You are on page 1of 16

http://www.adabi.com.my/bm/index2.php?

option=com_content&view=article&id=78

Pengenalan
Adabi Consumers Industries Sdn. Bhd. (ACISB) merupakan syarikat induk yang salah satu
peneraju utama di Kumpulan Adabi. Syarikat ini bertanggungjawab mencipta, menghasil dan
memasarkan produk di bawah penjenamaan Adabi. ACISB dikelola dan diterajui secara
professional dan berpandu sepenuhnya terhadap produk dengan memberi penekanan yang sama
terhadap Penyelidikan & Pembangunan serta Jualan & Pemasaran.

Memiliki kumpulan penyelidik yang kuat dan kreatif, yang sentiasa berdedikasi untuk mencipta
produk makanan baru dan inovatif. Syarikat telah berkembang dengan pesat, iaitu daripada 25
kakitangan dan jualan tahunan sebanyak RM2 juta pada tahun 1984, sehingga ke kedudukan saat
ini yang mana mempunyai lebih dari 400 anggota dan mensasarkan jualan tahunan sebanyak
RM120 juta dapat dikaitkan dengan kejayaan syarikat yang telah berjaya memperkenalkan
pelbagai produk baru sepanjang beberapa dekad.

Pengenalan terhadap produk-produk baru ciptaan Adabi adalah lebih berkesan apabila ianya
disokong oleh jualan yang dinamik, kumpulan pengurusan pemasaran serta promosi melalui
media massa melalui penjenamaan Adabi. Kini, kesedaran terhadap penjenamaan Adabi telah
berdiri sejajar dengan lain jenama terkenal produk makanan antarabangsa yang dijual di
Malaysia.

Pihak ACISB telah memberikan komitmen padu untuk memastikan para pelanggan memperoleh
kualiti produk yang terbaik dengan menetapkan garis panduan yang ketat terhadap proses dan
kualiti bahan yang digunakan. Oleh itu, semua produk Adabi dijamin 100% halal, bersih,
bermutu dan sihat.

Adabi telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan di atas komitmen yang telah
diberikan terhadap memastikan kualiti produk keluaran. Bahkan, produk Adabi adalah yang
pertama untuk menerima sijil Halal dari Jabatan Hal Islam dari Jabatan Perdana Menteri. Di
antara anugerah yang lain yang dimenangi adalah Superbrand Status (Reader's Digest Malaysia),
International Makanan & Minuman Award (New Millenium Award - Paris) dan Anugerah
Kecemerlangan Industri (MITI) dan Anugerah Produk Terpuji (Institut Teknologi Pangan
Malaysia).

Kini Adabi merupakan produk pilihan utam isi rumah bagi bidang perniagaan pembuatan
makanan. Dengan menyenaraikan produk lebih dari 60 jenis produk di bawah 6 kategori berikut :
serbuk rempah campuran, pes sedia proses, campuran tepung, Sos, makanan dalam tin dan
minuman. Adabi akan terus berusaha untuk mengenal pasti dan menghasilkan produk-produk
bagi memenuhi keperlan isi rumah dan pasaran.

SEJARAH

Pada tahun 1984, kumpulan pertama produk-produk ADABI dihasilkan di sebuah kilang kecil
bertempat di Kawasan Perindustrian Ringan Batu Caves. Semenjak itu, usaha kami telah
berkembang dengan pesat. Dari Batu Caves, ADABI telah berpindah ke kilang-kilang yang lebih
besar di Kawasan Perindustrian Ringan Taman Kepong pada tahun 1986 dan membina kilang
pemprosesan tambahan di Kawasan Perindustrian Ringan Taman Ehsan pada 1990 dan 1992.

Perkembangan positif pada pasaran tempatan sejak bertahun-tahun telah memberi indikasi baik
terhadap kami untuk melebarkan sayap. Di atas permintaan pelanggan yang kian bertambah,
syarikat berpindah ke premis kilang dan pejabat milik persendirian yang terletak di Taman
Perindustrian Bersepadu Rawang pada November 1996 bagi mereka menampung keperluan
pasaran dan pelanggan. Terletak di kawasan seluas 4 hektar, yang merangkumi pusat
pengeluaran, gudang, bangunan pejabat dan kemudahan pentadbiran Adabi yang lain.

Ahli Lembaga Pengarah


DATO' SYED MANSHOR SYED MAHMOOD

MBA, La Salle University, USA


Pengerusi

Pengasas dan pemilik Adabi Consumer Industries Sdn Bhd. Membangunkan syarikat dan
peneraju utama sejak penubuhannya pada bulan Mac tahun 1984. Juga merupakan antara
perintis utama Kumpulan Adabi - aktif semasa '70-an dalam pendidikan swasta.
Menjadi Pengerusi kepada semua anak-anak syarikat di bawah Kumpulan Adabi.
Menyelia pengurusan syarikat.

TUAN SYED KAMALUDDIN SYED MAHMUD

Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Malaya


Pengarah Hal Ehwal Korporat
Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat sejak 1990. Sepenuh masa dengan
Company sejak 1995, bertanggungjawab Banking Relationship dan Business
Development.
Menjadi Ahli Lembaga Pengarah untuk kesemua anak syarikat dalam Group. Pengerusi
Finance Committee, yang mengatur perbelanjaan syarikat yang melebihi RM 100,000
untuk setiap perbelanjaan. Juga merupakan ahli Management Committee, Sales &
Marketing Committee and New Product Development Committee.
Kumpulan Pengurusan Eksekutif Team
1. Pengarah Urusan : Yg. Bhg. Dato' Syed Manshor Syed Mahmood
2. Pengarah Hal Ehwal Korporat : Tuan Syed Kamaluddin Syed Mahmud
3. Presiden : Abdul Hady Hj. Zabil

HEAD OF DEPARTMENTS
1. Pengurus Pemasaran : Adrian Roslan
2. Pengurus Perakaunan & Kewangan : James Chong Ah Ngoh
3. Pengurus Sumber Manusia & Pentadbiran: Muhammad Sabri Mohamed

Dani
4. Pengurus Kawalan Mutu : Hasimah Abdul Karim
5. Pengurus Penyelidikan & Pembangunan : Hisamudin Abd Wahid
6. Pengurus Jualan: Choy Khai Weng
7. Pemangku Pengurus Audit Dalaman : Jabarullah Allah Pitchy
8. Market Research Manager: Zumy Zuheidy Md Suhor
9. Pengurus Pengeluaran Utama : Muhammad Ikhbal Zakaria
10
Pengurus Belian : Asman Abd Kadir
.

SECTION MANAGERS
1. Penolong Pengurus Jualan : Shahril Reza Muhammad Alang
2. Timbalan Pengurus Pemasaran: Kusmahwati Zahari
3. Timbalan Pengurus Pengeluaran: Yusuan Hashim
4. Timbalan Pengurus Kualiti Kawalan: Mohamad Rahimi Mahad
5. Pengurus Pengarah Urusan: Mohd Zaharuddin Idrus
6. Pengurus Pentadbiran Kewangan - MD's Dept.: Roslinah Ramli
7. Pengurus Pengeluaran (KARI): Rafidah Mazri
8. Kejuruteraab & Penyelanggaraan: Zulazli Zainuddin
9. Penolong Pengurus Promosi: Mohd Shukri Nasarudin
Subsidiaries
Industries Minuman Adabi Sdn. Bhd.. (IMASB)
(Inc. 30 Mac, 1988 memegang saham sebanyak 85%)
Mengilang tepung ADABI produk asas.
Subsidiari berikut telah ditugaskan untuk mengagihkan senarai lengkap produkproduk ADABI juga bertindak sebagai cabang pemasarannya :
Nama Syarikat

Beroperasi
Dari

Kawasan
Pengagihan

1.

Kepong

Lembah Klang

Alzas Edar Sdn. Bhd.

(Inc: January 1, 1987 pemegang


saham 50%)
Tel: +6 03 6272 3807
Fax: +6 03 6272 3810
Emel: alzas.edar@adabi.com.my
2.

Berkat Serbaguna Sdn. Bhd.


Ipoh
(Inc: July 9, 1994 pemegang
saham 60%)
Tel: +6 05 506 1911
Fax: +6 05 506 1913
Emel:
berkat.serbaguna@adabi.com.my

Perak

3.

Product Optima Sdn. Bhd.


(Inc: December 10, 1994
pemegang saham 100%)
Tel: +6 07 512 5205
Fax: +6 07 512 5231
Emel:
produk.optima@adabi.com.my

Johor Bahru

Johor

4.

Amalan Sanjung Sdn. Bhd.


(Inc. November 13, 1995
pemegang saham 60%)
Tel: +6 09 774 9423
Fax: +6 09 774 9423
Emel:
amalan.sanjung@adabi.com.my

Kota Baru

Terengganu &
Kelantan

5.

Baktisan Pertama Sdn. Bhd.


Alor Setar
(Inc. January 1, 1996 pemegang
saham 100%)
Tel: +6 04 442 8402
Fax: +6 04 442 8405
Emel:
baktisan.pertama@adabi.com.my

Kedah, Perlis &


Butterworth

6.

Nyala Satria Sdn. Bhd.


Muar
(Inc. July 1, 1966 pemegang
saham 60%)
Tel: +6 06 952 3633
Fax: +6 06 952 3626
Emel: nyala.satria@adabi.com.my

Nothern Johore &


Malacca

7.

Stasuria Enterprise Sdn. Bhd.


(Inc. November 29, 1996
pemegang saham 65%)
Tel: +6 082 433 801
Fax: +6 082 433 802
Emel: stasuria@adabi.com.my

Kuching

Sarawak & Brunei

8.

Adabi Consumer Industries HTO


Sdn Bhd
(Inc. May 10, 1998 pemegang
saham 60%)
Tel: +6 03 6189 6877
Fax: +6 03 6189 3046
Emel: adabi.hto@adabi.com.my

Batu Caves

High traffic Outlet

9.

Adabi NS Trading Sdn. Bhd.


(Inc. 17 August 1999, 2005
pemegang saham 100%)
Tel: +6 06 675 2030
Fax: +6 06 675 2031
Emel: adabi.ns@adabi.com.my

Seremban

Negeri Sembilan

10. Bekal Baru Sdn Bhd


Selayang
(Inc. May 7, 2000 pemegang
saham 100%)
Tel: +6 03 6120 5548
Fax: +6 03 6120 5549
Email: bekal.baru@adabi.com.my

Lembah Klang

11. Adabi Distribution Sdn. Bhd.

Pahang

(Inc. August 1, 2004 pemegang


saham 100%)

Mentakab

Tel: +6 09 277 5371


Fax: +6 09 277 5372
Emel:
adabi.distribution@adabi.com.my

12. Adabi Sabah Distribution Sdn.

Kota Kinabalu

Sabah

Tawau

Sabah

Bhd.
(Inc. February 9, 2007
pemegang saham 100%)
Tel: +6 088 728 600
Fax: +6 088 724 600
Emel:
adabi.sabah@adabi.com.my

13. Adabi Tawau Distribution Sdn.Bhd.


(Inc. February 1, 2012 - pemegang
saham 100% )
Tel : +6 089 749781
Fax : +6 089 749780
Email: adabi.tawau@adabi.com.my

Distributor Lain :
Distributor

Kawasan Pengedaran

Abdullah bin Ahmad

Kedah, Perlis and Butterworth

Visi
Visi Adabi adalah untuk mencapai semua perkara yang tertera di bawah:1.Untuk menjadi Pengilang Packed Food yang kedua terbesar di
Malaysia pada tahun 2020.
2.Menjanakan makanan berkualiti tinggi dan sedap sejajar dengan
standard HALAL antarabangsa.
3.Menjadi pengedar terbesar produk-produk pengguna di Malaysia
pada tahun 2020, serta menjadi pengedar produk-produk yang
selain dari pengeluaran ADABI.
4.Menjadi sebuah syarikat multinasional dalam bidang

pemprosesan makanan dan produk-produk pengguna.


5.Menjaga kebajikan pekerja dengan memastikan keharmonian
dan mempertingkatkan kedudukan ekonomi mereka setiap
tahun.

PERSIJILAN ISO 9001:2000/2008

Adabi Consumer Industries Sdn Bhd adalah syarikat makanan pertama yang telah dianugerahkan
persijilan ISO 9001:2000 pada tahun 2002 dan peralihan kepada persijilan ISO 9001:2008 oleh
Pihak SIRIM Berhad pada tahun 2009.

Melalui persijilan ISO ini, setiap proses pengeluaran perlu menepati Quality Management
System, di mana setiap proses pengeluaran perlu mematuhi Standard Operation Procedure
yang telah ditetapkan.
Untuk memastikan setiap proses samaada di bahagian Pengeluaran atau Pentadbiran mematuhi
piawaian ISO, setiap tahun akan diadakan sesi audit dalaman ISO oleh kumpulan juruaudit
dalaman ISO yang terlatih dan sesi audit oleh pihak SIRIM QAS.
Dengan adanya persijilan ISO 9001:2008 dan praktis yang dijalankan menjamin Kualiti Produk
Adabi yang terbaik dan memuaskan keperluan pelanggannya.

HARTA INTELEK (INTELECTUAL PROPERTIES)


Selain dari nama Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd., logo Adabi juga merupakan harta intelek yang digunapakai pada setiap
bahan pembungkusan produk. Logo ini digambarkan dengan satu unit iaitu berbentuk Istana Melaka lama dengan tertera nama
Adabi. Terdapat huruf di bahagian luar garisan logo.

Bahagian pemasaran kini dalam proses untuk mencipta satu pelekat kualiti khas bagi memastikan
jenama Adabi ditiru terutama pada pembungkusan produk oleh mana-mana pihak. Tujuan pelekat
kualiti ini adalah untuk membezakan produk-produk keluaran adabi sentiasa asli dan tidak ditiru
oleh syarikat-syarikat lain yang tidak bertanggungjawab.

JARINGAN ANTARABANGSA

1. PT ADABI NUSA CITARASA (PTANC)


Medan, Sumatera, Indonesia
(Inc. 11 Januari, 1994 pemegang saham 75%)
Perniagaan beroperasi sebagai pengimport produk-produk of ADABI untuk Indonesia.
2.YANTAI SHINHO ADABI SPICE PRODUCTS CO. LTD. (YSASP)
Yantai, Province of Shandong, People's Republic of China
(Inc. November 1996 pemegang saham 50%)
Perniagaan beroperasi sebagai:
I. Miller dan pengekspot serbuk cili dan produk tempatan lain termasuk emping-emping bawang
putih, lobak jeruk, sos tiram dan lain-lain bagi kegunaan syarikat induk.
II. Pengilang dan pengedar bagi senarai lengkap produk-produk rempah - beralas produk-produk
makanan di China.

P.T. Adabi Nusa Citarasa (PT Adabi) ditubuhkan pada Januari 1994 bagi memudahkan proses
ekspot produk-produk Adabi ke Indonesia.

Pada ketika ini, PT Adabi mendaftarkan 11 produk-produk Adabi dengan DEP KES RI dan setiap
hasil keluaran ditandakan dengan nombor perdagangan yang sah. Semenjak itu pelbagai produkproduk Adabi telah dibawa ke Indonesia, terutamanya ke Medan, Sumatera.

Medan telah dipilih sebagai pintu masuk utama produk-produk Adabi, yang mana
Adabi bukan sahaja dikenali oleh penduduk tempatan melalui pemancaran TV
Malaysia. Permintaan untuk produk-produk Adabi adalah menggalakkan dan
pelbagai persediaan sedang dibuat untuk produk-produk dapat diagihkan ke
daerah-daerah Indonesia yang lain.

PT Adabi kini sedang berunding dengan PT Eshan Rina, sebuah syarikat pengedar
barang yang ditubuhkan di Jakarta, untuk melantik mereka sebagai pengedar

produk Adabi untuk JABOTABEK - wilayah yang terdiri daripada wilayah Jakarta,
Tangerang Bogor, dan Chilibon.

PT Adabi Nusa Citarasa (PT Adabi)


PT Adabi adalah 75% dimiliki oleh ACISB. Baki ekuiti dipegang oleh warga Indonesia.
Perniagaan PT Adabi di Medan adalah diselenggara oleh En. Zahari bin Omar, yang juga
bertindak sebagai Perunding Pemasaran.

Beliau telah berkhidmat dengan ACISB sejak tahun 1991. Sebelum ini, beliau memegang
jawatan dari Sales Supervisor ke Sales Manager. Ketika PT Adabi dibentuk, beliau telah
mengundurkan diri dari ACISB dan pindah ke Medan dan telah terlibat dengan PT Adabi sebagai
perunding.

Tarikh Penubuhan

November 1996

Alamat

Shinho Food
6F, 115 Xinanhe Road,
Zhifu, Yantai, Shandung
Tel : 0(635) 6642 943 / 0(635) 6642 944
Fax : 0(535) 6642 946

Pengarah

Lam Chong Yee


Soon Ter Sun
Syed Mansor
Syed Kamaluddin

Pemegang Saham

ACISB - 50%
Soon Ter Sun - 25%
Lam Chong Yee - 25%>

Modal Dasar

USD 500,000.00
ACISB has remitted USD 500,000 to YSA to fully paid
- up the capital as required by the Chinese Authority.
In turn, YSA extends credit to ACISB for the chilly
purchases. ACISB has also shipped to YSA
reconditioned machines, estimated worth around

USD 140,000. YSA is yet to pay for this machines.


Status Syarikat

100% Foreign

Pengurusan

CEO - Soon Ter Sun


Assistant CEO - Lam Chong Yee

Jenis Perniagaan

- Miller and exporter of grind chilly powder to ACISB.


- Manufacturer of spice based consumer products in
China.

Mr Soon, warganeraga Amerika dan Mr Lan, warganegara Singapura, keduanya adalah


pengusaha yang sudah memiliki pelaburan sendiri di China sebelum bekerja sama dengan
ACISB. Mr Soon telah berkhidmat di China selama 5 tahun melabur di Syarikat usahasama
berikut dengan beberapa rakan kongsi tempatan :
A. Shandong Shinho Foodstuff Industry Co.Ltd.
B. Yantai Shinho Food Co.Ltd.
Kedua-dua syarikat-syarikat menghasilkan kacang soya berpangkalan barang-barang pengguna,
di bawah jenama - nama Shinho. Mr. Lam dikenali oleh ACISB terlebih dahulu sebelum dia
pergi ke China untuk memulakan usahasamanya iaitu dalam 3 tahun lepas. ACISB pernah
menggunakan khidmat Mr. Lam sebagai perunding di bahagian pembangunan keluaran baru dan
penyelidikan. Dia menubuhkan Penglai Shinho Food Co. Ltd., dengan Mr. Soon dan beberapa
rakan kongsi tempatan. Syarikat ini menghasilkan kicap di bawah jenama Shinho.

Negara

Pengeksport/Pengimport

Singapore

Yee Lee Oils & Foodstuffs Pte. Ltd., Singapore

Japan

Nanyang Trading Co. Ltd., Japan

Mongolia

Delger International Group

UK and Australia

Kart Food Sdn. Bhd., Malaysia

Brunei

Hong Guan Sdn. Bhd., Brunei


- acting as agent to Stasuria Enterprise Sdn. Bhd.

Indonesia

1. PT Adabi Nusa Citarasa as Importer


2. PT Eshan Dima as Distributor

3. PT Musti Alam Prime Rasa


Jordan

Abdullah Ahmad Ayad & Partners Trading company

Tidak semua pasaran luar negara memilih senarai lengkap produk-produk Adabi. Contohnya,
Jepun hanya mengimport Perencah Nasi Goreng, Kari Daging dan Tom Yam, Indonesia hanya
Perencah Nasi Goreng, Tepung Goreng Pisang and Tepung Goreng Ayam manakala AS hanya
ketupat.

Adabi terus pelbagaikan produk penuhi permintaan


Utamakan kualiti pikat selera pengguna

Bermula dengan dua produk kegunaan harian pada awal 1970an, siapa sangka produk peritis itu
terus menjadi titik tolak kepada pengasasnya untuk mula mempelbagaikan produk bagi
memenuhi pasaran semasa.

Nama Datuk Syed Manshor Syed Mahmood mungkin jarang didengar tetapi sumbangan dan
peranannya dalam memajukan produk rempah ratus jenama Adabi tidak dapat dipertikaikan lagi.
Mengimbau sejarah produk jenama Adabi, Syed Manshor adalah individu pertama yang
mengusahakan perniagaan itu dengan menjual tepung goreng pisang dan perencah nasi goreng di
pasar basah sekitar Kuala Lumpur awal 70an.
Jenama Adabi dikeluarkan oleh Adabi Consumer Industries Sdn Bhd, pengeluar rempah ratus
dan makanan terkemuka di Malaysia.
Bercerita tentang sejarah, jenama dan falsafah yang cuba diketengahkan jenama itu suatu ketika
dahulu dijual tanpa menggunakan jenama dan kebanyakkan resipi dihasilkan ilham daripada ibu
saudaranya. Dengan sambutan yang kian bertambah, beliau akhirnya mula memberi identiti
kepada produknya.
Bermula 1984, jenama Adabi mula dikomersilkan secara agresif. Logo produk mula dibentuk;
ekoran permintaan kian bertambah, kilang perngeluaran pertama dibina di kawasan perindustrian
Batu Caves.
Sajian istana di zaman silam dipilih sebagai moto bagi memberi gambaran yang lebih jelas
kepada produk sekaligus memberi kelainan bagi mencapai standard untuk tujuan eksport dan
pasaran tempatan. Dari segi logo, semuanya lahir secara tidak sengaja dan tercetus ketika Syed
Manshor melihat buku sekolah anak perempuannya. Logo itu dikatakan memberi gambaran
tentang keunggulan rempah ratus masyarakat melayu di samping mengembalikan kegemilangan
makanan dan sajian melayu sejak berkurun lama.
Melihat peluang dan pasaran yang kian stabil, Adabi terus mengorak langkah dan pada 1986
Adabi berpindah ke kilang yang lebih besar di Taman Perindustrian Kepong di samping kilang
tambahan di Taman Perindustrian Ehsan dalam tahun 1990 dan 1992.

Langkah pengembangan Adabi diteruskan lagi apabila mempunyai premis pemilikan sendiri di
Kawasan Perindustrian Rawang yang dibuka secara rasminya, 1996.
Sehingga kini, 80 hingga 90 peratus produk dikeluarkan menerusi kilang di Rawang, manakala
produk sardin dihasilkan oleh kilang di Indonesia. Kawasan itu juga merangkumi gudang untuk
penggumpulan stok, pusat pentadbiran serta penyelidikan dan pembangunan produk.
Kini, produk Adabi telah membentuk empat segmen yang terdiri daripada serbuk rempah ratus,
pes, sos soya dan tepung campuran dengan tiga jenama dalaman seperti Adabi, Lazat dan produk
terbaru berasaskan minuman, Asfa yang terdiri daripada minuman soya, asam jawa dan air
mineral.
Sup Bunjut adalah produk yang paling laris dan setakat ini menguasai 90 peratus pasaran sup
dalam negara.
Pengurus Pemasarannya, Adrian Roslan berkata, hampir semua produk keluaran jenama itu
mempunyai nilai pasaran tersendiri dan bertahan sehingga kini kerana berkualiti, menepati
citarasa dan keperluan pengguna.
Akhir-akhir ini kami cuba permudahkan urusan suri rumah dengan memperkenalkan produk
yang ringkas tetapi masih mengekalkan rasa dan kualiti,katanya.
Menurutnya, tahun ini syarikat berhasrat memperkenalkan tujuh lagi produk baru selaras
mengekalkan penguasaan pasaran menjadi jenama pilihan nombor satu pengguna Malaysia.
Salah satu produk baru yang bakal dikeluarkan adalah perencah rendang, perencah kari, ikan
dan kurma yang saya fikir sesuai untuk kegunaan wanita yang sedang belajar memasak dan
sentiasa sibuk dengan tugasan harian,katanya.
Beliau berkata, syarikat pada kebiasaannya menggunakan pelaburan sehingga RM100,000 untuk
pembangunan produk baru. Pelaburan itu mengambil kira hal-hal berkaitan penyelidikan, reka
letak, dan pembungkusan.
Terkini, Adabi baru sahaja melancarkan produk minuman Asfa dan menyasarkan produk baru
dalam segmen makanan dan minuman itu bakal menyumbang 15 hingga 20 peratus ke atas
jumlah keseluruhan perolehan tahun ini. Bagi pasaran percubaan, 4,000 karton produk minuman
itu telah diedarkan.

Adrian berkata, dari segi pecahan, jualan banyak dijana menerusi produk sos terutamanya kicap
yang menyumbang antara 50 hingga 60 peratus ke atas perolehan, produk kunyit dari segmen
kari pula sentiasa menunjukkan peningkatan antara 20 hingga 30 peratus ke atas jualan tahunan.
Selebihnya, jualan diraih menerusi makanan dalam tin seperti sardin dan jagung yang
mencatatkan RM24 juta jualan sepanjang tahun lepas.
Kami mengunjurkan pertumbuhan jualan produk sedia ada tahun ini mencecah lima hingga
enam peratus,katanya.
Bagi tujuan pengembangan dan memastikan produk sedia ada tetap stabil, syarikat
memperuntukkan RM12 juta sepanjang tahun ini untuk tujuan hebahan serta promosi dan
keutamaan diberikan kepada produk-produk baru.Selain menempa nama dalam negara, jenama
Adabi juga telah memikat rasa pelanggan negara jiran terutamanya Indonesia, Thailand,
Singapura, China, dan memasuki pasaran Eropah dan Australia menerusi ejen.
Bagi pasaran Thailand, produk kari dan serbuk nasi goreng adalah produk pilihan utama. Di
Indonesia pula, Tepung Goreng Pisang menjadi produk kesukaan ramai manakala rakyat
Singapura lebih menyukai serbuk nasi goreng dan mee segera.
Pasaran luar negara kini menyumbang 30 peratus ke atas perolehan dan syarikat akan berusaha
mengekalkan pegangan itu melalui ejen jualan luar negara terutamanya di United Kingdom dan
London,katanya yang menyasarkan pertumbuhan 10 peratus ke atas bahagian itu tahun ini.
Adabi mencatatkan jualan keseluruhan bagi 2010 sebanyak RM288 juta.

http://salwani-waniworld.blogspot.com/2011/03/adabi-terus-pelbagaikan-produkpenuhi.html

You might also like