You are on page 1of 5

TAJUK : USAHA MEMBINA NEGARA DAN BANGSA

Definisi yang tepat bagi negara merujuk Teks Sejarah Tingkatan Lima
ialah wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintah yang
berwibawa. Selain itu, negara juga merujuk kepada institusi pemerintahan
yang tersusun dan yang bertanggungjawab membuat dan melaksanakan
keputusan politik serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan
kerajaan.

Negara Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu,

Sarawak dan Sabah, penduduk yang berbilang bangsa dan sistem


pemerintahan yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong iaitu Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku
Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Manakala, tafsiran bagi perkataan bangsa pula, juga merujuk Teks Sejarah
Tingkatan Lima ialah sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah
serta yang mempunyai persamaan dari segi bahasa , adat resam, kesenian
dan pengalaman sejarah. Idea bangsa kini sering digunakan oleh Negara
kita untuk memupuk amalan bersatu-padu di kalangan rakyat yang berbilang
kaum demi membentuk bangsa Malaysia yang kukuh. Justeru itu, negara
dan bangsa mendukung maksud wilayah yakni kerajaan dan bangsa iaitu
rakyat serta mempunyai pemerintah.
Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh pelbagai
etnik dan bangsa. Kepelbagaian ini membawa ke arah perbezaan amalan
dan adat istiadat serta budaya. Majoriti penduduk Malaysia terbahagi kepada
empat bangsa iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Pada umumnya, setiap

bangsa mempunyai berbagai-bagai sambutan hari perayaan yang diraikan


sama ada berbentuk sosial mahupun bercorak agama atau tradisi. Di antara
sambutan perayaan yang bercorak keagamaan bagi kaum Melayu ialah Hari
Raya Aidilfitri, manakala Hari Keputeraan Tien Kuang merupakan hari
perayaan kaum Cina dan perayaan Deepavali bagi kaum India. Bagi istilah
kaum lain-lain pula, dalam konteks ini kaum lain-lain merujuk kepada anak
yang terhasil daripada penyatuan dan perkahwinan dua bangsa yang
berlainan. Di antara perayaan yang disambut kaum lain-lain ialah Hari Natal.
Cara sambuta sedikit sebanyak turut menyumbang dalam usaha membina
Negara dan bangsa. Sebagai contoh, ada yang mengadakan sambutan atau
perjumpaan hari raya di tempat-tempat khas seperti di dewan orang ramai, di
restoran dan sebagainya.

Hal ini membolehkan sahabat-handai yang

berlainan bangsa menyertai sambutan. Usaha membina negara dan bangsa


memerlukan perkongsian bijak antara kaum dalam pelbagai bidang seperti
politik, ekonomi dan sosial. Semua pihak sama ada pemimpin atau rakyat
perlu berganding bahu merealisasikan negara dan bangsa Malaysia yang
bersatu-padu dan maju bagi menghadapi era globalisasi dan cabaran abad
ke 21.
Selain daripada itu, Bahasa Melayu yang merupakan bahasa
kebangsaan dan lambang penyatuan Negara dan bangsa. Dalam konteks
ini, penggunaan Bahasa Melayu dapat menjamin perpaduan rakyat
seterusnya menyumbang dalam usaha membina Negara dan bangsa. Oleh
itu, kedudukan Bahasa Melayu perlulah dimartabatkan serta dimajukan.

Antara langkah untuk memajukan Bahasa Melayu termasuklah penubuhan


Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1956. Pelancaran Minggu
Bahasa dan Bulan Bahasa dilakukan sebagai usaha menggalakkan
penggunaan Bahasa Melayu.

Begitu juga dengan slogan Bahasa Jiwa

Bangsa yang dilancarkan pada tahun 1960. Hal ini disusuli oleh penubuhan
sekolah menengah yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar.

Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

semakin kukuh apabila Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan pada tahun


1967. Pada tahun 1970, bahasa pengantar di sekolah Inggeris telah ditukar
kepada bahasa kebangsaan secara berperingkat-peringkat.

Penubuhan

Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1977 telah membuktikan bahawa


Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu.

Secara kesimpulannya,

penggunaan Bahasa Melayu secara meluas dan diamalkan dalam kehidupan


seharian dapat meningkatkan semangat perpaduan yang kukuh seerusnya
membawa ke arah pembinaan negara dan bangsa yang cemerlang kerana
bahasa melambangkan jiwa bangsa.
Salah satu asas pembentukan Negara dan bangsa ialah kemantapan
undang-undang dalam pemerintahan.

Penguatkuasaan undang-undang

merupakan cara formal untuk mengawal masyarakat melalui peraturan yang


telah diwartakan. Undang-undang dicipta untuk memelihara keamanan dan
melindungi rakyat.

Keunggulan undang-undang menentukan struktur

kerajaan, kehakiman, bahasa, agama dan kerakyatan diterima oleh


masyarakat.

Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi dan

dijadikan dokumen rasmi serta di dalamnya terkandung segala peraturan dan


prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya
dan mentadbir negara.

Dalam usaha membina Negara dan bangsa,

Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali. Hal ini dapat melindungi
kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara serta supaya sentiasa
relevan dan sesuai dengan keperluan semasa.
Kerajaan turut memainkan peranan di dalam usaha pembinaan negara
dan bangsa. Konsep bangsa Malaysia merupakan konsep baru bagi rakyat
berbilang kaum di Negara ini.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu

didisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957 dan Malaysia dibentuk pada 16


September1963, maka lahirlah Negara dan bangsa Malaysia.

Usul

pembinaan bangsa Malaysia telah dikemukakan oleh mantan Perdana


Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Dr Mahathir Mohamad dalam ucapan beliau
di Majlis Perniagaan Malaysia pada 28 Febuari 1991.

Bangsa Malaysia

terdiri daripada masyarakat berbilang kaum yang berlainan bahasa, budaya,


kepercayaan dan pendapat terhadap keduniaan.

Bangsa Malaysia telah

dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaaan serta pengamalan


kebudayaan kebangsaan dan Rukun Negara dalam setiap bidang kehidupan.
Pembentukan bangsa Malaysia merupakan hasil perjuangan kemerdekaan,
pengisian kemerdekaan dan pengekalan kemerdekaan. Sehingga kini proses
pembinaan Negara dan bangsa Malaysia yang lebih bersatu padu dan
progresif masih berterusan dan generasi pada hari ini bertanggungjawab
memastikan matlamat ini tercapai.

Secara kesimpulannya, kejayaan pembentukan negara dan bangsa di


Malaysia bergantung pada kesediaan setiap warganegara yang terdiri
daripada pelbagai kaum mengamalkan sikap tolak ansur dan kesederhanaan.
Setiap kaum mesti sanggup berkongsi secara bijak dalam bidang politik,
ekonomi dan sosial bagi memperkukuh pembinaan Negara dan bangsa
Malaysia. Bukan mudah bagi manusia yang berbeza latar belakang, agama
dan budaya untuk bekerjasama.

Sekalipun kita mempunyai banyak

perbezaan dari segenap aspek, namun kita dapat menjalani kehidupan


dengan mengharungi kesukaran, bekerjasama, bersedia untuk berkorban
serta berkongsi nikmat kemakmuran dan kejayaan. Perasaan setia, bangga
dan cinta akan Negara perlu kita pupuk dan usaha ini perlu diteruskan oleh
generasi akan datang untuk mengukuhkan lagi pembentukan identiti Negara
dan bangsa Malaysia. Bak kata pepatah Bulat air kerana pembentung, bulat
manusia kerana muafakat.

(921 patah perkataan)

You might also like