You are on page 1of 53

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

PENDIDIKAN JARAK JAUH ( PPG-PJJ )


SEMESTER 1 SESI 2014 / 2015
KRL 3043
LATIHAN ILMIAH

DISEDIAKAN OLEH :
NAMA
NORALIZAWATI BINTI AHMAD
( UPSI 71 )
NAMA PENSYARAH
TARIKH SERAHAN

:
:

NO ID
D20102045705

NO TELEFON
013-6587582

ENCIK ABDULLAH BIN YUSOF


30 NOVEMBER 2014

ISI KANDUNGAN
PERKARA

MUKA SURAT
1

Muka hadapan

Isi kandungan

2-3

Senarai jadual

Pendahuluan

Abstrak

Abstract

Bab 1 Pengenalan
1.1 Pendahuluan

1.2 Latar Belakang Kajian

1.3 Penyataan Masalah

1.4 Kerangka Konseptual

10

1.5 Objektif Kajian

10

16. Soalan Kajian

11

1.7 Kepentingan Kajian

11

1.8 Batasan Kajian

12

1.9 Definisi Pembolehubah

12

1.10 Rumusan

13

Bab 2- Tinjauan Literatur

14

2.1 Pendahuluan

14

2.2 Teori dan Konsep Berkaitan

14

2.3 Kajian-kajian Lepas

19

2.4 Rumusan

20
2

Bab 3 Metodologi

21

3.1 Pendahuluan

21

3.2 Reka Bentuk Kajian

21

3.3 Persampelan

24

3.4 Instumen Kajian

24

3.5 Analisis Data ( deskriptif )

25

3.6 Rumusan

26

Bab 4 Dapatan Kajian

27

4.1 Pendahuluan

27

4.2 Profil Responden

27

4.3 Analisis Dapatan Kajian

28

4.4 Rumusan

33

Bab 5 Perbincangan dan Kesimpulan

35

5.1 Pendahuluan

35

5.2 Perbincangan Berdasarkan Soalan Kajian

35

5.3 Cadangan Kajian Lanjutan

38

5.4 Penutup

41

SENARAI JADUAL

Jadual 1 Keputusan Ujian Pra

26

Jadual 2 Keputusan Ujian Pasca

26
3

Jadual 3 Profil Sampel Kajian

28

Jadual 4 Keputusan Ujian Pra

29

Jadual 5 Analisa Soal Selidik ( Soalan 5 hingga 13 )

30

Jadual 6 Analisa Soal Selidik ( Soalan 5 dan 6 )

32

Jadual 7 Perbezaan Markah Ujian Pra dan Pasca

33

Jadual 8 Purata Min Daripada Soal Selidik

34

Jadual 9 Menguasai dan Tidak Menguasai Kosa Kata

37

Jadual 10 Aktiviti Menulis Murid-murid Tahun Lima Dedikasi

38

Pendahuluan
Assalamualaikum wbt dan salam hormat. Saya amat bersyukur kepada Allah swt kerana
dengan izin-Nya dapatlah saya menyiapkan tuagsan KRL 3043 Latihan Ilmiah.
Tajuk penyelidikan untuk kertas cadangan ini ialah Meningkatkan Penguasaan Kata
Kerja Menggunakan Akhbar Dalam Darjah ( ADD ). Cadangan penyelidikan ini bermula
4

dengan Abstrak dan diikuti dengan tiga bab utama iaitu Pengenalan, Tinjauan Literatur dan
Metodologi.
Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, terutamanya kepada rakan-rakan
seperjuangan yang banyak berkongsi idea dan maklumat yang boleh dimuatkan ke dalam kajian
penyelidikan ini. Begitu juga kepada suami saya, Encik Rosli bin Mohamad yang banyak
berkorban masa dan tenaga demi membantu saya menyiapkan kertas kerja penyelidikan ini.
Tidak lupa juga kepada pensyarah yang banyak memberikan maklumat dan bahan agar
saya dapat menyiapkan kertas kerja penyelidikan ini dengan jayanya. Sesungguhnya, tugasan ini
pasti memberikan banyak manfaatnya kepada pihak di luar sana. Bukan sahaja dapat
menambahkan pengetahuan saya, malah mampu memperkukuhkan lagi kemahiran sedia ada.
Semoga saya dan rakan-rakan yang lain diberkati oleh Allah swt dalam meneroka dunia
pendidikan yang tidak bersempadan ini. In shaa Allah.
Disediakan oleh,
NORALIZAWATI BINTI AHMAD
820808045126

ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu kajian tindakan yang bertujuan untuk melihatkan kecekapan muridmurid Tahun Lima Dedikasi, Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai dalam menggunakan dan
menguasai kata kerja melalui Akhbar Dalam Darjah ( ADD ) dengan pilihan yang tepat dalam
situasi yang sesuai. Reka bentuk kajian yang dipilih adalah berdasarkan Model Kemmis & Mc
Taggart ( 1988 ). Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik dengan
menggunakan Skala Likert. Data yang dikumpul dianalisis secara kuantitatif. Seramai 30 sampel
5

telah dipilih bagi menjalani kajian ini. Ujian pra dan ujian pasca digunakan bagi melihat
perbezaan semasa menganalisis data. Segala perbincangan, rumusan dan cadangan kajian
diharapkan dapat memberikan manfaat yang sebaiknya pada masa akan datang dalam
meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru dan murid-murid.

ABSTRACT

This research that aims to reflect the efficiency of the pupils in Year Five Dedication, Sekolah
Kebangsaan Bukit Rambai by using ADD ( Newspaper In Education ) with the right choice in
appropriate situations. This research is based on the Kemmis & Mc Taggarts Model (1988). The
instrument used was a questionnaire using Likert Scale. Data were analyzed quantitatively. A 30
samples were selected to conduct this research, including pre-test and post-test was used to
compare the current data analysis. All discussions, conclusions and recommendations are
6

expected to provide benefits in the future should be to improve the quality of teaching and
learning among teachers and pupils.

BAB 1
PENGENALAN
1

Pendahuluan

Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, aspek tatabahasa Bahasa Melayu merupakan salah satu
bidang ilmu yang sangat penting dan amat dititiberatkan. Secara harfiahnya, tatabahasa Bahasa
Melayu merangkumi dua bidang utama iaitu Morfologi dan Sintaksis. Bidang Morfologi
merupakan kajian berkenaan tentang kata dan pembentukannya, kelas kata dan pengimbuhan,
manakala bidnag Sintaksis pula lebih kepada kajian tentang pembentukan ayat. Bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu, antara tajuk atau topik yang terkandung dalam bidang Morfologi ialah
7

Kata Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif dan Kata Tugas. Manakala topik yang terkandung dalam
bidang Sintaksis pula ialah kumpulan Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Perintah, Ayat Seruan, Ayat
Dasar, Ayat Tunggal, Ayat Majmuk, Ragam Ayat dan Susunan Ayat.
Tatabahasa pedagogi ialah tatabahasa yang dihuraikan secara khusus untuk kegunaan
bilik darjah bagi tujuan-tujuan pengajaran dan pembelajaran. Sifatnya yang preskriptif dan
menyatakan sesuatu peraturan pedagogi secara dogma betul salah. Konsep ini menggabungkan
kata-kata yang bertujuan untuk menimbulkan bunyi-bunyi ayat dengan menggunakan formula
atau peraturan yang tertentu. Manakala bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa,
yang antaranya ialah membolehkan pelajar bertutur dengan lancar, jelas dan mudah untuk
difahami oleh orang di persekitarannya, juga membolehkan pelajar memahami sesuatu perkataan
atau ayat dan menganalisa kedudukannya. Malahan juga, konsep ini juga membolehkan pelajar
menentukan sesuatu ayat sama ada betul atau salah.
2

Latar Belakang Kajian

Pengajaran tatabahasa di semua sekolah telah banyak dibincangkan, akan tetapi kebanyakannya
merupakan

pemerhatian

semata-mata

tanpa

kajian

yang

mantap

serta

boleh

dipertanggungjawabkan. Lantaran itu, pengkaji memilih untuk mengkaji bidang atau kelompok
kata kerja yang sering digunakan di sekolah, terutamanya dalam membina ayat berdasarkan
gambar. Ini adalah kerana murid tidak dapat memilih kata kerja yang tepat dan mengikut situasi
atau keadaan yang betul.
Kita sudah seharusnya dapat mengutarakan kaedah atau pendekatan yang lebih berkesan
untuk mengajar aspek tatabahasa tertentu serta dapat membezakannya daripada satu aspek
kepada aspek yang lain. Jika kita tinjau hasil pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa di
sekolah kira-kira 10 tahun yang lalu, kita akan dapati bahawa usaha itu secara harfiahnya boleh
dikatakan berjaya dan memuaskan. Akan tetapi, masih lagi terdapat beberapa kelemahan
terutamanya aspek penggunaan bahasa. Keadaan ini jelas membuktikan bahawa terdapat sesuatu
yang tidak mungkin ada bidang-bidang tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa
telah kita abaikan.

Seperti yang kita sedia maklum, aspek tatabahasa mempunyai sistem lambangnya yang
tersendiri atau sebagai satu sistem pengucapan yang memiliki peraturan, dan digunapakai
sebagai alat perhubungan seharian. Malah, istilah tatabahasa itu sendiri sudah sebati dalam
kehidupan kita. Maka, dengan meneliti tajuk kertas kerja ini, ternyata bahawa kita masih perlu
sama-sama memperkukuh, memperkuat dan memperteguh penguasaan kata kerja yang tepat
dalam sesuatu situasi atau gambar dalam kalangan murid-murid sekolah, khasnya murid sekolah
rendah.
3

Penyataan Masalah

Berdasarkan pemerhatian yang saya lakukan semasa aktiviti pengajaran dan


pembelajaran, saya dapati murid-murid saya tidak dapat menggunakan kata kerja yang tepat,
terutamanya ketika membina lima ayat berdasarkan aktiviti yang terdapat dalam gambar. Malah,
kata kerja yang digunakan juga tidak tepat dan terkeliru dengan situasi atau gambar yang
diberikan. Murid-murid Tahun Lima dan Tahun Enam perlu membina lima ayat menggunakan
kata kerja atau aktiviti yang terdapat dalam gambar atau situasi yang cuba diketengahkan dalam
gambar. Ini terkandung dalam soalan peperiksaan Bahasa Melayu berdasarkan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ).
Disebabkan kesilapan yang mereka lakukan, mereka telah memperoleh markah yang
rendah dan sedikit hanya kerana kurang menguasai penggunaan kata kerja yang betul. Jika
mereka menguasai kata kerja dan seterusnya menggunakannya pada masa yang tepat dan betul
ditambah pula dengan penguasaan ayat yang gramatis, tidak mustahil mereka akan memperoleh
markah yang baik.
4

Kerangka Konseptual
Secara umumnya, kerangka konseptual ialah satu rajah yang menggambarkan beberapa

aspek penting dalam menjalankan kajian, misalnya teori yang digunakan, objektif atau soalansoalan kajian, pembolehubah yang digunakan dan kaitan hubungannya dalam kajian. Bentukbentuk geometri seperti bulatan, petak, segitiga dan sebagainya boleh digunakan, asalkan ianya
dapat menggambarkan keseluruhan kajian yang ingin dilaksanakan. Akan tetapi, elemen-elemen
9

penting seperti teori yang digunapakai, soalan kajian atau objektif kajian teori yang ingin diuji
perlu dimasukkan dalam kerangka konseptual ini.
Masalah Kajian

Jenis Masalah

Langkah / Cara Penyelesaian

Dapatan

Penilaian

Rumusan

Objektif Kajian

Objektif utama penyelidikan ini adalah bertujuan untuk :


-

Mengenal persepsi murid Tahun Lima Dedikasi terhadap penggunaan kata kerja
dalam Bahasa Melayu.

Memastikan murid-murid Tahun Lima Dedikasi dapat menggunakan kata kerja yang
tepat pada sesuatu situasi atau dalam kehidupan seharian mereka

Memastikan murid-murid tahun Lima Dedikasi dapat mengaplikasikan kata kerja


yang tepat pada sesuatu situasi tertentu dengan menggunakan akhbar dalam darjah
( ADD )

membantu para pelajar mengenal kata kerja dan fungsinya dalam ayat. Malah, ia juga
dapat membantu para pelajar menguasai penggunaan kata kerja dalam ayat.

Soalan Kajian
10

Apakah persepsi atau tanggapan murid-murid Tahun Lima Dedikasi terhadap


penggunaan kata kerja dalam Bahasa Melayu ?

Adakah murid-murid Tahun Lima Dedikasi dapat menggunakan kata kerja yang tepat
dalam sesuatu situasi mahupun dalam kehidupan seharian ?

Adakah murid-murid Tahun Lima Dedikasi dapat mengaplikasikan kata kerja yang
tepat pada situasi tertentu dengan menggunakan akhbar dalam bilik darjah ( ADD ) ?

Kepentingan Kajian
Kajian penyelidikan seperti ini adalah penting bagi seseorang guru kerana hasil dapatan

kajian ini nanti dijangka akan dapat membantu para guru membuat refleksi tentang
pengajarannya, di samping memperbaiki kaedah dan teknik pengajaran agar ianya sesuai dengan
tahap kesediaan dan pengetahuan sedia ada murid.
Hasil kajian ini akan :
-

Membolehkan murid-murid Tahun Lima Dedikasi Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai


menggunakan kata kerja yang tepat pada sesuatu situasi dan seterusnya memperoleh
markah yang tinggi semasa menjawab soalan peperiksaan.

Membantu para guru dalam mempelbagaikan kaedah dan cara yang difikirkan sesuai
dalam menarik minat dan mengekalkan fokus murid-murid.

Meningkatkan kesediaan para guru dalam menyediakan bahan pengajaran dan


pembelajaran yang menarik dan bersesuaian semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

Sebagai penggerak kepada pihak pentadbir supaya bersedia untuk membeli bahan
bercetak, maujud serta perisian dalam bentuk CD ( cakera padat ) yang amat
diperlukan oleh pihak panitia khasnya para guru, di mana perisian yang menarik
mampu meningkatkan tahap penguasaan dan pemahaman murid-murid.

Batasan Kajian

Penyelidikan ini dibataskan dan tertumpu kepada murid-murid Tahun Lima Dedikasi di Sekolah
Kebangsaan Bukit Rambai, Melaka. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat tahap penguasaan
kata kerja murid-murid dengan menggunakan akhbar dalam darjah iaitu surat khabar Didik yang
11

diterbitkan pada setiap hari Isnin. Sampel kajian yang diambil adalah seramai 30 orang murid
yang terdiri daripada 18 orang lelaki dan 12 orang perempuan. Kajian ini tertumpu kepada
penggunaan akhbar dalam darjah iaitu Didik.
9

Definisi pembolehubah

Meningkatkan
Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan tahun 2000, istilah meningkatkan lebih
kepada meninggikan kedudukan atau taraf dan juga melonjak lebih tinggi.

Dalam kajian

penyelidikan ini, istilah meningkatkan lebih membawa maksud meletakkan pengetahuan dan
pemahaman mengenai penggunaan kata kerja ke tahap yang telah dan mampu dikuasai. Kata
kerja diharapkan dapat digunakan dengan tepat dan sesuai dengan sesuatu situasi.
Penguasaan
Definisi penguasaan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2000 ) memberikan maksud yang
jelas tentang perihal menguasai sesuatu, memahami dengan cekap dan dapat menggunakan
dengan tepat pada situasi yang diperlukan serta menggunakan kata kerja pada tahap yang
optimum dan seterusnya mahir dalam membuat pilihan yang tepat dan sesuai.
Kata Kerja
Kata kerja merujuk kepada kata yang menyatakan sesuatu perbuatan atau perkataan yang
digunakan untuk menunjukkan perbuatan atau keadaan melakukan ketika melakukan sesuatu
( Kamus Dewan Edisi Keempat, 2000 ). Kata kerja yang digunakan dalam kajian penyelidikan
ini ialah kata kerja aktif. Pembinaan lima ayat amat memerlukan kata kerja aktif kerana
penggunaan imbuhan sangat bersesuaian yang bertujuan untuk melahirkan ayat yang gramatis
dan sempurna.
Akhbar
Rujukan yang dibuat ke atas Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2000 ) mendapati istilah akhbar
dimaksudkan sebagai jamak daripada perkataan khabar, berita atau warta. Selain daripada itu,
akhbar juga bertindak sebagai bahan bercetak yang terkandung dalam cabang media massa dan

12

dikenali sebagai surat khabar yang memiliki peranan yang sangat penting dalam kehidupan
masyarakat pada masa kini.
Akhbar juga bertindak sebagai orang tengah komunikasi massa yang menyalurkan pelbagai jenis
maklumat yang boleh mengubah, mempengaruhi minda golongan pembaca. Selain daripada itu,
akhbar juga berfungsi dalam menyalurkan maklumat, berita yang mutakhir dan terkini serta
menyebarkan ilmu jika kita gunakan dengan sebaiknya. Akhbar Berita Harian menerbitkan
sisipan Didik pada setiap hari Isnin yang memuatkan pelbagai jenis latihan untuk Kertas 1 dan
Kertas 2 Bahasa Melayu dan dipilih untuk menjalankan aktiviti akhbar dalam darjah.
10 Rumusan
Dalam baba ini, pengkaji telah menerangkan dengan lebih lanjut tentang latar belakang kajian
yang dikaji, pernyataan masalah dan persoalan kajian. Selain daripada itu, objektif juga turut
dinyatakan secara umum dan khusus serta kepentingan terhadap kajian diambil kira. Malah,
definisi-definisi operasional kajian juga difahami dan didalami oleh pengkaji.

BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan tentang tinjauan kajian-kajian lepas yang pernah
dibuat oleh para pengkaji yang terdahulu mengenai penggunaan akhbar dalam bilik darjah, selain
daripada fungsi-fungsi akhbar dalam darjah. Malah, tujuan kajian penyelidikan ini dijalankan

13

antara lain adalah untuk mencari kaedah yang sesuai yang dapat membantu murid-murid
meningkatkan lagi tahap penguasaan ke atas kemahiran menggunakan kata kerja yang betul
dalam sesuatu ayat.
2.2 Teori dan Konsep Berkaitan
Antara teori dan konsep yang berkaitan dengan penyelidikan tentang penguasaan kata kerja
menggunakan akhbar dalam darjah ialah fungsi-fungsi akhbar, jenis akhbar dalam darjah dan
kata kerja.
a) Fungsi-fungsi akhbar
Surat khabar atau akhbar merupakan salah satu cabang media yang sudah wujud sejak
zaman dahulu lagi, iaitu semenjak kumpulan manusia tahu dan mahir menulis serta mencipta
tulisan. Memang tidak dinafikan bahawa akhbar masih memiliki peranan yang penting dalam
menyebarkan maklumat, walaupun pada zaman kini kita dibanjiri dengan kemudahan internet
yang berteknologi tinggi. Malah, akhbar juga merupakan satu wadah yang paling pantas dalam
menyampaikan maklumat yang terkini kepada orang ramai umumnya.
Antara fungsi utama akhbar masa kini ialah sebagai alat penyebaran maklumat yang
berkesan, sama ada mengenai urusan negara, bidang ekonomi, ilmu agama mahupun bidang
sains dan teknologi. Maklumat-malumat yang disampaikan juga terkini dan up to date.
Malahan juga, akhbar turut berperanan sebagai alat untuk meluaskan ilmu pengetahuan. Hal ini
demikian1 kerana akhbar-akhbar di Malaysia menyediakan pelbagai ruangan khas untuk para
pembaca menambahkan ilmu pengetahuan mereka. Sebagai contoh, akhbar Berita Harian
menyediakan ruangan atau kolum seperti resensi buku, bicara agama, sasteran dan budaya yang
misi utamanya adalah untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan para pembaca.
Sumber media bukan sahaja berfungsi sebagai cermin kepada masyarakat bahkan juga
merupakan alat perubahan kepada sesuatu masyarakat ( Vir Bala Aggarwal.2002:xvii ). L. John
Martin berpendapat bahawa media massa merujuk kepada alat yang mewujudkan interaksi sosial,
politik, dan ekonomi dalam ukuran yang lebih moden. Media seharusnya menyampaikan
maklumat dan mendidik masyarakat selain menjadi alat perantara dalam sesebuah masyarakat
( Vir Bala Aggarwal.2002:xvii ).
Menurut Md Saidin Ahmad Ishak ( 2006:7 ), dalam sistem pemerintahan demokrasi kini,
media merupakan sumber primer dalam sistem komunikasi massa yang mana media massa telah
14

menjalani arus globalisasi, bersifat universal dan tiada sempadan. Fungsi dan jenisnya juga
semakin hari semakin canggih, selaras dengan perkembangan arus modenisasi pada zaman kini.
Media sebaran am sudah dianggap sesuatu yang amat lazim, iaitu perkara yang sebati dengan
masyarakat manusia yang moden ( Mansor Ahmad Saman.1996 : viii ). John Ryan ( 1999:23 )
pula berpendapat media massa tidak wujud secara terpisah daripada institusi yang lain dalam
masyarakat.
Berkenaan media dalam bidang pendidikan, ianya dihubungkan terus dengan bendabenda, alat-alat, perkakas dan bahan-bahan pendidikan dan pengajaran. Malah, menurut RMW
Travers ( 1970 ), Istilah media biasanya digunakan untuk mewakili satu edaran komunikasi
yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Oleh itu, kita menyebut tentang media teelvisyen atau media
filem bergerak. BJ Enright ( 1972 ) pula mengupas media ialah ikhtiar hidup untuk
memperoleh, memproses atau menyusun kembali maklumat pandang dan dengar ataupun
gabungan maklumat-maklumat pandang dan dengar dengan menggunakan cara grafik,
fotografik, elektronik ataupun cara mekanik.
Dalam erti kata lain, fungsi media adalah untuk memperoleh, memproses atau menyusun
kembali maklumat pandang dan dengar ataupun gabungan dua jenis maklumat ini. Yusof Hashim
( 1997 ) pula menyatakan bahawa media pengajaran yang biasa digunakan dalam pengajaran
dan latihan terbahagi kepada beberapa aspek iaitu :
i.

Media tayang kaku ( transperasi, slaid )

ii.

Media tayang gerak ( video, filem )

iii.

Grafik ( lukisan, poster )

iv.

Gambar kaku ( foto, kad imbas )

v.

Media pameran ( model, boneka )

vi.

Media paparan ( papan kapur, papan flannel )

vii.

Media audio ( tutur, pita audio )

viii.

Media cetak ( modul, akhbar, majalah )

Dapatlah disimpulkan bahawa akhbar sememangnya membawa kesan yang besar dalam
kehidupan manusia. Walaupun dibanjiri dengan sumber media massa yang serba canggih, akan
tetapi akhbar tetap berperanan utama dalam menyebarkan berita. Tidak hairanlah jika Profesor
Diraja Ungku Aziz pernah mengatakan bahawa jika sehari tidak membaca akhbar, maka kita
15

akan menjadi bodoh sehari. Begitu juga langkah kerajaan dalam memaksimumkan peranan
akhbar kepada masyarakat ;
kerajaan mengawal akhbar adalah untuk memantau fungsi akhbar supaya mendatangkan
faedah kepada kerajaan. Selain itu, pengawalan kebebasan akhbar juga dapat meminimumkan
pengaruh buruk seperti penyebaran fitnah, penghinaan, penipuan dan melindungi sistem politik
kerajaan.
( dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Masyarakat, Disember 2004 )
b) Akhbar Dalam Darjah
Seperti yang kita ketahui, akhbar sememangnya berfungsi dalam menyampaikan maklumat
kepada orang ramai. Malahan juga, segala maklumat yang diterima juga boleh dimanfaatkan
sepenuhnya oleh guru dan murid sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Tahap
keberkesanannya boleh dilihat ketika ia membantu guru dalam melaksanakan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran, menjadikan suasana bilik darjah yang kondusif seterusnya merangsang minat
pelajar untuk terus memberikan tumpuan yang penuh terhadap pengajaran guru.
Selain daripada itu, dengan adanya penggunaan akhbar di dalam bilik darjah, pelajar
bukan sahaja dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan tersedianya maklumat dari dalam
mahupun luar negara semasa membacanya, malahan juga dapat memantapkan kualiti
penggunaan bahasa seharian. Ini diwujudkan lagi dengan adanya akhbar sisipan seperti Didik,
Minda Pelajar dan Skor melalui konsep Akhbar Dalam Darjah ( ADD ) dapat membantu guru
dalam mempelbagaikan lagi teknik pengajaran di dalam kelas.
Menurut Ketua Unit Sejarah, Bidang Sains Sosial Pusat Perkembangan Kurikulum ( PPK
), Encik Noor Zamani Abd Hamid ( 2005 ), beliau berkata dengan adanya pendedahan tentang
konsep ADD dapat memberi panduan kepada guru dengan mengaplikasikan penggunaan akhbar
dalam pengajaran di bilik darjah. Selain daripada itu, katanya lagi tanpa mengenepikan peranan
buku teks, akhbar juga mengandungi banyak bahan seperti gambar, rencana, grafik dan iklan
yang boleh diubahsuai mengikut kreativiti guru dan dijadikan bahan semasa melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Begitu juga dengan kenyataan yang dibuat oleh bekas Pengarah Jabatan Pelajaran Johor,
Encik Sufaat Tumin, berkata usaha Berita Harian menganjurkan program pendidikan dengan

16

menggunakan akhbar dalam pembelajaran adalah satu bentuk latihan yang baik kepada golongan
sasar ;
Penggunaan akhbar sebagai medium membantu pengajaran dalam kalangan guru
dilaksana Berita Harian, adalah satu langkah yang diyakini dapat melahirkan guru yang kreatif.
Penggunaan bahasa seragam oleh akhbar terbitan Berita Harian dapat membantu para pelajar
memperbaiki dan meningkatkan penguasaan mereka dalam pelbagai bidang, terutamanya bahasa.
Malah, saya juga yakin melaluinya seseorang itu dapat memahami pelbagai topic serta isu
semasa dipaparkan akhbar ini dengan lebih jelas, katanya.
Berita Harian Online: 11 Februari 2010
http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2010/02/program-pendidikan-beritaharian.html5.11.2020
Kewujudan media yang serba canggih terutamanya rangkaian internet tidak menjejaskan
populariti yang diraih akhbar sebagai bahan bantu mengajar guru di dalam kelas. Malahan,
penggunaan bahan siaran dari dalam akhbar seperti berita, rencana, gambar dan ilustrasi mampu
meningkatkan lagi tahap keberkesanan pengajaran guru di samping mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan dan kondusif. Malah, dengan memaksimumkan penggunaan
bahan-bahan ini sebagai bahan bantu mengajar juga dapat memudahkan tugas guru kerana ianya
tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyediakannya dalam bentuk yang bercetak,
berwarna dan menarik. Konsep ADD ini yang mula diperkenalkan oleh Berita Harian sejak 1985
lagi dapat membantu para guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang menarik berdasarkan
bahan yang mudah diperoleh, selain daripada mampu merangsang minat dan pemikiran pelajar.
Dalam masa yang sama, sumber daripada akhbar juga dapat meningkatkan pengetahuan dan
maklumat semasa belajar.
Menurut Tengku Noor Ketika Tengku Abdullah ( 2010 ), tindakan guru menggunakan
akhbar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja menyeronokkan malahan juga
mampu menanam minat membaca di samping menggalakkan pelajar mendapat pelbagai jenis
ilmu baharu menerusi pelbagai bahan berita yang disiarkan dalam akhbar yang dipilih. Guru
boleh menggunakan kepelbagaian sumber termasuk akhbar yang turut mendedahkan mereka
keapda pelbagai maklumat menarik dan terkini. Malah, pengajaran yang berbantukan buku teks
semata-mata menjadikan minda pelajar tikda berkembang dan bahan daripada akhbar dikatakan
17

mampu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan mudah untuk difahami oleh pelajar. Ini ini
dedahkan dengan penggunaan Akhbar Dalam Darjah ( ADD ) dalam kalangan peserta Kursus
Literasi ( LINUS ) Bahasa Melayu Tahun Satu anjuran Bahagian Pendidikan Guru dengan
kerjasama Jabatan Pelajaran Selangor di Kuala Lumpur. Bengkel ini dapat meningkatkan
keberkesanan pengajaran guru sekali gus menarik minat belajar dalam kalangan murid. Dengan
tahap belajar golongan pelajar yang berbeza-beza, guru seharusnya perlu bijak dalam
mempelbagaikan teknik pengajaran agar wujudnya suasana pembelajaran yang menarik dan
seterusnya objektif pengajaran dan pembelajaran pada hari itu tercapai.
Penyelia Bahasa Melayu, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Yusuf Abdul ( 2010 ),
berkata pelbagai bahan seperti berita, gambar, iklan, kartun dan komik boleh digunakan oleh
guru ketika melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih menarik menerusi
kegiatan yang dirancang. Katanya, selain daripada menanam minat membaca dalam kalangan
murid, guru boleh menggunakan kreativiti masing-masing dalam membina bahan pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih berkesan. Ini adalah sejajar dengan konsep pemusatan pelajar, akhbar
memang amat sesuai digunakan kerana pendekatan yang dilaksanakan adalah memberi fokus
kepada murid.
( http://www.pkghl.net/hl-v1/index.php? ionion=com_content&view=article&id=

139:tamrin-anuar-q-atasi-murid-lembamq-berita-harian-09022010&catid=86:indeks-akhbarpendidikan&Itemid=142 )
c) Kata kerja
Tatabahasa adalah terjemahan daripada perkataan grammar diperjelaskan oleh Lynos ( 1999 ).
Sebenarnya, perkataan grammar ini berasal daripada perkataan Greek yang makna asalnya ialah
suatu seni bacaan dan penulisan. Perkataan ini kemudiannya digunakan sebagai istilah umum
untuk kajian dan pemerian ( penghuraian ) bahasa.
Dalam kajian penyelidikan kali ini, pemilihan kata kerja dijadikan bahan kajian dalam
usaha memantapkan lagi penggunaannya di kalangan mrurid-murid. Kata kerja ialah perkataan
yang menjadi inti bagi satu binaan atau konstruksi frasa kerja. Kata kerja terbahagi kepada dua
kumpulan utama iaitu kata kerja aktif dan kata kerja pasif. Kata kerja aktif dipecahkan kepada
dua kumpulan pula iaitu kata kerja aktif tak transitif dan kata kerja aktif transitif. Menurut Nik
Safiah Karim ( 2009 ), penggolongan kata kerja adalah merangkumi sejumlah perkataan yang
dapat menjadi unsur inti dalam aspek pembinaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat
18

dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Dalam
kajian penyelidikan ini, pengkaji lebih melihat kepada kata kerja transitif yang kemudiannya
dibahagikan kepada dua iaitu aktif dan pasif.
Rajah di bawah menggambarkan penggolongan kata ini :Kata Kerja

Kata Kerja Transitif

Kata Kerja Tak Transitif

Aktif

Pasif

2.3 Kajian-kajian Lepas


Kajian Luar Negeri
Menurut S.K Srygley Administering Education Media ( 1972 ), alat bantu mengajar yang
mempunyai nilai komunikasi yang tinggi akan membantu para pelajar memperolehi pengalaman
belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikpa ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi
dan daya penghargaan.
Media cetak terdiri daripada sumber bertulis seperti surat khabar, majalah, buku, novel, dan
bahan bertaip yang lain. Bahan-bahan ini boleh dijadikan bahan yang bermanfaat. ( Ray Eldon
Hiebert. 1995 : 7 )
Manakala menurut William R. Roff ( 1975 : 180 ), dalam naskhah sulungnya, akhbar merupakan
sebuah akhbar kebangsaan sendiri yang berkhidmat untuk kemaslahatan, watan dan agama.
Kajian Dalam Negeri
Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Kelantan, Adnan Mohd Noor
( 2011 ), berkata sejak program melaksanakan konsep ADD dalam kelas, kebanyakan golongan
19

pelajar mula menunjukkan tahap prestasi yang begitu memberangsangkan berbanding


sebelumnya iaitu peningkatan penguasaan dalam Bahasa Inggeris setelah melaksanakan ADD.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Pendidikan/20100301073400/Article/in
dex_html
Manakala, menurut Atan Long ( 1982 ), surat khabar digunakan kerana ianya banyak
mengandungi maklumat yang berguna. Maklumat-maklumat ini boleh dikumpulkan untuk
diletakkan pada papan kenyataan atau buku cerita serta sebagai latihan.
Begitu juga dengan Noraziah Abd Hamid ( 2010 ), yang menerangkan tentang alat bantu
mengajar seperti akhbar; bertujuan menambah kelancaran perhubungan antara guru dengan
pelajar dan sebaliknya, pelajar dengan pelajar dan membantu mempercepatkan proses
pemahaman mereka.
2.4 Rumusan
Berdasarkan kajian literatur ini, ianya menunjukkan bahawa penggunaan akhbar dalam darjah
bukan sahaja dapat meningkatkan lagi penguasaan dan pemahaman para pelajar, malahan juga
mereka dapat menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru.
Begitu juga dengan kajian dari dalam dan luar negara yang banyak menyokong dan
memberikan reaksi yang positif tentang penggunaan akhbar dalam darjah bagi membantu para
pelajar menguasai penggunaan kata kerja dengan betul. Ia juga dapat membantu para guru untuk
mencari kaedah yang paling sesuai untuk diaplikasikan semasa mengajar, mudah dan cepat,
bahkan juga penggunaan akhbar juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan.
BAB 3
METODOLOGI
3.1 Pendahuluan
Dalam Bab 1 telah dibincangkan tentang latar belakang kajian pernyataan masalah serta
beberapa aspek yang menjurus kepada tujuan kajian ini dijalankan. Manakala dalam Bab 2 pula,
pengkaji telah mengenalpasti beberapa tinjauan literatur yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji
terdahulu yang sama atau hampir dengan tajuk yang dikaji. Dalam bab ini, pengkaji menyatakan
kaedah kajian yang akan digunakan dalam penyelidikan yang akan dijalankan dan menghuraikan
20

beberapa aspek yang berkaitan dengan metologi kajian. Antaranya ialah reka bentuk kajian,
persampelan, instrumen kajian, analisis data ( deskriptif ) dan rumusan.
3.2 Rekabentuk Kajian
Reka bentuk kajian adalah berasaskan kepada Model Reka Bentuk Kajian oleh Stephen Kemmis
( 1983 ) dan Mc Taggart ( 1988 ). Reka bentuk ini menunjukkan kitar-kitar dalam kajian tindakan
yang mana setiap kitar mempunyai empat bahagian, iaitu rancangan, tindakan, pemerhatian dan
refleksi. Bahagian-bahagian ini kemudian diulang dengan perancangan hasil ulangkaji dan
tindakan seterusnya.
Proses kajian bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran
dan pembelajaran yang dikehendaki. Kemudian, guru itu sendiri menyediakan satu pelan yang
sesuai untuk mengatasi masalh yang dihadapinya. Seterusnya, guru melaksanakan pelan yang
dihasilkan dan semasa melaksanakan prosesnya, guru sentiasa memerhati kemajuan tindakan
yang dijalankan itu.
Secara keseluruhannya, pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama ( Cycle 1 )
dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke
Gelungan Kdua ( Cycle 2 ) sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua, guru
semestinya mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau.

21

Refleksi

Merancang

Gelung Pertama
Tindakan
Pemerhatian

Refleksi
Merancang
Semula

Gelung Kedua

Pemerhatian

Tindakan

Cara Pelaksanaan ( P Pemerhatian )


i)

Guru bertanggungjawab membuat tinjauan pemerhatian dan maklum balas daripada

ii)

guru kelas dan guru mata pelajaran.


Kemudian, guru mengedarkan lembaran kerja di bawah tajuk kata kerja yang mudah.
Murid-murid akan menjawab tanpa bimbingan guru.

Pelaksanaan ( M Merancang )
Aktiviti 1

Membaca teks ringkas daripada keratan akhbar.

Langkah

Guru membaca teks daripada keratan akhbar bersama-sama murid.

Aktiviti 2

Menggariskan kata kerja.

22

Langkah

Murid-murid bersama guru menggariskan kata kerja aktif yang


terdapat dalam teks.

Pelaksanaan ( R Refleksi )
Guru membuat refleksi berdasarkan kata kerja yang digarisi dan membuat penerangan.
Persampelan
Persampelan adalah satu teknik atau prosedur pemilihan sampel daripada sekumpulan populasi
( sekumpulan pelajar ). Aspek persampelan ini amat penting dalam penyelidikan bagi
memastikan kesimpulan yang dibuat daripada sampel benar-benar mewakili pandangan atau
persepsi sejumlah populasi. Berdasarkan kepada kesesuaian dan kemudahan mendapatkan
sampel, penyelidik boleh memilih sama ada :
i)

Persampelan tanpa rawak ( seperti persampelan mudah, purposive, bola salji dan

ii)

kuota )
Persampelan berawak ( persampelan rawak mudah, rawak sistematik, rawak berlapis
atau rawak berkelompok )
Sampel kajian kualitatif berbeza dengan sampel kajian kuantitatif. Ini adalah kerana

sampel yang diambil adalah mewakili populasi lokasi / tempat kajian dijalankan manakala
sampel kajian kualitatif dipilih secara bertujuan ( Gay & Airasian;2000 ). Kajian kualitatif
menggunakan persampelan tujuan. Subjek kajian dipilih mengikut kriteria-kriteria yang
ditetapkan sesuai dengan tujuan kajian berkenaan dijalankan.
Menurut Creswell ( 1994 ), kaedah kutipan data kajian kualitatif melibatkan beberapa
langkah penting iaitu fokus kajian, kutipan data menggunakan cara pemerhatian, temu bual,
analisis dokumen, penulisan diari, nota lapangan dan pengesahan protokol temu bual serta
pemerhatian. Penyelidik sendiri ataupun penyelidik bertindak sebagai pemerhati perlu
melibatkan diri dalam aktiviti yang diperhatikan, boleh digunakan dalam kajian kualitatif. Alat
perakam suara atau video boleh digunakan selain daripada senarai semak pemerhatian ( Cohen
et.al. 2000 ) yang mana tujuannya adalah untuk membantu penyelidik menyemak semula apa
yang diperhatikan.

23

Dalam kajian penyelidikan ini, populasi yang terlibat adalah murid Tahun Lima Dedikasi
dengan bilangan muridnya seramai 30 orang yang terdiri daripada 18 murid lelaki dan 12 orang
murid perempuan. Semua murid ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai, Melaka
dan mereka mengikuti mata pelajaran Bahasa Malaysia berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran
yang telah disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikukum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
3.3 Instrument Kajian
Soal Selidik
Antara instrumen kajian yang diguna pakai oleh pengkaji ialah soal selidik. Soal selidik
digunakan bertujuan untuk mengumpulkan maklumat dan data secara kuantitatif. Soalan bagi
soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A
mengandungi lima soalan dan hanya perlu ditandakan ( / ) manakala Bahagian B pula
mengandungi 15 soalan dengan menggunakan Skala Likert. Skala Likert ini merupakan skala
berbentuk nombor integer yang mempunyai sama selang dan mewakili nilai sesuatu variable,
yang biasanya antara nombor 1 hingga 5 ( rujuk lampiran A ).
Ujian
Alat kajian lain yang digunakan dalam kajian penyelidikan ini ialah satu set ujian pencapaian,
iaitu ujian pra dan ujian pasca. Ujian pra dan ujian pasca digunakan untuk melihat perbezaan
peningkatan sebelum dan selepas mempelajari kata kerja.
Ujian Pra
Dijalankan untuk mendapatkan data atau jumlah pelajar yang tidak mahir dalam
penguasaan kata kerja.
Ujian Pasca
Dijalankan untuk mendapatkan data pelajar dan bertujuan untuk mengetahui sama ada
pelajar benar-benar memiliki kemahiran menguasai kata kerja setelah beberapa tindakan
telah diambil.

24

Semua item untuk ujian pra dan ujian pasca dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan dan
dan merujuk kepada tiga dokumen penting iaitu Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia,
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun Lima, dan Buku Teks Bahasa Melayu
Tahun Lima. Begitu juga dengan penggunaan Jadual Spesifikasi Item ( JSI ) mengikut
aras Taksonomi Bloom dan membuat rujukan kepada pakar atau guru-guru yang lain bagi
meningkatkan lagi mutu soalan yang disediakan oleh pengakaji.
3.4 Analisis Data ( deskriptif )
Menurut Spradley 1980; Merriam 1988; Bogdan dan Bikken 1988; dalam Marohaini Yusoff .
( 2001 ), pengumpulan data berfokus kepada data yang mampu memberikan gambaran holistik
melalui pemerhatian dan soal selidik serta bukti dokumen yang dapat dijadikan asas semasa
kajian dilakukan. Secara umumnya, teknik pengumpulan data yang digunakan oleh pengkaji
melibatkan pemerhatian, analisis soal selidik dan ujian.
3.4.1

Analisis data kuantitatif

Analisis data kuantitatif membincangkan kaedah analisis statistik, termasuk analisa diskriptif,
pengujian hipotesis hubungan dan pengujian hipotesis perbezaan min. Analisis ini memerlukan
pelajar memahami asas statistik, seperti analisis deskriptif, taburan min dan varians sampel; biasa
menggunakan jadual statistik, mampu mengira sendiri atau berbantukan komputer; dan
memahami pelbagai kaedah statistik
Jadual 1 : Keputusan Ujian Pra
Peratus
Bilangan
Pelajar

0 19

20 39

40 - 60

61 - 79

80 - 100

Jumlah

4 ( 13 %)

20 ( 67 %)

2 ( 7 %)

4 ( 13 %)

0 ( 3 %)

30 (100%)

Jadual 2 : Keputusan Ujian Pasca


Peratus
Bilangan

0 - 19

20 39

40 - 60

61 - 79

80 - 100

Jumlah

18 ( 60 %)

8 ( 27 %)

4 ( 13 %)

30 (100%)

Pelajar

3.5

Rumusan
25

Kesimpulan yang dapat dikatakan adalah, reka betuk kajian yang sesuai dapat menjadikan
metodologi kajian lebih mantap dan berjalan lancar. Instrumen yang dibina dengan responden
yang memberikan kerjasama amat penting bagi menjayakan sesebuah kajian.

Teknik

pengumpulan data yang jelas dan mudah difahami menjadikan kajian lebih menarik. Justeru,
pada bab 3 ini, penting untuk pengkaji memahami dengan sepenuhnya.

BAB 4

26

ANALISIS DATA
4.1

Pendahuluan

Dalam bab ini, perbincangan ditumpukan kepada profil responden, laporan dapatan kajian dan
hasil soal selidik berserta rajah dan graf.

Laporan dapatan kajian melibatkan dua ujian iaitu

hasil ujian pra dan ujian pasca.


4.2

Profil Responden
Kajian ini melibatkan responden murid sahaja. Seramai 30 orang murid iaitu 18 murid lelaki dan

12 orang murid perempuan. Semua responden terdiri daripada mereka berbangsa Melayu, Cina, India
dan lain-lain.

Jadual 3: Profil Sample Kajian (N=30)


Item

Bilangan

Peratus (%)

Jumlah

N=30
Jantina

Lelaki

18

60

Tinggal

Perempuan
Ibu bapa

12
29

40
97

Pekerjaan Ibu

Penjaga
Bekerja

1
25

3
83

bapa

Tidak bekerja

10

Keturunan

Kerja Sendiri
Melayu

2
27

7
90

Cina

India

Bil adik-

Lain-lain
0-2

1
4

3
13

beradik

3-5

22

73

6-9

13

Jadual 3 menunjukkan bilangan dan peratus profil sampel kajian

30
30

30

30

30

mengikut jantina,

tempat tinggal, pekerjaan, keturunan dan bilangan adik-beradik. Bilangan murid lelaki seramai
27

18 (60%) orang manakala murid perempuan 12 ( 40%) orang. Murid yang tinggal bersama ibu
bapa seramai 29 orang ( 97 %) orang sementara 1 (9%) orang tinggal bersama penjaga. 25 iaitu
83 % orang murid yang ibu bapanya bekerja manakala 2 ( 10 %) orang murid yang bekerja
sendiri dan 3 orang murid yang ibu bapanya tidak bekerja ( 10 % ) . Seramai 27 ( 90 %) orang
murid berketurunan Melayu dan 1 orang dicatatkan berketuruan Cina, India dan lain-lain kaum
mencatatkan peratusan yang sama ( 3 % ). Bilangan adik- beradik 0-2 orang seramai 4 orang
murid ( 13%) orang murid, bilangan 3-5 orang pula seramai 22 ( 73 %) orang murid dan
bilangan 6-9 orang seramai 4 ( 13%) orang murid.
4.3

Laporan Dapatan Kajian

4.3.1

Apakah persepsi murid terhadap penggunaan kata kerja dalam bahasa Melayu?

Persepsi atau tanggapan murid-murid terhadap penggunaan kata kerja dalam bahasa Melayu
dapat dilihat dengan yang hasil ujian pra dapat dihasilkan seperti jadual di bawah. Hasil markah
yang diperoleh amat rendah dan agak membimbangkan kerana kata kerja merupakan asas dalam
tatabahasa. Bilangan murid dan peratus ditunjukkan dalam jadual dengan keputusan di tahap
sederhana.
Jadual 4 : Keputusan Ujian Pra
Peratus
Bilangan
Pelajar

0 19

20 39

40 - 60

61 - 79

80 - 100

Jumlah

4 ( 13 %)

20 ( 67 %)

2 ( 7 %)

4 ( 13 %)

0 ( 3 %)

30 (100%)

Jadual 4 di atas menunjukkan tentang keputusan ujian pra. Jadual di atas menunjukkan
bahawa seramai 24 ( 80 %) murid gagal menjawab soalan kata kerja yang diberikan. Markah
lulus yang ditetapkan ialah 40 %. Apa yang mengecewakan ialah 24 daripada 30 murid gagal
mendapat 40% markah. Ini bermakna sebilangan besar murid tidak memahami soalan kata kerja
yang disediakan.
Hanya 6 orang murid sahaja ( 20%) yang berjaya memperoleh markah di antara 65-100.
Hal ini bermakna hampir keseluruhan murid tidak dapat menguasai kata kerja bahasa Melayu.
Daripada analisis ini, didapati bahawa murid-murid Tahun Lima Dedikasi sederhana dalam kata
kerja bahasa Melayu.
28

Persepsi pelajar tentang penguasaan kata kerja bahasa Melayu dapat dilihat pada tem
soal selidik nombor 5, 6, 9, 11, 12 dan 13.
Bil

Saya tidak
berminat untuk
membuat latihan
kata kerja.

4 ( 13 % )

10 ( 33 % )

8 ( 27 % )

5 ( 17 % )

3 ( 10 % )

Latihan kata kerja


yang diberikan
amat sukar.

2(7%)

11 ( 37 % )

9 ( 30 % )

5 ( 17 % )

3 ( 10 % )

Guru bahasa
Melayu sentiasa
memberi motivasi
yang
menggalakkan
untuk menguasai
kata kerja.

1 (3%)

5 ( 17 % )

9 ( 30 % )

11 ( 37 % )

4 ( 13 % )

11

Saya sentiasa
berusaha untuk
menguasai kata
kerja dengan
baik.

12 ( 40 % )

10 ( 33 % )

8 ( 27 % )

12

Saya selalu
merujuk kamus
untuk
meningkatkan
penguasaan kata
kerja.

1 ( 3.3 % )

11 ( 36.7 % )

10 (33.3 % )

4 ( 13.3 % )

4 ( 13.3 % )

13

Saya keliru kata


kerja yang sesuai
dengan gambar
atau arahan yang
diberi.

3 ( 17 % )

6 ( 20 % )

10 ( 33 % )

8 ( 27 % )

1(3%)

Jadual 5 : Analisa soal selidik


Hasil soal selidik yang dijalankan, pada

soalan kelima seramai 4 orang murid

memberikan skala Likert 1 ( 13 % ), skala Likert 2 berjumlah 10 orang murid ( 33 % ), 8 pada

29

Skala Likert 3 * 27 % ), 5 orang murid ( 17 % ) pada Skala Likert 4 dan 3 orang murid ( 10 %)
memilih Skala Likert 5.
Soalan keenam, 2 orang murid ( 7 %) memilih skala likert 1 dan 11 ( 37 %) orang murid
sahaja memilih skala likert 2. Manakala terdapat 9 orang murid memilih Likert 3 ( 30 % ), 5
( 17 % ) pada Skala Likert 4 dan 3 ( 10 % ) pada Skala Likert 5.
Pada soalan kesembilan, seramai 11 orang iaitu 37 % orang murid memilih skala likert
4 , yang mana mencatatkan peratusan yang palingg tinggi dan 9 orang pada peratusan 30 %
memilih pada Skali Likert.
Pada soalan kesebelas, 12 (40%) orang murid memilih skala likert 3 dan 10 ( 33 %) orang
murid memilih skala likert 5, manakala yang selebihnya iaitu 8 orang memilih Skala Likert 5
( 27 % ). Soalan kedua belas, seramai 11 ( 36.7 %) orang murid memilih skala likert 2 yang
mencatatkan peratusan yang tertinggi dan 10 ( 33.3 % ) memilih skala likert 3. Masing-masing
berjumlah 4 orang pelajar ( 13.3 % ) dicatatkan pada Skala Likert 4 dan 5.
Begitu juga pada soalan ketiga belas, 3 orang murid ( 17 %) memilih skala Likert 1 dan
6 ( 20 %) orang murid sahaja memilih skala likert 2.

Manakala terdapat 10 orang murid

memilih Likert 3 ( 33 % ), 8 ( 27 % ) pada Skala Likert 4 dan 1 ( 3 % ) pada Skala Likert 5.


4.3.2

Adakah murid tahun Lima Dedikasi dapat menggunakan kata kerja yang tepat

dalam sesuatu situasi atau kehidupan seharian?


Dari keputusan ujian pra, seramai 4 ( 13 %) orang murid mendapat markah di antara
0 19. Markah 20 39 pula 20 ( 67 %) orang murid mencapai markah tersebut. Seramai 2
(11.4%) orang murid dengan masing-masing mencapai markah pada 40 -60 dan 4 orang murid
( 13 % ) pada 61 -79 manakala bilangan murid yang mendapat markah di antara 80 100 pula
tiada ( 0 %).
Daripada data di atas, dapatlah dikatakan bahawa, murid-murid Lima Dedikasi ini
belum dapat mengunakan kata kerja dengan tepat dalam sesuatu situasi atau kehidupan seharian
mereka.

30

Soalan soal selidik pada bilangan lima dan enam, menunjukkan sikap murid-murid
ketika membuat latihan kata kerja. Hal ini berpunca dari kesamaran kata kerja yang perlu
digunakan pada sesuatu situasi yang betul.
Bil

Saya tidak berminat


untuk membuat
latihan kata kerja.

4 ( 13 % )

10 ( 33 % )

8 ( 27 % )

5 ( 17 % )

3 ( 10 % )

Latihan kata kerja


yang diberikan amat
sukar.

2(7%)

11 ( 37 % )

9 ( 30 % )

5 ( 17 % )

3 ( 10 % )

Jadual 6 : Analisa soal selidik


4.3.3 Adakah murid tahun L dapat mengaplikasikan kata kerja yang tepat pada situasi
tertentu dengan menggunakan akhbar dalam darjah?
Murid dapat mengaplikasikan kata kerja yang tepat pada situasi tertentu dapat dilihat
pada bilangan markah meningkat dengan pencapaian 40 60 seramai 10 orang murid dengan
peratus sebanyak 60 %. Markah 61 79 seramai 8 orang murid dengan 27 % serta 4 orang
mendapat markah di antara 80 100 iaitu 13 %. Peningkatan jugak boleh dilihat pada jumlah
murid yang gagal, di mana tiada pencapaian dicatatkan pada dua-dua kumpulan markah iaitu 019 dan 20-39.
Perbezaan antara kedua-dua ujian dapat dilihat pada jadual 9. Dalam jadual ini, dapat
dilihat dengan jelas akan perbezaan markah dan pencapaian murid tahun 4 Dedikasi setelah
menjalani tranformasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perubahan ini membawa
banyak kesan dan impak yang positif kepada murid-murid.

Jadual 7 : Perbezaan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca


Keputusan Ujian Pra
31

Peratus
Bilangan
Pelajar

0 19

20 39

40 - 60

61 - 79

80 - 100

Jumlah

4 ( 13 %)

20 ( 67 %)

2 ( 7 %)

4 ( 13 %)

0 ( 3 %)

30 (100%)

Keputusan Ujian Pasca


Peratus
Bilangan
Pelajar
Perbandinga
n

0 - 19

20 39

40 - 60

61 - 79

80 - 100

Jumlah

18 ( 60 %)

8 ( 27 %)

4 ( 13 %)

30 (100%)

+ 16

+4

+4

30 (100%)

-4

-20

Markah mimimun yang dicapai oleh murid semasa ujian pra seramai 4 ( 13 %) orang
manakala selepas menjalani ujian pasca, tiada murid mencapai markah minimum ini. Begitu
juga dengan markah 20 39, seramai 20 ( 67 %) orang murid semasa ujian pra. Akan tetapi,
setelah menjalani ujian pasca, tiada murid berada pada tahap gagal.
Pengurangan sebanyak 4 pada markah 0 19, -20 pada markah 20 -39. Perubahan
sebanyak 16 ( 60 %) orang murid pada markah 40 60. Perubahan

(17.1%) orang murid

berjaya mendapat markah 61 79. Selain itu, berlaku juga perubahan pada markah 80 -100,
dengan pertambahan seramai 4 ( 13 %) orang murid. Hal ini menunjukkan bahawa, akhbar
dalam darjah banyak membantu murid memahami penggunaan kata kerja dengan lebih mudah
dan cepat.
Bilangan lulus dengan markah 40 60, meningkat daripada 2 orang kepada 18 orang.
Perubahan peratus daripada 7 % kepada 60 % menunjukkan perubahan yang positif. Begitu juga
dengan peratus lulus sebanyak 100% setelah menjalani ujian pasca. Perubahan markah yang
mendadak ini memberi petunjuk yang baik kepada guru, murid dan prestasi markah. Semangat
dan komitmen yang ditunjukkan oleh murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran
memberikan impak yang besar dan berkesan.
Min yang diperoleh daripada soalan satu hingga ke soalan tiga belas dapat dilihat
pada jadual 10 di bawah. Purata keseluruhan sebanyak 3.16. Analisis data soal selidik dalam
Lampiran.
32

Jadual 8 : Purata Min Dari Soal Selidik


Soala
n
Min

10

11

12

13

3.0

4.1

3.1

3.1

2.6

2.8

2.9

3.1

3.2

3.3

3.9

2.9

2.8

11

12

13

4.5
4
3.5
3
2.5
2
1.5
1
0.5
0
1

10

Purata Keseluruhan : 3.16


4.4

Rumusan

Kesimpulannya, ujian pra dan pasca perlu dilakukan agar dapat dilihat perubahan dan kesan serta
perubahan terhadap prestasi markah murid. Hal ini dapat dijadikan kayu pengukur yang boleh
membuat perubahan prestasi markah murid.
Hasil soal selidik dengan skala likert, menunjukkan bahawa murid-murid Tahun Lima
Dedikasi sentiasa berusaha untuk menguasai kata kerja dengan baik. Ini menunjukkan bahawa
mereka tidak pernah berputus asa dalam menguasai kata kerja di dalam mata pelajaran Bahasa
Malaysia. Begitu juga dengan usaha guru Bahasa Malaysia yang sentiasa memberi peluang
kepada mereka untuk mencuba bahan rangsangan dan juga menggalakkan murid-murid untuk
33

sentiasa berusaha untuk menguasai penggunaan kata kerja dalam pengajaran dan pembelajaran
murid-murid.

BAB 5
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN KAJIAN

5.1

Pengenalan
34

Bab ini akan membincangkan ringkasan kajian, perbincangan dapatan kajian, cadangan kajian
kepada murid, guru dan kementerian Pelajaran Malaysia serta cadangan kajian lanjutan pada
masa hadapan. Aspek yang disentuh dan cadangan yang diberi diharap dapat memberikan
manfaat yang berguna kelak kepada semua.
5.2

Ringkasan Kajian

Kajian ini dilakukan adalah bertujuan bagi melihat tahap keberkesanan penggunaan akhbar
dalam darjah dengan berfokuskan kepada kata kerja. Tempat kajian ini dilakukan di Sekolah
Kebangsaan Bukit Rambai, Melaka manakala responden kajian ini ialah murid Tahun Lima
Dedikasi di sekolah tersebut. Sampel kajian diambil daripada satu kelas bagi memastikan
pencapaian murid dalam tatabahasa kata kerja ini setara dan mudah untuk dikendalikan untuk
mendapatkan data.
Instrumen kajian terdiri daripada ujian pra dan ujian pasca. Penyelidik telah berbincang
dengan pihak-pihak yang telah sudi membantu melicinkan lagi penyelidikan ini mengenai skrip
ujian pra dan pasca sebelum melaksanakan ujian tersebut. Selain itu, penyelidik juga telah
menggunakan borang soal selidik untuk mengetahui persepsi murid dari segi sikap terhadap
kaedah penggunaan akhbar dalam darjah. Borang soal selidik ditunjukkan kepada penyelia
terlebih dahulu bagi mendapatkan pengesahan.
Tujuan kajian ini ialah membuat perbandingan min dua ujian iaitu ujian pra dan ujain
pasca dan kesemua analisis dilakukan dengan menggunakan program Microsoft Excel.
5.3

Perbincangan Dapatan Kajian

Dapatan kajian yang diperoleh dalam Bab Empat telah menjawab persoalan kajian pertama iaitu
persepsi murid terhadap penggunaan kata kerja dalam bahasa Malaysia dengan bantuan akhbar
dalam darjah dapat menjana pemahaman dan prestasi markah yang lebih baik. Persepsi yang
kurang disenangi perlu diperbetulkan agar matlamat untuk mencapai pemahaman yang sebenar
dalam memahami penggunaan kata kerja menjadi realiti.
Ditinjau dari segi penguasaan murid terhadap kata kerja, murid yang menguasai kosa kata
yang mudah mempunyai peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 86 peratus.

35

Jadual 9: Menguasai dan Tidak Menguasi Kosa Kata


Kategori

Bilangan

Peratus
(%)

Kuasai

24

80

Tidak Menguasai

20

Jumlah

30

100

Minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu juga penting. Ini adalah kerana
dengan adanya minat yang mendalam, ia akan menghasilkan pencapaian yang baik. Secara tidak
langsung, ini akan mengurangkan masalah gangguan bahasa . Selain daripada itu, murid-murid
tahun Lima Dedikasi yang bilangannya seramai 30 orang murid , 90 % jumlah itu adalah
berketurunan Melayu dan kaum lain-lain iaitu Cina, India dan lain-lain kaum mencatatkan
jumlah seorang bagi setiap kaum. Walapun begitu, disebabkan mereka sudah dan telah
didedahkan dengan penggunaan bahasa Malaysia dalam kehidupan seharian mereka tidak kira di
rumah mahupun di sekolah, murid-murid begitu berminat dengan mata pelajaran Bahasa
Malaysia.
Selain daripada itu, faktor guru itu juga mampu menjadi agen dalam mempengaruhi
minat murid dalam mata pelajaran bahasa Malaysia. Guru yang kreatif mampu mempelbagaikan
teknik pengajaran di dalam kelas bagi mengekalkan minat murid. Malah, tindakan guru dalam
menggalakkan penglibatan murid secara aktif dalam ativiti pengajaran dan pembelajaran juga
boleh memotivasikan murid untuk terus berusaha. Tinjauan yang dilakukan terhadap muridmurid tentang aktiviti menulis juga berada pada tahap yang memuaskan. Akan tetapi, muridmurid lelaki terutamanya, mereka kurang peka terhadap aktiviti menulis ini, tidak mementingkan
aspek ejaan dan tatabahasa yang betul. Ini dapat dilihat pada jadual di bawah menunjukkan
peratusan mengikut item soal selidik.
Jadual 10 : Aktiviti Menulis Murid-murid Tahun Lima Dedikasi

36

Item
Aktiviti Latihan Menulis di
Rumah
Minat

Membuat

Rumah

Bilangan

Peratus (%)

Lelaki

33

Perempuan

12

100

10

56

12

100

Kerja Lelaki
Perempuan

Sebagai seorang pendidik, perkara seperti ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya kerana
kekerapan menulis dan mencatat serta membuat latihan dan menyelesaikan kerja rumah akan
mempengaruhi gaya penulisan dan markah di sekolah. Murid-murid seharusnya diberi perhatian,
peneguhan dan ransangan yang betul agar minat untuk melakukan aktiviti menulis dan mencatat
kekal dan berterusan.
Selain daripada itu, masalah pembelajaran boleh diatasi dengan pelbagai cara. Dalam hal
ini, peranan guru amat penting di mana seseorang guru itu perlu mengenalpasti punca dan faktor
yang timbul dan lantasmemikirkan jalan alternatif serta tindakan untuk mengatasi permasalahan
ini. Guru seharusnya dan mestilah berfikiran kreatif, positif dan bermotivasi tinggi dalam
memastikan murid-muridnya menguasai apa yang telah diajar. Antara strategi atau teknik yang
boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini adalah menggunakan akhbar dalam darjah,
seperti sisipan akhbar Didik, terbitan Berita Harian.
Berdasarkan kepada situasi dan permasalahan ini, akhbar dalam darjah sangat wajar
diperkenalkan dan diaplikasikan di dalam bilik darjah. Ini dapat dilihat dengan penggunaan
akhbar sisipan Didik yang mengandungi pelbagai bahan bantu mengajar yang menarik, terkini
dan menepati sukatan dan kurikulum Bahasa Malaysia. Tambahan pula, penulis yang dilantik
untuk menyediakan bahan bantu mengajar dalam akhbar sisipan ini merupakan mereka yang
mereka yang begitu berpengelaman dalam skop soalan UPSR. Malah, penggunaan akhbar dalam
bilik darjah boleh merangsang minat dan merasa seronok dalam diri murid. Ini adalah kerana
murid-murid digalakkan sendiri menggunakan sepenuhnya akhbar sisipan ini.

37

Artikel yang pelbagai, gambar latihan yang berwarna-warni dan jelas, sisipan akhbar
(DIDIK setiap hari Isnin) dijual pada harga yang mampu dibeli oleh setiap murid mampu
mengubah persepi dan sikap murid. Ini amat sesuai dibeli dan dimiliki oleh semua murid, tidak
kira mereka yang datang daripada keluarga yang berpendapatan tinggi mahupun rendah. Begitu
juga dengan cara pembayaran yang fleksibel dan tiada paksaan menyebabkan akhbar sisipan ini
mesra murid.
Dalam ujian pra, peratus murid mendapat markah 0-19 seramai 4 orang dengan peratus
sebanyak 13 %. Begitu juga pada skop markah 20-39 yang berjumlah seramai 20 orang murid (
67 % ) . Situasi ini sangat membimbangkan. Hanya 4 orang murid sahaja ( 13 % ) yang
mendapat keputusan 61-79. Tetapi, setelah dibaiki strategi pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan akhbar sebagai bahan ransangan, dapatan ujian pasca menunjukkan peningkatan.
Situasi ini berlaku dengan baik dan seimbang. Ini bermakna, pemahaman murid bertambah dan
lebih mendalam penghayatan mereka.

5.4

Cadangan Kajian

5.4.1

Cadangan Kajian Kepada Murid

Selain daripada penggunaan buku teks, akhbar dalam darjah juga memainkan peranan yang amat
penting dan boleh membantu guru dalam mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Tidak dinafikan,buku teks yang dihasilkan dan dibekalkan oleh kerajaan dan seterusnya menjadi
dokumen rasmi setiap orang murid begitu besar pengaruhnya kepada murid-murid. Akan tetapi,
seiring dengan peredaran zaman yang serba canggih ini, kita memerlukan agen-agen perubahan
dalam memastikan murid-murid memiliki kemahiran yang pelbagai , dan bukan hanya merujuk
kepada buku teks semata-mata.
Berdasarkan data yang dikutip, dapatlah dirumuskan bahawa, keratan mahupun sisipan
akhbar dan petikan mampu membantu meningkatkan tahap pemahaman murid-murid. Perubahan
gred markah yang ketara membuktikan bahawa alat bantu mengajar seperti akhbar dalam darjah
ini berfungsi dengan sebaik-baiknya. Guru hanya membantu dalam memberi tunjuk ajar dan
menggalakkan murid-murid menggunakannya secara maksimum.
38

Penggunaan akhbar yang

semaksimum mungkin banyak membantu murid-murid. Ini adalah kerana di dalamnya, terdapat
banyak maklumat dan pengetahuan.
Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu akan sentiasa menarik dan berkesan jika
disampaikan dengan kaedah dan teknik yang sesuai ( Hasniah Hussein dan Robiah Hamzah
(1989). Sumber atau bahan pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai tidak terhad kepada
buku teks sahaja. Dengan adanya keratan akhbar, sisipan akhbar dan petikan daripada sumber
luar seperti internet mampu meransang minat murid dan mengurangkan kadar kebosanan dan
kekeliruan di dalam kelas. Selain daripada itu, akhbar dalam darjah dapat membantu muridmurid menggunakan bahasa dengan yakin, lancar, tepat dan bertatasusila. Malah, tajuk-tajuk
dalam akhbar juga terdiri daripada pelbagai aspek, antaranya berita semasa, dalam dan luar
negara, hiburan, info kesihatan, sukan, politik dan perundangan.

Secara tidak langsung,

kemahiran menulis dan membina ayat di kalangan murid akan bertambah mutunya. Begitu juga
dengan idea-idea yang bernas, murid-murid boleh menggarapnya daripada segenap sudut.
Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran berasaskan akhbar dalam darjah mampu
memberikan suatu pengalaman yang menyeronokkan, di mana murid-murid

merasai dan

membuat sendiri aktiviti seperti menggunting, menyusun dan menampal bahan ke dalam buku
latihan. Selain daripada itu, akhbar dalam darjah juga memainkan peranan yang aktif
terutamanya dalam membantu murid menguasai serta memperkembangkan bahasa mereka di
samping mengayakan lagi kosa kata murid-murid. Di sini, murid- murid akan mengaplikasikan
ilmu pengetahuan yang mereka telah pelajari secara sengaja atau tidak sengaja.
Dalam aspek yang lain, asas disiplin, menjaga kebersihan dan kekemasan, sikap tolongmenolong dan bekerjasama dapat dilihat semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku
menggunakan akhbar dan sisipan akhbar. Dalam erti kata lain, asas disiplin dapat disemai secara
tidak langsung dalam jiwa murid-murid dengan mematuhi arahan, menjaga kebersihan kelas
daripada sampah keratan akhbar yang digunting serta tolong-menolong dalam melakukan aktiviti
memilih keratan yang sesuai.
5.4.2

Cadangan Kajian Kepada Guru Bahasa Melayu

Kita dapat lihat, era pendidikan masa kini amat mencabar dan semakin memerlukan malah
menuntut guru untuk menjadi lebih kreatif, inovatif dan kritis. Sebagai seorang guru, kita
39

mestilah

memainkan

peranan

yang

penting

dalam

memilih

dan

menggunakan

kaedah pengajaran yang sesuai serta dapat meransang minat murid. Melalui kajian ini, peranan
guru amat penting dengan mempelbagaikan kaedah pedagoginya bagi menjamin keberkesanan
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajarannya. Malah, guru hendaklah sentiasa mencetuskan
penggunaan pembelajaran terutamanya yang berpusatkan murid seperti pmbelajaran koperatif
dalam pengajarannya.
Justeru, guru sewajarnya mengeksploitasikan akhbar dalam darjah semasa pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Hal ini diharap dapat meningkatkan pencapaian murid dalam kelas dek
kerana peranan guru yang berupaya menyediakan murid untuk menjana idea yang bernas,
mantap serta matang selaras dengan hasrat pendidikan masa kini yang ingin melahirkan murid
yang lebih yakin dan seronok untuk terus belajar dan seterusnya mempunyai kemahiran sosial
yang tinggi melalui interaksi dengan rakan dan guru.
Selain daripada itu, guru juga hendaklah mempunyai kesediaan dari segi fizikal dan
mental dalam menggunakan pendekatan pengajaran yang baru, termasuklah persediaan bahan,
strategi dan aktiviti yang boleh diaplikasikan. Di samping itu, pihak pentadbir juga perlu samasama proaktif dengan mengadakan kursus-kursus atau Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dan
juga bengkel berkaitan kaedah penggunaan akhbar dalam darjah. Langkah ini bukan sahaja
untuk guru-guru bahasa Melayu sahaja, malahan juga guru-guru mata pelajaran lain. Konsep ini
dikatakan merentas kurikulum kebangsaan, yang melibatkan perkongsian idea baru dan tanpa
sempadan.

5.4.3

Cadangan Kajian Kepada Kementerian Pelajaran Malaysia

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seharusnya melihat hasil kajian ini sebagai suatu
penemuan baru yang sangat berharga khususnya dalam era pendidikan zaman milennieum yang
penuh cabaran dan halangan.

40

Kajian yang telah dijalankan ini telah membuktikan bahawa penggunaan akhbar dalam
darjah amat sesuai dijadikan sebagai bahan sokongan yang utama di dalam kelas, selain daripada
buku teks. Penggunaan akhbar dalam darjah sememangnya haruslah diberi penekanan dan
tumpuan agar murid-murid terus dapat menjadikan akhbar bahan bacaan sebagai agen dalam
melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang memerlukan individu berfikiran kreatif dan
inovatif pada masa akan datang.
Malah, kursus atau bengkel ( in-house training ) yang diadakan perlulah melibatkan
ramai guru agar semua guru faham dan sedar akan kepentingan akhbar dalam darjah besar
impaknya yang bukan sahaja dapat membantu meningkatkan prestasi murid-murid, malahan
juga membantu guru dalam mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Keluasan ilmu yang ditimba semasa menghadiri kursus atau bengkel mampu dapat menajamkan
lagi minda para guru dalam menggunakannya semasa di dalam kelas kelak.
Kesimpulannya, adalah menjadi peranan setiap individu mahupun kerajaan dalam
memastikan bahawa penggunaan akhbar dalam darjah mampu menaikkan lagi mutu pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas. Ini adalah kerana akhbar adalan bahan bacaan yang begitu
rapat dengan kehidupan seharian manusia. Sebagai ahli masyarakat, kita perlu ada sikap
mengambil berat dan prihatin terhadap kepentingan sesuatu bahan (akhbar) dan tindakan yang
perlu diambil untuk memastikan penggunaan akhabr dalam bilik darjah adalah sama pentingnya
dengan buku teks.
5.5

Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada pengkaji-pengkaji lain di luar sana dalam
meningkatkan mata pelajaran bahasa Melayu, terutamanya penggunaan kata kerja dalam
kehidupan seharian mereka dengan bantuan akhbar dan sisipan yang lain. Bagi memantapkan
lagi kajian ini, pengkaji mencadangan beberapa kajian lanjutan yang boleh diusahakan selepas
ini.
Antara cadangan kajian ini adalah yang pertama, kajian perlu dilakukan dengan masa
yang sesuai dan mencukupi. Ini adalah kerana pengkaji mempunyai masa yang singkat serta
berdepan dengan kekangan dan halangan tugas yang lain di sekolah. Kekangan masa serta

41

halangan tugas yang lain menyukarkan guru untuk meluangkan masa untuk menemubual
responden dengan lebih dekat lagi.
Selain itu, disebabkan kajian ini merupakan kajian berasaskan sekolah, di mana ianya
dilakukan pada sampel yang kecil, kumpulan responden yang terhad bilangannya yang perlu
disemak semula agar data yang dikumpul akan lebih luas dan jelas. Ini membolehkan pengkaji
membandingkan serta membuat perbezaan tentang tahap pencapaian keseluruhan murid daripada
pelbagai tahap kecerdasan mereka. Cadangan seterusnya, kajian juga boleh dilakukan untuk
melihat keberkesanan akhbar dalam darjah dengan kaedah biasa yang digunakan oleh guru di
dalam kelas. Oleh itu, perbezaan markah antara ujian pra dan ujian pasca akan menjadi kayu
pengukur tentang tahap keberkesanan penggunaan akhbar dalam darjah.

5.6 Rumusan
Hasil dapatan dan reka bentuk kajian penyelidikan yang sesuai dapat menjadikan metodologi
kajian lebih mantap dan berjalan dengan lebih lancar. Instrumen yang dibina dengan kerjasama
dan bantuan daripada pelbagai pihak amat penting bagi menjayakan sesebuah kajian
penyelidikan. Malah, teknik pengumpulan data yang jelas dan mudah difahami menjadikan
kajian penyelidikan ini lebih mantap dan mesra pengguna.
Selepas itu, pengkaji akan mengumpulkan data-data dari kedua-dua ujian yang
kemudiannya akan dianalisis satu persatu. Hasil daripada penganalisisan statistik ke atas data
yang diperolehi, pengkaji mendapati sama ada proses menguasai dan meningkatkan kefahaman
tentang penggunaan kata kerja berkesan atau sebaliknya.

RUJUKAN
Arbak Othman. 1985. Mengajar Tatabahasa. Dewan Bahasa & Pustaka. Kuala Lumpur.
Dr David Lim Chong Lim.(2010). Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan HBEF2503 . Meteor
Doc.
Ee, Ah Meng .(1987). Pedagogi Untuk Bakal Guru. Fajar Bakti.Petaling Jaya.
42

Kamarudin Hj.Husin,(1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn.


Bhd.
Kamus Dewan.(2000). Ed. Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd.Nashuha Jamidin. (1996). Kemahiran Berfikir Dan Belajar. Shah Alam : Penerbitan Fajar
Bakti Sdn.Bhd.Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Raminah Sabran & Rahim Syam. (1985). "Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia". Fajar Bakti,
Petaling Jaya.
Syed Abu Bakar Syed Akil. (1997). Bimbingan Khas Perkhidmatan Pendidikan Pemulihan.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Utusan Malaysia, Staf Berita Semasa, 3 Disember 2009
Utusan Malaysia, Staff Berita Semasa, 1 Julai 2010
___________Kaedah
dan
Strategi
Pengajaran

atas

talian

http://www.scribd.com/doc/2542969 (1 Oktober 2010)


___________Bab 2 Kemahiran Tatabahasa (atas talian) http://www.scribd.com/BAB-2Kemahiran-Tatabahasa/d/36157007 (1 Oktober 2010)
www.scribd.com/doc/38688499/HSBL-3032-2
Tamrin Anuar. PKG Hulu Klang (atas talian)
http://www.pkghl.net/hl-v1/index.php?
tionion=com_content&view=article&id=139:tamrin-anuar-q-atasi-murid-lembamq-berita-harian09022010&catid=86:indeks-akhbar- pendidikan&Itemid=142
__________-(Perkhdidmatan Pelajaran Program Pendidikan Berita Harian) atas talian
http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2010/02/program-pendidikan-berita-harian.html 5 .
11.2010 (08 November 2010)
_________(Nota
Tingkatan
6
Pengajian
(http://www.geocities.com/sibernota/bab8.htm). (21 Julai 2011)

Am)

atas

http://www.scribd.com/doc/25261556/Tajuk-4-Penyelidikan-Tindakan-Konsep-Dan-Model
http://www.slideshare.net/malingall/konsep-dan-model-kajian-tindakan

43

talian

LAMPIRAN
SOAL SELIDIK
Sila jawab soalan dengan betul. Di bahagian A, anda akan diberikan pilihan untuk menjawab, sila
tandakan ( ) bagi jawapan yang benar. Di bahagian B pula, sila pilih salah satu nombor dari 1 hingga 5
dan tandakan ( ) bagi nombor pilihan anda di tempat yang disediakan. Jawapan anda hanya digunakan
untuk tujuan penyelidikan sahaja. Terima kasih.

44

BAHAGIAN A
1. Jantina:

Lelaki

Perempuan

2. Tinggal:

Ibu Bapa

Penjaga

3. Ibu bapa/penjaga:

Bekerja

Tidak Bekerja

Kerja Sendiri
*Sila nyatakan pekerjaan ibubapa/penjaga ___________________

4. Keturunan:

Melayu

Cina

India

Lain-Lain

5. Bilangan adik-beradik: _________ orang

BAHAGIAN B
Jawapan di bahagian ini adalah skala likert yang telah diberikan skala tindakan ( ) pada skala yang
dipilih.
Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Kurang Setuju

Setuju

45
Sangat Setuju

Persepsi pelajar tentang penguasaan kata kerja bahasa Melayu.


BIL
1

ITEM

Saya menguasai perbendaharaan kata yang


mudah.

Saya sangat berminat terhadap mata pelajaran


bahasa Melayu

Saya membaca buku-buku di rumah bersama


keluarga.

Saya suka melakukan aktiviti latihan menulis


di rumah.

Saya tidak berminat untuk membuat latihan


kata kerja.

Latihan kata kerja yang diberikan amat sukar.

Saya selalu mendapat markah yang sederhana


dalam pembinaan lima ayat.

8.

Saya selalu lulus dengan cemerlang dalam


mata pelajaran bahasa Melayu.

Guru bahasa Melayu sentiasa memberi


motivasi yang menggalakkan untuk
menguasai kata kerja.

10

Saya mendapat peluang mencuba bahan yang

46

disediakan oleh guru bahasa Melayu.


11

Saya sentiasa berusaha untuk menguasai kata


kerja dengan baik.

12

Saya selalu merujuk kamus untuk


meningkatkan penguasaan kata kerja.

13

Saya keliru kata kerja yang sesuai dengan


gambar atau arahan yang diberi.

DATA ANALISIS SOAL SELIDIK


Bil

Soalan

Peserta

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11

Soalan

1
4
2
3
3
4
4
4
4
4
1
4

2
5
4
5
5
4
4
5
4
5
2
4

Soalan

Soalan

Soalan

Soalan

Soalan

Soalan

Soalan

Soalan

Soalan

Soalan

Soalan

3
1
3
4
4
3
3
3
3
3
3
3

4
4
4
5
2
4
3
4
2
3
3
2

5
5
1
3
4
2
3
3
2
1
2
3

6
2
2
2
3
2
3
5
5
3
3
4

7
3
3
3
4
2
4
2
1
4
3
3

8
2
2
4
3
4
4
3
3
4
4
3

9
3
4
4
4
3
3
1
3
5
4
3

10
5
3
3
4
3
4
2
1
5
5
3

11
3
3
3
5
4
3
3
5
5
4
4

12
2
4
4
2
2
3
5
2
5
2
3

13
1
3
3
4
3
2
1
4
1
4
4

47

12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25

2
4
3
4
4
3
4
3
4
4
4
3
4
2

4
4
4
4
4
4
5
4
5
4
3
4
5
4

3
4
3
5
3
3
3
2
2
3
4
4
3
3

3
2
4
3
3
3
3
4
3
3
3
2
3
3

2
4
3
1
4
2
2
3
5
2
3
4
2
2

3
2
4
4
3
3
1
2
4
2
3
3
1
2

4
2
3
2
2
3
4
1
4
3
5
2
3
3

3
2
3
5
3
3
3
3
3
4
3
2
4
2

4
4
2
4
2
4
5
5
5
4
4
3
4
3

2
2
3
3
2
4
4
4
5
4
2
3
4
2

4
4
3
4
5
3
5
3
5
4
5
3
5
3

3
2
3
4
3
2
1
2
3
3
2
2
5
3

3
2
1
1
5
2
3
3
4
4
2
3
3
3

26
27
28
29
30

2
2
4
3
2

4
5
3
3
4

3
4
4
3
3

2
3
4
3
4

4
1
3
2
1

4
3
3
2
2

3
3
4
3
3

4
5
2
1
2

2
4
3
3
4

4
3
5
2
3

4
4
4
3
3

3
5
3
2
4

4
2
3
1
3

Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai,


KM 11, Bukit Rambai, Melaka.

Nama : __________________________________________ Tahun : 5 __________


Arahan :

48

Latihan ini mengandungi dua bahagian. Bahagian A adalah terdiri daripada aneka pilihan. Pilih
satu jawapan yang paling tepat. Manakala Bahagian B pula, membina lima ayat lengkap
berdasarkan gambar yang disediakan.
Bahagian A
Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah

1. Kak Ain _______________ padi di tepi sawah bagi mengasingkan padi yang hampa.
A.
B.
C.
D.

menuai
mengayak
menampi
membanting

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. Ahmad __________________ motosikalnya tanpa memakai topi keledar.


A.
B.
C.
D.

membawa
memandu
mengayuh
menunggang

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

49

3. Pelayan itu sedang _________________ sedulang minuman yang akan


dihidangkan kepada pelanggan restoran.
A mengandar
B membawa
C menatang
D membimbit
Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

Orang buta itu pandai _____________ bakul dan tikar daripada rotan.
A mengait
B menenun
C menyulam
D menganyam

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5.
A.
B.
C.
D.

Hisyam sedang ______________ besi dengan menggunakan sebatang tukul besi.


mengetuk
mematah
membalut
menghentak

6. Beberapa ahli pengakap itu sedang _______________ air untuk dibuat air minuman.
A. menjerang
B. mengukus
50

C. menanak
D. menggoreng
7.
A.
B.
C.
D.

Shamin sedang ___________ dahan pohon rambutan yang sekah itu.


memangkas
mengait
menjolok
memetik

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah

8. Ghazali ______________ bendera Jalur Gemilang ketika tiba di puncak Gunung


Kinabalu.
A. mengibarkan
B. menggerakkan
C. mengibaskan
D. menggoyangkan
Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah

9. Murid-murid berpeluang untuk ________________ batik ketika melawat kilang batik itu.
A.
B.
C.
D.

menconteng
mencanting
menenun
melukis

51

10. Pihak polis telah ______________ berkotak-kotak mercun yang diseludup dari Negara
jiran untuk dijual semasa perayaan Tahun Baharu Cina.
A. mengambil
B. merampas
C. merenggut
D. menyambar

Bahagian B
Membina lima ayat lengkap berdasarkan gambar yang disediakan.

52

1. ________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
2. ______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
3. ______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
4. ______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
5. ______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

53

You might also like