You are on page 1of 2

PK07/3

MINIT MESYUARAT
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA UTAMA
MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PANITIA SAINS DAN TEKNOLOGI
BIL. 2 / TAHUN 2015
Tarikh

: 04 Februari 2015

Masa

: 01.30 02.30 Petang

Tempat

: Bilik Guru, SK Putra Utama

Pengerusi

: Pn. Norazlina Binti Mohamed

Kehadiran

: 5 Orang

Turut Hadir

: Tiada

PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima kasih
atas kehadiran guru-guru

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh: - Cik Sahariza Binti Othman
Disokong untuk pengesahan oleh: - Pn Faridah Binti Noserawee

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada

HEADCOUNT
4.1 Pn. Norazlina memaklumkan bahawa TOV untuk murid tahun 6 perlu mengikut
ETR yang diberi oleh PPD.
Tindakan: Semua guru Sains

SUKATAN PELAJARAN
5.1 Menurut Pn Norazlina, sukatan pelajaran untuk murid tahun 6, jika boleh perlu
dihabiskan sehingga penghujung bulan 3.
Tindakan: Semua guru Sains

LEMBARAN KERJA
6.1 Menurut Pn Norazlina, modul Sains dan teknik menjawan mengikut KPS telah
siap di cetak dan di susun di meja tengah di bilik guru. Guru-guru di galakkan
menggunakannya di dalam kelas semasa PDP. Manakala 2 set soalan ramalan telah
di cetak untuk di buat oleh murid tahun 6 sebagai persediaan dan ulangkaji sebelum
UPPM1.
Tindakan: Semua guru Sains

HAL-HAL LAIN
7.1. Pn. Norazlina memaklumkan bahawa, dalam masa terdekat Bilik Sains 1 dan
Bilik Sains 2 dalam proses untuk di ubah suai. Guru-guru Sains di galakkan untuk
memberi pandangan dan cadangan masing-masing semasa proses pengubahsuaian
itu.
Tindakan: Makluman
7.2.
Pn. Norazlina memaklumkan agar semua guru Sains menerapkan elemen
KBAT dan penggunaan I-Think dalam PDP
Tindakan:
Makluman

PENUTUP
a. Diharapkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan
dengan jayanya dan penuh keikhlasan.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 Petang.

Disediakan oleh,
..........................................
(Cik Sahariza Binti Othman )
Setiausaha
Tarikh : (08 Februari 2015 )

Disemak Oleh,
..............................
(Pn. Norazlina Binti Mohamed)
Ketua Panitia Sains
Tarikh : (09 Februari 2015 )

You might also like