You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS JALAN PEEL

JALAN PEEL KUALA LUMPUR


MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID BIL 1/TAHUN 2015
Tarikh

: 30/ 12/ 2014 (Selasa)

Masa

: 8:30 a.m.- 10:30 a.m.

Tempat

: Bilik Guru

Pengerusi

: Cik Jamaih Binti Mahli

Kehadiran

1)
:
2)
3)
4)
5)
6)
7)
8)

Cik Jamaiah Bt Mahli


Cik Maznah Binti Sutan
Pn Lee Seng Keat
En Khairul Izhwan Bin Mansor
Pn Farrah Binti Mohd Haslam
Pn Jurina Bt Abd Manaf
Cik Shamila Nair a/p Chandran
Pn Rasean Helisma Bt Hamzah

9) En Chiam Siong Han


10) Cik Fazrina Binti Idris
11) Pn Halimaton Saadiah Binti Ramli
12) Pn Nadiah Binti Kamarudin
13) Cik Siti Normah Binti Itar
14) Pn Suriani Binti Sulaiman
Hadir Bersama (Jika ada)

: 1) En Mohd Redzuan Bin Bajri


2) En Mohd Alhafiz Bin Omar
3) Pn Nor Hasliza Binti Talib
4) Pn Noor Aisha Binti Maiden

Tidak Hadir

: 1) En Md Hassan Bin Mokhtar

(GPK HEM)
(Naib Pengerusi III)
(Setiausaha)
(Setiausaha Unit Disiplin Dan Pengawas)
(Setiausaha Unit 3K)
(Setiausaha Bantuan Dan Kebajikan)
(Guru Skim Pinjaman Buku Teks)
(Guru Bimbingan & Kaunseling Dan
Pencegahan Dadah (PPDa)
(AJK Skim Pinjaman Buku Teks)
(Ketua Pembantu Pengurusan Murid)
(Pembantu Pengurusan Murid)
(Pembantu Pengurusan Murid)
(Pembantu Pengurusan Murid)
(Pembantu Pengurusan Murid)

2) En Azman Bin Harun


3) Pn Rusnani Binti Rosili
5) Pn Nor Aziah Binti Daud
7) En Muhammad Safuan Bin Ashari
8) Pn Mazraihan Binti Hilmi
9) Pn Wan Rose Binti Mustapha
Urus Setia/Setiausaha
1

: Pn Lee Seng Keat

PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Cik Jamaiah mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang menghadiri
mesyuarat HEM yang pertama.
Tindakan: Makluman
1.2. Cik Jamaiah mengingatkan guru-guru tentang pelanggan utama unit HEM ialah
murid, ibu bapa dan komuniti setempat.
Tindakan: Makluman

Hak Cipta Terpelihara@SKPKJP Kuala Lumpur

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1. Minit Mesyuarat Bil 3/2014 dicadangkan pengesahannya oleh Cik Shamila Nair
a/p Chandran (Guru Skim Pinjaman Buku Teks) dan disokong sebulat suara
oleh ahli mesyuarat.
Tindakan: Makluman

PERKARA BERBANGKIT:
3.1. Perkara penghantaran laporan dokumentasi aktiviti di bawah AJK HEM (para 13
pada minit 4.2) muka surat 3 : Puan Pengerusi memaklumkan laporan daripada
semua unit HEM telah diterima dan disimpan di dalam fail HEM
Tindakan: Makluman

DASAR PENGURUSAN HEM 2015


4.1
Puan Pengerusi memaklumkan bahawa setiap unit di di bawah HEM akan
menerima Buku Dasar Pengurusan HEM 2015 dan Pelan Tindakan Program
Sekolah Selamat.
Tindakan: Setiausaha HEM
4.2

Puan Pengerusi membacakan maklumat yang penting di dalam Dasar


Pengurusan HEM 2015. Dasar ini dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu:
i)
Dasar Pengurusan Kelas
ii)
Dasar Pengurusan Disiplin
iii)
Dasar Kebajikan Murid
iv)
Dasar Kebersihan Dan Kesihatan
v)
Dasar Keselamatan
Tindakan: Makluman

4.2.1 Dasar Pengurusan Kelas


4.2.1.1 Fail peribadi murid akan disimpan oleh guru kelas dan fail tersebut mesti
disertai dengan gambar murid. Maklumat murid akan diedarkan kepada guru
kelas untuk diisikan di dalam buku kedatangan.
Tindakan: Guru Kelas
4.2.1.2 Surat pertukaran murid ke sekolah ini akan diberi kepada guru kelas untuk
disimpan dalam fail peribadi murid.
Tindakan: GPK HEM
4.2.1.3 Guru perlu menghubungi ibu bapa untuk membawa murid ke klinik sekiranya
terdapat murid yang sakit.
Tindakan: Makluman
4.2.1.4 Kekemasan, kebersihan dan keselamatan kelas harus diutamakan.
Tindakan: Guru Kelas
4.2.1.5 Bilangan murid yang hadir ke sekolah perlu ditulis di papan putih.
Tindakan: Guru Kelas dan PPM

Hak Cipta Terpelihara@SKPKJP Kuala Lumpur

4.2.2 Dasar Pengurusan Disiplin


4.2.2.1 Semua guru adalah merupakan guru disiplin dan perlu menegur kesilapan
murid serta merta.
Tindakan: Makluman
4.2.2.2 Kesalahan berat yang dibabit oleh murid perlu dimaklumkan kepada guru
disiplin dan pentadbir.
Tindakan: Makluman
4.2.2.3 Buku Log Disiplin akan disediakan dan kesalahan murid perlu dicatatkan
dalam buku tersebut.
Tindakan: Makluman
4.2.3 Dasar Kebajikan Murid
4.2.3.1 Menu RMT dan jumlah makanan yang tidak habis akan dicatatkan dalam
buku RMT.
Tindakan: Guru dan PPM bertugas
4.2.3.2 Data murid perlu dikemaskini sentiasa.
Tindakan: Guru data
4.2.4 Dasar Kebersihan dan Kesihatan
4.2.4.1 Ruang sakit harus sentiasa kemas dan tidak dibenarkan untuk meletak
barang-barang lain.
Tindakan: Guru 3K
4.2.5 Dasar Keselamatan
4.2.5.1 Latihan kebakaran akan dibuat sebanyak 2 kali setahun.
Tindakan: Guru 3K
4.2.5.2 Garis panduan menghadapi banjir akan ditampal di bilik guru.
Tindakan: Setiausaha HEM
4.2.5.3 Guru perlu memaklumkan kepada pihak pentadbir jika didapati tidak ada
pengawal di pondok pengawal
Tindakan: Makluman
4.2.5.4 Nombor-nombor yang boleh dihubungi sekiranya berlaku kecemasan akan
dilekatkan pada tempat yang senang dilihat.
Tindakan: Guru 3K
4.2.5.5 Wakil daripada Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) akan dimasukkan dalam
AJK Program Sekolah Selamat.
Tindakan: GPK HEM
4.2.5.6 Buku Log Telefon akan disediakan untuk catatan panggilan yang dibuat.
Tindakan: GPK HEM
4.2.5.7 PPM dimaklumkan untuk sentiasa bersama dengan murid semasa
perhimpunan.
Tindakan: Makluman

Hak Cipta Terpelihara@SKPKJP Kuala Lumpur

Perancangan Strategik HEM 2015-2017


5.1. Puan Pengerusi memaklumakan bahawa terdapat 7 fasa dalam Perancangan
Strategik iaitu:
Fasa 1 Proses Pra Perancangan
Fasa 2 Hala Tuju : Mandat, Misi dan Visi
Fasa 3 Analisis Persekitaran
Fasa 4 Isu, Matlamat, Objektif, KPI & Sasaran
Fasa 5 Strategi, Taktik & Operasi
Fasa 6 Implementasi Strategi
Fasa 7 Penilaian & Maklum Balas Prestasi Pelaksanaan Strategik
5.2. Perancangan Strategik HEM 2015-2017 akan diedarkan kepada setiap unit di
bawah HEM.
Tindakan: GPK HEM

Hal-hal lain
6.1 Masalah Disiplin Murid
6.1.1 En Khairul bertanya pendapat untuk menyelesaikan masalah murid datang
lewat yang disebabkan oleh sikap ibu bapa yang kurang prihatin. Puan pengerusi
akan berbincang dengan ibu bapa dan perkara ini akan diberi penerangan kepada ibu
bapa semasa mesyuarat Agung PIBG.
Tindakan: GPK HEM dan Guru B&K

6.1.2 Encik Khairul juga menyatakan bahawa terdapat murid yang menunjukkan
isyarat lucah.
Tindakan: GPK HEM dan Guru B&K
6.1.3 Terdapat juga murid yang tidak dapat mengawal emosi mereka semasa marah
dan merosakkan harta benda di sekolah serta mencederakan guru. Perkara ini akan
dipanjangkan kepada guru Bimbingan Dan Kaunseling.
Tindakan: GPK HEM dan Guru B&K
6.1.4 En Khairul mencadangkan nama Ustaz Ikmal dimasukkan di dalam AJK
Disiplin dan dipersetujui oleh Puan Pengerusi.
Tindakan: GPK HEM
6.2 Pengawal Sekolah
6.2.1 Encik Khairul mencadangkan pengawal sekolah perlu menjaga di pagar sekolah
supaya ibu bapa tidak memandu kereta ke kawasan sekolah untuk membuat
pusingan keluar.
Tindakan: GPK HEM
6.3 Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ)
6.3.1 En Khairul bertanya tentang pelaksanaan KPJ di sekolah. Puan Pengerusi
memaklumkan bahawa unit KPJ di bawah HEM tetapi pelaksanaan program adalah
di bawah unit Ko-Kurikulum.
Tindakan: Makluman

Hak Cipta Terpelihara@SKPKJP Kuala Lumpur

6.4 RMT
6.4.1 Pn Jurina bertanya tentang tarikh permulaan untuk RMT. Puan Pengerusi
memaklumkan bahawa surat permulaan RMT belum diterima tetapi RMT akan
dimulakan juga pada minggu pertama persekolahan.
Tindakan: Makluman
6.5.1 Cik Shamila bertanya tentang kelayakan murid bukan warganegara untuk
menerima RMT. Puan Pengerusi memaklumkan bahawa murid tersebut tidak layak
untuk menerima RMT.
Tindakan: Makluman
6.5 Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK)
6.5.1 En Khairul membangkitkan isu elaun EMK kerana ibu bapa sering bertanya
guru tentang terikh kemasukan elaun tersebut.
6.5.2 Puan pengerusi memaklumkan bahawa penerangan tentang elaun EMK
kepada ibu bapa akan dibuat semasa Mesyuarat Agung PIBG yang akan datang.
Tindakan: GPK HEM
6.5.3 Had pengeluaran elaun EMK adalah RM 300 dan hanya dibenarkan 2 bulan
sekali.
Tindakan: GPK HEM
6.5.4 Ibu bapa boleh membuat pemindahan semua wang dari Bank Simpanan
Nasional (BSN) ke bank lain dengan membuat surat pemohonan dan memberi
salinan fotostat buku bank yang baru kepada GPK HEM.
Tindakan: Makluman
6.6 Persediaan untuk Permulaan Sesi Persekolahan
6.6.1 Puan Pengerusi mengingatkan guru sentiasa bersedia untuk pemantauan
pegawai ke sekolah semasa permulaan sesi persekolahan.
Tindakan: Makluman
6.7 Komuniti ASEAN
6.7 Maklumat Komuniti Asean akan diedarkan untuk ditampal di dalam kelas.
Tindakan: GPK HEM
6.8 PPM
6.8.1 PPM perlu berada di dalam kelas untuk membantu guru menjaga murid. PPM
perlu menjaga kelas lain jika murid kelas mereka tidak datang.
Tindakan: PPM
6.8.3 Guru dan PPM boleh sentiasa merujuk kepada Dasar Pengurusan HEM tentang
tugasan masing-masing.
Tindakan: Makluman

7. Penutup
Mesyuarat diakhiri dengan ucapan terima kasih daripada Puan Pengerusi dan beliau
mendoakan kesihatan kepada semua warga sekolah supaya dapat menjalankan
tugas dengan baik.

Hak Cipta Terpelihara@SKPKJP Kuala Lumpur

Mesyuarat ditangguhkan pada 10:30 pagi.

Disediakan oleh,

...................

( LEE SENG KEAT)


Setiausaha Hal Ehwal Murid 2015
SKPK Jalan Peel.

Tarikh:

Hak Cipta Terpelihara@SKPKJP Kuala Lumpur

You might also like