You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN NYIOR CHABANG

07000, LANGKAWI
KEDAH DARUL AMAN.
MESYUARAT
KOKURIKULUM KALI PERTAMA 2015

TARIKH
HARI
MASA
TEMPAT

: 30 DISEMBER 2014
: SELASA
: 9.30 PAGI
: BILIK ANJUNG BESTARI

AGENDA MESYUARAT
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Perutusan Pengerusi
Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Kali Ketiga 2014
Perkara Berbangkit
Senarai Tugas Jawatankuasa Kokurikulum 2015
Takwim Aktiviti Kokurikulum 2015
Perancangan Aktiviti Kokurikulum Sknc 2015
Laporan Pencapaian Aktiviti Kokurikulum 2014
Hal-hal lain.

SEKOLAH KEBANGSAAN NYIOR CHABANG 07000 LANGKAWI, KEDAH.


MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA 2015
1

Tarikh
Hari
Masa
Tempat

: 30 Disember 2014
: Selasa
: 09.30 tengahari
: Bilik Anjung Bestari

Kehadiran:
1) En. Kamaruzzaman bin Mehad
( Guru Besar )
2) En. Ahmad Kamaruddin bin Hj. Hashim ( Guru Penolong Kanan Kurikulum)
3) En. Aziz bin Saad
( Guru Penolong Kanan HEM )
4) En. Fadzil bin Abd Hamid
( Guru Penolong Kanan Kokurikulum )
5) En. Mohd Radzi bin Md.Isa
6) En. Ku Nor Pazli bin Ku Putra
7) En. Jazzman Khabiir bin Jailani
8) En. Saiful Hanif bin Hassan
9) En. Mohd Azmi bin Ngah
10)En. Mazli bin Hamid
11) En. Arif Effendi bin Mohd Husni
12)Pn. Aliana Shofni bt Mohd Zainuddin
13)Pn. Zarina bt Abdul Salam
14)Pn. Norita bt. Mohd Rashid
15)Pn. Salmah bt. Ismail
16)Pn. Rozanna bt. Rujim
17)Pn. Norzuraidah bt. Moslim
18)Pn. Nurul Hazwani bt. Md. Arof
19)Pn. Hasliza bt. Abu Hasim
20)Pn. Noor Zaihan bt Abdullah
21)Pn. Norkhairani bt Ab Samad
22)Pn. Norni bt Saad
23)Pn. Siti Masturina bt. Mat Shah
24)Pn. Syaifatul Aisyah bt. Mohmad Sabree
25)Pn. Rohaizan bt. Ab.Razak
26)Pn. Norafishah bt Ahmad
27)Pn. Kartini Zahida bt Abdul Wahab
28)Cik Erdatulsalmy bt Abdul Razak
29)Cik Khairul Hana bt. Basri
30)Cik Syazana bt Abdul Razak
Tidak hadir bersebab:
31)Pn. Noor Azirawati bt Md Hassan
32)En. Nasrol bin Mt Akhir
33)En. Sivadeepan a/l Sivapatham

(Guru) (Rumah dilanda banjir)


(Guru)
(Guru)

Agenda Mesyuarat
I.

Aluan Pengerusi

1. Tuan pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana telah
menghadiri mesyuarat. Beliau berharap agar peningkatan penglibatan dan
pencapaian kokurikulum seiring dengan unit Kurikulum dan Hal Ehwal Murid.
Beliau juga berharap agar para guru bekerjasama dan sedia menerima
pelantikan dan menggalas tugas sebagai ahli jawatankuasa unit kokurikulum
2

pada tahun 2015. Beliau juga menyampaikan pesanan daripada Dato Misrah
( Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia) berkenaan dengan punca
kejatuhan prestasi sekolah di seluruh negara.
Makluman : Semua guru
II.

Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Kali Ketiga 2014

2. Dibentangkan oleh Puan Rozanna Binti Rujim.


3. Pn. Norzuraidah bt Moslim mencadangkan Minit Mesyuarat Kokurikulum Kali
Ketiga disahkan.
4. Cik Khairul Hana bt Basri menyokong.
Makluman :Semua guru
III.

Perkara Berbangkit

5. Tiada perkara berbangkit.


Makluman :Semua guru
IV.

Senarai Tugas Jawatankuasa Kokurikulum 2015


Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
Setiausaha Sukan
Pen. Setiausaha Sukan

: En. Kamaruzzaman bin Mehad (Guru Besar)


: En. Fadzil b. Abdul Hamid
(PK Kokurikulum)
: Cik Syazana bt Abdul Razak
: En. Saiful Hanif bin Hassan
: En. Nasrol bin Mat Akhir

Penyelaras:
Kelab/ Persatuan Akademik
Badan Beruniform
Kelab Sukan dan Permainan/
1 Murid 1 Sukan

: Pn. Zarina Bt. Abdul Salam


: Pn. Rohaizan bt Ab. Razak
: Cik Khairul Hana Bt. Basri

Ahli Jawatankuasa
En. Mohd Radzi bin Md Isa
En. Ku Nor Pazli bin Ku Putra
En. Mohd Azmi bin Ngah
En. Jazzman Khabiir bin Jailani
En. Mazli bin Hamid
En. Arif Effendi bin Mohd Husni
Pn. Norita bt Mohd Rashid
Pn. Aliana Shofni bt Mohd Zainuddin
Pn. Salmah bt. Ismail
Pn. Noor Azirawati bt Md Hassan
Pn. Nurul Hazwani bt. Md. Arof
3

Pn. Noor Zaihan bt Abdullah


Pn. Norni bt Saad
Pn. Syaifatul Aisyah bt Mohmad Sabree
Makluman :Semua guru
V.

Takwim Aktiviti Kokurikulum 2015

6. Takwim aktiviti bagi tahun 2015 adalah sepertimana yang disenaraikan dalam
takwim Pengelolaan Kejohanan Sukan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah
Langkawi bagi tahun 2015 ( telah diedarkan ). En. Fadzil meminta agar guru
merujuk kepada takwim yang telah disediakan supaya persediaan awal boleh
dilakukan untuk menyertai pertandingan yang telah dirancang.
7. Tuan Guru Besar mengingatkan bahawa mesyuarat setiap badan beruniform,
sukan/permainan dan persatuan/kelab diadakan sebulan sekali dan membuat
perancangan awal dengan menyediakan rangka perancangan.
Makluman :Semua guru
VI.

Perancangan Aktiviti Kokurikulum 2015

8. En. Fadzil mengingatkan setiap program yang dijalankan perlu rujuk takwim
aktiviti yang telah diedarkan.
9. Setiap guru perlu mengambil perhatian terhadap bidang tugas masing-masing
dan berharap agar semua perancangan dapat dijalankan seperti yang ditetapkan.
10. En. Fadzil mengucapkan tahniah kepada semua guru yang mendapat
jawatankuasa baru untuk sesi tahun 2015.
Makluman : semua guru
11. Antara perancangan penyertaan pertandingan yang ditetapkan adalah badan
beruniform, badminton, bola jaring, hoki, bola sepak, sepak takraw, merentas
desa dan kejohanan balapan dan padang.
Tindakan : Jurulatih pasukan sekolah
12. Program menggilap bintang akan diadakan pada hari selasa dan rabu
bersamaan 26 dan 27 Mei 2015.
Makluman : Setiausaha Sukan
13. Tarikh perjumpaan bagi sukan dan permainan adalah seperti dalam jadual yang
diedarkan.
Makluman : Penyelaras sukan dan permainan
14. Laporan setiap unit mestilah selari dengan tarikh yang telah ditetapkan. Pada
tahun 2014 ramai yang tidak hantar laporan mengikut perancangan. Perkara ini
amat dikesali dan diharapkan setiap laporan dihantar mengikut masa yang
ditetapkan.
15. Setiap laporan perlu dibuat mengikut format yang ditetapkan dan pengurusan fail
mestilah teratur untuk mengelakkan kehilangan maklumat dan kerosakan.
16. Setiap unit perlu mengadakan mesyuarat agung dengan lebih awal untuk
melantik jawatankuasa dan merangka pelan strategik.
4

Tindakan : Penyelaras dan setiausaha setiap unit


17. Jadual aktiviti kokurikulum adalah seperti berikut:

Ahad- Badan Beruniform dan latihan kawad

Isnin, selasa dan rabu- Perjumpaan untuk Kelab permainan dan


persatuan ( Rujuk Takwim badan beruniform, persatuan / kelab
akademik 2014 yang telah diedarkan ) dan 1 murid 1 Sukan.

Khamis- Latihan pasukan sekolah.


Makluman: Semua guru

18. Jadual perjumpaan 1 murid 1 sukan adalah seperti berikut:

Isnin Bola Baling dan Badminton


Selasa- Bola Jaring dan Hoki
Rabu- Bola sepak dan senamrobik.
Makluman :Semua guru

VII.

Laporan Pencapaian Aktiviti Kokurikulum 2014

19. Pn. Zarina minta senarai SKPM murid dalam penglibatan sukan dan aktiviti
kokurikulum.
20. En. Fadzil mengingatkan setiap sijil penglibatan murid dalam sukan dan aktiviti
kokurikulum perlu ada salinan untuk SKPM dan pengurus yang terlibat perlu
bertanggungjawab menyediakannya.
Tindakan : pengurus pasukan
21. Pada tahun 2015, setiap murid perlu menceburi pelbagai sukan untuk
pendedahan dan pengetahuan murid dalam permainan.
22. Pada tahun 2014, aktiviti kokurikulum akademik sering mendapat surat tunjuk
sebab dan berharap pada tahun 2015, guru yang bertanggungjawab perlu
proaktif dalam semua pertandingan yang ditetapkan.
23. En. Fadzil berharap penasihat setiap unit menyahut cabaran dalam setiap
pertandingan yang dirancang dan berusaha merealisasikan agenda-agenda yang
ditetapkan.
Makluman : Semua guru

Ix. Hal-hal lain


24. Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa peranan penyelaras adalah penting
untuk memastikan setiap perancangan berjalan seperti biasa.
25. Tuan Guru Besar mencadangkan agar setiap sebulan sekali penyelaras
hendaklah mengutip fail-fail dan memastikan ianya lengkap kemudian dihantar
kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk disemak dan disahkan.
5

26. Perjumpaan setiap unit perlu diadakan minimum sebanyak 8 kali dan maksimum
sebanyak 12 kali.
Makluman : Penyelaras
27. Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa sekiranya terdapat perubahan takwim
daripada pihak JPN dan PPD aktiviti tersebut perlu diutamakan.
Makluman : semua guru
28. Aspek keselamatan murid diutamakan. Gotong-royong untuk membersihkan
padang perlu dibuat semasa perjumpaan pertama. Aktiviti direkodkan dan
didokumentasikan.
29. Murid dikehendaki memakai pakaian sukan lengkap setiap kali menghadiri
latihan sukan.
Tindakan : Guru Pendidikan Jasmani
30. Semua aktiviti yang dijalankan mesti disediakan dokumentasi dan laporan
kewangan.
31. En. Mohd Radzi mencadangkan agar laporan kewangan dibentangkan dalam
setiap post-mortem yang diadakan.
Tindakan : Bendahari
32. En. Saiful memohon agar pihak sekolah menyelaraskan setiap pembelian baju
badan beruniform untuk murid. Ini boleh dilakukan dengan meminta syarikat
berkenaan menguruskan tempahan baju tersebut.
33. En. Arif menyarankan agar murid tahun 4 membeli kelengkapan pakaian
seragam badan beruniform dengan lebih awal.
34. En. Aziz menyatakan laporan dan dokumentasi adalah dua perkara yang
berbeza. Setiap laporan dan dokumentasi perlu mengikut format yang ditetapkan.
Tindakan : Setiausaha dan AJK dokumentasi
35. Encik Fadzil mengucapkan terima kasih atas segala saranan yang diberi. Beliau
juga mengucapkan terima kasih kepada pentadbir, setiausaha kokurikulum,
setiausaha sukan, Guru-guru penyelaras dan
guru-guru penasihat dan
mengharapkan agar lebih banyak penglibatan dan kejayaan yang akan dicapai
pada tahun 2015.
Makluman: Semua guru

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 tengahari.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

( SYAZANA BT ABDUL RAZAK )

(FADZIL BIN ABDUL HAMID)


6

Setiausaha Kokurikulum,
Sek Keb. Nyior Chabang,
07000 Langkawi
Kedah

Penolong Kanan Kokurikulum,


Sek. Keb. Nyior Chabang
07000 Langkawi
Kedah

You might also like