You are on page 1of 12

PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN

PENYELIDIKAN TINDAKAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
DENGAN KEPUJIAN

JABATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI


PROFESIONALISME KEGURUAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

OGOS 2011

GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS PENYELIDIKAN TINDAKAN


(BERDASARKAN PANDUAN UMUM PENULISAN LAPORAN
PENYELIDIKAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DAN
KEPUTUSAN MESYUARAT PADA 11 OGOS 2011)

1.0

PENDAHULUAN

Garis panduan ini adalah untuk kegunaan pelajar Institut Pendidikan Guru, Kementerian
Pelajaran Malaysia (IPG-KPM) yang perlu menyediakan laporan penyelidikan tindakan
sebagai memenuhi keperluan kurikulum Ijazah Sarjana Muda Perguruan.
2.0

KERTAS
2.1
Saiz : A4 (berkualiti tinggi; 210 mm x 297 mm, 80gsm)
2.2
Warna: Putih

3.0

PENAIPAN
3.1
Jenis Huruf: Times New Roman bersaiz 12 yang ditaip justify
3.2
Selang Baris:
- DUA (2) langkau double spacing bagi teks am.
- SATU (1) langkau digunakan untuk Abstrak , Terjemahan Abstrak dan
Rujukan
3.3 Ukuran: Ukuran Muka Surat seperti berikut:
- Atas
:
2.5 cm daripada jidar atas
- Bawah
:
2.5 cm daripada jidar bawah
- Kanan
:
2.5 cm daripada jidar kanan
- Kiri
:
4.0 cm daripada jidar kiri
Peringatan:
i. Setiap permulaan tajuk hendaklah ditaip 5.0 cm daripada birai atas
kecuali tajuk laporan penyelidikan, rujukan dan lampiran.
ii. Pada setiap perenggan terakhir dalam sesuatu halaman mengandungi
sekurang-sekurangnya DUA baris teks bertaip. Sekiranya tidak,
pindahkan teks tersebut ke halaman berikutnya sebagai perenggan
baru
iii. Perkataan terakhir sesuatu halaman tidak boleh menggunakan tanda
sempang.
iv. Sesuatu halaman yang baru hendaklah mengandungi sekurangkurangnya DUA baris teks.

3.4

Format Am :

Semua tajuk ditaip dengan huruf besar


2.0
FOKUS KAJIAN
Kecuali subtajuk.
2.1
Pengenalan
2.0
Isu Kajian

3.5 Nombor Halaman : Kedudukan nombor halaman bagi teks am adalah 1.5 cm
daripada birai bawah dan 2.5 cm daripada birai kanan. Gunakan huruf yang
sama dengan huruf teks (Times New Roman) tanpa hiasan.
i. Pada halaman permulaan (bermula daripada halaman
judul) hendaklah dinomborkan dengan angka kecil
roman secara berturut-turut sepertimana
berikut: i, ii, iii, iv .
Peringatan: halaman permulaan dianggap sebagai
halaman (i), tetapi tidak ditaip pada halaman pertama.

1
2

BUTIRAN
Kertas kosong
Halaman Judul

Halaman Pengesahan Penyelia

Halaman Pengakuan

Halaman Dedikasi

Halaman Penghargaan

Halaman Abstrak

Halaman Abstract

Halaman Isi Kandungan

10
11
12
13

Halaman Senarai Jadual


Halaman Senarai Rajah
Halaman Senarai Lampiran
Teks

CATATAN
Tidak bernombor tetapi dikira
sebagai (i)
Bernombor Roman kecil iaitu
(ii)
Bernombor Roman kecil iaitu
(iii)
Bernombor Roman kecil iaitu
(iv)
Bernombor Roman kecil iaitu
(v)
Bernombor Roman kecil iaitu
(vi)
Bernombor Roman kecil iaitu
(vii)
Bernombor Roman kecil iaitu
(viii)
Bernombor Roman kecil
Bernombor Roman kecil
Bernombor Roman kecil
Berangka numerik 1,2,3.....

14

Rujukan

15

ii.
Lampiran

Berangka numerik ..... 70, 71,


72.....bersambung dengan teks
Berangka numerik ..... 80, 81,
82.... bersambung dengan
rujukan

P
P
Peringatan: halaman pertama teks dianggap sebagai
halaman (1), tetapi tidak ditaip sebagai (1). Begitu juga
bagi halaman permulaan setiap bab yang tidak perlu
ditulis nombor halamannya, tetapi diambil kira ketika
menomborkan halaman berikutnya.

4.0

CETAKAN
Cetakan pada sebelah halaman sahaja iaitu semasa menjilid hendaklah pada
sebelah kanan.

5.0

PENJILIDAN
5.1

Serahan
: Menyediakan LIMA (5) naskhah tesis. Naskah
untuk pemeriksaan (penyelia/penilai kedua) hendaklah dijilid
menggunakan kulit keras jenis biasa SAHAJA.
Nota: Sebelum dijilid, calon hendaklah terlebih dahulu memastikan setiap
pembetulan telah diuruskan selepas melaksanakan pembentangan dalam
seminar penyelidikan.

6.0

5.2

Penduaan

Bagi salinan berikutnya, calon hendaklah


menggunakan kertas mempunyai mutu yang baik
sekurang-kurangnya 80 g dan ke atas sahaja.

5.3

Warna

Tesis hendaklah dijilid kekal berkulit keras dengan


kulit jenis buckram dan bertulisan emas. Warna
kulit adalah Merah Tua (maroon).

KETERANGAN PADA KULIT LAPORAN KAJIAN


6.1

Halaman judul mestilah mempunyai maklumat yang disusun mengikut


urutan berikut:

Judul lengkap penyelidikan

Nama penuh penulis seperti dalam kad pengenalan

Penyataan tujuan penyelidikan

Nama Institut Pendidikan Guru (IPG) tempat penulis berdaftar


Bulan dan Tahun diserahkan

Maklumat yang tersebut di atas hendaklah ditaip bermula dengan Tajuk


Penyelidikan (dalam bentuk piramid terbalik) dengan ukuran 5.0 cm
daripada birai atas dan berakhir dengan Tahun 5.0 cm daripada birai
bawah.
Sila lihat contoh di Lampiran A.
6.2

Tulang Kulit
Maklumat pada ruang tulang laporan penyelidikan hendaklah dicetak
dengan jenis dan saiz huruf yang sama sepertimana pada muka hadapan
laporan dan hendaklah mengikut susunan yang berikut:
Nama IPG (singkatan)
Nama Calon
Ijazah
Tahun
Contoh:
5.0 cm
IPG-KBA
5.0 cm

MOHD. KAHIRUL BIN IDZHAR

PISMP 2010

7.0
FORMAT LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
Laporan penyelidikan ini mengandungi beberapa bahagian yang disusun mengikut format
Penyelidikan Tindakan.
8.0

SUSUNAN DAN URUTAN KANDUNGAN LAPORAN

Laporan penyelidikan hendaklah disusun mengikut urutan seperti yang berikut:


8.1

Kertas Kosong

8.2

Halaman Judul
Halaman judul mestilah mempunyai maklumat yang disusun mengikut
urutan berikut:
Judul lengkap Penyelidikan Tindakan
Nama penuh pelajar seperti dalam kad pengenalan

Pernyataan tujuan tesis (seperti contoh di LAMPIRAN A)


Nama Institut tempat pelajar berdaftar
Bulan dan Tahun diserahkan

8.3

Pengesahan Penyelia
Laporan penyelidikan yang hendak diserahkan untuk tujuan penilaian
hendaklah mendapat pengesahan penyelia terlebih dahulu. Sila lihat
contoh pada Lampiran B.

8.4

Halaman Pengakuan Penulis


Halaman ini mengandungi pengakuan penulis tentang keaslian
penyelidikan. Ia hendaklah ditandatangani oleh penulis. Sila lihat contoh
pada Lampiran C.

8.5

Halaman Dedikasi (Pilihan)


Penyataan dedikasi hendaklah ringkas, iaitu tidak lebih daripada satu
perenggan dan tidak mengandungi sebarang nombor, carta atau gambar.
Sila lihat contoh pada Lampiran D.

8.6

Halaman Penghargaan (Pilihan)


Halaman ini hendaklah ditulis satu muka surat sahaja. Penghargaan
dirakamkan kepada orang perseorangan atau organisasi yang telah
memberikan sebarang bantuan dalam penyediaan kajian. Sila lihat contoh
pada Lampiran E.

8.7

Abstrak
Abstrak hendaklah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan
diikuti terjemahannya dalam bahasa Inggeris atau bahasa yang digunakan
dalam kursus major di muka surat yang berikutnya. Abstrak mestilah
ringkas, ditulis dalam satu perenggan serta tidak melebihi 250 patah
perkataan dalam satu muka surat sahaja. Ia hendaklah menyatakan dengan
ringkas tujuan penyelidikan, kumpulan sasaran (sampel), instrumen
penyelidikan, tindakan yang dijalankan, keputusan yang diperoleh dan
tindakan susulan. Sila lihat contoh pada Lampiran F dan G.

8.8

Halaman Kandungan
Halaman kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baru dan
mengandungi senarai tajuk dan pecahan-pecahan utama daripada tajuk
yang terdapat dalam penyelidikan. Sila lihat contoh pada Lampiran H.

8.9

Halaman Senarai Jadual

Senarai ini mengandungi semua tajuk jadual yang dimuatkan dalam


penyelidikan ini. Nombor halaman tempat jadual diletakkan hendaklah
dicatatkan dalam senarai ini. Sila lihat contoh pada Lampiran I.
8.10

Halaman Senarai Rajah


Rajah merangkumi gambarajah, fotograf, lukisan, graf, carta dan peta.
Senarai rajah mengandungi tajuk rajah dan muka surat yang memuatkan
rajah tersebut. Sila lihat contoh pada Lampiran J.

8.11

Halaman Senarai Lampiran


Senaraikan semua lampiran yang dimuatkan dalam penulisan penyelidikan
dengan memberi perhatian kepada perkara berikut:
a
Laporan penyelidikan tidak semestinya mengandungi lampiran.
Sekiranya diperlukan seperti data penyelidikan, jadual, soal-selidik,
peta, gambar dan sebagainya yang terlalu panjang untuk
dimasukkan ke dalam teks atau yang tidak diperlukan secara
langsung bagi menjelaskan perkara yang dibincangkan dalam teks
bolehlah dimasukkan ke dalam lampiran.
b
Lampiran boleh diberi nama seperti Lampiran A, Lampiran B dan
seterusnya bergantung kepada jenis dan banyaknya bahan yang
disertakan sebagai lampiran. Lampiran juga boleh diberi tajuktajuk tertentu. Sila lihat contoh pada Lampiran K.

8.12

Teks
a
Tajuk/judul.
Teks dalam penulisan laporan penyelidikan hendaklah
mengandungi tajuk/judul yang membayangkan kandungannya
berdasarkan format penulisan Penyelidikan Tindakan. Setiap
tajuk/judul boleh dipecahkan kepada sub tajuk/judul dan
dinomborkan.
i.
Pecahan sub tajuk dibuat sehingga aras ke tiga sahaja.
Contoh : 5.1.2.
ii.
Tekan 2 kali enter bagi menjarakkan tajuk dengan sub tajuk.
iii.
Tekan 2 kali enter bagi menjarakkan sub tajuk dengan sub tajuk
yang lain
b

i.
ii.

Perenggan
Teks ditulis dalam perenggan demi perenggan. Elakkan menulis
perenggan yang panjang. Setiap perenggan sebaiknya dapat
menerangkan satu isu atau perkara yang ada kesinambungan
dengan perenggan berikutnya.
Setiap mula perenggan mesti tab sekali.
Tekan 1 kali enter bagi menjarakkan satu perengan dengan

iii.

c
i.

ii.
d

e
i.
ii.

iii.

f
i.

ii.

iii.

perenggan yang lain


Perenggan awal setiap tajuk hendaklah mengandungi maklumat
pengenalan manakala perenggan akhir tajuk berkenaan seharusnya
mengandungi maklumat seperti merumus/penutup/kesimpulan
tajuk tersebut. Dalam erti kata lain pengenalan dan rumusan tidak
menjadi sub tajuk.
Objektif
Mesti boleh diukur dan tidak ada 2 perkara yang berbeza dalam
satu objektif.
Contoh: Mengenalpasti pengetahuan pelajar dalam aspek
mengingat semula fakta.
Tidak boleh ada hipotesis.
Gambar
Gambar-gambar (bukti) boleh dimasukkan dan fokus
kepada bahagian kemahiran sahaja, muka subjek tidak perlu
ditunjukkan. Sebarang perubahan emosi tidak boleh digambarkan
melalui gambar sebenar tetapi hanya perlu ditulis sahaja.
Jadual dalam teks
Jadual yang dimuatkan ke dalam teks hendaklah dinomborkan dengan
nombor numerik (Contoh: Jadual 1, Jadual 2)
Setiap jadual diberi tajuk yang diletak di atas jadual tersebut pada jarak
satu baris. Di bold , single spacing, santak ketepi
(Contoh: Jadual 3: Bilangan Subjek Kajian Mengikut Jantina)
Jadual sebaik-baiknya diletak selepas sahaja dirujuk buat kali pertama
dalam teks.

Rajah dalam teks


Bahan ilustrasi contohnya peta, carta, lukisan, graf, gambarajah dan
fotograf disebut "Rajah". Setiap rajah hendaklah jelas dan bermutu tinggi
dan bernombor numerik. (Contoh : Rajah 1, Rajah 2)
Tajuk rajah diletak di bawah bahan ilustrasi tersebut pada jarak satu
baris. Di bold , single spacing, ditulis ketengah.
(Contoh: Rajah 2: Analisis Pencapaian Pelajar dalam Ujian Sebelum
dan Ujian Selepas)
Rajah sebaik-baiknya diletak selepas sahaja dirujuk buat kali pertama
dalam teks.

Berikut adalah contoh tajuk/judul teks dalam laporan Penyelidikan


Tindakan.
1.0

PENDAHULUAN
1.1
1.2
1.3

2.0

Pengenalan
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Refleksi Nilai Pendidikan

FOKUS KAJIAN
2.1
2.2

Isu Kajian
Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian

3.0

OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN

4.0

KUMPULAN SASARAN

5.0

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

6.0

CARA PENGUMPULAN DATA

7.0

KEPUTUSAN/ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI

8.0

RUMUSAN/REFLEKSI SELEPAS DAPATAN

9.0

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

10.0

SENARAI RUJUKAN

8.12

Sistem Rujukan

8.12.1 Menulis Rujukan Dalam Teks


Bagi maklumat atau idea yang diambil daripada sesuatu sumber, penulis
hendaklah menyatakan sumber tersebut dalam teks. Rujukan dalam teks
dan dalam Senarai Rujukan hendaklah ditulis mengikut sistem American
Psychological Association (APA) yang terkini. Contoh rujukan dalam teks
adalah seperti yang berikut:

(a) Menyatakan hasil karya seorang pengarang:

Sepanjang kajiannya, Wong (2000) telah menunjukkan

Sistem pendidikan di Malaysia menggalakkan


perkembangan individu yang menyeluruh (Choy, 2006).

(b) Menyatakan hasil karya dua orang pengarang:

Laporan Harton dan Smith (1995) menyatakan


Pelajar IPG didapati mempunyai bakat yang pelbagai (Lee
& Boon, 2005).

(c) Menyatakan hasil karya beberapa orang pengarang:

Goromon (2003); Hector (2001) dan Victor dan Michael


(2006)
menyatakan

Banyak kajian yang lepas (contoh, Francis, 1995; Garmon,


1998; Goon & Koh, 2003) telah menunjukkan

(d) Menyatakan hasil karya sumber sekunder:

Sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan


peperiksaan (Man, 1982, seperti dinyatakan dalam Lim,
1990).
Mengikut Man (1982, seperti dinyatakan dalam Lim,
1990),
sistem pendidikan di Malaysia terlalu
mementingkan peperiksaan.

8.12.2 Menulis Rujukan dalam Senarai Rujukan


Contoh rujukan dalam Senarai Rujukan adalah seperti yang berikut:

(a) Buku
Kleeman, G. (1995). Kemahiran pemetaan topografi. Sydney:
Hodder Headline.
(b) Jurnal
Lindsay, A. W. (1982). Institutional performance in higher
education: The efficiency dimension [Prestasi institusi
dalam pendidikan tinggi: Dimensi kecekapan.] Review of
Educational Research, 2, 175-199.

(c) Surat khabar


Ball, S. (1986, February 27). Tiada hadiah bagi HSC. Utusan
Malaysia, hlm. 15.
(d) Tesis tidak diterbitkan
Aeria, L. A. (1980). Burnout dalam kalangan guru-guru
Wilayah Persekutuan. Tesis tidak diterbitkan, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur: Malaysia.

(e) Media elektronik


Fatimah Buang (2006). Komputer dan saya. Diperoleh Jan
15, 2007 dari http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/
survey-1997-10/
(f) Media elektronik (tiada tarikh, tiada pengarang)
GVU's 8th WWW user survey. (n.d.). Diperoleh Mac 30, 2004
dari http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/
survey-1997-10/

8.12.3 Menulis Rujukan untuk Nama Pengarang Asia

Dalam Teks
Pengarang Melayu

Mohd. Ali (2005) menyatakan

Pengarang Cina

Lim (2006) menyokong

Pengarang India

Krishnan (2003) menerangkan

Dalam Senarai Rujukan

Mohd. Ali b. Mohd. Bakar.


(2005). Merdeka. Kuala Lumpur:
Dalam senarai rujukan, tulis nama Penerbit Taufik Intelek Sdn. Bhd.
penuh pengarang yang tidak
mempunyai nama keluarga.
Lim, C. B. (2006). Politik dan
saya. Kuala Lumpur: Azrizad Sdn.
Bhd.
Krishnan a/l Thambipillay.
(2003). Dunia politik. Kuala
Lumpur: Tasha Publications.

9.0

Had Maksimum
Had panjang laporan Projek Ijazah Sarjana Muda Perguruan tidak melebihi 10 000
patah perkataan.

You might also like