You are on page 1of 15

Pelbagai Kecerdasan Dan Kemahiran Berfikir

Apakah Tujuan Unit Ini?


Dalam unit ini anda akan memahami lapan kecerdasan dan kemahiran berfikir
yang perlu diperkembangkan di kalangan pelajar anda dalam p&p untuk
pembelajaran masteri.
2. Mengapa Lapan Kecerdasan dan Kemahiran Berfikir Perlu
Diperkembangkan?
1.

Setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan


yang perlu diperkembangkan

2. Kemahiran berfikir adalah penting kerana ia merupakan kemahiran


seumur hidup.
3. Untuk menguasai sesuatu yang diajar, pelajar anda haruslah mahir
berfikir secara kritis dan kreatif, membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah.
3. Bagaimanakah Lapan Kecerdasan Diperkembangkan?
1.

Menurut Howard Gardner, seorang mempunyai sekurang-kurangnya


lapan kecerdasan berikut:

Bahasa
Logik-matematik
Ruang (spatial)
Muzik
Kinestetik
Interpersonal
Intrapersonal
Naturalistik

1. Ciri-ciri setiap kecerdasan itu diberi dalam Jadual 1.


2. Guru harus mengenal pasti pelajar yang pintar cerdas atau berbakat
dan membantu mereka memperkembangkan lagi dalam kecerdasan itu
dengan aktiviti pengayaan.

3. Lapan kecerdasan tersebut tidak diajar sebagai atu topik yang

berasingan tetapi dikembangkan secara penyerapan semasa p&p.

Jadual 1: Ciri-ciri Lapan Kecerdasan

Kecerdasan

Cerdas dalam

Pekerjaan

Bahasa

Menulis karangan, sajak, puisi,


pnatun dan memberi ucapan

Penulis, penyajak,
penceramah

Logik Matematik

Menaakul, kiraan, membuat


analisis

Saintis, jurutera,
akauntan

Ruang

Mencorak, melukis, mengukir

Pelukis, pengukur

Muzik

Mencipta lagu, menyanyi,


menikmati muzik, memain alat
muzik

Pencipta lagu,
penyanyi, pemain
alat muzik,
peminat muzik

Kinestetik

Gerakan, tarian, lakonan, sukan,


memain permainan

Atlit, pemain bola


sepak, peninju,
penari, pelakon

Interpersonal

Perhubungan manusia

Diplomat, ahli
politik, peniaga

Intrapersonal

Nilai murni, pendirian, falsafah

Pengarang,
penyajak, ahli
falsafah

Naturalistik

Mengecam sifat semula jadi,


memburu dan pertanian

Pemburu, petani,
ahli sains
semulajadi

4. Ini bermakna, selain daripada penguasaan isi kandungan atau kemahiran


dalam mata pelajaran itu, guru harus juga mengembangkan kelapan-lapan
kecerdasan tersebut di kalangan pelajar.
5. Misalnya, dalam mata pelajaran bahasa guru harus:

Memberi tumpuan kepada perkembangan kecerdasan bahasa seperti


penulisan karangan, sajak atau puisi, memberi ucapan, dan perbahasan.
Kecerdasan interpersonal boleh juga dikembangkan apabila pelajar
anda membuat pendirian atau pegangan atau memberi pendapatnya.
Mengembangkan kecerdasan lain dengan kaedah atau aktiviti berikut:
Pembelajaran koperatif: mengembangkan kecerdasan interpersonal
Lakonan, permainan, simulasi, dan main peranan: mengembangkan
kecerdasan kinestetik, interpersonal, intrapersonal dan mungkin ruang
Melukis, melakar, membuat gambar rajah atau peta konsep:
mengembangkan kecerdasan ruang
Menyanyi lagu, menulis lirik atau seni kata lagu: mengembangkan
kecerdasan muzik.
1.

Dalam mata pelajaran Sains, anda harus:


1.

Memberi tumpuan kepada perkembangan kecerdasan logik


matematik seperti kemahiran:

Menaakul secara logik

Membuat kiraan
Membuat analisis seperti membanding, membeza, mengkelas, menilai,
menyusun atur, atau mentafsir
Membuat sistesis seperti membuat inferens, kesimpulan, hipotesis,
rumusan
Membuat keputusan
Menyelesaikan masalah
2. Mengembangkan kecerdasan yang lain seperti bahasa, ruang,
kinestetik, muzik, interpersonal dan intrapersonal dengan
aktiviti yang sesuai seperti tersebut di atas
3. Apakah Kemahiran Berfikir?
1.

Kemahiran berfikir adalah kemahiran intelek.

2. Terdapat beberapa istilah berikut yang biasa digunakan untuk


mengkelaskan kemahiran berfikir:
1.

Kemahiran berfikir aras rendah dan aras tinggi:


1.

Kemahiran berfikir aras rendah tidak memerlukan


pemikiran yang luas dan mendalam. Contoh: kemahiran
menghafal dan mengingat kembali fakta atau
maklumat.

2. Kemahiran berfikir aras tinggi memerlukan pemikiran


yang luas dan mendalam. Contoh: kemahiran
menjelaskan, membuat analisis, menilai, menjanakan
idea, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan
merancang.
3. Perkataan kemahrian berfikir yang biasa digunakan
bermaksud kemahiran berfikir aras tinggi.
2. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK):
1.

KBKK adalah kemahiran membuat penilaian tentang


sesuatu data atau maklumat dan kemahiran ini
memerlukan kemahiran membuat analisis data atau
maklumat itu seperti membanding, membeza,
menyusun atur, mengkelas, dan mengenal pasti sebab
dan akibat.

2. KBKK adalah kemahiran menjanakan idea yang

banyak, pelbagai dan baru.


3. Kemahiran mereka cipta dan membuat inovasi boleh
dikelaskan di bawah kemahiran berfikir secara
kreatif.
3. Pemikiran Vertical dan Lateral:
1.

Pemikiran vertical bermakna pemikiran secara logik


dan kritis.
Contoh: Ali cedera di lututnya. Basikalnya kemek.
Bagaimanakah kecederaan itu boleh berlaku?

2. Pemikiran lateral bermakna mengeluarkan idea yang


baru tanpa berfikir secara logik; pemikiran ini
merupakan pemikiran secara kreatif.
Contoh: Bagaimanakah kita boleh ukur tinggi sesuatu pokok?
4. Pemikiran bertumpu dan bercapah:
1.

Dalam pemikiran bertumpu, tumpuan pemikiran diberi


dalam menganalisis sesuatu data atau maklumat.
Contoh: Ali deman. Dia tidur di bilik darjah. Mengapa
Ali tidak faham apa yang cikgu mengajar?

2. Dalam pemikiran bercapah, kita hendak mengeluarkan


idea-idea yang banyak, pelbagai dan baru. Contoh:
Apakah kegunaan kotak buangan?
3. Kemahiran berfikir berikut yang tidak dikelaskan melalui mana-mana
istilah tersebut di atas harus dikuasai oleh pelajar anda:
1.

Membuat kaitan:
Pelajar anda harus boleh mengaitkan dengan cepat dan luas
mengenai sesuatu. Contoh: Apakah boleh dikaitkan dengan
BUKU?

2. Membanding dan membeza:


Pelajar anda harus boleh membanding dan membezakan dua
atau lebih benda, cerita, atau cara dengan mengenal pasti
ciri-ciri persamaan dan perbezaan serta membuat huraian

atau kesimpulan. Contoh: Banding dan bezakan dua cerita:


"Sang Kancil dan Buaya" dengan "Anjing dengan Bayangbayang".
3. Mengkelaskan:
1.

Pelajar anda harus boleh mengkelaskan pelbagai


benda, cerita dan cara di dalam kelas-kelas yang
sesuai.

2. Kemahiran ini melibatkan kemahiran membanding dan


membezakanciri-cirinya serta mengkelaskannya di
dalam kelas-kelas yang sesuai. Contoh: Kumpulkan
yang berikut ke dalam kelas-kels yang sesuai: buku,
anjing, pokok bunga raya, harimau, Ahmah.
4. Menilai:
Pelajar anda harus boleh menilai sesuatu benda, tindakan,
watak, cerita, atau cara untuk menentukan sama ada baik,
menarik, kelebihannya, akan berjaya, atau kreatif. Contoh:
Ali terlupa bawa pensel ke sekolah. Ahmad meminjamkan
penselnya kepada Ali. Nilaikan perbuatan Ali dan Ahmad.
5. Menyusun atur:
Pelajar anda harus boleh menyusun atur perkataan, ayat, idea, tugas, tindakan, atau
cara mengikut sesuatu urutan, ploa, hierarki atau keutamaan yang dikehendaki.
Contoh: Susunkan tugas berikut mengikut keutamaan:
1.

Siram pokok bunga.

2. Baiki tayar basikal yang bocor.


3. Buat latihan matematik.
1.

Mengenal pasti pernyataan benar dan palsu:

Pelajar harus boleh mengenal pasti pernyataanbenar dan palsu dengan


menggunakan pengetahuannya atau dengan menaakul secara logik. Contoh: Yang
manakah pernyataan benar?
1.

Matahari terbit di Barat.

2. Lembu makan rumput.


1.

Mengenal pasti pernyataan berasaskan fakta dan pendapat:


1.

Pelajar harus boleh mengenal pasti pernyataan


berasaskan fakta dan pendapat

2. Pernyataan berasaskan fakta senang dibuktikan sama


ada benar atau salah
3. Pernyataan berasaskan pendapat adalah pandangan
seseorang dan pernyataan itu susah dibuktikan sama
ada benar atau salah.
Contoh: 1. Sekolah Ali mendapat 75% kelulusan dalam
Peperiksaan PMR pada tahun ini. (Pernyataan berasaskan
fakta; faktanya ialah 75% kelulusan dalam Peperiksaan PMR
pada tahun ini)
2. Pelajar akan belajar dengan lebih berkesan sekiranya
mereka belajar dengan muzik. (Pernyataan berasaskan
pendapat; pendapat ialah sekiranya mereka belajar dengan
muzik.)
2. Mengenal pasti pernyataan berat sebelah:
Pelajar harus boleh mengenal pasti pernyataan yang berat sebelah.
Contoh: Kenal pasti sama ada pernyataan berikut adalah berat sebelah:
1.

Lebih daripada 90% pengguna termasuk Awie menggunakan sabun X


berbanding dengan sabun Y.

2. Makanan kesihatan X mengandungi lebih banyak Vitamin A tetapi


harganya lebih tinggi berbanding dengan makanan kesihatan Y.
1.

Mengenal pasti sebab dan menyatakan pelbagai sebab:


1.

Pelajar harus boleh mengenal pasti sebab bagi


sesuatu tindakan atau kejadian. Contoh: Kenal pasti
sebab daripada dua pernyataan berikut: Ali
terlanggar kereta. Kakinya patah.

2. Pelajar harus juga boleh menyatakan pelbagai sebab


mengapa sesuatu tindakan atau kejadian berlaku.

Contoh: Aminah menangis. Mengapa?


2. Mengenal pasti akibat dan meramal pelbagai akibat:
1.

Pelajar harus boleh mengenal pasti akibat sesuatu


tindakan atau kejadian. Contoh: Kenal pasti akibat
daripada dua pernyataan berikut: Ali tidak membuat
kerja rumah yang diberi oleh gurunya. Bapa Ali
menasihatinya.

2. Pelajar anda harus juga boleh meramal pelbagai


akibat bagi sesuatu tindakan atau kejadian. Contoh:
Ahmad membandu keretanya dengan laju. Apakah
yang mungkin akan terjadi?
3. Membuat inferens atau kesimpulan awal:
Pelajar anda harus boleh membuat generalisasi atau
hipotesis dengan mendapatkan satu pola dan membuat satu
pernyataan umum atau hipotesis. Contoh: Aminah boleh
menjahit baju. Siti juga boleh menjahit baju. Apakah
generalisasi atau pernyataan umum yang boleh dibuat?
4. Mentafsir:
Pelajar harus boleh mentafsir perkataan, ayat, gambar, atau graf. Contoh:
Mentafsirkan ayat berikut:
1.

Orang itu panjang tangan.

2. Air tenang jangan disangka tiada buaya.


1.

Mengenal pasti idea utama, idea sokongan dan butir-butir


terperinci:
1.

Pelajar harus boleh mengenal pasti idea utama, idea


sokongan dan butir-butir terperinci untuk
pemahaman yang lebih jelas.

2. Idea utama dalam sesuatu perenggan menggambarkan


isi kandungan di dalam perenggan itu.
3. Idea sokongan menerangkan idea utama.
4. Butir-butir terperinci menghuraikan dengan lebih

mendalam tentang idea utama atau idea sokongan.


Contoh: Kenal pasti idea utama, idea sokongan dan
butir-butir terperinci di dalam maklumat berikut: Ali
suka bermain bole sepak. Dia bermain dengan kawankawannya. Mereka bermain di padang kampung
mereka. Padang itu kecil.
2. Merujus atau meringkas:
1.

Pelajar harus boleh merumus atau meringkaskan


sesuatu maklumat.

2. Kemahiran merumus melibatkan kemahiran mengenal


pasti dan menyusun idea utama dan idea sokongan
yang penting dan kemudian menyatakannya secara
ringkas. Contoh: Ringkaskan perenggan yang diberi di
atas.
3. Membuat keputusan:
Pelajar anda harus boleh membuat keputusan mengikut langkah-langkah berikut:
1.

Janakan pelbagai pilihan.

2. Ramalkan akibat untuk sesuatu pilihan.


3. Tentukan kriteria seperti keselamatan, kos, masa, minat, atau
kriteria lain tuk membuat pilihan.
4. Pilih pilihan terbaik berasaskan kriteria.
Contoh: Anda ingin membeli kasuk sukan. Apakah yang harus diambilkira untuk
memilih jenis kasut sukan?
1.

Menyelesaikan masalah:
1.

Pelajar harus boleh menyelesaikan dua jenis masalah


iaitu yang memerlukan idea baru dan memerlukan
analisis.

2. Pelajar boleh menyelesaikan masalah yang


memerlukan idea baru dengan mengikut langkah
berikut:

1.

Janakan cara atau idea untuk menyelesaikan masalah itu.

2. Pilih cara yang difikirkan baik.


3. Laksanakan cara yang telah dipilih itu.
4. Nilai sama ada cara itu berkesan.
Contoh: Persatuan Pengakap bercadang membersihkah satu kawasan pantai yang
tercemar tetapi menghadapi masalah kewangan. Bagaimanakah persatuan itu boleh
mendapat wang?
1.

1.

Pelajar boleh menyelesaikan masalah yang


memerlukan analisis dengan mengikut langkah
berikut:

Tentukan faktor yang mungkin menyebabkan masalah itu berlaku.

2. Janakan pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah itu.


3. Pilih cara yang terbaik
4. Laksanakan cara yang telah dipilih itu.
5. Nilai sama ada cara itu berkesan.
Contoh: Kebanyakan pelajar di sekolah X lemah dalam mata pelajaran Matematik.
Bagaimanakah masalah itu boleh diselesaikan?
4. Bagaimanakah Kemahiran Berfikir Boleh Dikembangkan?
1.

Guru harus mengembangkan kemahiran berfikir tersebut di atas


dengan pendekatan penyerapan.

2. Dalam pendekatan penyerapan, kemahiran berfikir yang ada kaitan


dengan isi kandungan mata pelajaran dikembangkan.
3. Pelajar perlu juga tahu akan jenis kemahiran berfikir yang digunakan
serta langkah-langkah dalam proses berfikir.
4. Dalam perkembangan kemahian berfikir, guru harus juga menegaskan
proses berfikir iaitu langkah-langkah dalam kemahiran berfikir itu.
5. Contoh: Dalam topik "Benda-benda Hidup", mata pelajaran Sains
sekolah rendah, guru boleh mengembankan kemahiran membanding

dan membeza sera mengkelaskan benda hidup selain daripada


mengenal pasti pelbagai benda hidup.
6. Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah berhubung
dengan kemahiran membuat ayat yang mudah, anda boleh
mengembangkan kemahiran menyusun atur dengan memberi
perkataan dan meminta pelajar menyusunnya untuk mendapatkan
ayat yang bermakna. Contoh: Susun perkataan berikut supaya
menjadi ayat yang bermakna: Badminton dengan bermain Ali kawankawannya
7. Apabila pelajar telah tahu tentang setiap kemahiran berfikir
tersebut di atas, anda harus memperkukuhkan penguasaannya dengan
menggunakan pelbagai aktiviti.
8. Lihat contoh di bawah ini:
Ali dan Ahmad nampak seorang tua sedang berdiri di tepi jalan.
Orang tua itu hendak melintas jalan tetapi tidak berbuat demikian
kerana rasa takut dan kereta terlalu banyak. Ahmad sendiri melintas
jalan. Ali membantu orang tua itu melintas jalan.
1.

Guru boleh mengembankan kemahiran berfikir aras


rendahdgn soalan berikut:
a.

Siapa yang nampak orang tua di tepi jalan?

b. Apakah yang hendak dibuat oleh orang tua itu?


c.

Siapakah dibantu oleh Ali untuk melintas jalan?

2. Guru boleh memperkembangkan kemahian berfikir aras tinggi


dengan soalan atau aktiviti berikut:
a.

Mengapakah orang tua itu tidak melintas jalan?

b. Apakah akan terjadi sekiranya Ali tidak membantu


orang tua itu?
c.

Apakah pendapat anda tentang tindakan Ali dan


Ahmad?

d. Bandingkan watak Ali dengan watak Ahmad?


e.

Bagaimanakah orang tua itu boleh melintas jalan

sekiranya tiada Ali?


f.

Tuliskan sepucuk surat kepada Majlis Bandaraya


untuk memberi cadangan bagi orang awam melintas
jalan yang sesak.

g.

Perbahasan: dua kumpulan akan bahaskan yang


berikut: "Kereta persendirian harus tidak dibenarkan
dibandar".

h. Projek: Buat satu kajain tentang jalan raya yang


sangat sesak dn menyusahkan orang awam melintas
jalan raya berhampiran rumahanda.
i.

Melukis jejantas untuk orang tua melintas jalan.

2. Aktiviti yang boleh digunakan tuk mengembangkan kemahiran


berfikir termasuk:
a.

soal jawab

b. sumbang saran
c.

permainan

d. pertandingan
e.

kuiz

f.

teka teki

g.

perbahasan

h. projek:

mereka bentuk
mereka cipta
mengkaji
menyelidik
membuat eksperimen
menghasilkan sesuatu produk
menyelesaikan sesuatu masalah

1.

Aktiviti untuk mengembangkan kemahiran berfikir yang tersebut di


atas boleh dilakukan secara kelas, kumpulan atau perseorangan.

5. Rumusan
1.

Dalam p&p untuk pembelajaran masteri, guru harus megembangkan


lapan kecerdasan dan kbkk di kalangan pelajar.

2. Lapan kecerdasan yang dikemukakan oleh H. Gardner ialah bahasa,


logik-matematik, ruang, muzik, kinestetik, interpersonal,
intrapersonal dan naturalistik.
3. Anda harus tahu pelbagai istilah yang digunakan untuk mengkelaskan
kemahiran berfikir seperti:
a.

Kemahiran berfikir aras rendah dan tinggi

b. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif


c.

Pemikiran vertical dan lateral

d. Pemikiran bertumpu dan bercapah

Kemahiran berfikir yang harus dikuasi oleh pelajar adalah:


a.

membuat kaitan

b. membanding dan membeza


c.

mengkelaskan

d. menilai
e.

menyusun atur

f.

mengenal pasti pernyataan benar atau salah

g.

mengenal pasti pernyataan berasaskan fakta dan pendapat.

h. mengenal pasti pernyataan berat sebelah


i.

mengenal pasti sebab dan menyatakan pelbagai sebab

j.

mengenal pasti akibat dan meramal pelbagai akibat

k.

membuat inferens atau kesimpulanan awal

l.

membuat generalisasi atau hipotesis

m. mentafsir
n.

mengenal pasti idea utama, idea sokongan dan butir-butir


terperinci

o.

merumus atau meringkas

p.

membuat keputusan

q.

menyelesaikan masalah

5. Guru harus menggunakan pelbagai aktiviti untuk mengembangkan


lapan kecerdasan dan kemahiran berfikir yang tersebut di atas.
6.

Dalam perkembangan kemahiran berfikir, guru harus memberi


penegasan terhadap proses berfikir.

You might also like