada kalanya mestilah nak Skype
dan berwebcam bagai untuk melepaskan rindu. Biasalah tu kan, long distance
relationship macam tu la. Tak tau dah berapa lama diorang couple, tapi aku rasa
maklumat tu takde kaitan la dengan cerita hantu ni.
Dia ni selalu bangun awal pagi untuk chatting dengan awek dia. Tak pasti awal
macam mana, sebab aku tak sempat lagi interview mangsa. Cuma dengar cerita
ni daripada mulut ke mulut je. Diceritakan satu hari tu dia bangun awal macam
biasa untuk chatting dengan kekasih hati dia. Kawan-kawan sebilik semua dah
tidur. Maka duduklah dia seperti biasa kat meja, chatting sambil buka webcam.
Click Here
Hari tu sejuk dia lain sikit. Tinggal kat hostel ni, kalau duduk kat floor yang lagi
tinggi, kesejukan tu makin kurang terasa. Tak taulah kenapa malam tu sejuk dia
memang lain macam sikit walaupun bilik dia kat tingkat 15. Rasa macam ada
angin tiup je.. perlahan. Dingin. Kadang-kadang kalau angin kuat sikit rasa
macam ada orang je tiup kat tepi tengkuk. ishh.. Tapi kawan aku ni relax je. Dah
bermalam-malam kot dia online waktu-waktu ni, jadi benda macam ni dah boleh
kata biasa pada dia bak kata orang dah jadi alah bisa tegal biasa. Untuk
menghilangkan sikit kesejukan malam, dia bancuh Nescafe 3-in-1. Waktu sejuk ni
memang best dapat minum air panas.
Lepas bancuh Nescafe, dia terpandang kat tingkap. Tingkap tak ada langsir jadi
memang boleh nampak hutan belakang yang besar dan paya. Belakang hostel ni
ada paya, tapi air dia kotor sangat. Kalau tengok dalam Google maps pun boleh
nampak paya tu. Bila datang musim sejuk paya tu beku, tapi awal-awal ni belum
beku sepenuhnya. Bahaya kalau main-main atas paya yang tak cukup beku ni..
Malam tu bulan mengambang penuh. Jadi memang terang semacam je hutan
belakang tu. Baru kawan aku perasan tingkap tu tak tutup rapat. Patut la sejuk
je..
Dia duduk menghadap laptop Acer tu balik. Webcam terbuka dari tadi. Jadi si
awek nampak la apa yang berlaku kat sini. Mereka sambung chatting. Lampu
ditutup, barulah ada feel sikit kan. Tengah chatting sekali si awek tanya:
Eh kawan you pun tak tidur lagi eh?
Jangan jadi blogger syok sendiri
Mana ada, semua dah tidur la..
Tapi ada je I nampak orang lalu lalang belakang you
.
Bila ditanya balik, sepanjang mereka chatting sebelum tu memang si awek
nampak kelibat orang belakang kawan aku tu. Tapi tak nampak siapa sebab gelap
kan. Ingatkan kawan sebilik yang tak tidur lagi padahal dah lama diorang tidur.
ish..
Ingat ye, ni kisah benar first hand daripada orang yang kena. Pada aku, memang
seram la sebab dalam hostel ni je. Pada korang, mungkin tak.

LORONG SUNYI
Ashraf pada mulanya memang sukar untuk mempercayai cerita-cerita mengenai
hantu, makhluk halus, ghaib dan sebagainya. Kadang-kadang dia membantah
rakan-rakan apabila mereka bercerita tentang kisah-kisah pelik atau misteri.
Bukan kerana dia takut tetapi kerana dia memang tidak mempercayainya.
Tetapi kejadian tiga bulan lalu mengubah pendirian Ashraf. Akhirnya dia terpaksa
mengaku bahawa kisah-kisah seram, ghaib dan makhluk halus ini memang wujud
di dunia ini. Memang kejadian itu begitu sukar untuk dia lupakan, bahkan masih
segar dalam ingatannya.
Kejadian yang amat menakutkan itu berlaku di satu lorong sunyi yang terletak
tidak jauh dari kilang tempat Ashraf bekerja. Sememangnya lorong sunyi itu
menjadi laluan baginya setiap kali pulang dari tempat kerja. Ashraf sebenarnya
sudah lama menggunakan lorong sunyi tersebut. Boleh dikatakan hampir empat
tahun dia menggunakan lorong itu. Tidak pernah dia terserempak dengan
sebarang makhluk ghaib atau aneh.
Selama ini rakan-rakannya galak menceritakan tentang ada orang yang berjumpa
dengan puntianak, hantu raya, hantu bungkus dan sebagainya. Walaupun
pelbagai cerita seram didengarinya, biarpun beratus nasihat telah diterimanya,
namun Ashraf tetap berdegil untuk melalui lorong sunyi itu.
Sebenarnya Ashraf tidak mempunyai pilihan. Lorong sunyi itu adalah jalan pintas
baginya, sama ada untuk ke tempat kerja atau pulang ke rumah. Ashraf bekerja
sebagai wartawan di sebuah syarikat penerbitan majalah. Disebabkan waktu
kerjanya yang tidak tentu masa menyebabkan ada sesekali dia terpaksa pulang
lewat malam disebabkan harus menyiapkan tugasan terlebih dahulu sehinggakan
kadang kala menjangkau pukul dua pagi.
Dahulu laluan sunyi itu memang menjadi laluan ramai pekerja kilang kerana
kawasan itu memang kawasan perindustrian. Tetapi sejak setahun dua
kebelakangan ini, pekerja-pekerja kilang sudah jarang menggunakan lorong
tersebut berikutan tersebarnya cerita hantu puntianak dan makhluk halus yang
menyerupai budak kecil.
Biarpun orang lain tidak berani menggunakan lorong sunyi itu, tetapi Ashraf tetap
melaluinya. Sehinggalah pada suatu malam, selepas habis bekerja, Ashraf terus
pulang ke rumah. Tetapi dalam perjalanan pulang sebelum sampai lorong sunyi
itu, Ashraf singgah terlebih dahulu di warung mamak bersama dua orang

rakannya, Sharil dan Muhaimin. Kerana asyik berborak, mereka bertiga terlupa
hari sudah jauh malam.
Jam di tangan Ashraf sudah mencecah pukul 12.45 malam. Kebetulan malam itu
adalah malam Jumaat. Shahril dan Muhaimin tidak pulang melalui lorong sunyi
itu. Walaupun diajak oleh Ashraf, Shahril dan Muhaimin tetap enggan melalui
lorong tersebut. Tinggallah Ashraf seorang yang terpaksa melaluinya kerana
tidak mempunyai pilihan lain. Kalau dia ikut jalan raya, sudah terlalu jauh untuk
sampai ke rumahnya. Mahu tidak mahu, Ashraf terpaksa melalui lorong sunyi itu.
Dalam perjalanan pulang, hati Asharf tiba-tiba berdebar. Matanya menjeling kiri
kanan lorong. Tiba di pertengahan lorong, dia tersentak. Wajah seorang wanita
jelas kelihatan di hadapannya. Ashraf berhenti seketika. Hati dan perasaannya
mula menggambarkan apa yang telah diceritakan oleh rakan-rakannya. Tetapi
Ashraf kuatkan semangat.
Ketika langkahnya semakin menghampiri wanita itu, hidungnya tiba-tiba
ditampar bau wangi. Tidak pernah dia menghidu bau wangi sedemikian
sepanjang dia melalui lorong tersebut. Tetapi kali ini dia menghidunya. Tidak
mungkin wangian itu turun bersama embun pagi! Ashraf mula tertanya sendirian.
Segera Ashraf menutup hidungnya. Dia terus berjalan tanpa mempedulikan
wanita di hadapannya. Dia menundukkan kepalanya ke bawah. Langkah
dicepatkan. Semakin dia menghampiri wanita itu, semakin kuat bau wangi itu
menusuk hidungnya.
Kala itu terlintas di fikirannya tentang cerita rakan-rakannya. Kalau terhidu bau
wangi, jangan dihidu kerana bau wangi itu adalah bau hantu raya! Teringat itu,
Ashraf segera menahan nafas seketika untuk tidak menghidu bau wangi itu.
Degup jantungnya semakin kencang. Hatinya mula berdebar-debar. Tidak pernah
dia mengalami peristiwa sebegini. Ashraf sudah dapat mengagak, cerita hantu
yang diberitahu oleh rakannya itu memang benar. Kini barulah Ashraf, tahu
bahawa cerita ngeri dan menakutkan ini memang wujud.
Tiba-tiba Ashraf mendongak kepalanya. Entah tidak semena-mena, anak
matanya mencuri jeling ke arah wanita itu. Dalam jelingan itu, Ashraf dapat
melihat seperti ada satu keganjilan pada wajah wanita itu. Wajahnya putih,
bibirnya merah dan rambutnya panjang melepasi bahu. Seluruh bulu roma Ashraf
berdiri tegak. Langkahnya tiba-tiba terhenti, bagaikan dipegang sesuatu. Dia
cuba melangkah tetapi tidak berdaya. Kakinya terasa begitu berat. Matanya terus
terpandang wanita itu yang mula bertukar wajah. Bermula dengan wajah
senyum, berubah menjadi bengis. Gigi yang tersusun cantik tiba-tiba bertukar
tajam dengan susunan yang menyeramkan.
Rambut wanita itu mula mengerbang, disusuli hilaian suara menakutkan yang
memecah lorong sunyi itu. Dengan wajah yang menakutkan, wanita itu
menghampiri Ashraf. Dia cuba lari, tetapi kakinya seolah-olah terpijak gam.
Serentak itu, dia terus menjerit sekuat hatinya, kemudian rebah menyembah

bumi.
Keesokan paginya, Ashraf ditemui oleh seorang wanita tua yang kebetulan
melalui lorong sunyi itu. Setelah mendapatkan bantuan, Ashraf akhirnya dihantar
pulang dalam keadaan tubuhnya yang lemah. Melihat wajahnya yang kebiruan,
nyata Ashraf sudah tidak bersemangat lagi.
Ashraf demam selama tiga hari dan menurut ibunya, Azizah, Ashraf sering kali
meracau-racau dalam tidurnya terutamanya pada sekitar jam 1.00 atau 2.00
pagi. Akhirnya, untuk memulihkan kembali semangat Ashraf, ibunya memanggil
seorang pakar perubatan tradisional.
Dengan izin Allah SWT, akhirnya dia berjaya dipulihkan biarpun terpaksa
menunggu masa yang agak lama. Sejak peristiwa itu, barulah Ashraf sedar dan
percaya apa yang telah diceritakan oleh rakan-rakannya. Kini Ashraf juga sudah
tidak lagi menggunakan lorong sunyi yang berpuaka itu!

TEST ILMU HITAM


ehem ehem,
kisah saye bermule bergini... semasa saya dalam tingkatan 4 di salah sebuah sekolah
teknik di melaka...
satu hari, heboh satu asrama akan ada seseorang yg akan memecah masuk asrama
perempuan untuk mencuba skill ilmu hitam yg die belajar..bende ni tersebar sbb, biase
laa.duduk asrama kan de bermacam2 org yg kite kan jumpe...antarenye, org yg ade
sixsence nieh..dowg la yg bagi warning.
ahli dorm saye sangatlah cuak mase tu sebab mereka cakap yg akan menjadi sasarannye
ialah dorm kami.dorm 11.. sebabnye, semase kami mule2 masuk dorm tu, bilik tu x de
penghuni..bilik paling hujung...bersebelahan dengan asrama lelaki.. bilik tu terpakse
dijadikan dorm pelajar sbb dorm yg sedia ada telah penuh..so, bilik yg x pernah ade
penghuni selalunye kan ade "penghuni" lain...senang dowg nak test power kat situ...
malam tu, saye dan kawan2 sedorm yg lain letak besi tangga katil di lorong jalan kaki
sebelah dorm kami(tangge katil double dacker)..tujuannye kalo ade owg lalu, mungkin
besi tu akan jatuh..so senang la stanby.... pas setting baik punye, kami pun masuk tido...
malam tu, dalam pukul 2 pagi, kawan saye kejutkan saye..dowg cakap besi tangge yg
kiteowg letak kat luar terjatuh .macam ade owg terlanggar dengan kuat..
hanye tuhan yg tau bertape takutnye kami mase tu... kami terus tarik katil untuk sendal
pintu depan dan pintu belakang... sume tido rapat-rapat antare 2 katil ditengah
bilik...oleh sebab x muat, saye dan kawan saye sorg ni tido la atas lantai sebelah katil...
pukul 3.15 pagi rasenye kami terlelap ...
tetibe tengah2 syok tido, saye terjage..sebabnye kawan saye tu peluk saye kuat2 sampai
saye x boleh bernafas...saye pun terbangun la.. saye pandang die, agak nak gugur
jantung bile saye nampak ade lembage hitam, mate merah n badan berkilat merangkak
belakang die...bawah katil lak tu! (sbb kiteowg tido kat lantai,bersebelahan katil)...

saye terus pejam mate, ayat ni je mampu saye cakap.. aku tak kacau ko,ko jangan kacau
aku...huhu..serious cuak.. (terlampau takut sampai lupe sume surah =P) dalam 15 minit
saye pejam mate, sy terlelap..paginye saye tanye kawan saye nape die peluk saye kuatkuat..die kate, ade bende cuit kaki die tige kali.... saye hanye mampu tersenyum... then
sampai sekarang saye x bagi tau ape yg saye nampak pade malam tu kat kawan saye..
simpan sorang..heheh...sekiannnn

LAGU SARAWAK

Sya ada crita seram nk d kongsi bsama .. Mengenai makhluk halus yg brada dkat gunung
santubong,kuching srwk .. Crita ini bknlh asing lg bg pndudul yg tggl d skitar kwsn
brkenaan.. Cerita ini adlah dr pgalamam sy sndiri & jugak student yg mngbil kursus d
sbuah kwsn sekolah yg trlrtal d kaki sntubong .. 3hari 2 mlm pelajr mngmbil kursus d
pusat brkenaan .. Mereka di mnta utk mmbuat prsmbaham utk mlm terakhr mereka d situ
..
Kbnyakan pelajar d situ terdiri drpd bkn muslim .. Mereka sgt bertenaga utk mlakukn
psmbhan dgn memukul tong smpah mggunakn kayu dgn nyering .. Jurulatih jg tlh mmbri
pringatam supaya jgn trlalu bisng,krana mereka sdh tahu bhwa tmpt itu keras .. Mereka
jg mnyanyikn lg putri snatubong & putri sjinjang. Meraka seolh2 menyeru 'mereka' utk
dtg kesitu ..
Stlh slesai prsmbhan &jamuan,merka prgi ke kem msing2 yg trletak d dlm hutan utk tidur
.. Malangnya,ktika mreka sdg tidur,terdegar suara permpuan yg mengilai dr ats pokok yg
sgt nyering .. Ktika itu hujan rintis & semua pelajar berlari ke dewan sntapan utk bkumpul
krna ktakutan ..
Jurulatih mereka jg mndegar suara trsebut dan bkumpul d dlm dewan santapn .. Apa yh
lbh mnyeramkn,mereka tdgr bunyi org yg mnyanyikn lagu putri sntubng dan sjinjnh itu
dgn halus dan nada yg mnkutkan serta bungi dentumam sprti tong.yg di palu dgn kayu ..
pljar muslim mmbaca yassin pd mlm trsebut utk mghalau makhluk tersbut ..
Keesokkn hari nya,mereka seolah2 tdk mngenali kwn2 mereka,krna mereka x bnyk
brckp .. Ini adalah slh satu cerita di gnung sntbung yg sy blh share .. Sbnrnye bnyk lg .. Sy
merupakn slh seorg caterer yg mnjga mkn minm di pusat brkenaan .. Bnyk lg kejadian
aneh yg brlaku di situ ..

KURSU

You might also like