You are on page 1of 2

TAJUK NOVEL: ANAK PATUNG ADIK

Sinopsis
Novel Anak Patung Adik mengisahkan mengenai keinsafan seorang kanak-kanak
iaitu Adik yang mempunyai sikap yang pelik. Adik merupakan seorang murid tahun satu di
sebuah sekolah. Walaupun telah berusia tujuh tahun, namun Adik suka bermain dengan
anak patung. Sikapnya berbeza dengan kanak-kanak lain yang gemar bermain anak patung.
Adik tidak pernah menyayangi anak-anak patungnya. Dia akan membuatkan anak
patungnya menjadi punah ranah seperti tangan tercabut, kepala putus, kaki hilang dan
pakaian koyak-rabak. Walaupun ditegur oleh ibu dan kakaknya mengenai sikap buruknya,
namun adik tetap bersikap demikian. Di dalam biliknya juga penuh dengan serpihan anakanak patung yang bersepah-sepah. Adik sangat manja dengan Abahnya. Seringkali Abah
akan membelikan anak patung baru kepada adik. Namun begitu, setiap kali itu jugalah anak
patung tersebut akan dirosakkan oleh adik.
Konflik timbul apabila suatu hari Abah telah pergi berkursus. Adik telah mengikut Ibu
pergi ke pasar untuk membeli barang. Ketika menunggu ibunya

membeli barang, adik

tertarik pada orang yang sedang menjual anak patung. Adik tertarik pada sebuah anak
patung yang berwarna merah dan merayu ibunya untuk membelikan anak patung tersebut.
Walaupun berbelah bahagi ibunya terpaksa juga membelikan anak patung tersebut kepada
adik. Ibunya tahu anak patung itu juga akan rosak sama seperti anak-anak patung lain yang
pernah dibeli. Apabila pulang ke rumah, adik telah memperlakukan pelbagai perkara
terhadap anak patung itu seperti yang pernah dilakukannya pada anak-anak patung
sebelum ini. Tanpa disangka anak patung yang dipukul oleh adik itu boleh bercakap dan
mengugut akan memperlakukan adik sepertimana adik memukul mereka. Adik yang
ketakutan telah membuang anak patung merah itu keluar rumah. Adik telah bermimpi anak
patung merah itu kembali ke rumahnya dan membawanya bertemu dengan kesemua anakanak patung yang cacat kerana telah dirosakkan oleh adik. Adik berasa insaf dan memohon
maaf kepada kesemua anak-anak patung yang telah dirosakkannya. Adik berjanji akan
menjadi budak yang baik.
Sejak bermimpikan anak patung merah itu, adik sering dihantui rasa bersalah. Dia mencari
cari anak patung merah itu di merata-rata tempat namun semuanya gagal. Akhirnya adik
telah jatuh sakit. Ibunya telah memanggil Atuknya dari kampong untuk merawat adik. Atuk
telah memujuk adik untuk membuang kesemua anak-anak patung yang rosak di dalam
biliknya. Apabila Adik sudah sihat, adik tidak mahu lagi bermain dengan anak patung. Adik
mahu menjadi budak yang besar dan menumpukan perhatian pada pelajarannya.

You might also like