You are on page 1of 6

Jawapan:

1. Kebanyakan murid mempunyai salah tanggapan dan kesukaran dalam penyelesaian


masalah Matematik. Dua kategori kesukaran murid dalam penyelesaian masalah
Matematik berdasarkan Analisis Kesilapan Newman .
I.

Pemahaman
Apabila membaca pernyataan masalah, murid perlu memahami apa yang
dibaca dan apa kehendak penyelesaian bagi pernyataan masalah itu. Muridmurid tidak dapat memahami maksud syarat-syarat dalam perkataan
masalah dan operasi matematik. Di peringkat ini, murid-murid perlu untuk
mengaitkan masalah perkataan kepada konsep matematik. Masalah timbul
apabila murid-murid tidak dapat memahami istilah atau frasa dalam
perkataan masalah. Mereka tidak dapat memahami maklumat dengan tepat.
Selain itu,
matematik

murid juga tidak dapat memahami dan mengaitkan operasi


dan

konsep

(tambah,

tolak,

darab,

bahagi)

Contoh:

Bagi soalan ini, kelemahan murid menyelesaikan permasalahan disebabkan


kurang mahir membaca, menulis, atau bercakap. Dalam matematik, masalah ini
akan lebih ketara dengan adanya istilah atau terminologi yang tidak dapat
dicerap dengan baik oleh mereka di dalam kelas matematik. Contohnya, soalan
ini mengandungi istilah bagi berat iaitu kilogram dan gram yang mungkin tidak
diingati konsepnya. Jadi, murid gagal untuk memahami masalah dan tidak
berupaya menentukan operasi dengan betul.

II.

Kecuaian

Kecuaian adalah salah satu kesalahan yang sering dilakukan oleh murid.
Murid cuai untuk memahami konsep dan idea Matematik.Oleh itu, berlakulah
kesilapan pengiraan bagi penyelesaian masalah Matematik.
Contoh:

Kesilapan yang dilakukan oleh murid juga kerana kecuaian dalam memahami
idea matematik. Murid mahu menjawab dengan cepat sehingga tersalah kira.
Dalam isu soalan di atas, operasi yang digunakan adalah betul, tetapi murid
gagal mencari jumlah yang tepat kerana sikap cuai berlaku dalam diri sendiri.

2. Cadangan aktiviti pembelajaran yang berbentuk didik hibur untuk membantu muridmurid diskalkulia.
Tajuk: Nombor Bulat hingga 10
Standard Pembelajaran:
Menyusun nombor 0 hingga 10
a) Membilang satu-satu secara tertib menaik
b) Membilang satu-satu secara tertib menurun
c) Membilang daripada sebarang nombor secara tertib menaik
d) Membilang daripada sebarang nombor secara tertib menurun
Langkah pengajaran:

1. Murid dibentuk kumpulan (empat orang). Guru menunjukkan gambar seekor


katak sedang duduk di atas sehelai daun teratai dan melompat dari sehelai ke
sehelai daun teratai yang lain.

2. Murid diminta memperihalkan gambar tersebut. Mereka juga diminta beraksi


seperti seekor katak. Gerak laku diiringi lagu Lompat Si Katak Lompat.
3. Guru mengedarkan set keratan daun teratai bersaiz besar dan meletakkan
keratan tersebut di atas lantai secara rawak.

6
1

3
7
9

10

4
2

4. Secara berkumpulan, murid bergilir-gilir melompat (secara tertib menaik) di atas


keratan tersebut umpama seekor katak, sambil menyebut nombor yang tertulis
padanya.
5. Aktiviti diulang untuk :
Membilang satu-satu secara tertib menurun
Membilang daripada sebarang nombor secara tertib menaik.
Membilang daripada sebarang nombor secara tertib menurun.

3. Strategi pengajaran murid berkeperluan khas.


Tahun: 1
Tajuk: Tambah dan Tolak
Standard Kandungan:
2.3: Tambah dan tolak dalam lingkungan 100
Standard Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid berupaya untuk
ii) Tambah dan tolak dalam lingkungan 100
a) Melaksanakan pengiraan tambah dan tolak
Aktiviti:
1. Dua orang murid ke hadapan untuk membentuk kumpulan. Murid lain membilang
jumlah kumpulan itu.
2. Tiga orang murid lain ke hadapan untuk membentuk satu lagi kumpulan. Murid
lain membilang jumlah murid dalam kumpulan itu.
Komunikasi:
Dua dan tiga jadi berapa semuanya?
Mari kita bilang bersama-sama.
(Guru menggunakan kaedah membilang kesemuanya atau membilang terus)
Dua dan tiga jadi lima.
( Guru menulis 2 dan 3 jadi 5 pada papan tulis)

3. Guru menerangkan konsep tambah dengan aktiviti lain

Kumpulan pertama bergabung dengan kumpulan kedua


Dua ekor itik berenang menuju ke kumpulan tiga ekor itik.

Kedua-dua kumpulan bergabung serentak

Kedua-dua kumpulan itik bergabung serentak menjadikan jumlah lima ekor itik.
4. Guru menerangkan dalam ayat:
Dua dan tiga sama dengan lima
Jumlah dua dan tiga ialah lima
Dua dan tiga menghasilkan lima kesemuanya.

You might also like