You are on page 1of 20

TAJUK KAJIAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL HURUF KECIL BAGI MURID


1 PINTAR MENGGUNAKAN TEKNIK NYANYIAN
NAMA PENGKAJI
NOR RAHIZAH BINTI A RAHIM
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN PAGOH
1.0

PENDAHULUAN

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu


Semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas 1 Pintar di
Sekolah Kebangsaan Pekan Pagoh, saya telahmengenalpasti satu isu yang
berkaitan dengan permasalahan murid di dalam mengenal huruf. Perkara ini
dikesan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bagi slot aktiviti kelas
iaitumengenal huruf Bahasa Malaysia dijalankan. Hasil pemerhatian
mendapati bahawa beberapa orang murid tidak memberi tumpuan kepada
pengajaran saya..
Apabila saya meminta murid tersebut membaca, murid tersebut hanya
mendiamkan diri tanpa memberi respon yang dikehendaki. Seakan disoal
semula untuk membatangkan suku kata tertentu, terdapat murid yang tidak
boleh membaca suku kata tersebut. Kemudian, apabila saya menyoal
seorang demi seorang untuk menyebut huruf, terdapat murid yang hanya
mendiamkan diri. Murid tersebut hanya dapat menyebut huruf dengan
bimbingan guru. Situasi ini juga dapat dilihat ketika lembaran kerja diberikan
dimana terdapat murid yang memerlukan pemerhatian dan bimbingan yang
lebih daripada guru ketika membuat tugasan.
Saya telahmencuba strategi pengajaran seperti menggunakan kad
imbasan bewarna-warni bagi mengenalkan huruf kepada murid. Saya
percaya penggunaan warna mampu menarik minat murid. Namun begitu,
jangkaan saya adalah tidak benar kerana saya dapati prestasi murid masih

berada di takuk yang sama. Saya membuat refleksi kendiri terhadap


pengajaran saya pada setiap akhir slot pengajaran dan pembelajaran. Saya
dapati, saya hanya memperkenalkan huruf satu-persatu menggunakan kad
imbasan berwarna di dalam bilik darjah dan muridmenyebut hurufberulang
kali. Strategi ini mungkin akan mengakibatkan murid menghafal huruf tanpa
mengenalinya.
Selain itu, saya juga telah mengaplikasikan strategi pengajaran
menggunakan teknik bermain puzzle huruf secara berkumpulan. Namun,
aktiviti ini juga kurang sesuai digunakan untuk mengatasi masalah murid
yang tidak dapat mengenalpasti huruf-huruf kecil ini. Selepas saya membuat
refleksi pada akhir pembelajaran, saya dapati bentuk permainan yang telah
saya rancangkan terlalu kompleks sehingga murid tidak memahami arahan
yang saya tuturkan. Kesannnya, murid-murid tersebut tidak dapat mengecam
huruf yang diperkenalkan dan hanya mendiamkan diri semasa aktiviti
dijalankan.
Kesimpulan daripada refleksi mendapati lemahnya penguasaan murid
dalam mengenal huruf adalah disebabkan kurangnya penjelasan serta
tumpuan terhadap pentingnya aspek mengenal huruf semasa proses
pengajaran dan pembelajaran atau aktiviti luar bilik darjah. Saya mungkin
memandang remeh perkara ini kerana menyangkakan proses mengenal
huruf adalah terlalu mudah memandangkan kebanyakan murid telah
menjalani proses tersebut di alam pendidikan awal kanak-kanak iaitu di
tadika ataupun pra sekolah. Kelemahan ini juga merupakan rentetan
daripada kemungkinan pengajaran guru yang tidak dapat menarik perhatian
murid disamping kurangnya minat murid ini terhadap pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Malaysia. Sekiranya saya tidak membetulkan keadaan
ini, saya pasti murid sukar untuk membaca dengan baik kerana asas kepada
membaca itu bermula dengan proses mengenal huruf.

2.0

FOKUS KAJIAN

Kajian saya ini akan berfokuskan kepada masalah murid untuk menguasai
huruf kecil berdasarkan kemahiran asas bahasa iaitu kemahiran mendengar,

kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Saya akan


memfokuskan kajian ini kepada aspek yang berikut:
i.

Meningkatkan kemahiran mengenal huruf kecil menggunakan teknik


nyanyian berdasarkan kemahiran asas dalam DSKP Bahasa Malaysia

ii.

Tahun 1.
Merancang dan melaksanakan aktiviti untuk meningkatkan kemahiran
mengajar menggunakan teknik nyanyian.
Secara umunya fokus kajian ini adalah meningkatkan kemahiran

mengenal huruf. Berdasarkan masalah yang dikenalpasti, subjek kajian


masih belum mahir dalam mengenal pasti huruf kecil sebaliknya hanya
menghafal secara lisan. Mereka dapat menyebut huruf hanya melalui
nyanyian lagu huruf mengikut urutan sama ada mengikut lagu yang
diperdengarkan ataupun nyanyian bersama rakan-rakan. Namun, apabila
huruf tersebut dicerakinkan secara rawak, mereka tidak dapat mengenalpasti
huruf tersebut.
Rentetan daripada masalah tersebut adalah penting bagi seorang
guru untuk mengkaji cara yang berkesan bagimembantu murid mengenal
huruf berdasarkan kemahiran asas di dalam kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis.Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini dengan lebih
terperinci, saya akan menjalankan empat langkah tinjauan awal dengan
menjalankan ujian diagnostik mengenal huruf kecil a hingga z, mendapatkan
maklumat

guru

mata

pelajaran

lain

dengan

kaedah

menemubual,

menjalankan pemerhatian berstruktur dan menjalankan ujian menggunakan


lembaran kerja.
Hasil daripada beberapa langkah tinjauan masalah tersebut, didapati
lima orang murid lemah dalam kemahiran asas mengenal huruf kecil. Antara
kesilapan mereka ialah salah menyebut huruf, mendiamkan diri, tidak
melengkapkan

lembaran

kerja

dantidak

tahu

menulis

huruf

denganmengkoordinasikan mata dan tangan dengan betul. Situasi ini


mendorong saya untuk menjadikan lima orang murid ini sebagai subjek
kajian.
3.0

OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

3.1

Objektif Khusus
i.
Meningkatkan kemahiran mengenal huruf kecil h, m, n, r, u dan y di
kalangan murid bermasalah dengan menggunakan teknik nyanyian
ii.

"Bentuk Diri Saya".


Meningkatkan kemahiran muridmenulishuruf kecil h, m, n, r, u dan y
dengan betul.

3.2

Soalan kajian
1. Adakah teknik nyanyian "Bentuk Diri Saya" dapat membantu murid
mengenal huruf kecil h, m, n, r, u dan y?
2. Adakah teknik nyanyian "Bentuk Diri Saya" dapat membantu
muridmenyebuthuruf kecil h, m, n, r, u dan y dengan betul?
3. Adakah teknik nyanyian "Bentuk Diri Saya" dapat membantu
muridmenulishuruf kecil h, m, n, r, u dan y dengan betul?

4.0

TINJAUAN LITERATUR

Sebagai tindakan, saya akan memilih untuk menjalankan elemen di dalam


Model Kurt Lewin (1946) sebagai panduan menjalankan kajian tindakan bagi
mengubah amalan saya dalam pengajaran Bahasa Malaysia. Ia melibatkan
empat elemen utama seperti berikut.

M
e r
M
B
a n
e r
e r t
Satu kitaran
g
c
M
kajian
e f
i n
a
e n
l e
d
a
Rajah 1 Kitaran Kajian Model Kurt Lewin (1946)
g
m
k
k
e r amalan pengajaran menggunakan
Saya akan merancang untuk mengubah
h
a
teknik nyanyian yang bertajuk 'Bentuk
Diri Saya' sebagai cara mengenalkan
t i

bentuk huruf dengan lebih berkesan. Aktiviti nyanyian adalah salah satu
aktiviti yang menggunakan suara. Menurut Zoltan Kodaly di dalam buku
Pengenalan Pendidikan Muzik yang ditulis oleh Khairul Bariah et. al (2006),
suara adalah alat muzik semula jadi yang berkesan. Maka nyanyian dapat
membantu guru menerapkan muzik di dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran dengan mudah namun mampu menarik minat muridmurid.Tambahan itu, Schneider & Pressley (1989) juga menyatakan kualiti
dorongan (nyanyian) mungkin akan merangsang kanak-kanak untuk
memberi lebih tumpuan dan lebih berminat tentang subjek yang dipelajari.
Seterusnya, di dalam proses ini saya akan menyediakan beberapa
Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk memastikan penyampaian isi pelajaran
yang lebih berkesan dan mampu menarik minat murid dalam mengekalkan
minat mereka. Menurut penyataan Meimon (2009) dalam kajiannya yang
bertajuk "Celik Huruf: Lancar Baca" penggunaan Bahan Bantu Mengajar
(BBM) sangat membantu dalam kajiannya. Atan Long (1982) pula
menyatakan bahawa Bahan Bantu Mengajar terdiri daripada pelbagai bahan
dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya
dalam bentuk buku, carta atau diletakkan pada slaid dan dipancarkan. Oleh
yang demikian, saya akan menyediakan beberapa BBM seperti kad huruf,
puzzle huruf yang berwarna-warni, carta lagu dan lembaran kerja untuk
membantu keberkesanan teknik nyanyian ini.
5.0
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan seramai lima orang murid lelaki dari kelas 1Pintar,
Sekolah Kebangsaan Pekan Pagoh. Kelima-lima subjek kajian berumur
tujuhtahun. Tiga orang daripadanya menerima pendidikan prasekolah dan
dua orang daripadanya menerima pendidikan di tadika. Aspek pemilihan
subjek kajian akan dibuat melalui empat langkah tinjauan awal iaitu melalui
ujian diagnostik mengenali huruf a hingga z (kad imbasan), temubual guru
mata pelajaran Tahun 1 Pintar, pemerhatian menggunakan senarai semak
dan melalui ujian lembaran kerja. Antara ciri-ciri subjek kajian tersebut ialah,
mereka lemah dalam menguasai huruf kecil h, n, m, r, u dan y, mudah keliru,
sukar mengingat, sering berkhayal dan hilang tumpuan semasa di dalam
kelas.

Subjek kajian 1 merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang berumur


tujuh tahun. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat orang adik
beradik (mempunyai tiga orang abang). Beliau berasal daripada keluarga
berstatus ekonomi sederhana. Bapanya bekerja sebagai pekerja kilang
manakala ibunya seorang suri rumah. Berdasarkan temubual dengan guru
kelas, bapa subjek kajian sentiasa sibuk dengan pekerjaan manakala adik
beradik beliau yang juga masih bersekolah memerlukanperhatian daripada
ibunya. Oleh itu, beliau kurang mendapat perhatian terutamanya dalam
pelajaran. Di dalam kelas, beliau merupakan seorang kanak-kanak yang aktif
bermain dan gemar mengganggu rakan. Beliau juga sukar memberikan
perhatian di dalam kelas sewaktu sesi Pengajaran dan Pembelajaran.
Subjek kajian2 merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang berumur
tujuh tahun. Beliau merupakan anak ketujuh daripada tujuh orang adik
beradik. Beliaumempunyai seorangabangyang menerima pendidikan khas
masalah Syndrom Down. Bapanya bekerja sendiri manakala ibunya
seorangsuri rumah tangga. Walaupun beliau mempunyai masa yang banyak
bersama keluarga, namun semasa di dalam kelas, beliau seorang yang pasif
dan sering menyendiri. Oleh itu, beliau tidak suka bergaul dengan rakanrakan. Beliau juga sukar untuk memahami arahan yang diberikan.
Subjek kajian 3 merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang berumur
tujuh tahun. Beliau merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik
(mempunyai seorang kakak yang berumur sembilan tahun dan seorang adik
yang berumur satu tahun). Beliau berasal daripada keluarga yang berstatus
ekonomi sederhana. Bapa beliau adalah seorang pengawal keselamatan
manakala ibunya bekerja sebagai operator disebuah kilang. Beliau adalah
seorang kanak-kanak yang pendiam dan pemalu. Sewaktu sesi Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP), beliau kurang memberi respon terhadap
pertanyaan guru. Beliau juga sering termenung seperti berada di dunianya
sendiri. Walaupun dipanggil ke hadapan dan diajukan soalan, sukar bagi
beliau untuk menjawab pertanyaan guru. Namun, beliau berani meluahkan
pendapat dan berkomunikasi dengan rakan sewaktu sesi bermain.
Subjek kajian4 merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang berumur
tujuh tahun. Beliau merupakan anak bongsu daripada lima orang adik

beradik. Beliau berasal daripada keluarga berstatus ekonomi sederhana.


Bapanya bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang manakala ibunya
seorang suri rumah. Beliau seorang yang kemas, rajin namun pemalu.
Tambahan itu, beliau tidak banyak bercakap di dalam kelas dan hanya
mendiamkan diri apabila diajukan soalan. Hasil dariapada temu bual
bersama guru kelasnya beliau menunjukkan keinginan melibatkan diri di
dalam aktiviti P&P bersama rakan-rakan namun beliau kurang berkeyakinan
dan hanya merenung rakan-rakan yang berkemahiran di dalam aktiviti
tersebut.
Subjek kajian 5 merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang berumur
tujuh tahun. Beliau merupakan anak keempat daripada lima orang adik
beradik. Beliau mempunyai seorang adik lelaki yang masih kecil. Subjek
kajian berasal daripada keluarga berstatus ekonomi sederhana. Bapa beliau
berkeja di sebuah perbadanan swasta manakala ibunya seorang suri rumah
tangga. Latar belakang pendidikan keluarga beliau berada di tahap
sederhana. Beliau sangat aktif ketika bermain dan ketika menjalankan aktiviti
fizikal. Namun pencapaian di dalammata pelajaran kurang memuaskan. Ini
disebabkan subjek kajian sukar mengingat sesuatu yang dipelajari, sering
berkhayal dan mudah hilang tumpuan di dalam kelas.
6.0

PELAKSANAAN KAJIAN

Seakan merancang pelan tindakan, saya akan menjalankan teknik


nyanyian'Bentuk Diri Saya' ini ke atas lima orang subjek sasaran kajian saya
dengan menjalankan pra tindakan iaitu memperkenalkan lirik lagu seperti
memperdengarkan lagu yang akan dinyanyikan. Seterusnya, aktiviti bercorak
intervensi ini dijalankan selama dua kali seminggu dengan mengambil masa
30 minit setiap satu sesi semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Malaysia, ketika murid-murid lain membuat latihan bertulis. Subjek kajian
diasingkan daripada rakan yang lain semasa menjalankan intervensi supaya
murid yang lemah tidak merasa terasing dan jauh ketinggalan dari rakan
yang lain.
Kaedah nyanyian Bentuk Diri Saya ini memberi peluang kepada murid
meneroka pembelajaran melalui muzik dan pergerakan dalam mengenal

huruf di dalam Bahasa Malaysia. Jadual 1 menunjukkan langkah-langkah


bagi pelaksanaan teknik nyanyian'Bentuk Diri Saya' di dalam bilik darjah.
Kesemua subjek kajian akan diberikan lembaran kerja terlebih dahulu bagi
mengesan penguasaan awal. Berdasarkan perancangan yang akan dibuat,
Subjek kajian akan menyanyikan lagu 'Bentuk Diri Saya' yang dipelajari
dengan menggerakkan tubuh badan mereka mengikut bentuk huruf. Ini
bertujuan menguji ingatan murid berkenaan huruf yang akan mereka pelajari.
Mereka turut diberikan puzzle huruf dan akan menyentuh permukaan
huruf bagi mengenalpasti bentuk sesuatu huruf mengikut lirik lagu.
Seterusnya, mereka akan menulis bentuk huruf di atas kertas.Langkah
seterusnya, muridakan diuji dengan ujian menggunakan lembaran kerja
dengan membulatkan huruf yang disebutkan oleh guru. Berikut adalah
ringkasan pelaksanaan aktiviti nyanyian Bentuk Diri Saya yang akan
dijalankan.

Jadual 1Kaedah Menyanyi Bentuk Diri Saya

Langkah

Aktiviti

Langkah 1

Murid diberikan lembaran kerja terlebih dahulu untuk


mengesan

penguasaan

murid

sebelum

intervesi

dijalankan.
Langkah 2

Guru menunjukkan demonstrasinyanyian 'Bentuk Diri


Saya'.

Langkah 3

Pusingan 1
Murid menyanyikan lagu dengan melakukan gerakan
badan mengikut bentuk huruf mengikut lirik lagu
'Bentuk Diri Saya'.

Langkah 4

Pusingan 2
Murid menyanyikan lagu sambil merasa menggunakan
deria sentuhan menyentuh bentuk huruf di atas puzzle.

Langkah 5

Pusingan 3

Murid menyanyi sambil menulis bentuk huruf di atas


kertas yang disediakan mengikut lirik lagu.
Langkah 6

Murid diberi lembaran kerja untuk melihat penguasaan


murid mengenal huruf selepas intervensi dijalankan.

7.0

PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN

Sepanjang proses pelaksanaan aktiviti, saya juga akan menggunakan


beberapa instrumen bagi menilai perubahan pada pencapaian murid
sekaligus menilai kesan pengajaran guru terhadap murid.Antara instrumen
yang digunakan ialah pemerhatian berstruktur menggunakan senarai semak,
ujian menggunakan lembaran kerja dan temubual berstruktur bersama guru
mata pelajaran lain.
Indikator di dalam borang pemerhatian senarai semak ini akan dibina
berdasarkan standard pembelajaran yang terkandung di dalam DSKP
Bahasa Malaysia Tahun 1, sementara hasil temubual bertujuan melihat
sejauh mana keberkesanan menggunakan teknik ini (temubual guru).
Lembaran kerja akan digunakan sebagai ujian sebelum dan selepas
intervensi bagi melihat kesan pengajaran guru terhadap penguasaan murid.
Selain itu, lembaran kerja turut diberikan sebagai latihan pengukuhan
kepada murid.Berikut adalah bahan yang akan saya gunakan bagi
mengumpul data atau maklumat kajian sepanjang proses pelaksanaan
tindakan:
-

Pemerhatian Berstruktur (Senarai Semak)


Ujian (Lembaran Kerja)
Temubual Berstruktur (Guru Matapelajaran lain)
Proses mereflek setiap tindakan yang dilaksanakan adalah sangat

penting bagi membantu guru menilai kesan teknik pengajaran terhadap


murid sebelum dan selepas intervensi. Oleh sebab itu, saya akan berusaha
mengenalpasti punca masalah sepanjang proses pengajaran dengan
mengambil kira faktor murid, guru dan bahan bantu mengajar.

Di akhir pelaksanaan tindakan saya akan menganalisis semua


maklumat yang akandikumpulkan menggunakan instrumen yang akan
dibina. Hasil analisis dapatan akan diinterpretasikan dalam bentuk perisian
persembahan dan juga graf. Hasil dapatan membantu saya menilai setiap
kekuatan dan kelemahan amalan pengajaran saya sendiri. Selain itu, hasil
dapatan ini juga membantu guru untuk merancang tindakan seterusnya.
Jadual Pelaksanaan Tindakan
Bi
l
1

Aktiviti

Tempoh
Pelaksanaan

Mengenalpastimasalahdanpengumpulan data awal

1 minggu

Menulis proposal kajian

2 minggu

Merancangtindakan individu/kumpulan

1 minggu

Melaksanakantindakan

1 minggu

Membincangkanmasalah yang timbuldalamtindakan 1

2 minggu

Melaksanakantindakan

1 minggu

Membincangkanmasalah yang timbuldalamtindakan 2

2 minggu

Melaksanakantindakan 3

1 minggu

Membincangkanmasalah yang timbuldalamtindakan 3

2 minggu

Ujian untuk mengesan perubahan murid

1 minggu

Refleksikajian

1 minggu

Menulislaporankajian

2 minggu

2
3
4
5
6
7
8
9
1
0
11
1
2

1
3

8.0

Pembentangandapatankajian

1 minggu

SENARAI RUJUKAN

Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin (2010), Siri Pendidikan: Pengantar


Penyelidikan Tindakan dalam Penyelidikan Pendidikan. Selangor :
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Azizah Lebai Nordin (2002). Pendidikan Awal Kanak-kanak Teori dan Amali.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian
Pelajaran Malaysia (2008), Buku Manual Tindakan: Putrajaya.
Fauziah Tahiruddin. 2000. Penggunaan kit bacaan bergred dalam
menangani masalah membaca murid pemulihan tahun satu; Latihan
Ilmiah Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ishak Haron. (1979). Mudah Membaca Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur:
Fajar Bakti.
Johami Abdullah. (1993). Pendidikan Muzik Semasa. Kuala Lumpur: Open
University Malaysia.
Meimon (2009).CelikHuruf: Lancar Baca. BukuKoleksiKertasKerja Seminar
Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms. 102-112.

Nani Menon (2007). Permainan, Lagu dan Puisi Kanak-kanak. Kuala


Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Yahya Othman (2003). MembacaTeori&Aplikasi. Pahang: PTS Publication &
Distribution.
Khairul Bariah Haroen (2006).Pengenalan Pendidikan Muzik. Pengalaman
Muzikal.Open University Malaysia.

9.0

LAMPIRAN

Senarai Semak

Ujian diagnostik (Senarai Semak)

Temubual Berstruktur bersama Guru

Lembaran Kerja

LAMPIRAN A
Tandakan ( _/ ) jika murid telah menguasai
Tandakan ( X) dan catatkan tarikh jika murid belum menguasai

Nama murid : ..
Nama Guru : .

HASIL PEMBELAJARAN

KEMAHIRAM MENDENGAR

1.

Mendengarucapanselamatdanmemberiresponssecaraber
tatasusila

2. Mendengardengansepenuhperhatian.

3. Mendengardanmemberiresponsterhadapperbualan,
permintaan, ataulagu.
KEMAHIRAN BERTUTUR

Ulasa
n/
Tarik
h

Ulasa
n/
Tarik
h

Ulasa
n/
Tarik
h

4. Berinteraksisecarasopandanbertatasusila.

5. Memberikanarahankepadarakansecarabertatasusila.

6. Menjawabsoalandenganayat yang mudahdansesuai.


KEMAHIRAN MEMBACA
7. Mengenalpastibentukhurufkeciliaitu "r"

8. Mengenalpastibentukhurufkeciliaitu "m"

9. Mengenalpastibentukhurufkeciliaitu "u"

10. Mengenalpastibentukhurufkeciliaitu "y"

11. Mengenalpastibentukhurufkeciliaitu "n"

12. Mengenalpastibentukhurufkeciliaitu "h"

KEMAHIRAN MENULIS
13. Memegangalattulisdengancara yang
betuluntukmenulis.
14. Mengkoordinasikanpergerakanmatatanganmengikutarah yang betul.
15. Menulishurufkecildenganbetuliaituhuruf "r"

16. Menulishurufkecildenganbetuliaituhuruf "y"

17. Menulishurufkecildenganbetuliaituhuruf "n"

18. Menulishurufkecildenganbetuliaituhuruf "m"

19. Menulishurufkecildenganbetuliaituhuruf "h"

20. Menulishurufkecildenganbetuliaituhuruf "u"

Peratus
(%)

LAMPIRAN B
PENGESANAN TAHAP MENGENAL HURUF KECIL (a-z) MURID-MURID
TAHUN 1 PINTAR
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN PAGOH
Bil

Responde

Huruf

a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25

R1
R2
R3
R4
R5
R6
R7
R8
R9
R10
R11
R12
R13
R14
R15
R16
R17
R18
R19
R20
R21
R22
R23
R24
R25

LAMPIRAN C
SOALAN TEMUBUAL GURU
Tarikh

Nama Guru

Nama Penemubual :
Bil.

Soalan

1.

Adakah kaedah nyanyian "Bentuk Diri Saya" ini


membantu murid mengenal huruf h, m, n, r, u dan
y dengan lebih mudah?

2.

Pada pandangan cikgu, adakah kaedah nyanyian


"Bentuk Diri Saya" dapat meningkatkan
penguasaan murid mengenal huruf h, m, n, r, u
dan y?

Jawapan

LAMPIRAN D-1

Nama :

Hari :

Tarikh:

Bulatkan huruf berdasarkan arahan guru. Tulis semula


Bil.

huruf yang
dibulatkan.

1.

r m n y hu

2.

r m ny h u

3.

rmnyhu

4.

rmnyhu

5.

r mnyhu

rmnyhu

6.

LAMPIRAN D-2

Nama:

Hari:

Tarikh:

Warnakan huruf mengikut arahan guru


1.

2.

3.

4.

5.

6.

u
m

You might also like